Monday, July 24, 2006

Sesuatu Yang Terindah - Part 4

Sesuatu yang terindah - Part 4
aku melonjak-lonjak kegembiraan. Hari ini aku, mimie, anne, donny dan hazwan nak pergi berkelah kat tepi sungai. Wahh..best giler! Kat tempat aku pulak tu. Awal-awal pagi lagi aku dah masak untuk bekalan time berkelah nanti. Aku excited sangat bukan sebab nak pergi berkelah pun. Kawasan perkelahan tu tak jauh dari rumah aku. Selang beberapa buah kampung jer. Bila-bila masa boleh pergi. Tapi, kali ni aku berpeluang bersama-sama dengan hazwan. Wah..tu yang buat aku hamper gila tue. Ceh..melebih-lebih la pulak. Hahaa..

"hey..makan la dulu. Aku dah lapar nie. Kejap lagi kita mandilah." Mimie menjerit memanggil hazwan dan donny yang dah berdiri ditepi sungai. Tak sabar-sabar nak terjun kot. Lucu jugak melihat gelagat mereka tu.

"yelah..yelah.." jawab donny.

"hey wan. Sungai tu tak lari la. Kejap lagi awak mandilah sampai sungai tu kering." Aku pulak menjerit apabila melihat hazwan masih tidak berganjak dari tempatnya sebentar tadi.

"aku takut air sungai tu lari bila nampak awak jer. Busuk..macam 10 tahun tak mandi. Hahaha" berderai ketawa hazwan.

'kurang asam. Aku pulak yang terkena balik.' Aku memasamkan muka. Bencilah!

Hazwan duduk disebelah donny dengan ketawa yang masih bersisa. Aku Cuma diam sambil menyendok nasi goring kedalam pinggan. Mimie pula sibuk menuangkan air kedalam gelas. Anne pun tak kurang sibuknya, sibuk menyumbat keropok kedalam mulut. Begitu juga dengan donny yang sudah dua kali memenuhkan pinggannya. Cuma hazwan saja yang tunduk memandang nasi goreng dihadapannya.'tak nak makan ke budak ni? Takkan dia diet kot.'
"ehh..fisya." hazwan mendongak sambil merenungku.

"haa..kenapa?" aku kehairanan. pelik benar budak ni.

"tengoklah ni. Ada benda ganjil la kat dalam pinggan ni."Aku serta merta menguis-nguis nasi goreng tersebut dengan sudu. Manalah tahu ada binatang yang termasuk kedalam pinggan dia tu.

"okey ape. Takder yang pelik pun."

"err..awak tengoklah ikan bilis ni."

"kenapa wan?" aku memerhati dengan teliti.

"ikan bilis ni.. serupa benar ngan muka awak fisya. Tak selera aku tengok, apatah lagi nak makan tau..hahaha.."

masya allah.. sakit betul hati aku. Donny pulak ketawa sekuat hati bersama-sama yang lain.
Hati ini sedih tiba-tiba.
'kenapa pulak aku emosional sangat ni.diaorang Cuma gurau la.' Aku memujuk diri sendiri.

Aku cuba senyum. Ternyata payah sekali. Namun aku terus cuba memujuk diri sendiri.

"awak ni luculah. Pandai buat lawak" aku bersuara tenang.

"Hmm..kamu makanlah dulu yaa. Aku nak salin baju kejap." Aku berlalu meninggalkan mereka sambil membawa beg pakaianku. Terasa ada air mengalir dipipiku.

"fisya..tak nak makan dulu ker?"kedengaran suara mimie.Aku menarik nafas. Tanpa menoleh aku menjawab.
"kejap lagi aku makanlah.haa..kalau nak mandi dulu pegilah."

Setelah agak jauh dari pondok, aku menoleh sambil melambai-lambai kearah mereka. Kelihatan anne dan mimie membalas lambaianku sambil berlari-lari anak mengejar donny yang tak sabar-sabar nak mandi.

'hazwan ke mana ek? Dah terjun kot. Ah..pedulikan!' aku berfikir sebentar.

Dalam bilik persalinan, aku biarkan airmataku mengalir. Kata orang, menangis tu satu cara untuk menenangkan jiwa. Entahlah, tapi aku pun tak pasti kenapa aku menangis. Pompuan memang emosional sikit...tak hairan ar.. Tapi sekurang-kurangnya aku rasa lega setelah menangis walaupun aku sedar menangis takkan mampu menyelesiakan masalah. Untuk menyelesaikan masalah, aku perlukan kekuatan,keberanian,keyakinan dan kebijaksanaan. Tiba-tiba aku terkenangkan kata-kata rizal suatu ketika dahulu.

"jangan biarkan sesiapa menghalang fisya untuk mengejar mimpi fisya.andai fisya jatuh dan memerlukan kekuatan untuk bangun semula, yakinlah dan carilah ia dalam diri sendiri.. sebab fisya mempunyai sesuatu yang orang lain tak miliki tau.."

aku tersenyum sendiri sambil mengesat air mata. Aku masih ingat, aku pernah bertanyakan kepada rizal apakah yang ada dalam diriku yang tidak ada pada orang lain. Tapi dia Cuma tersenyum sambil mencuit hidungku.

