Wednesday, October 19, 2005

Al-Fatihah

Isteri PM Datin Seri Endon Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Datin Seri Endon Mahmood meninggal dunia di kediaman rasminya Seri Perdana di Putrajaya jam 7.55 pagi ini setelah beberapa tahun bertarung dengan kanser payu dara.

Berita mengenai kematian Endon disampaikan oleh Abdullah kepada Pengerusi Bernama Datuk Mohd Annuar Zaini sejurus selepas itu.

Allahyarham Endon, 64, menghembus nafas terakhir kira-kira 18 hari selepas kembali daripada menjalani rawatan di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Allahyarham meninggalkan dua orang anak.

Pejabat Perdana Menteri mengumumkan orang ramai boleh menziarahi jenazah Allahyarham untuk memberi penghormatan terakhir di Seri Perdana mulai jam 11 pagi melalui pintu utama kediaman rasmi itu.

Jenazah Allahyarham kemudian akan dibawa ke Masjid Putrajaya untuk disembahyangkan pada waktu Asar, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Precint 20, Putrajaya.

Abdullah bersama-sama dua anaknya Kamaluddin dan Nori, menantu Azrene Abdullah dan Khairy Jamaluddin serta empat cucu, anak kepada Kamaluddin berada di sisi Allahyarham ketika beliau menghembus nafas terakhirnya.

Ibu Allahyarham Datin Mariam Abdullah juga berada di sisinya.

Beberapa menteri kabinet termasuk Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Penerangan Datuk Seri Abdul Kadir Sheikh Fadzir membatalkan semua acara rasmi masing-masing.

Antara acara rasmi yang sepatutnya dihadiri Najib ialah pelancaran Jersi Kebangsaan untuk Sukan SEA di Manila pada akhir tahun ini.

Begitulah dunia ini.Kesedihan akan begitu terasa bila kita kehilangan orang yang disayang..diharap Pak Lah akan terusan dapat memimpin negara dengan hemah bukan semah.

No comments: