Monday, February 27, 2006

Banjir di Shah Alam - Banjir di hati

Hari ni aku sedikit kesunyian, cik bobohizan tidak sihat, dan dia terpaksa ambil emergency leave. Katanya dia sakit perut. Entahlah apa yang dimakannya ketika berada di Melaka. Beronggeng habis, dan aku pula terpaksa bersengkang mata untuk menyiapkan sistem time attandance dengan menggunakan mifare card.

Semalam Shah Alam dilanda banjir, TTDI, bukit subang, seksyen 13, bukit jelutong dan beberapa tempat lagi habis teruk. Air melimpah keluar dari sungai, menyebabkan tempat tempat tersebut dinaiki air. Beberapa kawan sekerjaku terbabit, 2 orang rumahnya dimasuki air, dua orang kereta yang dimiliki tenggelam. Mujur kereta yang tenggelam itu tidak teruk, cuma dalam sahaja yang terkena, habislah kusyen..basah..

N* ada menghantar message seperti biasa, ucapan selamat malam. Aku terasa sedikit kesedihan dan kerunsingan dalam dirinya. Mungkin baik jika aku selesaikan persoalan ku dengannya secepat, benarkah dirinya yang sepatutnya menjadi pilihanku..entahlah..

Diriku basah lagi..

eh ada lagu di HOT.fm...radja..jujur..

kata katanya....macam menyabitkan ku...

No comments: