Friday, October 28, 2005

Raya kembali lagi

Hari ini merupakan hari terakhir aku di SA, esok selepas subuh insyaallah aku akan bertolak terus ke kampung..Kuala Kurau.
Dah hampir 2 bulan aku tak menjejakkan kakiku kesana.Kehidupan yang dilalui begitu sibuk, hingga sukar untuk melakukan semua itu.Kalau dulu hari hari minggu boleh lah juga aku berehat, tapi sejak projek mySchool tu dah start hari mingguku sentiasa terisi.Amat jarang sekali aku berkesempatan untuk melakukan rekrasi minda dan diri.


S...maafkan aku...

KERNA AKU BEGINI
Maafkanlah...
Kerna aku seperti ini...
Kerna aku begini..
Kerna begini..
Dan begini...

Maafkanlah...
Syairku ini juga begini..
Syairku tidak bisa menyanyi..
Syairku tidak bisa menangis..
Syairku mati...

Maafkanlah...
Pada saat-saat begini..
Pada saat-saat kucuba mengerti..
Pada itu ia datang membaluti..
Pada pengertian yang kucari..

Maafkanlah..
Izinkan ku pergi...
Izinkan ku mencuri..
Pergi dari ruang-ruang berisi...
Dengan erti-erti...

Thursday, October 27, 2005

Raya...WORLD!!!!!

Esok Last Day aku di SA..Sabtu pagi akan terus jalan ke Perak...Ho yEEEEEeeeeeEE

Internet Telephony Gateway


Hari ni aku nak cite pasal ITG.Gateway yang digunakan untuk membuat komunikasi VoIP.
Di sini aku menggunakan jenama Planet untuk ITG ni, walaupun bagiku ianya tidaklah begitu memuaskan hati aku, tapi dari segi setting dan configuration dia lebih senang berbanding dari menggunakan IPPBX Asterisk.Cuma apabila kita menggunakan IPPBX Asterisk, penggunaan akan lebih flexible, reliable dan stable.
Configuration Planet ITG lebih mudah dan standard, especially bila menggunakan Fix IP.

1.set IP
2.set Dial Plan
3.set DNS

Dah bleh buat call, very simple.

Nak detail nanti aku update lagi, sebab tengah sibuk untuk raya, lagipun mood bekerja aku dah bertukar ke mood mengacau dodol, walaupun aku bukanlah rajin sangat nak berbuat begitu.

Perjalanan balik ke kampung cuti nanti pasti mencabar.Tiket bas aku tak cari
pun, ingatkan boleh tumpang abang ku.Tengok tengok dah ada orang lain yang mencelah
abis aku, terpaksalah menggunakan kaedah "titik 9" untuk balik nanti.
Argkhhh....pasti penat.

"Lagu lagu raya makin rancak bermain di corong corong radio.Hatiku tersentuh, ada rasa
yang cuba mengisi jiwa ini.Ada rasa kemenangan dan kebahagian..."

Wednesday, October 26, 2005

VOIP

Development untuk membangunkan VOIP ni tidaklah begitu susah dan modalnya tidak juga begitu besar.Iaitu:
1.1PC (install LINUX,Asterisk,Apache,mySQL,AMPortal)
2.Fix IP (addres to access)
3.Digium Card [FXS-FXO](kalau nak buat untuk local call-untuk sambungkan ke direct line)

Dijangkakan VOIP akan mengubah dunia perhubungan manusia nanti, dimana PSTN boleh diganti sepenuhnya jika perhubungan global akan datang adalah berdasarkan broadband connection.

Segala perkara asas untuk membangunkan sistem ni dah ada, cuma perlu enhance dari segi bandwidth management, load balancing, security, dan beberapa make up."

Tuesday, October 25, 2005

Autosurf

Hari ni aku cuba memikirkan stategi untuk menjalankan program autosurf.Ada dua proram autosurf dari luar negara yang menarik minat aku, studiotraffic dan 12DailyPro, manakala dari malaysia NetBiz2U.
Aku mula berkira kira untuk membuat palaburan dalam RM500, RM400 (USD100) untuk studiotraffic dan 100 untuk NetBiz2U, untuk 12D nanti dulu sebab proses dia agak rumit.
Mula terfikir macam mana untuk generate duit dengan benda ni.Boleh buat side income jika buat dengan betul betul..

"teringin sangat nak rasa macam mana agaknya jika memiliki wang sejuta.."