Aku ambil benda ni dekat jaki online..sebuah yang mempunyai kelainannya yang tersendiri..
Karya : sheila_fida
Sesuatu yang terindah - Part 1
Aku menoleh jam ditangan. “Alamak..lewat lagi!” aku merungut. Langkahku kupercepatkan. Ala-ala peserta jalan kaki dalam sukan tu. Dari jauh kelihatan beberapa orang pakcik guard bersedia menyambut kedatangan aku kat pintu pagar sekolah. Hmm..yang aku hairan tue. Takder pulak bunga manggarnya..haha..Sebenarnya, hari nie bukannya ‘first time’ aku lewat ke sekolah. Dalam seminggu tue, adalah 3 atau 4 kali lewat. Hmm..memang tak padan langsung dengan statusku sebagai salah seorang pengawas senior.
“huh..lambat lagi ker?” tegur salah seorang daripada pakcik guard tue. Yang lain pulak hanya tersengih. ‘Dah nampak orang lambat, dia Tanya lagi..’ aku mengomel dalam hati. Aku melemparkan senyuman kepada pakcik-pakcik guard tu. dalam hati, mahu saja aku cekik pakcik tue sorang-sorang. Baru padan muka diaorang. Cuma..aku tak berani jer..hehe.. aku terus berlalu setelah mencatatkan namaku pada buku ‘lewat’. Aku senyum lagi kat pakcik-pakcik guard. Hiss..karang terpikat pulak pakcik guard tue tak ker haru jadinya.. haha..perasan la pulak aku nie. Tapi takpe ar, senyum tue kan sedekah.
“fisya..jom pi canteen” suara mimie mengejutkan aku. Rasa macam baru 5 minit aku duduk.
Tup..tup..dah rehat. Patutlah perut nie dah mula mendendangkan lagu berirama pop rock. Iye tak iye jugak..aku pun tak breakfast pagi tadi.“okey..give me 2 minuites.” Aku berdiri sambil memperkemaskan baju kurungku yang sedikit berkedut. “wei..nak pi canteen pun nak bergaya ker?” sindir anne. Judey dan mimie pulak tersengih memanjang.“siapa pulak awak nak pikat kat canteen tue?” tambahnya lagi.Aku berlari-lari anak mendapatkan mereka. Mesti budak-budak nie kebulur sangat. Laju bukan main. “alah..aku nak pikat pengetua. Boleh?” gurauku.
Kami mula mengorak langkah ke kantin. Kalau lewat, alamatnya kena berhimpit-himpit ngan budak junior lain. Aku jelling kat hazwan. Hiss..dalam aku kebulur nie, sempat lagi mata aku menggatal. Cis!! Rindu pulak aku nak borak ngan dia. Ahh!! Nanti jer lah. Perut nie perlu diutamakan. Betul tak? Lagipun dia tak hilang punya. Kalau hilang pun, aku sanggup cari. Hehe..
“hey wan..rajin nampak.” Aku mnegur lalu duduk disebelahnya. Khusyuk benar dia buat exercise math. Time free-free begini rajin pulak dia study. Buang tebiat kot.lantaklah..
“sibuk.” Dia menjeling dan kemudiannya senyum. Aku pulak mengerutkah dahi. Memang selalu benar hazwan sebut perkataan ni. Ada maksud tersirat kot.
“eh..kau faham ker ape yang cikgu ajar tadi?” tanyanya setelah lama aku mendiamkan diri.
Aik..pandai pulak dia Tanya aku. Tadi, dia yang concentrate sangat dengar cikgu tue mengajar. Alih-alih tak faham pulak.
“sibuk ar.. pegi la Tanya orang lain.”
Aku menjawab endah tak endah sambil memutar-mutarkan pen yang kuambil dari beg hazwan. Sajer je nak tengok reaksi dia bila aku sebut perkataan wajib dia tu. Dia terdiam. Memang padan dengan muka dia. Kan dah kena. Ngan ayat sendiri pulak tu. Aku senyum kat hazwan. Tapi..muka dia masih monyok. Serupa kambing gurun la pulak.. kesiannya..
“fahamlah wan. Kenapa? Nak minta aku ajarkan ker?”hazwan masih membisu. Merajuk kot. Pura-pura dia bertanyakan sesuatu kat donny. Tapi..aku tahu dia Cuma nak kenakan aku balik. Betul-betul tak der bakat jadi pelakon. Ape taknya..dia dah mati-mati tahan gelak. Ceh!! Ketara sangat.
“kau nie wan..buat aku geram lah! Cucuk ngan pen nie baru tahu!” kali nie aku bersuara agak tegas. Sampai hati dia biarkan aku cakap sorang-sorang.Hazwan menoleh. Tiba-tiba dia menyambar pen ditanganku sambil tersenyum sinis.“kau nie bahaya sikit fisya..ganas! silap sikit cedera parah aku kau tikam.” Ujurnya.
“peduli ape..” aku capai lagi pensil yang ada diatas meja. Tapi, pergerakan hazwan lagi pantas.
“eh..bahaya!bahaya!” dia senyum lagi.
Aku memang suka lihat hazwan senyum. Silap haribulan gugur jantung aku.Hmm..aku pun pura-puralah merajuk. Sengaja aku pandang tempat lain. Bila pulak dia nak pujuk aku ek?Korang nak tahu. Dulu, rakan sekelas aku pernah luka sebabterlalu bergurau ngan aku. Tak pasal-pasal aku ‘tercucuk’..ulang sekali lagi..’tercucuk’ tangan dia ngan pensil. Tak tahulah pulak amacam boleh jadi cam tue. Tapi, sejak hari tu hazwan tak bagi aku pegang benda-benda tajam terutamanya time bergurau ngan dia. Dia kata, merbahaya kepada bot-bot kecil. Entah siapa pulak yang dimaksudkan ngan bot-bot kecil tu. Takkan aku kot? Eh..muka dia tu yang macam bot! haha..
“fisya..” hazwan bersuara. Aku buat dunno’.
“fisya..” hazwan memanggil lagi. Amboi, pandainya dia pujuk aku. Suara pun.. fuh! Boleh nuat aku pengsan. Manja giler. Kalo nak ikutkan hati, aku nak sangat cubit-cubit dia. Aku masih membisu. Satu lakonan yang dah terlebih mantap. Ada sesiapa nak jadikan aku actress tak? Hehe..
“aik..takkan marah kot..” ucap hazwan sambil mencucuk-cucuk lenganku dengan pennya.Eee..geli!!
“ha..ha..ha..” akhirnya aku ketawa. Memang aku tak boleh marah dengan budak seekor nie. Ada-ada saja taktiknya nak buat aku ketawa. Silap sikit,aku kena hantar kat hospital bahagia sebab terlebih ketawa.
“kenapa ketawa sorang2 nie? gila ker..!!!” dia mengangkat kening.Aik..balak nie sengaja nak kenakan aku ek. Eee..geram jugak ni. Nah rasakan..satu cubitan singgah dilengan hazwan. Aku tersenyum puas. Padan muka.
“aduh..aduh..” hazwan mengaduh. Serius benar nampaknya. Timbul rasa bersalah dihati aku. Tulah, suka sangat nak sakat-sakat aku. Kalau dah masuk bab cubit-mencubit nie, aku memang tak boleh control. Laju jer..
“haaa..sepa suruh nakal sangat. Kan dah kena..” ngomelku sambil mengusap lengannya yang kucubit sebentar tadi. Merah! Aku tersentak. Kuat sangat ke aku cubit tadi? Mahu saja aku meminta maaf. Tapi..biarkanlah! aku ni kan keras kepala sikit. Nasib kaulah wan. Kenal ngan budak yang hobinya mencubit.
“tangan kau tu kena potong..Bahaya!” dia masih lagi mengusikku.
“huh..kalau berani potonglah!” aku menjelirkan lidah.
“haaa..bak sini tangan tu..sini..sini…” hazwan mula mengganas. Riuh satu kelas ngan gelagat dan tawa aku dengan hazwan.
Kelihatan beberapa pasang mata lain sedang memerhati. Ada yang tersenyum, ada yang serius, tak kurang juga yang curiga, mungkin juga ada yang benci dan meluat.Alah..jeles kot! Tak kisah la..yang penting aku happy.Tapi…bolehkah kegembiraan ini kekal selamanya?Aku melepaskan satu keluhan panjang yang hilang bersama angin lalu.
...end of Pt:1....
No comments:
Post a Comment