Tuesday, November 29, 2005

Seram

Suram saja rasanya hari ini, langit kelabu diluar sana, ada mendung yang sedang berarak.Begitu juga didalam hati ini, ada kesuyian yang benar benar mengcengkamkan pada segenap pelusuk anggota. Aku makin pasrah, mencari pada yang aku inginkan, begitu terseksa dan hampa. Kerna kesuraman yang memancar akan membuatkan aku tidak lagi bisa berfikir seperti manusia biasa.

Aku: Kemana sahaja menghilangnya fikiran kau.
Aku 2 : Kemana lagi jika bukan kelayangan yang kau ciptakan.
Aku : kelayangan..apa yang kau cakapkan ini...tak paham aku..mana ada perkataan kelayangan..
barangkali itu hanyalah kata kata yang kau saja buat untuk buatkan dirimu kembali melayang..tidak berpijak dibumi yang kau huni sekarang.

Aku 2: Mana mungkin begitu..aku begitu pasti adanya perkataan seperti itu didalam kamus.Apa kalau kau tak percaya, buka saja kamus dewan dan cari..pasti kau akan tahu..
Aku: ahh...aku tahu..itu hanya untuk buatkan diri mu kelayangan......

masing masing terus melayang..

Monday, November 28, 2005

Sunyi

Hari ini kesunyian menemani diriku..terpaku seketika memikirkan musibah yang berlaku pada diri ini..
Aku makin bingung pada hala tujuan yang ingin aku tempuhi.Berkira untuk menyusun huruf huruf menjadi sistem yang terurus atau menyusun himpunan himpunan suara untuk disatukan. Segalanya masih kabur, dan masih lagi perlu ku telusurinya dengan apa yang aku percayakan.
Ya Allah berikanlah hambamu ini kekuatan...Aminnn..ya rabbilalamin..

Thursday, November 24, 2005

Aku - Keyphone - FXS - FXO - dan Asterisk

Satu lagi tajuk yang bosan untuk dibicarakan di sini aku ketengahkan. Untuk dijadikan penginagatan dimasa akan datang.
Selepas berjaya instal TDM400P card ke dalam span yang kedua di asterisk aku sangkakan ianya sudah pun beroperasi kerana ada ringing apabila aku dial ke nombor channelnya. Kusangkakan panas sampai kepetang rupanya hujan ditengahari. Ketika menyambung dari PBX ke FXS port 5,6,7,8 tiga port lagi rupanya gagal berfungsi. Malang bagiku kerana tidak test dahulu dialing tone yang keluar dari port 6,7, dan 8 itu membuatkan aku terpaksa menghabiska masa di keyphone sistem melakukan perkara yang memang sepatutnya sudah pun betul.Sedikit ketensionan...tapi ada kepuasan disitu setelah berjaya mencari penyelesaian.

Aku run kemnali genzaptelconf -s -d sekali lagi untuk detect kembali kad tersebut. kemudian reboot, alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, kerana akhirnya port 6,7, dan 8 yang gagal berfungsi sebelum ini dapt berfungsi kembali dengan baik.

Peringatan buatku, lain kali pastikan semua port memberikan dialing tone yang sepatutnya sebelum membuat sambungan ke keyphone.Walaupun response pada show zap channels memberikan output yang kita rasakan ok.

ok...

Hari ini adalah hari ke lima aku berpuasa sunat 6, insyaallah aku akan menyambungnya kembali pada minggu depan, hari Isnin. Jumaat ada gathering di trisystem rugi kalau tak pergi, lagipun ada penyampaian hadiah untuk pertandingan badminton hari tu. Dan aku dapat dua pingat, tempat kedua untuk bergu campuran, dan tempat kedua lagi untuk bergu lelaki. Yahoo....

Tuesday, November 22, 2005

Entah

Hari ini aku kembali menulis kembali dalam blog yang aku daftarkan di sini.Entahlah sudah berapa hari aku tinggalkannya menyepi sendirian.Aku sendiri pun tak pasti, malas rasanya hendak membilang hari hari penyepiannku dari dunia blog ini. Dan hari ini aku rasa terdetik untuk kembali mencoret dalam blog yang aku samakan sebagai bingkisan terpinggir.

Minggu lepas hari khamis dan jumaat aku ke Damansara untuk menghadiri kursus Asterisk. Consultant yang mengajar didatangkan dari Australia khas untuk kami. Di hadirkan dalam kelas kira kira 10 orang.Ada peserta dari singapore, Thailand dan selebihnya dari sini. Kelas Asterisk itu adalah yang pertama dalam sejarah, dilakukan di Asia, dimana tidak pernah lagi dilakukan sebarang kelas untuk perkara ini di Asia, diulang di Asia, dan kami telah membuat sejarah untuknya...sedikit kekaguman untuk diri sendiri dan terima kasih Trisystems.

Hari Sabtu, tidak banyak yang dapat kulakukan, paginya cuma dipenuhi dengan membasuh baju dan menonton TV, petang pula aku ke Bandar Tun Razak untuk bertemu MAM. Buat salinan untuk anime Naruto dan Full Metal Alchemist, puas.
Petang itu hujan sampai ke malam so aku terpaksa bermalam di sana. Awal pagi ahad aku kembali ke Shah Alam. rehatkan badan dan tidur...

Hari Isnin bermula kembali, pagi bertemu en Othman untuk ceritakan pengisian kursus kepadanya. Dia tertarik dengan custumization yang dilakukan oleh Gary Taylor tu (pengajar Asterisk masa kursus) sebab dia hanya install apa yang perlu sahaja ke dalam Asterisk server, jadi kestabilan sistem akan lebih.Dan aku berjaya memasukkan driver untuk wildcard TDM400P pada span ke dua, setelah seminggu aku mencubanya, balik kursus baru menjadi. Mungkin juga kerana Asterisk@home tu sudahpun di upgrade ke version 1.5, yang sepatutnya lebih stabil dari version 1.1, yang aku gunakan sebelum ini.

ok...wassalam

Wednesday, November 16, 2005

autosurf

Aku dah semakin mengasyikkan diri dengan program ni.Dah mulakan pelaburan pada kadar minimum dahulu RM100 untuk netBiz2u, yang lain lain aku belum mulakan.

Untuk studiotraffic masih lagi mencari sapa yang ada stormpay untuk dijual. Boleh beli dan main disitu.Tp ingat nak mula di 12dailypro, sebab di situ lebih cepat naik.Rasa macam nak melabur usd1000 je.Dapat modal balik kejap je, dalam sebulan dah dapat modal balik.Tapi kalau dalm RM tinggi tu dalam RM4000.Risiko yang agak tinggi.
Kena fikir dulu dan buat sembahyang istikarah le..

http://www.netbiz2u.net/?ref=6426

http://www.studiotraffic.com/index.php?refid=1216913&username=sanijohari

Friday, November 11, 2005

mySchool - Revolution

Perubahan pada sistem mySchool semakin banyak, daripada hanya berbekalkan satu modul sahaja hinggalah menjadi sebuah sistem perisian lengkap untuk sekolah yang mana boleh dikatakan segala keperluan asas sesebuah sekolah sudahpun dipenuhi.Terpulanglah kepada pihak sekolah untuk memanfaatkan kemudahan yang telah disediakan itu.

Perjalanan mySchool bagaikan sebuah epilog yang begitu panjang, prequel atau punya lagi sequel susulan untuk tatapan para pengguna yang masih ketagihkan automasi.Sukakan pada kemalasan, keseronokkan dan mungkin juga kegahan buat bualan di meja rundingan.
Begitu banyak rintangan dan susur galur yang entah begitu runcing dan curam, hinggakan beberapa kali ianya tersungkur sebelum ia benar benar boleh berlari, dan berlari untuk merempuh tali di garisan penamat.Itupun jika ada penamatnya..yang masih lagi belum disuarkan wajahnya.Masih bingung..

Anda guru sekolah! pengetua!, PK HEM!, Guru Displin!, Tukang Kebun? Jika ya mySchool V1 adalah jawapannya..dapatkannya sekarang!!!

mySchoolV1 Features:

1.STUDENT REGISTRATION.
Centralized student management for student and family profile with photo. Detail academic achievement, subject and curriculum taken.

2.TEACHER REGISTRATION
Detail teacher's profile with photo, subject and curriculum handle.

3.STUDENT GRADING
Auto grading calculation for all examination taken.

4. MESSAGE
Online message to system user with the capabilities of standard email system.

5. ATTANDANCE
Record Student and Teacher attendance.

6.CALENDAR
Easy to use Online dairy.

7.BULLETIN
Online bulletin for all system users.

8.INVENTORY
Standard inventory form by the ministry (KEW312).

9.ASSET
Standard inventory form by the ministry (KEW313).

10. TIME TABLE
Time Table management for student and teacher.

11. DOCUMENTS MANAGEMENT
Manage all documents or files for every subject in the system.

12. SYSTEM ADMINISTRATION
User Management.
Password setting.
User access levelþ School management
Control Table Management
a.Subject
b. Curriculum
c. Hostel
d. Examinatione.
Etc…

BERMINAT SILA HUBUNGI:
ID MAX (M) SDN BHD
NO 1A, LALUAN BATU GAJAH PERDANA 1,
TAMAN BATU GAJAH PERDANA,
31550 PUSING,
PERAK DARUL RIDZUAN.
TEL:05-365 6192

Thursday, November 10, 2005

mySchool - Reloaded

Malam tadi aku sekali lagi menyambung program mySchool, walaupun aku agak bosan untuk membuatnya.Memandangkan ianya melibatkan pihak ketiga terpaksalah aku buatnya, walaupun agak perlahan.

Aku hanya menyiapkan design database yang aku buat semalam. Esok malam barulah aku akan menyambung untuk programmingnya.Debug modul takwim, FormatStr untuk buletin dan pengenalan sekolah.Harap minggu depan aku boleh siapkan dan hantar ke ID Tech.Dan tahun depan boleh collect my share..yahooo!!!! boleh buat modla untuk studiotraffic.

Abang Iqbal punya projek pun satu, lembab betul, entah bila la nak start. Apa tak boleh ke instal je apa yang ada di muzium Taiping dan Labuan tu. Teringin juga aku pergi ke Labuan. Mintak cuti pada En.Othman cakap nak pergi melancong, kalau aku malas nak ajar si mamat yang kerja dengan abang Iqbal tu la.Pergi install sendiri.Banyak sangat security yang tak boleh aku dedahkan pada mamat tu, bahaya.

Malam tadi ada kerinduan dalam diriku, ingin sekali menelefon dirinya walaupun tiada apa yang ingin dibualkan.Cuma kerinduan.Berbual dan kredit begitu sinonim sekarang.Malangnya aku, sayangku tak pernah call aku just sms je. Nak jimat kredit la tu. Aku jugak yang kena call...apa la nasib.Dan akhirnya hanya sms pengubat rindu ini.Hantar sms cakap i miss u dah le..heh hee.
Perempuan ni tak boleh bagi lebih lebih sangat nanti makin galak. Bagi sikit sikit dan perlahan tapi konsisten untuk menunjukkan yang kita tak pernah lupakan dirinya.Petua, jangan malu malu atau bosan untuk menyatakan betapa kita rindu dan sayang dirinya, walaupun berulang kali.Sayangku memang begitu kena cakap tiap tiap hari betapa kita sayang dia dan hanyalah dia dihati, tiada yang lain..
Tidak call dia hanyalah untuk menambahkan lagi bara kerinduan yang terbakar dijiwa, agar sama sama dapat merasai kehangatannya..ya bersama sama.Rasanya semua perempuan pun begitu suka dibelai biarpun dalam jemari kata kata.
hmm...Malam Jumaat nanti lebih sesuai untuk berbual dan berbelai, hari ni buat abis kredit je..he he he.

Wednesday, November 09, 2005

E1/T1 Configuration

Zaptel.conf
-Configuration of your hardware interface
Zapata.conf
-Asterisk configuration to use your hardware interface

Zaptel.conf
loadzone=us
-US indication tones, avaiable zone are :us,au,fr,nl,uk,fi,es,jp,no,at,nz,it,us-old,gr,tw,cl

defaultzone=us
-default zone

FXO/FXS interface cards
depend on your card
let say your card is FXO,FXO,FXS,FXS
fxsks=1-2
fxoks=3-4

dia terbalik sket-port 1,2 adalah modul fxo so tulis in config adalah, fxsks=1-2 dan begitu juga di port 3-4.

boleh juga differentiate module jika berselang contoh:
FXS,FXO,FXO,FXS
fxoks=1,4
fxsks=2,3

if card have empty space,
FXS,(empty),FXO,FXS
fxoks=1,4
fxsks=3

Begitulah seterusnya, walaupun anda memiliki lebih dari 4 port FXS dan FXS.

Salah satu contoh yang di dapati dr salah seorang member aku.He say it work.I don't try it yet.Kena sambung dengan Quad One VOIP sistem dulu baru boleh test.Disini sistem E1/T1 tidak ada, maklumlah E1/T1 hanya digunakan pada syarikat yang mengendalikan komunikasi seperti Quad One, sistem Digital PBX.

Port E1/T1 digium adalah RJ45 manakala Quad E1/T1 adalah BnC so perlukan converter dari BnC ke RJ45.

Zapata.conf
[trunkgroups]

[channels]
language=en
context=from-pstn
switchtype=euroisdn
;pridialplan=national
signalling=pri_cpe

usecallerid=yes
hidecallerid=no
callwaiting=yes
usecallingpres=yes
callwaitingcallerid=yes
threewaycalling=yes
transfer=yes
cancallforward=yes
callreturn=yes
echocancel=yes
echocancelwhenbridged=yes
rxgain=0.0
txgain=0.0
group=0
callgroup=1
pickupgroup=1

immediate=no
channel=1-15,17-31

Selamat mencuba...bagi yang tetiba terjumpa blog ni dan boleh habis membaca artikel yang saya karang ini..hmm anda memang hebat, sebab sahlah anda tidak mempunyai banyak kerja di pejabat kerna boleh membacanya..melainkan anda berada dibidang yang sama dengan saya..

Tuesday, November 08, 2005

DamnSmallLinux

Damn Small Linux, kini banyak digunakan sebagai operating system untuk Linux bagi yang meletakkan saiz sebagai pilihan utama.Dengan kapasiti cuma 250M pengguna dapat mengoperasikannya walaupun dengan hanya menggunakan thumb drive.
Untuk maklumat lebih lanjut bolehlah guna link ni.

http://www.damnsmalllinux.org/usb-qemu.html

Untuk hari ini, seperti semalam tak banyak yang aku lakukan mungkin kerana mood aku tidaklah begitu baik.Mujurlah bos tak masuk lagi.
Ku just nak siapkan appraisal form, then try run this DSL, tengok adakah asterisk boleh beroperasi diplatformnya.Harap harap boleh, kalau tak terpaksalah aku customize lagi CentOS tu.

ada sajak lagi...

Nor....cintakah ini..

TAMAN ATNIC
Seindah pelangi..
Seindah irama dipagi hari..
Aku akan menari...
Bersama suara suara hati..

Aku bernyanyi...
Aku meniti hari hari sebegini..
Menelan segala pahit di hati..
Agar madu itu bersemi lagi..

Dan salju semalam menderu lagi..
Memupuk halus pada kulitku..
Menyejukkan pada jiwa ini..
Untuk kenangan indah bersamamu..

Hulurkan aku kasih itu..
Hulurkan aku sayang itu..
Untuk kucurahkan pada kecintaanmu..
Untuk kesiramkan pada kerinduanmu..

Dan semusim ini terusan berbunga..
Menghiasi senyuman kita..
Menjadi sebuah taman atnic..
Yang kita akan terusan menjaganya..

Monday, November 07, 2005

Hari Raya

Hari raya sudah disambut..terasa ada macam satu kemenangan yang amat sangat.Raya tahun ini memang meriah untuk keluargaku.Tapi entahlah, gelodak jiwa begitu terasa kosong, tidak berisi apa apa.Aku kurang mengunjungi sanak saudara raya kali ini, mungkin sebab kehadiran mereka yang tak putus putus ke rumah, cukuplah fikirku..tapi benarkah cukup...

N...Itu aku...

ITU AKU
Dalam kesamaran ini...
Meniti pada cenuram runcing..
Mendongak ke atas, bermohon..
Berikanlah hambamu ini kekuatan..

Mereka terusan mencari Siapakah...
Aku juga terusan mencarinya..
Pada tusuk tusuk dan belulang belulang..
Menyuluh aku dalam kesamarannya...

Itu aku..
Yang terusan mencinta..
Yang terusan bertanya..
Yang terusan berkelana..
Yang terusan percaya..

Kerna itu..
Aku menjadi Siapakah Aku..
Yang aku suarkan dalam kegelapan..
Berharap kekuatan itu menyinarinya di situ..