"Sani, aku guna kejap ye komputer ko ni, nak tulis sesuatu kat blog aku untuk hari ni." Petang itu, seperti biasa en bobo akan menulis sesuatu untuk blognya. jika tidak perihal dirinya, pasti akan diisi dengan syair atau puisi, cuma sesekali saja dia meletakkan isu semasa.
"Ok, no problem, gunalah.. 'pasword' nya 1*****0 " balas Sani kembali.
"Apa isu yang kau nak tulis hari en bobo, kisah diri kau atau puisi karat kau, ha.. ha.. ha.." Sani berseloroh sedikit.
En bobo tidak membalas, hanya mengukirkan satu senyuman sumbing. Tidak menghiraukan Sani, en bobo menekan tetikusnya pada ikon 'internet explorer' yang terdapat di skrin komputer. Satu paparan terbuka, dia menulis alamat blognya di ruangan 'address' , http://sehari*****.blog***.com. Kemudian memasukkan nama pengguna dan kata laluan pada ruangan yang disediakan, enbobo...password. Kemudian dia memilih untuk penghantaran mesej baru. Mula menulis sesuatu di situ.
Aku benar benar takut dan keliru..
“A’kum , apa kabo? Camne kehidupan awak sekarang, diharap ok..Maaf menggangu awk, sy sbnrnya teringin nak tahu dimana hubungan kita sebenarnya..kawan? Sy membebankan awak ke?..
Dulu saya ingat sy dah jumpe apa yang saya inginkan tp ternyata itu bukan hak saya, perasaan yang wujud dalam diri saya hanya sy seorg yang merasainya sedangkan dalam diri awak tidak wujud satu perasaan pun..Sy tak bleh memaksa awk mengalami perasaan yang sama seperti sy kerana sy tau cinta itu satu pengertian bukan satu paksaan...Sy minta maaf sekiranya sy memang mengganggu awk, seandainya awk memang nak buang saya jauh dr ingatan awk, anggaplah kita tak pernah kenal selama ini..Sy tak tau dimana penghujung kisah kita, perhubungan kita tak ada noktahnya..awk halalkan makan minum sy selama sy mengenali awk, maafkan sy andai sy ada buat silap kat awak..Awk KEJUJURAN ITU PENTING DLM PERHUBUNGAN..Good night..”
Sms dr N* yang membuatkan aku bingung seketika...
Maaf aku keliru diketika ini, apa yang perlu aku lakukan...oh Tuhan berikanlah hambamu ini petunjuk...
Aku senyum shj untuk menutup kisah ini..
Dan membiarkan kesibukan menjadi temanku...
Selesai mencoretkan sesuatu di blog yang digelarkan olehnya sebagai sebuah bingkisan terpinggir itu, en bobo termenung sebentar, menompang dagunya. 'Cursor' tetikus diletakkan pada ikon 'Publish Post'. Masih teragak agak untuk menekannya, bagai memikirkan sesuatu.
"Apa lagi yang kau fikirkan,sudahlah.. perkara dah berlaku. fikirkan perkara yang berada didepan kau pula.".
Sani merapatkan dirinya pada en bobo. Menyorong keluar kerusi yang berada disebelahnya, duduk.
"Nah minum air ni, air jampi baikkkk....nyeee.., moga dapat leburkan ketakutan kau itu." sani sekali lagi cuba berseloroh, cuba untuk mengubah suasana dialog.
"Takut.., benar, aku amat takut sekarang ini, aku tak tahu tindakanku ini satu tindakan yang betul atau tidak, permainan jiwa ini terjadi sekali lagi."
"Betul atau tidak, biarlah masa yang menentukan, aku kira sekarang ini, itulah tindakan yang sepatutnya kau ambil. Fikirlah dengan sebetul-sebetulnya. Aku tahu saat ini, kau masih lagi belum lagi bersedia. seperti yang aku katakan dahulu, cinta bukan perkara picisan yang boleh diambil ringan."
"Itu aku tahu, tapi..tindakanku untuk meninggalkan dirinya .., betulkah ia, benar betulkah perbuatanku ini, aku keliru.."
"Tidak ada apa yang perlu dikelirukan, kau dan dia tidak ada keserasian langsung, semuanya bagai dibuat buat."
"Itulah yang aku kelirukan sekarang, mengapa dia kata dia dah jumpa apa yang dia inginkan..cinta dari pelakon dan pembohong seperti aku."
Asap rokok berkepul kepul naik keatas, memenuhi ruang itu. Sani menyedut lagi rokok yang entah dari mana dia perolehi itu, kemudian menghembus perlahan keluar dari mulut dan hidungnya. Aku memerhati dengan khusyuk, amat jarang sekali aku melihat Sani merokok, kali terakhir aku kira, ketika dia dan en bobo berkeputusan untuk meninggalkan N*. Aku masih ingat lagi, malam itu entah berapa batang rokok mereka habiskan, lepas habis satu, satu lagi. Kemudian berbual kosong hingga ke awal pagi. Jadi aku berkesimpulan itu adalah salah satu cara mereka merawat jiwa mereka, dengan merosakkan diri. Ha ha ha...
"Jadi bagaimana sekarang en bobo, dia sudah keliru tu, kita pulang saja." tiba tiba Sani bersuara, memulakan dialog yang terhenti. En bobo mengangkat mukanya, memandang kearah Zita,kemudian ke arah Sani. Mengangguk angguk, bagai membenarkan apa yang diperkatakan oleh Sani sebentar tadi.
"Baiklah, kita pulang saja, aku juga sudah tidak mampu lagi menahan kesakitan ini, aku juga tidak mahu melihat dia terseksa dengan kekeliruan ini." Tangan en bobo diletakkan di dadanya. Diusap usap dadanya, barangkali untuk membuang sebak yang terasa ada diketika itu.
"Sasterawan Inggeris Charles Caleb Colton pernah mengingatkan bahawa persahabatan dengan percintaan ibarat dua sungai yang bersatu di muara. Malah Charles pernah berkata, Persahabatan tidak mustahil berakhir dengan percintaan tapi tidak ada percintaan yang berakhir dengan persahabatan.”
"Apa maksud kau dengan kata kata itu..Uhuk, uhuk.." en bobo terbatuk sedikit, tapi kasar benar bunyinya.
"Kekalkan sahaja persahabatan ini..itu cara selamat bukan, jika diikut dari falsafah Charles."
"Falsafah karut..."
Uhukkk! Uhuk!! En bobo terbatuk lagi, lebih berbunyi kasar. Ini mungkin disebabkan hujan dan kesejukkan malam tadi, yang membuatkan dia begitu
"Larikan dirimu sebentar, buat menghilangkan rasamu. Bukankah kita sudah biasa melakukannya bersama, dan kali ini aku juga akan terus bersama kau."
En bobo hanya mendiamkan diri, matanya ditutup rapat, bibirnya dikumit kejap. Aku sedar dia sedang menahan kesakitan yang amat sangat, kesakitan yang mencalar seluruh hatinya, mewujudkan luka yang amat memarahkan. Aku kira Sani sedar perihal itu, cuma dia sudah tidak punya pilihan lain lagi. Mana mungkin dia boleh memaksa dia untuk menerima en bobo sebegitu sahaja. Jika ya pun, dia tahu en bobo masih lagi belum berada di tahap bersedia. Dia kan seorang pembohong, seorang pelakon.
Ada darah tiada luka..
Tompokan darah mengalir..setitis setitis dari bibirnya.
"kau mesti bertahan en bobo, aku pergi bawa kau kesatu tempat, untuk merawatmu."
"Andai..hidup punca perpisahan..biarlah kematian menyambungkan semula..dan seandainya..kematian punca perpisahan biarlah kehidupan membawa erti yang nyata.."
Aku tergamam melihat peristiwa itu, bagaikan tidak percaya. Mana mungkin en bobo yang begitu gagah dalam perihal ini boleh tumbang begitu sahaja. Teruk ...
"Sudah..sudah..sudah..bawa dia pergi cepat..bawa dia cepat pergi jumpa jururawat tu."
Sani memapah en bobo pergi ke satu tempat, meninggalkan dia berseorangan di ruang itu. Kabus pagi itu tiba tiba hadir menebal, cuba menutupi ruang itu, dan menelan mereka.
Monolog...
Sejak hari itu aku jarang jarang sekali melihat en bobo lagi, yang selalu ada cuma Sani seorang diri, dan benarlah ada kesibukan yang menemani dirinya buat masa ini. Jadi aku kira mungkin kisah ini akan terhenti di sini, atau mungkin ada satu atau dua episod lagi. Cuma sekarang ini aku fikir hmmmm....
"Oh angin bawalah deritaku ini jauh jauh..."
MEMINUM BENCI
untukku minum
hilangkan haus
rindu padamu
untukku hirup
menghapus rasa
cinta padamu
pada rindu yang kau hidangkan
pada janji yang kau hamparkan
berpijak di bumi nyata
bukan sekadar bicara kosong
bisa mengenyangkan aku
bisa hilangkan hausku
kadangkala tercalar
kadangkala tercabar
bila sebentar menjadi hambar
biarku teguk sebagai air jampi
membunuhmu dari ingatan
seumur hidupku.
hairulanuarharun
05082003
No comments:
Post a Comment