Sabtu dan ahad tadi aku balik kampung, macam biasa akan ke rumah Uwa untuk bertemu ayah dan ibu. Kesihatan ibu makin meningkat tapi kesihatan ayah pula yang makin membimbangkan. Ayah seolah olah kehilangan ilmu..nak solat pun dah lupa bagaimana tuntuk melakukannya. Nak pakai baju pun semalam dia sedar yang dia dah tak berapa nak reti. Sesuatu yang agak membingungkan bukan.. :-(
ok ini sambungan cite SYT tu..
Sesuatu yang terindah - Part 6
ahhh..bosannya.!!' aku merungut... sudah hampir sebulan peperiksaan stpm tamat... dan dalam tempoh itulah aku hanya terperuk kat rumah..ganti mak aku jadi surirumah tangga... nie baru sebulan...result keluar maybe dalam 3 or 4 bulan lagi.. takkan aku nak dok rumah sepanjang tempoh tue... badan aku pun dah makin naik.. ape taknya.. selepas exam hari tue kan hari raya... kerja aku cuma makan..makan dan makan.... pastue dok rumah jerk... ape tak makin tembam...
aku melangkah ke dapur untuk menyediakan makan tengah hari.. ape? ingat aku tak tahu masak ker? hehehe... sambil itu aku memikirkan cadangan mimie,judey dan anne minggu lalu.. mereka bercadang untuk bekerja di ibu kota sementara menunggu keputusan stpm.. mereka ajak aku sekali...
' wahh..best jugak... tapi...mak dan ayah bagi ker aku kerja? alah...takkan diaorang tak bagi kot... aku nak buat ape kat rumah nie? nak jadi surirumah tangga? ehhh..tak nak aku... lagipun aku nak berdikari jugak... nak ade duit sendiri.. nak try jugak dok kat bandar tue... hmmm...malam nie aku mesti cakap ngan mak dan ayah...' aku bermonolog dengan diriku sendiri..
"mak...fia bosan la duduk kat rumah nie jerk..." aku mula mengatur bicara..
"haaa...dah tue..fia nak dok mana pulak? nak dok dengan nenek?" laaa...mak buat-buat tak faham pulak...
"mak...fia nak kerja...boleh tak mak? mak...bolehlah.. result kan lambat lagi nak kuar..boleh jugak fia kerja...fia nak belajar berdikari..." aku dah mula merengek-rengek dihadapan emak...nak bermanja la tue..
"kerja apa yang fia boleh buat? lagipun kat bandar tue bahaya..macam-macam boleh jadi..banyak kes ragut la..rogol la..rompak sana-sini.. baik fia duduk kat rumah...tolong mak basuh baju...kemas rumah..masak... haa...dalam rumah nie pun banyak kerja yang boleh dibuat... " mak dah mula dah bagi ceramah.. aku pulak menarik muka masam.. ishhh..takkan nak aku buat kerja2 rumah tue pulak... nanti bila dah kawin aku wat keja tue jugak.. bosanlah....
"alah....tak nak la wat kerja rumah.. bosanlah.. takkan 4 bulan mak nak fia buat kerja nie semua.. kan bagus kalau fia kerja.. dapat cari pengalman baru.. senang sikit nak cari kerja kalau dah pernah ada pengalaman keja sebelum nie..nanti..taklah fia gementar sangat bila ade job interview ker..ape2 interview ker.. karang bila dah nak cari kerja nanti,mesti kena tanya pengalaman kerja sebelum nie.. takkan fia nak jawab...pernah kerja sebagai surirumah tangga sepenuh masa...eee...kalau laki fia dah yg interview tak per la jugak.. " aku merungut sendiri...ayah dah mula tersenyum...lucu mendengar rungutan aku barangkali..
"alah..biarlah budak fia tue keja.. boleh jugak dia belajar berdikari.. karang bila dia nak masuk universiti senang sikit... taklah dia bergantung sangat pada keluarga.."
"yessss...sayang ayah.. haa..mak...ayah sokong fia.."aku dah tersenyum depan mak.. kalau ayah dah buka mulut..sure mak setuju punyalah...
"tapi...kerja apa yang fia boleh buat? lagipun bahaya kerja kat bandar..." mak masih lagi memprotes...
"mak...fia tahulah nak jaga diri kat sana nanti.. alah...bukannya jauh pun mak.. hari2 mak boleh datang tengok fia.. lagipun anne,mimie dan judey ade.. fia bukannya sorang2 kat situ.. fia carilah ape2 kerja yang fia rasa fia boleh buat.. kerja kat supermarket pun xpe.. as long as fia dapat pengalaman baru.. kan ayah kan?? " aku beraih tempat duduk..kali nie aku duduk disebelah penyokong kuat aku..tak lain tak bukan ayah..hehehe...
"fia janji akan jaga diri baik-baik...fia dah besar dah mak... dah boleh kawin dah kalau fia nak kawin.. alah...boleh ya mak..." aku memujuk lagi...
"alah...biarkan ajerlah budak fia tue.. kalau dia tak tahan nanti tahulah dia balik rumah..." satu sindiran dari ayah yang cukup memedihkan telinga aku.. ketara sangat ayah tak percaya yang aku tak boleh buat kerja.. takper...aku akan buktikan nanti...
"yelah..yelah..." mak akhirnya mengiyakan... aku dah senyum macam kerang busuk..
" yessssss...thanks mak...and you too ayah...." aku berlari-lari anak menuju kebilik... kelihatan ayah dan mak mengeleng-gelengkan kepala..
" nak telefon anne jap...." aku bersuara lagi...
" jangan telefon lama-lama...karang naik pulak bil telefon tue... haa..bila dah kerja.. boleh tolong ayah bayar bil telefon pulak..." ayah menjawab...
cisss...ayah nie mengada-ngada la pulak.. adik-adikku yang cuma jadi pendengar setia sebentar tadi dah terkekek-kekek menahan gelak.. haaaa...nak kena jugak budak2 nie... tapi takper....yang penting aku dah dapat green light untuk pegi kerja kat bandar.... aku tersenyum sendiri...
''wan...mak dah benarkan fia kerja kat bandar...eee..bestnya..." aku berbual dengan hazwan malam itu.. orang pertama yang aku call selepas mendapat persetujuan ayah dan mak sebentar tadi.. hehehe..yelah...aku bohong sunat.. aku bukan fon anne sebenarnya.. tapi..takkan nak cakap aku fon hazwan pulak... mesti mak aku membebel.. and ayah pulak..mesti menyindir aku... alah...sekali sekala jerk... ampunkan anak mak dan ayah nie ek...hehehe...
" fia nak kerja apa? alah..boleh ker fia kerja nie? tak pasal2 baru dua tiga hari kat bandar dah nak balik..nak dok bawah ketiak mak..hahhah..." suara hazwan kedengaran di corong telefon..
'' wan pun macam ayah fia laa...!!! langsung tak percaya fia boleh kerja..." aku buat suara merajuk..
'' bukan tak nak percaya... tapi fia tue kan anak manja.... hmmm..oklah sayang... wan akan percaya tapi...buktikan pada wan.. boleh tak? " suara itu benar2 buat aku gembira.. rasa macam tak berpijak kat bumi pulak..hahaha...
'' okies... i will prove it to you... wan tengok lah nanti... " aku menjawab dangan yakin...
'' ermm..wan pulak buat ape? kerja jugak ker?'' tanyaku..
'' maybe... wan tolong ayah wan kat kilang... yelah..wan kan anak yang baik... hehehe..'' dia terkekeh2 ketawa..
'' eleh..perasan la tue..." aku turut ketawa...
tiba2 masing2 membisu..diam melayan perasaan masing2... haaa..bagi laluan kat iklan kot...
'' fia.. fia sayang wan tak? '' aku terkedu..tiba2 jerk soal aku macam nie...tak pernah2 pun... nie yang musykil nie....
" sayang...sayang sangat..." aku menjawab pantas..
" tapi kan...sepanjang fia jadi milik wan... wan tak pernah pun dengar fia ucap 'I LOVE YOU' kat wan.. may i know why? " soalan itu dia utarakan..
sekali lagi aku terkedu...sejak peristiwa aku memeluknya tempoh hari... dengan tidak sengaja,hubungan kami melangkah satu tapak kehadapan...daripada kawan baik kepada pakwe dan makwe... tapi for sure, bukanlah pakwe dan makwe yang baik...
aku sedar perbuatan aku malam tu menyakinkan hazwan bahawa aku juga menyintainya.. sedangkan saat itu aku masih keliru..namun aku akui..aku tidak mampu menolak keinginan hati untuk disayangi dan terus lemas dalam dakapannya..
aku yakin...aku tidak menyintai dia..aku tidak cintakan hazwan...dan aku takkan pernah cintakan hawan.. kerana...kerana....aku...aku ada rizal...aku cuma perlukan hazwan sebagai seorang teman..cukup sekadar teman.... tapi...kenapa aku membalas pelukannya malam itu...?? ahhh!!! bodohnya aku.. look my dear... look what you have done...
'' wan...who am i in your eyes?" aku tidak menjawab soalanya.. malah aku membalas dengan memberinya soalan...
'' someone special....'' ucapnya.. ringkas but meaningful..
'' who am i in your eyes?? '' giliran dia pulak bertanya..
'' someone i care but... im not sure waether it's love or not...'' jawapan yang cukup ikhlas dari aku...
'' is there someone else that you love? be honest... '' suaranya seakan2 seseorang yang berjauh hati...
'ahhhh...aku nak berterus terang atau aku patut bohong demi menjaga hatinya?'
'' maybe...'' ucapku lambat2...aku tak sanggup lihat dia patah hati...
'' it is all that you can say..huhh...?? '' dia mengeluh...nyata, dia tidak berpuas hati dengan jawapan aku..
aku serta merta terdiam...terasa dengan kata2 itu... 'aku ni terlalu banyak berteka-teki dengan dia ker?' aku bukan sengaja x mahu berterus terang dangan dia.. cuma masanya belum sesuai... aku akan luahkan isi hati aku.. apabila aku benar-benar bersedia... kini,aku serba salah... menanti kekuatan bulan untuk membantu aku berterus terang...hehe..
hmm..korang pernah tak cintakan seseorang..cinta yang lama terpendam dihati..menunggu waktu untuk dibuktikan..tapi dalam masa yang sama tidak mampu menolak cinta seseorang yang lain?? cinta yang terlalu ikhlas dan seringkali berjaya membuat aku bahagia..
aku mengaku...aku tak mampu menolak hakikat bahawa aku perlukan someone disisi aku... untuk menemani aku...untuk membimbing aku..untuk merindui aku..untuk aku kongsi suka dan duka.. untuk aku sayangi..untuk aku bermanja... ahhhh..aku tak salah... aku juga manusia biasa..aku mahu dicintai...dan mencintai... semua orang pun macamtue...
cuma, cara aku salah.. aku tak boleh terus macam nie.. aku tak boleh bersembunyi disebalik kenyataan... dan aku tak patut buat macam nie..
'' i dont wanna think about it again and again... keep wondering what is the answer for all of my question... i just want you to be honest dear... it's nothing wrong to hurt someone with the truth than hurt them with your lies..'' ucapnya lagi..penuh makna tersirat...
aku telan liur...sebenarnya tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku di kemudian hari.. aku tidak mahu terus memberi harapan sedangkan aku sendiri tidak pasti bolehkah aku tunaikan harapan tersebut... aku tidak mahu terus menipu diri sendiri... aku jugak tidak mahu terus menipu orang yang aku sayang... berterus terang adalah jawapan yang terbaik...
'' wan...kalau fia nak cakap something... wan sudi tak nak dengar? '' aku bersuara perlahan..
'' everything dear.. wan akan sentiasa mendengar...'' suara itu tenang..
aku menarik nafas... tercari2 idea bagaimana hendak memulakan bicara..
'' im sorry wan... fia tak boleh cintakan wan... sebab fia rasa fia x boleh lupakan someone.. i really cant forget him.." sedaya upaya aku menahan rasa resah.. sambil itu aku ternanti2 apa reaksi dia.. marahkah? cemburukah? gembirakah?
'' fia x pernah sayangkan wan sepertimana fia sayangkan dia kan? and for sure, orang tue mestilah someone yang penting dalam hidup fia '' suara itu buat aku menangis... menangis dalam hati..
'' tapi wan... i do care 4 you... and fia jugak sayangkan wan...'' aku cuba mengawal perasaan.. aku sebanarnya takut kehilangan dia..
'' wan faham... maybe wan nie macam persingahan kan... fia perlukan someone to take care of you...to love you...and to be with you whereever you are.. and someone tue adalah wan.. someone who can full-fill your heart desire.. gitu kan? '' hazwan bersuara.. masih lagi tenang seperti sebentar tadi...sedangkan aku..
'' bukan macam tue...fia x pernah anggap wan sebagai persinggahan atau pengganti.. fia sayangkan hazwan... sayang seikhlasnya... cuma semakin fia sayang pada wan... fia rasa semakin bersalah pada dia... kami tak declare putus lagi.. fia serba salah...'' setitik demi setitik air mata aku mengalir...
'' sayang nangis ek? '' tanya hazwan... aku membisu namun disebalik corong itu.. aku mengangguk.. 'i cry bcoz of you dear...'
'' and now... wan faham kan kenapa fia tak boleh teriman wan sepenuhnya? fia takut perasaan sayang fia pada wan akan terus subur... and sampai suatu masa..fia takut dia kembali... masa tue mesti fia keliru... nak pilih antara wan...ataupun dia..." aku sudah tidak mampu menahan diri dari terus menangis..
'' sayang..janganlah nangis... wan tak kisah semua tue... and wan takkan pernah paksa fia untuk cintakan wan sebagaimana cinta fia pada dia...''
ahhh..masih ada orang yang sebaik ini... takkan ada lelaki yang boleh menerima hakikat bahawa gadis yang disayanginya mencintai orang lain dan dalam masa yang sama memberinya harapan dan impian... takkan ada orang lain sebaik dia dan aku sangat beruntung kerana dicintai oleh lelaki bernama hazwan...
'' sayang...listen to this... buat masa nie...izinkanlah wan sayangi fia...cintai fia dengan sepenuh hati wan... and wan nak fia terima cinta wan dengan seikhlas hati...terimah ia walaupun fia tak mampu untuk memberinya kembali kepada wan.. andandai suatu masa... dia muncul kembali.... wan akan biarkan fia membuat pilihan... ''
'' kenapa wan begitu baik? kalau fia pilih dia...wan nak serahkan fia pada dia begitu saja? wan tak sayangkan fia ek? kenapa sanggup buat macam tue??'' aku masih lagi menangis... sambil itu aku mempertikaikan kata2nya sebentar tadi.. aku tak bernilaikah dimata dia??
'' i'll do anything to make you happy...sayang... even to let you go if i have to and if you want to.. it's one way to show my love 2 you...'' tenang suara itu menjawab...
saat itu aku merasakan akulah gadis paling bertuah dalam dunia ini... kenapa aku perlu menunggu seseorang yang belum pasti mencintai aku atau tidak..?? aku ada seseorang yang begitu mencintai aku.. kenapa aku perlu menyayangi seseorang yang mungkin tidak lagi menjadi milik aku,,,??
kan ada ungkapan yang berbunyi ' mencintai orang yang kita cintai kedangkala membawa kedukaan... tapi menerima cinta orang yang mencintai kita merupakan kebahagiaan yang pasti..''
aku memutuskan panggilan... maafkan aku wan... aku menangis semahunya... aku harus berfikir apakah yang harus aku lakukan... aku tarik nafas sedalamnya...
aku sedar aku bukanlah yang terbaikadakalanya aku gagal dengan satu-persatu ujianmuada hari dimana aku merasa sangat kesunyiansaat2 aku bersedih dan ianya bukan salah sesiapaBukan sesiapa melainkan aku sendiri
aku cuba memberi apa saja yang kumampudan aku berharap dapat menyapu setiap titis airmata yang mengaliraku berharap katamu bukan hanya lafaz2 kosongbawalah aku dan jangan sesekali lepaskan
seperti yang kau tahu, aku bukanlah seseorang yg sempurnatapi keranamu, aku cuba jadi yang terbaikaku sayang kamu lebih dari yang kau tahukerana kau tidak pernah tinggalkan akukau ada menemani disetiap langkah hidupku
genggamlah tanganku dengan erat..dan bisikkan padaku bahawa semuanya akan berakhirbahawa aku tidak salah mencintai insan seperti kamuseseorang yg buat mimpi2ku jadi kenyataan
aku mahu terus menjadi diriku yang sebenarmungkin selama ini aku terlalu bodohdan aku pinta maafkanlah akuberikanlah aku satu peluang...dan mungkin dua..tetapi walauapapun yang terjadiAku tetap tidak mahu kehilanganmu...
---------end part 6----
Sunday, July 30, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment