Tuesday, November 29, 2005

Seram

Suram saja rasanya hari ini, langit kelabu diluar sana, ada mendung yang sedang berarak.Begitu juga didalam hati ini, ada kesuyian yang benar benar mengcengkamkan pada segenap pelusuk anggota. Aku makin pasrah, mencari pada yang aku inginkan, begitu terseksa dan hampa. Kerna kesuraman yang memancar akan membuatkan aku tidak lagi bisa berfikir seperti manusia biasa.

Aku: Kemana sahaja menghilangnya fikiran kau.
Aku 2 : Kemana lagi jika bukan kelayangan yang kau ciptakan.
Aku : kelayangan..apa yang kau cakapkan ini...tak paham aku..mana ada perkataan kelayangan..
barangkali itu hanyalah kata kata yang kau saja buat untuk buatkan dirimu kembali melayang..tidak berpijak dibumi yang kau huni sekarang.

Aku 2: Mana mungkin begitu..aku begitu pasti adanya perkataan seperti itu didalam kamus.Apa kalau kau tak percaya, buka saja kamus dewan dan cari..pasti kau akan tahu..
Aku: ahh...aku tahu..itu hanya untuk buatkan diri mu kelayangan......

masing masing terus melayang..

Monday, November 28, 2005

Sunyi

Hari ini kesunyian menemani diriku..terpaku seketika memikirkan musibah yang berlaku pada diri ini..
Aku makin bingung pada hala tujuan yang ingin aku tempuhi.Berkira untuk menyusun huruf huruf menjadi sistem yang terurus atau menyusun himpunan himpunan suara untuk disatukan. Segalanya masih kabur, dan masih lagi perlu ku telusurinya dengan apa yang aku percayakan.
Ya Allah berikanlah hambamu ini kekuatan...Aminnn..ya rabbilalamin..

Thursday, November 24, 2005

Aku - Keyphone - FXS - FXO - dan Asterisk

Satu lagi tajuk yang bosan untuk dibicarakan di sini aku ketengahkan. Untuk dijadikan penginagatan dimasa akan datang.
Selepas berjaya instal TDM400P card ke dalam span yang kedua di asterisk aku sangkakan ianya sudah pun beroperasi kerana ada ringing apabila aku dial ke nombor channelnya. Kusangkakan panas sampai kepetang rupanya hujan ditengahari. Ketika menyambung dari PBX ke FXS port 5,6,7,8 tiga port lagi rupanya gagal berfungsi. Malang bagiku kerana tidak test dahulu dialing tone yang keluar dari port 6,7, dan 8 itu membuatkan aku terpaksa menghabiska masa di keyphone sistem melakukan perkara yang memang sepatutnya sudah pun betul.Sedikit ketensionan...tapi ada kepuasan disitu setelah berjaya mencari penyelesaian.

Aku run kemnali genzaptelconf -s -d sekali lagi untuk detect kembali kad tersebut. kemudian reboot, alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, kerana akhirnya port 6,7, dan 8 yang gagal berfungsi sebelum ini dapt berfungsi kembali dengan baik.

Peringatan buatku, lain kali pastikan semua port memberikan dialing tone yang sepatutnya sebelum membuat sambungan ke keyphone.Walaupun response pada show zap channels memberikan output yang kita rasakan ok.

ok...

Hari ini adalah hari ke lima aku berpuasa sunat 6, insyaallah aku akan menyambungnya kembali pada minggu depan, hari Isnin. Jumaat ada gathering di trisystem rugi kalau tak pergi, lagipun ada penyampaian hadiah untuk pertandingan badminton hari tu. Dan aku dapat dua pingat, tempat kedua untuk bergu campuran, dan tempat kedua lagi untuk bergu lelaki. Yahoo....

Tuesday, November 22, 2005

Entah

Hari ini aku kembali menulis kembali dalam blog yang aku daftarkan di sini.Entahlah sudah berapa hari aku tinggalkannya menyepi sendirian.Aku sendiri pun tak pasti, malas rasanya hendak membilang hari hari penyepiannku dari dunia blog ini. Dan hari ini aku rasa terdetik untuk kembali mencoret dalam blog yang aku samakan sebagai bingkisan terpinggir.

Minggu lepas hari khamis dan jumaat aku ke Damansara untuk menghadiri kursus Asterisk. Consultant yang mengajar didatangkan dari Australia khas untuk kami. Di hadirkan dalam kelas kira kira 10 orang.Ada peserta dari singapore, Thailand dan selebihnya dari sini. Kelas Asterisk itu adalah yang pertama dalam sejarah, dilakukan di Asia, dimana tidak pernah lagi dilakukan sebarang kelas untuk perkara ini di Asia, diulang di Asia, dan kami telah membuat sejarah untuknya...sedikit kekaguman untuk diri sendiri dan terima kasih Trisystems.

Hari Sabtu, tidak banyak yang dapat kulakukan, paginya cuma dipenuhi dengan membasuh baju dan menonton TV, petang pula aku ke Bandar Tun Razak untuk bertemu MAM. Buat salinan untuk anime Naruto dan Full Metal Alchemist, puas.
Petang itu hujan sampai ke malam so aku terpaksa bermalam di sana. Awal pagi ahad aku kembali ke Shah Alam. rehatkan badan dan tidur...

Hari Isnin bermula kembali, pagi bertemu en Othman untuk ceritakan pengisian kursus kepadanya. Dia tertarik dengan custumization yang dilakukan oleh Gary Taylor tu (pengajar Asterisk masa kursus) sebab dia hanya install apa yang perlu sahaja ke dalam Asterisk server, jadi kestabilan sistem akan lebih.Dan aku berjaya memasukkan driver untuk wildcard TDM400P pada span ke dua, setelah seminggu aku mencubanya, balik kursus baru menjadi. Mungkin juga kerana Asterisk@home tu sudahpun di upgrade ke version 1.5, yang sepatutnya lebih stabil dari version 1.1, yang aku gunakan sebelum ini.

ok...wassalam

Wednesday, November 16, 2005

autosurf

Aku dah semakin mengasyikkan diri dengan program ni.Dah mulakan pelaburan pada kadar minimum dahulu RM100 untuk netBiz2u, yang lain lain aku belum mulakan.

Untuk studiotraffic masih lagi mencari sapa yang ada stormpay untuk dijual. Boleh beli dan main disitu.Tp ingat nak mula di 12dailypro, sebab di situ lebih cepat naik.Rasa macam nak melabur usd1000 je.Dapat modal balik kejap je, dalam sebulan dah dapat modal balik.Tapi kalau dalm RM tinggi tu dalam RM4000.Risiko yang agak tinggi.
Kena fikir dulu dan buat sembahyang istikarah le..

http://www.netbiz2u.net/?ref=6426

http://www.studiotraffic.com/index.php?refid=1216913&username=sanijohari