Sunday, March 22, 2009

Jabat 14


Ibu jari kanan atau kiri..
Berselawat ketika memasukkan ibu jari tersebut ke langit langit - jika ibu jari kanan maka langit2 sebelah kanan. begitulah sebaliknya.

Dimulakan dengan ibu jari kanan-kemudian kiri berselang seli.
Pada setiap jabat diniatkan..mohon kepada ALLAH agar dikurniakan ISLAM, IMAN, dan EHSAN
Ketika buang - diniatkan tolak/buang kufur dan maksiat..

1.hati - naik keatas dan putar ke kanan sehingga bertemu..dan buang..
2.siku kanan
3.siku kiri
4.lutut kanan
5.lutut kiri
6.belakang tengkok
7.sulbi - naik keatas sekira separas pusat - (minta juga zuriat yang baik - benih laki2 terletak disini..klu perempuan di tharaid-antara dua tulang kat tengkuk)
8.urat tengkok (dr kanan direntas ke urat tengkuk sebelah kiri)
9.lidah
10.lubang hidung kanan
11.lubang hidung kiri
12.telinga kanan
13.telinga kiri
14.pusat (dua ibu jari ditemukan..lurut keblkg hingga bertemu..kembali kehadapan dan buang..)

"Bangsa lautan, bangsa daratan. kamu kena beralih dengan pesanan wali dan keramat.Kalau kamu tidak beralih kamu kena hancur seumpama garam hancur didalam air mutlak"..Ah!

Lakukan sebaiknya 40 kali samada selepas solat subuh/maghrib.

9 comments:

Ibnu_Sufi said...

salam.. nak tau ni amalan tuan ambil dari mana?

NAz said...

ada sanadnya,sila berjumpa dengan man-mana badal abjad untuk penerangan lanjut

AhmadPutra said...

Amalan ini diajar oleh seorg ustaz ketika menghadiri kursus syahadah.
Jabat 14 lebih merupakan amalan para wali dan bukanlah amalan rasullallah..berupa amalan seumpama doa memohon kepada Allah agar diselamatkan diri kita dari melakukan maksiat/kekufuran kpd Allah.
Mudah bicara amalan ini diamalkan oleh wali/alim pastilah bukan untuk menjatuhkan iman mereka tetapi pastilah bertujuan utk mendekatkan diri kepada sang Pencipta...Wallahuallam..

Anonymous said...

MashaAllah, bertaubatlah. Islam yang datang dari Allah disampaikan dengan baik dan sempurna oleh rasulullah. Kenapa nak tambah2 lagi. Cukup sempurna dah Islam.

AhmadPutra said...

Alhamdulillah ada yg komen lagi. maknanya semakin anda alert mengenai perkara ini.

Anonymous - Pertamanya ingin dinyatakan bahawa kesempurnaan Islam itu mmg tidak dipertikaikan pun disini. Sesiapa yg mempertikaikannya maka tertolak lah dia dari Islam yg sebenar.
(Wlupun ramai yg mengatakan Islam itu sempurna,tp padahal masih menolak sebahagian perkara dariNya)

Ingin diterangkan lg mengenai jabat 14 ini. Seperti diutarakan pd peringkat awal ianya bukanlah amalan nabi tetapi amalan para wali dan ahli sufi yg dekat dirinya pada Allah. Ianya lebih berupa doa.
Sebgai contoh, klu anda mahu ikhlaskan diri kpd amalan sedekah anda perlu bykkan bersedekah. Tiap kali pergi solat fardhu ke masjid galakkan bersedekah. mulanya mungkin rs susah tp kerana tlh membiasakan dr dgn perkara ini lama kelamaan ianya menjadi begitu mudah dan keikhlasan itu bertmbh.

Begitu juga cara meninsafkan diri. Disebut oleh para ulamak setiap malam tangisilah dirimu atas dosa yg kamu lakukan disiang hari. Bahkan ada ulamak yg mencatat setiap kesalahan mereka didlm diari diri utk dikenang dan ditangisi kesalahan itu dan berdoa agar tdk melakukannya lgi.

Begitulah halnya dgn jabat 14. 14tempat anggota yg perlu dijaga..kita mohon pd allah agar dijauhkan dr melakukan kerosakan dan maksiat.
Sbg contoh apabila kita hendak pergi ke tmpt maksiat, pasti kita teringat setiap hr kt tlh berdoa pd allah agar kaki ku ini tdk melangkah ke tmpt maksiat.
Jika ingin mencuri (maksiat tgn) kita teringat oh aku tlh berdoa pd allah agar tgnku ini tdk berbuat kerosakan..makanya itulah perihalnya jabat 14.
Doa utk memperingati..Diakui amalan ini tdk diturunkan dimana2 tmpt. Kerana takut disalah erti.

Sy catatkan disini kerana sedar, ilmu ini semakin hilang. Bila matinya ulamak2 maka ilmunya akan pergi bersamanya juga. Klu yg tinggal tu pun takut tahap kita memahaminya x sama dgn apa yg guru kita faham. Sbb itu kita kena berguru. Bertalaqah dan bertalai'

Wallahuallam

rahman_allstar said...

ALLAHU!

cmazipine said...
This comment has been removed by the author.
cmazipine said...
This comment has been removed by the author.
cmazipine said...

Memang betul bersilat, bergayung, jabat 14, jabat penimbul, jabat besi dan semua seni langkahan pertahanan diri itu yang ada nama atau tiada nama Nabi tak pernah buat dan tak ada dizamannya. Cuma Nabi memberitahu dosa dan pahala dalam amalan umatnya, samaada melalui perkataan, perbuatan atau denyutan lintasan hati, sentiasa dikira oleh Allah Taala dengan nama murtad, munafiq, zalim dan fasiq atau taat, patuh tunduk kepada Allah Taala.Latihan Amalan Pusaka Khalifah Wali Agama Islam samada jabat 14 atau lainnya daripada wirid jampi dan doa semua diambil daripada Tuanguru yang ulama sufi diambil daripada Tuangurunya seorang ulama’ sufi yang masyhur ada untaian salasilah guru tempat ambilan, Tuanguru kata semua latihan jabat itu dan lain-lain cara langkahan masuk dalam kata doa jasmani (iaitu satu cara latihan menolak apa-apa juga rupa bentuk jahat yang nampak dengan mata atau sebaliknya menerpa kearahnya, Tuanguru kata, tolak jahat maksudnya kufur & maksiat manakala menerima baik maknanya iman dan taat.Dikehendaki latihan ini seseseorang diri atau ramai-ramai berzikir, berjampi, berwirid dan berdoa tujuannya melatih lidah berkata-kata yang baik lebih banyak daripada berkata-kata yang sia-sia atau berhenti terus dari berkata-kata yang jahat