Tuesday, February 21, 2006

Resah dan Luka

Dalam kedinginan malam, fikiranku dilayangkan pada persoalan dan pencarian jawapan yang belum lagi ternota. Semalam aku menjalankan solat sunat istikharah dua rakaat selepas selesai solat isyak, memohon agar diberikan petunjuk perihal jiwa ku yang teruk dikacau. Resah, gelisah terusan bermain dalam fikiranku. Jika aku mengatakan ya pada N* bermakna duniaku kini bertanggungjawab, jika “ya berlapik” , aku masih lagi punya peluang, aku sendiri tidak tahu apakah jawapan yang perlu kuberikan..petunjuk oh petunjuk datanglah padaku..

Harian kerjaku seperti biasa, tiada apa yang aku rasa perlu untuk dicatatkan dalam bingkisan terpinggir ini, cukuplah jika aku katakan membuat demo untuk VOIP sistem, dan sedikit diskusi..

Hubunganku dengannya hari ini agak baik, aku memberikan beberapa cerpen yang aku koleksikan dalam penceritaan terbaik bagi diriku kepadanya. Karya Joe_Kidd “Aku Dia dan Semalam” dan cerpen tulisan Siti Hajar Mohd Zaki “Jalan Bukit Tidak Berbulan”. Nampaknya dia sibuk menghabiskan bacaan pemberianku, moga hubungan kami akan bertambah baik, dan moga hatinya berjaya aku robek...oppsss tawan..


Ada darah ..tiada luka..
Ada kasih...tiada cinta..
Ada rasa...tiada percaya..
Ada aku...tiada dia

Dan aku terluka...

No comments: