Selanjutnya cerita SYT ini..semakin menarik kukira.Konflik cerita baru mula diketengahkan..
Hari ni kerja yang aku lakukan agak bosan, buat sedikit kerja mengenai HR system, seterusnya buat system testing untuk SIP phone tu. Tension betul la dgn SIP phone tu. Banyak betul la masalah dia.
Dalam dunia VOIP ni, aku kira configuration bukanlah cabaran utama, tetapi yang lebih meremehkan adalah QoS. banyak betul songehnya...
Sesuatu yang terindah - Part 2
Aku merenung gambar hazwan. handsome. Itulah pandanganku terhadap pemuda itu sejak kali pertama bersua muka setahun yang lalu. Setelah lama cuba didekati, sayang egonya begitu tinggi.
Kenapa aku tak luahkan saja perasaan aku kepada dia. Bukankah aku turut meminati dia? Tapi..adakah perasaan ini sama dengan cinta? Cintakah aku pada dia? Bagaimana dengan rizal? Yang aku rindui dan cintai selama ini. Sanggupkah aku menduakan rizal?
Akmal rizal bin muhammad Rizam.. bukan mudah untuk aku melupakan insan itu. Sukar untuk aku akui bahawa dialah jejaka pertama yang mampu mencuri tumpuanku. Dia juga insan pertama yang mampu mencuri hatiku.
Entah apa istimewanya budak rizal tu hingga aku tertarik untuk mengenalinya dengan lebih dekat. Nak kata dia ni kacak.. aku akui dia ni kira kacaklah jugak. Kalau tak, takkan aku boleh terpikat. Tapi aku ni bukanya pandang pada rupa paras semata-mata. Kalau nak diikutkan, ade ramai lagi jejaka kacak yang aku kenal. Malah ade yang berjuta-juta kali ganda kacaknya daripada rizal. Haha… yang aku hairan tue, perasaan aku pada rizal tak pernah hilang. Bolehlah dikatakan cinta pandang pertama gitu.. cewah!!!
cinta? Orang kata cinta tak bermakna kalau tak diluahkan. Tapi bagi aku, cinta tak perlu dicari. Cinta akan datang mencari aku, dimasa yang tak terduga, disaat-saat yang tak kusangka-sangka.
Aku dan rizal memang dah kenal lama. Tiga tahun kami jadi rakan sekelas. Dan dalam tempoh tiga tahun itulah aku pendamkan perasaan aku pada dia. Dengan harapan, dia akan memulakannya dulu. Ternyata aku hampa bila aku mendapat tahu dia nie dah berpunya. Hmm..takper la. Aku cool jer..
Time nak masuk form 4, kami terpisah. Alah, bukan terpisah jauh pun.. kat blok sebelah jer sebab aku masuk kelas aliran sains dan dia masuk kelas aliran ekonomi.Hmm..time nie aku dah putus asa. Apa taknya, aku sendiri nampak dan tahu setiap perkembangan dia. Pasal awek-awek dia, pasal prestasi dia dalam kelas, serbi-serbi aku tahu. Nak kata aku frust.. kalo aku cakap tak, memang aku tipu. Tapi sekurang-kurangnya aku tahu dia happy dan bahagia. Aku pun tumpang happy untuk dia.
Eleh, aku pun apa kurangnya. Memang ramai yang cuba-cuba nak isi borang. Cuma, aku jual mahal jer.. haha.. bukan nak kata sombong. Tapi, hmm..susah nak dikata. Boleh dikatakan tiap-tiap minggu ade budak hantar coklat, kad or surat kat aku. Aku buat dunno jer.. kesiannya diaorang..tapi, camner nak terima kalau dah tak suka. Benda ni bukannya boleh dipaksa-paksa. Betul tak?
Tapi, kesudahannya taklah teruk sangat. Tak sia-sia aku tunggu dia. Akhirnya dia jadi milik aku jugak. Awal-awal tu memanglah banyak problem. Aku rasa dia Cuma permainkan aku. Mungkin aku jadi tempat persinggahan setelah dia tinggalkan awek lama dia tue. Hiss..tak baik fikir yang bukan-bukan!
Kekadang apa yang kita idamkan tak jadi kenyataan.tak sampai setahun kami bersama, Disaat-saat aku dan dia berbahagialah kononnya. Macam-macam masalah timbul. Entah dimana silapnya, hubungan kami terputus. Secara aman. Takder gaduh-gaduh. Kitaorang masih member and dengar khabar dia couple lak ngan my cousin. Aku terima jer laa coz Aku happy kalau dia happy.
Hmmm..tak lama pas tue dia contact aku lagi. Dan nak pendekkan cerita aku bagi dia second chance. Tapi mungkin keputusan aku kali ni agak terburu-buru. Aku pun tak yakin dengan keputusan aku sendiri. Akhirnya, kitaorang bawa haluan masing-masing.. aku sambung study form 6 dan dia masuk sekolah persendirian. Dah jarang sangat berhubung. sampailah sekarang. aku binggung. ‘rizal..masihkah kau jadi milikku?’ cinta..memang selalu buat orang gila..haha..
Bunyi deruan enjin mematikan lamunanku. Hmm..mesti mummy dan daddy dah balik.‘rizal..i miss you so much..’ hatiku berbisik. Buku-buku diatas meja tadi kususun dengan rapi. Gambar hazwan kuselitkan disebalik diari kesayanganku. ‘ini bukan cinta, hanya sebuah persahabatan..cinta ini tetap milikmu zal..tiada lain..hanya kamu..’ hatiku bersuara lagi.
Aku mengeluh. Entah yang keberapa juta kalinya. ‘hazwan, aku sayang kau. Tapi aku cintakan rizal. Biarlah ianya kekal begitu. Satu sahabat dan satu cinta.’Aku berdiri. Membiarkan apa yang kufikirkan tadi hilang dibawa angin. Aku melangkah malas menuju ke dapur. Abby,farah,dan azie terpacak kat depan tv. ‘hmm,,Tak nampak pun Mummy dan daddy.’ Tiba-tiba terdetik hati aku nak call hazwan. Rindu la dengar suara dia. Erm..nak telefon ke tak nak?
--------------------------------------
Peperiksaan penggal pertama tinggal 2 minggu lagi. Mimie, judey dan anne masing-masing berusaha memenuhkan ilmu didada. Tak terkecuali aku. Waktu rehat yang selama ni kitaorang selalu habiskan di kantin kini berganti kat perpustakaan. Hmm..bolehlah dikatakan ulat buku. Tapi musim exam je..bila exam dah tamat nanti takkan ade muka-muka ni kat perpustakaan. Kalo ade pun, maybe setakat nak pinjam bahan rujukan jer.Pas tu blah ar…
‘aku nak blah dulu la…’ aku berbisik kepada anne.
‘nak rehat kejap..peninglah..’ tambahku lagi.
‘okey…’ anne membalas sambil mengangkat keningnya.
aku meninggalakn bangunan library...
“fisya..sini kejap..” zack melambaikan tangannya.
‘cis! Baru je aku nak duduk, beruk nie dah ganggu.” Aku merungut dalam hati.
“ sini laa..” dia memberi isyarat supaya aku duduk disebelahnya.
‘eh..tak boleh ker dia yang kesini.!!’aku merungut lagi sambil melangkah perlahan.dengan malas Aku duduk disebelahnya.
“kenapa?”Dia tersengih.
“tak der ape-ape la…haa..sekarang kau bole balik tempat kau.”
“kau tak der kerja lain ker?” aku memasamkan muka.
“alah..exerciselah sikit. Baik untuk kesihatan.” Dia bantai gelak.
‘Cis! Beruk nie buang masa aku jer. Rasa nak cincang-cincang jer budak seekor tu. Dah tua-tua pun perangai macam budak darjah 1. seronok betul dia kenakan aku ek. Geramnya aku!!’ aku mengomel dalam hati meninggalkan zack yang macam tak nak berhenti ketawaa.
