Thursday, May 24, 2007

Penawar di kala kepenatan

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada
di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang
diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya
Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali
bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan
menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :

"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah
dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."

Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk
mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah.
Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak
kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta
menantu itu. Baginda s.a.w. berkata:

"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada
apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk
tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah)33
kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk
kamu berdua daripada seorang khadam."

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan
menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka
berdua. Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah
Rasulullah.s.a.w. ini. Katanya "Demi Allah aku tidak pernah
meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."

Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja
yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya
mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33
kali) dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam isitu sebelum
melelapkan mata.

Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan), Insya-
Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup
seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari
dengan senyuman.

---------------------NALURI LELAKI--------------------
Penipuannya cuma membuatkan secebis sayang yang aku simpan untuknya kini hilang..terus kepada sifar..it already empty..
Apa yang aku amat amat berharap sekarang cuma bermohon agar kebencian tidak hadir untuk menggantikan tempat sayang itu...

--------------END OF NALURI LELAKI--------------------

No comments: