Thursday, June 07, 2007

Selamat pengantin baru Pak Lah


Betullah kesedihan akibat kehilangan tidak akan lama. Paling lama seminggu. Kemudian kita akan menempatkan memori tersebut di satu sudut terpencil di hati kita. Kita cipta kebahagiaan baru di hari mendatang. Di hati kita banyak ruang yang boleh diisi untuk mencipta memori baru.


Pak lah pun sudah mendapat kebahagiaan barunya, tidak perlu ulas banyak lihat sahaja sidang media di Buletin Utama malam tadi. Cahaya kegembiraan terpancar jelas di wajahnya. Hidup perlu diteruskan. Cinta datang dan pergi. Hilang dan akan tumbuh cinta baru.


Kalaulah perkara itu menjadi begitu mudah. Kalaulah ...


"Even if it hurts sometimes
I want to keep feeling you
At least I have my memories to comfort me
I’ll always have you here"'


Arigatou' - Kokia

Diambil dari DJW..kerna punya kesamaan kali ini..

Mencarik mentari..

Kerunsingan itu dah kurang..
Kebencian itu dah hilang..
Dan senyuman itu makin melebar..

Hari ni tak panas seperti selalu, macam nak hujan tapi tak hujan, cuaca yang amat menyamankan.
Aku lihat dia, berskirt hijau..masih ayu..dan malam tadi message ku menyatakan yang dihatiku ini masih ada dia mungkin sudah dibaca.Cuma aku tidak sanggup untuk menatap riak wajah itu..

Merenung mentari...

moga sinarnya akan terus menyinari

Tuesday, June 05, 2007

fotopages

Disini aku nak simpan sedikit dari perjalanku ke kedah..

Dataran Darul Aman

Merenung matahari..moga sinarnya akan kembali menyinari ..

Monday, June 04, 2007

Perjalanan ke Kedah-Penang

Aku dah selamat pergi dan pulang dari kenduri Pak wan dan kenduri kakak nazim..
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Aku tiba pagi tadi ke Shah Alam..dan seperti biasa hatiku tidak akan tenteram lagi..dia buat lagi kut..hhmmm..entahlah..susah betul la..adalah lebih baik untuk aku tidak memikirkan perkara itu.boleh jadi gila aku..

Thursday, May 31, 2007

Ya atau Tidak?

Hari ni akn bertolak ke kedah..nak gi kenduri kawanku PAKWAN.
Semoga perjalanan kami ini diberkati ALLAH..Amin..

-----------------------------

Kekeliruan berlaku lagi, antara kebenaran dan kepalsuan.Ianya kini adalah begitu sukar amat untuk dibezakan.
Antara kaca dengan permata..aku sukar untuk mencari kebenaran hari ini. Macam segala apa yang dikatakannya benar. Walaupun aku ada sedikit kegusaran perihal itu.

Benarkah?? aku keliru lagi..tapi mujurlah ianya tidak separah dulu..aku sudah biasa kali ini.