Aku baru kehilangan ayahanda ku yang tercinta..sebuah kehilangan yang akan tiada lagi penggantinya..semoga ayahku di tempatkan dalam golongan orang orang yang beriman...amiiin..
Sesuatu yang terindah - Part 16 (END)
'' abang..fia minta maaf kalau layanan fia terhadap abang tidak seperti layanan yang sepatutnya diberi oleh seorang isteri terhadap suaminya.. ''
'' syhhh..kenapa cakap macam tue..? you are everything to me.. sejak hari pertama abang nampak fia, abang yakin fia adalah satu-satunya perempuan yang ingin abang kahwini.. abang cuma nak hati fia menjadi milik abang.. itu saja yang abang pinta dari fia.. dan izinkanlah abang mencintai fia sepenuh hati..''
aku senyum tatkala wajahnya yang ceria sebentar tadi bertukar menjadi serius.. aku tahu..dia sememangnya tidak suka apabila aku membangkitkan hal kekuranganku.. katanya, kekurangan itu merupakan kelebihan untuknya... maksudnya? aku pun tak pasti.. hingga kini aku masih mencari jawapannya..
siapa sangka..jejaka yang aku kenali dalam masa sejam itu, kini telah menjadi suamiku..suamiku yang sah... walaupun dia tidak sekacak rizal..ataupun hazwan.. namun, sesuatu tentang dirinya membuat aku hilang pertimbangan... rindu menerpa..sayang menjelma..dan cinta berputik.. semuanya..kerana satu jam itu.. aneh bukan?
'' tapi.. fia rasa fia masih tak layak untuk menerima cinta abang.. ''
'' sayang.. ''
'' syhhh... '' aku menyentuh bibirnya.. memberi isyarat agar dia berhenti berkata-kata..
'' andaikata fia tidak dapat menjalankan tanggungjawab fia dengan sebaiknya..fia izinkan abang beristeri lagi.. ikhlas bang.. '' dalam sedar tak sedar ayat itu keluar dari mulutku.. aahh..betul ker aku merelakan dia memadukan aku?
'' fia.. Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk mengembalikan kepercayaan. Cinta abang hanya untuk fia.. yakinlah pada abang fia.. abang janji akan bersama fia walau apapun yang akan terjadi.. ''
'' kalau macam tue..bantulah fia mengenali abang dan mencintai abang dengan lebih mendalam... ''
'' insya allah sayang... bukankah Cinta perempuan seumpama kuku, ia hanya sehujung jari, tapi tumbuh perlahan-lahan, diam-diam dan terus menerus bertambah.
abang yakin..suatu hari nanti fia akan jadi milik abang spenuhnya.. ''
---
sejak pertemuan pertama itu, aku menjadi tidak keruan.. sekejap-kejap aku memakai cincin itu.. kemudian aku menanggalkanya.. aku agak keliru..
tapi, bukankah wajah itu yang kulihat dalam doaku sebentar tadi? ahhh..mungkinkah itu petunjuk yang allah berikan untukku?
dan akhirnya, cincin itu mendapat tempat dijari manis aku.. dan tidak sesekali akan dileraikan..
'' terima kasih fia.. terima kasih banyak-banyak.. '' jelas terpancar sinar kegembiraan diwajah hairi.. aku tunduk malu.. terasa mukaku merona merah..
aku menerima lamaran ini dengan seikhlas hati.. andaikata aku silap membuat keputusan, aku pasrah.. dalam diam, aku yakin akan keputusanku..
cuma satu yang aku risaukan.. mampukah aku menjalankan tanggungjawab sebagai isteri..??
'' esok jugak hairi datang meminang.. ''
'' huh?? biar betul? '' aku terkejut.. esok? mak dan ayah pun tak tahu lagi.. terkejut beruk diaorang nanti...
'' yelah? atau nak hairi datang sekarang jugak? '' jawab hairi nakal..
'' err...mak ayah fia tak tahu lagi la... fia belum khabarkan pada sesiapa tentang hal nie.. '' aku gugup.. biar betul mamat nie.? semalam ajak kahwin.. esok..nak hantar pinangan pulak.. entah-entah lusa kahwin..
'' jangan risau.. mak ayah fia dah tahu.. ''
'' huh?? maksud hairi..? '' aku sekali lagi terkejut...
'' ingat tak masa perkahwinan kakak fia yang sulung? hairi jadi pengapit lelaki.. hairi kawan baik abang ipar fia.. hmm..itulah first time hairi nampak fia..itupun cuma daalm gambar.. hairi tak dapat lupakan wajah fia.. dan hairi datang sendiri kerumah dan bertanyakan hal fia.. hairi datang sendiri merisik fia.. tapi, mak dan ayah fia tak berani nak memberikan persetujuan kerana fia masa tue masih dalam keadaan trauma.. mak dan ayah fia kata, mereka nak fia sendiri yang buat keputusan..
sejak hairi tahu fia selalu datang sini, hairi cuba untuk mendekati fia.. tapi kekuatan itu tidak pernah ada sehinggalah semalam.. ''
aku terlopong.. tidak mampu nak berkata apa.. patutlah dulu mak pernah tanya tentang perkahwinan pada aku.. rupanya ada orang datang merisik..
'' tapi..kenapa hairi pilih fia..?? '' tanyaku..
'' adakah cinta memerlukan sebab? '' dia menanyaku kembali.. aku terdiam.. adakah cinta memerlukan sebab?
'' hmm..abaikan soalan tue.. semakin lama hairi tunggu, fikiran fia nie semakin negatif nampaknya.. banyak pulak soalan pelik yang muncul karang..
mari..hairi hantarkan fia pulang.. '' aku cuma senyum dan mengangguk.. satu kelemahan aku sudah diketahuinya.. aku berfikiran negatif!
'' adik..hari nie tak payah ambil kakak kat taman.. kawan kakak hantar balik.. '' dan panggilan telefon itu diputuskan..
---
'' ehh..apa senyum2 nie? '' suara hairi mengembalikan aku kedunia nyata..
'' fia teringatkan abang yang gelojoh.. '' gurauku..
'' bila masa pulak? '' dia mengerutkan dahi.. aku ketawa kecil..
'' baru bercakap sejam, dah ajak kahwin... lepas tue, tak sampai seminggu dah hantar pinangan.. yang tak tahan tue, tak sampai sebulan..dah kahwin.. ''
aku buat suara manja..
memang betul..semuanya berlaku amat pantas.. majlis akad nikah pun dilakukan secara simple.. itu permintaan aku..
dalam masa sebualan, aku berusaha mengenali bakal suamiku.. tapi bagi aku, sebulan tue tak cukup.. masih banyak yang tidak aku ketahui tentang dia..
sudah banyak kali aku bertanya... pada hairi juga kepada abang iparku.. tapi semua engan menjawabnya.. aneh..macam dah berpakat semuanya..
'' fia tak sempat pun kenal abang tahu tak.. kenal keluarga abang pun baru semalam.. mana adil... '' suara aku ditekan sedikit... hairi sudah mula ketawa..
'' anggap sajalah hari perkahwinan kita nie adalah hari pertama kita bercinta... dan hari-hari seterusnya adalah hari untuk kita mengenali antara satu sama lain.. ''
ucapnya geram sambil menarik hidungku...
'' ehh..apa nie tarik-tarik hidung orang.. '' aku tarik muka..
'' tarik saja.. tak hilang pun.. hehe.. '' dia terkekeh ketawa.. gelak ketawanya sentiasa menceriakn suasana.. dia murah dengan semyuman.. sedap mata memendang..
'' abang...terima kasih ya.. sebab nakkan fia yang tak sempurna nie.. '' tiba-tiba hati ini diselubungi sayu..
'' sayang...sayang adalah wanita paling sempurna dimata abang.. '' jelasnya sambil mensusap rambutku penuh kasih sayang...
'' tapi bang...err... '' kali ini bibirnya sudah bertaup kemas dibibirku menyebabkan aku hilang kata-kata..
'' abang akan buktikan yang fia sememangnya seorang isteri yang sempurna bagi abang... '' ucapnya separuh berbisik... tepat dihujung telingaku..
'' izinkan abang... '' dan belum sempat dia menghabiskan kata, kali ini bibirku pula sudah berada dibibirnya.. dia agak terkejut namun sempat juga dia tersenyum nakal...
dia merangkulku erat.. tangan sudah memainkan pernanan.. rentaknya kuturuti sahaja.. aku selesa dengan pelukan serta sentuhan lembutnya...
kucupan dan belaiannya buat aku asyik dibawa gelombang.. dan sebentar kemudian aku kalah dengan kehangatan cintanya...
----------------------------------------------------------------------------------
2 tahun kemudian....
'' wah...fia dah tambah tembam sejak 2 tahun kat amerika.. '' mak memelukku erat..
'' yeker mak? tapi fia nak sangat makan nasi mak.. rindu nak makan asam pedas yang mak masak.. '' aku turut memeluk mak.. selepas itu aku meraih tangan ayah dan mengucupnya penuh hormat.. begitu juga hairi..
'' yelah..yelah.. mari masuk dalam rumah.. adik-adik fia dan anak buah fia dah tunggu kat dalam.. '' ujur ayah..
'' anak buah? means...kakak dah ada baby ya? '' aku terkejut kegembiraan... '' tapi..bukankah kakak bersalin bulan depan? ''
'' baby lahir tak cukup bulan fia.. tapi alhamdulillah.. baby sihat.. dah dibenarkan balik pun.. '' jawab mak..
hairi cuma tersenyum-senyum sambil menolak aku yang berada diatas kerusi roda.. '' oklah tue mak..fia pun ada surprise nak bangitau.. ''
aku mencubit lengan hairi.. '' ehh..abang nie tak sabar-sabar pulak..! tunggulah kita masuk rumah dulu...! ''
kepulangan aku disambut dengan meriah oleh ahli-ahli keluargaku yang lain.. kerinduan yang sekian lama mencengkam terlerai juga dengan pelukan dan kucupan mesra dipipi.. 2 tahun mengikut hairi di amerika syarikat membuatkan aku rindu akan negaraku ini.. masakannya..budayanya..rakyatnya.. hmm..pendek kata..aku rindu segalanya tentang malaysia..
'' haaa...apa surprisenya? '' tanya emak.. mereka yang lain juga tertunggu-tunggu..
'' kakak bawak hadiah untuk abby ya? '' abby mencelah..
'' nak bagitahu yang mana satu dulu sayang? '' tanya hairi..
'' wahh..ada banyaklah surprisenya nie? haa.apa lagi..bagitahulah.. '' mak sudah tak sabar-sabar..
'' kejaplah... erm..abang..tolonglah fia.. ''
hairi membantu aku untuk berdiri daripada kerusi roda.. aku melangkah perlahan tetapi masih memaut lengan hairi.. kemudian, perlahan aku melepaskan pegangan tangan hairi.. aku melangkah perlahan.. beberapa langkah kemuadian..aku memaut kembali tangan hairi..
mak sudah menitiskan air mata.. '' fia dah boleh jalan mak.. '' serentak itu mak dan adik-adikku memelukku.. ayah cuma memerhati.. dalam hati aku tahu ayah semestinya bersyukur kepada allah kerana aku ada harapan untuk berjalan seperti biasa..
hairi mengajak aku ke amerika untuk berjumpa dengan abang sepupunya yang merupakan pakar fisioterapi.. hampir dua tahun aku menjalankan rawatan.. dan dengan izin allah, aku dapat berjalan seperti biasa.. walaupun masih diperingkat pemulilan, aku yakin suatu hari nanti aku mampu berjalan semula seperti biasa..
yang mengejutkan aku... disitu, aku dipertemukan semula dengan hazwan.. dunia nie kecil rupanya.. dialah sepupu hairi..
hazwan tidak terkejut akan kedatangan aku.. kerana dia memang sudah dimaklumkan oleh hairi awal-awal lagi.. ' tahukah hairi bahawa hazwan itu pernah aku cintai? '
hazwan namapk bahagia.. dia sudah berumah tangga.. isterinya bukan ayu.. tapi, seorang gadis indonesia bernama arum.. aku pernah bertanya akan ayu..
dan jawapannya agak mengejutkan.. ayu itu anak saudaranya... hari itu ayu cuma berlakon atas rayuan hazwan.. katanya, ada sebab dia berbuat demikian..
ayu sekarang sudah bergelar isteri.. anaknya sudah dua orang.. buat sekelian kalinya aku tidak percaya apabila diberitahu nama suami ayu..
muhammad rizal bin muhammad rizam!
hazwan dikurniakan seorang baby girl yang bernama nursyafia syadila.. menurut arum, nama itu hazwan yang pilih... dia kata nama itu sangat bermakna..
cahaya yang membawa kepada keadilan... hazwan hanya tersenyum tatkala arum memberitahu aku akan nama baby tersebut... aku turut tersenyum...
' kita sama-sama bahagia kan wan? ' bisik hati kecilku...
'' ehh..ada satu lagi surprise mak.. '' hairi tidak sabar untuk meengumumkan berita gembira yang satu lagi itu...
hairi merangkulku dengan erat.. aku senyum.. hairi mengenggam tanganku..
'' perhatian....tidak lama lagi, mak dan ayah akan dapat seorang lagi cucu.. '' jelas hairi bangga..
berita itu disambut dengan gembira... ayah dan mak tidak putus-putus memanjatkan kesyukuran kehadrat ilahi...
'' berapa bulan fia? '' kakak sulungku mencelah...
'' baru dua bulan kak.. '' jawabku dengan semyuman mesra..
'' haaaa..tahun depan kami bagi lagi seorang cucu..! '' ucap hairi sambil memelukku sekali lagi...
semenangnya, hairi sudah lama menginginkan cahaya mata.. alhamdullilah.. tercapai juga hasratnya..
'' abang ingat fia nie kilang anak ker? '' aku mencebikkan bibir..
'' biarlah..abang nak anak ramai-ramai.. inilah bukti cinta kita sayang.. kita akan besarkan dia dengan cinta kita ya? haa..mak, susah payah hairi minta baby nie kat fia tau.. '' ucapnya tanpa segan... sambil itu tangannya bermain-main di perutku...
satu kucupan singgah didahiku.. lantas dia memelukku kemas..aku tunduk malu.. lebih-lebih lagi bila adegan mesra kami menjadi tontonan ramai.. dalam hati, aku bahagia.. sangat bahagia..
syukur padamu ya allah kerana memberikan aku kebahagiaan ini.. semoga kebahagiaan ini kekal selamanya..
dan tanpa sedar aku membalas pelukannya...
cinta..kita takkan menghargai jika tak memilikinya..
cinta..kita takkan merasa jika tak memberi..
cinta..kita takkan melihat jika bukan keindahan..
cinta..kita takkan memiliki jika tak diluahkan..
cinta..kita takkan yakin jika kita cemburu..
cinta..cinta takkan hadir jika bukan kerana cinta..
------------------------- T A M A T ------------------------------
Tuesday, September 12, 2006
Subscribe to:
Posts (Atom)