Tuesday, February 28, 2006
Sudirman -Di dalam sepi itu
Serasa diri ini
Terpinggir di batas nan sepi
Tak sesiapa menemani
Di dalam sepi itu
Kembali ku mengingati mu
Lalu hati jadi rindu
( 1 )
Aku terperangkap dalam diri
Aku terpedaya oleh mimpi
Aku dikejari bayang-bayang
Keterpaksaan menyiksakan
( 2 )
Lama ruang hati kekosongan
Lama ku menangis sendirian
Lama hanyalah hitungan masa
Tak terluntur kenangan indah
Di antara kita
Di dalam sepi itu
Bertakhta bayangan dirimu
Mencengkam sanubariku
Sudirman
Monday, February 27, 2006
Banjir di Shah Alam - Banjir di hati
Semalam Shah Alam dilanda banjir, TTDI, bukit subang, seksyen 13, bukit jelutong dan beberapa tempat lagi habis teruk. Air melimpah keluar dari sungai, menyebabkan tempat tempat tersebut dinaiki air. Beberapa kawan sekerjaku terbabit, 2 orang rumahnya dimasuki air, dua orang kereta yang dimiliki tenggelam. Mujur kereta yang tenggelam itu tidak teruk, cuma dalam sahaja yang terkena, habislah kusyen..basah..
N* ada menghantar message seperti biasa, ucapan selamat malam. Aku terasa sedikit kesedihan dan kerunsingan dalam dirinya. Mungkin baik jika aku selesaikan persoalan ku dengannya secepat, benarkah dirinya yang sepatutnya menjadi pilihanku..entahlah..
Diriku basah lagi..
eh ada lagu di HOT.fm...radja..jujur..
kata katanya....macam menyabitkan ku...
Tuesday, February 21, 2006
Resah dan Luka
Dalam kedinginan malam, fikiranku dilayangkan pada persoalan dan pencarian jawapan yang belum lagi ternota. Semalam aku menjalankan solat sunat istikharah dua rakaat selepas selesai solat isyak, memohon agar diberikan petunjuk perihal jiwa ku yang teruk dikacau. Resah, gelisah terusan bermain dalam fikiranku. Jika aku mengatakan ya pada N* bermakna duniaku kini bertanggungjawab, jika “ya berlapik” , aku masih lagi punya peluang, aku sendiri tidak tahu apakah jawapan yang perlu kuberikan..petunjuk oh petunjuk datanglah padaku..
Harian kerjaku seperti biasa, tiada apa yang aku rasa perlu untuk dicatatkan dalam bingkisan terpinggir ini, cukuplah jika aku katakan membuat demo untuk VOIP sistem, dan sedikit diskusi..
Hubunganku dengannya hari ini agak baik, aku memberikan beberapa cerpen yang aku koleksikan dalam penceritaan terbaik bagi diriku kepadanya. Karya Joe_Kidd “Aku Dia dan Semalam” dan cerpen tulisan Siti Hajar Mohd Zaki “Jalan Bukit Tidak Berbulan”. Nampaknya dia sibuk menghabiskan bacaan pemberianku, moga hubungan kami akan bertambah baik, dan moga hatinya berjaya aku robek...oppsss tawan..
Ada darah ..tiada luka..
Ada kasih...tiada cinta..
Ada rasa...tiada percaya..
Ada aku...tiada dia
Dan aku terluka...
Monday, February 20, 2006
Kesunyian dengan berteman
Hari sabtu tadi, aku dan N* keluar menonton wayang di KLCC, tengok cerita seram dari Thailand “Ghost of Mae Nak”, sambungan dari cerita Nang Nak. Aku sempat terlelap di dalam panggung ketika menonton cerita itu. Tidak begitu seram kukira, aku keluar hanyalah untuk menemankan N*, Setelah begitu lama aku tidak keluar dengannya. Kini perasaanku terhadapnya kurasakan makin pudar, bagai tiada perasaan lagi. Entahlah mengapa ianya hadir padaku, aku tidak menyangka, permainan perasaan yang aku wujudkan dengannya telah digoyahkan dengan rentak cabang yang aku sendiri wujudkan..
Ternyata ianya membawa padah pada diriku..
Ya Allah berikanlah hambamu ini pertunjuk..jika benar dialah pasangan ku di dunia ini dan di akhirat kau permudahkanlah hubungan kami ini...Aminnn
Wednesday, February 15, 2006
Bobohizan yang merah
Serabut yang menghuni modula oblangata ku sedikit demi sedikit terurai dengan membaca email email darinya. Sememangnya benar, sejak aku mula berutus email dengannya hari hari yg aku lalui makin bersemangat..semakin teruja..
Hari ni cik bobohizan memberitahu ku..dia telah memalukan dirinya dengan lawak yang dibuatnya pada salah seorang rakan pejabatku. Lawak kategori spastik juga jika diikutkan dari perkiraanku..patutlah katanya dia merah..ha ha ha nasib baik tak basah...
....
Pagi...ada sedikit kejutan..aku menerima panggilan dr salah seorg rakan. Ada tangisan kedengaran ditelinga, membuatkan aku terdiam seketika, untuk memberikan laluan pada kata-katanya..
Tekanan kerja rupenye...tak sangka sampai boleh jd begitu....keciannye..
Monday, February 06, 2006
Febuari yang basah..
Minggu lepas aku dikejutkan dengan berita tentang ibuku yang diserang penyakit darah tinggi. Terus dirinya lumpuh separuh anggota badan. Bahagian kiri ibuku telah lumpuh, dan kini dia hanya dapat berbaring sahaja. Menurut kata doktor paras darah ibuku terlalu tinggi hingga mencecah 250. Terlalu jauh dari kadar yang sepatutnya.
Aku mula terfikirkan masalah ayah ku pula yang akan terpaksa tinggal berseoranga buat masa ini. Mana mungkin ini patut berlaku pada saat begini. Ayah tinggal seorang sekarang. Ayah perlu di ajak untuk tinggal bersama salah seorang anaknya. Satu ujian yang getir mula meniti dalam keluarga kami..
Keluargaku perlu membincangkan perkara ini dengan sebaiknya. Kini ujian getir untuk keluarga makin di rasa. Dimana tahap kasih sayang anak anak kepada kedua orang tua mula teruji. Semuanya akan dipertunjukkan. Nyatalah orang luar takkan membantu, walaupun anak menantu..
Ya Tuhan..berikanlah hamba mu ini sedikit kekuatan,,yaaa rabbal alaminn..