Aku mengalihkan pandanganku kepada hazwan. Dia dan fiza rancak berbual. Sesekali mereka ketawa. Mesra sungguh. Aku tambah benci. ‘kenapa aku cemburu?’ soalan itu bermain di benak fikiranku. Pura-pura aku menulis nota. Saje jer nak cover. Walhal sakit hati aku! Ah..bosan betul!
Cikgu yang masuk tadi langsung aku tak pandang. Aku lirik-lirik kat hazwan. Uiseh..nampak macam khusyuk jer dia dengar cikgu tu mengajar. Hazwan nie betul-betul faham atau eksyen jer? Kalaulah hazwan yang jadi cikgu kat depan tu kan best.
Hmm..teringat pulak kata-kata anne tempoh hari.
“kau ni fisya..kalau tenung hazwan macam tenung ayam kfc. Tak berkedip langsung mata engkau. Kau tukar dengan mata ikan ker?”
“yelah..kau dah angau dengan dia ker?” mimie menyampuk.
“kalau kau suka kat dia, just terus terang. Nanti orang lain sambar.” Judey pulak masuk campur. Waduh..Aku dah pening dah…
aku lirik kat hazwan lagi. Tiba-tiba aku ternampak donny yang sedang memerhatikan aku dengan senyuman menggodanya.
‘Laaa…menganggu ketenangan jiwa aku je la dia nie.Tapi..dia senyum kat aku atau…..’ aku menoleh kearah anne. Ane turut memandang aku sambil tersenyum meleret.aku pun senyum meleret juga walaupun senyumnya dan senyum aku punya lain-lain makna. Sudahnya, kami sama-sama ketawa.
Donny tue jejaka yang duduk kat sebelah hazwan. Kadang-kadang aku kesian jugak kat dia. Memang dah lumrah yang cantik dan kacak dipuja-puja, sedangkan yang lain jadi bahan ketawa. Donny tu pernah minat kat aku time aku mula-mula masuk kat sini. Tapi aku buat tak tahu jer.. sekarang nie pulak, dengar khabar dia minat kat anne pulak.Aku tersenyum sendiri..
“fisya!! Cikgu tu soal awk..” terasa pehaku dicubit.
“ya cikgu..” aku cepat-cepat bersuara.
‘alamak..matilah..mudah-mudahan cikgu bagi soalan yang senang skit..’aku mengharap dalam hati.
“berikan satu contoh gas yang merbahaya kepada alam sekitar?”
“ermm..karbon monoksida cikgu.” Fuh..lega..nasib baik malam tadi aku dah ulangkaji.
“terangkan bagaimana gas tersebut boleh membahayakan alam sekitar?”
“err..gas karbon monoksida yang terlepas keudara secara berlebihan bertindak menghakis lapisan ozon. Hal ini menyebabkan cahaya matahari sampai terus ke permukaan bumi. Selain mengakibatkan kesan rumah hijau, gas ini boleh menyumbang kepada hujan asid yang merosakkan harta benda dan menyebabkan timbulnya penyakit seperti penyakit kulit. Tetapi masalah yang paling utama ialah peningkatan suhu bumi yang melampau sekiranya masalah ini tidak dibendung segera. “ dengan yakin aku menjawab.
Tak sia-sia aku tidur lewat semalam.
“terima kasih, fisya.” Encik hafiz tersenyum puas.
“amboi fisya..nasib baik dapat jawab soalan cikgu tadi. Dari tadi asyik mengelamun jer. Bimbang jugak aku”
“haha..aku dah terror kot. Anne,terima kasihlah sebab cubit aku tadi.sedap tau”
anne hanya ketawa.
”sori” dia separuh berbisik.
Aku turut ketawa dan sekali lagi aku menoleh kearah hazwan. Kali ni dia tersenyum. Alamak! Comelnya. Mesti muka aku dah macam udang baker. Dan yang pasti malam ni aku tak akan tidur lena.
No comments:
Post a Comment