Wednesday, April 26, 2006

Street Public Lighting (SPL)

Kehadiran hari ini begitu merunsingkan, aku menghadirkan diri ke pejabat agak awal, sebelum pukul 8.00. Sampai je terus aku mulakan programming untuk SPL.

Projek kali ini bukanlah susah sangat dari segi programmingnye, cuma management yang berlaku agak teruk jadi byk perkara yang sepatutnya selesai tidak berlaku seperti yang sepatutnya.

Hari ini aku presentkan integration antara AIE dan CLS.semuanya berjalan lancar cuma dari segi reporting ada masalah, data yang dihantar tidak dapat diproses, jadi kena ubah lagi...iskh iskh..

ok aku akan buat lagi..

asterisk pulak buat hal, zaptel kad tu bg problem lak..grouping tak jalan..kena compile baru..

ok lain kali le pulak aku tulih..tengah tension ni...

Monday, April 24, 2006

MEMINUM BENCI

Bancuhkan aku secangkir benci
untukku minum
hilangkan haus
rindu padamu

campurkan gula seperit duri
untukku hirup
menghapus rasa
cinta padamu

aku sudah jemu
pada rindu yang kau hidangkan
pada janji yang kau hamparkan

aku manusia biasa
berpijak di bumi nyata
bukan sekadar bicara kosong
bisa mengenyangkan aku
bisa hilangkan hausku

manusia punya sabar
kadangkala tercalar
kadangkala tercabar
bila sebentar menjadi hambar

berikan aku benci itu
biarku teguk sebagai air jampi
membunuhmu dari ingatan
seumur hidupku.


hairulanuarharun
05082003

Sunday, April 23, 2006

Aku Sayang Padamu

Kau..
Aku amat amat sayang padamu..
benar..
berikan aku melor, berikan aku melati..berikan saja ribuan bunga..
tapi masih tak dapat menandingi keharuman mu...

Kau..
Aku membancuh benci untuk kuminum..
namun aku masih sayang padamu..
aku menambah perit didalamnya..
namun aku masih juga sayang padamu..

Kau..
bunuhlah aku segera..
dan campakkan jasadku kelautan duka..
atau pusarakan aku di tanah cinta..
dan siramkan aku dengan manisan suka..

Kau..
Aku Sayang Padamu..

Wednesday, April 12, 2006

Aku Dia dan Semalam V3

Maaf, Sani sibuk benar untuk beberapa minggu ini, idea idea yang hadir juga tidak dapat dicerna dengan baik.
Biarpun en bobo menyuruhku berkali kali untuk menyiapkan episod ke-3 cerita ADS ini dengan secepat mungkin, aku gagal..
Pernah juga sani terfikir untuk membuat cerita ini ala ala star war, biar episod 5 atau 4 yang dibuat dahulu, kemudian baru episod ketiga ini...ha ha ha
sebab cadangnya episod ketiga ni Sani nak bagi bila tiba waktu tu...

-------------------------------------------------------- Aku dia dan Semalam Bahagian 3 -------------------------------------------------------
Pagi itu terasa begitu tenang, sinar mentari mula menampakkan dirinya, menghangatkan suasana semua penghuni di ruang sempit itu. Deru angin yang menghembus dikala itu juga terasa begitu mendamaikan, tenang sekali. Sesekali kicau burung mencelah, melagukan sebuah kedamaian untuk dihadirkan dalam diri diri mereka.
Ruang dialog yang terhenti tadi masih lagi sunyi seperti tadinya. Semuanya bagaikan bisu, tiada lagi sebarang kata yang keluar dari bibir mereka, tidak serancak tadi. Aku mula merasakan bagai ada sesuatu yang tidak kena kali ini, terasa mati.
Tiada lagi suara, tiada lagi bicara, tiada lagi rasa, tiada lagi tawa, tiada lagi duka, tiada lagi cinta...yang ada hanya kekosongan.

"Sani, aku guna kejap ye komputer ko ni, nak tulis sesuatu kat blog aku untuk hari ni." Petang itu, seperti biasa en bobo akan menulis sesuatu untuk blognya. jika tidak perihal dirinya, pasti akan diisi dengan syair atau puisi, cuma sesekali saja dia meletakkan isu semasa.

"Ok, no problem, gunalah.. 'pasword' nya 1*****0 " balas Sani kembali.

"Apa isu yang kau nak tulis hari en bobo, kisah diri kau atau puisi karat kau, ha.. ha.. ha.." Sani berseloroh sedikit.

En bobo tidak membalas, hanya mengukirkan satu senyuman sumbing. Tidak menghiraukan Sani, en bobo menekan tetikusnya pada ikon 'internet explorer' yang terdapat di skrin komputer. Satu paparan terbuka, dia menulis alamat blognya di ruangan 'address' , http://sehari*****.blog***.com. Kemudian memasukkan nama pengguna dan kata laluan pada ruangan yang disediakan, enbobo...password. Kemudian dia memilih untuk penghantaran mesej baru. Mula menulis sesuatu di situ.

Title: Sebuah Ketakutan
Content:

Maafkan aku..aku amat takut dan keliru sekarang..

Aku benar benar takut dan keliru..


“A’kum , apa kabo? Camne kehidupan awak sekarang, diharap ok..Maaf menggangu awk, sy sbnrnya teringin nak tahu dimana hubungan kita sebenarnya..kawan? Sy membebankan awak ke?..

Dulu saya ingat sy dah jumpe apa yang saya inginkan tp ternyata itu bukan hak saya, perasaan yang wujud dalam diri saya hanya sy seorg yang merasainya sedangkan dalam diri awak tidak wujud satu perasaan pun..Sy tak bleh memaksa awk mengalami perasaan yang sama seperti sy kerana sy tau cinta itu satu pengertian bukan satu paksaan...Sy minta maaf sekiranya sy memang mengganggu awk, seandainya awk memang nak buang saya jauh dr ingatan awk, anggaplah kita tak pernah kenal selama ini..Sy tak tau dimana penghujung kisah kita, perhubungan kita tak ada noktahnya..awk halalkan makan minum sy selama sy mengenali awk, maafkan sy andai sy ada buat silap kat awak..Awk KEJUJURAN ITU PENTING DLM PERHUBUNGAN..Good night..”


Sms dr N* yang membuatkan aku bingung seketika...

Maaf aku keliru diketika ini, apa yang perlu aku lakukan...oh Tuhan berikanlah hambamu ini petunjuk...


Aku senyum shj untuk menutup kisah ini..

Dan membiarkan kesibukan menjadi temanku...


Selesai mencoretkan sesuatu di blog yang digelarkan olehnya sebagai sebuah bingkisan terpinggir itu, en bobo termenung sebentar, menompang dagunya. 'Cursor' tetikus diletakkan pada ikon 'Publish Post'. Masih teragak agak untuk menekannya, bagai memikirkan sesuatu.

"Apa lagi yang kau fikirkan,sudahlah.. perkara dah berlaku. fikirkan perkara yang berada didepan kau pula.".

Sani merapatkan dirinya pada en bobo. Menyorong keluar kerusi yang berada disebelahnya, duduk.

"Nah minum air ni, air jampi baikkkk....nyeee.., moga dapat leburkan ketakutan kau itu." sani sekali lagi cuba berseloroh, cuba untuk mengubah suasana dialog.

"Takut.., benar, aku amat takut sekarang ini, aku tak tahu tindakanku ini satu tindakan yang betul atau tidak, permainan jiwa ini terjadi sekali lagi."

"Betul atau tidak, biarlah masa yang menentukan, aku kira sekarang ini, itulah tindakan yang sepatutnya kau ambil. Fikirlah dengan sebetul-sebetulnya. Aku tahu saat ini, kau masih lagi belum lagi bersedia. seperti yang aku katakan dahulu, cinta bukan perkara picisan yang boleh diambil ringan."

"Itu aku tahu, tapi..tindakanku untuk meninggalkan dirinya .., betulkah ia, benar betulkah perbuatanku ini, aku keliru.."

"Tidak ada apa yang perlu dikelirukan, kau dan dia tidak ada keserasian langsung, semuanya bagai dibuat buat."

"Itulah yang aku kelirukan sekarang, mengapa dia kata dia dah jumpa apa yang dia inginkan..cinta dari pelakon dan pembohong seperti aku."

Asap rokok berkepul kepul naik keatas, memenuhi ruang itu. Sani menyedut lagi rokok yang entah dari mana dia perolehi itu, kemudian menghembus perlahan keluar dari mulut dan hidungnya. Aku memerhati dengan khusyuk, amat jarang sekali aku melihat Sani merokok, kali terakhir aku kira, ketika dia dan en bobo berkeputusan untuk meninggalkan N*. Aku masih ingat lagi, malam itu entah berapa batang rokok mereka habiskan, lepas habis satu, satu lagi. Kemudian berbual kosong hingga ke awal pagi. Jadi aku berkesimpulan itu adalah salah satu cara mereka merawat jiwa mereka, dengan merosakkan diri. Ha ha ha...

"Jadi bagaimana sekarang en bobo, dia sudah keliru tu, kita pulang saja." tiba tiba Sani bersuara, memulakan dialog yang terhenti. En bobo mengangkat mukanya, memandang kearah Zita,kemudian ke arah Sani. Mengangguk angguk, bagai membenarkan apa yang diperkatakan oleh Sani sebentar tadi.

"Baiklah, kita pulang saja, aku juga sudah tidak mampu lagi menahan kesakitan ini, aku juga tidak mahu melihat dia terseksa dengan kekeliruan ini." Tangan en bobo diletakkan di dadanya. Diusap usap dadanya, barangkali untuk membuang sebak yang terasa ada diketika itu.

"Sasterawan Inggeris Charles Caleb Colton pernah mengingatkan bahawa persahabatan dengan percintaan ibarat dua sungai yang bersatu di muara. Malah Charles pernah berkata, Persahabatan tidak mustahil berakhir dengan percintaan tapi tidak ada percintaan yang berakhir dengan persahabatan.”

"Apa maksud kau dengan kata kata itu..Uhuk, uhuk.." en bobo terbatuk sedikit, tapi kasar benar bunyinya.

"Kekalkan sahaja persahabatan ini..itu cara selamat bukan, jika diikut dari falsafah Charles."

"Falsafah karut..."

Uhukkk! Uhuk!! En bobo terbatuk lagi, lebih berbunyi kasar. Ini mungkin disebabkan hujan dan kesejukkan malam tadi, yang membuatkan dia begitu
Uhuk!! Uhuk !! Batuk sekali lagi. En bobo menutup mulutnya, terlihat sesuatu di tapak tangannya, ada tompokan darah.

"Larikan dirimu sebentar, buat menghilangkan rasamu. Bukankah kita sudah biasa melakukannya bersama, dan kali ini aku juga akan terus bersama kau."

En bobo hanya mendiamkan diri, matanya ditutup rapat, bibirnya dikumit kejap. Aku sedar dia sedang menahan kesakitan yang amat sangat, kesakitan yang mencalar seluruh hatinya, mewujudkan luka yang amat memarahkan. Aku kira Sani sedar perihal itu, cuma dia sudah tidak punya pilihan lain lagi. Mana mungkin dia boleh memaksa dia untuk menerima en bobo sebegitu sahaja. Jika ya pun, dia tahu en bobo masih lagi belum berada di tahap bersedia. Dia kan seorang pembohong, seorang pelakon.

Ada darah tiada luka..
Ada rasa tiada percaya..
Ada kasih tiada cinta..
Ada aku tiada dia...
Dan aku terluka...

Tompokan darah mengalir..setitis setitis dari bibirnya.
En bobo rebah ..tiada lagi senyuman. ada air mata yang mengalir. Bergegas Sani menghampiri en bobo, memapahnya. Menahan dia dari jatuh.

"kau mesti bertahan en bobo, aku pergi bawa kau kesatu tempat, untuk merawatmu."

"Andai..hidup punca perpisahan..biarlah kematian menyambungkan semula..dan seandainya..kematian punca perpisahan biarlah kehidupan membawa erti yang nyata.."

Aku tergamam melihat peristiwa itu, bagaikan tidak percaya. Mana mungkin en bobo yang begitu gagah dalam perihal ini boleh tumbang begitu sahaja. Teruk ...

"Sudah..sudah..sudah..bawa dia pergi cepat..bawa dia cepat pergi jumpa jururawat tu."

Sani memapah en bobo pergi ke satu tempat, meninggalkan dia berseorangan di ruang itu. Kabus pagi itu tiba tiba hadir menebal, cuba menutupi ruang itu, dan menelan mereka.

Monolog...

Sejak hari itu aku jarang jarang sekali melihat en bobo lagi, yang selalu ada cuma Sani seorang diri, dan benarlah ada kesibukan yang menemani dirinya buat masa ini. Jadi aku kira mungkin kisah ini akan terhenti di sini, atau mungkin ada satu atau dua episod lagi. Cuma sekarang ini aku fikir hmmmm....
Maaf ..aku tidak bisa lagi menulis sesuatu untukmu..mungkin itulah takdirnya. Jika En bobo mengambil keputusan untuk meninggal kami., Aku faham mengapa dia berbuat begitu. Aku pernah dengar tentang falsafah ini, kawanku yang menyatakannya.. "Jika kita mengecewakan seseorang, kelak pasti kita akan dikecewakan kembali.." Dan aku kira dosa en bobo, si pembohong dan pelakon ini sedang tersenyum ketika ini.

"Oh angin bawalah deritaku ini jauh jauh..."

MEMINUM BENCI
Bancuhkan aku secangkir benci
untukku minum
hilangkan haus
rindu padamu
campurkan gula seperit duri
untukku hirup
menghapus rasa
cinta padamu
aku sudah jemu
pada rindu yang kau hidangkan
pada janji yang kau hamparkan
aku manusia biasa
berpijak di bumi nyata
bukan sekadar bicara kosong
bisa mengenyangkan aku
bisa hilangkan hausku
manusia punya sabar
kadangkala tercalar
kadangkala tercabar
bila sebentar menjadi hambar
berikan aku benci itu
biarku teguk sebagai air jampi
membunuhmu dari ingatan
seumur hidupku.

hairulanuarharun
05082003
don't worry to be continued lagi daa....Aku dia dan Semalam V4..(Polos..)

Monday, April 10, 2006

Dilema 2006

Maafkan aku..aku amat takut dan keliru sekarang..
Benar benar takut dan keliru..

“A’kum , apa kabo? Camne kehidupan awak sekarang, diharap ok..Maaf menggangu awk, sy sbnrnya teringin nak tahu dimana hubungan kita sebenarnya..kawan? Sy membebankan awak ke?..
Dulu saya ingat sy dah jumpe apa yang saya inginkan tp ternyata itu bukan hak saya, perasaan yang wujud dalam diri saya hanya sy seorg yang merasainya sedangkan dalam diri awak tidak wujud satu perasaan pun..Sy tak bleh memaksa awk mengalami perasaan yang sama seperti sy kerana sy tau cinta itu satu pengertian bukan satu paksaan...Sy minta maaf sekiranya sy memang mengganggu awk, seandainya awk memang nak buang saya jauh dr ingatan awk, anggaplah kita tak pernah kenal selama ini..Sy tak tau dimana penghujung kisah kita, perhubungan kita tak ada noktahnya..awk halalkan makan minum sy selama sy mengenali awk, maafkan sy andai sy ada buat silap kat awak..Awk KEJUJURAN ITU PENTING DLM PERHUBUNGAN..Good night..”

sms dr N* yang membuatkan aku bingung seketika...
Maaf aku keliru diketika ini, apa yang perlu aku lakukan,dan apa yang perlu aku perkatakan...
Oh Tuhan berikanlah hambamu ini petunjuk...

Aku senyum shj untuk menutup kisah ini..
Dan membiarkan kesibukan menjadi temanku...