Thursday, July 29, 2010

Yg Ku Mahu pt22 [END]

kot?. Ermm...sewaktu melintasi bilik Faizal kakinya terhenti. Pintu besar itu diketuk. Senyap tiada suara. Perlahan kakinya melangkah masuk kedalam bilik. Tersenyum bibirnya bila melihat Faizal yang tertidur di atas meja.
“Zal”, perlahan disentuh bahu lelaki itu. Faizal terpisat kepenatan. Dibetulkan rambutnya yang berserabai.
“Kenapa Sue?”, Kasihan melihat Faizal yang terpinga macam orang kebodohan digelengkan kepalanya. Kertas-kertas yang berteraburan di atas lantai dikutip satu persatu. Apa sahaja barang yang berselerak di atas meja dikumpulkan dan diletakkan di tempat yang sebetulnya.
“Kalau penat pergi la balik jangan paksa diri bekerja. Dah pukul tujuh lebih ni”

Jam yang ada di atas meja dipandang sekilas. Entah bila dia tertidur dia sendiri tidak pasti. Seingatnya selepas berbual dengan Zairul, fikirannya kosong. Entah apa angin tiba-tiba Zairul menghubunginya. Kata Zairul akan pulang ke sini minggu depan. Hendak bertemu aku kerana hal penting. Apa yang penting sangat sampai tak boleh berbincang dalam telefon. Argh! Dipicit dahi yang sedikit pening. Suraya masih setia berdiri dihadapannya.
“Kau nak balik sama?. Aku nak pergi makan kalau kau nak boleh join sekali?”,
“Tak pe aku dah kenyang. Ada kerja nak disiapkan”, Faizal menjawab tanpa melihat wajahnya. Lelaki itu menghadap komputer semula untuk memula kerja. Suraya diam seketika. Melihat Faizal yang jawab endah tak endah dia melangkah keluar. Tak mahu memaksa takut tiba-tiba datang pula angin ributnya. Faizal hanya menghantar Suraya dengan pandangan yang kabur. Suraya...kalau boleh aku mahu kau disini menemani aku. Kita makan bersama, pulang bersama, berbual dan bergurau macam dulu...tapi aku tak boleh buat macam tu..aku tak mampu.

Kereta yang tadi meluncur laju diperlahankan. Hajat hatinya nak bertahan untuk makan dirumah sahaja bila Faizal tak mahu menemaninya. Perutnya berbunyi menandakan isyarat perlu di isi. Tak boleh ni kena berhenti makan juga. Seorang pun seorang la janji dapat makan kalau dibiarkan datang balik sakit gastrik. Suraya senyum sendiri bila mengingati waktu dia berusia 15 tahun disahkan gastrik. Membebel juga ayah kerana dia suka membiarkan perut kosong. Mak juga tak kurang marahnya berbanding ayah. Sudahnya dia disuruh bertukar sekolah dan duduk semula bersama keluarga. Alasan ayah nak tengok anaknya sihat walafiat didepan matanya. Tapi ayah yang pergi dulu bila disahkan menghidap penyakit jantung. Kalau lah ayah tahu apa yang aku alami sekarang mampu ke ayah menerima tindakan yang aku dah buat?. Dikesat mutiara yang bergenang dikelopak mata. Kenangan dulu ditepis jauh-jauh. Dipandang kiri dan kanan meninjau kalau-kalau ada kedai makan yang berdekatan. Lama otaknya berfikir sambil mata merenung lampu isyarat yang merah. Kereta di hadapan bergerak perlahan bila lampu bertukar hijau. Tangannya memegang pedal gear. Lampu signal ke kiri di pasang. Diputarnya stereng kereta membelok ke kiri membuat u turn. Laju keretanya meluncur membelah malam yang di hiasi lampu neon berwarna warni. Matanya meliar mencari parking, dapat cepat-cepat keretanya masuk ke petak parking. Perkataan Kedai Utara Ala Rasa tersergam indah di gerbang pintu kedai beratap rumbia. Kedai makan ini diusahakan oleh anak jati Kuala Lumpur sendiri. Dia suka dengan keadaan kedai yang sentiasa bersih. Dengan lanskap sekitar kedai yang menarik. Dipenuhi dengan pokok tanpa bunga pelbagai jenis. Ada air terjun kecil buatan manusia yang memisahkan dua bahagian kedai. Satu bahagian untuk pelanggan yang mungkin suka datang beramai-ramai dengan keluarga atau kawan dan satu bahagian lagi untuk pengunjung yang datang dalam bilangan kecil tidak lebih datang empat orang seperti pasangan kekasih. Bahagian tengah kedai pula mempunyai kawasan terang menerang untuk pelanggan yang mungkin tidak sukakan keadaan suram. Disekeliling luar kedai pula di atur meja untuk pelanggan yang mungkin sukakan privacy. Diterangi lampu warna warni yang malap dan lebih menarik bila setiap meja itu di hiasi sebatang lilin kecil yang comel. Di sini lah aku dengan Faizal selalu menjamu selera. Disini lah juga saat bila hati aku mula-mula disentuh dek lelaki itu.
Jejak kaki di perkarangan kedai. Meja di hujung kedai menjadi pilihan. Selesai membuat pesanan matanya meliar memerhatikan gelagat pengunjung yang datang menjamu selera. Ramai pula orang malam ni bisik hatinya. Ermm lupa pula hari ni hari sabtu malam minggu, patut la ramai yang datang. Jam tangan dipandang sekilas..dah hampir pukul sembilan rupanya. Nun di meja sanalah aku dengan Faizal selalu duduk. Suraya senyum lagi. Teringat dia akan sapu tangan yang diberi dek Faizal sewaktu hari hujan dulu masih belum di pulangkan. Tak apa banyak masa lagi boleh bagi. Seorang pelayan datang membawa pesanan. Suraya senyum memanis muka. Aroma nasi goreng menusuk hidungnya, membuatkan perutnya semakin tak sabar minta untuk dipenuhi. Sedang leka mengunyah tiba-tiba matanya tertumpu pada satu tubuh yang baru memasuki perkarangan kedai. Walaupun keadaan kedai dengan lampu yang malap dia masih dapat mengenal pasti lelaki yang masuk tadi. Faizal! Kata banyak kerja tapi rasanya tak sampai setengah jam aku keluar dari pejabat dia dah ada di sini. Pelik tadi kata dah kenyang?. Diperhatikan lelaki itu dari jauh. Jarak empat buah meja memisahkan mereka. Lelaki itu sedang menupang dagu, matanya meliar. Kemudian tangan diletakkan dibelakang leher. Tak lama selepas itu kepalanya di picit beberapa kali. Lagaknya seperti orang yang terlalu banyak berfikir. Suraya kehairanan. Ingin rasanya hendak pergi bertegur sapa tapi dimatikan hasratnya. Ditundukkan kepalanya bila melihat Faizal memandang ke arahnya tapi lelaki itu tidak dapat melihatnya kerana di halang sepohon pokok bunga dan juga pelanggan yang duduk bersebelahan mejanya. Sejak kebelakangan ini Faizal tak banyak bercakap dengan aku. Kalau ada pun hanya berbicara tentang kerja. Lebih pada itu dia lebih banyak berdiam. Kadang-kadang bila lalu dibiliknya dia lebih banyak termenung menghadap tingkap cermin pejabat. Seingat aku baru dua hari yang lepas aku bergurau senda dengan dia selepas peristiwa dia memarahi aku. Kini dia berubah pula...bercakap bila perlu. Bergurau jauh sekali. Kenapa dengan dia?. Bila di ajak keluar sama bermacam alasan yang di bagi. Dah ada teman baru ke?. Dah tak suka nak kawan dengan aku?. Aku nak berbincang apa-apa pun jadi takut. Takut andai angin tak baiknya datang. Tak pernah pula dia bersuara tentang majlis kahwin yang dah ditetapkan tu. Dia tak tahu ke?. Tak mungkin dia tak tahu, takkan macik Zarina tak bagi tahu lansung. Bila nak bincang dengan dia?. Email tu?. Nak tanya ke pasal email tu?. Ermm...dia tak dapat ke email tu?. Mungkin tak dapat agaknya. Habis aku nak buat ke jalan lain?. Berpuluh soalan berlegar di fikirannya.

“Abang rasa macam kenal dengan tunang Kak Sue tu. Kalau tak silap dia tu kawan Zairul”,
“Abang ni betul ke entah-entah abang silap orang kot?”, Sarah menyoal suaminya semula. Sejak dari semalam suaminya asyik memikirkan tentang Faizal.
“La betul la. Ha! abang dah ingat. Zairul pernah bawa Faizal tu datang rumah mak dulu. Zairul pernah cerita dengan abang itu kawan baik dia. Kak Sue tak tahu ke pasal ni?”,
“Mana lah Sarah tahu. Abang tanya la dengan Kak Sue sendiri”,
“Awakkan adik dia?”, Mulut Sarah terkumat kamit mengomel.
“Sarah tak nak masuk campur urusan Kak Sue tu bukan apa bang. Kalau la dia betul-betul tak tahu Faizal tu kawan baik Abang Zairul, apa reaksi dia nanti. Sarah tak nak tengok Kak Sue tu ditimpa masalah lagi. Cukup la dulu tu”
“Semalam abang cuba nak tanya tak jadi pula. Abang rasa Kak Sue tak tahu apa-apa”,
“Dah tu abang nak buat apa?”, Matanya masih lagi mengekor langkah Fazli yang mundar mandir di hadapannya. Baju yang di lipat sudah tinggal separuh. Fazli mengurut dagu, dahinya berkerut memikirkan jalan untuk menyelesaikan permasalah baru yang akan di hadapi dek Suraya.

Tindakan Faizal benar-benar mengejutkan dirinya. Keputusan mesyuarat dah memutuskan supaya dia dan Faizal mengetuai satu kumpulan untuk projek terbaru. Tiba-tiba Faizal menarik diri tanpa alasan. Baru sebentar tadi dia keluar dari bilik Tuan Rahman bersama Shahril. Tempat Faizal digantikan dengan Shahril. Sewaktu membuka pintu tergerak hatinya untuk berjumpa Faizal. Pintu diketuk, suara Faizal menyuruhnya masuk. Tegak dia berdiri di hadapan Faizal.
“Ada apa?”, Lama dipandang wajah Faizal tapi lelaki itu tetap tak menoleh.
“Aku cuma nak tahu apa masalah kau sampai tarik diri dari projek tu?”,
“Tak ada apa-apa”,
“Kalau tak ada sebab kenapa kau keluar macam tu aje”,
Faizal masih diam. Dibiarkan Suraya berdiri memeerhatikan dirinya. Tangannya masih lincah membuat kerja. Garis-garis halus pada kertas diperhatikan dengan teliti. Sesekali dicapai pemadam untuk membaiki kesilapan kerja.
Suraya gumam. Kecewa dengan reaksi Faizal.
“Kalau aku ada buat silap aku minta maaf”, ujarnya perlahan.
“Kau tak pernah buat silap dengan aku”
“Habis tu apa masalah kau?”, tanyanya lagi.
“Nothing”, sepatah jawapan yang keluar dari bibir Faizal. Suraya tenang menghadap Faizal, hatinya belum puas dengan jawapan Faizal. Lelaki itu seolah menyembunyikan sesuatu darinya.
“Selama ni Pak Rahman tu percayakan kita berdua. Dia tahu idea dan tenaga kerja kita berdua lebih bagus dari staff lain.Itu sebab dia selalu patnerkan aku dengan kau untuk berkerjasama. Tapi bila kau buat macam ni aku pula jadi mangsa soal jawab dia”, kerongkongnya serasa tersekat. Dimatikan ayatnya di situ.
“Kalau kau tak senang dengan cara kerja aku, kau boleh cakap terus terang dengan aku. Apa yang kau tak puas hati boleh bagi tahu aku”, sambung Suraya.
“Tak ada apa-apa . Aku dah bincang dengan Shahril. Dia cakap dia memang nak sangat merasa buat projek baru ni so apa salahnya sesekali bertukar angin pula?”.
“Kau tipu... Shahril sendiri terkejut kenapa dia tiba-tiba di panggil. Dia tak tahu pasal kau nak bagi projek ni pada dia”,
Keadaan sepi seketika. Reaksi Faizal yang tetap membatukan diri cukup membuat dirinya terasa dicabar. Dia seolah-olah tidak wujud dihadapan lelaki itu.
“Atau kau sendiri memang dah tak suka jadi patner aku?”, sindir Suraya.
Serta merta Faizal mendongak. Wajah mulus Suraya dipandangnya dengan tepat. Dia tahu gadis itu mencurigainya.
“Kerja tetap kerja...hal peribadi jangan dicampur dengan kerja”, kata Suraya lagi.
“Ini bukan kisah hal peribadi”, Suraya tersengih mendengar jawapan Faizal. Lelaki itu masih lagi nak menafikan kesilapan yang sudah dilakukan. Lelaki.....ego terlalu tinggi.
“Sejak dua tiga hari ni bila aku ajak kemana-mana ada saja alasan kau. Bercakap dengan aku pun dah kurang, nak bergurau jauh sekali. Kau dah berubah Zal atau kau nak jauhkan diri dari aku?”,
“Aku tak berubah okey. Aku macam dulu juga”,
“Kau tak sedar..aku yang sedar”, tempelak Suraya.
Pen di tangan dicampak ke atas meja. Suraya sedikit terkejut melihat reaksi Faizal tapi dia tetap berdiri sedikitpun tidak duduk.
“Aku sedar..dah lama aku sedar. Kalau kau fikir aku cuba jauhkan diri dari kau. Iya memang aku cuba jauhkan diri dari kau. Sepatutnya dari dulu lagi aku dah jauhkan diri dari kau”,
Suara Faizal seakan ditekan keras. Tegas bunyinya tapi jauh kedengaran ada getar pada suaranya. Suraya terduduk. Dia tersentak mendengar kata-kata Faizal.
“Apa salah aku?”. Soal Suraya untuk mendapatkan kepastian. Dia makin keliru dengan tindakan Faizal. Faizal bangun mencapai kot dan berlalu keluar. Bibirnya kelu, persoalannya tak dijawab. Shahril yang baru membuka pintu terkejut bila Faizal merempuh keluar hingga berlaga bahu dengannya.
“Faizal tu pergi mana?”, tanya Shahril yang kehairanan. Pertanyaannya sepi tak di jawab. Dihampiri Suraya yang dari tadi diam membisu.
“Sue”, Suraya mendongak bila dipanggil Shahril. Matanya sudah bergenang. Tak dipedulikan apa persoalan yang akan timbul di kepala Shahril.
“Kau kenapa Sue?”, Bahunya disentuh Shahril.
“Apa salah aku pada dia?”, bergetar suara Suraya menyoalnya.
Dahinya berkerut tidak memahami hujung pangkal persoalan Suraya. Dia tak memahami apa yang dah berlaku antara Suraya dan Faizal. Suraya menyeka mata dan keluar dari bilik tersebut. Shahril terduduk di situ. Pasti ada sesuatu yang Faizal lakukan hingga Suraya tersentuh hati. Faizal ni tak patut betul. Ngomelnya sendirian.

“Apa kena dengan Faizal tu. Dia tak sedar ke yang dia dah bertunang. Ke hulu ke hilir dengan perempuan lain. Kau tak sakit hati ke Sue?”,
Najwa mengomel. Suraya cuma diam, dari kedai makan hingga di dalam kereta dan sampai la ke pejabat, mulut Najwa masih belum berhenti menyebut nama Faizal. Macam-macam persoalan yang di ajukan padanya bila melihat Faizal bersama perempuan lain di kedai makan sebentar tadi. Ditekannya butang lif ke tingkat 10. Ngomelan Najwa sudah tidak kedengaran di telinganya. Sejak peristiwa di bilik Faizal tempoh hari dia tak bertemu lagi dengan lelaki itu. Sewaktu mesyuarat lelaki itu semacam tidak mengenali dirinya. Berselisih bahu pun tak akan dipandangnya wajah aku. Benci benarkah dia pada aku?. Tapi apa salah aku?.
“Dulu dengan Sherina, minggu lepas dengan perempuan lain, hari ni orang lain pula. Playboy ke apa dia tu?”,
“Customer dia agaknya”, Suraya menjawab membela Faizal.
“Orang lain pun ada customer juga tapi ada juga lelaki perempuannya. Ini tidak asyik perempuan je aku tengok. Apa dia kerja jadi ejen cari model ke?”,
Suraya tertawa sekali gus mengaduh kesakitan bila cubitan Najwa hingga dilengannya. Najwa masam muka.
“Kau boleh ketawa lagi Sue. Kau tak sakit hati ke?”,
“Itu hak dia. Aku tak pernah halang”,
“Ha!...ya allah kenapa lah aku dapat kawan yang baik macam kau ni. Orang kalau dah bertunang tak buat perangai macam dia tau. Ini tidak..miang makin menjadi”,
“Orang lelaki Wa..”, perlahan Suraya menjawab.
“Sebab orang lelaki la kita kena control. Kalau masa macam ni dah tunjuk perangai. Dah kahwin macam mana?”,
“Lelaki boleh kahwin empat”, jawab Suraya bersahaja. Najwa makin kehairanan. Tak kan sedikit perasaan cemburu tidak ada di hati Suraya. Marah pun tidak, membebel jauh sekali aku nak dengar. Hairan aku perempuan ni?.
“Kau ni macam nak bela dia je. Kau tak tahu ke dah kecoh satu office tahu pasal dia ada afair dengan budak kita cawangan kat Penang tu. Dia selalu ke Penang sebab budak perempuan tu”,
“Aku tak membela dan aku tak masuk campur semua hal dia”, Suraya dah tegak berdiri menanti pintu lif terbuka. Keadaan tiba-tiba sepi bila Faizal tercegat didepan lif. Matanya bertembung dengan anak mata Faizal. Sedikit pun lelaki itu tidak tersenyum. Najwa yang ada dibelakang sudah diam membisu. Cepat-cepat dia melangkah keluar dari lif dan berlalu pergi. Tak sanggup nak menghadap wajah lelaki itu.
“Kau tengok...macam orang asing je. Senyum pun tidak”, Najwa jiuh bibir. Sakit hati benar dia melihat perangai Faizal yang semakin berbeza.
Langkahnya makin laju. Dibiarkan Najwa bercakap sendirian. Dia meluru masuk kedalam bilik. Pintu bilik dikunci rapat, beg tangan dilempar ke atas sofa. Hatinya sakit, hatinya pedih dan semakin pedih. Dibukanya tirai berdiri menghadap tingkap.
“Faizal..apa salah aku sampai kau buat aku macam ni?”,
Rasa pilu datang menyerbu masuk kedalam hatinya. Mengundang segala kesedihan ke dalam jiwa. Tersedu-sedu dia menangis. Esakkannya tertahan-tahan. Ingin dia meraung tapi tak mampu.

“Kau tak patut buat dia macam ni”,
Jari telunjuk Shahril menuding tepat kepadanya. Dibiarkan Shahril yang meluru masuk kebiliknya. Shahril berdiri di hadapannya bercekak pinggang. Dia tahu Shahril tak berpuas hati dengan tindakannya. Shahril berhak marah.
“Kau tak ada perasaan ke?. Kau ni memang la. Kau dah tahu dia sukakan kau kenapa kau buat macam ni?”,
“Kau tak ada hak nak halang keputusan aku”, bentak Faizal.
“Balik-balik hak yang kau cakap. Apa besar sangat ke hak kau tu?”, tempelak Shahril tegas. Faizal diam lagi. Wajah Shahril yang tegang membuatkan jiwanya sedikit goyah. Sejak dari awal dia buat keputusan untuk menjauhkan diri dari Suraya, Shahril sudah membantah. Kini kisahnya ada hubungan dengan staff cawangan di Penang tersebar luas. Pasti Shahril marah dan lebih-lebih lagi baru-baru ini Shahril terserempak dengannya bersama perempuan lain. Waktu itu Suraya dan Najwa turut berada ditempat yang sama. Seharian Shahril membebel dengannya. Keputusan tetap keputusan dan tak akan di ubah walau apa yang terjadi.
“Ini adalah jalan yang aku rasa paling baik”, suaranya perlahan. Shahril dah mengambil tempat duduk dihadapannya.
“Tapi kau tak patut buat macam ni. Semalam Najwa bagi tahu aku dia nampak Suraya menangis seorang diri lepas bertembung dengan kau. Aku pula jadi mangsa soal jawab bini aku. Apa yang kau buat ni. Kau tak rasa bersalah ke sakitkan hati dia?”,
“Memang itu yang aku nak buat..kau tahukan aku..”,
“Tapi cara kau salah”, Shahril memintas percakapannya.
“Tak boleh ke kau terima dia. Apa salah dia pada kau sampai kau buat dia macam ni?”.
“Dia hak Zairul..hak Zairul”, tempik Faizal.
Shahril mengelengkan kepala. Lagi-lagi hak jadi punca utama. Apalah dosa Suraya hingga Faizal sangup bertindak begini.

Tindakan Sherina masuk kebilik mengejutkan Suraya dan Najwa yang sedang berbincang. Suraya kaget. Najwa juga terdiam. Sherina hanya tersenyum memandang dua wajah yang terpinga kehairanan.
“You memang beruntung Suraya”,
Suraya yang masih lagi terpinga tak memahami lansung apa yang dikata dek Sherina. Najwa hanya mampu duduk melihat Sherina yang sudah berdiri dihadapan Suraya. Hajat hatinya nak keluar dari bilik itu terpaksa dibatalkan. Bimbang kalau-kalau Sherina melakukan sesuatu pada Suraya.
“You beruntung sebab dicintai dua orang lelaki”,
“I tak faham”, jawab Suraya pendek
Sherina mula mundar mandir di hadapannya. Najwa yang duduk memerhatikan gelagat Sherina benci melihat tingkah laku Sherina yang memang dasar perempuan tak tahu bersopan santun. Masuk meluru tanpa mengetuk pintu. Menyerbu orang hingga terkejut tanpa memberi salam.
“I marahkan you sebab rampas Faizal dari I. Tapi memang betul you rampas Faizal dari i. I tak sangka yang Faizal boleh sukakan you.Macam mana you berdua boleh jatuh cinta sedangkan pertunangan you berdua cuma perjanjian?”,
“Apa you cakap ni Sherina?”,
Wajah Suraya berubah. Matanya beralih pada Najwa yang kaku duduk dihadapannya. Akhirnya Najwa tahu juga apa yang selama ini dia rahsiakan dalam hidupnya.
Wajah Najwa sedikit terkejut. Patutlah selama ini apa yang berlaku pada Faizal, Suraya tak pernah merungut untuk marah jauh sekali. Biar apa pun yang Faizal lakukan, sedikit pun Suraya tak pernah bersuara. Rupanya mereka bertunang kerana perjanjian. Rupanya perhubungan mereka hanya lakonan. Shahril mesti tahu hal ini. Kalau tidak masakan bila disoal tentang hubungan Faizal dan Suraya , suaminya jawab endah tak endah. Sudahnya dia pula disalahkan dikata suka mengambil tahu hal orang lain.
“I berusaha buat Faizal lupakan you. Memang dia lupakan you bila dia jumpa Yasmin. Lepas tu I reka cerita pada Yasmin hingga Yasmin ambil keputusan berkahwin dengan bekas teman lelakinya dan harapan I dapat rapat dengan Faizal. At last Faizal rapat dengan I. I sangka Faizal dah sukakan I tapi I silap. Nama you masih ada lagi dalam hatinya. I kalah pada you”,
“Stop it..I tak akan bercinta dengan Faizal”,
“You jangan la menipu diri sendiri Suraya. I dah baca email yang you hantar pada Faizal and sorry I delete email you tu”, Sherina tersengih. Suraya ketap bibir. Email yang jadi tanda tanya kini terjawab sudah. Sangkaan Kak Laila memang tepat sekali. Faizal tak pernah tahu isi hatinya. Rupanya perempuan ini yang menjadi penghalang.
“Walaupun I delete email tu dan Faizal tak sempat baca, I tak berjaya juga. Rupa-rupanya Faizal tetap mencintai you. You tahu I dah ceritakan pada Faizal yang you sukakan dia. Dia juga sukakan you tapi dia jauhkan diri dari you. You tahu kenapa?”,
“Dia dah ada girl lain. Itu hak dia. I tak berhak paksa dia terima I”,
“You salah Suraya..you salah”, Sherina ketawa.
Geram hatinya melihat Sherina yang seakan mentertawakan dirinya. Kini Sherina duduk pula dihadapannya.
“Faizal sukakan you tapi dia terpaksa beralah dengan Zairul sebab Zairul juga sukakan you”,
“Apa maksud you?”,
“Faizal dan Zairul tu best friend sejak kecil lagi. You tak tahu ke?. Faizal buat macam ni biar you sakit hati. Biar you terima Zairul semula dan Faizal akan tarik diri”,
“I tak tahu apa you mengarut ni?”,
“I kasihan dengan you Suraya. Faizal buat semua ini sebab berkorban untuk sahabat baiknya tu. Zairul tak tahu you ni tunang Faizal. Kasihan Faizal dia sungguh-sungguh sukakan you tapi terpaksa undur diri. Tapi tak apa... I sanggup terima Faizal walaupun dia dah sakitkan hati i”,
“You!!! I rasa baik you keluar sebelum I halau you”, gertak Suraya. Dia tak sanggup lagi berdepan dengan Sherina. Kalau makin dilayan karenah Sherina makin banyak rahsia yang ada terbongkar.
“You tak patut marah I. I cuma nak beritahu you keadaan sebenar. Kalau you tak percaya you boleh pergi jumpa Faizal sekarang. You akan tahu apa yang terjadi”.
Bibirnya tak mampu lagi bersuara. Hatinya sakit melihat Sherina yang terus-terusan tersenyum mengejek dirinya. Telinganya terasa panas. Tanpa banyak bicara di aturnya langkah menuju kebilik Faizal. Hari ini dia perlu tahu kebenarannya. Hari ini dia mahukan penjelasan dari Faizal.

“Suraya bukan hak aku, dia masih hak keluarganya Zal”,
Faizal menoleh mencari arah suara yang amat dikenali. Zairul dah tercegat didepan pintu. Entah bila lelaki itu sampai dia tak menyedari. Shahril bangun mempelawa Zairul duduk. Zairul cuma tersenyum memberi isyarat tak mahu pada Shahril.
“Bila kau sampai, kata nak datang minggu depan?”,
“Kenapa kau tak cakap dia tunang kau”, Zairul menyoal. Wajah Faizal sedikit berubah.
“Aku tak cintakan dia”, Lelaki itu tersenyum meleret. Lain yang ditanya lain pula jawapan yang Faizal berikan.
“Aku tak tanya kau cintakan dia atau tidak. Aku cuma tanya kenapa kau tak bagi tahu aku dia tunang kau?”,
“Mana kau tahu semua ni?”, Faizal pula menyoal. Shahril yang ada disitu cuma menyaksikan adengan soal jawab di antara sahabat baik tersebut. Dia tak mahu mencelah dan memang dia tak berhak menyampuk.
“Kalau bukan Deli yang beritahu semua ni, sampai sekarang aku tak tahu”,
Deli?. Faizal kehairanan. Dicuba mengingati siapakah orang yang bernama Deli. Puas di ingat dan akhirnya baru dia sedar Deli adik ipar Suraya yang pernah bertemu dengannya sikit masa dulu. Tapi dia lupa bahawa Deli adalah sepupu kepada Zairul.
“Aku...”, Faizal menjawab sepatah seolah hilang punca untuk memberi alasan.
“Kau lebih berhak pada dia dan maafkan aku kerana menganggu hubungan ini”,
“Jangan Rul...kau yang lebih berhak. Aku yang salah”,
“Kenapa nak salahkan diri sendiri?. Kita dah lama berkawan dan aku tak nak mengkhianati sahabat sendiri”,
“Kau tak pernah mengkhianati aku. Aku yang mengkhianati kau. Kalau aku tahu dialah Suraya yang kau kenal dulu. Sumpah aku tak akan ikat tunang dengan dia”,
“Benda dah berlalu kenapa kau masih nak menolak hakikatnya. Kau mencintai dia Zal...kenapa nak berbohong”,
“Kau juga mencintai dia kan?”,
Keadaan sepi seketika. Zairul menjauhkan diri membelakangi Faizal. Lama dia berdiam. Nafas yang sarat didada dilepaskan perlahan-lahan.
“Kau pernah cakap dengan aku . Walau sekuat mana pun kita mencintai seseorang, bila dah ditakdirkan tiada jodoh antara kita. Kita tetap tak bersama”,
“Kau masih ada peluang Rul. Aku tahu sekarang ni aku yang jadi penghalangnya. Aku sedia undur diri”,
“Jangan Zal. Cinta Suraya dah tak ada untuk aku. Kau sendiri tahukan. Dia dah tetapkan dalam hatinya cuma ada kau bukannya aku”, Zairul menoleh memandang Faizal.
“Dia buat keputusan macam tu kerana keadaan”,
“Dia tak akan bertindak tanpa berfikir Zal. Dia perempuan yang tegas dengan keputusan dan dia tak akan menipu dirinya sendiri”,
“Kau terlalu cepat mengalah”,
“Aku yang mengalah atau kau. Sekarang dia dalam ikatan kau dan kau lebih berhak pada dia, bukan aku”,
“Ikatan itu cuma tanda. Bila-bila boleh dileraikan”, Faizal menjawab bersahaja. Zairul mengeleng kepala.
“Kenapa sampai begitu sekali anggapan kau. Kau sedar tak ikatan tu satu tanda hubungan yang dihormati semua orang”,
“Aku terikat kerana perjanjian”,
“Faizal kau sedar tak. Kita tak pernah terfikir setiap apa yang kita lakukan itu ada maksud disebaliknya. Perjanjian tu lah yang membawa kau kedalam cinta dia. Kau sedar tak?”,
“Sebagai seorang kawan aku sanggup korbankan apa saja yang aku ada”,
“Aku tak pernah suruh kau berkorban. Kalau nak bukan begini caranya”, suara Zairul hampir-hampir tak didengarnya. Lelaki itu kelihatan seakan gelisah. Sekejapan direnungnya wajah Faizal. Tapi Faizal masih bersikap biasa, seumpama tiada kesalahan yang dah dilakukan. Bilik berhawa dingin itu terasa seakan tegang. Shahril tetap membatu diri. Faizal tercegat menghadap tingkap, begitu juga dengan Zairul. Kedua-duanya diam membisu.
“Kau kena fikir akibat tindakan yang kau ambil ni. Kau kena jaga perasaan dia. Kau mencintai dia kan?”,
Faizal tersengih mengeleng kepala. Apa yang ada pada cinta?. Cinta itu adalah perasaan yang paling halus dalam jiwa.
“Tak Rul..kenapa kau suka sangka aku macam tu?”,
“Sebab kau kawan aku. Sekilas wajah kau aku tahu apa yang ada dalam jiwa kau”,
“Dah la tu..sekarang ni kau tahukan. Okey aku serahkan dia pada kau”,
“Tolong tarik balik apa yang kau cakap ni Zal. Aku dah ada jalan hidup aku sendiri”,
“Jangan jadi bodoh la Rul...susah payah kau harung hidup semata-mata nak cari dia. Bila dah jumpa senang-senang kau nak lupakan”,
Faizal menepuk bahu Zairul sambil berpaling untuk mengambil rokok di atas meja. Bibirnya tiba-tiba jadi kelu. Apa yang dilihat benar-benar mengejutkan dirinya. Suraya kini berada di hadapannya. Wajah gadis itu tenang. Zairul yang menyedari Faizal diam tak bersuara turut berpaling. Kedua-duanya terdiam. Suraya gumam, bersilih ganti wajah itu dipandang. Dia terus lari masuk kedalam bilik dan mencapai beg tangan. Najwa dan Sherina yang masih ada dalam bilik tersebut tak dipandang. Bahunya di paut Najwa pantas ditepis dan berlari keluar. Panggilan Najwa dah tak diendahkan. Najwa yang terpinga berlari untuk mengejar Suraya tapi dihalang Shahril dimuka pintu. Sedikit wajah Najwa berubah bila melihat Zairul turut ada bersama Faizal. Sherina yang masih ada di dalam bilik tersenyum dan terus tersenyum.

Dia berlari..berlari dan terus berlari. Manik-manik peluh terbit di dahinya. Lariannya tetap diteruskan, tercungap-cungap dia menarik nafas. Lariannya dilajukan dan akhirnya tubuh itu tak berdaya untuk berlari lagi dan jatuh menyembah bumi, melutut di batuan pantai yang luas. Air matanya menitis dan terus menitis.
“Kenapa dunia ni kecil sangat?”, dia berkata sendiri. Deru ombak menenggelamkan suaranya.
“Kenapa dunia ni kecil sangat!!!!!!!”, jeritnya sekuat hati melawan bunyi deras ombak yang besar. Dia tak ingin menyeka air matanya lagi. Biarlah mutiara itu tumpah semahunya. Biarlah rasa kecewanya hilang bersama air mata. Dia menagis semahu-mahunya. Air matanya berlinang-linang di iringi titisan gerimis yang semakin mengila membasahi bumi. Terhinjut-hinjut bahunya menahan sesak didada. Dia biarkan tubuhnya dibasahi hujan. Mata di pejam rapat-rapat tapi celik semula bila terasa ada sesuatu yang melindunginya dari dibasahi hujan. Mungkin kah hujan sudah berhenti?. Kepalanya mendongak, dia dipayungi seseorang. Wan Adli tegak berdiri sambil tersenyum kearahnya. Terasa jemarinya di sentuh. Lelaki itu menarik tangannya supaya berdiri. Di ikut langkah Wan Adli berjalan meninggalkan batuan hingga ke tepi pantai. Mereka berdiri jauh dari batuan. Ombak-ombak besar berlumba-lumba menghempas batuan pantai dan secepat kilat hilang pasir-pasir yang ada pada batu dibawa arus laut kedalam dasar, yang tinggal hanya buih-buih laut di muka batu. Suraya kelu, jika aku masih di situ tadi pasti aku dah diseret oleh ombak jatuh kedalam laut. Dipandangnya wajah Wan Adli. Ingin mulutnya bertanya tapi bibirnya kelu.
“Kenapa begini?”, Wan Adli bersuara mengisi kesepian diantara mereka yang dari tadi senyap tanpa kata-kata. Suraya telan liur...lelaki ini seakan tahu bila masanya dia bergembira dan bila masanya dia berduka. Dia hadir tiap kali aku dalam kesusahan, dia hadir tiap kali aku dalam kegelisahan.
“Kalau sakit nanti siapa yang susah?”, tanya Wan Adli.
“Ada ke orang yang nak susah kerana saya?”, Suraya pula bertanya.
Dikerlingnya gadis disebelah. Beberapa titis air turun dari hujung rambut yang basah. Separuh dari badan Suraya hampir kuyup. Mujur payung sedia ada didalam keretanya, dapatlah dia memayungi Suraya dari terus basah. Dibukanya baju panas yang sedang dipakai. Baju itu diletakkan kemas kebahu Suraya. Wajah Suraya sedikit berubah...mungkin terkejut, Wan Ali mengulas sendiri.
“Hidup bercinta ni kadangkala menyakitkan”, Wan Adli memula bicara. Kini mereka sudah duduk dibangku kayu tepi pantai. Rambut Suraya yang basah mula kering dek sinaran matahari yang terbit selepas hujan.
“Saya dah cukup sakit sekarang”, pantas suara Suraya mencelah. Wan Adli yang sedari tadi merenung ombak beralih memandang wajah Suraya disisi. Wajah yang dikasihi. Walau jauh kemana pun dia pergi..wajah itu tetap teguh dihatinya. Dia sedar tindakannya mencintai Suraya adalah sesuatu yang salah dalam rumahtangganya. Hampir-hampir rumahtangganya berkocak gara-gara isterinya menjumpai message dalam hanphone miliknya. Sejak dari itu dia terpaksa meminggirkan Suraya, bukan niat dihati nak gadis itu melupakan dirinya tapi hanya itu yang mampu dilakukan. Dia tak mahu Suraya hanyut dalam cintanya. Dia mahu gadis itu sedar bahawa cinta mereka tak akan seperti yang mereka inginkan dan kerana itu dia benarkan Suraya mencari cinta yang lain walaupun jauh disudut hatinya benar-benar sayangkan Suraya. Salah aku kerana membina cinta dihatinya...Wan Adli mengeluh.
“Sebenarnya saya bagi peluang pada awak mencari cinta yang sebenar Sue”,
“Peluang?”, dahinya berkerut kemudian dia tersenyum sendiri.
“Saya mencari, saya berusaha dan akhirnya saya jatuh disini. Ini la peluang yang awak berikan. Ini lah cinta yang saya dapat”,
“Perjalanan kita masih jauh Sue. Saya masih bersama awak”,
“Awak dan tak ada. Awak dah makin jauh dari saya..dah jauh”, air matanya merembes keluar. Cuba diseka dengan jari tapi mutiara jernih itu tetap mengalir deras.
“Saya sayangkan awak Suraya. Saya bagi awak peluang cari cinta yang lain tapi jauh dalam hati saya masih sayangkan awak macam dulu juga”,
Suraya mengeleng-gelengkan kepalanya. Di cuba menekup telinga tak mahu lagi mendengar kata-kata dari Wan Adli.
“Kalau sayang kenapa biarkan saya macam ni. Ini yang awak nak kan?”,
Wan Adli mengeluh berat. Terasa dadanya sesak.
“Ini dugaan untuk awak Sue. Awak kena hadapi”,
“Dugaan yang kadang-kadang buat saya terseksa. Saya dah letih Wan Adli..saya dah letih”. Suaranya tenggelam timbul dengan tangisan. Sukar benar dia untuk meluahkan segala yang terbuku dihati. Sesak benar nafas dirasakan.
“Saya cuba sayangkan dia lebih dari saya sayangkan awak tapi kesudahannya kasih saya ditolak kesana dan kesini. Kalau saya tahu begini jadinya, demi Tuhan saya tak akan jatuh cinta dengan mereka berdua. Apa salah saya?”,
“Tuhan tu Adil Sue. Awak tak boleh menyalah perasaan cinta tu. Awak beruntung kerana masih disayangi”,
“Beruntung sebab disayangi dua sahabat baik macam tu?. Beruntung sebab saya di tolak kesana kesini..begitu?”,
Bulat matanya merenung wajah Wan Adli. Lelaki itu masih tenang. Tangisan Suraya kian reda. Pertama kali dalam hidupnya melihat Suraya menangis begitu. Mungkin kerana terlalu terluka. Atau pun mungkin dia meluahkan kecewa yang dah bertahun lama disimpan dalam hatinya.
“Ramai yang masih sayangkan awak. Keluarga awak, kawan-kawan awak dan....saya”, perlahan ayat terakhir itu disebut.
“Saya tahu awak gadis yang kuat. Suraya yang saya kenal bukan begini orangnya. Suraya saya dulu orang yang penuh ceria, orang yang penuh semangat dalam hidupnya. Kenapa waktu Zairi dulu awak boleh tabah hadapi, kenapa sekarang tidak?”,
“Itu dulu...waktu awak bersama saya tapi sekarang tidak”,
“Saya masih bersama awak. Awak ingat tak saya pernah kata selagi awak mengingati saya selama itu juga saya menyayangi awak”,
Suraya itu tunduk diam. Berulang kali dia mengeluh. Mengeluh dan terus mengeluh.
“Sejak awak izinkan saya cari cinta yang lain saya berusaha berpijak dibumi nyata ni bahawa saya dan awak tak mungkin bersama dan kerana semangat awak juga saya masih mampu berdiri disini. Saya bina satu keindahan dalam hidup saya bila bertemu dengan Zairul semula tapi siapa sangka saya jatuh kasih pada hak orang lain. Saya bersalah dan bila keadaan macam ni berulang dalam hidup saya, saya tutup pintu hati tak mahu bercinta lagi hinggalah satu perasaan tu datang meresap dalam jiwa tanpa saya pinta”,
Ayatnya terhenti. Wan Adli disebelah tekun mendengar. Keadaan pantai sudah mula disimbahi cahaya merah matahari yang hampir terbenam. Sinar merah mewarnai permukaan laut dan kilau-kilauan cahaya terbit bila laut dilambung ombak.
“Saya ambil keputusan untuk terima dia dalam hidup bukan kerana keluarga saya atau keluarga dia sekali pun. Tapi kerana hati saya sendiri. Waktu itu saya redha apa pun keputusan yang akan dia buat sama ada menerima atau menolak saya dari hidupnya..saya pasrah. Saya sangka dia bersama Sherina atau gadis lain. Saya masih boleh terima kalau keadaan itu yang jadi. Tapi apa yang jadi sekarang luar dari pemikiran saya. Saya tak pernah tahu mereka kawan baik sejak kecil. Saya tak tahu kerana saya keadaan ni boleh wujud dalam persahabatan mereka. Kalaulah saya tahu...”
Air matanya menitis lagi. Disekanya dengan hujung jari.
“Jangan disalahkan perasaan sayang yang ada dalam hati awak tu. Kasih sayang tu kuat. Bukan diminta-minta dan bukan dipaksa-paksa. Saya faham apa yang awak rasa sekarang. Awak sunguh-sungguh sayangkan Faizalkan?”,
Sekali lagi dia tunduk merenung pasir pantai. Pertanyaan Wan Adli terbang dibawa angin lalu. Perasaannya kini bercampur baur antara sedih, kecewa dan terluka.
“Kalau dulu mungkin saya boleh terima bila dia tak tahu apa yang saya rasa tapi sekarang tidak. Dia tahu dan dia juga ada perasaan yang sama seperti saya tapi kenapa dia sanggup lukakan hati sendiri kerana seorang kawan. Dia tak sedar yang dia juga dah melukakan hati saya. Kenapa dia buat keputusan tanpa tanya saya dulu. Kenapa tak tanya saya siapa Zairul tu sekarang dalam hidup saya?”, persoalannya ternoktah disitu. Sepi datang lagi mengisi kekosongan perbualan mereka.
“Zairul dah tak ada. Dah hilang....dah lama hilang”, Suraya menjawab lemah dan terlalu perlahan. Matanya kian mengecil merenung hamparan laut.
“Kadang-kadang manusia ni ada yang lebih sayangkan persahabatan dari percintaan dan keluarga sendiri kerana persahabatan tu ada kalanya lebih bermakna dari hubungan lain. Mungkin Faizal belum sedar kehadiran awak dalam hidupnya. Bagilah dia peluang dan awak masih ada masa nak perbaiki keadaan ni”,
“Saya dah letih Wan Adli....saya dah letih”, hanya itu yang mampu diucapkan. Dia memandang Wan Adli di sebelahnya. Raut muka lelaki itu kelihatan tenang.
“Kenapa awak masih tetap menyayangi saya sedangkan awak dah ada apa yang awak mahu. Isteri, anak-anak dan kebahagian hidup dengan orang yang awak sayang?”.
“Awak tahu kenapa?”, pantas dia menoleh pada Wan Adli yang dah tepat merenungnya.
“Kerana menyayangi awak adalah salah satu kebahagian dalam hidup saya”,
Hatinya yang tadi pilu tiba-tiba menjadi sayu. Gemersik suara Wan Adli memasuki corong telinganya. Bagaimana aku harus melupakanmu Wan Adli..rintihnya sendiri. Bayu laut menampar lembut menyentuh pipinya. Direnungnya ke dada langit. Angin....bawalah kecewa ku jauh-jauh.


-TAMAT-

Yg Ku Mahu pt21

Tadi mak kerumah Makcik Zarina kamu”,
Sesudu kuah sup diletakkan kedalam pinggan nasi. Perutnya yang kosong sejak petang tadi perlu di isi. Dibiarkan Rafeah berbicara sendiri. Sesekali matanya melirik pada Seha yang sibuk melayan karenah Dalila dan Lia. Beberapa butir nasi bertaburan di atas meja. Biasa la budak kecil...ujarnya dalam hati.
“Kami dah tetapkan tarikh perkahwinan kamu dengan Faizal”,

Senyumannya yang tadi tiba-tiba hilang. Dipandangnya wajah Rafeah kemudian wajah Seha. Anak mata Seha juga tepat memandang kearahnya seakan mengerti apa yang difikirkan sekarang. Rafeah yang tadi rancak bercakap serta merta terhenti. Pandangan jatuh pada wajah Suraya kemudian Seha. Kedua anaknya itu saling berpandangan.
“Makcik Zarina kamu dah tetapkan November ni nak lansungkan. Lagipun mak rasa bulan tu elok sikit sebab masa tu musim budak cuti sekolah. Dapat la sedara mara jauh datang”,
“Mak dah bincang dengan Faizal?’, Seha menyampuk.
“Zarina kata Faizal serahkan bulat-bulat pada dia. Kalau ditanya pada Faizal tu apa la orang lelaki ni tahu”,
“Mak sepatutnya bincang dengan orang dulu”, ujar Suraya pula yang sedari tadi diam membisu.
“Kenapa nak bincang dengan kamu. Dah memang perjanjian terikat hingga dua tahun saja kan. Mak rasa sekarang ni dah sesuai sangat tetapkan tarikh”,
“Yang nak kahwin orang bukan mak”,
“Apa kena dengan kau ni Suraya. Kau nak bertangguh pula?”,
Pinggan yang kosong dibawa kedapur. Cepat-cepat di cuci tangan dan berlalu masuk ke bilik. Panggilan Rafeah dari meja makan tidak di endahkan.
“Suraya!”, Rafeah bangun tapi terduduk semula bila tangannya ditarik dek Seha.
“Mak biarkan dia”,
“Apa kena dengan adik kamu tu?”,
“Mak makan biar Seha yang pergi tengok Sue”,
Rafeah diam menurut kata Seha. Kelibat Seha hilang dibalik pintu. Fikirkannya tertumpu pada sikap Suraya sebentar tadi. Tekaknya dah tak berselera untuk menelan nasi. Pantas di alihan tumpuan pada Dalila yang berebut sesuatu dengan adiknya Lia.

Pintu biliknya diketuk dari luar. Dibiarkan Seha masuk. Kakak sulungnya itu duduk dibirai katil.
“Tak baik Sue cakap macam tu dengan mak. Nanti mak perasan ada yang tak kena pasal kau dengan Faizal”,
“Biarlah mak perasan. Sampai bila nak dirahsiakan?”,
“Kau dah cukup tabah nak tengok reaksi mak?. Dah ada jawapan yang baik untuk jawab semua persoalan yang akan ditanya nanti?. Muka dah cukup tebal nak berdepan dengan keluarga Faizal? Ingat sikit Sue mak tu ada darah tinggi. Tak pasal-pasal orang tua tu masuk hospital pula”.
“Persoalannya sekarang masalah ni bukan Sue yang timbulkan. Faizal juga terlibat. Ini idea dia bukan Sue”
“Faizal pula yang disalahkan. Kalau kau tak setuju dengan rancangan dia takkan dia nak buat”, tempelak Seha. Suraya diam tertunduk. Kata-kata Seha di iyakan kebenarannya. Kalau aku tak bersetuju, mesti semua ni tak terjadi.
“Along tengok sekarang yang berusaha lebih nak selesaikan semua ni adalah kau bukannya Faizal”,
“Dia lelaki mungkin pada dia hal sebegini tak seberat mana. Tak suka boleh tolak, suka boleh ambil. Tapi kita perempuan, menangguh orang mengata menolak pun orang mengata juga”.
“Along rasa elok kau berbincang dengan dia. Masih ada lagi masa nak buat keputusan. Kalau nasib menyebelahi kau, terima dengan baik dan kalau sebaliknya...terima lah dengan lapang dada”,
“Sue rasa macam masa tu dah suntuk. Kepala ni dah buntu”,
“Banyak jalan boleh kau buat. Kenapa kau nak menunggu saja. Sampai bila?”.
“Sampai saya terdaya”,
Seha mengeleng kepala. Kenapa kau terlalu cepat mengalah?.
“Cuba lah...kalau berdiam diri macam ni sampai bila dia nak tahu. Kalau dia tak terima, nasib belum menyebelahi kau. Ingat sikit setiap apa yang ditakdirkan untuk kita ada maksud disebaliknya. Jangan cepat mengalah Sue. Kalau dah tertulis Faizal menjadi teman kau..apa pun yang terjadi dia akan jadi teman kau juga kan. Macam tu juga dengan Zairul. Kalau kau cinta sepenuh hati sekali pun dah takdir dia bukan milik kau. Dia takkan jadi milik kau juga. Manusia ni selalu terlupa Sue.....Tuhan tu yang aturkan cara hidup kita..kita cuma berikhtiar”,
Ada bening dihujung matanya. Ada pilu dihatinya. Kenapa aku selemah ini?. Kenapa aku tak mampu melawan perasaan sendiri?. Bukankah aku sudah berjanji dengan diri sendiri. Andai kasihku jatuh ditengah jalan sekali lagi aku redha tapi dimana keredhaan aku?.

Selama ini aku tahu Suraya bukan hanya menyayangi Faizal tapi lebih dari itu. Dia ingat lagi satu malam dia mencuri masuk ke bilik Faizal ketika lelaki itu tiada. Kebetulan email Faizal terbuka dan sebuah email baru masuk ke dalam mail box. Tanpa risau dibuka dan baca, luahan perasaan dari Suraya untuk Faizal. Tanpa fikir panjang email itu dibuang. Dia tak mahu Faizal tahu perasaan Suraya. Sherina senyum sendiri. Dua hari yang lalu dia pergi bertemu Yasmin. Pada gadis itu diceritakan kisah Faizal yang sudah mempunyai tunang dan akan berkahwin dalam masa terdekat. Yasmin yang sememangnya tidak mengetahui kisah Faizal kecewa bila dimaklumkan perkara itu. Kesan dari cerita yang direka Yasmin telah mengambil keputusan berkahwin dengan kekasih lamanya. Dan ketika itu sengaja dia mendekati Faizal yang sedang kecewa. Faizal semakin rapat dengan dirinya. Faizal sudah ada dalam genggamnya. Sherina ketawa...usahanya sudah membuahkan hasil.
“Siapa perempuan yang keluar lunch dengan you tadi?”,
Faizal sedikitpun tiadak terkejut dengan reaksi Sherina. Dari awal lagi dia dah menjangka Sherina akan menyerangnya perang ini.
“Kawan”, perlahan Faizal menjawab.
“Berapa ramai perempuan yang you nak kawan?”,
“I kan memang suka kawan ramai. You tak faham ke perangai I?”,
“Kawan apa macam tu pegang tangan mesra bukan main?”,
“Hei..itu hak I okey. You siapa nak sibuk-sibuk hal hidup I?”,
“I teman you kan?”,
“Bila masa you jadi teman I?’, Wajah Sherina berubah. Terkaku seketika. Sedikit kemarahan terpancar dimukanya. Geramnya melihat Faizal yang senyum bersahaja seperti mentertawakan dirinya.
“Selama ni you anggap I apa?”,
“Kawan!”, Faizal menjawab bersahaja.
“Kawan”, ujar Sherina.
“Ke hulur ke hilir you bawa I, you anggap I kawan. You tahu tak apa perasaan I pada you?”,
“I anggap you kawan I sama macam kawan-kawan yang lain kan. Selama ni ada I cakap dengan you yang you girlfriend I?. Ada I kata ‘I love you’?. Tak ada kan..kalau you ada perasaan tu you simpan la I tak boleh terima”,
“Sampai hati you Zal. Kita keluar bersama, kemana-mana bersama takkan sikit pun perasaan you tak ada pada I. I sayangkan you..you tau tak?”,
“Minta maaf la Sherina. I belum bersedia untuk semua tu. Selama ni pun I ikutkan kemahuan you. You ajak keluar, I keluar. You nak pegang tangan , I bagi je. Lagipun selama ni siapa yang bergayut dekat lengan I kalau bukan you . Ada I suruh buat?. Tak..I tak pernah suruh..you yang sukarela nak buat”,
“You....habis dekat London yang you kepit I tu apa?”,
“Masa kat sana you yang datang pada I. Orang dah memberi terpaksa la kita terima..betul?”,
Sebatang pen terbang melayang ke arah Faizal. Sempat dia mengelak, nyaris-nyaris mengenai dahi. Dia tahu marah Sherina semakin membara.
“You ni memang la Faizal. I sayang you. I sanggup menuduh Suraya kerana dia rampas you dalam hidup I. I sanggup merayu pada Tuan Rahman supaya hantar I ke London semta-mata I nak dekat dengan you. You ni tak berperasaan lansung. Tak tahu nak hargai pengorbanan I”,
“I tak pernah suruh you sendiri yang nak buat. Terus terang I kata I tak pernah suka kan you”,
“You!!!”, sekali lagi objek melayang mencari sasaran. Kini sebuah buku pula dilemparkan ke arah Faizal. Buku yang melayang jatuh menimpa rak bacaan. Faizal hanya tersenyum.
“Suraya bodoh sebab terima you sebagai tunang dia dan Suraya juga bodoh sebab mencintai orang macam you”,
Suara tegas Sherina menusuk gegendang telingannya. Matanya membulat..apa benar ke yang aku dengar?.
“Apa you cakap ni Sherina?”,
Gadis itu tersenyum sinis. Air wajah Faizal berubah. Tadi dia ketawa dengan apa yang dia lakukan pada aku kini aku pula yang ketawa. Kau bodoh Faizal tak tahu menghargai orang sebaik Suraya. Ini akibatnya kerana mengkhianati aku.
“You terkejut ke?. You memang berhak terkejut sebab you tak tahu. Sayangnya you Faizal...tak pandai nak menghargai Suraya. Kasihan dia..I betul-betul kasihan dengan Suraya. Dua tahun dia menunggu you tapi sia-sia. You tak pernah sedar apa yang dia rasa”
Dahi Faizal berkerut. Dia semakin binggung dengan sikap Sherina. Apa yang Sherina tahu pasal Suraya?.
“You merepek apa ni Sherina?”,
“You kata I merepek?. You yang buat I jadi merepek. Ini akibatnya sebab you tak menghargai I”.
“Stop it Sherina..you!!”
“Kenapa you nak marah. Kasihan you, dulu you nakkan dia tapi dia dah jadi kepunyaan orang. You cari orang lain tapi kecewa juga sebab kepunyaan orang juga. Sekarang bila tahu dia sukakan you...you pula yang akan menolak sebab dia kekasih kawan baik you Zairul. Mesti you tak sanggup rampas dia dari Zairul kan?”,
“Dari mana you tahu semua ni?’,
“Kata orang kalau hendak seribu daya, kalau tak hendak seribu dalih..betulkan sayang”,
Ditepisnya jemari Sherina yang menyentuh pipinya. Jelik dia melihat perilaku Sherina. Hatinya dah tak menentu. Khabar yang baru dikatakan dek Sherina benar-benar mengejutkan. Benarkah Suraya menyintai aku?. Dari mana Sherina tahu semua ini?
“I tak mahu tahu dari mana you dapat cerita ini semua tapi I nak you diam. Kalau tak..”,
“You mengugut I ke Zal?. Apa salahnya kalau Suraya tahu Zairul tu kawan baik you”,
“You akan timbulkan masalah lain nanti”,
“You yang timbulkan masalah ni kenapa nak tuduh I pula. Kalau you tak buat I macam ni kan senang. Mesti masalah lain tak timbul”,
“You nak I buat apa?”,
Sherina ketawa megah. Disentuhnya bahu Faizal.
“You dah terlambat sebab you dah kecewakan hati I. I cuma nak pastikan yang you tak dapat Suraya sebab memang itu janji I dari dulu. I tak dapat you..Suraya juga tak dapatkan. Adilkan?”,
“You jangan buat sesuatu Sherina”,
“You takut I bagi tahu Suraya ke...kasihan..okey I tak akan bagi tahu tapi I akan pastikan yang dia tahu perkara ni”,
“You!!”, Jari telunjuknya menuding kearah Sherina. Gadis itu tersengih seperti mengejek dirinya. Ditarik nafas dalam-dalam. Kesabaran masih lagi teguh dihatinya.
“I keluar dulu Faizal..i harap you berjaya..bye”,
Pen nan sebatang digenggam erat. Dilepaskan kemarahan yang berbuku dihati. Lenggok Sherina dah hilang dari pandangannya. Fikirannya bercelaru. Benarkah Suraya menyintai aku?. Berulang kali persoalan yang sama bermain difikirannya.

Dia nampak Sherina keluar dari bilik Faizal. Baru sebentar tapi kelihatan mereka seperti bertengkar tapi kini gadis itu tersenyum lebar sedangkan Faizal di dalam bilik sedang duduk berteleku seperti menanggung sesuatu. Bergaduh kah?. Cepat-cepat ditarik tirai menutup dinding cermin yang terdedah. Hajatnya nak bertemu Faizal tadi tergendala . Dari celahan tirai dia nampak Faizal berjalan ke hulu kemudian ke hilir. Habis sebuah bilik itu dirondanya. Sesekali lelaki itu memandang ke arahnya. Pantas dia menutup tirai. Dia nampak ke aku tinjau?. Kenapa mereka bergaduh?. Waktu tengah hari tadi dia nampak Faizal dengan seseorang yang nyata gadis itu bukan Sherina tetapi gadis lain. Mungkin pelanggan atau mungkin kenalan Faizal?. Tapi mungkin kerana perkara itu Sherina bertekak dengan Faizal?. Argh! Kenapa aku pula yang sibuk-sibuk fikir hal mereka. Kalau aku jadi Sherina memang patut aku marah. Cantik juga budak perempuan tadi tapi lebih cantik Sherina. Ermm..aku?. jauhlah kalahnya. Suraya senyum sendiri. Najwa hampir tiga kali bertanya dengan aku pasal perempuan yang bersama Faizal siang tadi. Tak cemburu ke aku?. Ada..tapi untuk apa?. Siapa aku yang layak nak cemburu sebegitu?. Entahlah...sebuah keluhan keluar dari bibirnya. Pensil 2B mula bermain di atas kertas pelan. Menari mengikut gerak tangan. Tiba-tiba tangannya terhenti. Perbincangan mak malam tadi menganggu fikirannya. Harus ke aku berbincang dengan Faizal?. Tapi nampaknya angin dia belum elok. Ermm..dah 10 minit ni dah surut agaknya marah tu. Hatinya mula berkira-kira.

Daun pintu berukir cantik diketuk perlahan. Tiada suara yang menyahut. Perlahan-lahan ditolak daun pintu. Faizal duduk dikerusi menghadap tingkap. Memerhatikan panorama bangunan pencakar langit yang tumbuh subur dimuka bumi Kuala Lumpur.
“Zal”, lelaki itu diam tak bersuara.
“Zal..” sekali lagi dipanggil nama Faizal. Faizal tetap berdiam seribu bahasa.
“Ermm..boleh aku berbincang dengan kau sikit?”,
“Nak bincang apa?”, tegas suaranya. Suraya sedikit tersentak. Dia sedar kemarahan Faizal tadi masih belum reda.
“Kau okey ke?. Sherina tadi kenapa?”,
“Kau nak bincang apa?”, pantas Faizal bersuara memintas kata-kata Suraya. Suraya sedikit terkejut. Bibirnya mula gugup. Satu-satu perkara yang paling dia tak ingin berlaku adalah apabila berhadapan kemarahan Faizal. Sungguh dia takut lebih-lebih lagi kalau lelaki itu meninggikan suara,
“Tak apa lah mungkin masa tak sesuai sekarang ni. Aku rasa elok kau pergi cuci muka tu biar segar, nanti beban kat kepala tu boleh kurang”,ujarnya memberi pandangan.
“Cakap je lah. Aku takde masa nak dengar nasihat kau sekarang ni”,
“Lain kali aku cerita”,
“Cakap je lah”, jerit Faizal sedikit menengking. Suraya telan liur. Kini hatinya pula tersentuh.
“Kau ada masalah ke Zal?”,
“Kau nak apa tadi?. Sekarang ni soalan apa pula?”,
“Aku cuma bertanya salah ke?”,
“Salah..memang salah. Kau tak berhak tanya aku macam-macam”,
“Sebagai kawan aku berhak tanya. Kalau kau ada masalah apa guna aku sebagai kawan kau?”,
“Aku tak ada masa nak kongsi-kongsi masalah dengan kau sekarang ni. Kalau kau tak ada apa-apa nak cakap baik kau keluar”,
“Kau halau aku Zal...aku cuma..”,
“Aku tak nak dengar apa-apa. Get out now!”, jerit Faizal.
Suraya terdiam. Kali ini kemarahan Faizal mungkin bukan sedikit. Mungkin sudah mengunung bencinya.
“Minta maaf sebab ganggu kau..aku..”,
“Berambus!!”, buat kali yang entah keberapa Suraya terkejut. Suara Faizal memecah gegendang telinganya. Hatinya tiba-tiba pilu. Selama ini Faizal tak pernah menengkingnya sebegitu. Kalau marah pun hanya sekadar meninggi suara dan bukannya menengking sebegini. Aku tak pernah tengok dia marah sebegini teruk. Kenapa?. Hatinya sebak. Salah aku juga silap masa. Tak apa la baik aku keluar buat apa nak layan orang kepala angin macam dia ni. Buat sakit jiwa raga je. Suraya berjalan menuju ke pintu bilik. Sedikitpun Faizal tak menoleh ke arahnya. Geramnya aku tengok mamat ni. Biar la kau sorang-sorang. Daun pintu ditarik sekuat hati. Berdentum bunyi pintu ditutup.
Faizal terkejut mendengar bunyi pintu yang dihempaskan. Baru dia tersedar dari kemelutnya. Suraya marah?. Suraya tak salah, aku yang salah. Aku yang bermasalah kenapa aku hamburkan marah aku pada dia?. Kasihan dia. Perlahan Faizal bangun menghampiri dinding cermin. Diselaknya tirai meninjau ke arah bilik Suraya. Biliknya kosong. Mana dia pergi?.

Dikesatnya air mata yang turun ke pipi. Kenapa aku selemah ini?. Baru dimarah sikit dah menangis. Apa la dengan kau ni Suraya. Dulu tak macam ni pun. Dulu kau kuat tapi sekarang?. Digelengkan kepalanya. Tapi memang silap aku salah masa berjumpa dengan dia. Tapi dia tak patut tengking aku macam tu. Ingat aku ni budak kecil ke?. Selama ni aku sebagai kawan dia tak pernah dia marah aku macam tu. Hari ni bila gaduh dengan Sherina aku pula jadi mangsa. Aku sedar aku ni siapa. Cuma pendamping kawan biasa . Tak berhak bertanya hal peribadi dia. Dikesatnya lagi air mata yang jatuh. Sejak perginya Zairul air mata ini murah sangat harganya. Hati mudah sangat terusik. Dimana ketabahan aku dulu?. Selepas dimarahi dek Faizal tadi dia terus keluar dari pejabat. Najwa yang berselisih pun tak ditegurnya. Jiwanya tenang disini. Kakinya sejuk bila menyentuh air diparit besar. Diparit besar dengan air yang jernih ditemani redup petang. Matanya asyik melihat beberapa anak ikan yang berkejaran di dalam air parit. Hati yang pilu tadi sedikit terubat. Kalaulah Wan Adli ada mesti dia tak mahu tengok aku menangis begini. Mana dia?. Dah beberapa bulan lelaki itu menyepikan diri dan aku sendiri tak pernah berhasrat untuk menghubunginya. Untuk apa?. Hilanglah Wan Adli..hilanglah Zairul dari hidup ku. Aku sendiri...selamanya sendiri. Dan mungkin akan tetap sendiri. Dilepaskan keluhan yang sarat di dadanya. Aku tetap sendiri....katanya lagi.

“Kenapa duduk seorang diri waktu senja macam ni?’,
Terkejut dia bila mendengar suara tersebut. Ditoleh kesisi, Faizal tersenyum manis memandangnya. Hatinya bergelodak kembali. Dah elok ke marah mamat ni?. Takut nanti dihamunnya aku sekali lagi. Tapi tengok senyum je. Baru sebentar tadi aku dimarahi, dihalau dan ditengking sekarang dia disini dengan senyumanya seperti tidak ada apa-apa yang terjadi. Ah! Lelaki mudah sangat berubah angin.
“Kenapa datang sini?”,
“Tak boleh ke aku datang rumah tunang sendiri”, disoalnya Suraya kembali. Suraya tunduk diam.
“Macam la aku betul-betul tunang kau”, ujarnya dalam hati. Kalaulah Faizal dengar apa yang aku katakan. Apa jawapan dia?. Air parit jernih itu berkocak bila kakinya melawan arus air. Bertempiran anak-anak ikan yang kecil berlari menyembunyikan diri. Faizal di sisinya senyap tanpa kata.
“Aku minta maaf pasal tadi. Aku tak berniat nak marah kau”,
“Tak apa aku dah biasa”,
“Kau kecil hati?”,
“Hati aku dah lama kecil. Dah lama dah”,
Faizal senyum. Geli hatinya mendengar jawapan bersahaja Suraya. Ayat akhir yang ditiru dari percakapan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahadthir Mohamad sewaktu majlis UMNO dulu yang mahu meletakkan jawatan. Kecoh juga satu Malaysia dibuatnya. Suraya disebelah dipandang sekilas. Gadis ini tak mudah merajuk. Kalau merajuk pun tak sampai satu hari dah boleh sembuh. Tapi aku tahu Suraya,jauh di sudut hati kau..kau sering berkecil hati dengan aku. Aku tahu.
“Aku minta maaf”,
“Dah la tu. Berapa kali kau nak minta maaf. Aku bukan tak kenal kau. Dah kenal lama, dah lali pun dengan perangai kau tu. Tapi tadi mungkin silap aku sebab aku tahu masa tu angin kau tak baik aku masuk juga kacau kau. Last, aku yang terima ributnya”,
“Aku minta maaf. Aku tak sengaja”,
“Tak pe, dah biasa”,
“Terima kasih Sue”,
“Tapi satu je aku minta kat kau. Lain kali kalau marah jangan cakap yang bukan-bukan ye. Tadi nasib baik kau suruh aku berambus je. Kalau lain dari ayat tu..”, ayatnya terhenti. Dahi Faizal berkerut.
“Makin jauh hati aku”, ujarnya perlahan tapi jelas ditelinga Faizal.
“Kau jauh hati dengan aku Sue?”,
“Tak la aku gurau je. Ermm tadi tu kau gaduh dengan Sherina ke?”,
“Yup..bertekak sikit je”,
“Pasal apa?”,
“Pasal aku keluar dengan girl lain”,
“Ooo..memang patut la dia marah. Dia kan girlfriend kau”,
“Ops sorry okey, dia bukan girlfriend aku tau”,
“Habis tu girl yang keluar dengan kau tu ke?”,
“Itu pun bukan”.
Digelengkan kepalanya. Suraya termanggu. Dah jelas sekarang Sherina girlfriend Faizal. Kalau begitu betul la sangkaan Aina tentang Sherina. Kalau bukan Sherina dan bukan girl seorang tadi siapa pula?.
“Habis yang kau kata dulu dah jumpa tu siapa?’,
“Adalah someone. Kau buat apa nak tahu?’,
“Iya lah aku sedar aku ni siapa. Tak ada hak nak tanya kau macam tu”,
“Aik kau merajuk balik ke?’,
“Tak ada masa nak merajuk. Aku tahu la aku siapa”,
Faizal memaut bahu Suraya dibawa dekat ke sisinya. Sesekali jemari Faizal menarik rambut Suraya yang panjang. Suraya mengaduh kesakitan, disikunya pinggang lelaki itu. Mereka ketawa. Suraya tersenyum dalam masa yang sama dirinya kaget. Jantungnya seakan terhenti melihat senyuman Faizal, terkaku dengan tingkah lelaki itu. Ada getar dihatinya. Wajah Faizal bersahaja. Ingin dia bangun menjauhkan diri dari lelaki itu tapi tak mampu. Bahunya dipegang teguh. Dibiarkan Faizal dengan anggannya. Sesekali wajah itu tersenyum, sesekali berkerut dahinya seperti memikirkan sesuatu. Teringat dia akan email yang dihantar dulu. Ingin mulutnya bertanya tapi bibirnya tak mampu bersuara.Hatinya juga menghalang. Faizal andai kau tahu apa yang aku rasakan sekarang, apa yang ingin kau lakukan?.
Sengaja dia memeluk Suraya. Sengaja dia ingin melihat reaksi Suraya. Tapi gadis itu bersikap biasa cuma ada sedikit perubahan diwajahnya. Dia terpaksa atau memang dia suka aku berbuat begitu?. Suraya kau tahu aku menyintaimu dan aku tahu apa yang ada dalam hatimu. Tapi siapa aku untuk memilikimu?. Zairul lebih berhak.

Kereta honda milik Sarah dan suaminya Fazli memasuki perkarangan rumah. Faizal yang siap memakai kasut berdiri di tepi pintu memerhati. Selepas bersalaman dengan Rafeah dia minta izin untuk pulang. Suraya mengekori Faizal hingga ke kereta.
“Zal kenalkan ini adik aku Sarah yang aku cerita kat kau tu”
Sarah bersalaman dengan Faizal.
“Ini suami dia Fazli atau nama manja dia Deli”,
Fazli turut bersalam dengan Faizal. Selepas bercakap seketika mereka beransur masuk ke dalam rumah.
“Betul la aku cakap”
“Cakap apa?”, Dahi Suraya berkerut.
“Aku lebih handsome dari adik ipar kau”,
“Perasan!!!!”,
Sebuah cubitan hinggap dilengan Faizal. Lelaki itu mengaduh kesakitan. Tak sempat untuk mengelak.
“Jaga diri Sue. Aku balik dulu”, Suraya senyum. Dilambainya Faizal yang sudah pun berlalu pergi. Fazil turun mendekati keretanya untuk mengambil barang.
“Tunang Kak Sue tu macam Deli pernah jumpa kalau tak silap tapi Deli lupa kat mana. Dia tak pernah cerita apa-apa dengan Kak Sue”,
Suraya mengeleng.
“Mungkin lah..”, Fazli bersuara perlahan.
“Mungkin apa?”, tanya Suraya pula.
“Tak ada apa lah. Deli masuk dulu ye”, Fazli berlari masuk kedalam rumah. Suraya binggung. Ayat Fazil tadi tak habis. Hanya sepatah sahaja yang keluar dari mulutnya. Apa yang mungkin?.


Kereta yang lalu lalang sedikit pun tidak menjejaskan khayalannya. Terkaku dirinya situ. Tepat matanya memandang panorama senja yang dihiasi dengan kilauan warna warni lampu. Dan lebih meriah bila deretan lampu-lampu kereta yang berbaris disepanjang jalan. Ditebing bukit inilah jelas kelihatan separuh dari Bandaraya Kuala Lumpur boleh dilihat. Warna lampu isyarat mewarnai suasana malam yang semakin meriah ditumpahi cahaya. Ramai juga orang yang berkunjung ke bukit ini untuk melihat panorama malam. Ada yang datang berpasangan, bersama keluarga dan ada juga yang datang bersendirian seperti dirinya. Dipeluk tubuh yang hanya bersalut kemeja berwarna merah. Malam merangkak tiba membawa tiupan angin yang kuat ditambah dengan lori-lori yang lalu lalang. Terasa angin yang datang menampar tubuhnya. Dilonggarkan tali lehar kemudian lengan baju yang panjang di sinsing sehingga ke paras siku. Balik dari rumah Suraya tadi kakinya tiba disini. Fikirannya bercelaru. Macam-macam andaian yang bermain dikepalanya. Benarkah Suraya menyintai aku?. Benarkah?. Senyum terukir dibibir tapi senyumannya hanya seketika. Andai benar dia menyintai aku bagaimana pula dengan Zairul?. Tak boleh, aku tak boleh mengkhianati Zairul. Zairul lebih berhak memiliki Suraya.

“Suraya..seperti mana kau dan mentari. Pengemis ini meminta serangkai cahaya..hatimu Suraya”,
Zairul hanya memerhatikan Faizal yang duduk dihadapannya. Temannya itu menyanyi sambil memetik gitar. Riang benar hatinya, apa yang gembira sangat? detik hati Zairul.
“Kenapa banyak sangat lagu yang ada nama Suraya?’,
Siulan Faizal terhenti. Kemudian ketawa bila mendengar persoalan Zairul. Dipandangnya teman baiknya sejak kecil. Dari petang selepas bermain bola hingga mencecah ke malam hari, temannya itu tak banyak bersuara.
“Nama tu komersial senang sangat nak ingat. Kalau sebut Suraya orang mesti samakan dia dengan bintang tujuh”.
“Pada kau pula?”, soal Zairul.
“Pada aku..ermm..pada aku nama tu istimewa. Cantikkan?”, Diteruskan siulannya tanpa tahu ada perasaan lain yang tertanggung dalam hati temannya.
“Bila sebut Suraya aku teringat seseorang”,
“Menarik tu. Mesti dia special kan?”,
“Ermm...”, perlahan Zairul menjawab. Matanya jauh memandang kehadapan. Melihat kegelapan malam.
“Dah empat tahun aku cuba lupakan dia tapi tak boleh”, Zairul memulakan bicara. Faizal membetulkan duduknya menghadap Zairul. Gitar diletakkan di sisi.
“Aku kenal dia tak sampai sebulan tapi kukuhnya dia dalam hati aku bertahun-tahun. Pelikkan?”,
“Itu cinta namanya. Kau itu pun tak tahu”,
“Cinta?”,
Disikunya lengan Zairul. Geli hatinya melihat reaksi Zairul. Belajar punya la tinggi tapi cinta pun tak tahu. Susah betul la.
“Mana dia sekarang?”, giliran Faizal pula menyoal.
“Siapa?”, Zairul bertanya semula.
“Suraya!”, jawab Faizal. Zairul diam, kaku bibirnya bila menyebut nama Suraya. Segala kenangan yang hilang dulu hadir menghimpun semula di matanya.
“Suraya dah hilang”, ujar Zairul perlahan, lembut dan tenggelam. Hampir-hampir tak dapat didengar oleh Faizal. Faizal yang senyum sendiri terdiam seketika. Peliknya aku, hilang macam mana?.
“Aku dah terputus hubungan dengan dia. Aku cuba cari tapi tak jumpa. Aku cuba lupakan tapi tak boleh. Aku cuba sayangkan orang lain tapi semua tu tak mampu buat aku lupakan Suraya. Di mana-mana ada Suraya”,
“Itu sebabnya kau putus tunang dengan Lily?”,
Zairul tunduk. Kemana aku pergi hanya ada Suraya. Pejam mata Suraya, berjalan pun nampak Suraya. Begitu gilanya aku pada Suraya.
“Cuba la cari?”,
“Aku cuba. Hari-hari aku berdoa agar bertemu dengan dia. Aku berharap sangat dapat jumpa dia semula Zal. Kalau aku jumpa dia semula hajat aku satu je. Aku nak lamar dia jadi isteri aku”,
“Kalau tak jumpa?”, soal Faizal nakal sekali gus untuk menduga pendirian Zairul.
“Membujang hingga ke tua pun tak apa”, jawab Zairul bersahaja.
“Hoi..gila la kau ni. Tu dah kira tak waras la tu. Orang kalau putus cinta tak la sampai tak mahu kahwin. Kau kena ingat Nabi Muhammad kita tak mengaku umat pada orang yang tak mahu berkahwin tanpa sebab. Melainkan orang itu memang dah ditakdirkan dalam hidupnya tidak mempunyai jodoh. Apa tujuan kita disuruh berkahwin adalah untuk menyambung zuriat yang dibawa dek Adam. Untuk menyambung perjuangan umat dulu yang menegakkan agama kita biar manusia ni tak sesat besok. Kau faham tu. Tapi aku percaya setiap manusia yang dilahirkan didunia ni Tuhan dah tentukan jodoh, rezeki dan ajal masing-masing. Cuma dengan siapa dan masa sahaja yang kita tak tahu”,
“Aku tahu tu tapi aku dah tak mampu”,
“Kau mampu tapi kau tak cuba buat. Aku tak nak tengok kau kecewa sampai tak kahwin. Kalau ditakdirkan jodoh kau bukan dengan dia, mungkin dengan orang lain. Siapa tahu kan mungkin dapat yang lebih baik dari dia. Selalunya lelaki yang baik ni ditemukan dengan perempuan yang baik juga seperti diri mereka. Dah la tu jangan fikir sangat”,
Zairul diam bersahaja. Gitar yang ada di tangan Faizal di raih keribanya. Tali-tali halus di main perlahan. Zairul mendongak memandang Faizal.
“Dia terlalu baik dan aku takut dia dijodohkan dengan orang lain ”,
“Ya Allah!”, Faizal tepuk dahi. Tak disangka begitu pemikiran Zairul.
“Itu namanya kau tak menerima hakikat. Kau kena percaya Qada dan Qadar, kalau dia berjodoh dengan orang lain apa lagi yang kau boleh buat. Kau nak menolak takdir Ilahi. Kau tak mampu Rul..kita cuma makluk Dia pencipta, Dia berhak buat apa yang Dia nak buat. Kita kena redha”,
“Kau kalau bab macam ni bukan main pandai sangat bercakap. Kenapa kau tak jadi ustaz?”,
“Boleh..ni dah ada ciri-ciri sikit”, disentuh janggut nan sejemput.
“Janggut kambing nak jadi ustaz macam mana kalau perangai macam pelesit”,
Pantas dicampak gitar ke arah Faizal yang masih leka membelai janggutnya yang sejemput. Cepat-cepat disambutnya gitar tersebut.
“Nasib sempat kalau tak pecah gitar tong aku yang satu ni”,
“Eleh aku boleh ganti la..gitar karen nak?’,
“Tak nak la..sentimental value ni”, Faizal senyum meleret. Keadaan sepi seketika. Gitar di petik kembali sambil bersiul.

“Suraya..suatu waktu dulu ku bahagia. Walaupun seketika ku masih percaya..pada mu Suraya”
Sepenuh perasaan Faizal menyanyi. Kemudian lagunya terhenti. Dipandangnya wajah Zairul yang tekun melihat jarinya memetik gitar.
“Kau tahu orang yang aku suka pun namanya Suraya”. Faizal bersuara memecah kesunyian malam.
“La patut la asyik nanyi lagu Suraya” Ditumbuknya bahu Faizal. Mereka ketawa lagi.
Lamunannya mati bila dikejutkan dengan bunyi hon lori yang lalu ditepi jalan. Tak pernah aku sangka kau lah Suraya yang berada di antara aku dengan Zairul. Bagaimana aku boleh menyintai mu?. Kemana aku pergi hanya ada Suraya. Dimata ku ada Suraya. Dimata Zairul juga ada dirimu Suraya. Rupanya selama ini aku berkongsi menyintai kau bersama Zairul. Sungguh aku tak tahu. Kalau aku tahu..sumpah aku tak mahu menyintai kau. Diraup wajahnya beberapa kali. Wajah Suraya terbentang di layar matanya. Gadis itu tersenyum, gadis itu menangis. Maafkan aku. Hilangkan Suraya dari mataku, jauhkan Suraya dari hati ku. Suraya kau bukan milik aku..pergilah jauh-jauh.
"

Yg Ku Mahu pt20

“Assalamualaikum”, rasa nak terkeluar anak tekaknya menjerit. Ini dah kali ketiga dia memberi salam tapi masih tak berjawab. Ada orang ke tak ni?. Rasanya aku dah cakap nak datang hari ni..kemana pula Aina ni?. Laila yang duduk dibawah pohon mangga sibuk melayan karenah Nisa. Panas tengah hari mula membahang. Tidak lama kemudian sebuah kereta masuk ke perkarangan rumah.
“Oii..awal sampai kata nak datang petang?”,

Terjengul kepala Aina dari tingkap kereta. Suraya senyum sambil mengeleng kepala, perangai Aina dari dulu hingga ke hari ini masih tak berubah. Brutal habis. Bergegas dia menghampiri Aina yang sedang mengeluarkan bungkusan sayur dari dalam kereta.
“ Sat-sat..mari kita peluk-peluk dulu”, pecah tawa dibibir Suraya. Dipeluknya Aina yang semakin tembam. Ditariknya anak kecil itu keluar dari dalam kereta. Berkali-kali dicubitnya pipi Pian sehingga kanak kecil itu hampir menangis.
“Jap ye...suprise!”
“Aaar!!!”. Aina menjerit kegembiraan bila Laila muncul dari belakang Suraya. Mereka berpelukkan seketika. Pian dan Nisa hanya berpandangan sesama sendiri.
“Aku ingat kau datang seorang”,
“Saja aku nak bagi kau terkejut”,
“Masing-masing dah berubahkan. Kau Aina dah macam mak nenek sekarang”,
“Aina memang dah jadi nenek pun sebab ada anak saudara dia dah kahwin, dah ada anak pun”, Suraya mencelah.
“Patut pun macam mak nenek betul”, Mereka ketawa lagi.
“Kau orang datang memang kena masa betul. Shamsul tak ada dia out station empat hari. Boleh la tidur sini?”,
“Elok sangat la tu, akak memang dah prepair awal-awal. Kau Sue?”,
“Ok la. Aku pun memang tengah bercuti. Kau orang punya pasal aku sanggup tak kerja”,
“Ini siapa, anak akak ke?”,
“Ha..Nisa mari sini ada kawan ni. Siapa nama anak kau ni?”,
“Pian...Nisa mari sini kawan dengan Pian”, Nisa masih lagi berdiri dibelakang Laila. Pian pula tegak berdiri memandang Nisa.
“Elok la tu, berbesan la kau orang”, ujar Suraya yang sedari tadi asyik memerhati.
“Masin la mulut kau Sue”, tambah Laila pula. Suasana menjadi kelam kabut sedikit bila Pian menarik rambut Nisa sehingga Nisa menangis lari tak mahu bermain dengan Pian lagi. Mujur keadaan itu tak berpanjangan kerana Pian pandai berbaik semula.
“Alhamdulillah bertemu juga kita kan. Ha! apa lagi tolong la angkat barang. Tolong masak kita makan lepas tu boleh borak panjang”,
“Ye la..kita suruh anak dara tu masak. Kita goyang kaki”
“Amboih..saya ni tetamu ke tuan rumah”,
“Orang gaji la, perasan pula jadi tuan rumah”, pantas lengan Aina dicubit. Mereka ketawa lagi. Kegembiraan empat tahun dulu mencul kembali.

“Pian dah tidur?”, Aina angguk sejurus keluar dari bilik. Perlahan daun pintu ditutup takut kalau-kalau Pian terjaga. Laila yang duduk bersila didepan televisyen mengurut leher sendiri. Nisa juga dah tidur mungkin kerana terlalu penat bermain dengan Pian.
“Untung dapat ibu macam kau orang ni”, Suraya bersuara. Kulit kacang yang bertaburan dikutip masuk kedalam bakul sampang yang sudah disediakan.
“Kau tu bila lagi Sue?”, Aina pula bertanya.
“Ada jodoh tak kemana”, Laila yang sedari tadi mengurut leher terhenti.
“Cakap pasal kahwin ni, tunang Sue siapa nama?”,
“Faizal”,
“Ooo...rasa-rasa akak kenal tak?”,
“Akak tak kenal. Kita orang sama-sama join kelab dulu. Kat situ la kenal”, Aina menyampuk.
“Macam mana orangnya Aina..okey?”,
“Okey kak..complete”, Aina senyum memandang Suraya. Memang Faizal cukup segalanya. Rupa ada, kerja pun boleh kurang tahannya. Budi bahasa pun okey. Kalau Suraya dapat tentu tak rugi.
“Bila lagi Sue. Rasanya dah nak dekat dua tahun ni. Kau dah bincang tarikhnya?”,

Suraya telan liur. Keadaan sebegini yang kadangkala buat dia rasa seperti mencekik diri sendiri untuk menjawab. Dipandangnya muka Laila. Laila pasti tahu apa yang bermain difikirannya sekarang. Aina perlu diberitahu keadaan sebenar. Dibiarkan detik berlalu seketika.
“Aina..apa yang aku nak cakap ni kau jangan terkejut pula dan jangan fikir yang bukan-bukan tentang aku”,
“Ada masalah ke?”. Direnungnya wajah Suraya kemudian wajah Laila yang bersahaja.
“Pertunangan aku dengan Faizal cuma rekaan”,
Dahi Aina berkerut. Dia tak faham apa yang Suraya katakan.
“Maksud kau apa?”,
Nafas ditarik perlahan. Dikumpulkan semua semangatnya. Wajah Aina yang berkerut seperti menahan rasa membuatkan hatinya sedikit gusar. Aku terima apa jua reaksi Aina. Kalau Aina marah sekalipun marahlah.
“Aku minta maaf sebab membelakangkan kau dalam hal ni. Aku perlu rahsiakan hal ini untuk jaga hati ramai pihak”,
“Kenapa kau tak bagi tahu aku?”,
“Sebab aku rasa kau tak perlu tahu hal ni”,
“Okey..apa guna aku sebagai kawan baik kau?”.
“Aina..please aku tak berniat nak membelakangkan kau dalam hal ni okey. Aku tak bagi tahu sesiapa sebab aku rasa aku boleh tanggung semua hal ni seorang diri”,
“Tapi Kak Laila tahukan?’,
“Dia tahu sebab masa tu aku dah tak terdaya berbohong. Aku dah kalah”,
“Kak Laila lebih dulu tahu dari aku. Kalaupun kau tak nak cerita apa-apa kurang-kurangnya jangan menipu aku. Aku terasa tau”,
“Aina....walaupun kita sebagai kawan baik, tak semua perkara perlu kita kongsi. Macam juga kau, mesti ada juga perkara yang kau tak beritahu kami”,
“Tapi aku terasa kau sisihkan aku Sue. Dulu apa juga masalah kita tanggung bertiga, sekarang kau sisihkan aku dalam hal yang melibatkan hidup kau ni. Tiga tahun kau hilang dari aku Sue”,
“Aina..okey aku minta maaf. Pasal yang aku hilang tu bukan sebab aku nak jauhkan diri dari kau okey. Kak Laila juga tak tahu aku kemana. Kau orang dah ada keluarga sendiri dan aku tak nak masalah aku ni menambah masalah kau orang masing-masing”,
“Betul tu Aina. Dah la tu perkara ni jangan la perbesarkan. Ini semua benda remeh je”,
“Akak cakap memang la senang sebab akak tua dari kami tentunya Sue lebihkan akak dari saya”
“Aina...takkan sebab kesilapan kecil aku ni kau nak marah-marah macam ni. Kita dah dewasa, kau dah jadi ibu...kau fikirlah sendiri”,
“Dah la tu tak elok bertegang urat macam ni nanti terjaga pula Pian dengan Nisa tu”, Kak Laila bangun menenangkan Aina. Dia menoleh memandang Suraya. Wajah Suraya merah...mungkin kerana marah atau mungkin kerana tertekan.
“Okey fine...aku minta maaf. Aku tak patut bersikap macam ni. Sorry”,
Suraya senyum lega. Bimbang juga hatinya bila melihat wajah merah Aina. Takut juga kalau-kalau Aina tak mahu maafkan dirinya. Bukan niat aku nak sisihkan dia tapi keadaan yang tak mengizinkan. Kalau Aina sahabatnya yang sudah tentu memahami hatinya menunjuk reaksi negatif seperti ini. Bagaimana pula reaksi mak, Puan Zarina, Najwa, Shahril....ya Allah beri lah aku kekuatan.

“Aku terpaksa terima cadangan Faizal sebab nak selamatkan diri dari berkahwin dengan Kamarul. Macam tu juga Faizal, nak selamatkan diri dari dikahwinkan dengan Zulaika”
“Macam drama melayu pula kisah kau orang ni”
“Serius sikit la”, ujar Laila pula. Aina tersengih.
“Genap dua tahun aku terpaksa pulangkan cincin ni”,
“Mak kau tahu?’,
Suraya geleng kepala. Mak dan Puan Zarina tak tahu. Kalau boleh aku tak mahu orang tua tu tahu. Aku tak sanggup nak berterus terang.
“Adik beradik kau?”,
“Along dengan Sarah dah tahu itu pun kerana Zairul. Kalau bukan kerana Zairul sampai ke hari ini mereka tak tahu”,
“Apa reaksi dia orang?”, Laila dan Aina cuma melihat Suraya tertunduk.
“Entahlah”, keluhan keluar dari bibir Suraya. Laila tunduk manakala Aina pula memegang dahi lagak seperti ahli fikir.
“Kes teruk la kau ni Sue, suka sangat buat keputusan tergesa-gesa. Dulu dengan Zairi pun aku tak tahu apa puncanya kau putus. Dengan Wan Adli memang aku doa sangat la kau tak ambil laki orang tu. Dengan Zairul, orang tu nak kau pulak tolak. Sekarang dengan Faizal pula. Aku ingat bila dah bertunang ni selamat la tapi lain pula jadinya”,
Laila menyiku Aina. Aina bersahaja masih bercakap tanpa sedar luahannya itu sedikit sebanyak menyentuh hati Suraya.
“Sebab Faizal ke kau tolak Zairul”, persoalan Laila memecah kesunyian.
“Zairul dah ada Najiha. Najiha lebih berhak”,
“Dia dah kahwin dengan Najiha ke?”,
“Saya tak tahu. Lepas dari kemalangan tu saya tak jumpa dia lagi hingga ke hari ni”, Laila dan Aina mengigit jari. Masing-masing menatap wajah sugul Suraya.
“Sue...akak nak tanya. Apa yang kau kata pada Zairul tu ikhlas dari hati kau sendiri ke?” Soalan Laila membuatkan Suraya tersentak. Bibirnya kelu untuk menjawab. Apa yang aku rasa?. Ikhlas ke aku?
“Kalau ikhlas pun Faizal tak pernah tahu kak”,
“Kau dah berterus terang dengan dia?”,
“Saya perempuan, saya takut kalau dia masih anggap saya sebagai kawan baik sahaja”
“Kau tak cuba Sue...mana kau tahu apa yang dia rasa”
“Dia dah ada Sherina. Buat apa aku nak buat macam tu”,
“Itu kau yang cakap. Kau dah tanya dia Sherina tu betul-betul macam apa yang kau sangka?”, Suara Aina menusuk telinganya. Dahinya berkerut menahan rasa. Dah terang jelas di depan mata aku mereka macam belangkas. Kenapa aku nak seksa hati kalau dah tahu jalan ceritanya berakhir begini.
“Aku tak akan tanya”
“Sampai bila kau nak pendam?”,
“Sampai bila-bila. Sampai dia sendiri tahu”
“Kalau kau tunggu macam tu alamatnya tak ada la”, Aina mencelah. Sahabatnya itu juga mengeluh.
“Aku dah pernah cuba hantar email tapi aku tak tahu dia dapat atau tidak. Aku tengok reaksi dia macam biasa je. Macam orang tak tahu apa-apa”,
“Laa..hantar email. Entah-entah email tu lemas kat tengah laut tak?” Aina cuba berjenaka tetapi tawanya tiada bersambut. Aina sengih sendiri.
“Entah-entah dia tak baca kot?”, Laila pula bertanya.
Suasana sepi seketika. Hanya suara cicak menyambut persoalan Laila.
“Mak aku kata bila kita bercakap sesuatu perkara dan cicak menjawab apa yang kita katakan itu tandanya benda tu betul”,
“Mengarut la kau ni Aina. Itu orang dulu-dulu yang buat cerita. Takkan kau nak percaya”,
“Saya cuma bagi tahu je la”, Lengan Aina dicubit dek Laila. Aina mengaduh kesakitan. Suraya senyum melihat gelagat temannya. Masih tak berubah. Masing-masing tak ada rupa macam mak orang lansung.

“Cuba la lagi sekali Sue. Kali ni kau jumpa cakap terus terang. Akak rasa baik kau berbincang dengan Faizal tentang hal ni. Lima bulan tu dah tak lama. Pejam celik dah habis”,
“Saya.....ermm....kita perempuan kak. Nanti apa dia cakap?”,
“Tak salah kalau kau mulakan dulu. Akak rasa kalau Faizal baca email tu, kalau dia betul-betul sukakan kau mesti reaksi dia positif. Mungkin lebih rapat dengan kau. Tapi kalau dia tak suka kau mesti dia cuba jauhkan diri dari kau. Kau cakap reaksi dia biasa je kan macam tak ada apa-apa. Sah-sah dia tak tahu”,
“Betul cakap Kak Laila tu Sue. Kau jangan jadi macam love story pula. Dah melepas baru nak cakap. Tak salah kalau perempuan mulakan dulu. Aku pernah baca satu kisah ayat dia lebih kurang macam ni la. Jika kita menyintai seseorang, jangan tunggu sampai besok untuk menyatakannya. Mungkin besok tidak akan menjelma sama sekali buat diri kita sendiri mahupun orang tersayang. Bukan mahu memberi harapan tetapi tak salah mencuba. Yang penting tabahkan hati untuk menerima apa sekalipun reaksinya daripada dihambat kekesalan sepanjang hayat”.
Laila berdiri menghadap Aina sambil menepuk tangan. Aina pula membongkokkan badan tunduk tanda hormat.
“Terima kasih...terima kasih”
Suraya dihujung sofa ketawa kecil. Terhibur hatinya melihat gelagat Aina.
“Mana kau dapat ayat tu?’, Laila menyoal.
“La..kan saya dah cakap tadi saya baca buku cerita la”,
“Ooo..hafal juga ye” ujar Laila.
“Saya dah set dalam kepala sebab ramai sangat minta nasihat”,
“Ooo..pakar rujuk la ni apa pasal tak minta jadi kaunselor?”,
“Itu la pasalnya saya tak jadi kaunselor sebab orang kaunselor tahu saya hebat macam ni. Takut dia orang gulung tikar”,
“Ceh perasan”, bantal kecil yang dilontar mengenai muka Aina. Aina yang terkejut membaling semula bantal kecil pada Laila. Suraya yang dari tadi cuma memandang turut mengambil sebiji bantal kecil. Mereka melontar sesama sendiri. Ketawa mereka memecah suasana malam yang semakin sepi.

“Macam mana Sue, kau dah fikir jalan terbaik?”, Kunyahannya terhenti. Terasa kacang melekat ditekak. Air kopi panas dihirup perlahan. Baru sebentar tadi mereka bergurau dan dia lupa akan permasalahannya kini timbul semula. Baru dia sedar jalan kesudahan masih belum ditemui.
“Kalau Faizal tak terima pun kau kena tabah. Akak rasa kau bukan sekali kecewa Sue”
“Ye la bab-bab kecewa, putus cinta ni Sue la rajanya”,
“Pandai la kau orang. Raja aku pun tapi masih sendiri lagi bukan macam kau orang dan bahagia pun”,
“Ketentuan tu Tuhan yang laksanakan Sue. Kita cuma berusaha. Bukan senang nak bahagia. Kena ada juga kecewa. Itu sebab Tuhan uji kita dengan cinta, kita akan kecewa dan ada penyesalan. Ada kesedaran dan ada keinsafan. Dari situ kita belajar ketabahan. Ingat Tuhan tu senang-senang ke nak beri kesusahan pada umatnya. Sesuatu yang ditakdirkan untuk kita ada maksud disebaliknya”. Aina angguk kepala tanda menyokong pendapat Laila.
“Orang berkahwin pun banyak dugaan Sue. Jangan kau ingat dah kahwin boleh bahagian. Tak...kahwin lagi banyak dugaan sebab kita bakal berkongsi hidup. Segala-galanya berkongsi termasuk hati dan perasaan”, Aina pula meluah rasa.
“Kalau Faizal tak menerima kau, dia masih mahukan Sherina anggap saja dia tu buta” suara Aina tegas.
“Lelaki yang betul-betul mahukan kita adalah lelaki yang berusaha membuat kita gembira, menjaga hati kita. Bukan lelaki yang hanya buat kita bersedih dan pentingkan diri sendiri” Laila pula mencelah. Walaupun perlahan tapi jelas kedengaran di telinga Suraya. Kata-kata itu menyerap masuk ketangkai hatinya.
“Kalau kau masih mengharap Faizal mengerti apa yang kau rasa, sampai kiamat pun tak akan terjadi. Lagi satu jangan terlalu mengharap setiap yang kau inginkan jadi kenyataan. Itu penting sebab kau tak akan terasa sangat kecewanya bila sesuatu yang kau inginkan tak tercapai”,
“Ada lagi satu Kak Laila lupa nak bagi Sue..kalau Faizal tak terima kau dalam hidupnya jangan simpan apa-apa dendam dalam hati kau pada dia. Tak baik boleh mudarat diri sendiri nanti”,
“Aku tak akan sampai begitu Aina”,
“Sue, apa pun keputusan yang kau buat. Kita orang sokong kau dari belakang. Bila kau sendiri jangan ingat kau cuma seorang diri didunia ni. Ramai lagi yang sayangkan kau.
Kebahagian tu ada dimana-mana cuma masa dan waktunya belum tiba. Kau fahamkan?”
Tubuh Laila dipeluk kemudian giliran Aina pula memeluk dirinya. Dadanya terasa sebak. Tak semena air matanya luruh. Terlalu banyak nasihat yang diberi dek dua sahabatnya ini hingga tak mampu dia meningkah setiap kata yang mereka keluarkan. Walaupun kasih ku hilang ditengah jalan, aku bersyukur kerana punya kawan baik sebegini. Faizal..andai kau dengar getar hatiku....katakanlah sesuatu. Andai kau tahu apa yang aku rasakan, lindungilah aku walaupun hanya sekadar kawan. Andai aku jatuh di tengah jalan sekali lagi..aku redha kasihku hanya di sini.

“Aku tak nampak dimana silapnya Suraya tu sampai kau pilih Sherina”,
“Sherina bukan pilihan aku”,
“Habis tu yang kau berkepit 24 jam tu bukan pilihan?’, Matanya lirik pada Shahril yang duduk dihadapannya. Dia faham benar anggapan Shahril terhadap dirinya. Tindakannya bersama Sherina mengejutkan semua pihak termasuk mak. Shahril berhak bersoal dengannya tambahan pula isteri Shahril, Najwa adalah teman baik Suraya.
“Sherina”, diulang sebut nama Sherina sambil tersenyum kecil. Shahril yang dihadapannya kerut dahi.
“Sherina tu tempat aku suka-suka je. Dah orang datang aku terima je”,
“Kau tak fikir perasaan Suraya bila tengok kau macam ni”,
“Why?..aku tengok dia biasa je”
“Kau tak siasat, kau tak selami hati dia memang la kau kata biasa je. Ada perempuan yang tak suka tunjukkan sifat macam tu”
Pantulan wajahnya di cermin kecil jelas menunjukkan ada garis-garis wajah yang tidak terurus. Wajah yang kian ditumbuhi misai walaupun nipis tapi jelas kelihatan. Cemburukah dia?. Selama ini aku tak pernah lihat dia cemburu jauh sekali nak memarahi aku. Setiap apa yang aku buat, melarang tidak menyuruh pun tidak. Sejak aku pulang kesini sekalipun Suraya tak menunjukkan sikap dingin. Dia masih seperti dulu, tetap seperti dulu. Selama aku pergi tak pernah sekalipun Suraya putus asa bertanya khabar aku. Cuma aku yang menjauhkan diri darinya. Kasihan dia.
“Kau tak faham Shahril...antara aku dengan dia ada sesuatu yang terhalang”,
“Kalau aku tak faham cuba kau bagi aku faham. Come on Zal...aku tak sanggup tengok kau buat dia macam ni. Kau kan dah nak kahwin please la jangan buat perangai. Selama kau pergi aku tengok Suraya sikit pun tak berganjak dari status yang dia pegang. Cuma kau je yang tak pandai nak jaga status kau sendiri”,
“Shah..aku dah kata antara aku dengan dia cuma aku dan dia saja yang faham. Orang lain tak tahu. Orang boleh cakap apa saja apa yang aku buat tapi orang tak tahu apa yang aku tanggung”,
“Okeh...cuba cerita dengan aku sikit”, Direnungnya wajah teman nan satu. Wajarkah aku berterus terang dengan Shahril yang pertunangan ini hanya sementara?. Wajarkah aku bercerita bagaimana hidup aku yang kehilangan Yasmin?. Wajarkah aku bercerita bagaimana aku cuba lari dari hidup Suraya tapi makin aku pergi jauh Suraya semakin hampir?.
“Aku...”, ayatnya mati disitu. Serasa ada sesuatu yang tersekat dikerongkong. Ditelan liur, wajah Shahril kian berkerut.
“Aku ni terikat Shah...betul-betul terikat dengan janji aku sendiri”,
“Aku makin tak faham la. Cuba kau bagi terang sikit”,
Sepi singgah sebentar di tengah-tengah mereka. Shahril dapat rasakan ada kemelut diwajah temannya. Sekejap Faizal toleh keluar, sekejap pandang mukanya. Apalah yang berat sangat agaknya.
“Aku jatuh cinta Shah”,
“Ha! jatuh cinta pada siapa. Sherina?. Kau jangan Zal aku tak setuju”,
“Bukan la..Suraya”, Tanpa disangka berderai tawa Shahril. Faizal katup muka dengan telapak tangan. Dia faham benar dengan ketawa Shahril. Mesti Shahril kata aku dah tak betul sebab jatuh cinta dengan tunang sendiri.
“Ya Allah aku ingat masalah apa yang berat sangat sampai kau susah nak cakap. Kalau setakat ini..kacang punya hal. Tapi aku pelik la..dia kan tunang kau takkan ini pun susah sangat kau nak buat keputusan”,
“Nak buat keputusan ini yang masalahnya. Sebelum aku cerita ni baik kau ketawa puas-puas”. Tawa Shahril terhenti.
“Kau mesti cakap betapa lembapnya aku nak meluahkan rasa hati aku ni pada Suraya. Pada hal dia lah teman baik aku, dia lah sahabat hidup mati aku. Dia lah tempat kongsi suka duka aku. Pada orang lain mungkin mudah nak berterus terang dengan dia sebab dah biasa tapi pada aku tidak. Aku tak pasti adakah dia juga ada perasaan macam aku”,
“Aku bertambah tak faham la Zal. Kalau kau berdua bukan saling menyintai macam mana boleh bertunang pula. Ke kau saja-saja nak bertunang atau kau nak mainkan dia Zal?”,
“Tak..aku tak berniat nak mainkan dia..kau tunggu kejap”, Pandangannya jatuh pada laci. Diselongkarnya kotak kecil dalam laci. Dapat terus dia bergegas membuka laci yang terletak dipenjuru bilik. Laci itu kemas berkunci. Shahril hanya memandang tingkah laku temannya. Faizal menyelongkar satu persatu kertas yang berada dalam laci. Sebuah buku sederhana besar warna merah ditarik keluar. Kertas diselak satu persatu. Sehelai kertas putih berlipat dua diletakkan dihadapan Shahril.
“Aku nak kau baca dan kau akan faham masalah aku sekarang”,
Shahril termanggu seketika. Dahinya kian berkerut, sekejap wajahnya tenang kemudian berkerut lagi. Sesekali ditoleh pada Faizal.
“Aku dah faham sikit-sikit. Janji boleh di ubah kerana ini hak kau. Apa lagi masalahnya?”,
“Kata orang manusia berpegang pada janji Shah”
“Janji tu memang la janji tapi tak la nak laksanakan sampai makan diri sendiri. Orang berjanji pun ikut pada kebenaran janji. Kertas ni hitam putih bukti kata je. Kalau kau tak mampu nak mengubahnya siapa lagi?”,
“Aku takut la Shah, aku takut dikata orang yang mungkir janji. Aku tak mahu makan kata-kata sendiri sebab aku dah berjanji dengan dia, akan lepaskan dia bila sampai masanya. Izinkan dia mencari orang yang sesuai untuk dirinya pada hal aku kat sini ternantikan dia. Tertunggu-tunggu harapkan dia jadi milik aku. Hati aku ni meronta-ronta nak melarang dia cari orang lain. Kau tahu Shah sejak bila perasaan ni ada dalam hati aku. Sejak cincin tunang tersarung di jari dia. Sejak hari pertama aku bertunang, bila terpandang dia baru aku sedar selama ni dia la orang yang aku cari”
“Kau cuba la Zal. Kalau dia terima itu baik buat kau tapi kalau dia menolak anggap je bukan jodoh kau”,
“Kau tak tau Shah..aku....err..aku dah terlepas kata sebenarnya”,
“Terlepas kata macam mana pula ni?”, Shahril semakin binggung. Tak faham dengan maksud Faizal. Sekejap kata terikat, sekejap kata terlepas. Kepala aku dah naik pening pula.
“Masa aku cadangkan untuk bertunang tu aku cuma sekadar niat nak menolong dia. Dia juga macam tu nak menolong aku. Tapi siapa sangka dari niat nak menolong tu terbit pula perasaan lain. Memang dari dulu aku sukakan dia tapi waktu tu dia dah ada teman. Aku simpan je perasaan aku ni. Ye lah takkan aku nak kacau hak orang pula. Bertahun mereka berkawan tup-tup putus ditengah jalan. Aku sendiri tak tahu apa puncanya”,
Shahril panggung dagu di atas meja. Terleka sebentar dia mendengar Faizal bercerita.
“Bila aku dihantar ke London, hajat hati aku genap dua tahun nak berterus terang dengan dia apa yang aku rasa tapi lain pula jadinya”,
“Lain macam mana Zal?”,
“Aku ada seorang teman baik sejak kecil hingga sekarang. Kami sekampung, apa jua masalah aku dah menjadi masalah dia juga. Dulu dia pernah sebut satu nama, sampai nama gadis tu tak pernah hilang dari hidup dia. Aku la penyokong dia, aku la yang bagi semangat kat dia tapi siapa sangka Shah...aku dan dia meminati gadis yang sama”,
“Maksud kau siapa? Suraya ke?”,
Faizal tunduk membeku. Bibirnya diam seribu bahasa. Mengeleng tidak, angguk pun tidak. Arghh! Begitu kecilnya dunia. Gadis yang aku inginkan itulah kekasih hati sahabatku. Dia ingat lagi hampir sebulan di London tiba-tiba Zairul menghantar khabar bercerita tentang gadis kekasih hatinya yang dicari kini bertemu sudah. Aku tumpang gembira dengar berita tu, berhari aku pujuk Zairul supaya kirimkan gambar gadis bertuah tu. Hajat aku nak kenal lebih dekat siapakah gadis yang begitu bertuah memiliki Zairul yang setia pada cinta nan satu. Suraya yang selama ini disebut-sebut dek Zairul. Suraya si gadis bintang tujuh yang tak pernah hilang dari hidup Zairul. Siapa sangka Suraya itulah kekasih hati Zairul, Suraya itulah juga tunangan aku. Suraya...Suraya....kenapa hanya ini Suraya seorang?. Kenapa hanya Suraya ini yang dicari?. Kenapa Suraya ini yang dikasihi oleh aku dan Zairul?. Kenapa?.
“Zal”, panggilan Shahril mengejutkan lamunannya. Ada bening dihujung matanya. Dikesat perlahan.
“Kau masih ada peluang Zal”,
Ditariknya nafas dalam-dalam. Satu persatu kenangan berbulan dulu dikutip dan akan dihimpunkan dihadapan sahabatnya Shahril.
“Masa aku disana aku berkawan dengan Yasmin. Harapan aku biarlah Yasmin jadi pengganti Suraya. Satu hari aku telefon Suraya dari sana. Aku cakap dengan dia yang aku dah jumpa seseorang yang aku inginkan.Aku tak tahu apa reaksi dia”.
“Kenapa kau buat macam tu Zal. Kau sendiri tahu yang kau sukakan dia kenapa kau nak juga cari orang lain. Kau tak fikir ke apa perasaan dia?”,
“Aku tak tahu apa perasaan dia pada aku. Yang aku tahu dia hak Zairul dan Zairul berhak memiliki dia”,
“Zairul...maksud kau kawan kau tu namanya Zairul?”,
“Ye kenapa?’,
“Kalau kau kata Zairul. Aku rasa aku kenal dia. Kalau tak silap aku budak Zairul yang bekerja disini pun rapat juga dengan Suraya”,
Faizal sengih. Sesekali digelengkan kepalanya.
“Itulah Zairul teman baik aku. Teman seperjuangan aku, berjuang untuk sama-sama hidup, berjuang untuk sama-sama meraih kasih gadis yang sama. Kau tahu Shah..aku yang suruh dia datang kesini”,
“Ya Allah..kenapa kau buat macam tu Zal?. Kau tahu apa jadi dengan Suraya sekarang?”,
“Aku tahu dan niat aku nak dekatkan mereka semula. Aku nak tengok kebahagian mereka wujud semula”,
“Kau salah Zal. Kau tahu apa yang terjadi pada Suraya kat sini. Kau tahu macam mana dia di maki hamun dek Najiha. Dia ditentang mak Zairul. Kau tahu macam mana dia berkeras dengan Zairul?”,
“Aku tahu Shah..segala-galanya aku tahu. Tapi niat aku cuma satu”,
“Kau cuma merancang, Tuhan tu yang tentukan. Kalau kau nak dia jadi hak Zairul tapi Tuhan tak izinkan. Semua yang kau nak tu tak terjadi”,
“Entah lah Shah. Aku tak sanggup bersaing dengan teman sendiri. Sampai sekarang dia tak tahu Suraya tunangan aku”
“Aku tahu niat kau baik tapi baik ke untuk diri kau sendiri. Sekarang apa jadi pada kau. Mana perginya Yasmin yang kau pilih tu”,
“Yasmin dah kahwin”, ujar Faizal perlahan. Kepalanya tunduk merenung meja kaca.
“Aku tak sangka selama aku berkawan dia dalam diam-diam dia merancang kahwin dengan orang lain. Bila dia nak kahwin aku jadi macam tak tentu arah.Apa salah aku pada dia sampai dia buat aku macam ni?. Aku hilang Suraya, aku hilang Yasmin”,
“Kau tengok. Kau sibuk-sibuk satukan orang diri sendiri tak menentu. Habis sebab tu la kau rapat dengan Sherina?”,
“Entah la Shah...Sherina datang tiba-tiba, masa tu aku tengah buntu. Orang datang aku terima je la. Takkan aku nak biarkan pula. Kau pun tahukan dia tu macam mana?”,
“Dah la tu Zal. Aku rasa baik kau terima Suraya tu. Zairul pun dah pergi jauh. Mungkin dah kahwin dengan Najiha”,
“Dia belum kahwin. Dia masih menunggu Suraya. Zairul tu pecinta abadi Shah. Kalau satu nama dihatinya. Hanya satu la sampai bila-bila”,
“Habis kau nak mengalah. Kau tak kesian ke pada Suraya tu. Dia susah payah teguhkan pendirian dia pilih kau dalam hati dia. Senang-senang kau nak mengalah macam ni. Dia pilih kau Zal..dia pilih kau”,
“Aku tahu tapi aku tak berhak. Zairul lebih berhak. Aku ni siapa, bertandang cuma seketika. Sekelumit rasa cinta dia untuk aku mungkin tak ada”,
“Itu cakap orang yang hampa. Cakap orang yang putus asa sebelum masanya. Kau mana tahu apa yang dia rasa sekarang. Kalau bukan ada rasa cinta di hati dia kenapa dia buat keputusan pilih kau?”,
“Mungkin dia nak jaga hati mak dia, keluarga dia dan juga keluarga aku”
“Dia saja nak jaga hati orang. Habis kau tak reti-reti nak jaga hati dia?”,
“Dia hak Zairul..Shah...hak Zairul”, tegas benar suara Faizal ditelinga Shahril. Telinga Shahril terasa panas. Lagi –lagi hak itu yang ditekankan.
“Dia belum kahwin dan belum di ijab. Dia bukan hak sesiapa sama ada Zairul atau kau sekali pun. Dia masih hak keluarga dia”,
Mulut Faizal kaku. Kata-katanya mati. Ada benarnya cakap Shahril. Suraya belum di ijab bererti Suraya masih belum milik sesiapa termasuk aku. Siapa aku mampu bersaing dengan Zairul. Suraya pengarang hati Zairul. Suraya pencipta cinta di hati Zairul. Aku....hanya insan yang terlewat untuk menagih kasih Suraya.
“Kau perlu mencuba Zal. Jangan ingat bila cinta pertama akan tetap jadi cinta pertama. Itu orang yang terlalu taksub dengan cinta. Orang yang dah tak berdaya nak melawan kehidupan cinta. Kau ada hak sebab kau ada hati dan perasaan. Cubalah Zal, aku tahu persahabatan tu penting tapi ada kalanya kita terpaksa berkorban untuk salah satunya. Kemungkinan tu banyak..banyak yang boleh terjadi. Kalau kau sangka cinta Zairul masih ada dihati Suraya. Dan kalau kau sangka Zairul masih mahu memiliki Suraya, tak salah kalau kau juga menyangka ada cinta dihati Suraya untuk kau. Perasaan tu boleh berubah-ubahkan?”,
Faizal diam lagi. Suasana bilik jadi hening. Hanya kedengaran bunyi hon dan deru kenderaan yang berada dalam kesesakkan jalan raya. Hatinya beku, hatinya juga pilu. Antara Suraya, antara Zairul..dimana aku berada?. Dihadapan Suraya atau disisinya?. Jika disisi Suraya bermakna aku terpaksa berhadapan dengan Zairul. Banyak keadaan untuk aku tempuh kalau mahu disisi Suraya. Jika aku dihadapan Suraya bermakna Zairul adalah disisinya. Tapi memang itulah keadaan yang sepatutnya berlaku. Aku dihadapan mereka hanya perlu menyaksikan hubungan itu berkesudahan dengan amannya tanpa ada halangan lain. Aku tak mahu jadi halangan lagi dalam diri Zairul. Dah terlalu banyak hari yang dia lalui hanya semata-mata mencari Suraya. Tapi sanggup kah aku melihat Zairul disisi Suraya. Hati aku..macam mana pula dengan hati aku?..."

Yg Ku Mahu pt19

“Siapa yang ada dalam hati Sue sekarang?”, Wajah Seha dipandang seketika. Kemudian matanya kembali semula merenung air dalam parit besar. Siapa dalam hatiku sekarang?. Wan Adli..kemana agaknya lelaki tu?. Faizal...Suraya senyum sendiri. Boleh ke dia menerima hakikat yang aku menyayangi dia lebih dari seorang sahabat?
“Boleh along cakap sikit dengan Sue?”, Persoalan Seha dibiarkan tanpa jawapan.
“Kalau betul keputusan Sue terima Faizal itu datang dari hati Sue sendiri..kenapa tak terus terang saja dengan Faizal yang Sue anggap dia lebih dari seorang kawan?”

“Kalau ianya mudah macam yang along cakap sekarang, dah lama Sue buat”,
“Ada penghalang ke antara kamu berdua atau sebab perjanjian tu. Perjanjian tu boleh ditarik balik...Sue berhak katakan apa yang Sue rasa sekarang”,
“Along rasa Faizal boleh terima Sue sebagai kekasih sedangkan dalam hati dia Sue cuma sahabat dunia dan akhirat?.
“Perasaan macam tu boleh diubah, bukan tak pernah kita dengar sahabat yang akhirnya jadi kekasih. Ada jugak sahabat yang hanya kenalan biasa boleh jadi kekasih bahkan ada yang boleh sampai kejinjang pelamin. Sue dengan Faizal dah kenal hati budi, along tengok pun serasi”. Suraya senyum. Dipandangnya wajah Seha dengan rasa kasih. Dia tahu Kak Longnya belum tahu apa yang berlaku ke atas dirinya.
“Boleh dia terima Sue kalau dalam hati dia sekarang ada orang lain yang dia sayang?”. Seha diam terkaku. Dia tak menyangka yang Suraya menanggung sesuatu yang menyeksakan perasaan sendiri.
“Sue pasti yang Faizal ada orang lain?”,
“Kalau kenyataan itu keluar dari mulut Faizal sendiri. Apa lagi yang Sue nak katakan”,
“Mungkin dia nak menduga Sue atau mungkin dia hanya rapat sebagai kawan di sana?”,
“Kenapa pula dia nak menduga, Sue cuma kawan saja bukan kekasih”,
“Sue pastikan ke yang perhubungan Faizal dengan budak tu masih terjalin. Setahun tu masa yang panjang Sue..macam-macam boleh terjadi”.
“Kenapa nak fikirkan benda yang dah pasti kenyataannya yang Faizal tak akan menerima Sue. Sue tak mahu fikirkan benda yang tak elok Along”,
“Along bukan nak suruh Sue buat benda tak elok. Apa salahnya Sue cuba bagi tahu Faizal apa yang Sue rasa. Mana tahu Faizal pun sama macam Sue tapi dia tak mahu berterus terang?”, Suraya tersengih. Dibiarkan kakinya dibasahi air parit yang jernih. Ada ke perasaan sebegitu dalam diri Faizal. Perasaan sayang seorang sahabat itu mungkin ada tapi untuk lebih dari tu mungkin tidak agaknya.
“Selama ini takkan Faizal tak tunjuk lansung pada Sue yang dia suka?”, Suraya geleng kepala. Kata-kata gurauan Faizal empat tahun dulu tergia di telinganya.
“kalau dalam masa tiga tahun lagi kau tak punya sesiapa..aku pinang kau”,.Kepalanya tertunduk. Itu hanya sekadar gurauan dan tak mungkin boleh jadi kenyataan. Perlu ke diceritakan pada along.
“Suka tu tak tahu la, mungkin suka sebagai kawan sebab kami dah kenal lama”, Seha diam.
“Perlakuan dia?”, Suraya ketawa. Gelihatinya melihat Seha yang beriya iya mencari bukti bahawa Faizal menyukainya.
“Perlakuan yang macam mana?”,
“Ada tak dia pegang tangan Sue ke?”, Dahinya berkerut. Pegang tangan, rasanya kalau setakat melintas jalan tu pegang tangan biasa la agaknya sebab aku memang jenis takut nak melintas seorang diri. Kepalanya terbayangkan peristiwa di panggung wayang dan di kedai makan. Kalau yang itu macam mana pula?. Dipandangannya wajah Seha.
“Kalau setakat melintas jalan tu biasa la along”,
“Along tak tahu apa yang terjadi di antara kau dengan Faizal tapi apa yang along nampak Faizal tu macam suka pada Sue”,
“Suka seorang kawan”,
“Bukan..masa kamu bertunang along tengok dia lain. Sukanya lain macam. Dia pernah luahkan apa-apa pada Sue?’, Suraya ketawa lagi.
“Kalau ada pun cerita dah lama la along”, Seha ketap bibir.
“Mana tahu kisah lama muncul kembali”, Tawa Suraya terhenti pantas kepalanya digelengkan. Seha geram melihat Suraya yang senyum seperti mengejek dirinya.
“Ikhlas dihati Sue sukakan Faizal. Along nak Sue jawab serius bukan main-main”, Bibirnya yang tadi mengorek senyum hilang seketika. Anak ikan yang kecil bermain didalam air parit besar di renung dalam. Ikhlas?. Ye atau tidak..entahlah.
“Suka...sebagai kawan”,
“Apa salahnya Sue mencuba. Kalau memang kenyataan Faizal tak menerima Sue, Sue kena tabah. Sekurang-kurangnya Sue dah luahkan apa yang terbuku dalam hati tu. Jangan biarkan perasaan tu hanya dalam khayalan, nanti akan menyeksa diri sendiri. Setiap masalah itu seperti jalan yang lurus.Ingatlah lah setiap jalan buntu, ada harapan diselekoh”, Suraya masih lagi tunduk merenung air parit yang mengalir. Seha bangun, dipegangannya bahu Suraya.
“Kalau bukan Sue sendiri yang mengubahnya, siapa lagi yang mampu menolong”, Ditepuknya bahu Suraya perlahan dan berlalu meninggalkan Suraya keseorangan.

Bunyi cengkerik menyentak lamunannya. Angin malam yang sejuk mencengkam tubuh. Perlahan tingkap ditutup. Berbagai persoalan yang bermain difikirannya. Kata-kata along siang tadi masuk satu persatu dalam hatinya. Berjam lamanya dia merenung damainya malam mencari jalan penyelesaian. Kata along jangan biarkan perasaan ini hanya dalam khayalan nanti akan menyeksa diri sendiri. Memang perasaannya terseksa sekarang. Mencari, menunggu, mengharap dan akhirnya kecewa yang dia miliki. Sinaran cahaya dari komputer menerangi bilik kecilnya. Skrin dipandang lama, jemarinya teragak-agak untuk menaip.
Dimanapun aku berdiri, kau kan tetap aku ingati. Kau selalu dekat dalam hati ini dan tak pernah seharipun hari-hari yang berlalu tanpa aku merinduimu. Perasaan ini datang bukan dipinta dan ia juga datang bukan kerana di paksa. Kita hamba hanya mampu menerima jika ini yang sudah di anugerahkan olehNya..... Maafkan aku Faizal.
Matanya terpejam rapat, satu keluhan yang berat keluar dari bibirnya. Kotak tertulis send pada skrin ditekan. Digenggamnya mouse yang berada di atas meja. Andai aku bukan untuk dirimu....aku terima!.
Matanya dipejam kemudian celik semula, berulang kali email dibuka dan ditutup. Sebarang berita dari Faizal tak diterima. Hatinya mula tak keruan. Email tak sampai ke atau dia dah baca atau mungkin dia delete tanpa membacanya. Berbagai andaian bermain dikepalanya. Rasanya dah hampir seminggu email dihantar tapi sebarang reaksi atau jawapan dari lelaki itu tak diterima. Mungkin dia marah atau mungkin juga dia tak ambik peduli lansung atau mungkin dia terlalu sibuk tak sempat nak bukak email. Matanya pejam lagi, cahaya dari skrin komputer menyilaukan mata. Suara Najwa dari interkom mengejutkan lamunan.
“Sue...bos nak jumpa”,
“Ok thanks”. Pantas buku kecil di ambil dan keluar dari bilik. Saat dia melintasi meja Najwa gadis itu tersenyum
“Kenapa?”,
“Takde apa..ermm..Sue muka kau pucat”, Najwa berseloroh.
“Ye ke..tak cukup tidur kot”, Suraya sengih dan berlalu dari meja Najwa. Sejak kebelakangan ini dia nampak Suraya macam orang tak keruan. Duduk dihadapan komputer, renung komputer berjam lamanya. Lebih banyak berdiam berbanding dulu dia seorang yang happy go lucky. Mungkinkah kerana Zairul gadis itu berubah rupa. Zairul dah tiada disini, entah apa yang berlaku di antara mereka dia sendiri tak pernah tahu. Tahu-tahu Zairul buat keputusan ke luar negara untuk sambung belajar. Dengar kata Zairul kecewa kerana Suraya tapi dalam masa yang sama pula Zairul akan bertunang dengan Najiha. Rupa-rupanya perempuan yang aku bertembung dibilik Suraya itulah Najiha. Agaknya dia datang tunjuk perasaan kot. Tak faham aku orang sekarang bercinta. Kata cinta tapi ikat pula hubungan dengan orang lain. Kan ke tak betul namanya. Boleh buat orang lain sakit hati. Satu keluhan keluar dari bibir Najwa. Kasihan Sue dah la tunang jauh lepas tu dugaan kat sini pula tak tertanggung. Bila agaknya Faizal nak balik?.

“Seringnya ku terfikir sampai pernah, tak jua kutemukan jalan keluarnya, jika memang bukan ini sudah tamatkanlah, keranaku tak mau waktu ku terbuang. Jangan memaksakan ini jika memang bukan ini. Kerana sesuatu yang peka buat kita jadi masalah. Yang ku mau ada dirimu tapi bukan begini keadaannya, yang ku mau selalu denganmu. Jika Tuhan mau begini rubahlah semua jadi yang ku mau. Kerana ku ingin semua berjalan seperti yang ku mau”

Alunan lagu nyayian Kris Dayanti menusuk corong telinganya. Setiap bait kata yang berkumandang menyentuh perasaannya. Kertas kerja yang berada dihadapannya kini kosong sepertimana fikirannya sekarang yang turut kosong. Tak semua yang diingini menjadi seperti yang dia inginkan. Keluhan keluar dari bibirnya, kenapa aku mesti mengeluh?. Lama dia merenung komputer dihadapannya. Pantas tangannya menekan tetikus pada komputer. Anak panah pada komputer digerakkan ke kiri kemudian jarinya menekan tetikus dan ditekan bebutang key board, menaip sesuatu pada skrin. Bibirnya menguntum senyum email dari Faizal. Dah hampir sebulan lelaki itu tidak menghantar khabar. Tangannya menekan tetikus sekali lagi. Matanya meneliti setiap ayat pada skrin.
‘aku akan balik hujung bulan ini!’
Ringkas! Terlalu ringkas pesanan yang ditinggalkan. Tanpa catatan waktu dan masa dia akan tiba disini. Dicapainya kalendar yang sedia ada di atas meja. Sekarang dah masuk bulan Disember. Bibirnya menguntum senyum, terlalu cepat masa berlalu tanpa tahu sudah berbulan masa pergi tanpa disedari. Dia rindu dengan wajah itu yang selalu bermain dalam mimpinya. Seketika fikirannya tiba-tiba binggung. Bibirnya yang tadi dihiasi dengan senyuman hilang tiba-tiba. Bagaimana perasaannya nanti bila berhadapan dengan lelaki itu?. Tabahkan dia menerima kenyataan yang akan dibuat oleh lelaki itu?. Satu keluhan keluar dari bibirnya...apa pun keputusan yang lelaki itu buat akan diterima dengan rela !.

Penerbangan dari London sudah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA. Suara petugas mengumumkan ketibaan penumpang-penumpang. Semua kerja dilakukan dengan pantas dan teratur. Berbaris orang keluar dari pintu keluar yang diawasi oleh pegawai Kastam. Puan Zarina tegak berdiri, lehernya panjang mencari Faizal. Rindunya dia dengan wajah anak sulung kesayangan. Bibirnya tersenyum bila melihat wajah yang dicari tetapi senyuman itu cuma seketika bila melihat seorang gadis disisi Faizal. Melihat dari perilaku gadis itu yang tangannya mesra memaut lengan Faizal, Zarina pasti ada sesuatu di antara mereka. Rafeah yang tadi tersenyum turut terdiam, dia pusing kebelakang mencari Suraya tapi Suraya sudah hilang entah kemana. Faizal meluru memeluk Puan Zarina. Rafeah turut dipeluk Faizal.
“Kenalkan Sherina”, salam Sherina disambut perlahan. Dahi Zarina berkerut ingin bertanya lebih lanjut dengan Faizal siapa gadis yang pulang bersamanya ini. Seingat dirinya waktu Faizal kesana tidak ada pun peserta perempuan. Selepas bersalaman Sherina minta diri, gadis itu menarik tangan Faizal jauh dari Zarina dan Rafeah. Zarina hanya memandang dan sekali lagi Zarina menahan rasa bila tanpa segan silu Sherina mengusap pipi Faizal. Zarina tersentak, Rafeah disisinya hanya tunduk memandang lantai yang berkilat.
“Suraya mana?”, Rafeah kelu.
“Dia ketandas sekejap”. Rafeah main serkap jarang pada hal dia sendiri tak tahu dimana anak gadisnya sekarang. Patutlah Suraya tiba-tiba menghilangkan diri semacam dia tahu apa yang akan terjadi. Kalau dia melihat semua ini pasti hatinya terluka. Zarina melihat jam ditangan, kerisauan bertandang dihatinya. Faizal pulang tanpa diduga dengan perempuan lain dan Suraya pula hilang tiba-tiba. Jauh disudut hati Zarina, sampai kerumah nanti akan di siasat pada Faizal apa yang sudah terjadi.

Habis sahaja lagu berkumandang ditekan punat rewind. Tiba-tiba ditekan pula punat stop, kemudian play dan stop semula. Keadaan sepi hanya bunyi kapal terbang berlepas dan hon-hon kereta mengambil penumpang memenuhi suasana. Hatinya jadi tak keruan. Setengah jam masa sudah berlalu tapi batang hidung mak masih tak nampak. Nun ditempat menunggu teksi tercegat seorang gadis yang dia kenali. Sherina! pasti dia balik kesini bersama Faizal. Tapi untuk apa?. Kalau diikutkan pada jadual program mereka masih ada lagi baki empat bulan. Kata Puan Zarina, program mereka selesai sebelum waktunya dan kerana itu mereka pulang tidak pada tarikh yang ditetapkan. Limosin putih itu berlalu membawa Sherina. Tidak lama kemudian terpacul Puan Zarina, mak dan Faizal. Kepalanya ditundukkan sedikit bimbang kalau-kalau mereka nampak dia disitu, hatinya lega bila sebuah van datang meletakkan kenderaan disebelah keretanya sekali gus menghalang dari dilihat dek Faizal. Suraya keluar dari dalam kereta dan berdiri disisi van. Dari kejauhan dia memandang. Ada ceria di wajah lelaki itu, mungkin kerana ceria dapat pulang bersama Sherina buah hati kesayangannya atau mungkin ceria kerana dapat bertemu keluarga yang dirindu. Namun jauh disudut hatinya ada persoalan yang bermain..adakah kau pulang kerana luahan yang aku sampaikan?.

Rafeah mengeleng kepala bila wira maroon berhenti dihadapannya. Kemana saja Suraya menghilang?.
“Kamu kemana tadi?”,
“Err..sakit perut tak sempat nak bagi tahu mak”,
“Kot iye pun tepuk bahu mak pun cukup la ini tak hilang macam tu saja. Makcik Zarina kamu kirim salam, dia suruh datang kerumah besok”, Suraya angguk. Kirim salam je, lain-lain takde ke?.
“Ada apa?”,
“Dia buat kenduri kesyukuran”. Mata Rafeah merenung gelap jalan, sesekali dia menoleh kearah Suraya yang sedang memandu.
“Kamu dengan Faizal macam mana?”, Dahi Suraya berkerut.
“Macam mana apa?”, soalnya pura-pura tidak mengetahui maksud Rafeah. Hatinya berdegup kencang. Ya Allah..janganlah mak tanya yang bukan-bukan. Getusnya sendiri.
“Macam mana hubungan kamu selama ni?”,
“Biasa”. Sepatah sahaja ayat yang keluar dari mulut Suraya.
“Kenapa mak pandang orang macam tu?”, Rafeah diam lantas mengeleng kepala.
“Kamu tahu Faizal balik dengan siapa tadi. Kalau tak silap mak Sherina nama budak tu. Kamu kenal Sherina tu siapa?”,
“Ooo..Sherina. Dia staff kita orang juga, sama-sama pergi program kerja tu tapi dia datang kesana dua bulan lepas Faizal berangkat”, Rafeah diam. Suraya semacam tahu apa yang dia fikirkan. Kalau kawan sekerja tak salahlah kalau mereka pulang berdua tapi yang musykil dihatinya perlakuan antara Faizal dengan perempuan tadi tak melambangkan lansung mereka kawan biasa. Mesranya semacam. Aku rasa Zarina juga fikir seperti mana yang aku fikir sekarang kalau tak masakan tadi Zarina macam tak senang duduk je. Lebih lagi bila budak perempuan tu berani usap pipi Faizal dihadapan mereka. Ada kesalan dihati Zarina dan dia disitu hanya tunduk buat-buat macam tak nampak. Pulang tadi berulang kali Zarina bertanyakan Suraya, Zarina risau dengan Suraya yang tak muncul-muncul sehingga mereka anak beranak mahu pulang. Tapi aku bersyukur Suraya tak melihat semua itu dengan mata kepalanya sendiri.

“Seronok la member abang dah balik”. Bahunya disentuh Najwa.
“Lepas ni Kak Yati kita tunggu kad sampai kat meja je”, Najwa menambah. Kak Yati cuma ketawa. Suraya sengih dia tak tahu reaksi apa yang patut ditunjukkan, bersikap selamba atau turut ketawa bersama mereka pura-pura gembira.
“Sue dah bincang tarikh dengan Faizal?”,
“Ada lagi lima bulan kak. Kenapa nak sibuk-sibuk sekarang”,
“Hei budak ni orang kenalah buat persediaan dari awal. Betul tak Najwa?”,
“Betul la cakap Kak Yati tu. Aku ni bertunang je terus prepair apa yang patut. Senang diri sendiri juga nanti”,
“Itu kau bukan aku”,
“Amboih kau ni mulut takda insuran ye. Kau dah sampai hari besok kau tau la macam mana kelam kabut tidaknya”,
“Sampai hari besok aku panggil kau je jadi tukang cover”, Kak Yati ketawa mengekeh bila Najwa muncung sedepa.
“Kalau kau nak apa-apa besok Sue cakap je dengan aku. Contact aku ramai”, Di iyakan kata-kata Najwa. Dia tak mampu tersenyum lebih-lebih lagi bila terlihat kelibat Faizal dan Sherina yang sedang minum disatu sudut restoran. Mujur Najwa dan Kak Yati tak nampak mereka kalau tidak isu lain pula yang timbul. Cepat-cepat dilarikan pandangannya kearah lain bila terperasan Sherina yang memandangnya. Bencinya aku tengok telatah Sherina semacam nak tunjukkan yang dia dah berjaya memiliki Faizal. Cemburunya meluap. Ditarik nafas dalam-dalam. Kenapa aku berperasaan begini?. Argh apa dia orang nak buat gasaklah.

Majlis resepsi menyambut kepulangan Faizal dan Sherina sekaligus meraikan kenaikkan pangkat Faizal yang dilantik menjadi ahli Lembaga Pengarah baru berjalan dengan lancar. Walaupun hanya sekadar jamuan kecil tetapi keceriaan jelas terpancar diwajah Faizal. Suraya duduk disatu sudut. Ketua Pengarah mula berucap dan beberapa hadiah sudahpun disampaikan. Sherina yang duduk bersebelahan dengan Faizal menjelikkan matanya dari terus memandang. Air teh yang sejuk diteguk perlahan. Malas rasanya nak pergi ketempat minuman mengambil air teh yang baru. Beberapa kakitangan yang lalu dihandapannya hanya tersenyum menyapa. Najwa datang menatang sepinggan mee hon goreng ditangan. Dilabuhkan punggung disisi Suraya.
“Kenapa muram, sepatutnya gembira tengok cik abang berjaya?”,
“Mana ada muram, biasa je”,
“Kau banyak termenung sekarang ni Sue..kenapa?”,
“Bukan termenung tapi berfikir”,
“Benda apa yang kau nak fikir teruk-teruk sangat. Besok kepala tu beruban baru tahu”,
“Biarlah beruban tak payah aku pergi kedai warnakan rambut”, Pehanya dicubit Najwa. Mereka sama-sama ketawa. Mata mereka kini tertumpu pada Sherina dan Faizal. Suraya terdiam bila melihat Sherina dengan selamba memaut bahu Faizal sambil ketawa. Ditoleh pada Najwa, Najwa juga turut memandang kearah Sherina.
“Kau tengok Sherina tu, aku pula yang meluat”, Najwa bersuara.
“Aku ke tandas sekejap”, Suraya bangun keluar dari majlis yang bising dengan suara ketawa dan bunyi lagu-lagu yang berkumandang. Melihat beberapa orang yang berbual sambil ketawa memeningkan kepalanya. Dia harus keluar dari situ untuk menenangkan hati dan dia juga harus lari dari dipersoal dek Najwa selepas melihat perilaku Sherina. Pasti Najwa berfikir yang bukan-bukan. Sejak Faizal balik kesini tak pernah sekalipun dia berbual dengan aku, telefon pun tidak, datang kerumah jauh sekali. Sibuk benar ke dia atau sibuk melayan karenah Sherina?. Yang si Sherina tu pula macam tak ada lelaki lain yang dia nak kepit selain dari Faizal. Sakit jiwa aku. Aku kat sini macam tunggul mati menunggu tapi sepatah ayat pun Faizal tak bersuara dengan aku. Cukup je tanya aku sihat ke tidak aku dah puas hati. Bukannya aku nak suruh di tatang aku pun. Cepat-cepat disimbah muka dengan air paip. Wajah yang basah didalam cermin direnung lama. Cemburu ke aku?. Astagfirullallah...kenapa aku berperasaan sebegini teruk?.

Kotak baldu kecil berwarna biru itu dikeluarkan dari dalam laci. Dihembus permukaan kotak baldu yang sedikit berhabuk. Lama kotak baldu ini terbiar tanpa dijenguk. Perlahan-lahan dibuka, sinar permata dari cincin emas bermata satu itu menyerlah. Cantiknya masih kekal seperti dulu. Tak berubah sedikitpun dimakan masa. Alangkah baiknya jika cinta juga sebegini. Kekal dengan satu perasaan tanpa berubah walau dihimpit jiwa yang lain.
“Seorang je?”, Suraya tersentak. Nyaris kotak baldu biru itu jatuh dari tangannya. Kotak baldu dilontar kedalam laci.
“Kau ni dari dulu tak habis-habis mengejutkan aku. Kalau iya pun bagi la salam”
“Ok ok”. Faizal keluar menutup pintu. Tak lama kemudian pintu diketuk dan terjengul kepala Faizal.
“Assalamualaikum..boleh aku masuk?”, ketawa kecil keluar dari bibir Suraya.
“Waalaikumsalam..masuklah pintu tak kunci”, Kini giliran Faizal pula ketawa. Perlahan ditarik kerusi dan duduk dihadapan Suraya.
“Sihat?”, Senyum menguntum dibibir sambil mengangguk kepala. Tiba-tiba dia gugup bila Faizal merenungnya lama. Duduknya mula tak selesa.
“Zal..oii...kenapa pandang aku macam nak makan?”, Pecah tawa dari bibir lelaki itu. Suraya cebik bibir, geram hatinya melihat gelagat Faizal.
“Aku cari perbezaan pada diri kau mana tahu kot-kot dah berubah. Ermm..masih macam dulu cuma kau kurus sikit. Kau rindu kat aku ye?”,
“Hei..please la buang karen aku je rindu kat kau”,
“Sampainya hati”, Faizal mencuka. Suraya ketawa.
“Ok la rindu juga, jangan la buat muka seposen tak handsome lansung”, Faizal sengih.
“Kenapa duduk sini, orang lain semua tengah berseronok kat luar tu”,
“Saja bawa diri”,
“Bawa diri ke nak jauhkan diri dari aku?”
“Sorry..apa kau cakap ?”,
“Jangan la buat macam tu aku tak suka”,
“Aku tak berniat pun. Aku duduk sini sebab kepala aku pening tengok orang ramai sangat. Kau bukannya tak kenal aku cepat rimas bila keadaan sesak macam tu”,
“Mana tahu sebab aku tengok kau banyak berubah. Lebih banyak diam dari bercakap”,
“Aku..errr”. Digaru kepala yang tak gatal.
“Kenapa tak datang rumah kelmarin?”,
“Ada hal err..jumpa Aina”, Suraya bercakap mengikut gerak hatinya. Pada hal Aina sendiri dah lama tak dengar khabar. Arghh aku menipu pun bukan kau tahu. Wajah Faizal dipandang, ingin rasanya dia bertanyakan tentang email luahan yang dihantar dulu. Tiba-tiba telefon Faizal berbunyi. Dia menjawab perlahan sesekali kepalanya terangguk-angguk.
“Aku keluar dulu, Sherina panggil”. Pantas Faizal berlalu keluar tanpa sempat Suraya bersuara. Lagi-lagi nama Sherina yang disebut. Kertas kosong diatas meja diconteng- conteng seperti meluahkan perasaan marah yang terbuku dalam hati. Tangannya terhenti. Melihat dari reaksi Faizal seperti tidak ada apa yang pernah berlaku. Dia dapat ke tidak email tu?. Atau dia dah dapat tapi masih bersikap selamba?. Bermacam persoalan bermain difikirannya.

Pen hitam yang dihiasi warna emas itu dibiarkan berguling di atas meja. Kejap ke kiri, kejap ke kanan. Matanya masih lagi memandang kearah bilik Faizal. Rasanya dah setengah jam Sherina disitu..apalah yang dibualkan sampai tak ingat waktu lunch. Kalau tak kerana janji Faizal nak keluar lunch bersamanya, pasti dia tak menunggu lama sebegini. Perut aku dah berkeroncong teruk sangat ni. Nak jumpa dia ke tidak?. Kalau aku masuk dalam bilik tu mesti Sherina tarik muka masam sedepa. Ermm..tunggu lagi lima minit la. Kurang dari tiga minit kelibat Faizal muncul dimuka pintu.
“Sue..sorry la kita keluar lain kali ye, aku ada hal ni”
Matanya terpandang kelibat Sherina yang berdiri dibelakang Faizal. Tentu ada hal dengan Sherina la tu.
“Its okey”,ujarnya perlahan.
“Aku keluar dulu..jumpa petang ye”,
Faizal dah pun pergi, matanya melirik jam di dinding. Dah hampir pukul 2. Kalau nak makan ada lagi 15 minit. Nak makan dengan siapa ye. Najwa mesti awal-awal dah keluar dengan Shahril. Rugi aku tak ikut masa di orang offer tadi. Mana la aku tau Faizal tak jadi nak keluar lunch, kalau aku tahu sebelum jam 1 tadi aku dah lesap. Yang Faizal ni pun satu cuba la tanya aku nak makan ke tak, nak tolong belikan ke tak. Sejuk la sikit hati aku ni. Ini tak haram satu soalan pun dia tak tanya. Dia tak tahu ke aku menahan lapar sampai mengantuk ni sebab dia. Perutnya berbunyi, tak boleh jadi ni, masuk lambat sikit la bukannya bos tau pun. Pantas di ambilnya kunci kereta.

Nak makan kat mana ye. Pekena nasi ayam la hari ni, sama macam menu semalam pun tak kisah la janji aku dah suka nasi ayam tu. Matanya meliar mencari tempat parking yang kosong. Dapat, terus keretanya masuk ke petak parking. Suraya memilih tempat disatu sudut yang agak terlindung. Makan kat sini lagi best ada pcivacy sikit...dia senyum sendiri. Sedang asyik menyuap matanya terpandangkan sepasang pegunjung yang sedang makan, Faizal dan Sherina. Mesra sungguh..hal penting yang dikata dek Faizal tadi rupanya keluar makan. Penting sungguh lunch bersama Sherina sehingga janji yang dibuat bersama aku dimungkiri begitu sahaja. Ye la siapa aku ni kalau nak dibandingkan dengan Sherina tu. Kalau banding dari segi cantik tu rasanya aku kalah, Sherina gadis up to date, gadis kota. Aku orang kampung dulu pun kerja kilang je. Menyebut perkataan kilang tiba-tiba wajah Zairul menjelma dikaca mata. Air matanya menitis. Cepat-cepat diseka takut andai pelanggan lain nampak. Bagaimana agaknya Zairul sekarang, bahagia agaknya dia kat sana, aku kat sini saja yang makan jiwa. Isk..apa la aku ni depan rezeki nak sedih-sedih. Diteruskan suapan tapi seleranya semakin kurang bila matanya tak dapat lari dari melihat gelagat Sherina. Lantak dia orang la buat apa aku nak sibuk-sibuk ambil tahu. Eii....bodohnya aku!.
Singgah kedai buku dulu la. Dah lama rasanya aku tak membaca, banyak novel yang aku dah ketinggalan. Masuk lambat pun tak apa sebab dah inform Najwa awal-awal. Kalau Pak Rahman cari kata aku ada hal. Hei..senangnya hati memonteng ni. Kalau Faizal cari macam mana pulak?.
Argh gasak la..dia pun tengah sibuk berdating lagi agaknya. Kakinya mundar mandir berjalan disisi rak buku yang sempit. Banyak juga buku yang ada dalam kedai ni. Pemilik kedai pun orang melayu. Elok la tu kurang-kurangnya ada juga peniaga melayu kalau tak Malaysia ni penuh dengan kaum cina saja yang konker bidang niaga ni. Ermm..buku apa pula aku nak beli ni. Sedang asyik memilih buku terasa bajunya ditarik orang. Seorang kanak-kanak perempuan lingkungan usia 4 tahun berdiri disisinya. Rambutnya yang panjang kemas bertocang kuda. Suraya kerut dahi, dia nak apa budak ni.
“Adik nak apa?”, Tangan kecil itu masih mengarah pada rak buku paling atas.
“Nak buku tu agaknya”, ujarnya sendiri.
“Nak yang ni ke?”, Kanak kecil itu mengeleng kepala.
“Yang ni?”. Sekali lagi anak kecil itu mengeleng kepala sambil tangannya mengaru kepala. Dia nak buku yang mana ni..eii budak ni kepala aku pula yang gatal. Selepas berfikir sejenak didukungnya kanak kecil itu. Sebaik sahaja dekat dengan rak buku, tangan kecil itu mencapai buku yang diinginkan.
“Lain kali bercakap tau, pelat pun tak pe, mak tak ajar bercakap ke?” ujar Suraya kanak kecil itu hanya mendiamkan diri. Letak sahaja di atas lantai kanak kecil itu tersenyum dan lari menghilangkan diri.
“Nasib kau budak kecil kalau besar tak reti nak cakap terima kasih, nak aje aku sound”, bebelnya sendirian. Buku apa yang aku nak ambil tadi...dah lupa pula.

“Cik”, Suraya toleh ke kiri. Rasa macam ada orang panggil aku tadi. Seorang wanita berbadan agak besar tercegat dihadapannya. Dibelakang wanita itu kanak kecil tadi. Oh..ni mak dia.
“Suraya ke ni?”, Dahinya berkerut. Siapa pula ni, macam mana dia tahu nama aku.
“Ye saya, saya kenal kakak ke?”,
“La bertuah punya budak, aku la...Laila”,
“Kak Laila” Suraya terjerit kecil, pantas wanita dihadapannya dipeluk. Mereka ketawa bersama. Anak kecil yang berada disisi cuma memandang kehairanan.
“Lamanya tak jumpa sampai dah berubah terus. Ini anak akak ke?”,
“Ha’ah..Nisa salam dengan auntie Sue”, Kanak kecil itu patuh menerima arahan. Tangan dihulur dan dicium perlahan.
“Kau ke yang tolong dia ambil buku tadi?”,
“Ha’ah ingat budak sesat mana tadi”, Laila ketawa.
“Mama..ini siapa?”, Sikecil bernama Nisa bersuara
“Kawan lama mama”, Pipi kecil Nisa dicuit mesra. Kanak kecil itu sembunyi dibelakang Laila. Matanya meliar memandang Suraya.
“Pandai pula dia bercakap. Tadi tak bersuara lansung”,
“Dia memang macam ni pemalu. Kau tak kerja ke?”,
“Tengah kerja la ni saja keluar sekejap lepas makan tadi. Akak berdua je ke?”
“Ermm..abang kerja, Nisa ni yang nak sangat masuk kesini. Akak ikut je la, tak tahu pula terjumpa kau kat sini”,
“Rezeki Nisa agaknya hari ni. Jom kak kita minum sekejap boleh bual panjang”,
“Sue tunggu dengan Nisa kat sini kejap akak nak pergi bayar buku ni”,
“Okey”, Kanak kecil disisinya diam membatu. Sesekali diusap kepala Nisa. Eh! Telefon Najwa la.
“Hello..Wa, kau cakap dengan Pak Rahman aku half day hari ni”,
“Tadi kata nak masuk lambat alih-alih half day pula. Ada apa hal?”,
“Ada la... tolong aku ye”,
“Aku nak cakap apa dengan orang tua tu?”,
“Kau main taram je alasan apa pun, kau kan pandai kelentong”,
“Iya la aku je yang pandai keletong. Kau tu pandai apa pula”,
“Aku semua pandai, ala.. boleh la ye nanti aku belikan kau cadbury”,
“Kau ni pandai betul la nak membodek, aku nak marah pun tak jadi. Padan sangat la kau dengan Faizal tu. Seorang kaki angin seorang lagi kaki pujuk” Suraya ketawa mengekeh.
“Membebel pula kau ni”
“Kalau Faizal cari kau macam mana?”, Tawanya terhenti bila nama Faizal disebut. Dia takkan cari aku sebab sekarang ni dia tengah sibuk dengan kekasih hatinya Sherina tu.
“Cakap je aku ada hal, okey ye Wa, jangan lupa bagi tahu Pak Rahman”
“Okey..kawan punya pasal”
“Thanks..bye”

“Abang tengah berkursus di sini lima bulan. Jadi akak pun ikut juga ke sini. Lepas tamat kursus nanti tak tahu la transfer ke mana pula. Sekarang ni duduk menumpang kat rumah Ina”,
“Ha! Ina apa khabar?”,
“Ina baru je kahwin bulan lepas. Akak cuba cari kau tapi tak dapat. Akak balik ni pun tak ada ada siapa yang tahu. Nak harap kawan lain semua dah hilang”,
“Ooo..”, muncung bibir Suraya sambil kepalanya terhangguk-angguk tanda memahami perasaan Laila.
“Kau mana hilang?”,
“Tak ke mana, still kat Malaysia ni juga..aduihs” Suraya menjerit kecil. Digosoknya lengan yang baru dicubit dek Laila.
“Aku serius dia main-main”, burger dikunyah perlahan. Nisa disisi sesekali ditoleh.
“Dah tiga tahun muka kau tak berubah Sue. Perangai pun tak berubah”,
“Akak je yang berubah makin berisi”,
“Nama pun dah kahwin Sue, dah ada anak mana sempat nak jaga badan sibuk 24 jam kalah orang kerja besar”,
“Alah...boleh nak jaga badan kalau pandai bahagi masa. Lagi pun akak tak la teruk sangat, gemuk sikit je muka pun cun lagi. Tak la macam orang lain gemuk semacam sampai rupa pun tak sepadan umur”,
“Cakap ikhlas ke apa tu Sue”, Laila mencelah.
“La betul la ikhlas .....tapi jauh”, Mereka ketawa mengekeh.
“Aina apa cerita?”,
“Aina dah dapat hero seorang. Saya pun dah bertahun tak jumpa dia. Tak tahulah kalau dah tambah lagi”,
“Kau bila lagi?”, pintas Laila. Mulutnya terhenti mengunyah kentang goreng. Seleranya yang ada tadi hilang tiba-tiba.
“Masa saja jadi penentu sekarang”,
“Kenapa masa yang tentukan, bukan kau yang tentukan?”,
Di ambilnya tisu dan kesat cairan ais krim pada baju Nisa yang duduk dihadapannya. Laila cuma diam memerhati. Dia pasti tiada jawapan yang mampu Suraya ucapkan. Gadis itu hidupnya penuh dengan rahsia. Buktinya punca perpisahan dengan Zairi sehingga kehari ini tak seorang pun yang tahu. Kau terlalu keras hati Sue.
“Kenapa kau tolak Zairul?”,
“Saya memang patut menolak kerana itu yang boleh mengembirakan hati semua orang”,
“Kau cuma fikir hati orang, kau tak fikir hati kau sendiri?”,
“Hati sendiri boleh dipujuk, hati orang tidak”.
“Tiga kali kau kehilangan Zairul, macam mana kau boleh tabah hadapi semua ini”. Ujar Laila dalam hati.
“Wan Adli mana hilangnya?”
Jus oren yang masih ada setengah gelas disedut. Terlalu banyak persoalan dari Laila yang perlu dijelaskan. Kemana Wan Adli?. Wan Adli datang bila aku sendiri dan hilang bila aku teruja begini.
“Dia dah hilang dari bayangan saya”,
“Dari dulu aku dah pesan jangan cuba bercinta dengan suami orang tapi kau degil. Sekarang tengok pada siapa dia lebih utamakan tentu pada keluarga dia kan. Kau kat sini menangis seorang”
“Memang hakikatnya itu yang harus dia buat. Saya tak pernah mengharapkan apa-apa dari dia. Saya tak pernah bermimpi untuk jadi teman hidup dia jauh sekali nak berangan jadi isteri”,
“Dah tu kenapa bercinta?”,
“Cinta tu hak abadi...anugerah yang Tuhan bagi untuk makhluknya. Perasaan yang paling halus dalam jiwa setiap manusia. Salah ke saya bercinta?”,
“Bercinta tu tak salah tapi kau bercinta dengan orang yang salah”,
“Salah sebab dia suami orang, macam tu?. Kenapa suami orang tak patut bercinta ke?. Orang bujang je berhak bercinta. Suami orang pun manusia juga. Kenapa nak letakkan status suami tu sebagai penghalang. Zaman sekarang jangan kata suami, isteri orang pun ada juga yang bercinta. Cinta tu tak kenal siapa-siapa kak, suami orang ke, bapa orang ke nenek orang ke...semua orang berhak sebab kita semua cuma manusia biasa. Tak seorang pun boleh lari dari perasaan ni. Kadang-kadang lebih elok bercinta dengan suami orang dari bercinta dengan orang bujang yang tak pandai menghargai kasih sayang kita”,
Laila membiarkan Suraya meluah segala yang terbendung dihati. Dia faham gadis ini dah terlalu lama kecewa.
“Saya cuma nak dia mengingati saya”, ujarnya perlahan tapi jelas kedengaran ditelinga Laila. Laila diam membisu.
“Sampai bila Sue?”, Persoalan Laila sepi. Gadis dihadapannya kini tekun memandang keluar. Mungkin mecari jawapan pada persoalannya tadi.
“Dia ada hubungi kau?”,
“Tak..dia datang bila saya betul-betul sendiri”,
“Pelik aku dengan Wan Adli tu, macam superman pula datang bila masa susah je. Masa senang hilang. Lupa kan je la Sue. Dia tengah bahagia kau kat sini merana”. Laila menambah. Suraya diam membatu. Biarlah apa pun yang Laila kata untuk membuang Wan Adli terus dari kamus hidup ini tidak sekali-kali. Walaupun dia semakin jauh semangatnya tak pernah hilang.