Wednesday, August 02, 2006

Sesuatu Yang Terindah - Part 7

Aku merasakan hubungan kami ini agak komplek, dan aku sendiri tidak tahu bagaimana statusnya, walaupun naluri ini begitu kuat untuk memilikinya, tapi begitulah halangan yang bakal aku hadapi akan begitu besar jika memilihnya...adakah anda pastii..

Sambungan cite SYT yang aku rasa orang akan bersetuju mengatakan cite ni best..tak caya tgk la..aku benar2 pasti..sekarang ni baru episod 7..tunggu la ...tungguuu..

Sesuatu yang terindah - Part 7
finally, tercapai jugak hajat aku,mimie,anne dan judey untuk mencari kerja kat bandar. kami menyewa sebuah rumah dua bilik dengan sewa rm300 sebulan.. rumah tue milik saudara eddy...sebab itulah kami beleh menyewanya dengan harga begitu..kawasannya agak strategik kerana terletak ditengah-tengah bandar.. siap dengan perabot,tv, peti ais dan barangan asas yang lain... ringkas tapi kami cukup bersyukur kerana dibenarkan menyewa disitu dengan harga yang kukira amat murah jika dibandingkan dengan harga yg sepatutnya...
namun, sudah hampir 2 minggu aku disini tapi belum mendapat pekerjaan lagi.. bukannya aku memilih sangat..tapi aku nakkan kerja yang betul-betul buat aku happy... firstly, aku dapat kerja kat kedai emas.. langsung tak best.. hari2 promote emas kat orang... ishhh...taknak aku... aku kerja sehari jerk... esoknya aku blah... secondly, dapat kerja kat sebuah syarikat... kiranya macam syarikat jualan langsung.. ishhh..lagilah aku tak suka... tengah hari tue jugak ( time staff rehat ) aku blah balik rumah...hahaha... lucu kan?
aku dah mula putus asa.. mungkin benar kata ayah tempoh hari... aku takkan tahan hidup berdikari..ahhh..sape kata? aku akan buktikan... and sebab itu sampai sekarang aku tak berputus asa untuk mencari kerja.. nak buktikan pada ayah dan mak... anak mereka yang seorang nie bukanlah anak manja yang cuma bergantung hidup pada keluarga... anak mereka yang seorang nie memang boleh berdikari...
sebenarnya aku kerja sebab nak cari pengalaman...aku boleh buat apa2 jenis kerja.. tapi aku mahu aku happy bila bekerja.. taklah tension sangat kan.. kalau aku rasa aku selesa dengan kerja tue..aku teruskan.. and bila aku tak suka kerja tue...aku blah jerk lah...
anne dah dapat kerja..jadi promorter jualan kat sebuah hypermarket.. judey pulak sama macam aku... dah dapat kerja tapi tak suka dengan kerja tue... then,ikut jejak aku... blah gitu jerk... mimie pulak terpaksa balik kampung selama seminggu.. dengar khabar family dia ade problem.. hmm..nampaknya tertangguh jugak rancangannya untuk mencari kerja...
"fia...aku nak keluar makan dengan eddy... nak ikut tak?" judey mengajakku keluar petang tue.. alah..dia pegi dengan eddy.. segan pulak aku...
"tak nak.." jawabku pendek.
"laaa...esok2 la cari kerja tue.. dari pagi tadi aku tengok kau asyik belek surat khabar tue jerk... tak lapar ker? meh ar..." pujuknya lagi..
"ermm..tak nak ar.. alah..bungkus untuk aku jer lah.. boleh tak?'' aku tersengih..
memang betul... dari pagi tadi aku cuma duduk kat bilik menghadap surat khabar.. perut nie memang dah lapar sangat.. aku tak makan apa2 pun lagi sejak pagi tadi..takkan nak berlapar kot? badan aku nie dah naik lemah...
"tak nak... nak makan..jum ikut sekali..." judey masih memujuk..ishh..tak habis2 budak nie... hmmm....nak ikut ke tak nak nie?
"yelah..yelah..." aku menghela nafas panjang... judey senyum puas..
eddy mengambil tempat disebelah judey.. mesra sungguh mereka berdua.. macam pinang dibelah dua...sama cantik..sama padan... macam pengantin la pulak.hehe..sebenarnya aku dah lama kenal ngan eddy.. dia pernah jadi senior aku time aku kat sekolah lama aku.. kenal gitu2 jerk.. taklah rapat.. tapi tak sangka pulak bila aku masuk sekolah baru nie aku terjumpa ngan judey.. seterusnya mengetahui yang judey punya pakwe bernama eddy yang merangkap senior aku tue... huhh...dunia nie memang kecik... mereka dah bercinta hampir 4 tahun... dan eddy pun sudah berjumpa dengan keluarga judey...
sekarang eddy dah bergelar polis.. hmm..boleh tahan jugak judey nie.. cari pakwe pun yang dah bekerjaya... dah ade masa depan.. esok2 dah boleh kawin... aku tersenyum sendiri... ishh..karang ade pulak orang cakap aku ni tak betul... senyum sorang2.. hahhah...
"erm...nak pesan ape?" kedengaran suara eddy.. dia menjeling kearah aku..
"nak nasi ayam...and milo ais.." aku senyum..
"nak nasi ayam jugak...tapi nak minum apple juice..." giliran judey pulak bersuara...
"nak order nasi ayam 3.. hmmm...patue nak milo ais satu and apple juice 1..nak yang dlm jug besar tue ok.. haa..bagi dua straw sekali.." eddy memberikan order kepada abang pelayan... aku tersenyum sendiri... ade2 jerk eddy nie...
yelah...kalau pasangan yang bercinta nie aneh sikit tau.. ape yang makwe atau pakwe dia order...dia pun nak order benda yang sama... siap kongsi-kongsi pulak tue. bila difikirkan kembali... lucu tapi sweet sangat... pastue, kira romantik la jugak bila share2 minum nie... tapi alamatnya..sure makwe dia x dapat minum sebab pakwe tue yang tolong habiskan minuman...hahahaha.. betul x??
tapi..dalam bab2 minum nie... aku dan wan tak macam tue tau... ape yang dia suka, aku tak suka... ape yang aku tak suka, dia pulak yang suka... sebab tue x boleh share2... kalau bab makan pulak... aku sengaja tak nak pesan ape yang hawzwan dah pesan... kalau dia order mee goreng..aku order nasi goreng... kalau dia order roti telur..aku order roti planta... yang bestnya tue...aku boleh rasa ape yg dia order... bila dia tanya 'sayang nak rasa tak?' haaa..cepat la aku mengangguk..hehehe...
kalau order benda yg sama mana ade can nak kena suap kan.. yelah..dah menu yang sama... makan ajer la yg dalam pinggan sendiri.. kan bijak aku nie..?? hehehehe..
aku menyuapkan nasi kedalam mulut.. lapar sangat nie...sambil itu mata aku meliar melihat ke kawasan luar kedai.. saje jerk nak cuci mata...takkan nak pandang eddy dan judey kot.. dahlah aku kacau daun...ganggu diaorg dating lak... lagipun aku mesti cemburu bila nampak diaorg mesra2 camtue..
saat ini aku rindukan hazwan.. dah hampir sebulan tidak bersua muka... maklumlah..dia sekarang sibuk membantu ayahnya menguruskan kilang perabot milik keluarganya.. aku pulak sibuk mencari kerja.. hazwan pernah mencadangkan aku bekerja sebagai kerani dikilang ayahnya... tapi aku tolak tawaran itu mentah-mentah... bukannya apa.. aku dah janji untuk membuktikan bahawa aku boleh tentukan hala tuju hidup aku sendiri... bukannya bergantung pada orang lain..terutamanya hazwan...
setara itu, fikiranku tertumpu kepada saat2 aku dan hazwan secara rasminya menjadi sepasang kekasih..
aku menarik nafas... bukan aku sengaja mahu mengelakkan diri dari hazwan...hampir 2 minggu aku tidak membalas panggilan atau smsnya... dalam tempoh itu jugaklah aku mulai menyedari bahawa dia sebenarnya penting dalam hidupku... aku benar2 rasa kehilangan...lantas,suatu malam... satu persatu jariku mendail no telefon hazwan..
'' fia...minta maaf..'' kata2 itu aku lafazkan sebaik sahaja kedengaran suara hazwan dihujung talian..
'' for what? ''
'' for everything... for avoiding you expecially.. but honestly, i miss you...so much.. '' luahku
'' me too... and i feel glad that you call tonite... ingatkan fia dah xnak cakap ngan wan.... im sorry...wan rasa wan terlalu mendesak fia.. ''
'' can you plz listen to this... ''
'' yes dear..''
''fia janji dengan wan..fia akan cuba sayang wan sepenuh hati...seikhlas hati...dan fia akan cuba mencintai wan sebagaimana fia cintakan diri fia sendiri...'' perlahan kata2 itu muncul dari mulut aku...
'' wan tak nak fia paksa diri...wan tak marah walau apapun kehendak hati fia..'' tuturnya..
'' fia ikhlas... fia betul2 tak dapat bayangkan hidup fia tanpa hazwan... i need you dear...really need you...''