"itu fisya kena cari sendiri tau..kalau rizal bagitahu,tak surprise la.."

'thank you rizal. I miss you..i miss you so much.'

----------------------

Aku berlari2 anak key arah port kitaorang..tiba2 Seorang lelaki cina bertanyakan sesuatu kepada aku dalam bahasa mandarin.Aku terlopong.

"errr..sorry sir. I don't understand you. Can you please speak English?"

"ops..i'm so sorry. Where's the toilet please?"lelaki itu tersenyum.

"okay..okay..i see it now.thanks.."

belum sempat aku berkata apa, lelaki itu sudah menjawab pertanyaannya sendiri. Elok jugak tu, tak payah aku buang air liur. Aku senyum.
"you're welcome sir."

"eh fisya. Apa yang apek tu cakap ngan awak tadi?" mimie bertanya apabila aku menghampirinya.

"entah. Dia Tanya aku dalam bahasa mandarin. Aku manalah faham."

"siapa suruh muka awak macam anak cina.."terkekeh-kekeh mimie ketawa.

"eleh..awak tu yang anak cina. Nak kenakan aku pulak." Aku turut ketawa.

Aku akui, aku ni sebenarnya seperti gadis mix-blood walaupun sebenanrya aku 100% buatan Malaysia. Aku lahir kat kepulauan borneo, negeri sabah dibawah bayu...berbangsa kadazan dusun and Takder mix dengan mana-mana bangsa pun. Cuma,wajah aku ada iras-iras gadis cina. Pasal tu ramai orang ingat aku ni amoi cina. Masa kecil-kecil dulu, Mak aku kata, kalau aku nakal dia nak jual aku pada apek yang beli surat khabar lama kat kampung aku.

Sejak hari tu,aku takut sangat dengan orang cina. Makcik-makcik aku pun selalu mengusik aku Dengan gelaran 'anak cina'. Lagi teruk bila mereka kata aku ni anak cina yang mak dan bapak aku pungut time kecil ataupun ade yang kata tertukar kat hospital time lahir.

Sape yang tak sedih bila family sendiri cakap begitu. Tapi aku taklah ambil hati sangat.. malah aku bersyukur ngan ape yang aku ada. Aku taklah cantik..taklah tinggi cam model..taklah kaya cam kebanyakan orang..tak punya segala-galanya..tapi, aku bahagia camnie...simple life.. sesuai sangat ngan orangnya...simple gak...hehehe...

" fisya..tak nak mandi sekali ker?" Tanya judey..

"ish..macam kau tak tahu..aku kan pandai sangat berenang..silap haribulan esok kuar newspaper..seorang pelajar dijumpai lemas......"

"wehhh....kesitu pulak dia nie...!!! kalau x nak cakap jerlah tak nak..!!!" suara hazwan mengejutkan aku. ntah dari mana dia muncul.. uishhh..dasyat jugak kalau dia marah nie.. kalau aku ade sakit jantung..dah lama dah aku pengsan..

"mulut fisya tu ar...mulut jahat...ade2 jerk..."giliran judey pulak yang marah..

" yelah..yelah..sorry..aku gurau jer laa... takper...aku jadi penonton jerk..." aku senyum sambil menggelengkan kepala..

"as you wish.." sambung judey sambil berlalu..

"wan tak suka 'fia' cakap camtue tau!! dont you ever say that again.. sekali lagi wan dengar fia mengarut camtue..wan akan..."

" ape? wan nak buat ape?" aku memsamkan muka. sengaja wat dia makin marah.. padan muka dia..

"ahhh..forget it!" dia berlalu.. meninggalkan aku yang termanggu-manggu menanti jawapan..

aku pelik dengan sikap hazwan skrg nie.. sejak bila pulak bila kitaorang bersembang dia panggil aku 'fia' and dia menbahaskan diri dia sebagai wan?? selama ni main aku-kau, saya-awak jerk.. ataupun dia panggil aku fisya.. hairan...kejap dia panggil fisya..kejap main aku-kau..kejap..fia lak.. hisshhh..ntah ape2 ntah...

hmm..nama fia tue nama timangan aku kat umah... mama, papa and family aku jerk yang panggil aku fia.. member2 lain pun tak panggil aku ngan nama tue..cuma yg rapat ngan aku jerk panggil aku fia... bukannya diaorg tak tahu tue nama aku gak tapi diaorg lebih suka panggil aku fisya.. nama yang terhasil daripada nama sebenar aku iaitu fisya nurafia binti imran... dan aku pulak...tak kisah diaorang nak panggil aku ape.. fisya ker, fia ker, nur ker, sya ker, pisa ker, fish ker,.. aku iyekan jerk...hehehe.. macam dalam rancangan puteri tue la pulak..

saat nie aku renung hazwan Dari jauh.. dia leka berenang ngan donny.. sambil tue dia gelakkan anne yang baru nak belajar berenang.. seronok sangat tengok diaorang tue.. macam tak pernah nampak sungai...kesiannya... terlompat-lompat macam kera dapat bunga.. hehehe..geli hati aku..

mimie yang dah teror berenang turut bekerjasama dengan judey untuk mengajar anne.. donny dan hazwan pun bekerjasama jugak.. bekerjasama gelakkan orang..eeee..macam best jerk diaorang nie... jeles jugak aku... tapi aku betul2 x der mood nak mandi-manda.. ahhh...baik aku baca buku nie.. lagi best..ermm..buku siapa ek?

I'm sorry..I love you..
I'm sorry for saying those things
I'm sorry for calling you 'the thing'
I'm sorry that i disapointed you
I'm sorry i wasn't good enough
I'm sorry for insulting you
I'm sorry for being such a bad friend

I'm sorry that the reason i do these things
is just i can't get over you
i can't believe you think so low of me
that i'd let you come between my friends
i'm sorry that i still want you so

maybe i am selfish
maybe i am waste as you said

i'm sorry
i'm sorry
i'm sorry

i'm sorry for the pain i caused
i'm sorry for the tears i made you cry
i'm sorry for the lies i told
i'm sorry that i'm not perfect
i'm sorry that i'm not handsome
i'm sorry for not being there when i said i would
i'm sorry for causing so much trouble
i'm sorry for always doing the wrong thing
i'm sorry i'm a failure to you
but i can't help being me
i'm sorry
i love you

"hoi..!! suka hati jerk baca buku orang ek!!"

aku terkejut...nyaris-nyaris terlepas buku yang aku baca tadi..hisshh...hazwan lagi... buku dia ke yg aku baca nie? wahh...ade bakat jadi penulis rupanya...

"sorry...sape suruh letak kat merata-rata tempat.. ingatkan sampah tadi.. nasib baik tak buang tau...!!!" aku pulak membebel..

"sampah pun fia baca jugak kan...maknanya, sampah tue bernilai..betul tak? " dia dah terkekeh-kekeh ketawa.. tadi garang bukan main..

"yelah...baca sebelum buang..!!!." aku masih tidak mahu mengalah...

"hmm..taknak mandi skali ker?" hazwan menukar topik.. eleh...takut kalah ar tue..hehe..

"taknak la..x der mood nak mandi..." aku menjawab acuh tak acuh..

" takder mood atau datang bulan nie? " dia ketawa lagi..hissshhh...sedap jerk mulut dia cakap camtue.. nak sangat aku baling cawan nie kat muka dia..

"woiiiiii....!!! mulut tue ade insuran ke tak? suka hati jerk nak cakap camtue..!!!" kurasa muka aku dah merah padam.. marah campur malu.. kurang asam punya lelaki.. hmm..macam tahu2 jerk aku memang tak boleh join diaorg mandi.. eee...menakutkan... camner dia tahu ek?dia nampak relax..tapi aku pulak yang dah mula gelabah tak tentu pasal...

"uikss...marah ker? anak dara tak elok marah2 tau.. karang xder orang nak masuk meminang...hahaha "

aku dah mati akal...bukan tak tahu nak jawab ape.. cuma, aku malas nak bertekak dengan dia lama2.. budak seekor nie bukan boleh dilayan sangat..karang menjadi-jadi pulak loyar buruk dia tue...aku memasamkan muka..

"haaaa....muncung tue panjangkanlah lagi..biar pajang macam itik....!!!" aku biarkan aje dia bercakap sorang..padan muka dia..

"terlanjur fia baca buku tue... baca mukasurat terakhir..." tambahnya lagi

Aku melihat hazwan berlalu... mukasurat terakhir? hmmm..nape ek? tak sabar pulak nak baca... ishhh..macam cerita 'ada apa dengan cinta' lak.. time si rangga suruh cinta baca buku dia kat mukasurat terakhir sebelum berpisah kat airport.. hehehe... ade2 jerk aku nie..
kenangan datang dan pergi
hadirnya buatku tak pernah sepi
perginya buat aku mencari
dan tidak mungkin mahu berhenti
tanpa mahu dia mengerti
sebuah cerita cinta yang dinanti...

dia bukannya misteri
bukan juga sebuah fantasi
namun aku anggap dia puteri
yang hadir kerana mimpi
yang tak mampu aku beri
hanya berharap dia kembali..

mungkin dia tak mengerti
betapa dia aku rindui
cuma tak pernah aku dekati
apatahlagi untuk kuakui
aku terdesak mahu memiliki
cinta dari hati yang pasti..

setelah sekian-lama aku sedari
aku takkan mampu sembunyi
bahawa dialah yang aku cintai
sudikah kau wahai permaisiri
untuk mengisi cinta dihati
katakan sayang aku menanti...


mohd.hazwan kamarulzaman
februari 2003

aku terpaku seketika...jantungku tiba2 berdegup pantas...kelihatan hazwan sedang memerhati..dengan sebuah senyuman yang tak dapat aku tafsir...huh..biar betul???? sekali lagi aku terdiam seribu bahasa...
---------end part 4-------

No comments: