Dah hampir seminggu hazwan tak tegur aku. Entahlah..mungkin juga aku yang cuba menjauhkan diri kot. Aku sedih sangat bila dia langsung tak endahkan kewujudan aku kat kelas. Sebenarnya,hari tu aku ada bagi sekeping kad buat hazwan.sempena birthday dia yang ke-20. dalam kad tu aku tulis yang aku suka kat dia. Waktu tu, aku fikir aku dah buat perkara yang betul. Sekurang-kurangnya dia tahu aku ada perasaan kat dia dan mungkin ada peluang nak lebih rapat kat dia. Ternyata, aku dah buat kesilapan besar.haaa..segannya aku nak berhadapan dengan dia. tolong......!!!! Rasa cam nak pakai topeng lak.
Maybe dia terkejut bila tahu aku sukakan dia,pasal tu dia dah tak mesra macam hari-hari sebelum nie. Mesti dia anggap aku perempuan yang tak tahu malu..perigi cari timba..tapi di zaman moden nie istilah macam tu orang dah tak pakai. Bagi mereka, perempuan mempunyai hak yang sama seperti lelaki. Takkan perempuan langsung tak boleh memulakan sebuah perhubungan. Hmm..kalo nak serahkan tugas ni bulat-bulat kepada lelaki, alamatnya tak kesampaianlah suara hati si gadis.. betul tak?
Atau hazwan dah ada steady girlfriend kot..aku bukannya tak tahu hazwan ni ramai peminat.dia kacak,periang dan bijak. Ada pakej lengkap untuk membuatkan anak-anak gadis jatuh hati bila berhadapan dengan dia. Satu lagi, dia tak lokek dengan senyuman dan mudah mesra walaupun baru first time kenal. Dengar kata dia nie ade girlfriend..tapi cerita lain pulak mengatakan pompuan tu yang terkejar-kejar kat hazwan.
Aku cubalah korek-korek story ni kat hazwan. Dia relax jer,langsung tak bagi apa-apa reaksi.geramnya aku. Ahh..dah putus kot. Aku pulak buat andaian sendiri. Entahlah..aku pun tak berhak nak tahu hal peribadi dia.. walaupun sebenarnya hati kecil ini melonjak-lonjak ingin mengetahui adakah jejaka handsome ni masih single ke tak. apa taknya,Aku sendiri nampak ramai gadis berlumba-lumba nak date ngan dia. Semuanya dia layan. Tapi cukup sekadar kawan biasa.
Tak pernah pulak aku nampak dia jalan berdua-duaan dengan pompuan. atau peluk2 pompuan cam lelaki2 lain yang penah aku kenal.. contoh yang paling terbaik..heidy.. aku pantang betul nampak lelaki nie.. dia budak junior aku.. mentang2lah dia hensem..kaya..ade keta besar.. senang2 jerk usung anak dara orang kesana-kemari.. tak kira ar pompuan tue lawa ker, pendek ker, gemuk ker, semua dia bantai.. banyak cantik..!!!!
ahh..lupakan pasal dia...!! berbalik pada hazwan...Dia ni sombong sangat ek? Atau dia takut nak bercinta? Ataupun dia tak suka kat pompuan? Hahahaa…ishhh..kesitu pulak! Huh..tak tahulah aku. Tunggu dan lihat ajer lah.. aku tak berani nak keluarkan ape2 kenyataan..hehe..
Saat ini, aku sangat rindukan rizal. Aku tahu aku tak patut buat macam tue sebab aku masih ada rizal. rizal cinta pertama aku..Cinta pertama memang susah nak lupa. Tapi aku keliru, dah hampir dua tahun kami tak berhubung. dulu member aku kata dia ikut pakcik dia pegi pakistan... aku tak pernah tahu pun... tup..tup..dengar cerita dia dah keja lak... Tapi aku tak pernah tahu kat mana. Dia macam dah lenyap dari pandangan aku. Kalau dia masih ingat kat aku kenapa dia tak pernah nak cari aku sebagaimana aku cari dia. Mungkinkah hubungan aku dan dia sudah berakhir? kalo iye pun nak putus..bagitau ar.. x salah pun.. tapi janganlah biarkan gitu jerk.. Aku sekarang ni umpama seorang isteri yang digantung tanpa tali.
‘huhhh..” aku mengeluh lagi. Fikiranku sangat-sangat bercelaru ketika ini.
“hey fisya..kenapa ni? Dari tadi asyik mengelamun dan mengeluh jer.” Anne yang duduk disebelahku tiba-tiba bersuara.risau barangkali.
“takder ape-ape pun..tak fahamlah exercise matematik yang cikgu bagi tadi.kau kan tahu aku paling lemah dalam subjek ni.tu yang buat aku pening gila ni” aku terpaksa bohong sunat. Takkan nak bagitau yang aku ni mabuk cinta. Memang lepas nie kena gelar minah jiwang la nie. Tak sanggup aku.
“alah, hazwan kan ader. Dia tu bukankah ‘sifu’ awak dalam dalam subjek ni. Pegi la Tanya dia. Lagipun dah beberapa hari awak tak borak ngan dia. Ermm..korang gaduh ek?” anne sengih-sengih.
Cis..macam tahu-tahu je dia nie. Dia ade kuasa psikik kot.
“eh..taklah!” aku cuba berdalih.
“malas la nak minta hazwan ajarkan, bukan dia ajar betul-betul pun. Nak permainkan orang adalah.” Aku memberi alasan. Hmm..dia percaya ke tak?
“oooooh..” katanya sambil mengangguk.
Fuh..lega hati aku. Karang tak pasal-pasal ade pulak gossip baru.Aku melemparkan pandangan kearah meja hazwan. Dia nampaknya sedang berborak dengan fiza. Timbul rasa cemburu dihati aku. Ahh!! kenapa pulak aku nie..kalau dia tak nak tegur aku, aku tegur ar dia..dia bukannya makan orang pun..aku tak mati pun kalau tegur dia.. hmm..Hari ni aku mesti tegur dia. Apa nak jadi pun jadilah.
Kalau terus macam ni aku boleh sakit jiwa. Aku boleh minta maaf kat dia. Aku juga boleh kata yang semua yang aku tulis tu hanya gurauan semata-mata.aku juga boleh create macam2 cerita tentang kad tue.. haa..bukannya susah pun.. sama gak macam aku cipta beribu-ribu alasan kat lembaga disiplin sekolah pasal aku selalu sangat datang lambat gi sekolah... mudah jerk..cikgu disiplin boleh percaya.. maknanya otak aku sangat geliga dalam mencipta alasan..hehe..
yelah..kalau aku biarkan macam nie jerk..mesti tak best..dah takder nak ajar aku math..dah takder lagi mangsa cubit aku.. Sekurang-kurangnya kitaorang masih boleh kawan macam dulu. Itupun dah cukup buat aku happy. sangat-sangat happy tau tak.... I will do it..!!! aku mesti,perlu and wajib tegur dia..
tanpa melengahkan masa Aku mengangkat buku matematik dan pencil box lalu berjalan menghampiri meja hazwan.
“hai,wan..” aku menghadiahkan sebuah senyuman kepada hazwan dan fiza.
“hai..” hazwan tersenyum. Fiza pulak memasamkan mukanya. Memang ketara sangat yang dia kurang senang dengan kehadiran aku.
Tanpa dipelawa aku duduk dihadapan hazwan. ( dengan muka tak tahu malu.. )
“wan..awak free tak? Nak minta awak ajarkan exercise math ni.” Aku memulakan bicara. sesekali aku menjeling kearah fiza.
“owh..jomlah join sekali. Fiza pun nak aku ajarkan soalan nie tadi.” Seperti selalu hazwan tidak pernah lokek menghulurkan bantuan.
aku senyum.. "thanks...tapi tak menganggu korang ker?"
"taklah.." pantas jer hazwan menjawab. aku pandang ke arah fiza pulak.. dia diam membisu dengan wajahnya yang masam mencuka. eee..ngeri aku.. rasa menyesal lak ganggu diaorang time2 nie.. aku cuba berlagak selamba.. aku senyum kat fiza tapi dia buat bodoh jerk.. kecik hati aku..
“haa..fiza. boleh kita mulakan? Hazwan dah tak sabar nak ajar tu.” Aku berkata apabila hazwan sudah bersedia dengan pensil dan kertas diatas mejanya.
“huhh..tak payah la! i buat sendiri! Biar hazwan ajar you jer!” fiza meninggalkan aku dan hazwan.
Serta-merta air wajahku berubah. Terusik dengan sikap fiza sebentar tadi. Aku tidak bermaksud nak ganggu dia dan hazwan. Walau hakikatnya, memang aku cemburu melihat kemesraan mereka. Aku Cuma nak kembalikan persahabatan kami seperti dulu. Cuma itu yang aku harapkan. Ternyata aku menyebabkan fiza naik angin. Aku memandang hazwan. Kulihat dia mengangkat bahu.
“ermm..awak ajarlah fiza tu. Biar aku minta syar ajarkan. Sorry ek menganggu.” Serta merta aku mengangkat buku dan pencil box lalu meninggalkan hazwan yang kelihatan sedikit keliru. Aku cuba senyum.. senyum dalam keterpaksaan.. kulihat hazwan membisu..lantas aku berpaling...
“hey wan. Awak nampak comel bila confused begitu tau!” aku ketawa kecil.Giliran Hazwan pulak tersenyum.
“awak nampak buruk bila nak nangis.” Dia menjawab. ( Cis…camlah dia tue hensem sangat..)
“oleh sebab itu, aku tak akan nangis..” kataku separuh berbisik.
“you cant hide it from me fisya.. no matter how hard you try, you just cant lie to me.. your face,your eyes and your voice will tell me the truth..” hazwan tersenyum sinis dan aku Cuma mampu memandangnya. Tanpa sepatah kata. ape maksud dia nie? giliran aku pulak yang confused... sejak bila pulak mamat nie jadi camnie.. tak pernah2 pun dia bermadah ngan aku...pelik..pelik.. tapi mamang benar..
apapun,seingat aku..selepas hari tue aku dan hazwan kembali rapat cam dulu.. aku dah malas nak fakir pasal fiza.. yelah..kalau dia nak sang at hazwan tue..ambiklah!!! but remember.. "MAY THE BEST GIRL WIN.."..
aku bukannya nak berebut ngan fiza..bukan jugak nak bersaing dengan dia.. tapi aku ada ego aku sendiri.. takkan aku nak budak fiza tue pijak kepala aku.. hazwan bukan boyfriend dia..bukan tunang dia.. nak kata laki dia.. jauh sekali... so? nape aku x leh kawan ngan hazwan lak... lau btol hazwan milik dia.. then i quit...
kadang2 aku seram gak bila tgk muka dia yg garang cam harimau tue..cuak arr.. tapi aku tahu..seganas2 and segarang2 dia pun.. aku takkan mati bila dia marah..hahaha... btol tak?
----End of part 3---
aku sebenarnya masih ingatkan dia, begitu sukar sekali untukku menghilangkan bayangannya dari ingatanku ini, mungkin kerana dia pernah memberikan aku merasai kewujudan perasaan sebelum ini, Dan kau tolonglah hadir untuk mengusirnya dari jiwaku..
No comments:
Post a Comment