'' betul ke nie?'' dia seakan tidak mahu percaya..
'' ikhlas..deep from my heart..''
'' sayang.. thanks...i'll try to make you the happiest girl in this whole world... i would not gamble anything 4 the price of losing you.. you will owez have me dear...always.. '' dan aku tahu kata2 itu ikhlas...
aku pejam mata... '' wan.... I... I LOVE YOU...''
'' I LOVE YOU TOO..SO MUCH... finally...wan dapat dengar perkataan keramat tue...thanks..again...'' dan aku dapat merasakan kegembiraan hazwan dicorong sebelah..
'' tapi wan...fia nak kita mulakan lembaran baru... forget everything...terutamanya kisah fia dengan dia... jangan sesekali ungkit perkara tue if u really love me..yang fia nak wan tahu... mulai hari ini, saat ini, im yours dear...totally yours... ''
'' tapi sayang....soalan last untuk malam nie...plzzz....selepas nie wan takkan ungkit apa2 lagi berkaitan hal nie... trust me k... boleh wan tahu siapa nama lelaki tue..??.''
'' rizal... akmal rizal bin muhammad rizam...''
ternyata dia menepati janji...sehingga kini aku tidak pernah mendengar nama itu daripada terpancul dari bibirnya... malah, dia tidak sesekali pernah menyebut tentang perkara itu dihadapanku.. sesungguhnya, dia adalah satu2nya lelaki yang kukenali yang sanggup meletakkan egonya jauh hanya kerana seorang perempuan..
'ahhhh...i miss you sayang...' hanya sms dan suaranya yang jadi pengubat rindu dikala ini...
aku meneruskan suapanku... tiba-tiba aku dikejutkan dengan satu lembaga yang melintas dihadapan aku... jantungku seakan-akan mahu berhenti berdegup...ingatanku sebentar tadi lenyap sama sekali...
'huhhh....tak mungkin dia..' aku berfikir sebentar... masih berteka teki dengan diriku sendiri... 'ahhh...memang dia.. takkan aku boleh tak kenal dengan wajah tue..'
'fia....kenapa?' judey kehairanan.. matanya juga tertumpu pada bahagaian luar kedai tersebut..
"fia nampak siapa? " tanyanya lagi...
"fia nampak dia...." seakan-akan tak kedengaran suara aku...
" dia?? dia tue siapa??? " judey nampak keliru...
'' aku nampak.......'' aku terdiam sebantar...lantas berdiri..meninggalkan makananku yang yang masih berbaki separuh...
'' fia nak kemana pulak tue??'' tanya judey..
"aku keluar kejap......" ucapku sambil tergesa2 keluar meninggalkan judey dan eddy yang termanggu-manggu...
aku meluru keluar kedai...aku tercari-cari jejaka sebentar tadi... dia kelihatan sudah berada agak jauh... sukar untuk aku mengejarnya dalam keadaan sesak begini...dia berjalan ditemani seorang gadis yang hampir sebaya dengannya.. mesra sungguh gadis itu memaut lengannya... dia berpakaian putih yang sememangnya warna kegemaran dia..malah caranya berjalan..caranya berpaling...caranya tersenyum...semuanya memang ade persamaan... aku tak pernah lupakan semua itu dan takkan melupakannya... mahu saja aku menjerit memanggil nama itu saat ini... aku menarik nafas... kemudian kedengaran aku mengeluh...
' siapa perempuan tue..!! ' rasa cemburu menyelinap disegenap ruang mindaku...
'pelanduk dua serupa kot..' aku memujuk hati... dan aku cuma mampu melihat dan membiarkannya hilang disebalik orang ramai... hati ini hampa...hampa sehampa-hampanya...
-------------------------------------------------
semenjak hari itu aku tidak dapat melelapkan mata... wajahnya sentiasa datang menganggu tidurku... menghantui mimpi2ku... kenapa? kenapa aku tiba2 benci melihat wajah itu? ahhh...lupakan dia.. buat apa mengharapkan cinta daripada seseorang yang hanya tahu menipu kaum perempuan... tapi kalau betullah aku tak salah orang.. siapa perempuan tue... kekasih diakah? jadi, aku nie siapa? tunggul kayu?? api cemburu membuak2 didalam dadaku... lelaki memang gatal..miang.. suka ambil kesempatan terhadap perempuan... pandai bermuka2.. pelbagai tomahan berlegar diruang fikirku... aku benci lelaki... benci..!!! dan sekarang aku cuma mahukan kepastian...
'' apa kata lepas nie kita tengok wayang... ataupun kita main bowling.. nak? ''tiada jawapan....
'' fia...wan tanya nie...'' terasa tanganku disentuh...
'' tanya ape! '' aku menghadiahkan jelingan tajam kearah hazwan..
'' kenapa nie sayang? wan nampak fia asyik termenung jerk... tak sihat ek? '' ada tanda2 kegusaran diwajah itu...
'' fia letih...!! '' aku berdalih...sedangkan sebenarnya aku benar2 tiada mood untuk keluar petang itu.. tapi,disebabkan hazwan berharap sangat nak jumpa aku.. aku mengalah...
'' ermmm...kalau letih x payahlah keluar tadi... ingatkan lepas nie nak ajak fia tengok wayang..ataupun kita main bowling..dah lama tak main dengan fia..''
' ahh..tadi dia yang beriya-iya ajak aku keluar... aku dah tolak tapi dia yang merayu2... alih2 cakap macam tue pulak..' entah kenapa aku sakit hati dengan kata2 hazwan...
'' ahhh...tadi wan jugak yang beriya2 ajak fia keluar..!! '' aku meninggikan suara kepadanya.. tak semena-mena wajahnya berubah... dia terdiam seketika....
ahh...maafkan aku wan.. tiba2 aku dihantui rasa bersalah.. kenapa aku nie? takkan pasal tue nak naik angin?? bodohnya aku...!!aku juga mendiamkan diri... sedikitpun tidak meminta maaf atas kekasaran sebentar tadi.... bukan aku tidak mahu, tetapi melihatkan wajahnya yang selama ini ceria bertukar menjadi serius, membantutkan niat aku untuk membuka mulut... aku jadi takut tiba-tiba.. bukan caraku berkasar sebegini rupa.. tapi..hati ini sakit...!! sakit yang teramat sanagt..!!
'' fia marah wan ya? '' serius benar bunyinya... aku mengeleng...
'' kenapa naikkan suara? '' tanyanya lagi.. aku membatu..angguk tidak..geleng pun tidak...
'' wan dah lakukan yang terbaik untuk fia...ape lagi yang tak cukup? '' luahnya pula... aku mengetap bibir..tidak tahu hendak berkata apa.. aku sedar aku yang bersalah dalam hal ini... tapi aku mengambil keputusan untuk diam... kalau aku buka mulut..sure cerita nie akan bertambah panjang... kan aku nie suka sangat melawan cakap...keras kepala... sepatah dia kata..aku boleh jawab sampai berpuluh-puluh patah perkataan..
'' fia...pandang sini.. '' aik..sejak bila dia pandai mengarah nie? aku memandangnya...
'' kenal muka nie tak? '' ehhh..ape kena wan nie? mestilah aku kenal...
'' tak kenal..! '' aku menjawab... padan muka..sepa suruh tanya soalan bodoh macam tue?
'' owhhhh..tak kenal ek..? patut ar org tanya tak nak jawab... '' jawabnya selamba... ishhh...geramnya aku..!
'' i don't talk to strangers...'' aku memasamkan muka... sambil itu aku melemparkan pandangan kepada beberapa pasangan yang berpimpin tangan ditepi tasik sambil menikmati panorama matahari terbenam... ' romantik... ' bisik hati kecilku..
'' tengok ape? ''
aku menjelingnya tajam....
'' suka hati la nak tengok ape... kan mata fia.. " aku menjawab... memang inilah diri aku...sukar untuk mengalah walaupun sudah terang itu salah aku..namun aku beruntung kerana hazwan agak penyabar orangnya... dia tahu sikap aku yang keras kepala dan degil... kadang2 aku hairan ngan hazwan.. dia macam boleh membaca fikiranku... dia tahu apa yang aku fikirkan tanpa diberitahau...
manakala, aku juga sedia maklum bahawa hazwan takkan pernah marahkan aku.. walau dalam ape keadaan sekalipun... hazwan senyum... terasa damai bila melihat senyumannya..senyuman yang buat aku merinduinya setiap detik...senyuman yang menyerikan hari-hariku...
dia merenung wajahku.... 'ishhh..nape dia renung aku macam tue... lain macam jerk aku tengok...'
'' heyy...nape tengok fia macam tue? tak suka arr.. pandanglah kat situ ker..pokok kelapa tue ker...matahari tue ker...'' aku mengetap bibir tanda geram.kalau boleh aku mahu memakannya saat itu juga. biar lenyap dari pandangan hatiku..
'' suka hati wan laa...kan mata wan... wan suka tengok fia marah2 macam nie.. nampak comel... '' hazwan ketawa kecil.... ciss..aku pulak yang kena balik..haaa..padan muka aku...
'' eeeeee....'' satu cubitan singgah dilengan hazwan... puas hati aku...dah lama gak aku tak cubit2 dia macam nie.. seronok..
'' owchhh....sedap.. '' ucapnya sambil mengosok2 bahagian yang kucubit sebentar tadi...
aku ketawa kecil melihat telatahnya...
'' nak cubit seribu kali pun boleh...as long as i can see your sweet smile...'' dia mencuit hidungku...
'' meh ar sini...nak seribu kali konon... fia baru cubit sekali dah mengaduh sana sini... '' aku buat muka...
'' fia tak pernah berubah...masih keras kepala macam dulu...masih tak nak kalah ngan wan... wan pun salah sebab terlalu manjakan fia... bagi fia menang jerk... haaa...apa kata sekali-sekala wan x bagi fia menang.. mesti fia dah menangis macam budak kecik kan? '' dia senyum sambil memandang kearah aku..
aku leka mendengar... memang benar kata2 hazwan sebantar tadi.. memang wan terlalu manjakan aku...dia melebihkan aku lebih dari segalanya...sebab itulah aku menyayangi dirinya... dia satu dalam sejuta... dia tahu apa yang aku mahu and apa yang aku harap tanpa diberitahu...
'' wan...im sorry...'' aku tunduk..
'' no need to say sorry sayang... wan rasa... mesti ada something yang fia fikirkan.. betul x? ''
aku menganggukan kepala...kan aku dah kata dia tahu apa yang aku fikirkan... haaa..sekarang percaya atau x??
'' fia nampak orang tue..dia jalan ngan pompuan lain...siap berpimpin tangan lagi.. tapi fia tak pasti... '' aku merenung tepat pada bola matanya...
'' alah...fia salah orang kot... ade tengok betul2 ker? lagipun..penting sangatkah kalau iya dia kuar ngan pompuan lain...'' dia tampak resah dan sedikit binggung...
'' tak sure... sebab itulah fia nakkan kepastian... '' aku mendongak melihat wajah hazwan.. dia membisu...
'' wan...wan dengar tak apa fia cakap? '' aku sudah mula memanjangkan muncung...tidak suka dengan sikapnya yang nampaknya acuh tak acuh ngan pertanyaanku..
dia nampak seperti mahu bersuara.. tapi tiada sepatah katapun yang keluar dari mulutnya... sudahnya..aku berpaling memandang kearah pantai..
' buang masa saja aku cakap kalau dia tak ambil perhatian pun..' ngomel hatiku...
'' fia..siapa org tue?? cakaplah terus terang..." tanyanya setelah lama mendiamkan diri..
laaaa....ingatkan dia tahu siapa yang aku maksudkan... patutlah nampak bingung semacam...
" rizal...''
hazwan sekali lagi diam membisu...lantas dia mengenggam tanganku... matanya merenung bola matakuku... tajam..aku tersedar serta merta...bukankah kami telah berjanji untuk tidak menyebut nama itu lagi... semua tue permintaan aku... dan kali ini aku sendiri memungkiri janji itu..aku telan liur...menyesal tapi nak buat macam mana lagi..'terlajak perahu boleh diundur...terlajak kata? haaa...beginilah jadinya...' hissshhh...aku nie mencemarkan bahasa jerk...hehe..
sebentar kemudia aku terdengar dia mengeluh.. matanya memandang matahari yang nun jauh disana..yang bersedia untuk bersembunyi disebalik bukit... hazwan jarang mengeluh.. tapi apakah maksud keluhannya sebentar tadi? adakah dia tergugat dengan nama itu... aku turut mengeluh...
'' err...errr...'' teragak-agak aku membuka mulut.. wajah hazwan nampak berbeza..masti dia marahkan aku... aku tunduk...niat untuk berbicara sebantar tadi mati tiba2... rizal? kenapa nama itu seringkali membuat aku resah..?
perlahan-lahan aku memeluk hazwan...cuba untuk mendamaikan hati ini sekaligus memujuk insan itu.. namun hazwan meleraikannya... kenapa?
'' jom balik...'' ucapnya...
aku kecewa.. kemudiannya,dia berdiri tanpa sedikitpun menoleh kearah aku.. dia melangkah perlahan..aku masih duduk disitu..mengharap dia untuk berpaling,menghulurkan tangannya dan membawa aku bersama... sudahnya,sekali lagi aku hampa...
adakah kisah aku dan hazwan akan berakhir disini? aku tidak mahu memikirkannya sama sekali...
ahhh..biar waktu saja yang menentukan segalanya... life must go on...
-----------------------------end part 7--------------------------------------------

No comments: