Tuesday, September 04, 2007

27 Tahun...

aku berusia 27 tahun sempena 1-9-2007 ini..
sehari selepas kemerdekaan adalah hari untuk aku menyambutnya.Tp seperti biasa ianya hadir dan pergi bagaikan angin petang yang menyapa, sekilas cuma.

Tuesday, August 14, 2007

http://mykadpro.blogspot.com/

mari sini la...

Sunday, August 12, 2007

Pakaian Baru (Versi asal)

PAKAIAN BARU (Buat Abang)
Syukurlah,
Tuhan telah membukakan
Pintu hatinya untuk kembali
Menanggalkan pakaian semalam
Yang penuh terpalit noda hitam
Di almari kenangan.

Lalu bersungguhan dia menguncinya
Dengan keimanan
Agar tidak lagi terlanjur sesalan.

Syukurlah,
Termakbul doa ayah bonda
Dia kembali menyarungkan pakaian baru
Dari almari keinsafan itu
Agar segala sesuatu yang diburu
Tidak lagi tersasar seperti dulu.

Bercahayalah seraut wajah
Dia kembali melangkah penuh gagah
Di tangannya menggenggam kunci kebebasan
Dan haruman seribu kemenangan
Inilah kemerdekaan hakiki seorang insan
Dari belenggu kedurjanaan
Sebuah kehidupan yang tidak punya
Belas kasihan.

Cyberjaya, selangor
31 Julai 2007

Monday, August 06, 2007

pakaian baru

PAKAIAN BARU


Syukurlah
Tuhan telah membukakan
pintu hatinya untuk kembali
menanggalkan pakaian semalam
yang penuh terpalit noda hitam
di almari kenangan.


Lalu bersungguhan dia
menguncinya
dengan keimanan
agar tidak lagi terlanjur sesalan.

Cyberjaya, Selangor
31 Julai 2007
(Berita Minggu, 5 Ogos 2007)

disadur sekali lagi dr DJW..hebat karyamu mal..

Tuesday, July 31, 2007

Sehari semalam

Aku yang bermain dengan api..mampukah aku menjadi air yang bisa memadamkan kehangatan itu atau aku akan terpeluwap keudara...

Aku menyatakan padanya..aku mahukan dia...
aku jadi air..dia api..sbb aku cuba bawa dia ke jalan benar..tak sanggup aku lihat dirinya dimusnahkan oleh kerakusan syaitan..

Wednesday, July 25, 2007

Campakkan saja dirimu dalam kenangan..

mengenangmu..(keris patih)

Takkan pernah habis air mataku
Bila ku ingat tentang dirimu
Mungkin hanya kau yang tahu
Mengapa sampai saat ini ku masih sendiri

Adakah disana kau rindu padaku
Meski kita kini ada di dunia berbeda
Bila masih mungkin waktu berputar
Kan kutunggu dirimu …

Reff:
Biarlah ku simpan sampai nanti aku kan ada di sana
Tenanglah diriku dalam kedamaian
Ingatlah cintaku kau tak terlihat lagi
Namun cintamu abadi …

Tuesday, July 24, 2007

Ayah..Ibu.

Ayah..ibu..
Aku rindu padamu..
aku rindu..
pada jasamu..
pada keringatmu..
pada peluhmu..
pada belaianmu..
pada sayangmu..
pada kasihmu..
pada didikanmu..
pada kedut diwajahmu..
pada senyuman itu..
pada amarah itu..
pada pesananmu..
...
pada pada itu..

dan hanya doa bisa kulakukan buatmu..

"Ya Allah! Ampunilah aku dan kedua ibu bapaku, rahmatilah keduanya sebagaimana mereka telah memeliharaku di masa kecilku. Ya Allah! Ampunilah sekalian orang Muslimin dan Muslimat, begitu juga sekalian orang mukminin dan mukminat, berilah kami (waktu berada) di dunia ini kebaikan (kesenangan), ketika di akhirat juga kebaikan (kesenangan) dan peliharalah kami dari azab neraka."


sanijohari
24072007

Sunday, July 22, 2007

Harapan

HARAPAN

Musim kering
angin dari perbukitan
hanya mampu menggegarkan
pohon rindu yang tidak lagi beranting
menggugurkan daun kepedihan.


Moga hujan
akan turun
merahmati dan melenyapkan
debu kesakitan
yang melekat
di perdu hati.


Tuhan, temukanlah
tunas sakti yang
membenihkan sejuta bahagia!


Cyberjaya, Selangor.
(Berita Minggu, Ahad 22 Julai 2007)

Disadur lagi dari DJW..saudara azhan ini memang best sajak2 nya..

Tuesday, July 17, 2007

Aku dan sesuatu..

Aku masih disini..
Meraba dalam kegelapan.
mencari cari dimana sinarnya..
Untuk menyuluh perjalananku.

Aku dan sesuatu yang hadir..
Masih kabur dan gelap..
Buatkan aku tidak tahu dimana pangkal dan hujung..
Pada episod cerita kali ini..

Friday, July 06, 2007

Suudagar Mutiara..

Aku nak jadi saudagar mutiara lepas ni.. :-)



Tuesday, July 03, 2007

Antara keinginan dan batasan.

Nak buat ke tak?...
Nak buat ke tak?...
Nak buat ke tak?...
Nak buat ke tak?...
Nak buat ke tak?...
Nak buat ke tak?...
Nak buat ke tak?...
Nak buat ke tak?...
Nak buat ke tak?...

Selalu sangat sebut betapa berdosanya ia..
keinginan ini punya batasan, batasan yang telah ditetapkan tuhan.

Pencipta sekelian makhluk..

Nak buat ke tak?...
Nak buat ke tak?...
Nak buat ke tak?...
Nak buat ke tak?...

Tapi ia masih berputar putar dikepala..(syaitan)

Monday, July 02, 2007

YoYo ke???

Aku teruja dengan persembahan main yoyo dari mamat ni, hebat entah berapa lama la agaknya dia praktis..



Aiiiiiyakkk!!!!

Kosong..

Tiada apa apa...cuma kosong disini..

Thursday, June 28, 2007

Transformers

Semalam aku cuba untuk menempah tiket untuk menonton cerita transformer..malangnya dah abis.
Kekecewaanku bergunungan..

















Teringat zaman kanak kanak dulu..teringin sangat nak kan mainan kereta yang boleh bertukar jadi robot ni..hu hu hu ..


"Abah..jangan lupa tau, nanti belikan kita menan tu tau.."
"Yang mana?"
"Ala yang keta bleh jadi robot tu la.."
"OOoo itu ok, nanti lepas abah balik abah singgah kedai belikan ya."

Abahnya melangkah keluar terus, kemudian melambaikan tangannya pada Muadz dgn mata yang bersinar penuh dgn harapan untuk memiliki mainan itu nanti.

Wednesday, June 27, 2007

CERITA DARI CEDERA JIWA (1)

Wajah ini cantik amat..walaupun tidak terurus dan sedikit comot.
Kalau di solek sedikit sudah memadai..



CERITA DARI CEDERA JIWA (1)

Mereka datang dan membinasakan
Makna kemanusiaan
Tanpa undangan mengirim sengsara
di tangga kehidupan sebuah negara.


Bagai hujan darah memenuhi
segenap pandangan
Wanita dan kanak-kanak
Menjadi habuan peperangan.

Engkau seorang ibu
Di tanah gersang
Di hujani peluru
Berlari-lari tanpa sepatu
Tidak tahu ke mana di tuju.

Duniamu bernafas dalam kesedihan
Mencari damai di antara timbunan
Kesengsaraan.

Kami datang membantu,
Menyembuhkan luka-luka
Walau luka di hatimu
Entah bila akan sembuhnya.


Kamal
23 April 2007
Cyberjaya, Selangor

Tuesday, June 26, 2007

How to paint the MONA LISA with MS PAINT

Dapat klip ni..amat menarik

How to paint the MONA LISA with MS PAINT






Aku teruja dengan seni yang dipertontonkan.
Really great
Moga terhibur..

Sunday, June 24, 2007

Aku di dalam talian..

Semalam dan semalamnya adalah satu lagi rekod untuk didokumentasikan dalam perihal telefon menelefoni.
Aku telah berjaya bergayut di talian hingga lebih 2 jam..dan ianya dilakukan beberapa kali dlm 2 hari ini..dan yang paling best nya..
Bila aku check bil aku kat celcom ia menunjukkan diorg yang hutang aku.. ha ha ha..
celcom hutang aku RM -0.86..So aku gembira untuk bergayut lagi.. :-).

Tuesday, June 19, 2007

Aku Yang Terlalu Malu..

AKU YANG TERLALU MALU
(MENYATAKAN SAYANG ITU)

Aku sentiasa mendoakan dirimu
Berbahagia selalu
Walau terlalu payah untuk kunyatakan
Sayang itu sentiasa menggebu dijiwaku.

Dikaulah ayah ibu yang mengasuhku
Tanpa jemu membelai jiwa nuraniku
Menjadi seorang lelaki berani di gelanggang
kehidupan ini.

Akulah anakmu itu
Yang terlalu malu menyatakan betapa
Aku terlalu menyayangimu,
Walau dalam kejauhan
Walau dalam ketiadaan,
doa restumu adalah kekuatan buatku.

Mungkinkah tanpa kata-kata,
Dapatkah kauizinkan rasa kasih itu
Kembali menjalar seperti dulu?


Cyberjaya, Selangor
(Berita Minggu, Ahad 17 Jun 2007 )


Sunday, June 17, 2007

Kiri..

"Maaf tangan kiri"..

Aku dah habis donlod cite kiri ni..agak menarik ceritanya..


TOK RIMAU mempersembahkan KIRI (Sebuah filem pendek).



Thursday, June 14, 2007

Keliru..

Kenapa ya..aku masih lagi berat untuk melihat semua itu..
Hatiku ini masih ada dia barangkali...

Peterpan - Menghapus Jejakmu

terus melangkah melupakanmu
belah hati perhatikan sikapmu
jalan pikiranmu buatku ragu
tak mungkin ini tetap bertahan

perlahan mimpi terasa mengganggu
kucoba untuk terus menjauh
perlahan hatiku terbelenggu
kucoba untuk lanjutkan itu

engkau bukanlah segalaku
bukan tempat tuk hentikan langkahku
usai sudah semua berlalu
biar hujan menghapus jejakmu

terus melangkah melupakanmu
belah hati perhatikan sikapmu
jalan pikiranmu buatku ragu
tak mungkin ini tetap bertahan

perlahan mimpi terasa mengganggu
kucoba untuk terus menjauh
perlahan hatiku terbelenggu
kucoba untuk lanjutkan itu

engkau bukanlah segalaku
bukan tempat tuk hentikan langkahku
usai sudah semua berlalu
biar hujan menghapus jejakmu

lepaskan segalanya
lepaskan segalanya

engkau bukanlah segalaku
bukan tempat tuk hentikan langkahku
usai sudah semua berlalu
biar hujan menghapus jejakmu

nanananana
nanananana
nanananana
nanananana
nanananana
nanananana

Wednesday, June 13, 2007

Pakcik ABAS..

aku dah tension btul dgn pakcik ABAS ni...arkghhhh....penat tul la..
tgk sini kalau x percaya..aku pasti ko pun akan boring gak..

http://www.abas.de/de/index.htm

Tuesday, June 12, 2007

myeq.net

aku tengah develop program survey ni..
myeq.net...
sebuah survey yang amat berkualiti.

Monday, June 11, 2007

reon kadena..

Aku dah minat gilee kat awek jepun ni..gilooss
tgh donlod semua klip klip video dia...

http://www.leonkadena.com/

Thursday, June 07, 2007

Selamat pengantin baru Pak Lah


Betullah kesedihan akibat kehilangan tidak akan lama. Paling lama seminggu. Kemudian kita akan menempatkan memori tersebut di satu sudut terpencil di hati kita. Kita cipta kebahagiaan baru di hari mendatang. Di hati kita banyak ruang yang boleh diisi untuk mencipta memori baru.


Pak lah pun sudah mendapat kebahagiaan barunya, tidak perlu ulas banyak lihat sahaja sidang media di Buletin Utama malam tadi. Cahaya kegembiraan terpancar jelas di wajahnya. Hidup perlu diteruskan. Cinta datang dan pergi. Hilang dan akan tumbuh cinta baru.


Kalaulah perkara itu menjadi begitu mudah. Kalaulah ...


"Even if it hurts sometimes
I want to keep feeling you
At least I have my memories to comfort me
I’ll always have you here"'


Arigatou' - Kokia

Diambil dari DJW..kerna punya kesamaan kali ini..

Mencarik mentari..

Kerunsingan itu dah kurang..
Kebencian itu dah hilang..
Dan senyuman itu makin melebar..

Hari ni tak panas seperti selalu, macam nak hujan tapi tak hujan, cuaca yang amat menyamankan.
Aku lihat dia, berskirt hijau..masih ayu..dan malam tadi message ku menyatakan yang dihatiku ini masih ada dia mungkin sudah dibaca.Cuma aku tidak sanggup untuk menatap riak wajah itu..

Merenung mentari...

moga sinarnya akan terus menyinari

Tuesday, June 05, 2007

fotopages

Disini aku nak simpan sedikit dari perjalanku ke kedah..

Dataran Darul Aman

Merenung matahari..moga sinarnya akan kembali menyinari ..

Monday, June 04, 2007

Perjalanan ke Kedah-Penang

Aku dah selamat pergi dan pulang dari kenduri Pak wan dan kenduri kakak nazim..
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Aku tiba pagi tadi ke Shah Alam..dan seperti biasa hatiku tidak akan tenteram lagi..dia buat lagi kut..hhmmm..entahlah..susah betul la..adalah lebih baik untuk aku tidak memikirkan perkara itu.boleh jadi gila aku..

Thursday, May 31, 2007

Ya atau Tidak?

Hari ni akn bertolak ke kedah..nak gi kenduri kawanku PAKWAN.
Semoga perjalanan kami ini diberkati ALLAH..Amin..

-----------------------------

Kekeliruan berlaku lagi, antara kebenaran dan kepalsuan.Ianya kini adalah begitu sukar amat untuk dibezakan.
Antara kaca dengan permata..aku sukar untuk mencari kebenaran hari ini. Macam segala apa yang dikatakannya benar. Walaupun aku ada sedikit kegusaran perihal itu.

Benarkah?? aku keliru lagi..tapi mujurlah ianya tidak separah dulu..aku sudah biasa kali ini.

Wednesday, May 30, 2007

Si merah gebu dan malas

Hari ini macam biasa, tiga sekawan itu akan pergi ke TTDI untuk makan tengahari. Dan seperti biasa juga kedai yang dituju oleh mereka bertiga pastilah D___T__I.
Hari ni slash memakai baju merah berbelang kuning, punch pakai kemeja biru, dan Die pakai kemeja biru muda.

Hari ini agak istimewa bagi mereka bertiga sebab ketika mereka makan ada seorang awek yang agak manis rupanya..bebaju merah..orangnya gebu..dan berrambut lurus (free hair)..
si merah gebu itu makan sekali disitu..

"She is my taste."kata punch..
"Me too" balas slash..
"cuma aku rasa dia ni macam agak pemalas la..sbb ssebahagian dari dirinya nampak macam begitu..hmm" kata slash lagi menambah..

"Tapi kalau dapat kat aku x pe..aku upah la orang gaji..yang penting aku beesssttt..."

"ha ha ha ...kecantikan mengatasi segala..malas itu cuma sifat nanti kita adjust la.."

Mereka ketawa..makan dan terus berbual sambil sekali sekala mencuri pandang pada si merah gebu yang juga sednag makan tidak berapa jauh dari meja mereka..

"yummy..yummy.."

Thursday, May 24, 2007

Penawar di kala kepenatan

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada
di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang
diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya
Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali
bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan
menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :

"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah
dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."

Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk
mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah.
Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak
kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta
menantu itu. Baginda s.a.w. berkata:

"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada
apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk
tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah)33
kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk
kamu berdua daripada seorang khadam."

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan
menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka
berdua. Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah
Rasulullah.s.a.w. ini. Katanya "Demi Allah aku tidak pernah
meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."

Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja
yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya
mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33
kali) dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam isitu sebelum
melelapkan mata.

Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan), Insya-
Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup
seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari
dengan senyuman.

---------------------NALURI LELAKI--------------------
Penipuannya cuma membuatkan secebis sayang yang aku simpan untuknya kini hilang..terus kepada sifar..it already empty..
Apa yang aku amat amat berharap sekarang cuma bermohon agar kebencian tidak hadir untuk menggantikan tempat sayang itu...

--------------END OF NALURI LELAKI--------------------

Wednesday, May 23, 2007

NEO Sang Satria

Masihkah ada sang satria diketika ini.Dahulu memang ada ramai kesatria kesatria yang bermandikan darah untuk memperjuangkan hak, maruah dan kehormatan.

Kini semua itu hilang..pupus macam T-Rex.Kehebatannya sebagai haiwan pemangsa yang gagah telah dipupuskan dan yang tinggal cuma kisah kisah mereka..

"Satria sekarang cuma byk dijalan...aku juga ada sebiji"..

Tuesday, May 22, 2007

76...post..

Aku tak menyangka yang aku sudahpun membuat 76 post kedalam blog aku (tidak termasuk yg ini). Agak byk juga untuk org yg jarang menulis macam aku ni.. :-)


--------------------------------------------------------------------
Pusara dan Puisi
..............
Kaki gebu berjalan mundar mandir dihadapan bangunan Jepun itu.
Rasanya si kaki gebu itu sedang menunggu seseorang..Aku rasa sikaki gebu ini orang Jepun juga..tapi entahlah...macam cina pun ada juga..patutlah nampak gebu ja..

Kaki gebu memakai skirt pendek untuk menampakkan kakinya yg gebu itu, walaupun sedikit berisi tapi..hmmm...pasti lelaki yeng memandang kesitu akan cuba untuk memakukan matanya sebentar..(utk yg jenis macam aku la)..

--------------------------------------------------------------------

Monday, May 21, 2007

Wilayah Kutu..dan Elarti

Hari ni aku cuba dapatkan buku wilayah kutu dan elarti..dah lama sangat aku nak benda ni. Sejak aku dapatkan buku 'jiwa kacau' dahulu.

Disebabkan sekarang ni jiwa aku tengah kacau so, aku cuba untuk dapatkan buku buku yang sudah terbukti best..

Tuesday, May 15, 2007

Jiwa kacau..

Setelah sekia lama aku dan dia melalui detik detik indah..setelah begitu banyak rintangan yg dihadapi..akhirnya kami tewas juga. AKu dapat merasakan syaitan telah menari keriangan..kegagalannya untuk menajatuhkan ku telah beralih kepada orang lain. Mereka hanyut dalam kesesatan..dan aku tewas untuk mempertahankan kehormatannya...

Kesesalanku bergunungan..

Tuesday, February 13, 2007

Erti Rindu Ini..



MENGAPA kau tinggalkan aku ketika cinta ini sedang mekar mengharum? Sedangkan kau tahu aku tidak bisa hidup tanpa kau di sisi. Jangan kata kau lupa saat-saat manis yang pernah kita lalui bersama. Kita pernah menabur kasih dan cinta di taman hati. Kupersembahkan segala yang aku ada untukmu. Apa lagi yang kau mahu sudah kuturutkan. Kerana cinta, kasih dan setiaku, kerana janji dan sumpah yang kau lafaz dulu, air mataku ber­linangan. Tapi kau pergi jua...

Yana mengharungi liku-liku hidup sendirian setelah Razman pergi menghadap ILAHI. Jiwanya nanar. Cinta yang terbina sejak di bangku sekolah tidak kesampaian. Luka dan sengsara di hati dirawat sendiri dalam kepayahan.


Kau kata, aku bagai lilin yang menerangi kegelapan duniamu. Kehadiranku umpama air di kali yang menyegarkan perasaanmu. Kau sedia berkorban untukku. Sedia merawat kelukaan hatiku. Ku dibuai cinta, kasih, sayang dan rindumu yang luhur sejati. Tersentak aku dari lamunan yang panjang. Mawar tanpa haruman tidak mungkin disunting buat penyeri syurga asmara. Di tangkai jua ia layu...


Cinta Fariz terlalu luhur untuk Yana. Bergetar jiwanya setiap kali berada di sisi jejaka itu. Namun, sudikah Fariz menerima dirinya seadanya? Apatah lagi keluarga Fariz terlalu me-menting­kan maruah dan prestij. Layakkah dia berganding dengan je­jaka yang berjaya menakluk hatinya itu?


Harga : RM 18.00
Halaman :492
ISBN : 983-124-282-3


Terbitan Alaf 21 :
http://www.alaf21.com.my

Sunday, February 11, 2007

Sehari disini

Aku mengantuk ketika sedang menulis kali ini, sebba sydah terlalu lama tak tulih dalam benda ni so aku ingat nak tulis la sesuatu walaupun sedikit..

Aku pening..pening...pening..

hingga menutup mata............Acha sepriasa
Embun di pagi buta
Menebarkan bau asa
Detik demi detik ku hitung
Inikah saat ku pergi

Oh Tuhan ku cinta dia
Berikanlah aku hidup
Takkan ku sakiti dia
Hukum aku bila terjadi

Aku tak mudah untuk mencintai
Aku tak mudah mengaku ku cinta
Aku tak mudah mengatakan
Aku jatuh cinta

Senandungku hanya untuk cinta
Tirakatku hanya untuk engkau
Tiada dusta sumpah ku cinta
Sampai ku menutup mata
Cintaku sampai ku menutup mata -- x2

Oh Tuhan ku cinta dia
Berikanlah aku hidup
Takkan ku sakiti dia
Hukum aku bila terjadi