Thursday, July 29, 2010

Yg Ku Mahu pt5

“Kau sindir dia?”, Suraya mengangguk.
“Kau tak kisah ke kalau-kalau dia kecik hati ke?”, Suraya geleng kepala.
“Halaaaa....kalau setakat sindir macam tu pun nak kecik hati. Buang aje bin dekat nama tu. Benda macam tu bukan lah sensitif sangat. Biar padan sikit dengar muka dia tu. Biar dia tau cara-cara nak berbual dengan perempuan macam mana”,
“Eleee sekarang ni kau boleh la berlagak Sue. Sebab dia tak kenal kau cuma dengar suara aje. Cuba kalau dia kenal. Aku rasa mesti kau takut nak tengok muka dia”,
“Kalau kenal pun aku apa peduli”, Suraya menjeling pada Aina. Aina jungkit bahu. Tiba-tiba matanya mengenyit-genyit pada Suraya. Suraya yang kebingungan, muka berkerut seribu.
“Apa kena kau ni?”, Aina tersengih sambil muncung di hala menunjukkan seseorang dibelakang Suraya. Suraya menoleh. Wan Adli!

Terasa perutnya kecut. Wan Adli menuju ketempatnya sambil membawa satu kotak bin yang penuh dengan board reject. Ditarik kerusi berdekatan dengan Suraya. Dikeluarkan semua board dan disusun satu persatu di atas tray merah. Sesekali matanya memandang pada dua gadis dihadapannya. Senyum menguntum dibibir. Suraya kaget. Apa Wan Adli buat kat sini?. Isk! Aku pun bodoh dah tentu la tempat ini untuk tempat untuk merepair board. Wan Adli kesini untuk repair board reject. Aina tersenyum melihat Suraya kelu seribu bahasa. Aina lantas bangun meninggalkan Suraya yang masih dalam keadaan kaget. Suraya menoleh, Aina dah blah...mana pulak minah ni pergi?. Suraya bingung. Jikalau berhadapan dengan Wan Adli, dia akan mati akal. Tangannya memegang solder iron untuk memulakan kerja, dengan hati-hati di tekan mata solder iron pada part yang telah diletakkan solder dan tanpa sedar mata solder iron jatuh menimpa tangan.
“Aduhs!”, Suraya terjerit. Part yang dipegang tadi tercampak entah kemana.
“Kenapa?”, Wan Adli yang sedari tadi memerhati terus menghampiri Suraya. Suraya kecut. Kenapa lah mamat ni baik hati sangat nak tolong.
“Err its ok...takde apa-apa sikit je ni ”.

“Sure!”, Wan Adli merenung wajahnya. Suraya angguk. Dia tak mahu lelaki itu risau. Dibelek tapak tangan ada kesan melecur sebesar jari. Arghhhh!! sakitnya jeritnya dalam hati. Lelaki itu berlalu meninggalkannya dan kemudian datang semula membawa ubat sapu. Dihulurkan pada Suraya yang sibuk menelek tangan. Suraya tergamam di sambut ubat sapu dan senyum. Aku ingatkan di hilang tadi sebab pergi toilet atau ke mana-mana. Tapi rupannya di ambilkan ubat untuk aku.
“Thanks!”, Wan Adli senyum. Disambung semula kerja yang terbengkalai. Diperhatikan lelaki itu berlalu kemudian perlahan-lahan disapu ubat pada kesan melecur. Baiknya dia tak seperti yang aku gambarkan. Betullah kata orang bahasa tak mencerminkan sifat keseluruhan. Besok aku nak call dia lah.

Ditenungnya handphone ditangan dan tanpa lengah dipicit nombor telefon Wan Adli. Talian bersambung...
“Assalamualaikum!”, lembut suaranya menyapa
“Waalaikumsalam”, Suraya tersenyum.
“Kenal saya?”, soal Suraya menduga.
“Hemm..may be kenal. Apa khabar?”,
“Baik! Apa cerita?”,
“Cerita biasa. Pergi kerja balik kerja, makan tidur, tu je la”, Suraya mengekeh, buat lawak pulak dia nih.
“Itu yang biasa. Yang luar biasa tak ada ke?”,
“Emm so far yang luar biasanya, hari-hari berfikir macam mana la rupa awak”,
“Pardon me?”, Suraya menekapkan telefon lebih dekat dengan telinganya. Aku silap dengar ke. Dia guna bahasa ‘saya awak’.
“Berfikir rupa awak”, sekali lagi Wan Adli mengulang sebut.
“Saya?”, soal Suraya seolah kehairanan.
“Yup...awak la”, Suraya mengutum senyum. Dah berubah bahasa rupanya mamat ni.

Album gambar itu ditarik keluar dari dalam laci. Diselak satu persatu. Matanya terhenti pada satu wajah. Wajah yang dulunya pernah bertahta dalam hati. Wajah yang hilang tanpa khabar dan wajah yang mirip rupa Wan Adli. Suraya mengeluh...Zairul! ke mana agaknya dia berada sekarang?. Pertama kali melihat wajah Wan Adli, hatinya berdebar, fikirannya bercelaru. Betul ke yang dilihat itu Zairul. Tak mungkin Zairul ada disini. Di suruh hatinya bertenang dan pada Aina dia bertanya. Rupanya bukan Zairul tapi Wan Adli. Wajah mereka serupa dan hampir-hampir dia terlepas panggil Wan Adli dengan nama Zairul. Pintu bilik diketuk. Terkial-kial Suraya menyorokkan album gambar ke bawah bantal.
“Apasal lama sangat tidur ke?”,
“Tak lah tengah berangan”, Aina ketawa mengekeh. Dilihat bucu album gambar sedikit terkeluar dari bawah bantal. Aina tarik album dan diletak di atas riba.
“Kau ingatkan dia lagi ke?”, Suraya cuma menggeleng.
“Saja tengok gambar lama je”,
“Eleh jangan nak tipu la. Aku kenal kau bukan semalam Sue dah bertahun. Apa yang kau fikir pun aku boleh agak”. Suraya mengeluh. Aina sahabat karibnya memang tak boleh di tipu. Setiap tingkah nya pasti Aina tahu apa yang ada di fikirannya.
“Cerita lama Aina. Emm.. yang kau bertandang malam-malam kat bilik aku ni ada hal penting ke?”,
“Malam apanya baru pukul 9 lebih. Kau tu yang siang-siang dah bertapa dalam bilik ni. Aku nak bagi tahu kau pasal Wan Adli. Dari apa yang budak-budak cerita dia tu dah bertunang”,
“Betul apa yang kau cakap ni Aina?”.
“Betul la Sue, takkan aku nak tipu kau pulak”, Suraya diam. Diketap bibirnya bila mendengar berita yang baru di bawa oleh Aina.
“Kalau betul pun dia dah bertunang, itu bukan masalah aku”.
“Tapi Sue, aku takut kalau persahabatan kau orang ni boleh jadi lebih dari sahabat”,
“Takde la Aina, selagi aku kata kawan, tetap kawan tak lebih dari itu”,
“Aku cuma cakap je tapi selalunya itu lah yang akan terjadi. Aku rasa baik kau slow kan hubungan kau orang ni. Aku tengok pun dah lain macam je”,
“Lain macam, macam mana tu?”.
“Emm...kau sendiri boleh rasa Sue”, Suraya renung wajah Aina. Hubungan yang semacam. Iwan juga dah beberapa kali pesan dengan aku supaya jangan berlebih sangat. Entah lah! Suraya mengeluh, dirinya sendiri tak pasti apakah perasaan sebenar pada Wan Adli. Mungkin sekadar kawan je tak lebih dari itu.

“Macam mana ye nak kenal awak. Agaknya kalau berlaga hidung pun tak kenal juga”, Suraya mengekeh.
“Saya akan tutup mata dan dengar suara baru saya boleh kenal awak”,
“Serius ke nak kenal muka saya ni?”, dia cuba menduga lelaki itu.
“Serius la. Suara dah sebati dengan telinga tapi muka tak juga tahu macam mana”, Suraya diam. Kita dah selalu bertemu Wan Adli, cuma kau saja yang tak kenal aku.
“Betul ke awak dah bertunang”,
“Hello!”, sergahnya bila talian jadi sepi.
“Er ye..mana awak tau?”,
“Kalau dah minat semuanya kena ambil tahu”, kedengaran suara Wan Adli ketawa halus.
“Betul la tu”, Suraya terdiam. Entah kenapa perasaanya tiba-tiba sayu.
“Dah lama tunang?”, tanyanya lagi
“Lama la juga, ada la dekat 2 tahun”,
“Wow!...tapi kenapa sampai sekarang tak kahwin-kahwin”,
“Apa nak buat wak..pihak sana asyik bertangguh je. Takkan saya nak paksa pulak”,
“Habis tu bila lagi nak dilangsungkan?”,
“Saya ingat nak tunggu tahun depan je la senang. Saya pun baru je kerja kat sini. Confirm pun belum lagi. Kalau dah confirm senang sikit. Senang-senang dapat cuti kahwin seminggu lepas tu dapat pulak hadiah kahwin”, Suraya angguk. Memang betul la apa yang di kata Wan Adli. Dia punya perancangan sendiri. Suraya mengucap syukur. Sekurang-kurangnya dia ada masa 6 bulan lagi untuk dia mendekati lelaki ini sebelum dia menjadi suami orang. Ya Allah kau perkenankanlah hajat ku ini.

Yg Ku Mahu pt4

Gagang telefon dihentak kuat. Panasnya bahang bertekak masih lagi terasa. Dua tahun sudah berlalu, sikap Zairi masih tak berubah, masih lagi suka bertukar-tukar kerja. Kalau la aku kini bersama Zairul, bahagiakah aku?. Suraya menggeleng kepala. Sejak kejadian malam dulu, lelaki itu terus hilang dari hidupnya tanpa khabar. Berhari-hari juga dia menangis mengenangkan kasih yang tak kesampaian. Berhari-hari juga Laila memujuk dirinya agar berterusan bersama Zairi. Akhirnya dia menerima hakikat, dirinya dan Zairul tak ditakdirkan untuk bersama. Hatinya redha...
Lamunannya tersentak bila Kak Jijah meminta izin darinya untuk ke tandas. Kakinya melangkah lesu ke arah tempat kerja Kak Jijah. Perlahan-lahan tangannya mencapai kompenan yang harus di pasang pada board yang separuh siap dalam badan rangka besi. Tangannya tiba-tiba terhenti menekan skru, Zairul!. Nama itu terpacul keluar dari bibirnya. Jantungnya berdegup kencang. Lantas di siku Aina disebelah.
“Psst, makcik…siapa tu?”, Aina yang tersentak liar memandang mencari orang yang dimaksudkan.


“Siapa?”, soal Aina masih lagi terpinga.
“Tu….mamat yang baru je melintas depan line kita ni tadi”, panjang muncung Suraya ke arah seorang lelaki berkaca mata nun di hujung line sedang membelek board. Disisinya Mr Tam tekun melihat. Mesti ada board yang reject tu!.
“Ooo..tu maintenance baru kat SMT”,
“Aik..bila dia masuk, apsal aku tak kenal dia?”,
“Woih makcik..dia masuk minggu lepas, kan ke masa tu kau kena hantar kat Bangi traning sub con baru”,
“Ooo..”, panjang muncung Suraya sambil kepala nya terhangguk-angguk.
“Siapa nama mamat tu?”,
“Isk kau ni..aku rasa tok sah ler….kata budak sana dia tu sombong tak layan pompuan lansung”,
“Alah..nak dibawa ke mana la sangat sombong tu..”, Suraya menjuihkan bibir. Aina garu kepala.
“Emm..kalau tak silap aku dia tu kawan Iwan!”,
Iwan!. Mata Suraya bersinar. Senyum terukir dibibir. Matanya tak lepas memandang satu wajah nun dihujung sana. Wajah yang mengamit hatinya untuk mengenali, wajah yang saling tak tumpah macam Zairul. Isk! apa pun akan aku cuba berkawan dengan dia juga.

Iwan!...kakinya pantas menghampiri lelaki berambut kerinting itu. Lelaki itu sedang asyik menulis sesuatu di white board.
“Hi Iwan”, Lelaki itu menoleh. Sambil tersengih lelaki itu berlalu ke arah meja pula.
“Bila kau balik?”,
“Semalam, macamana line ni ok ke kau jaga?”,
“Eleh mesti ok punya, kau tengok je la dia orang macam mana. Tapi leceh sikit la bila sub con baru nak masuk, kena traning budak baru lagi”.
“Biasa la tu kan dah kerja kau…lain la macam aku boleh jalan-jalan bila aku nak”,
“Kau lain la technican…aku ni line leader”, Suraya senyum.
“Iwan aku nak tanya kau sikit…emmm budak baru tu kawan kau ke?”,
“Budak baru yang mana? Ramai yang baru masuk bulan ni”,
“Alah! Mantanance kat SMT tu…”,
“Ooo….ha apasal dengan dia pulak?”, Iwan pura-pura bertanya sedangkan dia tahu benar maksud di sebalik pertanyaan Suraya.
“Kawan kau ke?”,
“Ye la..kenapa?, ni mesti ada apa-apa ni”, Suraya tersenyum meleret. Merona merah pipinya dek terasa malu.
“ Takde apa just nak tau je”,
“Ye ke…kau tak nak tanya ke nama dia sapa?”, berderai ketawa Suraya bila di soal begitu oleh Iwan. Iwan turut ketawa.
“Kau Sue, macam la aku baru kenal hari ni….nama dia Wan Adli, budak Pahang.
Umur dia tua setahun dari aku je”,
“Kau ni Iwan buat aku malu je la…..emm kau kirim salam kat dia yek…kata aku nak berkawan”,
“Berkawan je…”,
“Yup! Just friend no sweet”, Iwan senyum menyeringa. Suraya dah pun hilang meninggalkan mejanya.

Wan Adli membelok motosikal ke arah tempat letak motosikal. Turun sahaja dari motosikal Yamaha Sportnya topi keledar diletak dalam bakul motosikal. Langkah dipercepatkan…jam ditangan dah menunjukkan pukul 8.15. Aduhs! Lambat lagi, mesti kena toucher dengan Tam lagi ni. Sampai di sisi mesin kedatangan, sekilas kad kedatangan di acukan pada sinar laser mesin. Selesai terus kakinya melangkah masuk kedalam bilik untuk menukar kasut antistatik. Pintu dibuka perlahan-lahan. Untuk sampai ke SMT dia perlu melalui line production yang ramai umat perempuan. Isk! Inilah perkara yang paling dia tak suka lakukan. Dengan muka merah padam menahan panas selamba kakinya melalui line production, terasa ada mata yang mengekori langkahnya. Nak ditoleh terasa malu...ah! perasaan je kot tapi memang setiap kali dirinya melalui kawasan itu tiap kali juga dirinya terasa diperhatikan. Dihujung pintu masuk nampak tercegat Iwan sambil tersengih.
“Ada awek kirim salam”, Wan Adli sekadar menangguk kepala. Tak sempat nak cakap apa, lagi pun fikirannya semakin berputar mencari alasan bila terpandang Mr Tam yang sedang bercekak pinggang di sisi mesin sub con baru model B6.

Mata Suraya tidak lepas dari mengekori langkah lelaki itu. Dia nampak Iwan berkata sesuatu, tapi Wan Adli sekadar menganggukkan kepala sahaja. Rasanya dah lebih seminggu Suraya berkirim salam tapi satu salam pun tidak berjawab. Ah! Memang dasar lelaki sombong agaknya, macam yang Aina kata. Suraya tersenyum…baru seminggu dia tak jawap salam, belum lagi sebulan, tak apa aku takkan putus asa.
“Camne Iwan?”, Iwan menjungkit bahu dan Suraya sendiri sudah tahu jawapannya bila dilihat cara Iwan.
“Emm…..kau kirim salam je la kat dia yek, aku tak kisah kalau dia tak jawab pun”,
“Ok aku takde masalah langsung pasal tu tapi kesian juga kau”,
“Aku tak kisah….nak kawan je bukan apa-apa pun”,
“Suka kau la Sue…insya Allah aku sampaikan”,
“Hari-hari tau jangan lupa pulak”, Iwan angguk kepala. Matanya mengekori langkah Suraya dan Aina. Suraya gadis technician, manakala Aina pula line leader sepertinya. Mereka dan kenal lama sejak dari mula bekerja di kilang ini. Seingatnya pada awal masuk kerja Suraya *****a sekadar line leader sahaja dan dia tak sangka gadis pendiam itu boleh naik pangkat dalam masa dua tahun sahaja menjadi technician. Bak kata Mr Tam, Suraya sememangnya layak berjaya kerana kesungguhan bekerja. Iwan menguntum senyum dan sememangnya Suraya juga bersungguh-sungguh untuk mengenali Wan Adli.

Suraya menolak pintu SMT dan dengan berhati-hati ditarik troli yang penuh berisi part elektronik. Alamak! tersangkut pulak troli ni. Dia membebel sendirian. Matanya liar mencari kalau-kalau ada orang yang boleh membantunya, tapi waktu hari minggu macam ni jarang ada orang. Ha! Ada pun umat. Didekati lelaki yang sedang asyik merenung mesin program.
“Elo!, boleh minta tolong tak?”, Lelaki itu menoleh. Wan Adli! Suraya terkedu. Seketika
terasa jantungnya berhenti berdenyut, mukanya pucat.
“Nak tolong apa?”, Suraya tersentak, perasan dirinya diperhati laju tangannya menuding ke arah troli yang berada di tengah-tengah pintu SMT. Wan Adli berlalu ke arah troli, ditariknya troli dengan hati-hati bimbang ada part yang pecah terkena pintu. Suraya berdiri tercegat seperti orang bodoh memerhatikan Wan Adli dan bila Wan Adli mengamit dirinya lantas dia berlari memegang pintu untuk memudahkan troli ditarik. Suraya diam memerhati. Dilihat tapak tangan Wan Adli merah akibat menarik kuat troli part.
“Ok dah!”, Suraya tersentak.
“Te..terima kasih”, jawab Suraya gugup.Wan Adli angguk dan berlalu meninggalkan Suraya yang masih dalam situasi terkejut. Ditampar pipinya sendiri. Sakit! Aku tak mimpi. Ish! Ini baru je bertentang mata aku dah kaku, agaknya kalau dia
ajak dating mahu aku pengsan. Suraya tersengih sendiri, ditolaknya troli perlahan-lahan sambil matanya melilau mencari bayang Wan Adli, mana pulak mamat ni, kejap je dah lesap?.

Wan Adli memerhatikan langkah gadis yang baru ditolong tadi. Dari balik mesin dia dapat melihat, panjang leher gadis itu memerhati sekeliling seperti mencari sesuatu. Apa yang di cari?. Wan Adli senyum dan dia teringat sewaktu mula ditegur oleh gadis tadi, tiba-tiba gadis itu terdiam dan wajahnya pucat. Kenapa begitu, muka aku ni ada iras-iras muka hantu ke?.Dan sewaktu menyerahkan troli ditangannya sekali lagi gadis itu terdiam dan gugup mengucapkan terima kasih.Wan Adli menggeleng kepala. Seketika fikirannya berputar. Oh! Ya siapa agaknya budak yang selalu kirim salam pada aku tu?. Dah senyap je tak ada salam lagi. Agaknya budak tu kecik hati dengan aku sebab aku pun tak pernah jawab salam. Emm…rindu pulak rasanya nak dengar salam dia.

Seperti biasa selepas menukar kasut antistatic, Wan Adli masuk ke kawasan production untuk menuju ke SMT. Matanya terpandang Iwan yang asyik menulis.
“Hi Iwan”, Wan Adli menyapa.
“Ha..hi, awal kau hari ni?”,
“Alahai..awal pun tak boleh?. Aku dah letih dengar Tam berceramah hari-hari”,
“Kau tu la. Macam mana Tam tu tak ceramah, kau lambat hari-hari. Kalau sebulan sekali tak pe la jugak”,
“Ye la tu. Kalau dah kesiangan nak buat macam mana. Lambat juga la jawabnya”,
Iwan geleng kepala. Dah memang perangai dari sekolah lagi macam tu, macam mana nak ubah dah jadi habit.
“Emm..Iwan…….err hari ni tak ada salam ke?”,teragak-agak mulutnya untuk bertanya.
“Aik! Tak pernah-pernah tanya kenapa hari ni pulak kau tanya?”, Iwan angkat kening.
“Saja”, Wan Adli garu kepala. Mukanya terasa panas. Malu! Iwan ketawa mengekeh. Dilihat wajah Wan Adli jadi merah.
“Dia tak pernah lupa, hari-hari dia pesan dengan aku. *****a aku je yang tak sempat jumpa kau”, Bibir Wan Adli mengukir senyum. Macam tak percaya je.
“Means hari ni pun?”, soalnya seakan tidak percaya.
“Ye la, semalam dia pesan dengan aku”, entah kenapa hati Wan Adli tiba-tiba berbunga. Terasa bangga pun ada, suka pun ada yang pasti dia sendiri tidak tahu apa perasaannya kala itu.
“Emm ok la Iwan. Kau kirim salam dengan dia balik, bagi tahu dengan dia takkan salam je takde makan-makan ke?’,
“Lebih-lebih pulak kau ni”, Wan Adli ketawa mengekah.
“Aku gurau je la..ok jangan lupa sampaikan. Aku tunggu balasan”, Iwan senyum. Nampaknya hari ni mesti Suraya melompat gembira. Lain macam pulak Wan Adli hari ni. Lantak kau orang lah!.


Wan Adli!...Suraya senyum. Tiga hari yang lalu Iwan sampaikan khabar yang Wan Adli mengirim salam. Saat itu hatinya berbunga indah. Kalau boleh mahu dipeluk sahaja Iwan. Kesungguhannya tak pernah gagal. Akhirnya kau mengalah juga Wan Adli. Suraya memberanikan diri menyuruh Iwan meminta nombor telefon Wan Adli dan hasilnya nombor telefon Wan Adli berada dalam genggaman. Ditekan-tekannya punat handphone. Dibelek nombor telefon Wan Adli. Patut ke aku telefon dia?. Nanti apa pulak Wan Adli kata tentang dirinya. Nanti dikata aku ni hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Itu pepatah lama, zaman sekarang zaman perigi mencari timba. Tapi sebagai anak gadis melayu pepatah tu masih berguna lagi. Digaru kepalanya, hatinya mula berkira-kira. Kalau setakat nak berkawan apa salahnya. Janji tak salah guna niat. Tanpa disedari jarinya menekan punat hijau menandakan nombor di dail. Dalam debar dia menunggu talian di angkat.
“Hello!”, satu suara garau menerjah ke gegendang telinganya. Suraya tergamam. Suara yang begitu asing untuk halwa telinganya.
“Assalamualaikum....Wan Adli!”,
“Waalaikumsalam..Wan Adli bercakap. Siapa tu?”, Suraya telan liur. Apa yang aku nak cakap ni. Suraya garu kepala yang tidak gatal.
“Apa khabar?. Emmm saya budak yang selalu kirim salam dengan awak tu”, Suara dihujung talian senyap seketika. Mungkin Wan Adli tengah berfikir.
“Oooo....ini la dia tuan punya salam tu ye. Apa khabar?. Selalu sampai salam baru ni dapat dengar suara”.
“Baik!..emmm minta maaf kalau saya mengganggu malam-malam begini”,
“Eh! Takde masalah langsung. Aku pun memang tunggu kau telefon. Nak juga dengar suara orang yang tak pernah give up kirim salam kat aku”,
Aku!. Suraya terkedu. Wan Adli menggunakan bahasa ‘aku kau’. Aik! Dia ni macam orang kurang ajar je. Tak tahu nak bersopan santun ke?.
“Tengah buat apa?”, tanya Suraya berbasi-basi.
“Saja lepak-lepak dengan member. Emm....kau budak yang mana satu ye”.
“Saya budak production ”,
“Bole tanya sikit tak. Kenapa nak kawan dengan aku?”, Suraya diam. Bila soalan itu yang di tanya dia akan mati akal untuk menjawab. Apa yang perlu dikata. Aku minat kat dia..isk! gila ke hape aku nih. Emm...muka dia handsome tu sebab aku nak kawan.
Isk! Lagi la gila....ermmmmm.
“Actually awak punya muka ada iras-iras orang yang rapat dengan saya dulu”,
“Ooo...takkan sebab itu je kot”.
“Yup..itu je tak ada niat lain. Tapi saya memang ikhlas nak kawan. Kalau awak tak sudi tak apa”,
“Eh! Sudi la. Selalunya yang aku tau la. Kalau orang beriya-iya nak berkawan tentu ada niat yang tertentu”,
“Terpulang pada awak nak mentafsir tapi niat saya memang begitu dan tak lebih dari itu” Suraya terasa panas. Kalau tak sudi nak kawan dengan aku cakap je tak payah nak tanya-tanya macam tu. Boleh buat aku sakit hati mendengar je. Macam mana la Iwan boleh kawan dengan orang macam ni.
“Emm ok la. Dah malam ni mesti awak nak tidur, lain kali kita boleh borak lagi. Tapi saya nak tanya satu soalan boleh?”,
“Boleh tak salah pun”,
“Ok..awak memang biasa guna bahasa ‘aku kau’ dengan semua orang ke?”,
“Ha’ah..semua orang aku guna macam tu tak kisah la laki ke pompuan ke”,
“Ooo gitu. Saya pun tak kisah bahasa apa awak nak guna dengan saya, saya tetap akan guna ‘saya awak’. Pada saya kalau guna saya awak tu nampak sikit yang kita ni berbahasa. Orang yang mendengar pun sejuk je. Ok ye Wan Adli...kita jumpa lagi. Assalamualaikum”, Suraya letak gagang. Ambik kau! Suraya senyum. Betul ke apa aku cakap dengan dia tadi. Arghh! Tak kisah la janji aku puas hati.

Yg Ku Mahu pt3

Kertas dihadapannya digenggam kuat-kuat. Rasanya ini kali ketiga Zairi berhenti kerja tanpa sebab. Bukan pernah minta pendapat, buat keputusan main ikut sedap rasa je. Apa gunanya aku sebagai teman wanita dia. Suraya ketap bibir. Zairi dihadapannya terasa kecil pada kaca matanya.

“Awak marah ke?”, tanya Zairi. Suraya mengeleng kepala. Kalau marah pun tak guna, kau tetap buat juga.
“Habis tu sekarang ni awak nak buat kerja apa pula?”, Zairi diam. Rokok ditangan dihisap tenang.
“Saya ambil sub kontrak kat Perlis. Satu projek boleh dapat $2000. Saya dapat tiga projek. Cuba awak kira berapa dapat?”,
“Tapi awakkan baru je kerja kat kilang tu. Kenapa tiba-tiba berhenti?”,
“Leceh la kerja kilang ni. Saya bukan suka sangat kerja makan gaji ni. Buat sakit hati je tengok perangai orang”,
“Tapi kerja kilang tu bukannya teruk sangat. Bulan-bulan dah gerenti awak dapat gaji. Kalau awak buat projek tu mana tau payment tak dapat. Apa nak jawab?”,
“Belum cuba belum tahu. Awak ni cepat sangatlah give up”, Zairi tersengih.
“Bukan give up tapi kalau asyik kerja lepas tu berhenti bila awak nak kumpul duit?”,
“Nanti saya kumpul la takkan itu pun awak nak marah”, Suraya ketap bibir. Nak kumpul konon tapi sampai kehari ni duit simpanan pun tak nampak hasilnya. Gaji yang ada hilang macam tu saja.
“Berapa lama awak kat Perlis?”,
“Tak tau, sampai projek habis la”, Suraya memandang laut yang berombak. Entah macam mana lagi nak dinasihatkan Zairi. Bertahun dia bersama lelaki itu, bertahun juga dia menelan rasa tak puas hati dengan sikap Zairi. Kasih yang dipupuk bertahun dulu kini terasa semakin pudar. Persefahamam antara mereka semakin kurang. Buat la apa kau nak buat...aku dah tak ambil peduli. Gomel Suraya dalam hati.

Baju yang baru kering dilipat kemas-kemas. Sunyinya bila Aina kerja shif malam. Tinggal la aku sorang-sorang. Zairi pula dah sebulan tak hantar khabar. Entah bila lelaki itu akan pulang kesini.Matanya masih terlekat pada skrin tv 21 inci. Siaran hari ahad tak menarik perhatiannya. Telefon berdering.

“Suraya ada?”, suara di hujung talian menerjah gegendang telinganya.
“Suraya cakap”, Suraya senyum. Dia kenal dengan suara itu. Zairul!.
“Ha, awak free tak sekarang ni?”, Suraya toleh pada pakaian yang masih belum dilipat.
“Free, kenapa?”, Suraya kehairanan.
“Awak keluar sekarang boleh. Saya tunggu kat depan BSN”,
“Awak kat mana ni?”, soalnya lagi.
“Kat area rumah awak la ni. Keluar tau, saya bagi masa 10 minit”, Klik. Belum sempat Suraya bertanya gagang dah diletakkan. Apa Zairul buat kat sini?. Dia kerja sini ke?. Pantas Suraya berlari kedalam bilik. Seluar track yang dipakai dilucutkan dan diganti dengan jeans. Argh! Baju t-shirt ni pun ok lah. Dibelek seketika wajah pada cermin. Bedak disapu ala kadar. Lipstik?. Tak payahlah dah malam bukan nampak pun. Suraya dah terpacak depan BSN. Mana Zairul ni?. Suraya tepuk dahi. Muka dia macam dulu lagi ke?. Kalau dah berubah macam mana?. Macam mana aku nak kenal dia?. Mamat ni pun satu tak bagi tahu dia pakai baju apa. Ish! Dia kenal aku lagi kot?.
“Dah lama tunggu?”, Suraya tersentak. Lelaki bertopi dengan tshirt biru menegurnya. Terbit senyum dibibirnya. Suara yang sama, wajah yang sama. Zairul masih sama seperti dulu. *****a rambutnya panjang diikat. Nampak lebih matang. Mereka berjalan kearah sebuah gerai yang berdekatan.

“Awak dah berpunya?”, Zairul memula bicara. Suraya angguk kepala. Zairul diam.
“Awak?”, tanya Suraya pula.
“Macam saya ni la siapa la yang nak”, suara Zairul sedikit layu. Suraya tersenyum.
“Elee ni mesti awak jual mahal ni”, Zairul ketawa.

Tapi ketawa itu hanya wujud dibibir. Dalam hatinya hanya Tuhan yang tahu. Hajatnya bertemu Suraya hanya kerana dulu ada perasaan yang tersimpan kemas dihatinya. Tapi bila jawapan itu yang diberi, hatinya hancur luluh. Sesekali dia mencuri pandang pada Suraya. Gadis itu masih tak berubah. *****a pipinya sedikit berisi. Lebih putih dari dulu. Kalau boleh nak digenggam jemari Suraya ketika tersentuh lengannya sewaktu melintas jalan tadi. Kalau boleh nak diselak rambut yang dimainkan angin malam didahi Suraya. Nakal betul angin ni. Zairul tersenyum sendiri. Hajat itu hanya tersimpan dalam hati dan tak mungkin dilakukan kerana gadis dihadapannya sekarang milik orang.

Sebaik kakinya memijak jalan raya, nun diseberang jalan Zairul melambai ke arahnya. Disebelah Zairul seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an turut tersenyum. Semalam Zairul tiba-tiba menelefonnya mengajak dia kesini. Bumi Melaka negeri kelahiran Zairul. Tanpa banyak soal dia menerima pelawaan Zairul. Suraya memandang sekilas bangku di perhentian bas. Disinilah aku menunggu Zairul dua tahun yang lalu. Dia senyum sendiri.

“Awak ingat lagi tak tempat ni?”, Zairul bersuara sebaik kaki mereka melangkah masuk ke dalam restoran KFC. Suraya angguk. Mana aku boleh lupa restoran KFC ni. Tempat kita mula-mula berdating.
“Kat sini la tempat kita orang mula-mula makan”, Zairul bercerita pada Yazid yang terpinga kehairanan.
“Dah lama kenal Zairul?” Yazid bersuara sebaik saja Zairul bangun pergi mengambil pesanan. “Dah lama tapi jarang jumpa”,
“Zairul tak pernah cerita dengan abang pun pasal Suraya”. Suraya senyum. Buat apa bercerita kalau dia dan aku *****a ada kisah lama.
“Saya dengan Zairul *****a kawan baik je”, jawabnya perlahan. Yazid mengerut dahi memandang Suraya untuk mendapatkan kepastian.
“Abang tak caya lah”, Suraya menjungkitkan bahu. Terpulang!.
“Suraya dah kahwin?”, Yazid bertanya lagi. Suraya geleng kepala.
“Dah tunang?”, Suraya geleng lagi sambil tersengih. Geli hatinya dengan soalan Yazid. “Zairul ada bagi tahu yang dia baru putus tunang?”, Suraya menggeleng. Wajahnya berubah. Zairul dah pernah bertunang!!. Kenapa dia tak pernah bercerita pasal ni. Air wajah Suraya yang tadi ceria keruh tiba-tiba.

“Tadi masa dia ajak abang jumpa Suraya. Abang ingat mestilah kawan dia tu lelaki. Tapi tak sangka pulak perempuan”,
“Kenapa pulak?”, Suraya kehairanan.
“Sejak dia putus tunang, dia tak pernah keluar dengan mana-mana perempuan. Sebut pun tak pernah. Itu yang bila dia ajak jumpa Suraya, abang terkejut. Zairul tu susah sikit nak dekat dengan perempuan, dia tu pemalu”,
“Pemalu?”, Suraya geleng kepala ketawa. Aku tengok Zairul tu macam muka tak tahu malu ada la.
“Dia dah biasa dengan Suraya memang la tak ada pemalunya. Tapi terus terang abang cakap dia memang susah nak rapat dengan perempuan”, Suraya *****a tersenyum mendengar cerita Yazid.
“Abang tanya satu soalan boleh?”, Suraya angguk.
“Dah lama kawan tak ada ke perasaan lain?”, Suraya ketawa.
“*****a kawan je tak lebih dari itu”, Yazid geleng kepala. Diusap janggutnya yang sejemput. Suraya angkat kening. Kalau aku ada perasaan pun bagaimana pulak dengan Zairul. Dia ada perasaan macam tu ke untuk aku?

“Abang dulu pernah berpisah dengan wife abang dua tahun. Lepas tu jumpa balik. Agaknya memang jodoh abang dengan dia. Abang tak tunggu lama terus masuk meminang dia. Abang tak nak dia hilang sekali lagi”,
“Anak dah berapa?”, tanya Suraya, dia semakin berminat kisah hidup Yazid.
“Seorang je, tak lama lagi keluar lagi seorang”, Yazid tersengih.
“Dah berapa lama kahwin?”, soalnya lagi. “Anak yang sulung dah lima tahun. Maknanya dah tujuh tahun agaknya la. Kalau Zairul kahwin dah tentu ada anak seorang sekarang. Betul tak Rul?”. Disiku Zairul disebelah.
“Apa aku pulak ni?”, Yazid ketawa mengekeh.
Dijeling Suraya dihadapannya yang sedang menyedut minuman dengan tenang.
“Bila lagi nak bawa Suraya jumpa family kau”,
Zairul terbatuk. Cepat-cepat disedut coca cola untuk melegakan tekak. Yazid menepuk bahunya. “Dia kawan aku la”,
“Kawan ke?. Suraya dah ada pakwe tapi belum bertunang kan?”, Suraya angguk. Dia hanya menjadi penonton melihat perbualan Zairul dan Yazid.
“Dah ada pakwe belum tentu dia akan kahwin dengan pakwe dia”,
“Kau gila ke Yazid”, Yazid ketawa lagi. Zairul bangun pergi mengambil tisu. Suraya yang menyedari maksud kata-kata Yazid mula tak senang duduk.

“Suraya anak keberapa?”, soal Yazid menyambung perbualan yang terhenti.
“Tiga”, persoalan Yazid dijawabnya sepatah.
Suraya nombor tiga. Kau Rul nombor dua. Orang tua-tua kata kalau nombor dua dengan nombor tiga bertemu memang serasi. Sebab dua tu unsur air dan tiga tu unsur tanah. Kalau bercampur dua tu mesti boleh serasi”, Suraya diam. Dia hanya mendengar Yazid bercerita.
Sesekali matanya dikerling pada Zairul yang turut menjadi pendengar setia cerita Yazid.
“Betul ke macam tu?. Kau saja buat cerita kot”, Zairul menyampuk.
“Betul, buat apa nak reka-reka. Ini cakap orang tua-tua . Contoh la kan kalau kau kahwin dengan Suraya, gerenti boleh bahagia sebab unsur kau berduakan serasi”,
“Itu orang yang bercakap. Serasi ke tak tu hati masing-masing”, Yazid tersengih. Suasana sepi seketika. Masing-masing melayan perasaan.
“Abang bukan nak puji Zairul ni. Tapi kalau Suraya kahwin dengan dia abang jamin Suraya bahagia sebab Zairul ni baik. Susah nak cari orang macam dia ni”, Yazid kembali bersuara menghidupkan suasana yang sepi.
“Jangan dengar cakap Yazid ni dia memang suka buat cerita”, Zairul mencelah.
“La..kau tengok. Aku cakap yang betul ni. Bila lagi Rul. Aku tengok Suraya ni pun tak ada cacat cela. Semua cukup. Apa yang kau nak lagi”,
“Apa yang kau mengarut ni Yazid”, Zairul bangun lagi menuju pula ke sinki mencuci tangan. Yazid hanya ketawa manakala Suraya terpaku mendiamkan diri. Terasa mukanya panas berbahang.

“Saya nak pergi main bola. Awak duduk rumah abang Yazid. Nanti petang saya datang hantar awak balik”, Suraya mendengus. Pesanan Zairul ditelannya dalam ngomelan. Janji boleh tengok alih-alih tak boleh pulak.

“Kan ke semalam awak janji saya boleh pergi?”, Suraya mengingatkan Zairul.
“Itu semalam. Hari ni tak boleh”, Zairul menggeleng sambil menoleh pada Suraya ditempat duduk belakang. Mereka hanya berdua didalam kereta manakala Yazid keluar sekejap bertemu kawannya.
“Kenapa tak boleh?, saya nak tengok je”,
“Jangan la degil. Duduk je kat rumah. Lepas main saya janji datang ambil awak”,
“Saya nak tengok jugak”, Suraya seakan merayu. “Tak boleh”, jawab Zairul perlahan.
“Kenapa?”, Suraya bertanya untuk dapatkan kepastian.
“Nanti awak ada saya tak boleh main”, perlahan Zairul menjawab tapi jelas dapat didengari dek Suraya. Suraya tepuk dahi. Aku bukan nak buat kacau *****a nak tengok je. Tak paham aku dengan Zairul ni.
“Nak pergi juga”, Suraya mendesak lagi. “Ok-ok...macam ni lah...kalau Yazid masuk dalam kereta ni bermakna awak tak boleh pergi”, “Mana boleh tak adil”, Pantas dicubit lengan Zairul seraya melihat Yazid datang kearah kereta untuk memandu pulang. Zairul ketawa mengekeh melihat wajah Suraya masam mencuka.

“Apalah salahnya dia tengok bola tu sekejap”, Yazid kehairanan.
“Aku kata tak boleh la. Bapa dengan adik aku ada kat sana”,
“Ha! lagi la elok boleh kenal-kenalkan kat dia orang”, Yazid geleng kepala. Suraya nak tengok bola pun Zairul tak izinkan. Bukannya Suraya tu pasukan lawan ke apa ke yang dia beriya-iya sangat tak bagi datang. Ish! Tak paham aku.
“Sue, nanti ikut abang bawa pergi tengok bola tu”, Suraya sedikit melonjak gembira. Anak sulung Yazid dipangku atas riba. Zairul menjeling kearahnya. Kita nak tengok je la bukan nak kacau awak. Wekk! Suraya jelir lidah.

Keluar dari bilik, Hasnah isteri kepada Yazid, memanggilnya kemeja makan.
“Kak Nah tak makan sekali?”, tegur Suraya bila melihat hanya sekeping pinggan tersedia di atas meja makan.
“Makan la akak dah makan tadi”, Hasnah yang sedang sarat mengandung menatang semangkuk air pencuci tangan. Ditarik kerusi duduk dihadapan Suraya. Dengan penuh tertib lauk dicedok ke dalam pinggan, lantas nasi disuap perlahan ke dalam mulut.
“Rul dah bawa Sue jumpa mak dia?”, Suraya tersedak. Terasa ada benda yang tersekat dikerongkongnya. Pantas dicapai air yang dihulurkan Hasnah.
“Saya *****a kawan je kak”, Hasnah menggeleng. Budak-budak muda sekarang semua dah pandai berlakon. Dah rapat macam tu pun masih nak nafikan berkawan. Baru tadi dia ternampak Zairul mencuit hidung Suraya ketika Suraya menghantar Zairul dimuka pintu rumahnya. Zairul pulang sebentar kerumahnya dan akan kembali semula kesini untuk mengambil Suraya.
“Ibu..ibu”, Anak sulung Hasnah berlari-lari ke arah ibunya sambil memegang sekeping gambar. “Ibu ini Cik Rul”, jari comel itu menunjukkan gambar Zairul berpakaian bola. Suraya curi pandang.
“Tunjuk kat Cik Sue gambar siapa tu?”, Aiman menghulurkan gambar pada Suraya.
“Ini Cik Rul”, mulut comel itu berkata. Suraya tersenyum. Diusapnya kepala Aiman.
“Yang ni siapa?”, Hasnah menuding jari pada Suraya.
“Ini awek Cik Rul”, sekali lagi Suraya tersedak. Disuap nasi selaju yang boleh. Tak dipedulikan renungan Hasnah pada dirinya. Dia sedar ahli rumah ini sedang keliru tentang hubungannya dengan Zairul.

Suraya melambaikan tangannya pada Kak Hasnah dan Abang Yazid yang berdiri di pintu pagar rumah mereka. Suraya tersenyum. Dia gembira sekali dapat berkenalan dengan pasangan suami isteri itu. Melayan gelagat anak sulung mereka, Aiman yang semakin lasak sedikit sebanyak membantu dia melarikan diri dari persoalan Kak Hasnah. Ditoleh pada Zairul yang tenang memandu.

“Saya rasa la kan, Abang Yazid dengan Kak Hasnah dah salah anggap pasal kita. Ada ke kita dikatanya pakwe makwe. Nasib la Aiman ada, dapat jugak saya larikan diri sebab Kak Hasnah suka soal macam-macam pasal awak dengan saya”, Suraya ketawa. Teringat dia peristiwa sewaktu dimeja makan bersama Kak Hasnah.
“Saya rasa elok kita berkawan sampai sini saja”, Senyum yang tadi menghiasi bibir Suraya hilang tiba-tiba.
“Kenapa?”, dahinya berkerut, hairan dengan kata-kata Zairul.
“Awak kepunyaan orang. Tak baik keluar dengan lelaki lain. Nanti apa teman lelaki awak cakap”,
“Dia tak tahu semua ni”, pantas Suraya memotong percakapan Zairul. Dirasakan perbualan antara mereka terasa ada sedikit kelainan.
“Elok la dia tak tahu tapi sebelum dia tahu elok kita hentikan hubungan ni. Saya tak nak awak jadi mangsa keadaan besok”, Suraya mengerutkan dahi. Kenapa ini yang dia dapat sedangkan hubungan yang dulu hilang baru nak berputik semula. Dipandang wajah Zairul disebelah. Wajahnya yang sedikit kelam dek cahaya malam tapi jelas dimatanya lelaki itu serius dengan apa yang dikatakannya.
“Kita kan kawan?”, Suraya cuba mengubah suasana perbualan.
“Memang kita berkawan dan saya tak nak dari kawan tu jadi lebih dari yang kita sangka”, Suraya terdiam. Jawapan Zairul sedikit sebanyak menimbulkan pertanyaan dalam dirinya.
“Apa maksud awak?’, Zairul diam. Dia cuba mencari ketenangan untuk memulakan bicara.
“Awak boleh tengok apa yang Yazid dan Kak Hasnah cakap pasal kita kan. Awak boleh nilai sendiri”, Suraya terdiam sambil matanya tepat memandang jalan yang gelap.
“Tapi awak juga yang cakap kan. Orang lain *****a boleh memandang, orang tak tahu apa yang kita rasa. *****a kita saja yang tahu apa yang ada dalam hati kita”, Zairul diam. Di iyakan kata-kata Suraya.
“Malam lepas saya bertemu dengan awak, Zairi datang berjumpa saya. Dia dah ceritakan semuanya”, Suraya terdiam.
“Hampir-hampir juga kami nak bertumbuk tapi nasib kawan dia ada menghalang”. Suraya memandang Zairul. Betul ke apa yang didengar? Dia tak pernah menyangka yang Zairi mengekori dirinya.
“Dia sayangkan awak Suraya”, Suraya mengetap bibir. Dia geram dengan tindakan Zairi.
“Awak tahukan Zairul selama ni apa perasaan saya terhadap awak?”, Zairul diam tanpa sebarang reaksi.
“Saya anggap awak kawan saya”, Suraya senyum mengejek. Dia tahu Zairul menipu.
“Tolong jangan menipu diri sendiri. Awak tahu atau memang awak sengaja buat-buat tak tahu” Zairul terdiam. Suraya seolah-olah menyindir dirinya.
“Habis tu awak ingat selama ni saya tak ada perasaan?”, suara Zairul sedikit keras.
“Apa guna perasaan awak tu kalau ada perempuan lain lebih dulu dalam hati awak” perlahan Suraya bersuara. Keadaan sekarang dirasakan semacam tegang.
“So awak nak tahu lah ni apa perasaan saya pada awak?”, Suraya diam bila suara Zairul mula meninggi. Kereta yang tadi laju tiba-tiba perlahan.

Zairul masuk pada satu simpang yang gelap. Bila dah berjalan agak jauh dari jalan besar dimatikan enjin. Lampu kereta ditutup. Suraya gugup. Dipandang sekeliling yang penuh dengan pokok kelapa sawit. Sesekali bunyi unggas menyeramkan perasaannya. Hanya cahaya bulan yang menerangi suasana. Dipandangnya sekeliling yang gelap kemudian matanya bertembung dengan mata Zairul yang asyik memerhatikannya. Suraya mula mengigil. Bermacam persoalan bermain difikirannya. Zairul tersenyum. Dia tahu apa yang sedang bermain dikepala gadis itu sekarang. Zairul mengeluh. Suraya menoleh. Telinganya dapat mendengar keluahan berat yang keluar dari mulut Zairul. Suraya tersentak bila Zairul memegang jemarinya. Pantas disentap tangannya.

“Awak nak buat apa ni?”, Zairul menggelengkan kepala.
“Awak nak tahukan apa sebenarnya perasaan saya?”, Suraya angguk. Lelaki itu menarik jemarinya semula dan mengenggam erat ke dada. Dibiarkan tindakan Zairul.
“Saya menyintai awak sejak mula lagi kita berjumpa. Awak ingatkan?”, Suraya angguk. Terimbas kembali dilayar matanya detik perkenalannya dengan Zairul dirumah Laila.
“Saya ikhlas terhadap awak tapi saya tak mahu terlalu cepat takut dikata gelojoh. Saya cuba rapat dengan awak tapi awak tiba-tiba hilang. Kemana awak?”, Suraya diam. Dia tahu permasalahan ini bermula dengan tindakannya dulu. Perlu ke aku ceritakan pada kau Zairul, bagaimana kecilnya aku pada pandangan mata ibu kau. Bagaimana rendahnya taraf aku sebagai pekerja kilang.
“Tapi betul ke awak pernah bertunang?”. Zairul diam.
“Itu emak saya yang buat pilihan. Saya terima dengan harapan dapat melupakan awak. Tapi sangkaan saya salah. Saya tak boleh berpura-pura menerima dia sedangkan dalam hati saya hanya ada awak’, Hati Suraya tiba-tiba sebak. Nama kau juga tak pernah hilang dari hati aku Zairul. Ternyata kita mempunyai perasaan yang sama, *****a keadaan yang berbeza menghalang perasaan kita.
“Dua tahun saya cari awak. Dua tahun saya simpan rasa dalam hati saya. Bila dah dapat berjumpa awak harapan saya agar dapat memiliki awak semula. Tapi apa yang saya dapat?”, Suraya tunduk.
“Saya sayangkan awak Suraya. Terlalu menyayangi awak, tapi ada orang yang lebih menyayangi awak. Saya terlambat. Saya sedar kehadiran saya dalam hidup awak dah menganggu satu hubungan”,
“Tapi saya ....”, ayatnya mati di situ bila jari Zairul menyentuh bibirnya.
“Syhhh!!!”, Zairul mengarahkannya untuk tidak bersuara.
“Saya tahu apa yang awak rasa. Dan demi saya, awak balik lah pada teman lelaki awak”, Suraya menggeleng kepalakan. Bibirnya terkunci. Air matanya mula bergenang. Kau tak tahu apa yang terjadi antara aku dengan Zairi sekarang.
“Saya faham dan saya terima kehendak takdir hubungan kita sampai di sini”. Suraya geleng lagi. Dia tak sanggup kehilangan Zairul untuk kali kedua.
“Tapi janji kita masih kawan lagi kan?”, bergetar suaranya menahan sebak yang semakin memenuhi jiwa. Zairul angguk. Tapi hakikat yang ada dalam hati lelaki itu dia mahu jauh dari Suraya. Jauh dari hidup dan hati gadis itu.
“Saya terlalu sayangkan awak”, Perlahan-lahan ubun-ubun kepala gadis itu dikucup. Air mata Suraya jatuh satu persatu. Dia tahu Zairul berbohong. Selepas ini pasti lelaki itu akan lari dari hidupnya. Pasti lelaki itu pergi jauh dari sisinya. Dia menangis semahu-mahunya.

Yg Ku Mahu pt2

Bantal kecil dipeluk erat, hatinya teringatkan Zairul...jatuh cintakah aku?. Semalam dia berbual dengan Zairul dan genap seminggu mereka sudah keluar bersama. Suraya akui dia cukup suka berkawan dengan Zairul.
“Awak pernah bercinta?”, Suraya mengelengkan kepala. Nak bercinta dengan aku ke?.
“Saya baru saja putus cinta”, perlahan Zairul berkata tapi masih dapat didengar dek Suraya.
“Ye ke...patut la macam muka frust menonggeng je. Macam mana boleh jadi macam tu?”, Zairul beralih tempat duduk di sebelah Suraya sambil matanya menyorot menyapu pemandangan laut Cina Selatan. Suraya mengensot sedikit dari duduknya untuk memberikan ruang duduk pada Zairul.
“Dia berkahwin dengan orang lain. 4 tahun berkawan rupanya masa dia berkawan dengan saya dia dah bertunang”,
“Awak kecewa?”, Zairul mengelengkan kepala.
“Dah tak ada jodoh”, hambar jawapannya. Suraya tersenyum. Itu lah tabahnya orang lelaki bercinta. Cukup senang menerima hakikat berbanding perempuan. Sikit-sikit menangis sehingga lebam biji mata. Suasana sepi seketika.
“Saya suka berkawan dengan awak”, tiba-tiba suara Zairul memecahkan kesunyian.
“Ye ke..saya pun suka juga. Awak tak mahu cari penganti?”, tanyanya sekadar untuk menduga.
“Belum buat masa ni. Saya serik!”,
“Tak baik macam tu, bunga bukan sekuntum”, dicubanya lagi menduga hati lelaki itu. Zairul hanya diam membisu.
“Awak nak tahu...nama dia lebih kurang dengan nama awak, Surya”,
“Ooo...jangan awak samakan saya dengan dia sudahlah”, Suraya ketawa.
“Awak kawan saya, kalau iya pun awak marah ke?’, persoalan Zairul membuatkan tawanya terhenti. Ada maksud di sebalik kata-kata Zairul. Cepat-cepat dia bangun dari tempat duduk. Dia malu bila direnung begitu oleh Zairul.

“Sampai rumah jangan lupa call saya ye”, pesan Zairul. Suraya angguk dan bas meluncur meninggalkan Bandar Melaka. Hujan turun mencurah mengiringi angannya. Suraya tersenyum sendiri. Tak dipedulikan bila penumpang disebelah melirik ke arahnya. Mesti dia kata aku gila tersenyum sorang-sorang. Sampai sahaja di rumah, terus dia menerpa ke arah telefon. Di dail nombor telefon Zairul yang sememangnya sudah terpahat dalam kepalanya.
“Hello....Zairul ada?”, sebaik gagang diangkat pantas mulutnya bersuara.
“Siapa ni? Ada hal apa nak bercakap dengan dia?”, Suraya terdiam seketika. Suara garau perempuan yang menjawab panggilan itu menekan perasaannya. Ibu Zairul ke?.
“Tak ada hal penting makcik, *****a nak bercakap sahaja”,
“Kalau tak ada hal penting tak payah la bercakap. Cakap aje dengan makcik”,
“Zairul ada ke?’, soalnya semula.
“Dia ada tengah tengok tv. Makcik malas nak ganggu dia. Lagipun dia penat agaknya sebab baru balik tadi”, Suraya diam. Memang la penat sebab dia baru keluar dengan aku tadi. Takkan nak cakap sekejap pun tak boleh.
“Saya nak cakap sebentar boleh?”, Suraya cuba meminta keizinan, mana tahu kalau-kalau wanita itu tergerak hati untuk memanggil Zairul.
“Cakap aje dengan makcik. Makcik tak nak kacau dia”, suara wanita itu sedikit tegas.
“Tapi Zairul yang suruh saya call dia”, Suraya cuba memberi alasan kukuh, berharap sangat agar ibu Zairul membenarkan Zairul bercakap dengannya.
“Dah lama berkawan?”, giliran wanita itu menyoalnya.
“Baru”, Suraya dah mula tak senang hati. Cara soalan itu ditanya membuatkan dirinya rasa tak senang duduk.
“Kamu orang mana?”,
“Seremban makcik”, sepatah dia menjawab. Ada sedikit ketegangan dalam suara wanita tersebut.
“Kerja apa?’, suara itu menyoalnya lagi.
“Kerja kilang saja makcik”, Suraya jawab perlahan. Hatinya sedikit terguris dengan pertanyaan itu. Dia mula sedar ibu Zairul seperti tidak menyukainya.
“Makcik tak suka Zairul berkawan dengan orang sembarangan. Emm...apa yang nak di cakapkan dengan Zairul tadi?’,
“Tak apa lah makcik. Kirim salam saya pada Zairul. Assalamualaikum!”, Tanpa mendengar wanita itu menjawab salam, gagang telefon telah diletakkan. Ibu Zairul ke tadi?. Hatinya di serang gelisah. Apa maksud kata-kata ibu nya tadi?. Dia tak suka aku atau dia memang tak suka Zairul berkawan. Atau pun dia memandang rendah perempuan kilang seperti aku. Menitik setitis air matanya. Suraya masuk ke dalam bilik. Di ambilnya buku kecil dalam laci. Tiket yang waktu dulu tertulis nombor telefon Zairul, dikeluarkan dan di campak keluar tingkap. Tiket itu basah ditimpa hujan. Kalau itu yang ibunya nak...cukup sekali itulah panggilan terakhir aku untuk Zairul.



Laila menghampiri gadis yang duduk berteleku dibawah meja. Ada sesuatu yang tak kena pada Suraya. Sejak pagi tadi diperhatikan Suraya yang selalunya gembira tapi hari ini gembiranya lain dari hari-hari biasa. Cara Suraya ketawa dan bergurau membuatkan hatinya risau. Tadi bukan main suka, alih-alih terperosok kat bawah meja sorang-sorang.
“Boleh akak tau apa masalah hari ni?”, Suraya dikejutkan dengan kehadiran Laila. Di anjakkan sedikit punggungnya memberi ruang untuk Laila duduk disebelahnya.
“Saya ok”, jawabnya sepatah. Laila tersenyum. Kalau dah begitulah jawapannya memang sah budak ni ada masalah.
“Akak tahu kau ada masalah. Hari ni kau ketawa lebih-lebih, itu tanda kau ada masalah. Akak bukan kenal kau satu hari tapi dah lama”, Suraya menoleh pada Laila disisi. Mengenali Laila selama dua tahun cukup membuatkan dia rapat dengan gadis berusia 28 tahun itu. Sejak hari pertama kakinya menjejaki ke kilang ini, dia menjadi teman Laila. Sejak itu juga segala isi dihatinya dikongsi dengan Laila. Dia tak boleh menipu atau berpura dengan Laila.
“Zairul!”, Perlahan nama itu diungkap.
“Ha.. apa khabar dengan budak tu?”, Suraya tertunduk. Satu persatu apa yang terpendam dihatinya diluahkan pada Laila. Laila tunduk membisu seketika.
“Entahlah Sue, kalau itu yang dah kau rasa akak tak boleh nak halang. Tapi cuba la lupakan”, Suraya menggelengkan kepala. Walaupun perkenalan dengan Zairul tak sampai sebulan. Namun nama lelaki itu sudah semacam terpahat dihatinya.
“Saya sayangkan dia”, Hanya itu yang mampu diluah. Entah kenapa begitu cepat dia menyayangi Zairul sedangkan mereka baru mengenali diri masing-masing.
“Tapi Zairul tahu ke kau sukakan dia?”, Suraya geleng. Dia tak pasti lelaki itu mempunyai perasaan sama seperti dirinya atau tidak.
“Kau dengan Zairul baru nak bermula . Kalau ditinggalkan pun tak ada kesan apa-apa. Masing-masing belum meluahkan. Cuba la Sue...cuba terima orang yang menanti kau”, Suraya geleng. Hatinya tak rela menyingkirkan Zairul dari kamus hidupnya. Zairul semacam serasi dengan dirinya.
“Siapa yang menunggu?”,
“Zairi...dari dulu akak tengok dia bersungguh-sungguh nak kan kau. Cuba la terima dia. Sekurang-kurangnya dapat lupakan Zairul!,” Zairul!. Sekali lagi nama itu diungkap perlahan. Hatinya sebak. Nama itu yang mungkin hanya akan tinggal nama. Haruskah aku melupakan dia yang dah aku sayangi.


“Kau sakit ke?”, Seha, kakak sulungnya menyapa ketika dia tengah duduk diruang tamu. Digelengkan kepalanya.
“Semalam abang long kata kau muntah-muntah. Dah pergi klinik?”, Suraya angguk kepala. Semalam pulang dari kerja kepalanya pening. Doktor kata perutnya kosong.
“Aku ingat kau mengandung”, Pantas Suraya menoleh pada wajah kakak sulungnya itu. Seha hanya tersenyum.
“Kenapa fikir sampai ke situ?”, soalnya penuh keraguan.
“Along gurau je. Budak zaman sekarang semua dah pandai. Macam-macam boleh jadi kalau tak pandai jaga diri”, Suraya diam. Memang dia dengan Zairi dah terlalu lama berkawan tapi itu bukan syarat dia boleh diperlakukan.
“Sue....along rasa elok kau cari rumah lain sementara along nak bersalin ni”, Kakak sulungnya itu memberi pendapat. Suraya tunduk, diam faham dengan tujuan Seha. Memang kalau di ikutkan hatinya tak mahu lagi duduk dirumah ini.
“Along bukan nak menghalau kau tapi apa orang kata bila along takde nanti kau tinggal berdua je dalam rumah ni. Orang lelaki ni bukan boleh percaya sangat”,
“Nanti Sue cuba cari rumah lain”, Along angguk. Semalam selepas balik dari kerja dia dengar bunyi bising dari bilik along. Bila di amati betul-betul rupa-rupanyanya along bergaduh dengan suaminya.
“Abang Long pukul kau lagi ke?’, Suraya menyentuh pipi Seha. Seha diam. Dilarikan pipinya dari disentuh jemari Suraya. Semalam mereka bergaduh besar hanya kerana masalah kewangan dan Suraya dijadikan punca. Akibat dari mempertahankan adiknya, dia menerima satu penampar dipipi.
“Suraya tu dah rosak. Aku tau Zairi yang rosakkan dia”,
“Abang tak elok menuduh adik saya macam tu”,
“Kau adik beradik sama je. Tak boleh pakai. Keturunan tak elok”,
“Abang tu baik sangat. Kalau tak kerana bapa saya abang masuk penjara tau tak”,
“Kau tak payah ungkit cerita lama tu. Adik kau tu jaga sikit. Aku dah tak nak dengar apa-apa cerita pasal dia lagi. Merayau sampai tengah malam buta dengan jantan. Aku bagi duduk sini dia buat hal pulak. Minta duit rumah lebih tak nak bayar, melawan pun dah pandai”,
“Dia adik saya, saya tahu macam mana nak menjaga dia”,
“Tau nak menjaga konon. Entah-entah dah mengandung. Kau dengan adik kau sama je”,
“Abang tu baik sangat ke?”, Seha separuh menjerit.
“Melawan suami ye!”, tanpa sedar satu tamparan hinggap di pipinya. Bukan satu tapi dua dan tiga. Seha terjelepuk ditepi katil.
“Along”, Seha tersentak, kejadian malam tadi hilang dari kotak fikirannya. Dikesatnya air mata yang mengalir.
“Kita bagi tahu mak”, Laju Seha menggeleng kepala tanda tidak setuju dengan cadangan Suraya. Dia tak mahu mak mengetahui tentang rumahtangganya. Sejak awal perkahwinan lagi hubungan ini tak direstui. Kalau bukan kerana adik kepada ayahnya yang membantu, mungkin dia tidak mengahwini Razuan, suaminya sekarang.
“Sue carilah kawan-kawan menumpang sementara. Kalau nak along boleh carikan tapi lagi elok kalau kau cari kawan sendiri” Suraya merenung wajah kakak sulungnya itu yang sedang hamil. Dalam keluarganya Seha yang paling cantik berbanding dengan kakak keduanya Sofia, dirinya dan adiknya Sarah. Dia tak pasti atas sebab apa tiba-tiba Seha berkahwin. Ketika itu dia masih belajar di tingkatan 5. Dia bersekolah di Selatan dan sibuk dengan peperiksaan. Dia tak pernah ambil pusing tentang kakak sulungnya itu. Apa yang dia tahu ayahnya hampir-hampir bertumbuk dengan abang iparnya Razuan pada malam kakaknya terpaksa dinikahkan.
“Along pun dah nak sampai hari ni. Daripada kau duduk bersama, orang pandang lain nanti. Elok kau pindah sementara. Lagipun benda buruk ni elok difikirkan sekarang sebelum jadi apa-apa”, Suraya angguk. Dia mengakui kata-kata Seha. Bukan sekali dua abang iparnya tersalah menyangka dirinya Seha. Mungkin kerana wajah mereka hampir seiras, ramai yang terkeliru yang mana satu isteri Razuan.


“Kau duduk aje kat rumah aku. Lagipun Azizah nak kahwin. Barang- barang semua dia dah angkut. Dari kau duduk sementara aku rasa elok kau duduk terus”,
“Tapi along aku siapa nak jaga?”,
“Suami dia kan ada. Aku rasa elok kau duduk sewa daripada kau duduk rumah dia macam rumah sewa. Sebulan kena bayar sampai $200. Aku ni dah bertahun duduk rumah sewa pun tak kena bayar macam tu ini kan pulak adik-beradik, takkan nak berkira jugak”, Suraya diam. Ditelannya setiap bait kata Aina. Dah hampir dua tahun dia duduk bersama kakaknya. Apa salahnya kali ini dia berdikari. Sekurang-kurangnya dapat meringankan beban kakaknya dan yang penting memperbetulkan pandangan orang terhadap dirinya.

“Aku nak kau angkut semua barang-barang kau ni jangan tinggal satu pun. Lagi satu, kau jangan jejakkan lagi kaki kat rumah ni”, pekikan Razuan memenuhi ruang tamu rumah batu tersebut. Seha semakin gelisah melihat perlakuan suaminya.
“Abang...takkan sebab tu pun abang nak marah. Suraya dah besar biar lah dia buat keputusan sendiri. Lagipun Seha sendiri suruh dia cari rumah lain”, Seha cuba membela Suraya. Anak mata Razuan tajam merenung wajah isterinya itu.
“Aku nak dia pindah sementara bukan pindah terus. Awak tengah macam ni dia sanggup tinggalkan awak. Memang dasar pentingkan diri sendiri”,
“Abang jangan buat macam ni. Hari dah malam ni”, rayu Seha.
“Tapi aku nak dia keluar hari ni jugak. Aku nak dia berambus. Aku tak nak tengok muka dia lagi. Biar la malam pun, pandai-pandai la nak keluar”,jerita Razuan. Dum!!!. Razuan menghempaskan pintu bilik. Suraya tersentak. Air matanya bergenang. Perlahan dimasukkan barang-barangnya kedalam kotak. Telinganya masih dapat mendengar butir-butir pergaduhan kakak dan abang iparnya didalam bilik. Bukan niatnya nak meninggalkan along yang sedang sarat. Seboleh-bolehnya dia tak mahu berbuat demikian tapi apa kan daya, hatinya dah berulang kali terguris dengan sikap abang iparnya Razuan. Tuduhan melulu Razuan padanya ditelan dalam hati. Pintu bilik terkuak sedikit. Terjenggol kepala Seha.
“Tak boleh tunggu siang ke?”, Suraya diam. Dilihat mata Seha merah akibat menangis. Dia tahu kakaknya itu mesti ditampar sekali lagi kerana mempertahankan dirinya. Suraya sebak.
“Kejap lagi Zairi sampai. Sue kena keluar, nanti abang long mengamuk lagi”, Seha menahan sendunya. Kedengaran pintu belakang diketuk orang. Suraya bergegas membuka pintu. Terpacul wajah Zairi dengan dua orang lelaki disisi lori kecil. Dihulurnya satu persatu kotak pada Zairi untuk diletakkan dalam lori. Sekilas dipandang bilik yang dihuni dua tahun lalu, kosong dalam sekelip mata. Seha masih duduk ditepi pintu bilik. Lori kecil tadi telahpun berlalu meninggal mereka. Zairi sudah bersedia diatas motor menanti Suraya. Suraya menghampiri Seha. Diraihnya tangan Seha dan dicium perlahan. Seketika Suraya ditarik dalam pelukan Seha. Mereka menangis. Zairi diluar hanya mampu memandang sambil menghisap rokok.
“Macam mana sekalipun hubungan kita adik beradik takkan putus”, Suraya angguk. Diciumnya pipi Seha.


Nasi di depan mata dikuis perlahan. Dipandang wajah dihadapannya. Zairi yang dari tadi tak henti merokok. Wajah Zairi yang hitam manis, janggut yang menjalar, hampir menutupi dagu dan pipinya. Dua tahun lalu Zairi bukanlah pilihan hatinya. Entah kenapa perhubungan itu menjadi rapat. Mungkin ketika itu dia kecewa dengan sikap ibu Zairul. Tambahan pula dengan masalah yang dihadapi dengan kakaknya. Ketika itu dia memerlukan seseorang untuk berkongsi masalah dan hanya Zairi yang sering berada disisinya. Lantas lelaki itu diterima dengan rela. Tanpa sedar hubungannya bersama Zairi sudah menjangkau hampir tiga tahun.
“Dah habis?. Jom kita jalan pulak”, Suraya angguk. Di ekori langkah lelaki itu. Fikirannya berkecamuk.
“Apa yang tak kena ni?”, Zairi mengenggam jemari Suraya saat mereka jalan beriringan di persisiran pantai Port Dickson.
“Saya ada perkara nak bagi tahu awak”, Zairi menarik tangan Suraya menuju kearah bangku yang berdekatan.
“Hal penting ke?”, tanya Zairi. Suraya diam. Terasa kerongkongnya tersekat untuk diluahkan.
“Bila awak nak pinang saya?”, Dia benci untuk menyoal Zairi dengan soalan itu. Dia jemu untuk menerima jawapan yang sama. Dan dia pasti jawapan yang diterima sama seperti dulu. Lelaki itu masih menghisap rokok yang entah ke berapa batang, Suraya sendiri tidak pasti.
“Bukan saya tak nak pinang awak. Awak kan tahu saya tengah cari kerja sekarang ni. Kalau ada duit, jangan kata esok, sekarang jugak saya pinang awak”, Suraya diam merenung pasir pantai. Dia sedar Zairi baru saja diberhentikan kerja. Sekarang Zairi bekerja sebagai operator kilang. Suraya mengetap bibir. Dia teringatkan kata-kata mak sewaktu pulang ke kampung dua hari yang lalu.
“Kau dengan Zairi tu bila lagi. Berkawan dah lama, berkepit pun dah selalu. Gaya nak berkahwin tak juga”,
“Belum cukup duit mak”,
“Sampai bila nak tunggu duit tu cukup kalau tak usaha. Mak tak minta kau orang kahwin terus, cukup je kalau bertunang dulu. Kurang-kurangnya kemana pergi bila orang bertanya senang sikit nak menjawab. Kau tengok adik kau si Sarah tu. Tahun depan dia nak naik pelamin. Kau tak terasa ke bila orang bertanya itu ini pasal kau. Dah tu pulak ramai yang tahu kau berkawan dengan Zairi tu”,
“Kenapa mak mendesak sangat. Kalau Zairi tu banyak duit pun orang bukan nak kahwin sekarang”.
“Mak bukan apa, Makcik Zaimah tu asyik bertanyakan kau untuk anaknya si Kamarul tu. Kalau tak dikenangkan kau berkawan dengan Zairi tu, dah lama mak terima Kamarul”,
“Belum sampai jodoh nak buat macam mana”,
“Asyik-asyik kau kata belum sampai jodoh. Kalau tak di usaha mana nak datang jodoh tu",
“Suka hati mak la yang orang tahu sekarang orang tak mahu kahwin”, Suraya bingkas meninggalkan ibunya Rafeah yang masih duduk menonton televisyen. Terbayang wajah adiknya Sarah. Sarah baru berusia 22 tahun dan masih belajar. Tunangan Sarah pemuda dari Perak itu tua setahun darinya. Entah di mana mereka bertemu dia tak pernah ambil tahu. Masa pertunangan dulu pun dia tak sempat untuk pulang. Ketika itu dirinya berada di negeri Selatan kerana tugas penting. Suraya mengeluh...bukan dia tak pernah terfikirkan soal jodoh. Bila mengenangkan usia yang semakin menjangkau jauh, dan bila terkenangkan rakan-rakan sebaya yang sudah mempunyai dua atau tiga anak, hatinya meronta-ronta untuk berkahwin cepat. Hubungannya dengan Zairi dah terlalu lama hampir mencecah 3 tahun. Bukan dia tak pernah menyuarakan hasrat untuk berkahwin pada Zairi. Tapi setiap kali ditanya, itu juga alasan yang diberikan oleh Zairi, ekonomi belum kukuh. Dia hanya mampu membisu bila jawapan itu di beri. Dia faham keadaan Zairi yang baru mula bekerja setelah 1 tahun menggangur. Dia malu dengan Sarah dan saudara mara. Masing-masing sudah kenal dengan Zairi. Kemana pergi mesti berdua tetapi hubungan secara rasmi tetap tak ada. Dia masih lagi boleh menunggu, tapi bila dikenangkan, kadang-kadang hatinya mula bosan dengan sikap Zairi.



Buku-buku lama yang tersimpan dalam laci dikeluarkan. Disapu habuk yang melekat dengan kain buruk. Hari ini hari minggu, Aina dah keluar dengan teman lelakinya, Shamsul. Sengaja dikemaskan almari yang dah lama tak dibuka. Helaian kertas yang tak digunakan dicampak kedalam tong sampah. Matanya terlekat pada satu buku kecil berwarna biru yang jatuh di atas lantai. Diselak helaian-helaian buku kecil. Senyum terukir dibibir, senarai nama dan catatan ringkas tentang sahabat dan kenalannya masih kekal dalam buku kecil itu. Dulu dia rajin mencatat tapi sekarang buku itu telah lama ditinggalkan. Matanya membaca tiap nama yang tercatat dalam buku kecil tersebut. Tiba-tiba bola matanya terhenti pada satu nama, Zairul!. Dia lupa masa bila dia mencatat butiran Zairul dalam buku tersebut. Terimbas kembali tiket bas yang dicampak keluar dari biliknya dulu. Matanya bergenang. Dipeluknya buku kecil kedada. Dia menoleh pada kalendar di dinding. Hari ni 14 April, bermakna hari ini ulangtahun kelahiran Zairul. Kakinya terus berlari keruang tamu. Diraih telefon keatas ribanya. Masih adakah dia disana?. Dia masih ingat aku kah?. Untuk apa menghubungi dia?. Sebagai kawan. Kalau mak dia marah macam mana?. Digarunya kepala yang tak gatal. Ditarik nafas dalam-dalam. Jemarinya menekan digit-digit nombor yang ada pada telefon. Dalam debaran dia menunggu talian di angkat.
“Hello..Zairul ada?”, perlahan suaranya bertanya bila mendengar suara di hujung talian.
“Sekejap”, talian sunyi seketika. Mungkin sedang memanggil Zairul. Ya Allah, dia masih
ada. Suraya memejamkan mata. Siapa yang menjawab panggilan tadi?. Mak dia agaknya. Tapi tak banyak pula soal macam dulu?. Apa aku nak cakap dengan Zairul ni?.
“Hello!”, Suara garau menerjah ke gegendang telinganya. Hatinya bergetar. Suara yang teramat dirindui.
“Hello...Zairul”, berhati-hati dia menutur kata.
“Iye saya. Siapa ni?”,
“Saya kawan lama awak”, dia menahan debar didada.
“Kawan lama?. Nama apa?”, Suraya tersenyum. Bodoh betul aku ni, macam la aku sorang kawan dia dalam dunia ni.
“Saya Suraya, ingat lagi tak?”, Talian sunyi seketika.
“Suraya? Ingat-ingat..haa..apa khabar?”, Suara yang tadi semacam marah bertukar menjadi ceria.
“Mana awak hilang?. Kenapa tak cukupkan dua tahun baru telefon saya?. Macam orang gila saya cari awak tau tak”, Suraya ketawa. Zairul turut ketawa. Semacam peluru soalan yang Zairul tujukan kepadanya. Entah yang mana satu perlu dijawab.
“Soalan mana satu yang saya kena jawab dulu ni?”, Zairul ketawa lagi. Dia sedar gadis itu terkejut dengan soalan bertubi-tubi darinya. Tapi itulah yang memang nak diluahkan sejak Suraya hilang dari hidupnya. Suraya hilang tanpa berita, tanpa pesan. Bertahun dia mencari tapi hampa.
“Apalah tuah saya hari ni awak telefon. Baru semalam saya sebut nama awak”,
“Sebut nama saya, mengumpat ye”, Suraya ketawa.
“Taklah rindu”, Tawa Suraya terhenti. Kini giliran Zairul pula ketawa. Dia pasti Suraya terkejut dengan jawapan spontan darinya. Tapi ketahuilah Suraya memang itu yang aku rasakan sejak dua tahun lalu.
“Apa cerita awak sekarang ni, masih kerja tempat lama lagi ke?”,
“Masih macam dulu juga. Awak pulak apa cerita?”,
“Macam dulu juga”, Zairul menjawab dengan ayat yang serupa.
“Elee...tiru jawapan saya la tu”, Suraya mencebik bibir.
“Tak la saya rasa hati kita sama sebab tu jawapan pun sama”, Suraya ketawa lagi.
Ditahan rasa berdebar yang semakin kencang didada. Entah kenapa setiap bait ayat yang dituturkan oleh Zairul membuat jiwanya tak tentu arah.
“Kemana awak menghilang. Puas saya contact tak dapat?”,
“Saya pindah rumah. Tak sempat nak bagi tau awak. Emm..happy brithday to you. Yang keberapa ye?”, Zairul ketawa. Suraya binggung kehairanan. Kenapa?.
“Lupa-lupa awak, tapi awak ingat lagi birthday saya. Saya pun lupa hari ni hari jadi saya. Awak orang pertama yang ucap tau”,
“Betul?”, Suraya senyum. Kalau boleh aku nak jadi orang pertama dalam hidup kau Zairul. Tapi apa boleh buat.
“Awak dah kahwin”,
“Belum. Kenapa?”, Suraya bertanya .
“Mana tau saya mengganggu isteri orang pulak”, Suraya ketawa lagi entah yang keberapa kali. Aku kalau boleh sekarang juga nak kahwin. Tapi jodoh belum ada. Malam itu mereka berbual seperti dulu. Bunga-bunga kemesraan yang dulu hilang kini terbit kembali.
“Sekarang ni duduk mana?. Bagi la contact number senang besok saya cari awak. Tak la awak hilang lagi”, Suraya ketawa mengekeh. Hari ni hidupnya penuh dengan ketawa. Mungkin terlalu gembira dapat berbual dengan Zairul. Mendengarkan soalan Zairul membuat hatinya pilu. Memang itulah tujuannya menghubungi Zairul. Dirinya sendiri tak mahu lagi jauh dari Zairul. Sungguh!.
bersambung..."

Saturday, June 26, 2010

Yg Ku Mahu pt1

Lingkup_Park writes "



Dimana pun aku berdiri
Kau kan tetap aku ingati
Kau selalu dekat dalam hati ini
Dan tak pernah sehari pun
Hari-hari yang berlalu
Tanpa aku merinduimu
Yang ku mahu ada dirimu
Tapi bukan begini keadaannya
Yang ku mahu dekat selalu dengan mu....

Tangannya lincah menekan tetikus pada komputer. Anak panah pada komputer digerakkan ke kiri kemudian jarinya menekan tetikus dan ditekan bebutang key board, menaip sesuatu pada skrin. Bibirnya menguntum senyum..email dari Faizal. Dah hampir sebulan lelaki itu tidak menghantar khabar. Tangannya menekan tetikus sekali lagi. Matanya meneliti setiap ayat pada skrin.
‘aku akan balik hujung bulan ini!’
Ringkas! Terlalu ringkas pesanan yang ditinggalkan. Tanpa catatan waktu dan masa dia akan tiba disini. Dicapainya kalendar yang sedia ada di atas meja. Sekarang dah masuk bulan Disember. Bibirnya menguntum senyum, terlalu cepat masa berlalu tanpa disedari. Dia rindu dengan wajah itu yang selalu bermain dalam mimpinya. Seketika fikirannya tiba-tiba bingung. Bibirnya yang tadi dihiasi dengan senyuman hilang tiba-tiba. Bagaimana perasaannya nanti bila berhadapan dengan lelaki itu?. Tabahkan dia menerima kenyataan yang akan dibuat oleh lelaki itu?. Satu keluhan keluar dari bibirnya...apa pun keputusan yang dibuat oleh lelaki itu akan diterima dengan rela !.



Jam tangan sudah pun menunjukkan pukul sebelas pagi. Agak-agaknya Aina dah sampai, alamatnya lamalah dia menunggu. Buat yang entah keberapa kali jam ditangan dibelek. Bas Mara Holding berwarna putih kuning yang dinaiki terasa lambat sangat bergerak.
“Cepatlah sampai, nanti marah pula Kak Laila”, gerutunya dalam hati. Baju kebaya dikemaskan beberapa kali. Hari ini dia dan Aina dah berjanji akan kerumah Kak Laila. Tak ada apa yang istimewa hanya sekadar kenduri cukur jambul anak buah Kak Laila. Ah! Janji tetap janji. Turun saja dari bas, kakinya melangkah menuju ke arah seorang manusia yang sedang duduk di kerusi perhentian bas.
“Woi! Lama sampai?”, Suara Suraya sedikit kuat. Hampir dengan cuping telinga temannya itu.
“Kau! Buat terperanjat aku je, ha! dah pukul berapa ni, janji pukul berapa?, aku ingat aku yang lambat rupanya kau lagi lambat”, digapainya tangan cuba mencubit lengan Suraya tapi Suraya lebih pantas mengelak. Mereka ketawa.
“Sorry! Aku lambat dapat bas tadi”, Suraya sengih.
Aina meneliti sahabat yang berdiri dihadapannya.
“Kenapa tengok aku macam tu, kain aku koyak ke?”, berkerut dahinya memandang Aina.
“Bukan kain kau koyak tapi aku tengok hari ni kau lain sikit la, ada apa-apa ke ni?” Aina melirik pada kebaya labuh berbunga hijau yang tersarung di badan Suraya.
“Tak adalah, kau jugak yang cakap nak tengok aku macam ni kan. Bukan senang aku nak keluar macam ni tau, melainkan ada hal-hal tertentu je”, sesekali tangannya membetulkan kain yang ditiup angin. Takut juga kalau-kalau ada mata yang memandang bila kain belah itu ditiup angin. Malu nampak betis.
“Kau pun apa kurangya. Tapi nasib baik aku boleh nampak kau lagi”,
“Apa kau ingat aku gelap sangat ke?”, Suraya ketawa mengekeh. Dia cukup suka menyakat Aina gadis mamak yang dikenali setahun lalu.
“Dah la jom cari bas. Nanti Kak Laila penat tunggu kita”, Aina jungkit bahu lalu mereka berjalan beriringan menuju pada bas yang dimaksudkan.
“Aina, nanti lepas aje bas ni lalu depan sekolah agama tu kau tekan loceng tau”, Suraya memberi arahan.
“Apa-apa je lah”, Jawab Aina bersahaja. Sebaik saja bas melalui tempat yang dimaksudkan, Aina menekan loceng. Mereka menjejaki kaki ditepi jalan besar. Diseberang jalan terdapat kedai makan yang sederhana besar.
“Kena telefon Kak Laila dulu suruh dia jemput kita kat sini. Kalau nak tunggu bas lain petang baru ada”, Aina sekadar menganggukkan kepala. Dia dah tak larat untuk bercakap. Panas matahari yang membahang, membuatkan dia lesu.

Suraya mengipas muka dengan tangan. Nasib baik ada pokok rendang kat tepi jalan ni, kalau tak terpaksalah menumpang sekejap kat kedai tu. Eii..apasal la hari ni panas sangat. Rimas!. Tapi salah aku jugak. Kalau aku tak lambat tadi, tentu dah dapat naik bas yang terus bawa aku dengan Aina ke rumah Kak Laila. Silap gaya turun bas je dah boleh pijak pintu rumah. Salah aku asyik sangat pilih baju. Bukan aku tak biasa pakai baju kebaya tapi rasa macam tak bebas. Nak-nak pulak bila duduk tengah panas macam ni. Tak berbahang satu badan. Hai! Ampunlah kalau Kak Laila minta aku pakai macam ni lagi. Apa sangatlah yang dia nak tengok aku ni berkebaya. Apa selama ni aku tak pernah pakai baju ke?. Ish! Mana pulak Kak Laila nih?.

Suraya melirik jam ditangan. Dah cukup lima belas minit mereka menunggu dan...ha! tu pun Kak Laila sampai. Panjang umur kakak aku yang seorang ni. Sebuah kancil merah berhenti betul-betul dihadapan mereka. Tanpa banyak soal mereka berdua masuk kedalam perut kancil tanpa dipelawa.
“Wow! dressing sakan adik-adik aku hari ni. Ada apa-apa ke?”, Laila melirik pada Suraya yang duduk di sebelahnya.
“Aina, kau rasa petang ni hujan tak?”, soal Laila.
“Kenapa pulak kak. Petang ni hujan ke. Habis la saya tak bawa payung. Jalan nak sampai ke rumah jauh pulak tu”, Aina mengomel sendirian.
“Bukan la. Akak rasa hari ni hujan sebab ada orang tu pertama kali dalam hidup pakai kebaya”, Aina ketawa mengekeh. Dia tau pada siapa kata-kata itu ditujukan. Wajah Suraya diam mencuka.
“Mengata saya la tu, nanti hujan betul-betul sapa yang susah. Akak jugak. Saya pakai macam ni sebab dah janji tau. Kalau tak sebab janji...sorry!!”, Kak Laila ketawa. Memang
benar kata Suraya, kalau tak kerana dia berjanji dengan aku, takkan disarung kebaya itu hari ni. Itupun mahu sekerat hari juga aku memujuk supaya datang pakai kebaya. Apalah yang susah sangat berkebaya tu, sarung je kat badan siap. Bukan boleh bawa mati pun.

“Alamak ramainya. Ni kenduri cukur jambul ke kenduri akak nak kahwin?”,
“Mengada-ngada pulak kau orang ni. Aku nak kahwin dengan sapa pulak?”, Suraya dan Aina ketawa mengekeh. Terhibur hati mereka melihatkan Kak Laila yang mengomel bila di usik. Kak Laila hilang menuju kedapur, seketika kemudian kembali semula bersama seorang gadis hitam manis bertocang kuda.
“Kenalkan Aina, adik akak, Ina”, Aina bersalaman dan kini giliran Suraya pula menghulur salam. Tapi pantas tangan Suraya ditepis.
“Kau berapa kali nak kenal dengan aku”, tanya Ina.
“Sepuluh kali kenal pun aku tak kisah”, Suraya menjawab bersahaja. Gemar benar dia mengusik Ina.
“Malas aku nak layan kau.”, Suraya ketawa. Memang dia tak perlu lagi berkenalan dengan keluarga Laila. Dia kerap kerumah Laila dan kerana itu dia di anggap saudara dalam keluarga Laila.
“Kata abang nak datang, mana dia?”, soal Suraya selaku membuka topik perbualan.
“Entah. Kejap lagi kot. Kau orang berdua pergi la makan dulu. Aku nak ke depan sekejap. Mana tahu orang yang dimaksudkan sampai pulak”, Suraya senyum. Ina dah berlalu keluar rumah.
“Jom makan”, Laila bersuara bila melihatkan Aina dan Suraya yang masih memerhatikan adiknya, Ina. Suraya tersenyum .Memang itu yang ditunggu. Perut dah lapar giler beb!.
“Sue, kau nampak tak apa yang aku nampak ?”, disikunya lengan Suraya yang duduk bersebelahan dengannya.
“Apa yang kau nampak?”, Muncung bibir Aina mengarah ke arah khemah di halaman rumah Laila. Kelihatan di situ hadirnya tiga jejaka sedang mencari tempat duduk untuk makan. Seorang berbadan kurus berbaju hitam, seorang berbadan besar manakala seorang lagi berbaju belang biru. Dilihatnya mata Aina masih lagi terarah kepada jejaka bertiga itu.
“Woi! Kau ni kot ye pun minat jangan la sampai terjojol biji mata tu. Aku dah habis makan ni, kau nak makan lagi ke tak?”,
“Alah kau ni Sue, bagi la can aku cuci mata kejap”,
“Cuci mata apanya, Shamsul tu mana kau nak letak?”,
“Shamsul letak belah kanan, yang lain-lain aku letak belah kiri, tu belum lagi depan dengan belakang. Banyak kosong lagi”, Pantas dicubitnya lengan Aina. Aina mengaduh dan Suraya ketawa mengekeh. Geli benar hatinya mendengar jawapan Aina.
“Kak Laila kata pakwe adiknya Ina nak datang. Yang mana satu agaknya?”, Aina bertanya lagi sambil matanya meliar mencari orang yang dimaksudkan. Suraya menoleh semula kearah khemah . Di situ Ina adik Laila sedang berbual dengan tiga jejaka tadi.
“Mana la aku tau, kau tanya la Ina”, jawab Suraya selamba.
“Ish! Kau ni kalau Ina bagi tau kat aku, takda nye aku nak tanya kau la”, Suraya ketawa mengekeh. Temannya seorang ini memang begini. Selamba dengan jawapan bodohnya.
“Kau rasa yang mana satu?”. Suraya cuit Aina sambil mata mereka berdua memerhatikan tiga jejaka nun di bawah khemah.
“Kalau aku la, dah tentunya aku pilih budak baju belang biru tu”, Suraya membuat pilihan. Terjengil mata Aina memandang Suraya.
“Aik! Macam mana taste kau boleh sama dengan aku nih?”,
“Eh! Suka hati aku la. Dah kau tanya aku jawab la”, Suraya jelir lidah pada Aina. Aina tersengih, geram benar dia dengan sikap Suraya yang loyar buruk.
“Kenapa kau pilih dia Sue?”, perlahan suara Aina bertanya.
“Kenapa kau pilih dia jugak?”, soal Suraya pula. Kali ini Aina pula jelir lidah pada Suraya. Orang tanya dia, dia pulak tanya kita soalan yang sama. Suraya menyeringa bila melihat bulat mata Aina memandang mukanya tanda marah.
“Ok, kau nak tahu jawapan aku ye...sebab..”, lambat-lambat Suraya menjawab. Dia pasti Aina juga punya jawapan yang sama. Mata Suraya bersinar bila melihat wajah Aina tersenyum penuh makna.
“Sebab?”, kedua-duanya mengangkat kening. Seolah-olah mengerti apa yang masing-masing katakan.
“Dia yang paling handsome”, Suraya dan Aina menjawab serentak. Terhambur ketawa dua sahabat itu tanpa menyedari ada sepasang mata yang dari tadi asyik memerhati.

Helaian akhbar dilipat untuk di jadikan kipas. Panasnya terasa sampai ke ubun kepala. Nasib baik la ada pokok rambutan ni kalau tak mesti berpeluh. Sesekali angin petang yang datang menyapa membuat Suraya leka melayan rasa. Aina di sebelah khusyuk membaca majalah. Tak lama kemudian Kak Laila datang menatang dulang berisi air. Tanpa lengah Suraya mencapai gelas dah dituangnya air. Laila mengeleng.
“Macam mana kerja kau orang waktu akak tak de?”, Laila membuka topik perbualan.
“Ok..semua ok. Tu Aina je yang tak ok”, dijuihnya bibir pada Aina yang sedari tadi asyik membelek majalah.
“Apa aku plak, kau yang tak ok. Akak kalau nak tau member kita ni sekarang dah ada yang mengacau dia”,
“Siapa?”, tanya Laila sambil tersenyum memandang Suraya. Dia boleh agak siapa yang di maksudkan Aina. Siapa lagi kalau bukan Zairi budak ware house kat bahagian shipping tu. Kalau sehari tak menjengah production mula lah kehulur kehilir macam kucing hilang anak. Pada dia juga Zairi selalu berkirim salam dengan Suraya. Tapi Suraya tetap macam biasa dengan muka loyar buruknya. Nak di kata Suraya suka tak juga. Tak pernah sekalipun nama Zairi keluar dari bibirnya. Nak kata benci pun tak juga sebab Suraya tak pernah merungut pasal Zairi menganggu kerjanya. Entah dia sendiri tak boleh mengagak perangai Suraya.
“Zairi la budak shipping tu. Bila akak takde saya yang jadi mangsa tukang kirim salam. Penat la saya. Yang member kita ni pulak buat muka bodo je macam tak nak layan. Tak suka cakap aje la tak suka. Tak membazir air liur aku nih”, Suraya diam membisu. Telinganya dah tak berminat nak mendengar cerita Aina dan Laila. Kini matanya
memerhatikan nun di hujung ada seseorang yang dari tadi memerhatikannya. Suraya mencebik muka. Nak aje dia jelir lidah pada budak baju belang biru tu. Tengok orang macam nak makan apa. Tiga jejaka itu ketawa mengekeh dan hati Suraya mendengus. Sakit hatinya bila melihat budak baju belang biru itu tersenyum-senyum ke arahnya. Mereka sedang bergambar bersama Ina. Tiba-tiba budak baju belang itu mengamit dirinya. Suraya geleng kepala. Ada ke patut nak ajak aku ambik gambar. Buat malu muka je. Kot ye pun datang la sini manis-manis mulut jemput aku nak bergambar ke tidak. Ni tak main lambai-lambai je, takde nye aku terhegeh-hegeh nak ke sana semata-mata nak bergambar. Tak kempunan lansung aku.... wekkk.
“Jangan dilayan sangat Sue”, Suara Laila mengejutkan dirinya. Laila tersenyum. Muka Suraya merah padam rupanya Laila memerhatikan dia dari tadi.
“Budak mana tu kak?”, soal Suraya.
“Entah, kata Ina budak Melaka”,
“Pakwe Ina yang mana satu?”, giliran Aina pula bertanya.
“Mungkin yang baju hitam tu kot, akak pun tak berapa kenal sangat sebab ini first time dia orang datang sini”, Aina turut memandang pada jejaka bertiga yang dari tadi seronok bergambar.
“Sue, budak baju belang biru tu pandang kau macam tak pernah tengok perempuan. Kau tengok la tu tersengih-sengih macam kerang busuk”, Aina pula mencebik.
“Biar la dia Aina, buat menyemak mata aku je”, Laila dan Aina ketawa. Suraya kehairanan. Kenapa?.
“Akak rasa la Aina, hari ni ada orang nak bertemu jodoh”, Suraya yang mendengar terpinga kehairanan.
“Kak Laila jangan cakap kuat-kuat, kang Sue perasan lagi la parah sebab member kita nih memang dah berkenan dengan budak tu”, Aina dah ketawa mengekeh.
“Ye ke?”, Aina angguk kepala sambil melihat wajah Suraya yang merah padam.
“Masin la mulut kau orang”, Doa Suraya. Laila dan Aina ketawa sekali lagi. Amin..jawab Laila dalam hati.

“Aina, bangun dah pukul lima nih. Kau tak nak balik ke?”, Aina mengeliat. Dilihat Suraya dimeja solek sedang menyisir rambut. La..dah mandi rupanya budak ni, sikit pun tak dikejutnya aku. Aina bingkas keluar menuju ke bilik air. Kak Laila di dapur sedang sibuk membungkus lauk pauk untuk tetamu. Suraya keluar menjengah ruang tamu. Kat mana aku nak sidai tuala nih. Matanya melilau ke luar ruang tamu. Tiba-tiba matanya bertembung dengan sepasang mata. Terkesima dirinya seketika. Budak baju belang biru....dia orang tak balik lagi rupanya. Terus kakinya berlari masuk ke dalam bilik. Tak jadi untuk menyidai tuala di luar. Kalau aku tau budak tu tidur di ruang tamu tak ingin aku keluar ke sana. Dah la rambut aku berserabai, ngomel Suraya sendirian.

Laila menghulur dua bungkusan lauk untuk Aina dan Suraya di hadapan rumah. Selepas bersalaman dengan keluarga Laila mereka duduk di bawah khemah sementara menanti bas datang.
“Cepatnya nak balik?”, Ina datang menyapa sambil bersalaman dengan Suraya serta Aina.
“Kita orang rumah jauh, lagi pun bukan ada pakwe nak hantar, lain la kau. Ok balik dulu Ina”,
“Ok thanks sebab datang”, Selepas je bersalam Ina berlari masuk kedalam rumah. Suraya kehairanan. Macam ada benda yang nak dikejar dek Ina tu. Sedang seronok berbual dengan Aina terdengar suara bising-bising di belakang mereka. Suraya menoleh. La budak tadi rupanya. Orang nak balik masa tu la dia nak balik jugak. Bebelnya sendirian dalam hati.
“Sue, dia orang nak balik juga la”, Aina memanjangkan leher. Suraya yang duduk menghadap Aina semacam tak berminat nak memandang.
“Pandang la kejap, dia orang asyik pandang kita je. Sian mamat baju belang biru tu”
“Tak nak la. Nak balik tu balik je la aku bukan tuan rumah”, Suraya mencebik bibir pada Aina. Aina masih lagi memandang.
“Sue...pandang la kejap”, Aina seakan memujuk . Suraya geleng pala sekali lagi.
“Tapi aku rasa kali ni kau mesti pandang. Pandang cepat!”, Suraya geram, apa ni siap tendang-tendang kaki aku ni. Suraya yang bengang dengan sikap Aina menoleh kebelakang.
“Mak!”, jerit Suraya dalam hati. Hampir nak terlangar batang hidungnya dengan budak baju belang biru yang tiba-tiba sudah terpacak di belakangnya. Budak lelaki itu tersenyum melihat wajah Suraya.
“Emm....saya nak berkenalan boleh?..errr ni nombor phone saya. Err...awak ada nombor phone?’, laju ayat yang keluar dari mulut lelaki itu hinggakan Suraya tersentak sedikit. Lantas kepalanya terangguk-angguk tanda iya.
“Pen?”, pinta Suraya. Budak baju belang biru itu garu kepala. Dia berlari ke arah dua orang kawannya dan kembali semula dengan sebatang pen ditangan. Dihulurnya pen pada Suraya.
“Er..kertas, saya tak ada kertas”, sekali lagi Suraya meminta sambil tangannya menyeluk beg tangan. Tiada secebis kertas lansung. Budak baju belang biru itu jugak turut menyelok poket. Juga hampa tiada .
“Saya ada!”, jerit Aina yang dari tadi hanya melihat adegan itu tiba-tiba teringatkan tiket bas yang disimpan semasa datang ke rumah Laila. Pantas tiket bas di hulur pada Suraya. Suraya senyum lega. Nombor yang dikehendaki ditulis dan kertas di hulur pada budak lelaki baju belang biru tersebut. Lelaki itu tersenyum.
“Zairul, cepat sikit hari nak hujan!”, kedengaran suara salah seorang dari dua sahabatnya sudah bertenggek di atas moto. Menunggu untuk memulakan perjalanan.
“Terima kasih”, Lelaki itu berlalu dan kemudian berpatah semula.
“Lupa nak tanya nama siapa?”, sekali lagi Suraya terkejut disergah dengan soalan spontan.
“Suraya!”, jawabnya perlahan sambil menyambut salam lelaki tersebut.
“Awak?”, gilirannya pula bertanya.
“Zairul, Saya balik dulu nanti malam saya call”, Suraya angguk kepala dan senyum melihat Zairul berlari ke arah motosikal.
“Sue bas dah sampai”, suara Laila mengejutkan dirinya dan Aina. Suraya tersentak. Aina yang tadi jugak turut tersentak. Laila datang ke arah mereka. Sambil bersalaman Laila tersenyum penuh makna pada Suraya.
“Hari ni hujan rahmat sebab ada orang bertemu jodoh di sini”, sempat Laila berbisik ditelinga Suraya. Suraya ketawa mengekeh. Diciumnya pipi Laila. Aina jugak turut memeluk Laila. Mereka menaiki bas dan melambai ke arah Laila. Seketika, melintas tiga biji motosikal memotong bas yang di naiki. Suraya tersentak bila salah seorang penumpang motosikal itu melambai ke arahnya. Suraya senyum, tentu Zairul...
"