Thursday, November 10, 2005

mySchool - Reloaded

Malam tadi aku sekali lagi menyambung program mySchool, walaupun aku agak bosan untuk membuatnya.Memandangkan ianya melibatkan pihak ketiga terpaksalah aku buatnya, walaupun agak perlahan.

Aku hanya menyiapkan design database yang aku buat semalam. Esok malam barulah aku akan menyambung untuk programmingnya.Debug modul takwim, FormatStr untuk buletin dan pengenalan sekolah.Harap minggu depan aku boleh siapkan dan hantar ke ID Tech.Dan tahun depan boleh collect my share..yahooo!!!! boleh buat modla untuk studiotraffic.

Abang Iqbal punya projek pun satu, lembab betul, entah bila la nak start. Apa tak boleh ke instal je apa yang ada di muzium Taiping dan Labuan tu. Teringin juga aku pergi ke Labuan. Mintak cuti pada En.Othman cakap nak pergi melancong, kalau aku malas nak ajar si mamat yang kerja dengan abang Iqbal tu la.Pergi install sendiri.Banyak sangat security yang tak boleh aku dedahkan pada mamat tu, bahaya.

Malam tadi ada kerinduan dalam diriku, ingin sekali menelefon dirinya walaupun tiada apa yang ingin dibualkan.Cuma kerinduan.Berbual dan kredit begitu sinonim sekarang.Malangnya aku, sayangku tak pernah call aku just sms je. Nak jimat kredit la tu. Aku jugak yang kena call...apa la nasib.Dan akhirnya hanya sms pengubat rindu ini.Hantar sms cakap i miss u dah le..heh hee.
Perempuan ni tak boleh bagi lebih lebih sangat nanti makin galak. Bagi sikit sikit dan perlahan tapi konsisten untuk menunjukkan yang kita tak pernah lupakan dirinya.Petua, jangan malu malu atau bosan untuk menyatakan betapa kita rindu dan sayang dirinya, walaupun berulang kali.Sayangku memang begitu kena cakap tiap tiap hari betapa kita sayang dia dan hanyalah dia dihati, tiada yang lain..
Tidak call dia hanyalah untuk menambahkan lagi bara kerinduan yang terbakar dijiwa, agar sama sama dapat merasai kehangatannya..ya bersama sama.Rasanya semua perempuan pun begitu suka dibelai biarpun dalam jemari kata kata.
hmm...Malam Jumaat nanti lebih sesuai untuk berbual dan berbelai, hari ni buat abis kredit je..he he he.

No comments: