Thursday, June 28, 2007

Transformers

Semalam aku cuba untuk menempah tiket untuk menonton cerita transformer..malangnya dah abis.
Kekecewaanku bergunungan..

















Teringat zaman kanak kanak dulu..teringin sangat nak kan mainan kereta yang boleh bertukar jadi robot ni..hu hu hu ..


"Abah..jangan lupa tau, nanti belikan kita menan tu tau.."
"Yang mana?"
"Ala yang keta bleh jadi robot tu la.."
"OOoo itu ok, nanti lepas abah balik abah singgah kedai belikan ya."

Abahnya melangkah keluar terus, kemudian melambaikan tangannya pada Muadz dgn mata yang bersinar penuh dgn harapan untuk memiliki mainan itu nanti.

Wednesday, June 27, 2007

CERITA DARI CEDERA JIWA (1)

Wajah ini cantik amat..walaupun tidak terurus dan sedikit comot.
Kalau di solek sedikit sudah memadai..



CERITA DARI CEDERA JIWA (1)

Mereka datang dan membinasakan
Makna kemanusiaan
Tanpa undangan mengirim sengsara
di tangga kehidupan sebuah negara.


Bagai hujan darah memenuhi
segenap pandangan
Wanita dan kanak-kanak
Menjadi habuan peperangan.

Engkau seorang ibu
Di tanah gersang
Di hujani peluru
Berlari-lari tanpa sepatu
Tidak tahu ke mana di tuju.

Duniamu bernafas dalam kesedihan
Mencari damai di antara timbunan
Kesengsaraan.

Kami datang membantu,
Menyembuhkan luka-luka
Walau luka di hatimu
Entah bila akan sembuhnya.


Kamal
23 April 2007
Cyberjaya, Selangor

Tuesday, June 26, 2007

How to paint the MONA LISA with MS PAINT

Dapat klip ni..amat menarik

How to paint the MONA LISA with MS PAINT






Aku teruja dengan seni yang dipertontonkan.
Really great
Moga terhibur..

Sunday, June 24, 2007

Aku di dalam talian..

Semalam dan semalamnya adalah satu lagi rekod untuk didokumentasikan dalam perihal telefon menelefoni.
Aku telah berjaya bergayut di talian hingga lebih 2 jam..dan ianya dilakukan beberapa kali dlm 2 hari ini..dan yang paling best nya..
Bila aku check bil aku kat celcom ia menunjukkan diorg yang hutang aku.. ha ha ha..
celcom hutang aku RM -0.86..So aku gembira untuk bergayut lagi.. :-).

Tuesday, June 19, 2007

Aku Yang Terlalu Malu..

AKU YANG TERLALU MALU
(MENYATAKAN SAYANG ITU)

Aku sentiasa mendoakan dirimu
Berbahagia selalu
Walau terlalu payah untuk kunyatakan
Sayang itu sentiasa menggebu dijiwaku.

Dikaulah ayah ibu yang mengasuhku
Tanpa jemu membelai jiwa nuraniku
Menjadi seorang lelaki berani di gelanggang
kehidupan ini.

Akulah anakmu itu
Yang terlalu malu menyatakan betapa
Aku terlalu menyayangimu,
Walau dalam kejauhan
Walau dalam ketiadaan,
doa restumu adalah kekuatan buatku.

Mungkinkah tanpa kata-kata,
Dapatkah kauizinkan rasa kasih itu
Kembali menjalar seperti dulu?


Cyberjaya, Selangor
(Berita Minggu, Ahad 17 Jun 2007 )


Sunday, June 17, 2007

Kiri..

"Maaf tangan kiri"..

Aku dah habis donlod cite kiri ni..agak menarik ceritanya..


TOK RIMAU mempersembahkan KIRI (Sebuah filem pendek).



Thursday, June 14, 2007

Keliru..

Kenapa ya..aku masih lagi berat untuk melihat semua itu..
Hatiku ini masih ada dia barangkali...

Peterpan - Menghapus Jejakmu

terus melangkah melupakanmu
belah hati perhatikan sikapmu
jalan pikiranmu buatku ragu
tak mungkin ini tetap bertahan

perlahan mimpi terasa mengganggu
kucoba untuk terus menjauh
perlahan hatiku terbelenggu
kucoba untuk lanjutkan itu

engkau bukanlah segalaku
bukan tempat tuk hentikan langkahku
usai sudah semua berlalu
biar hujan menghapus jejakmu

terus melangkah melupakanmu
belah hati perhatikan sikapmu
jalan pikiranmu buatku ragu
tak mungkin ini tetap bertahan

perlahan mimpi terasa mengganggu
kucoba untuk terus menjauh
perlahan hatiku terbelenggu
kucoba untuk lanjutkan itu

engkau bukanlah segalaku
bukan tempat tuk hentikan langkahku
usai sudah semua berlalu
biar hujan menghapus jejakmu

lepaskan segalanya
lepaskan segalanya

engkau bukanlah segalaku
bukan tempat tuk hentikan langkahku
usai sudah semua berlalu
biar hujan menghapus jejakmu

nanananana
nanananana
nanananana
nanananana
nanananana
nanananana

Wednesday, June 13, 2007

Pakcik ABAS..

aku dah tension btul dgn pakcik ABAS ni...arkghhhh....penat tul la..
tgk sini kalau x percaya..aku pasti ko pun akan boring gak..

http://www.abas.de/de/index.htm

Tuesday, June 12, 2007

myeq.net

aku tengah develop program survey ni..
myeq.net...
sebuah survey yang amat berkualiti.

Monday, June 11, 2007

reon kadena..

Aku dah minat gilee kat awek jepun ni..gilooss
tgh donlod semua klip klip video dia...

http://www.leonkadena.com/

Thursday, June 07, 2007

Selamat pengantin baru Pak Lah


Betullah kesedihan akibat kehilangan tidak akan lama. Paling lama seminggu. Kemudian kita akan menempatkan memori tersebut di satu sudut terpencil di hati kita. Kita cipta kebahagiaan baru di hari mendatang. Di hati kita banyak ruang yang boleh diisi untuk mencipta memori baru.


Pak lah pun sudah mendapat kebahagiaan barunya, tidak perlu ulas banyak lihat sahaja sidang media di Buletin Utama malam tadi. Cahaya kegembiraan terpancar jelas di wajahnya. Hidup perlu diteruskan. Cinta datang dan pergi. Hilang dan akan tumbuh cinta baru.


Kalaulah perkara itu menjadi begitu mudah. Kalaulah ...


"Even if it hurts sometimes
I want to keep feeling you
At least I have my memories to comfort me
I’ll always have you here"'


Arigatou' - Kokia

Diambil dari DJW..kerna punya kesamaan kali ini..

Mencarik mentari..

Kerunsingan itu dah kurang..
Kebencian itu dah hilang..
Dan senyuman itu makin melebar..

Hari ni tak panas seperti selalu, macam nak hujan tapi tak hujan, cuaca yang amat menyamankan.
Aku lihat dia, berskirt hijau..masih ayu..dan malam tadi message ku menyatakan yang dihatiku ini masih ada dia mungkin sudah dibaca.Cuma aku tidak sanggup untuk menatap riak wajah itu..

Merenung mentari...

moga sinarnya akan terus menyinari

Tuesday, June 05, 2007

fotopages

Disini aku nak simpan sedikit dari perjalanku ke kedah..

Dataran Darul Aman

Merenung matahari..moga sinarnya akan kembali menyinari ..

Monday, June 04, 2007

Perjalanan ke Kedah-Penang

Aku dah selamat pergi dan pulang dari kenduri Pak wan dan kenduri kakak nazim..
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Aku tiba pagi tadi ke Shah Alam..dan seperti biasa hatiku tidak akan tenteram lagi..dia buat lagi kut..hhmmm..entahlah..susah betul la..adalah lebih baik untuk aku tidak memikirkan perkara itu.boleh jadi gila aku..