Tuesday, August 15, 2006

Sesuatu Yang Terindah - Part 14


Aku kira dia sudah hadir..dan kini aku sedang membiarkannya bermain disini..
Sapulah lara lara yg ada di sini..


Sesuatu yang terindah - Part 14

'' Malam tue fia meracau.. fia panggil nama hazwan.. nasib baik fia tak sebut nama hazwan time rizal dah datang.. kalau tak..mampuslah kau fia..!! " anne merenung tepat kearah anak mataku..

'' iya..? sebenarnya malam tue aku mimpi.. mimpi tue aneh sangat.. hazwan naik kapal tinggalkan aku.. aku nak ikut tapi rizal halang.. aku tak sedap hati bila memikirkan mimpi malam tue anne.. aku takut ada apa2 yang jadi kat hazwan.. haaa..aku call dia pun, tak ada sesiapa yang jawab... anne..aku takut.. ''

'' ishh..mimpi tue mainan tidur fia.. lagipun time tue kan fia demam.. badan fia lemah.. syaitan ganggu fikiran fia..! ''


'' tapi... macam real..'' aku cuba meyakinkan anne. mimpi tue seperti membawa satu maksud yang ingin disampaikan padaku.. cuma aku tak bijak untuk menafsirnya..

'' haaa..hari tue hazwan ada datang jenguk fia.. tapi fia tidur.. aku suruh kejutkan tapi dia kata tak payah.. takut menganggu fia berehat.. ''

'' dia datang seorang? atau dengan ayu? '' tanyaku..
anne melihat aku dengan ekor matanya..

'' aku tanya jer laa.. takder apa2 maksud ok.. '' aku menjelaskan..
jelingannya cukup buat aku mengerti.. mesti dia curiga..

anne sengih.. akhirnya dia menjawab..
'' dia seorang jerk.. hmm..aku tak kata pun fia ada maksud tanya macam tue.. ''

'' alah..yang jeling2 tue kenapa? '' aku mencubit anne..

'' ouchhh..! sakit lah.. aku jeling pun salah ker? '' dia mengusap tangannya yang kini berwarna merah bekas bisa cubitanku.. padan muka..hehehe..

'' salah..! nanti jadi juling..! '' aku ketawa.. matanya terbeliak memandang aku... marah ke?

'' haaa..lupa nak bagitau. dia cakap dia nak balik indonesia.. jenguk saudara mara mak dia.. rasanya, dia bertolak pada malam selepas dia jenguk fia hari tue.. it's means.. dia dah bertolak 3 hari lepas.. malam isnin.. hmm..tapi dia tak cakap pulak bila dia nak balik sini.. ''

'' iya..? patutlah fia call tapi tak dapat pun.. siapa bagitau aku sakit? '' sekali lagi aku meminta kepastian.. yang aku tahu, aku sedikit hampa apabila mendengar berita tersebut.. aku tak dapat pun hantar hazwan kat airport.. not even say goodbye.. sedihnya..

'' yelah..mimie yang bagitau hazwan.. kebetulan jumpa dia kat bus stand.. eh fia, nak dengar cerita tak? ''

'' rizal hari tue cemas sangat bila kitaorang bagitau fia meracau2 dalam bilik.. tak sampai 30minit dia dah sampai.. selamba jer dia tendang pintu tue bila kitaorang cakap fia kunci pintu bilik... haa..time nak gi klinik pulak, bapak laju dia bawak kereta.. kami macam nak mati tau tak! cuak giler.. baik fia nasihatkan dia tue.. nasib baiklah selamat jugak sampai kat klinik.. kalau tak..kita sampai kat hospital besar la jawabnya.. " anne beriya-iya bercerita..

huh..belum sempat pun aku jawab nak dengar atau tak cerita dia tue, dia dah cerita dulu.. apelah anne nie...kalau macam tue, lebih baik takyah tanya aku tadi...

'' kau tak tahu fia.. risau sangat dia time tue sampai dia sanggup ponteng kuliah.. dari pagi sampailah time fia sedar hari tue dia duduk jer teman fia kat tepi katil..
tak makan.. tak minum.. sampai aku pun naik risau.. nasib baik kau sedar petang tue.. kalau tak..mungkin dia taknak berganjak dari tempat duduk tue.. '' anne menghalakan muncungnya kearah kerusi diduduki oleh rizal tempoh hari..

'' yeker? sampai begitu sekali... buat apa anne nak risaukan dia? aku yang sakit time tue kau tak risau..? uisshh...yang aku hairan tue, dapat jugak dia angkat aku ek... aku dapat bayangkan macam mana dia angkat aku naik tangga..hahaha.. mesti lucu.. '' aku ketawa sekuat hati..

mata anne sudah membulat.. alamak! dia dah naik geram.. matilah aku...

'' ehemmm... '' satu suara yang berdehem menyebabkan tawaku terhenti... aku berpaling kearah suara itu..begitu juga anne...

'' owwhhh.. mengumpat rizal yaa.. '' dia berdiri dihadapan pintu.. nampak segak sekali hari nie dengan kemeja biru dan berseluar slack hitam.. kalau dia bawak briefcase, pakai neck tie and kot.. masti nampak macam ahli perniagaan..hehe... hmm..dia nie baru balik kuliah agaknya..

'' wow.. rizal nampak hensem hari nie.. anak tan sri mana nie? '' gurau anne.. aku dah berusaha menahan gelak.. btol gak.. anak tan sri mana lak datang nie? hehe..

rizal tidak menjawab.. dia tersengih jer kat depan pintu...

'' wei..macam mana rizal masuk.. rasanya pintu kat luar tue kunci.. '' kening anne berkerut merenung rizal.. dia menggaru-garu kepalanya yang semestinya tidak gatal..

'' ape pulak kunci.. kalau kunci taklah aku dapat masuk.. haaa..nasib baik aku yang masuk.. kalau pencuri, perompak, perogol, peragut ker yang masuk... macam mana? korang jugak yang susah.. dahlah semua perempuan.. pintu kena selalu berkunci.. haa...dapur gas kena selalalu tengok2.. siapa masak air tadi..? dah mendidih tapi takder siapa yang tutupkan api tue.. aku jugak yang tutupkan.. jagalah keselamatan tue sikit.. '' balas rizal selamba.. nak bagi ceramah kepenggunaan la pulak.. tapi..memang betul pun cakap rizal tadi.. safety first! hehehe..

'' yelah..yelah.. '' anne gigit bibir.. geram kena bagi ceramah free..!

'' haa.. macam tue la.. '' rizal senyum puas.. aku tahu dia sengaja usik anne..

'' haa..macam tue la.. '' anne mengajuk ayat rizal dengan nada mengejek..

'' laki ngan bini sama jerk.. '' kata anne lagi.. selepas itu, dia cepat-cepat berdiri dan berlalu pergi.. mesti dia malas nak dengar cakap rizal.. sempat jugak dia menjelirkan lidahnya kepada rizal dimuka pintu.. haha.. nakal..!

'' ehh..potong lidah tue baru tahu..! '' usik rizal lagi.. anne semain galak menjelirkan lidahnya lantas menghilang disebalik pintu.. aku cuma ketawa geli hati..

'' how do you feel today my princess? '' ucapnya sambil duduk diatas kerusi.. aku pulak duduk bersila diatas katil.. dah lenguh badan nie asyik baring jerk..

tiba-tiba dia menghulurkan sekuntum bunga ros berwarna merah.. wow..my favourite color.. '' for you dear.. ''

ehh..mana pulak datangnya bunga tue? tak nampak pun dia bawa tadi.. dalam kehairanan, aku capai jugak bunga itu lalu menciumnya.. bukan cium rizal tau..tapi cium bunga tue la.. =p hmm..sweetnya.. rasa macam nak peluk dia jerk..hehe..

'' erm..fisya dah sihat dah..and thanks sayang 4 this sweet flower.. i love it.. ''

'' love bunga tue jer ke? orangnya? '' dia mengenyitkan mata..

'' orangnya tak..! '' aku senyum.. orangnya pun love jugak lah..hehe..

rizal meraba dahiku, kemudian beralih ke tengkuk.. selepas itu, kelihatan dia mengangguk-angguk perlahan..

'' hmm..panas dah kurang.. nie dah makan ubat ke belum? '' eleh, macam doktor la pulak dia nie ek..

aku mengangguk.. padahal, aku belum pun makan ubat lagi... rasanya dah tak payah makan ubat.. esok-esok baiklah.. lagipun aku nie memang tak suka ubat.. pahit..!!

'' haa..nak tipu la tue.. bukannya rizal tak tahu.. fisya nie payah sikit nak disuruh makan ubat.. ''

alamak..kantoi la pulak.. '' dah makan la.. tapi semalam.. '' aku menjawab..

'' orang tanya hari nie sayang.. bukan semalam.. ''

'' alah..tak cakap pun tanya untuk hari nie... '' aku buat suara manja..

'' fisya tak makan lagi la.. macam mana nak makn ubat.. '' sambungku..

'' haa..rizal ada masakkan bubur.. '' lebar senyuman rizal..

'' masak sendiri atau mak masak? '' soalku membalas senyumannya..

'' rizal masak sendiri la.. tapi kena panaskan dulu.. sebab bubur nie rizal masak sebelum pergi kuliah pagi tadi.. dah sejuk agaknya.. '' balas rizal.

terharu aku dibuatnya...

'' wei..siapa masak bubur nie? tak reti-reti nak tutup api ker? jagalah keselamatan tue sikit..!'' sergah anne di muka pintu.. rizal tergamam...
hahaha..anne memulangkan paku buah keras.. tadi rizal yang bagi ceramah kepenggunaan.. kali nie anne pulak..!

' amboi... mak nenek balas dendam...! '' pandangan mataku mengekori kelibat rizal yang berjalan menuju ke arah dapur..

tidak lama kemudian, dia muncul bersama semangkuk bubur.. aromanya cukup membangkitkan rasa.. membuat aku rasa lapar pulak..
tanpa disuruh dia menyuapkan bubur itu kemulutku.. aku tidak membantah.. selepas beberapa suapan, aku mengeleng..

'' kenapa makan sikit sangat? '' tanyannya dengan nada kecewa..

'' maafkan fisya.. tapi fisya betul-betul tak selera nak makan..'' jawabku untuk tidak menyakitkan hatinya..

dia angguk sambil meletakkan mangkuk itu diatas meja..

'' ermm..esok fisya dah mula kerja.. dah inform kat supervisor pagi tadi.. '' aku senyum memandang rizal..

'' kenapa cepat sangat nak kerja? rehatlah dulu.. tunggu demam tue betul-betul sembuh.. '' haaa..dia dah mula dah dengan ceramahnya.. muncung aku dah mulai memanjang..

'' 4 hari rehat takkan tak cukup? lagipun, kalau asyik tidur jer macam mana nak sembuh? dah sihat dah nie.. ahh..tak kira. esok nak kerja jugak! '' aku berkeras.. kalau nak ikut cakap dia, sampai bila-bila pun dia suruh berehat..berehat..dan berehat lagi.. bosanlah..!!

'' huhhhh... '' dia mengeluh.. baru saja dia mahu membuka mulut, aku dengan pantas memotong...

'' haaaa...pintu bilik fisya tue bila nak baiki..? memandai jer rosakkan pintu tue..! sekarang dah tak boleh kunci..! '' aku memasamkan muka..

'' amboi garangnya... baru sembuh demam dah pandai buat muka masam ye.. eeeiii..kalah masam buah mempelam tau.. '' guraunya.. kemudian dia senyum..
senyum menyindir la tue..

aku mencebikkan bibir.. '' biarlah masam... kalau tak suka janganlah tengok! ''

'' ehh..siapa cakap tak suka.. '' tangannya mahu mancuit hidungku.. tapi aku lagi pantas.. tangannya aku dah cubit dulu.. hahaha..!

'' wahh..tak aci nie.. apapun, memang terbukti dah sihat.. sebab..dah terserlah kenakalannya... '' dia sengih sambil mengusap tangannya.. padan muka!

'' biarlah nakal.. tak salah kan? bukannya polis tangkap pun.. '' aku menajwab..

'' yelah..yelah.. tapi jangan lupa...temujanji dengan doktor isnin nie.. '' dia cuba mengelak dari terus bertekak denganku..

aku mengaru kepala.. '' dah sihat buat apa jumpa doktor lagi..? ''

'' hisshh..rawatan susulan tue kan penting.. manalah tahu fisya bukan kena demam biasa.. kena demam rindu ker.. hehehe..''

aku tarik muka melihat tawa rizal.. eee..geramnya aku tau tak..!

'' nway..ahad nie rizal baiki pintu tue ok? kalau nak buat pintu nie macam pintu gerbang pun boleh..'' kali ini aku tidak sempat mengelak. hidungku sudah menjadi mangsa cubitan rizal.. alah, tak sakit pun.. cubit-cubit manja.. tapi aku pura-pura merajuk.. saja nak minta dipujuk.. cewahh...hehe!

bila masuk bab cubit-mencubit nie.. aku teringat pulak kat hazwan.. kat sekolah dulu, dialah yang jadi mangsa cubitan tangan nakal aku.. entahlah..aku memang suka cubit dia.. memang seronok sangat.. bila dia pun dah mulai melawan.. aku jugak yang jadi mangsa.. haa..riuh-rendah satu kelas dibuatnya.. semuannya, gara-gara aku kejar dia sebab dia cubit pipi aku.. geram! tapi, aku manalah dapat kejar dia.. atlit sekolah lah katakan.. sudahnya, aku tercungap-cungap kepenatan dan dia pakat dengan donny ketawakan aku.. xper..xper.. ada hari aku balas!

hmm..hazwan memang selalu buat aku sakit hati.. hari tue, dia, donny dan kawan-kawan dia dari kelas sebelah simbah aku dengan air.. habis uniform sekolah aku basah lecun.. rupannya anne, judey dan mimie pun ikut bersubahat.. lepas saja aku disimbah dengan air, diaorang serang aku dengan tepung pulak.. betul-betul aku dah macam nak menangis.. tapi aku sikitpun tak marah hari tue.. bukan sebab apa.. tiba-tiba saja diaorang nyanyikan lagu ' happy birthday ' untuk aku.. and hazwan jadi pemain gitarnya..

huh..hari tue rupannya birthday aku.. diaorang kata tak boleh marah.. so, aku tak jadi nak nangis, tak jadi nak marah, tak jadi nak buat apa-apa.. hmm..nasib baik dah tamat waktu persekolahan.. kalau tak..aku nak mengamuk sakan jugak kat diaorang.. yelah, macam mana aku nak belajar dengan keadaan macam tue..??
akhirnya, aku jadi perhatian bila balik asrama dengan badan yang penuh dengan tepung.. tapi..aku tak peduli sebab..

'' birthday girl nie, comel dan seksi sangat hari nie.. macam princess snow white.. ''

hazwan yang cakap macam tue kat aku.. comel ape? dah macam hantu jer aku dibuatnya.. seksi? haa..siapa suruh simbah aku ngan air.. snow white? bukan..
princess tepung putih sebenarnya.. haha.. tapi sebab kata2 itulah aku dengan selambanya jalan balik asrama.. diiringi lagu ' happy birthday.. ' versi kitaorang..

happy birthday to you
always glad knowing you
and forever be with you
cuz you know we love you..

petang tue, kitaorang keluar pegi pekan and celebrate.. tak ada party besar-besaran, tak ada kek besar, cuma makan kfc jerk... itu jerk yang termampu..
aku, diaorang yang belanja.. yang lain tue, minta maaflah..kena bayar masing-masing.. aneh kan? sepatutnya aku yang kena keluarkan duit and belanja kawan-kawan aku sebab ini birthday aku.. tapi, memang beginilah tradisi kitaorang.. yang diraikan tak payah keluar duit.. tapi yang meraikan.. kena keluar duit masing-masing..

biasalah, student.. manalah ada duit sangat.. ini pun nasib baik ada duit biasiswa.. kalau tak, tak merasalah kitaorang makan kfc.. anne, judey dan mimie belikan bantal merah kecil berbentuk hati yang bertulis ' i love you ' untuk aku.. sweet sangat.. donny bagi aku frame kecik..comel.. hazwan bagi gelang..cantik.. kawan2 lain ada yang bagi kad, music box.. semuanya cute2 belaka.. tapi..aku tak pentingkan hadiah.. aku lebih suka macam nie.. berkumpul dan bergembira beramai2.. lagi best daripada terima hadiah tapi orangnya tak menunjukkan diri pun.. tak ada maknanya.. tak feel.. biar serba sederhana tapi best and seronok..! kan?

lagipun, harga persahabatan tak ternilai tau tak.. atas dasar persahabatan jugaklah, kami beramai-ramai didenda sebab balik lewat ke asrama.. didenda membersihkan dewan makan asrama selama seminggu..!! kesian kan? hehe!

ahh..manis sungguh kenangan tue.. rasa macam nak balik semula ke alam persekolahan.. aku senyum.. senyum selebar-lebarnya..

'' ehh..senyum sorang-sorang pulak.. '' perli rizal.. aku mencebikkan bibir.. suara rizal mengembalikan aku ke alam realiti.. realiti dimana aku bukan lagi bergelar budak sekolah.. tapi bakal bergelar mahasiswi.. suatu hari nanti..insya allah... but god..i miss that moment so much.. aku nak jadi budak sekolah lagi..!!!

'' oklah.. what should i do to make my princess feel better? ''

bulat mata aku memandangnya... '' nak kuar.. makan kfc and kek.. '' laju aku menjawab..

'' amboi.. betul nie? '' keningnya sudah berkerut..

'' tadi kata tak selera..''

'' tadi lain.. sekarang dah ada selera.. '' aku senyum penuh makna..

'' tak suka ker rizal masak? '' tanyanya serius..

'' ehh..siapa kata tak suka.. suka sangat tau.. lain kali fisya nak rasa lagi masakan rizal.. but..kali nie jangan letak garam lebih sangat tau.. ''

rizal terdiam.. kemudia meledak ketawanya.. '' bubur tadi ? ''

aku mengangguk.. dia ketawa lagi.. ntah apa yang lucunya.. bubur masin pun lucu ker?

'' itulah masakan orang mengantuk.. '' dia menjawab persoalanku..

kesiannya.. mesti dia terpaksa bangun awal dan memasak untukku... dalam diam aku menghargai kesungguhannya..
sekurang-kurangnya aku tahu.. mahu jugak dia kedapur untuk memasak.. yelah, lelaki kan malas masuk dapur.. masuk dapur pun atas sebab-sebab terpaksa,
iaitu sebab dah lapar sangat dan dah tak cukup budget nak makan kat luar.. betul tak?

'' takper.. thanks sebab susah payah masak untuk fisya.. tapi..jomlah gi makan kfc.. mengidam nie.. '' aku dah merengek diatas katil.. nak sangat makan kfc..

'' as your wish my princess.. jom kita keluar.. tapi isnin nie kena jumpa doktor tau..! ''

'' yeahhh... '' dan kali ini aku mengangguk sambil menjerit dan melompat kesukaan..

anne dari luar memandang dengan senyuman meleretnya.. alah...takkan anne nak jelez kot... walau bagaimanapun, aku tahu.. dia... dia.. dia... sukakan...
aku bersama rizal...hehehe!

--------------------end part 14------------------------

No comments: