Thursday, November 24, 2005

Aku - Keyphone - FXS - FXO - dan Asterisk

Satu lagi tajuk yang bosan untuk dibicarakan di sini aku ketengahkan. Untuk dijadikan penginagatan dimasa akan datang.
Selepas berjaya instal TDM400P card ke dalam span yang kedua di asterisk aku sangkakan ianya sudah pun beroperasi kerana ada ringing apabila aku dial ke nombor channelnya. Kusangkakan panas sampai kepetang rupanya hujan ditengahari. Ketika menyambung dari PBX ke FXS port 5,6,7,8 tiga port lagi rupanya gagal berfungsi. Malang bagiku kerana tidak test dahulu dialing tone yang keluar dari port 6,7, dan 8 itu membuatkan aku terpaksa menghabiska masa di keyphone sistem melakukan perkara yang memang sepatutnya sudah pun betul.Sedikit ketensionan...tapi ada kepuasan disitu setelah berjaya mencari penyelesaian.

Aku run kemnali genzaptelconf -s -d sekali lagi untuk detect kembali kad tersebut. kemudian reboot, alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, kerana akhirnya port 6,7, dan 8 yang gagal berfungsi sebelum ini dapt berfungsi kembali dengan baik.

Peringatan buatku, lain kali pastikan semua port memberikan dialing tone yang sepatutnya sebelum membuat sambungan ke keyphone.Walaupun response pada show zap channels memberikan output yang kita rasakan ok.

ok...

Hari ini adalah hari ke lima aku berpuasa sunat 6, insyaallah aku akan menyambungnya kembali pada minggu depan, hari Isnin. Jumaat ada gathering di trisystem rugi kalau tak pergi, lagipun ada penyampaian hadiah untuk pertandingan badminton hari tu. Dan aku dapat dua pingat, tempat kedua untuk bergu campuran, dan tempat kedua lagi untuk bergu lelaki. Yahoo....

No comments: