Sunday, July 30, 2006
Sesuatu Yang Terindah - Part 6
ok ini sambungan cite SYT tu..
Sesuatu yang terindah - Part 6
ahhh..bosannya.!!' aku merungut... sudah hampir sebulan peperiksaan stpm tamat... dan dalam tempoh itulah aku hanya terperuk kat rumah..ganti mak aku jadi surirumah tangga... nie baru sebulan...result keluar maybe dalam 3 or 4 bulan lagi.. takkan aku nak dok rumah sepanjang tempoh tue... badan aku pun dah makin naik.. ape taknya.. selepas exam hari tue kan hari raya... kerja aku cuma makan..makan dan makan.... pastue dok rumah jerk... ape tak makin tembam...
aku melangkah ke dapur untuk menyediakan makan tengah hari.. ape? ingat aku tak tahu masak ker? hehehe... sambil itu aku memikirkan cadangan mimie,judey dan anne minggu lalu.. mereka bercadang untuk bekerja di ibu kota sementara menunggu keputusan stpm.. mereka ajak aku sekali...
' wahh..best jugak... tapi...mak dan ayah bagi ker aku kerja? alah...takkan diaorang tak bagi kot... aku nak buat ape kat rumah nie? nak jadi surirumah tangga? ehhh..tak nak aku... lagipun aku nak berdikari jugak... nak ade duit sendiri.. nak try jugak dok kat bandar tue... hmmm...malam nie aku mesti cakap ngan mak dan ayah...' aku bermonolog dengan diriku sendiri..
"mak...fia bosan la duduk kat rumah nie jerk..." aku mula mengatur bicara..
"haaa...dah tue..fia nak dok mana pulak? nak dok dengan nenek?" laaa...mak buat-buat tak faham pulak...
"mak...fia nak kerja...boleh tak mak? mak...bolehlah.. result kan lambat lagi nak kuar..boleh jugak fia kerja...fia nak belajar berdikari..." aku dah mula merengek-rengek dihadapan emak...nak bermanja la tue..
"kerja apa yang fia boleh buat? lagipun kat bandar tue bahaya..macam-macam boleh jadi..banyak kes ragut la..rogol la..rompak sana-sini.. baik fia duduk kat rumah...tolong mak basuh baju...kemas rumah..masak... haa...dalam rumah nie pun banyak kerja yang boleh dibuat... " mak dah mula dah bagi ceramah.. aku pulak menarik muka masam.. ishhh..takkan nak aku buat kerja2 rumah tue pulak... nanti bila dah kawin aku wat keja tue jugak.. bosanlah....
"alah....tak nak la wat kerja rumah.. bosanlah.. takkan 4 bulan mak nak fia buat kerja nie semua.. kan bagus kalau fia kerja.. dapat cari pengalman baru.. senang sikit nak cari kerja kalau dah pernah ada pengalaman keja sebelum nie..nanti..taklah fia gementar sangat bila ade job interview ker..ape2 interview ker.. karang bila dah nak cari kerja nanti,mesti kena tanya pengalaman kerja sebelum nie.. takkan fia nak jawab...pernah kerja sebagai surirumah tangga sepenuh masa...eee...kalau laki fia dah yg interview tak per la jugak.. " aku merungut sendiri...ayah dah mula tersenyum...lucu mendengar rungutan aku barangkali..
"alah..biarlah budak fia tue keja.. boleh jugak dia belajar berdikari.. karang bila dia nak masuk universiti senang sikit... taklah dia bergantung sangat pada keluarga.."
"yessss...sayang ayah.. haa..mak...ayah sokong fia.."aku dah tersenyum depan mak.. kalau ayah dah buka mulut..sure mak setuju punyalah...
"tapi...kerja apa yang fia boleh buat? lagipun bahaya kerja kat bandar..." mak masih lagi memprotes...
"mak...fia tahulah nak jaga diri kat sana nanti.. alah...bukannya jauh pun mak.. hari2 mak boleh datang tengok fia.. lagipun anne,mimie dan judey ade.. fia bukannya sorang2 kat situ.. fia carilah ape2 kerja yang fia rasa fia boleh buat.. kerja kat supermarket pun xpe.. as long as fia dapat pengalaman baru.. kan ayah kan?? " aku beraih tempat duduk..kali nie aku duduk disebelah penyokong kuat aku..tak lain tak bukan ayah..hehehe...
"fia janji akan jaga diri baik-baik...fia dah besar dah mak... dah boleh kawin dah kalau fia nak kawin.. alah...boleh ya mak..." aku memujuk lagi...
"alah...biarkan ajerlah budak fia tue.. kalau dia tak tahan nanti tahulah dia balik rumah..." satu sindiran dari ayah yang cukup memedihkan telinga aku.. ketara sangat ayah tak percaya yang aku tak boleh buat kerja.. takper...aku akan buktikan nanti...
"yelah..yelah..." mak akhirnya mengiyakan... aku dah senyum macam kerang busuk..
" yessssss...thanks mak...and you too ayah...." aku berlari-lari anak menuju kebilik... kelihatan ayah dan mak mengeleng-gelengkan kepala..
" nak telefon anne jap...." aku bersuara lagi...
" jangan telefon lama-lama...karang naik pulak bil telefon tue... haa..bila dah kerja.. boleh tolong ayah bayar bil telefon pulak..." ayah menjawab...
cisss...ayah nie mengada-ngada la pulak.. adik-adikku yang cuma jadi pendengar setia sebentar tadi dah terkekek-kekek menahan gelak.. haaaa...nak kena jugak budak2 nie... tapi takper....yang penting aku dah dapat green light untuk pegi kerja kat bandar.... aku tersenyum sendiri...
''wan...mak dah benarkan fia kerja kat bandar...eee..bestnya..." aku berbual dengan hazwan malam itu.. orang pertama yang aku call selepas mendapat persetujuan ayah dan mak sebentar tadi.. hehehe..yelah...aku bohong sunat.. aku bukan fon anne sebenarnya.. tapi..takkan nak cakap aku fon hazwan pulak... mesti mak aku membebel.. and ayah pulak..mesti menyindir aku... alah...sekali sekala jerk... ampunkan anak mak dan ayah nie ek...hehehe...
" fia nak kerja apa? alah..boleh ker fia kerja nie? tak pasal2 baru dua tiga hari kat bandar dah nak balik..nak dok bawah ketiak mak..hahhah..." suara hazwan kedengaran di corong telefon..
'' wan pun macam ayah fia laa...!!! langsung tak percaya fia boleh kerja..." aku buat suara merajuk..
'' bukan tak nak percaya... tapi fia tue kan anak manja.... hmmm..oklah sayang... wan akan percaya tapi...buktikan pada wan.. boleh tak? " suara itu benar2 buat aku gembira.. rasa macam tak berpijak kat bumi pulak..hahaha...
'' okies... i will prove it to you... wan tengok lah nanti... " aku menjawab dangan yakin...
'' ermm..wan pulak buat ape? kerja jugak ker?'' tanyaku..
'' maybe... wan tolong ayah wan kat kilang... yelah..wan kan anak yang baik... hehehe..'' dia terkekeh2 ketawa..
'' eleh..perasan la tue..." aku turut ketawa...
tiba2 masing2 membisu..diam melayan perasaan masing2... haaa..bagi laluan kat iklan kot...
'' fia.. fia sayang wan tak? '' aku terkedu..tiba2 jerk soal aku macam nie...tak pernah2 pun... nie yang musykil nie....
" sayang...sayang sangat..." aku menjawab pantas..
" tapi kan...sepanjang fia jadi milik wan... wan tak pernah pun dengar fia ucap 'I LOVE YOU' kat wan.. may i know why? " soalan itu dia utarakan..
sekali lagi aku terkedu...sejak peristiwa aku memeluknya tempoh hari... dengan tidak sengaja,hubungan kami melangkah satu tapak kehadapan...daripada kawan baik kepada pakwe dan makwe... tapi for sure, bukanlah pakwe dan makwe yang baik...
aku sedar perbuatan aku malam tu menyakinkan hazwan bahawa aku juga menyintainya.. sedangkan saat itu aku masih keliru..namun aku akui..aku tidak mampu menolak keinginan hati untuk disayangi dan terus lemas dalam dakapannya..
aku yakin...aku tidak menyintai dia..aku tidak cintakan hazwan...dan aku takkan pernah cintakan hawan.. kerana...kerana....aku...aku ada rizal...aku cuma perlukan hazwan sebagai seorang teman..cukup sekadar teman.... tapi...kenapa aku membalas pelukannya malam itu...?? ahhh!!! bodohnya aku.. look my dear... look what you have done...
'' wan...who am i in your eyes?" aku tidak menjawab soalanya.. malah aku membalas dengan memberinya soalan...
'' someone special....'' ucapnya.. ringkas but meaningful..
'' who am i in your eyes?? '' giliran dia pulak bertanya..
'' someone i care but... im not sure waether it's love or not...'' jawapan yang cukup ikhlas dari aku...
'' is there someone else that you love? be honest... '' suaranya seakan2 seseorang yang berjauh hati...
'ahhhh...aku nak berterus terang atau aku patut bohong demi menjaga hatinya?'
'' maybe...'' ucapku lambat2...aku tak sanggup lihat dia patah hati...
'' it is all that you can say..huhh...?? '' dia mengeluh...nyata, dia tidak berpuas hati dengan jawapan aku..
aku serta merta terdiam...terasa dengan kata2 itu... 'aku ni terlalu banyak berteka-teki dengan dia ker?' aku bukan sengaja x mahu berterus terang dangan dia.. cuma masanya belum sesuai... aku akan luahkan isi hati aku.. apabila aku benar-benar bersedia... kini,aku serba salah... menanti kekuatan bulan untuk membantu aku berterus terang...hehe..
hmm..korang pernah tak cintakan seseorang..cinta yang lama terpendam dihati..menunggu waktu untuk dibuktikan..tapi dalam masa yang sama tidak mampu menolak cinta seseorang yang lain?? cinta yang terlalu ikhlas dan seringkali berjaya membuat aku bahagia..
aku mengaku...aku tak mampu menolak hakikat bahawa aku perlukan someone disisi aku... untuk menemani aku...untuk membimbing aku..untuk merindui aku..untuk aku kongsi suka dan duka.. untuk aku sayangi..untuk aku bermanja... ahhhh..aku tak salah... aku juga manusia biasa..aku mahu dicintai...dan mencintai... semua orang pun macamtue...
cuma, cara aku salah.. aku tak boleh terus macam nie.. aku tak boleh bersembunyi disebalik kenyataan... dan aku tak patut buat macam nie..
'' i dont wanna think about it again and again... keep wondering what is the answer for all of my question... i just want you to be honest dear... it's nothing wrong to hurt someone with the truth than hurt them with your lies..'' ucapnya lagi..penuh makna tersirat...
aku telan liur...sebenarnya tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku di kemudian hari.. aku tidak mahu terus memberi harapan sedangkan aku sendiri tidak pasti bolehkah aku tunaikan harapan tersebut... aku tidak mahu terus menipu diri sendiri... aku jugak tidak mahu terus menipu orang yang aku sayang... berterus terang adalah jawapan yang terbaik...
'' wan...kalau fia nak cakap something... wan sudi tak nak dengar? '' aku bersuara perlahan..
'' everything dear.. wan akan sentiasa mendengar...'' suara itu tenang..
aku menarik nafas... tercari2 idea bagaimana hendak memulakan bicara..
'' im sorry wan... fia tak boleh cintakan wan... sebab fia rasa fia x boleh lupakan someone.. i really cant forget him.." sedaya upaya aku menahan rasa resah.. sambil itu aku ternanti2 apa reaksi dia.. marahkah? cemburukah? gembirakah?
'' fia x pernah sayangkan wan sepertimana fia sayangkan dia kan? and for sure, orang tue mestilah someone yang penting dalam hidup fia '' suara itu buat aku menangis... menangis dalam hati..
'' tapi wan... i do care 4 you... and fia jugak sayangkan wan...'' aku cuba mengawal perasaan.. aku sebanarnya takut kehilangan dia..
'' wan faham... maybe wan nie macam persingahan kan... fia perlukan someone to take care of you...to love you...and to be with you whereever you are.. and someone tue adalah wan.. someone who can full-fill your heart desire.. gitu kan? '' hazwan bersuara.. masih lagi tenang seperti sebentar tadi...sedangkan aku..
'' bukan macam tue...fia x pernah anggap wan sebagai persinggahan atau pengganti.. fia sayangkan hazwan... sayang seikhlasnya... cuma semakin fia sayang pada wan... fia rasa semakin bersalah pada dia... kami tak declare putus lagi.. fia serba salah...'' setitik demi setitik air mata aku mengalir...
'' sayang nangis ek? '' tanya hazwan... aku membisu namun disebalik corong itu.. aku mengangguk.. 'i cry bcoz of you dear...'
'' and now... wan faham kan kenapa fia tak boleh teriman wan sepenuhnya? fia takut perasaan sayang fia pada wan akan terus subur... and sampai suatu masa..fia takut dia kembali... masa tue mesti fia keliru... nak pilih antara wan...ataupun dia..." aku sudah tidak mampu menahan diri dari terus menangis..
'' sayang..janganlah nangis... wan tak kisah semua tue... and wan takkan pernah paksa fia untuk cintakan wan sebagaimana cinta fia pada dia...''
ahhh..masih ada orang yang sebaik ini... takkan ada lelaki yang boleh menerima hakikat bahawa gadis yang disayanginya mencintai orang lain dan dalam masa yang sama memberinya harapan dan impian... takkan ada orang lain sebaik dia dan aku sangat beruntung kerana dicintai oleh lelaki bernama hazwan...
'' sayang...listen to this... buat masa nie...izinkanlah wan sayangi fia...cintai fia dengan sepenuh hati wan... and wan nak fia terima cinta wan dengan seikhlas hati...terimah ia walaupun fia tak mampu untuk memberinya kembali kepada wan.. andandai suatu masa... dia muncul kembali.... wan akan biarkan fia membuat pilihan... ''
'' kenapa wan begitu baik? kalau fia pilih dia...wan nak serahkan fia pada dia begitu saja? wan tak sayangkan fia ek? kenapa sanggup buat macam tue??'' aku masih lagi menangis... sambil itu aku mempertikaikan kata2nya sebentar tadi.. aku tak bernilaikah dimata dia??
'' i'll do anything to make you happy...sayang... even to let you go if i have to and if you want to.. it's one way to show my love 2 you...'' tenang suara itu menjawab...
saat itu aku merasakan akulah gadis paling bertuah dalam dunia ini... kenapa aku perlu menunggu seseorang yang belum pasti mencintai aku atau tidak..?? aku ada seseorang yang begitu mencintai aku.. kenapa aku perlu menyayangi seseorang yang mungkin tidak lagi menjadi milik aku,,,??
kan ada ungkapan yang berbunyi ' mencintai orang yang kita cintai kedangkala membawa kedukaan... tapi menerima cinta orang yang mencintai kita merupakan kebahagiaan yang pasti..''
aku memutuskan panggilan... maafkan aku wan... aku menangis semahunya... aku harus berfikir apakah yang harus aku lakukan... aku tarik nafas sedalamnya...
aku sedar aku bukanlah yang terbaikadakalanya aku gagal dengan satu-persatu ujianmuada hari dimana aku merasa sangat kesunyiansaat2 aku bersedih dan ianya bukan salah sesiapaBukan sesiapa melainkan aku sendiri
aku cuba memberi apa saja yang kumampudan aku berharap dapat menyapu setiap titis airmata yang mengaliraku berharap katamu bukan hanya lafaz2 kosongbawalah aku dan jangan sesekali lepaskan
seperti yang kau tahu, aku bukanlah seseorang yg sempurnatapi keranamu, aku cuba jadi yang terbaikaku sayang kamu lebih dari yang kau tahukerana kau tidak pernah tinggalkan akukau ada menemani disetiap langkah hidupku
genggamlah tanganku dengan erat..dan bisikkan padaku bahawa semuanya akan berakhirbahawa aku tidak salah mencintai insan seperti kamuseseorang yg buat mimpi2ku jadi kenyataan
aku mahu terus menjadi diriku yang sebenarmungkin selama ini aku terlalu bodohdan aku pinta maafkanlah akuberikanlah aku satu peluang...dan mungkin dua..tetapi walauapapun yang terjadiAku tetap tidak mahu kehilanganmu...
---------end part 6----
Wednesday, July 26, 2006
Sesuatu Yang Terindah - Part 5
dia macam sibuk sangat, atau buat2 sibuk sampai msg ku pun tak dibalas. Arkghhh memang susah la kalau nak curi hati orang yang tak pernah fikir kan pasal kecurian hati ni..
aku akan menunggu dlm rasa penuh kesangsian...
Sesuatu yang terindah - Part 5
" fia...hazwan nak jumpa kat bawah.." mimie terkekek-kekek ketawa..
ishh..sejak bila pulak dia panggil aku fia nie..?? memang betul2 nak kena budak seekor nie... nak sindir aku la tue...
"dia nak ape? haaa..kau pulak mimie.. sejak bila pulak kau panggil aku fia nie..?? aneh jerk aku dengar.." aku yang terbaring atas katil kesayangku tadi, kini telah berdiri dihadapan cermin.. laju jerk aku bangun bila dengar hazwan nak jumpa aku.. yelah..takkan nak turun macam nie kot..hilanglah keayuan aku..hehehe...
"alah..hazwan boleh panggil kau fia..kitaorang pun boleh jugak kan... betul tak? " judey pulak tiba2 bersuara..
" betul..betul...aku sokong.." mimie pulak menjawab..
"hahahaha..aku lagilah sokong.." diikuti dengan anne...
"weiii..korang berpakat kenakan aku ek? haaaaa...nie yang nak kena nie.." aku pura2 marah.. sebenarnya aku tak kisah pun diaorang nak panggil aku ngan ape2 nama sekalipun.. yelah..fia tue pun nama aku jugak..tak salah pun kalau diaorang nak panggil aku ngan nama tue.. lagipun nama tue comel jugak kan? hehehe..
" alah..nama tue sesuai dengan kau.. nama fisya tue susah nak sebut ar.. kadang2 salah sebut jadi 'pisa' kadang2 jadi 'pizza' pulak..... pastue kadang2 sampai berbelit lidah aku nak sebut tau..." anne bersuara sambil melompat keatas katil aku. laaa..karang patah katil tue, sape nak jawab kat warden asrama..?? aku jugak...
" hahaha..pandai jerk kalau nak bagi alasan kan.. yelah..yelah...korang nak panggil ape pun aku tak kisah.. lagipun ade ape pada nama? " aku akhirnya mengalah..anne, mimie dan judey dah terkekek-kekek ketawa kat belakang aku.. rasa macam nak karate jerk budak-budak bertiga tue...
"haaaa..pegilah siap dulu.. hazwan dah tunggu kat bawah tue..kat pondok depan cafe.." mimie mengingatkan aku..
" yelah..yelah.. nak siap la nie...biarkan dia tunggu kat bawah... kalau dia sayang aku...dia akan tunggu aku biarpun sampai esok pagi... lagipun sure dia bukan sorang kat bawah tue.. dimana ade hazwan..disitu ade donny..." aku mengomel sendiri sambil tanganku mencapai tuala dan pencuci muka.. nak basuh muka jap.. karang hazwan tengok aku macam nie.. dia boleh pengsan kot.. seksi...berseluar pendek dengan t-shirt tanpa lengan...dengan muka yang baru bangun tidur..
"wei..korang dengar ke apa yang aku cakap nie" aku memalingkan muka.. kami berempat berpandangan...
"dimana ada hazwan..disitu ada donny...." mimie, anne dan judey mengajuk percakapanku sebentar tadi.. akhirnya kami sama2 ketawa...
sejak peristiwa time picnic hari tue, aku dan hazwan dah semakin rapat.. dan macam tue ar nama 'fia' tue melekat ngan aku sampai ke hari ini... member2 lain syak yang kami nie sedang bercinta.. tak terkecuali anne, mimie, judey dan kawan2 hazwan yang lain.. cuma diaorang hairan...setiap kali hazwan jumpa aku..donny mesti ikut sama...pastue, diaorang membuat kesimpulan bahawa kehadiran donny tue untuk cover bahawa aku dan hazwan dah couple...kitaorang kononnya tak nak orang lain tahu...hahaha...lucu jugak aku memikirkannya...
tapi sebenarnya kitaorang tak declare ape2 lagi.. tak pernah muncul perkataan sayang, rindu, ataupun cinta diantara kami.. aku pun lebih suka macam nie.. sekadar jadi teman yang rapat... lagipun,hazwan pun tak pernah cakap face to face ngan aku yang dia nak adakan satu relationship yang serius diantara kami...aku tak pernah tahu ape feeling dia kat aku...kawan? kawan baik? girlfriend?
hmm...ntahlah... dan aku pun tak pernah bertanya...tak akan bertanya sama sekali... memang dia ada tunjukkan bahawa dia meminati aku.. tapi semuanya dalam bentuk lagu...puisi...dan kadang2 dalam bentuk gurauan.. tue yang buat aku pening tue.. aku nak dengar dari mulut hazwan sendiri...barulah aku nak percaya and membuat kesimpulan...aku? aku akui aku sayangkan hazwan.. sebagai apa? itu aku tak pasti.. apa yang aku tahu..im happy when we're together...aku mahu dia ada bersama aku dan aku mahu bersama dia..disaat2 aku gembira atau sedih.. thats all...
is this love? hmm..i dont think so...aku takkan jatuh cinta pada hazwan.. love is more than that... trust me..
aku tercari-cari kelibat hazwan... kat pondok? hmm..takder pun... mana nie? takkan dah balik kot...aku lewat 15minit jerk..takkan itupun tak boleh tunggu...isshhh...bosan betul dengan perangai lelaki nie..kalau diaorang lambat,boleh pulak aku tunggu sampai berjam-jam... aku mengeluarkan hp dari kocek jeansku.. apa lagi...nak call budak hazwan tue lah...menyusahkan betul...
" fiaaaaa..."kedengaran satu suara memanggilku... tapi yang aku pasti suara tue bukan milik hazwan..tapi suara tu milik donny... memang benar kata-kata aku tadi... 'dimana ada hazwan..disitu ada donny..' aku berpaling...
"haaaa...hazwan mana? korang nie..ape hal nak jumpa aku lak?" aku masih tercari-cari kelibat hazwan...
" ade...dia pegi toilet jap... tunggu jelah... haaa...mari la duduk dulu.. takkan nak berdiri kat situ kot..." donny mempelawa aku duduk di pondok yang berbentuk cendawan itu.. kalau orang lain tengok..mesti diaorang sangka aku dan donny sedang dating... yelah...romantik semacam jerk pondok nie..dengan lampu warna-warni pulak tue..hehehe...
25 minit berlalu....hazwan tak muncul-muncul lagi.. donny pulak buat tak tahu... mana hazwan nie? takkan pegi toilet sampai 20 minit kot... dia wat ape kat toilet lama-lama... dia pegi buat toilet kot.. aku mulai bosan...
" weiii.. mana hazwan nie? kata tadi pegi toilet..takkan lambat sangat...isshhh..." aku mula merungut...
"ehhh..manalah aku tahu... nak call pun. handphone dia ade kat sini... haaa..buku dia pun masih kat sini.... takper laaa...fia tunggu sini... aku pegi panggil dia jap.. ade problem kot..." donny berkata sambil berlalu pergi...
"tengokkan sekali handphone dan buku2 hazwan tue" pesannya lagi..
problem? entah2..dia dah balik tidur kat hostel...tapi, nape tak bawak barang2 dia nie sekali...ermm...maybe hazwan pengsan kot kat toilet.. ataupun dia jatuh kat toilet pastue cedera... manalah tau kan... kepala aku dah mula memikirkan sebarang kemungkinan... tiba2 timbul rasa bimbang dihati..ishh..tak baik aku fikir yang bukan-bukan... aku memujuk diri sendiri..
10 minit kemudian...masih tidak kelihatan kelibat hazwan.. begitu jugak donny... isshhh..diaorg pegi mana nie? takkan diaorang nak aku duduk sini sorang2 pulak... dah nak masuk kul 10malam nie... rasa macam nak blah jerk.. tapi macam mana ngan buku and handphone hazwan nie? takkan nak tinggalkan kat sini? kalau hilang...aku jugak yang jenuh mengganti.. bukannya murah nie.. 3 kali ganda mahal daripada handphone nokia 3200 aku...
aku merungut sendiri... dahlah banyak keja aku tak siap lagi..diaorang nie buang masa aku jelah...alah..aku balik jelah... hp and buku nie aku bawaklah sekali.. kalau hazwan nak.. pandai2lah dia nak cari aku... haaa..ade jugak peluang aku nak jumpa dia lagi...haha...
tiba-tiba kedengaran handphone berdering...yang pasti bukan handphone aku.. hmmm...sah... handphone hazwan yang bunyi...
aku mencapai hp tersebut.. 1 missed call... ishh..sape pulak yang telefon nie? nak angkat ke tak kalau bunyi lagi?seperti yang aku jangka...hp itu berdering lagi... aku melihat nama yang tertera di skrin telefon... 'sayang..'...
aku terpaku seketika...sayang? girlfriend dia ker? jantung aku berdegup laju..kubiarkan hp itu berdering... 2 missed call... aku cuma mampu memandang.. entah kenapa aku sedih sangat saat nie.. cemburu? marah? atau kecewa barangkali.. entahlah..aku pun tak pasti...
3 missed call..4 missed call..5 missed call...dan seterusnya... aku tetap cuma mampu melihat...tanpa sepatah kata.. aku kaku...entah kenapa dunia seakan-akan sepi.. nafas aku seolah-olah terhenti... apa nie? kenapa dengan aku?
handphone itu berbunyi lagi..kali ini dengan nada dering yang berbeza.. aku melihat skrin telefon tersebut...1 message received... aku menarik nafas...terketar-ketar aku mencapai hp tersebut... tanpa kusedari aku menekan butang 'read'... tanpa berfikir panjang...
' abang kat ner nie? nape tak jawab bila ayang call? i miss you dear... i miss your sweet kiss...'
handphone itu berbunyi lagi...menandakan satu lagi message tiba.. seperti tadi..aku terus menekan butang 'read'...
'haaa..jangan kata yang abang sedang bersama fia.. dahlah tue bang..jangan permainkan dia lagi..kesian dia tau...abang tahu tak...ayang rindukan abang.. call me back when you read this ok... i love you...bye..'
aku tersentak...dan kali ini aku tidak mampu menahan hati dari mengalirkan airmata..aku kecewa...aku sedih sangat..aku berdiri dan melangkah lemah... ahh..kenapa aku mesti kecewa? aku kan tak ade apa2 perasaan kat dia..
kenapa aku mesti menangis? dia cuma teman rapat aku...jauh sekali untuk mengakui bahawa aku cintai dia.. kenapa mesti aku bersedih? sedangkan aku sendiri tidak pernah memberinya cinta.. tapi yang pasti..saat ini... aku benci hazwan...aku benci hazwan...damn..!!!aku nak balik...aku tak nak tunggu lagi... aku nak balikk....
tiba2 handphone itu berbunyi lagi... aku pantas melihat pada skrinnya.. ternyata bukan telefon hazwan yg berbunyi.. tapi handphone aku...one message received..
'' fia...stop right there... and turn left...''
dibawah cahaya bulan, satu kelibat yang aku kenali sedang berdiri.. entah kenapa kaki ini kaku..terhenti dari terus melangkah...dia berjalan menuju kearahku..dan sekarang dia betul-betul ada dihadapanku..dia mengangkat daguku...memperlihatkan wajahnya yang tenang...juga wajahku yang terhias dengan deraian air mata...
aku biarkan dia mengesat airmataku yang semakin deras mengalir... aku biarkan dia memeluk aku... aku sangat perlukan seseorang untuk memujukku..
"fia..im sorry..." dia meminta maaf.. untuk apa? aku pun tak pasti...
"wan bukan sengaja nak buat fia menangis..." dia memujuk.. namun kata-kata itu buat airmataku semakin laju mengalir.. aku tunduk membisu..ahh..macam mana dia tahu air mata ini tumpah kerana dia? pelik..
"im sorry sayang...plz..janganlah menangis... fia marahkan wan ya? " dia memujuk lagi... aku semakin binggung..
"sebenarnya orang tue tak wujud pun...kalau fia tengok betul2...tue kan no fon wan yang satu lagi.." dia memberi penjelasan.. what?? aku terkejut namun sedikit lega.. cissss....bodohnya aku.!!! kenapa aku tak perasan no tue tadi... ahhh..mudah sekali aku ditipu... benci..!! tapi yang pasti...aku tak suka jika watak 'sayang' itu benar2 wujud...
'' tue lah...kenapa degil sangat nie? wan dah berkali2 tanya ape perasaan fia kat wan.. tapi..fia x pernah pun cakap apa2 kat wan.. wan nak sangat tahu perasaan fia kat wan..sebab tue buat cam nie... sorry...i know this is wrong...tapi wan dah nampak segala2nya tadi...and i know...fia jugak ade perasaan yang sama kat wan kan? '' suara hazwan benar2 buat aku tak mahu berhenti menangis.. tapi..bila masa pulak dia berkali2 tanya perasaan aku kat dia..? kalau nak tahu ape feeling aku kat dia tanya la face2 face.. janganlah sampai buat aku macam nie... dah nak gugur jantung aku... benci...sakit hati aku...!!!
'' kalau iya pun jangan buat macam nie..!! '' ucapku geram sambil mengesat ari mata.. malu sey..
daguku diangkat...dia tersenyum... tangannya mengesat sisa airmataku..
'' dengan air mata nie..wan dah dapat tahu ape perasaan fia.. and dont u ever lie about it... ''
'' fia tak suka wan buat macam tu...!! fia x suka ditipu..!! '' aku memasamkan muka... dia senyum lagi...
"im sorry dear...but now i just wanna hear it once...rite here... ikhlas dari hati fia...do you love me?" dia memperkemaskan pelukannya..
" no...you dumb! i hate you..." tanpa kusedari aku membalas pelukannya...
------------end part 5--------------
Tuesday, July 25, 2006
Cinta - Falsafah
aku mengambil ini dari blog "azhan kamal"..jika perihal cinta pasti isinya akan menjadi begitu menarik kepada perhatianku..
mungkin aku benar benar perlukannya sekarang ini..entahlah..yg pasti aku dah rindu sangat ni..ha ha ha a..
"Cinta tidak pernah meminta ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan tetapi tidak pernah berdendam, tidak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan. Manakala kebencian membawa kepada kemusnahan."
"Cinta dapat mengubat pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat."
Monday, July 24, 2006
Sesuatu Yang Terindah - Part 4
aku melonjak-lonjak kegembiraan. Hari ini aku, mimie, anne, donny dan hazwan nak pergi berkelah kat tepi sungai. Wahh..best giler! Kat tempat aku pulak tu. Awal-awal pagi lagi aku dah masak untuk bekalan time berkelah nanti. Aku excited sangat bukan sebab nak pergi berkelah pun. Kawasan perkelahan tu tak jauh dari rumah aku. Selang beberapa buah kampung jer. Bila-bila masa boleh pergi. Tapi, kali ni aku berpeluang bersama-sama dengan hazwan. Wah..tu yang buat aku hamper gila tue. Ceh..melebih-lebih la pulak. Hahaa..
"hey..makan la dulu. Aku dah lapar nie. Kejap lagi kita mandilah." Mimie menjerit memanggil hazwan dan donny yang dah berdiri ditepi sungai. Tak sabar-sabar nak terjun kot. Lucu jugak melihat gelagat mereka tu.
"yelah..yelah.." jawab donny.
"hey wan. Sungai tu tak lari la. Kejap lagi awak mandilah sampai sungai tu kering." Aku pulak menjerit apabila melihat hazwan masih tidak berganjak dari tempatnya sebentar tadi.
"aku takut air sungai tu lari bila nampak awak jer. Busuk..macam 10 tahun tak mandi. Hahaha" berderai ketawa hazwan.
'kurang asam. Aku pulak yang terkena balik.' Aku memasamkan muka. Bencilah!
Hazwan duduk disebelah donny dengan ketawa yang masih bersisa. Aku Cuma diam sambil menyendok nasi goring kedalam pinggan. Mimie pula sibuk menuangkan air kedalam gelas. Anne pun tak kurang sibuknya, sibuk menyumbat keropok kedalam mulut. Begitu juga dengan donny yang sudah dua kali memenuhkan pinggannya. Cuma hazwan saja yang tunduk memandang nasi goreng dihadapannya.'tak nak makan ke budak ni? Takkan dia diet kot.'
"ehh..fisya." hazwan mendongak sambil merenungku.
"haa..kenapa?" aku kehairanan. pelik benar budak ni.
"tengoklah ni. Ada benda ganjil la kat dalam pinggan ni."Aku serta merta menguis-nguis nasi goreng tersebut dengan sudu. Manalah tahu ada binatang yang termasuk kedalam pinggan dia tu.
"okey ape. Takder yang pelik pun."
"err..awak tengoklah ikan bilis ni."
"kenapa wan?" aku memerhati dengan teliti.
"ikan bilis ni.. serupa benar ngan muka awak fisya. Tak selera aku tengok, apatah lagi nak makan tau..hahaha.."
masya allah.. sakit betul hati aku. Donny pulak ketawa sekuat hati bersama-sama yang lain.
Hati ini sedih tiba-tiba.
'kenapa pulak aku emosional sangat ni.diaorang Cuma gurau la.' Aku memujuk diri sendiri.
Aku cuba senyum. Ternyata payah sekali. Namun aku terus cuba memujuk diri sendiri.
"awak ni luculah. Pandai buat lawak" aku bersuara tenang.
"Hmm..kamu makanlah dulu yaa. Aku nak salin baju kejap." Aku berlalu meninggalkan mereka sambil membawa beg pakaianku. Terasa ada air mengalir dipipiku.
"fisya..tak nak makan dulu ker?"kedengaran suara mimie.Aku menarik nafas. Tanpa menoleh aku menjawab.
"kejap lagi aku makanlah.haa..kalau nak mandi dulu pegilah."
Setelah agak jauh dari pondok, aku menoleh sambil melambai-lambai kearah mereka. Kelihatan anne dan mimie membalas lambaianku sambil berlari-lari anak mengejar donny yang tak sabar-sabar nak mandi.
'hazwan ke mana ek? Dah terjun kot. Ah..pedulikan!' aku berfikir sebentar.
Dalam bilik persalinan, aku biarkan airmataku mengalir. Kata orang, menangis tu satu cara untuk menenangkan jiwa. Entahlah, tapi aku pun tak pasti kenapa aku menangis. Pompuan memang emosional sikit...tak hairan ar.. Tapi sekurang-kurangnya aku rasa lega setelah menangis walaupun aku sedar menangis takkan mampu menyelesiakan masalah. Untuk menyelesaikan masalah, aku perlukan kekuatan,keberanian,keyakinan dan kebijaksanaan. Tiba-tiba aku terkenangkan kata-kata rizal suatu ketika dahulu.
"jangan biarkan sesiapa menghalang fisya untuk mengejar mimpi fisya.andai fisya jatuh dan memerlukan kekuatan untuk bangun semula, yakinlah dan carilah ia dalam diri sendiri.. sebab fisya mempunyai sesuatu yang orang lain tak miliki tau.."
aku tersenyum sendiri sambil mengesat air mata. Aku masih ingat, aku pernah bertanyakan kepada rizal apakah yang ada dalam diriku yang tidak ada pada orang lain. Tapi dia Cuma tersenyum sambil mencuit hidungku.
"itu fisya kena cari sendiri tau..kalau rizal bagitahu,tak surprise la.."
'thank you rizal. I miss you..i miss you so much.'
----------------------
Aku berlari2 anak key arah port kitaorang..tiba2 Seorang lelaki cina bertanyakan sesuatu kepada aku dalam bahasa mandarin.Aku terlopong.
"errr..sorry sir. I don't understand you. Can you please speak English?"
"ops..i'm so sorry. Where's the toilet please?"lelaki itu tersenyum.
"okay..okay..i see it now.thanks.."
belum sempat aku berkata apa, lelaki itu sudah menjawab pertanyaannya sendiri. Elok jugak tu, tak payah aku buang air liur. Aku senyum.
"you're welcome sir."
"eh fisya. Apa yang apek tu cakap ngan awak tadi?" mimie bertanya apabila aku menghampirinya.
"entah. Dia Tanya aku dalam bahasa mandarin. Aku manalah faham."
"siapa suruh muka awak macam anak cina.."terkekeh-kekeh mimie ketawa.
"eleh..awak tu yang anak cina. Nak kenakan aku pulak." Aku turut ketawa.
Aku akui, aku ni sebenarnya seperti gadis mix-blood walaupun sebenanrya aku 100% buatan Malaysia. Aku lahir kat kepulauan borneo, negeri sabah dibawah bayu...berbangsa kadazan dusun and Takder mix dengan mana-mana bangsa pun. Cuma,wajah aku ada iras-iras gadis cina. Pasal tu ramai orang ingat aku ni amoi cina. Masa kecil-kecil dulu, Mak aku kata, kalau aku nakal dia nak jual aku pada apek yang beli surat khabar lama kat kampung aku.
Sejak hari tu,aku takut sangat dengan orang cina. Makcik-makcik aku pun selalu mengusik aku Dengan gelaran 'anak cina'. Lagi teruk bila mereka kata aku ni anak cina yang mak dan bapak aku pungut time kecil ataupun ade yang kata tertukar kat hospital time lahir.
Sape yang tak sedih bila family sendiri cakap begitu. Tapi aku taklah ambil hati sangat.. malah aku bersyukur ngan ape yang aku ada. Aku taklah cantik..taklah tinggi cam model..taklah kaya cam kebanyakan orang..tak punya segala-galanya..tapi, aku bahagia camnie...simple life.. sesuai sangat ngan orangnya...simple gak...hehehe...
" fisya..tak nak mandi sekali ker?" Tanya judey..
"ish..macam kau tak tahu..aku kan pandai sangat berenang..silap haribulan esok kuar newspaper..seorang pelajar dijumpai lemas......"
"wehhh....kesitu pulak dia nie...!!! kalau x nak cakap jerlah tak nak..!!!" suara hazwan mengejutkan aku. ntah dari mana dia muncul.. uishhh..dasyat jugak kalau dia marah nie.. kalau aku ade sakit jantung..dah lama dah aku pengsan..
"mulut fisya tu ar...mulut jahat...ade2 jerk..."giliran judey pulak yang marah..
" yelah..yelah..sorry..aku gurau jer laa... takper...aku jadi penonton jerk..." aku senyum sambil menggelengkan kepala..
"as you wish.." sambung judey sambil berlalu..
"wan tak suka 'fia' cakap camtue tau!! dont you ever say that again.. sekali lagi wan dengar fia mengarut camtue..wan akan..."
" ape? wan nak buat ape?" aku memsamkan muka. sengaja wat dia makin marah.. padan muka dia..
"ahhh..forget it!" dia berlalu.. meninggalkan aku yang termanggu-manggu menanti jawapan..
aku pelik dengan sikap hazwan skrg nie.. sejak bila pulak bila kitaorang bersembang dia panggil aku 'fia' and dia menbahaskan diri dia sebagai wan?? selama ni main aku-kau, saya-awak jerk.. ataupun dia panggil aku fisya.. hairan...kejap dia panggil fisya..kejap main aku-kau..kejap..fia lak.. hisshhh..ntah ape2 ntah...
hmm..nama fia tue nama timangan aku kat umah... mama, papa and family aku jerk yang panggil aku fia.. member2 lain pun tak panggil aku ngan nama tue..cuma yg rapat ngan aku jerk panggil aku fia... bukannya diaorg tak tahu tue nama aku gak tapi diaorg lebih suka panggil aku fisya.. nama yang terhasil daripada nama sebenar aku iaitu fisya nurafia binti imran... dan aku pulak...tak kisah diaorang nak panggil aku ape.. fisya ker, fia ker, nur ker, sya ker, pisa ker, fish ker,.. aku iyekan jerk...hehehe.. macam dalam rancangan puteri tue la pulak..
saat nie aku renung hazwan Dari jauh.. dia leka berenang ngan donny.. sambil tue dia gelakkan anne yang baru nak belajar berenang.. seronok sangat tengok diaorang tue.. macam tak pernah nampak sungai...kesiannya... terlompat-lompat macam kera dapat bunga.. hehehe..geli hati aku..
mimie yang dah teror berenang turut bekerjasama dengan judey untuk mengajar anne.. donny dan hazwan pun bekerjasama jugak.. bekerjasama gelakkan orang..eeee..macam best jerk diaorang nie... jeles jugak aku... tapi aku betul2 x der mood nak mandi-manda.. ahhh...baik aku baca buku nie.. lagi best..ermm..buku siapa ek?
I'm sorry..I love you..
I'm sorry for saying those things
I'm sorry for calling you 'the thing'
I'm sorry that i disapointed you
I'm sorry i wasn't good enough
I'm sorry for insulting you
I'm sorry for being such a bad friend
I'm sorry that the reason i do these things
is just i can't get over you
i can't believe you think so low of me
that i'd let you come between my friends
i'm sorry that i still want you so
maybe i am selfish
maybe i am waste as you said
i'm sorry
i'm sorry
i'm sorry
i'm sorry for the pain i caused
i'm sorry for the tears i made you cry
i'm sorry for the lies i told
i'm sorry that i'm not perfect
i'm sorry that i'm not handsome
i'm sorry for not being there when i said i would
i'm sorry for causing so much trouble
i'm sorry for always doing the wrong thing
i'm sorry i'm a failure to you
but i can't help being me
i'm sorry
i love you
"hoi..!! suka hati jerk baca buku orang ek!!"
aku terkejut...nyaris-nyaris terlepas buku yang aku baca tadi..hisshh...hazwan lagi... buku dia ke yg aku baca nie? wahh...ade bakat jadi penulis rupanya...
"sorry...sape suruh letak kat merata-rata tempat.. ingatkan sampah tadi.. nasib baik tak buang tau...!!!" aku pulak membebel..
"sampah pun fia baca jugak kan...maknanya, sampah tue bernilai..betul tak? " dia dah terkekeh-kekeh ketawa.. tadi garang bukan main..
"yelah...baca sebelum buang..!!!." aku masih tidak mahu mengalah...
"hmm..taknak mandi skali ker?" hazwan menukar topik.. eleh...takut kalah ar tue..hehe..
"taknak la..x der mood nak mandi..." aku menjawab acuh tak acuh..
" takder mood atau datang bulan nie? " dia ketawa lagi..hissshhh...sedap jerk mulut dia cakap camtue.. nak sangat aku baling cawan nie kat muka dia..
"woiiiiii....!!! mulut tue ade insuran ke tak? suka hati jerk nak cakap camtue..!!!" kurasa muka aku dah merah padam.. marah campur malu.. kurang asam punya lelaki.. hmm..macam tahu2 jerk aku memang tak boleh join diaorg mandi.. eee...menakutkan... camner dia tahu ek?dia nampak relax..tapi aku pulak yang dah mula gelabah tak tentu pasal...
"uikss...marah ker? anak dara tak elok marah2 tau.. karang xder orang nak masuk meminang...hahaha "
aku dah mati akal...bukan tak tahu nak jawab ape.. cuma, aku malas nak bertekak dengan dia lama2.. budak seekor nie bukan boleh dilayan sangat..karang menjadi-jadi pulak loyar buruk dia tue...aku memasamkan muka..
"haaaa....muncung tue panjangkanlah lagi..biar pajang macam itik....!!!" aku biarkan aje dia bercakap sorang..padan muka dia..
"terlanjur fia baca buku tue... baca mukasurat terakhir..." tambahnya lagi
Aku melihat hazwan berlalu... mukasurat terakhir? hmmm..nape ek? tak sabar pulak nak baca... ishhh..macam cerita 'ada apa dengan cinta' lak.. time si rangga suruh cinta baca buku dia kat mukasurat terakhir sebelum berpisah kat airport.. hehehe... ade2 jerk aku nie..
kenangan datang dan pergi
hadirnya buatku tak pernah sepi
perginya buat aku mencari
dan tidak mungkin mahu berhenti
tanpa mahu dia mengerti
sebuah cerita cinta yang dinanti...
dia bukannya misteri
bukan juga sebuah fantasi
namun aku anggap dia puteri
yang hadir kerana mimpi
yang tak mampu aku beri
hanya berharap dia kembali..
mungkin dia tak mengerti
betapa dia aku rindui
cuma tak pernah aku dekati
apatahlagi untuk kuakui
aku terdesak mahu memiliki
cinta dari hati yang pasti..
setelah sekian-lama aku sedari
aku takkan mampu sembunyi
bahawa dialah yang aku cintai
sudikah kau wahai permaisiri
untuk mengisi cinta dihati
katakan sayang aku menanti...
mohd.hazwan kamarulzaman
februari 2003
aku terpaku seketika...jantungku tiba2 berdegup pantas...kelihatan hazwan sedang memerhati..dengan sebuah senyuman yang tak dapat aku tafsir...huh..biar betul???? sekali lagi aku terdiam seribu bahasa...
---------end part 4-------
Hani Mohsin meninggal- Al Fatihah
KUALA LUMPUR: Actor Hani Mohsin Hanafi, 43, collaped and died at the low-cost carrier terminal in Sepang at 9.30am while waiting to board a flight to Alor Setar on Tuesday.
Mohsin was traveling with his nine-year-old daughter Hani Karmila -- from his previous marriage to Datin Seri Tiara Jacquelina -- when he complained of chest pains before collapsing.
Hani Karmila immediately called her mother, who rushed to the airport with husband Datuk Seri Effendi Norwawi.
Mohsin's remains have been brought to hospital for an autopsy.
Mohsin was the host of popular TV game show Roda Impian before his death.
Betapa dunia ini hanya pinjaman..
Thursday, July 20, 2006
Hari Hari Yang Merunsingkan..
I don't why i'm going to do that, but that what i'm going to do now.
After hour and hour searching info for USB, to serial info for project with Max, i still can't find the best solution.
Arkhghhhh...why..why..need to do something more practical ...
just getting bored for what i'm doing now..
bila la nak buleh keje sendiri ni..dgn pendapatan yg banyakkk..
Tuesday, July 11, 2006
Sesuatu Yang Terindah - Part 3
Dah hampir seminggu hazwan tak tegur aku. Entahlah..mungkin juga aku yang cuba menjauhkan diri kot. Aku sedih sangat bila dia langsung tak endahkan kewujudan aku kat kelas. Sebenarnya,hari tu aku ada bagi sekeping kad buat hazwan.sempena birthday dia yang ke-20. dalam kad tu aku tulis yang aku suka kat dia. Waktu tu, aku fikir aku dah buat perkara yang betul. Sekurang-kurangnya dia tahu aku ada perasaan kat dia dan mungkin ada peluang nak lebih rapat kat dia. Ternyata, aku dah buat kesilapan besar.haaa..segannya aku nak berhadapan dengan dia. tolong......!!!! Rasa cam nak pakai topeng lak.
Maybe dia terkejut bila tahu aku sukakan dia,pasal tu dia dah tak mesra macam hari-hari sebelum nie. Mesti dia anggap aku perempuan yang tak tahu malu..perigi cari timba..tapi di zaman moden nie istilah macam tu orang dah tak pakai. Bagi mereka, perempuan mempunyai hak yang sama seperti lelaki. Takkan perempuan langsung tak boleh memulakan sebuah perhubungan. Hmm..kalo nak serahkan tugas ni bulat-bulat kepada lelaki, alamatnya tak kesampaianlah suara hati si gadis.. betul tak?
Atau hazwan dah ada steady girlfriend kot..aku bukannya tak tahu hazwan ni ramai peminat.dia kacak,periang dan bijak. Ada pakej lengkap untuk membuatkan anak-anak gadis jatuh hati bila berhadapan dengan dia. Satu lagi, dia tak lokek dengan senyuman dan mudah mesra walaupun baru first time kenal. Dengar kata dia nie ade girlfriend..tapi cerita lain pulak mengatakan pompuan tu yang terkejar-kejar kat hazwan.
Aku cubalah korek-korek story ni kat hazwan. Dia relax jer,langsung tak bagi apa-apa reaksi.geramnya aku. Ahh..dah putus kot. Aku pulak buat andaian sendiri. Entahlah..aku pun tak berhak nak tahu hal peribadi dia.. walaupun sebenarnya hati kecil ini melonjak-lonjak ingin mengetahui adakah jejaka handsome ni masih single ke tak. apa taknya,Aku sendiri nampak ramai gadis berlumba-lumba nak date ngan dia. Semuanya dia layan. Tapi cukup sekadar kawan biasa.
Tak pernah pulak aku nampak dia jalan berdua-duaan dengan pompuan. atau peluk2 pompuan cam lelaki2 lain yang penah aku kenal.. contoh yang paling terbaik..heidy.. aku pantang betul nampak lelaki nie.. dia budak junior aku.. mentang2lah dia hensem..kaya..ade keta besar.. senang2 jerk usung anak dara orang kesana-kemari.. tak kira ar pompuan tue lawa ker, pendek ker, gemuk ker, semua dia bantai.. banyak cantik..!!!!
ahh..lupakan pasal dia...!! berbalik pada hazwan...Dia ni sombong sangat ek? Atau dia takut nak bercinta? Ataupun dia tak suka kat pompuan? Hahahaa…ishhh..kesitu pulak! Huh..tak tahulah aku. Tunggu dan lihat ajer lah.. aku tak berani nak keluarkan ape2 kenyataan..hehe..
Saat ini, aku sangat rindukan rizal. Aku tahu aku tak patut buat macam tue sebab aku masih ada rizal. rizal cinta pertama aku..Cinta pertama memang susah nak lupa. Tapi aku keliru, dah hampir dua tahun kami tak berhubung. dulu member aku kata dia ikut pakcik dia pegi pakistan... aku tak pernah tahu pun... tup..tup..dengar cerita dia dah keja lak... Tapi aku tak pernah tahu kat mana. Dia macam dah lenyap dari pandangan aku. Kalau dia masih ingat kat aku kenapa dia tak pernah nak cari aku sebagaimana aku cari dia. Mungkinkah hubungan aku dan dia sudah berakhir? kalo iye pun nak putus..bagitau ar.. x salah pun.. tapi janganlah biarkan gitu jerk.. Aku sekarang ni umpama seorang isteri yang digantung tanpa tali.
‘huhhh..” aku mengeluh lagi. Fikiranku sangat-sangat bercelaru ketika ini.
“hey fisya..kenapa ni? Dari tadi asyik mengelamun dan mengeluh jer.” Anne yang duduk disebelahku tiba-tiba bersuara.risau barangkali.
“takder ape-ape pun..tak fahamlah exercise matematik yang cikgu bagi tadi.kau kan tahu aku paling lemah dalam subjek ni.tu yang buat aku pening gila ni” aku terpaksa bohong sunat. Takkan nak bagitau yang aku ni mabuk cinta. Memang lepas nie kena gelar minah jiwang la nie. Tak sanggup aku.
“alah, hazwan kan ader. Dia tu bukankah ‘sifu’ awak dalam dalam subjek ni. Pegi la Tanya dia. Lagipun dah beberapa hari awak tak borak ngan dia. Ermm..korang gaduh ek?” anne sengih-sengih.
Cis..macam tahu-tahu je dia nie. Dia ade kuasa psikik kot.
“eh..taklah!” aku cuba berdalih.
“malas la nak minta hazwan ajarkan, bukan dia ajar betul-betul pun. Nak permainkan orang adalah.” Aku memberi alasan. Hmm..dia percaya ke tak?
“oooooh..” katanya sambil mengangguk.
Fuh..lega hati aku. Karang tak pasal-pasal ade pulak gossip baru.Aku melemparkan pandangan kearah meja hazwan. Dia nampaknya sedang berborak dengan fiza. Timbul rasa cemburu dihati aku. Ahh!! kenapa pulak aku nie..kalau dia tak nak tegur aku, aku tegur ar dia..dia bukannya makan orang pun..aku tak mati pun kalau tegur dia.. hmm..Hari ni aku mesti tegur dia. Apa nak jadi pun jadilah.
Kalau terus macam ni aku boleh sakit jiwa. Aku boleh minta maaf kat dia. Aku juga boleh kata yang semua yang aku tulis tu hanya gurauan semata-mata.aku juga boleh create macam2 cerita tentang kad tue.. haa..bukannya susah pun.. sama gak macam aku cipta beribu-ribu alasan kat lembaga disiplin sekolah pasal aku selalu sangat datang lambat gi sekolah... mudah jerk..cikgu disiplin boleh percaya.. maknanya otak aku sangat geliga dalam mencipta alasan..hehe..
yelah..kalau aku biarkan macam nie jerk..mesti tak best..dah takder nak ajar aku math..dah takder lagi mangsa cubit aku.. Sekurang-kurangnya kitaorang masih boleh kawan macam dulu. Itupun dah cukup buat aku happy. sangat-sangat happy tau tak.... I will do it..!!! aku mesti,perlu and wajib tegur dia..
tanpa melengahkan masa Aku mengangkat buku matematik dan pencil box lalu berjalan menghampiri meja hazwan.
“hai,wan..” aku menghadiahkan sebuah senyuman kepada hazwan dan fiza.
“hai..” hazwan tersenyum. Fiza pulak memasamkan mukanya. Memang ketara sangat yang dia kurang senang dengan kehadiran aku.
Tanpa dipelawa aku duduk dihadapan hazwan. ( dengan muka tak tahu malu.. )
“wan..awak free tak? Nak minta awak ajarkan exercise math ni.” Aku memulakan bicara. sesekali aku menjeling kearah fiza.
“owh..jomlah join sekali. Fiza pun nak aku ajarkan soalan nie tadi.” Seperti selalu hazwan tidak pernah lokek menghulurkan bantuan.
aku senyum.. "thanks...tapi tak menganggu korang ker?"
"taklah.." pantas jer hazwan menjawab. aku pandang ke arah fiza pulak.. dia diam membisu dengan wajahnya yang masam mencuka. eee..ngeri aku.. rasa menyesal lak ganggu diaorang time2 nie.. aku cuba berlagak selamba.. aku senyum kat fiza tapi dia buat bodoh jerk.. kecik hati aku..
“haa..fiza. boleh kita mulakan? Hazwan dah tak sabar nak ajar tu.” Aku berkata apabila hazwan sudah bersedia dengan pensil dan kertas diatas mejanya.
“huhh..tak payah la! i buat sendiri! Biar hazwan ajar you jer!” fiza meninggalkan aku dan hazwan.
Serta-merta air wajahku berubah. Terusik dengan sikap fiza sebentar tadi. Aku tidak bermaksud nak ganggu dia dan hazwan. Walau hakikatnya, memang aku cemburu melihat kemesraan mereka. Aku Cuma nak kembalikan persahabatan kami seperti dulu. Cuma itu yang aku harapkan. Ternyata aku menyebabkan fiza naik angin. Aku memandang hazwan. Kulihat dia mengangkat bahu.
“ermm..awak ajarlah fiza tu. Biar aku minta syar ajarkan. Sorry ek menganggu.” Serta merta aku mengangkat buku dan pencil box lalu meninggalkan hazwan yang kelihatan sedikit keliru. Aku cuba senyum.. senyum dalam keterpaksaan.. kulihat hazwan membisu..lantas aku berpaling...
“hey wan. Awak nampak comel bila confused begitu tau!” aku ketawa kecil.Giliran Hazwan pulak tersenyum.
“awak nampak buruk bila nak nangis.” Dia menjawab. ( Cis…camlah dia tue hensem sangat..)
“oleh sebab itu, aku tak akan nangis..” kataku separuh berbisik.
“you cant hide it from me fisya.. no matter how hard you try, you just cant lie to me.. your face,your eyes and your voice will tell me the truth..” hazwan tersenyum sinis dan aku Cuma mampu memandangnya. Tanpa sepatah kata. ape maksud dia nie? giliran aku pulak yang confused... sejak bila pulak mamat nie jadi camnie.. tak pernah2 pun dia bermadah ngan aku...pelik..pelik.. tapi mamang benar..
apapun,seingat aku..selepas hari tue aku dan hazwan kembali rapat cam dulu.. aku dah malas nak fakir pasal fiza.. yelah..kalau dia nak sang at hazwan tue..ambiklah!!! but remember.. "MAY THE BEST GIRL WIN.."..
aku bukannya nak berebut ngan fiza..bukan jugak nak bersaing dengan dia.. tapi aku ada ego aku sendiri.. takkan aku nak budak fiza tue pijak kepala aku.. hazwan bukan boyfriend dia..bukan tunang dia.. nak kata laki dia.. jauh sekali... so? nape aku x leh kawan ngan hazwan lak... lau btol hazwan milik dia.. then i quit...
kadang2 aku seram gak bila tgk muka dia yg garang cam harimau tue..cuak arr.. tapi aku tahu..seganas2 and segarang2 dia pun.. aku takkan mati bila dia marah..hahaha... btol tak?
----End of part 3---
aku sebenarnya masih ingatkan dia, begitu sukar sekali untukku menghilangkan bayangannya dari ingatanku ini, mungkin kerana dia pernah memberikan aku merasai kewujudan perasaan sebelum ini, Dan kau tolonglah hadir untuk mengusirnya dari jiwaku..Monday, July 10, 2006
Sesuatu Yang Terindah - Part 2
Selanjutnya cerita SYT ini..semakin menarik kukira.Konflik cerita baru mula diketengahkan..
Hari ni kerja yang aku lakukan agak bosan, buat sedikit kerja mengenai HR system, seterusnya buat system testing untuk SIP phone tu. Tension betul la dgn SIP phone tu. Banyak betul la masalah dia.
Dalam dunia VOIP ni, aku kira configuration bukanlah cabaran utama, tetapi yang lebih meremehkan adalah QoS. banyak betul songehnya...
Sesuatu yang terindah - Part 2
Aku merenung gambar hazwan. handsome. Itulah pandanganku terhadap pemuda itu sejak kali pertama bersua muka setahun yang lalu. Setelah lama cuba didekati, sayang egonya begitu tinggi.
Kenapa aku tak luahkan saja perasaan aku kepada dia. Bukankah aku turut meminati dia? Tapi..adakah perasaan ini sama dengan cinta? Cintakah aku pada dia? Bagaimana dengan rizal? Yang aku rindui dan cintai selama ini. Sanggupkah aku menduakan rizal?
Akmal rizal bin muhammad Rizam.. bukan mudah untuk aku melupakan insan itu. Sukar untuk aku akui bahawa dialah jejaka pertama yang mampu mencuri tumpuanku. Dia juga insan pertama yang mampu mencuri hatiku.
Entah apa istimewanya budak rizal tu hingga aku tertarik untuk mengenalinya dengan lebih dekat. Nak kata dia ni kacak.. aku akui dia ni kira kacaklah jugak. Kalau tak, takkan aku boleh terpikat. Tapi aku ni bukanya pandang pada rupa paras semata-mata. Kalau nak diikutkan, ade ramai lagi jejaka kacak yang aku kenal. Malah ade yang berjuta-juta kali ganda kacaknya daripada rizal. Haha… yang aku hairan tue, perasaan aku pada rizal tak pernah hilang. Bolehlah dikatakan cinta pandang pertama gitu.. cewah!!!
cinta? Orang kata cinta tak bermakna kalau tak diluahkan. Tapi bagi aku, cinta tak perlu dicari. Cinta akan datang mencari aku, dimasa yang tak terduga, disaat-saat yang tak kusangka-sangka.
Aku dan rizal memang dah kenal lama. Tiga tahun kami jadi rakan sekelas. Dan dalam tempoh tiga tahun itulah aku pendamkan perasaan aku pada dia. Dengan harapan, dia akan memulakannya dulu. Ternyata aku hampa bila aku mendapat tahu dia nie dah berpunya. Hmm..takper la. Aku cool jer..
Time nak masuk form 4, kami terpisah. Alah, bukan terpisah jauh pun.. kat blok sebelah jer sebab aku masuk kelas aliran sains dan dia masuk kelas aliran ekonomi.Hmm..time nie aku dah putus asa. Apa taknya, aku sendiri nampak dan tahu setiap perkembangan dia. Pasal awek-awek dia, pasal prestasi dia dalam kelas, serbi-serbi aku tahu. Nak kata aku frust.. kalo aku cakap tak, memang aku tipu. Tapi sekurang-kurangnya aku tahu dia happy dan bahagia. Aku pun tumpang happy untuk dia.
Eleh, aku pun apa kurangnya. Memang ramai yang cuba-cuba nak isi borang. Cuma, aku jual mahal jer.. haha.. bukan nak kata sombong. Tapi, hmm..susah nak dikata. Boleh dikatakan tiap-tiap minggu ade budak hantar coklat, kad or surat kat aku. Aku buat dunno jer.. kesiannya diaorang..tapi, camner nak terima kalau dah tak suka. Benda ni bukannya boleh dipaksa-paksa. Betul tak?
Tapi, kesudahannya taklah teruk sangat. Tak sia-sia aku tunggu dia. Akhirnya dia jadi milik aku jugak. Awal-awal tu memanglah banyak problem. Aku rasa dia Cuma permainkan aku. Mungkin aku jadi tempat persinggahan setelah dia tinggalkan awek lama dia tue. Hiss..tak baik fikir yang bukan-bukan!
Kekadang apa yang kita idamkan tak jadi kenyataan.tak sampai setahun kami bersama, Disaat-saat aku dan dia berbahagialah kononnya. Macam-macam masalah timbul. Entah dimana silapnya, hubungan kami terputus. Secara aman. Takder gaduh-gaduh. Kitaorang masih member and dengar khabar dia couple lak ngan my cousin. Aku terima jer laa coz Aku happy kalau dia happy.
Hmmm..tak lama pas tue dia contact aku lagi. Dan nak pendekkan cerita aku bagi dia second chance. Tapi mungkin keputusan aku kali ni agak terburu-buru. Aku pun tak yakin dengan keputusan aku sendiri. Akhirnya, kitaorang bawa haluan masing-masing.. aku sambung study form 6 dan dia masuk sekolah persendirian. Dah jarang sangat berhubung. sampailah sekarang. aku binggung. ‘rizal..masihkah kau jadi milikku?’ cinta..memang selalu buat orang gila..haha..
Bunyi deruan enjin mematikan lamunanku. Hmm..mesti mummy dan daddy dah balik.‘rizal..i miss you so much..’ hatiku berbisik. Buku-buku diatas meja tadi kususun dengan rapi. Gambar hazwan kuselitkan disebalik diari kesayanganku. ‘ini bukan cinta, hanya sebuah persahabatan..cinta ini tetap milikmu zal..tiada lain..hanya kamu..’ hatiku bersuara lagi.
Aku mengeluh. Entah yang keberapa juta kalinya. ‘hazwan, aku sayang kau. Tapi aku cintakan rizal. Biarlah ianya kekal begitu. Satu sahabat dan satu cinta.’Aku berdiri. Membiarkan apa yang kufikirkan tadi hilang dibawa angin. Aku melangkah malas menuju ke dapur. Abby,farah,dan azie terpacak kat depan tv. ‘hmm,,Tak nampak pun Mummy dan daddy.’ Tiba-tiba terdetik hati aku nak call hazwan. Rindu la dengar suara dia. Erm..nak telefon ke tak nak?
--------------------------------------
Peperiksaan penggal pertama tinggal 2 minggu lagi. Mimie, judey dan anne masing-masing berusaha memenuhkan ilmu didada. Tak terkecuali aku. Waktu rehat yang selama ni kitaorang selalu habiskan di kantin kini berganti kat perpustakaan. Hmm..bolehlah dikatakan ulat buku. Tapi musim exam je..bila exam dah tamat nanti takkan ade muka-muka ni kat perpustakaan. Kalo ade pun, maybe setakat nak pinjam bahan rujukan jer.Pas tu blah ar…
‘aku nak blah dulu la…’ aku berbisik kepada anne.
‘nak rehat kejap..peninglah..’ tambahku lagi.
‘okey…’ anne membalas sambil mengangkat keningnya.
aku meninggalakn bangunan library...
“fisya..sini kejap..” zack melambaikan tangannya.
‘cis! Baru je aku nak duduk, beruk nie dah ganggu.” Aku merungut dalam hati.
“ sini laa..” dia memberi isyarat supaya aku duduk disebelahnya.
‘eh..tak boleh ker dia yang kesini.!!’aku merungut lagi sambil melangkah perlahan.dengan malas Aku duduk disebelahnya.
“kenapa?”Dia tersengih.
“tak der ape-ape la…haa..sekarang kau bole balik tempat kau.”
“kau tak der kerja lain ker?” aku memasamkan muka.
“alah..exerciselah sikit. Baik untuk kesihatan.” Dia bantai gelak.
‘Cis! Beruk nie buang masa aku jer. Rasa nak cincang-cincang jer budak seekor tu. Dah tua-tua pun perangai macam budak darjah 1. seronok betul dia kenakan aku ek. Geramnya aku!!’ aku mengomel dalam hati meninggalkan zack yang macam tak nak berhenti ketawaa.
Aku mengalihkan pandanganku kepada hazwan. Dia dan fiza rancak berbual. Sesekali mereka ketawa. Mesra sungguh. Aku tambah benci. ‘kenapa aku cemburu?’ soalan itu bermain di benak fikiranku. Pura-pura aku menulis nota. Saje jer nak cover. Walhal sakit hati aku! Ah..bosan betul!
Cikgu yang masuk tadi langsung aku tak pandang. Aku lirik-lirik kat hazwan. Uiseh..nampak macam khusyuk jer dia dengar cikgu tu mengajar. Hazwan nie betul-betul faham atau eksyen jer? Kalaulah hazwan yang jadi cikgu kat depan tu kan best.
Hmm..teringat pulak kata-kata anne tempoh hari.
“kau ni fisya..kalau tenung hazwan macam tenung ayam kfc. Tak berkedip langsung mata engkau. Kau tukar dengan mata ikan ker?”
“yelah..kau dah angau dengan dia ker?” mimie menyampuk.
“kalau kau suka kat dia, just terus terang. Nanti orang lain sambar.” Judey pulak masuk campur. Waduh..Aku dah pening dah…
aku lirik kat hazwan lagi. Tiba-tiba aku ternampak donny yang sedang memerhatikan aku dengan senyuman menggodanya.
‘Laaa…menganggu ketenangan jiwa aku je la dia nie.Tapi..dia senyum kat aku atau…..’ aku menoleh kearah anne. Ane turut memandang aku sambil tersenyum meleret.aku pun senyum meleret juga walaupun senyumnya dan senyum aku punya lain-lain makna. Sudahnya, kami sama-sama ketawa.
Donny tue jejaka yang duduk kat sebelah hazwan. Kadang-kadang aku kesian jugak kat dia. Memang dah lumrah yang cantik dan kacak dipuja-puja, sedangkan yang lain jadi bahan ketawa. Donny tu pernah minat kat aku time aku mula-mula masuk kat sini. Tapi aku buat tak tahu jer.. sekarang nie pulak, dengar khabar dia minat kat anne pulak.Aku tersenyum sendiri..
“fisya!! Cikgu tu soal awk..” terasa pehaku dicubit.
“ya cikgu..” aku cepat-cepat bersuara.
‘alamak..matilah..mudah-mudahan cikgu bagi soalan yang senang skit..’aku mengharap dalam hati.
“berikan satu contoh gas yang merbahaya kepada alam sekitar?”
“ermm..karbon monoksida cikgu.” Fuh..lega..nasib baik malam tadi aku dah ulangkaji.
“terangkan bagaimana gas tersebut boleh membahayakan alam sekitar?”
“err..gas karbon monoksida yang terlepas keudara secara berlebihan bertindak menghakis lapisan ozon. Hal ini menyebabkan cahaya matahari sampai terus ke permukaan bumi. Selain mengakibatkan kesan rumah hijau, gas ini boleh menyumbang kepada hujan asid yang merosakkan harta benda dan menyebabkan timbulnya penyakit seperti penyakit kulit. Tetapi masalah yang paling utama ialah peningkatan suhu bumi yang melampau sekiranya masalah ini tidak dibendung segera. “ dengan yakin aku menjawab.
Tak sia-sia aku tidur lewat semalam.
“terima kasih, fisya.” Encik hafiz tersenyum puas.
“amboi fisya..nasib baik dapat jawab soalan cikgu tadi. Dari tadi asyik mengelamun jer. Bimbang jugak aku”
“haha..aku dah terror kot. Anne,terima kasihlah sebab cubit aku tadi.sedap tau”
anne hanya ketawa.
”sori” dia separuh berbisik.
Aku turut ketawa dan sekali lagi aku menoleh kearah hazwan. Kali ni dia tersenyum. Alamak! Comelnya. Mesti muka aku dah macam udang baker. Dan yang pasti malam ni aku tak akan tidur lena.
Sunday, July 09, 2006
Sesuatu Yang Terindah - Part 1
Aku ambil benda ni dekat jaki online..sebuah yang mempunyai kelainannya yang tersendiri..
Karya : sheila_fida
Sesuatu yang terindah - Part 1
Aku menoleh jam ditangan. “Alamak..lewat lagi!” aku merungut. Langkahku kupercepatkan. Ala-ala peserta jalan kaki dalam sukan tu. Dari jauh kelihatan beberapa orang pakcik guard bersedia menyambut kedatangan aku kat pintu pagar sekolah. Hmm..yang aku hairan tue. Takder pulak bunga manggarnya..haha..Sebenarnya, hari nie bukannya ‘first time’ aku lewat ke sekolah. Dalam seminggu tue, adalah 3 atau 4 kali lewat. Hmm..memang tak padan langsung dengan statusku sebagai salah seorang pengawas senior.
“huh..lambat lagi ker?” tegur salah seorang daripada pakcik guard tue. Yang lain pulak hanya tersengih. ‘Dah nampak orang lambat, dia Tanya lagi..’ aku mengomel dalam hati. Aku melemparkan senyuman kepada pakcik-pakcik guard tu. dalam hati, mahu saja aku cekik pakcik tue sorang-sorang. Baru padan muka diaorang. Cuma..aku tak berani jer..hehe.. aku terus berlalu setelah mencatatkan namaku pada buku ‘lewat’. Aku senyum lagi kat pakcik-pakcik guard. Hiss..karang terpikat pulak pakcik guard tue tak ker haru jadinya.. haha..perasan la pulak aku nie. Tapi takpe ar, senyum tue kan sedekah.
“fisya..jom pi canteen” suara mimie mengejutkan aku. Rasa macam baru 5 minit aku duduk.
Tup..tup..dah rehat. Patutlah perut nie dah mula mendendangkan lagu berirama pop rock. Iye tak iye jugak..aku pun tak breakfast pagi tadi.“okey..give me 2 minuites.” Aku berdiri sambil memperkemaskan baju kurungku yang sedikit berkedut. “wei..nak pi canteen pun nak bergaya ker?” sindir anne. Judey dan mimie pulak tersengih memanjang.“siapa pulak awak nak pikat kat canteen tue?” tambahnya lagi.Aku berlari-lari anak mendapatkan mereka. Mesti budak-budak nie kebulur sangat. Laju bukan main. “alah..aku nak pikat pengetua. Boleh?” gurauku.
Kami mula mengorak langkah ke kantin. Kalau lewat, alamatnya kena berhimpit-himpit ngan budak junior lain. Aku jelling kat hazwan. Hiss..dalam aku kebulur nie, sempat lagi mata aku menggatal. Cis!! Rindu pulak aku nak borak ngan dia. Ahh!! Nanti jer lah. Perut nie perlu diutamakan. Betul tak? Lagipun dia tak hilang punya. Kalau hilang pun, aku sanggup cari. Hehe..
“hey wan..rajin nampak.” Aku mnegur lalu duduk disebelahnya. Khusyuk benar dia buat exercise math. Time free-free begini rajin pulak dia study. Buang tebiat kot.lantaklah..
“sibuk.” Dia menjeling dan kemudiannya senyum. Aku pulak mengerutkah dahi. Memang selalu benar hazwan sebut perkataan ni. Ada maksud tersirat kot.
“eh..kau faham ker ape yang cikgu ajar tadi?” tanyanya setelah lama aku mendiamkan diri.
Aik..pandai pulak dia Tanya aku. Tadi, dia yang concentrate sangat dengar cikgu tue mengajar. Alih-alih tak faham pulak.
“sibuk ar.. pegi la Tanya orang lain.”
Aku menjawab endah tak endah sambil memutar-mutarkan pen yang kuambil dari beg hazwan. Sajer je nak tengok reaksi dia bila aku sebut perkataan wajib dia tu. Dia terdiam. Memang padan dengan muka dia. Kan dah kena. Ngan ayat sendiri pulak tu. Aku senyum kat hazwan. Tapi..muka dia masih monyok. Serupa kambing gurun la pulak.. kesiannya..
“fahamlah wan. Kenapa? Nak minta aku ajarkan ker?”hazwan masih membisu. Merajuk kot. Pura-pura dia bertanyakan sesuatu kat donny. Tapi..aku tahu dia Cuma nak kenakan aku balik. Betul-betul tak der bakat jadi pelakon. Ape taknya..dia dah mati-mati tahan gelak. Ceh!! Ketara sangat.
“kau nie wan..buat aku geram lah! Cucuk ngan pen nie baru tahu!” kali nie aku bersuara agak tegas. Sampai hati dia biarkan aku cakap sorang-sorang.Hazwan menoleh. Tiba-tiba dia menyambar pen ditanganku sambil tersenyum sinis.“kau nie bahaya sikit fisya..ganas! silap sikit cedera parah aku kau tikam.” Ujurnya.
“peduli ape..” aku capai lagi pensil yang ada diatas meja. Tapi, pergerakan hazwan lagi pantas.
“eh..bahaya!bahaya!” dia senyum lagi.
Aku memang suka lihat hazwan senyum. Silap haribulan gugur jantung aku.Hmm..aku pun pura-puralah merajuk. Sengaja aku pandang tempat lain. Bila pulak dia nak pujuk aku ek?Korang nak tahu. Dulu, rakan sekelas aku pernah luka sebabterlalu bergurau ngan aku. Tak pasal-pasal aku ‘tercucuk’..ulang sekali lagi..’tercucuk’ tangan dia ngan pensil. Tak tahulah pulak amacam boleh jadi cam tue. Tapi, sejak hari tu hazwan tak bagi aku pegang benda-benda tajam terutamanya time bergurau ngan dia. Dia kata, merbahaya kepada bot-bot kecil. Entah siapa pulak yang dimaksudkan ngan bot-bot kecil tu. Takkan aku kot? Eh..muka dia tu yang macam bot! haha..
“fisya..” hazwan bersuara. Aku buat dunno’.
“fisya..” hazwan memanggil lagi. Amboi, pandainya dia pujuk aku. Suara pun.. fuh! Boleh nuat aku pengsan. Manja giler. Kalo nak ikutkan hati, aku nak sangat cubit-cubit dia. Aku masih membisu. Satu lakonan yang dah terlebih mantap. Ada sesiapa nak jadikan aku actress tak? Hehe..
“aik..takkan marah kot..” ucap hazwan sambil mencucuk-cucuk lenganku dengan pennya.Eee..geli!!
“ha..ha..ha..” akhirnya aku ketawa. Memang aku tak boleh marah dengan budak seekor nie. Ada-ada saja taktiknya nak buat aku ketawa. Silap sikit,aku kena hantar kat hospital bahagia sebab terlebih ketawa.
“kenapa ketawa sorang2 nie? gila ker..!!!” dia mengangkat kening.Aik..balak nie sengaja nak kenakan aku ek. Eee..geram jugak ni. Nah rasakan..satu cubitan singgah dilengan hazwan. Aku tersenyum puas. Padan muka.
“aduh..aduh..” hazwan mengaduh. Serius benar nampaknya. Timbul rasa bersalah dihati aku. Tulah, suka sangat nak sakat-sakat aku. Kalau dah masuk bab cubit-mencubit nie, aku memang tak boleh control. Laju jer..
“haaa..sepa suruh nakal sangat. Kan dah kena..” ngomelku sambil mengusap lengannya yang kucubit sebentar tadi. Merah! Aku tersentak. Kuat sangat ke aku cubit tadi? Mahu saja aku meminta maaf. Tapi..biarkanlah! aku ni kan keras kepala sikit. Nasib kaulah wan. Kenal ngan budak yang hobinya mencubit.
“tangan kau tu kena potong..Bahaya!” dia masih lagi mengusikku.
“huh..kalau berani potonglah!” aku menjelirkan lidah.
“haaa..bak sini tangan tu..sini..sini…” hazwan mula mengganas. Riuh satu kelas ngan gelagat dan tawa aku dengan hazwan.
Kelihatan beberapa pasang mata lain sedang memerhati. Ada yang tersenyum, ada yang serius, tak kurang juga yang curiga, mungkin juga ada yang benci dan meluat.Alah..jeles kot! Tak kisah la..yang penting aku happy.Tapi…bolehkah kegembiraan ini kekal selamanya?Aku melepaskan satu keluhan panjang yang hilang bersama angin lalu.
...end of Pt:1....