Thursday, July 29, 2010

Yg Ku Mahu pt4

Gagang telefon dihentak kuat. Panasnya bahang bertekak masih lagi terasa. Dua tahun sudah berlalu, sikap Zairi masih tak berubah, masih lagi suka bertukar-tukar kerja. Kalau la aku kini bersama Zairul, bahagiakah aku?. Suraya menggeleng kepala. Sejak kejadian malam dulu, lelaki itu terus hilang dari hidupnya tanpa khabar. Berhari-hari juga dia menangis mengenangkan kasih yang tak kesampaian. Berhari-hari juga Laila memujuk dirinya agar berterusan bersama Zairi. Akhirnya dia menerima hakikat, dirinya dan Zairul tak ditakdirkan untuk bersama. Hatinya redha...
Lamunannya tersentak bila Kak Jijah meminta izin darinya untuk ke tandas. Kakinya melangkah lesu ke arah tempat kerja Kak Jijah. Perlahan-lahan tangannya mencapai kompenan yang harus di pasang pada board yang separuh siap dalam badan rangka besi. Tangannya tiba-tiba terhenti menekan skru, Zairul!. Nama itu terpacul keluar dari bibirnya. Jantungnya berdegup kencang. Lantas di siku Aina disebelah.
“Psst, makcik…siapa tu?”, Aina yang tersentak liar memandang mencari orang yang dimaksudkan.


“Siapa?”, soal Aina masih lagi terpinga.
“Tu….mamat yang baru je melintas depan line kita ni tadi”, panjang muncung Suraya ke arah seorang lelaki berkaca mata nun di hujung line sedang membelek board. Disisinya Mr Tam tekun melihat. Mesti ada board yang reject tu!.
“Ooo..tu maintenance baru kat SMT”,
“Aik..bila dia masuk, apsal aku tak kenal dia?”,
“Woih makcik..dia masuk minggu lepas, kan ke masa tu kau kena hantar kat Bangi traning sub con baru”,
“Ooo..”, panjang muncung Suraya sambil kepala nya terhangguk-angguk.
“Siapa nama mamat tu?”,
“Isk kau ni..aku rasa tok sah ler….kata budak sana dia tu sombong tak layan pompuan lansung”,
“Alah..nak dibawa ke mana la sangat sombong tu..”, Suraya menjuihkan bibir. Aina garu kepala.
“Emm..kalau tak silap aku dia tu kawan Iwan!”,
Iwan!. Mata Suraya bersinar. Senyum terukir dibibir. Matanya tak lepas memandang satu wajah nun dihujung sana. Wajah yang mengamit hatinya untuk mengenali, wajah yang saling tak tumpah macam Zairul. Isk! apa pun akan aku cuba berkawan dengan dia juga.

Iwan!...kakinya pantas menghampiri lelaki berambut kerinting itu. Lelaki itu sedang asyik menulis sesuatu di white board.
“Hi Iwan”, Lelaki itu menoleh. Sambil tersengih lelaki itu berlalu ke arah meja pula.
“Bila kau balik?”,
“Semalam, macamana line ni ok ke kau jaga?”,
“Eleh mesti ok punya, kau tengok je la dia orang macam mana. Tapi leceh sikit la bila sub con baru nak masuk, kena traning budak baru lagi”.
“Biasa la tu kan dah kerja kau…lain la macam aku boleh jalan-jalan bila aku nak”,
“Kau lain la technican…aku ni line leader”, Suraya senyum.
“Iwan aku nak tanya kau sikit…emmm budak baru tu kawan kau ke?”,
“Budak baru yang mana? Ramai yang baru masuk bulan ni”,
“Alah! Mantanance kat SMT tu…”,
“Ooo….ha apasal dengan dia pulak?”, Iwan pura-pura bertanya sedangkan dia tahu benar maksud di sebalik pertanyaan Suraya.
“Kawan kau ke?”,
“Ye la..kenapa?, ni mesti ada apa-apa ni”, Suraya tersenyum meleret. Merona merah pipinya dek terasa malu.
“ Takde apa just nak tau je”,
“Ye ke…kau tak nak tanya ke nama dia sapa?”, berderai ketawa Suraya bila di soal begitu oleh Iwan. Iwan turut ketawa.
“Kau Sue, macam la aku baru kenal hari ni….nama dia Wan Adli, budak Pahang.
Umur dia tua setahun dari aku je”,
“Kau ni Iwan buat aku malu je la…..emm kau kirim salam kat dia yek…kata aku nak berkawan”,
“Berkawan je…”,
“Yup! Just friend no sweet”, Iwan senyum menyeringa. Suraya dah pun hilang meninggalkan mejanya.

Wan Adli membelok motosikal ke arah tempat letak motosikal. Turun sahaja dari motosikal Yamaha Sportnya topi keledar diletak dalam bakul motosikal. Langkah dipercepatkan…jam ditangan dah menunjukkan pukul 8.15. Aduhs! Lambat lagi, mesti kena toucher dengan Tam lagi ni. Sampai di sisi mesin kedatangan, sekilas kad kedatangan di acukan pada sinar laser mesin. Selesai terus kakinya melangkah masuk kedalam bilik untuk menukar kasut antistatik. Pintu dibuka perlahan-lahan. Untuk sampai ke SMT dia perlu melalui line production yang ramai umat perempuan. Isk! Inilah perkara yang paling dia tak suka lakukan. Dengan muka merah padam menahan panas selamba kakinya melalui line production, terasa ada mata yang mengekori langkahnya. Nak ditoleh terasa malu...ah! perasaan je kot tapi memang setiap kali dirinya melalui kawasan itu tiap kali juga dirinya terasa diperhatikan. Dihujung pintu masuk nampak tercegat Iwan sambil tersengih.
“Ada awek kirim salam”, Wan Adli sekadar menangguk kepala. Tak sempat nak cakap apa, lagi pun fikirannya semakin berputar mencari alasan bila terpandang Mr Tam yang sedang bercekak pinggang di sisi mesin sub con baru model B6.

Mata Suraya tidak lepas dari mengekori langkah lelaki itu. Dia nampak Iwan berkata sesuatu, tapi Wan Adli sekadar menganggukkan kepala sahaja. Rasanya dah lebih seminggu Suraya berkirim salam tapi satu salam pun tidak berjawab. Ah! Memang dasar lelaki sombong agaknya, macam yang Aina kata. Suraya tersenyum…baru seminggu dia tak jawap salam, belum lagi sebulan, tak apa aku takkan putus asa.
“Camne Iwan?”, Iwan menjungkit bahu dan Suraya sendiri sudah tahu jawapannya bila dilihat cara Iwan.
“Emm…..kau kirim salam je la kat dia yek, aku tak kisah kalau dia tak jawab pun”,
“Ok aku takde masalah langsung pasal tu tapi kesian juga kau”,
“Aku tak kisah….nak kawan je bukan apa-apa pun”,
“Suka kau la Sue…insya Allah aku sampaikan”,
“Hari-hari tau jangan lupa pulak”, Iwan angguk kepala. Matanya mengekori langkah Suraya dan Aina. Suraya gadis technician, manakala Aina pula line leader sepertinya. Mereka dan kenal lama sejak dari mula bekerja di kilang ini. Seingatnya pada awal masuk kerja Suraya *****a sekadar line leader sahaja dan dia tak sangka gadis pendiam itu boleh naik pangkat dalam masa dua tahun sahaja menjadi technician. Bak kata Mr Tam, Suraya sememangnya layak berjaya kerana kesungguhan bekerja. Iwan menguntum senyum dan sememangnya Suraya juga bersungguh-sungguh untuk mengenali Wan Adli.

Suraya menolak pintu SMT dan dengan berhati-hati ditarik troli yang penuh berisi part elektronik. Alamak! tersangkut pulak troli ni. Dia membebel sendirian. Matanya liar mencari kalau-kalau ada orang yang boleh membantunya, tapi waktu hari minggu macam ni jarang ada orang. Ha! Ada pun umat. Didekati lelaki yang sedang asyik merenung mesin program.
“Elo!, boleh minta tolong tak?”, Lelaki itu menoleh. Wan Adli! Suraya terkedu. Seketika
terasa jantungnya berhenti berdenyut, mukanya pucat.
“Nak tolong apa?”, Suraya tersentak, perasan dirinya diperhati laju tangannya menuding ke arah troli yang berada di tengah-tengah pintu SMT. Wan Adli berlalu ke arah troli, ditariknya troli dengan hati-hati bimbang ada part yang pecah terkena pintu. Suraya berdiri tercegat seperti orang bodoh memerhatikan Wan Adli dan bila Wan Adli mengamit dirinya lantas dia berlari memegang pintu untuk memudahkan troli ditarik. Suraya diam memerhati. Dilihat tapak tangan Wan Adli merah akibat menarik kuat troli part.
“Ok dah!”, Suraya tersentak.
“Te..terima kasih”, jawab Suraya gugup.Wan Adli angguk dan berlalu meninggalkan Suraya yang masih dalam situasi terkejut. Ditampar pipinya sendiri. Sakit! Aku tak mimpi. Ish! Ini baru je bertentang mata aku dah kaku, agaknya kalau dia
ajak dating mahu aku pengsan. Suraya tersengih sendiri, ditolaknya troli perlahan-lahan sambil matanya melilau mencari bayang Wan Adli, mana pulak mamat ni, kejap je dah lesap?.

Wan Adli memerhatikan langkah gadis yang baru ditolong tadi. Dari balik mesin dia dapat melihat, panjang leher gadis itu memerhati sekeliling seperti mencari sesuatu. Apa yang di cari?. Wan Adli senyum dan dia teringat sewaktu mula ditegur oleh gadis tadi, tiba-tiba gadis itu terdiam dan wajahnya pucat. Kenapa begitu, muka aku ni ada iras-iras muka hantu ke?.Dan sewaktu menyerahkan troli ditangannya sekali lagi gadis itu terdiam dan gugup mengucapkan terima kasih.Wan Adli menggeleng kepala. Seketika fikirannya berputar. Oh! Ya siapa agaknya budak yang selalu kirim salam pada aku tu?. Dah senyap je tak ada salam lagi. Agaknya budak tu kecik hati dengan aku sebab aku pun tak pernah jawab salam. Emm…rindu pulak rasanya nak dengar salam dia.

Seperti biasa selepas menukar kasut antistatic, Wan Adli masuk ke kawasan production untuk menuju ke SMT. Matanya terpandang Iwan yang asyik menulis.
“Hi Iwan”, Wan Adli menyapa.
“Ha..hi, awal kau hari ni?”,
“Alahai..awal pun tak boleh?. Aku dah letih dengar Tam berceramah hari-hari”,
“Kau tu la. Macam mana Tam tu tak ceramah, kau lambat hari-hari. Kalau sebulan sekali tak pe la jugak”,
“Ye la tu. Kalau dah kesiangan nak buat macam mana. Lambat juga la jawabnya”,
Iwan geleng kepala. Dah memang perangai dari sekolah lagi macam tu, macam mana nak ubah dah jadi habit.
“Emm..Iwan…….err hari ni tak ada salam ke?”,teragak-agak mulutnya untuk bertanya.
“Aik! Tak pernah-pernah tanya kenapa hari ni pulak kau tanya?”, Iwan angkat kening.
“Saja”, Wan Adli garu kepala. Mukanya terasa panas. Malu! Iwan ketawa mengekeh. Dilihat wajah Wan Adli jadi merah.
“Dia tak pernah lupa, hari-hari dia pesan dengan aku. *****a aku je yang tak sempat jumpa kau”, Bibir Wan Adli mengukir senyum. Macam tak percaya je.
“Means hari ni pun?”, soalnya seakan tidak percaya.
“Ye la, semalam dia pesan dengan aku”, entah kenapa hati Wan Adli tiba-tiba berbunga. Terasa bangga pun ada, suka pun ada yang pasti dia sendiri tidak tahu apa perasaannya kala itu.
“Emm ok la Iwan. Kau kirim salam dengan dia balik, bagi tahu dengan dia takkan salam je takde makan-makan ke?’,
“Lebih-lebih pulak kau ni”, Wan Adli ketawa mengekah.
“Aku gurau je la..ok jangan lupa sampaikan. Aku tunggu balasan”, Iwan senyum. Nampaknya hari ni mesti Suraya melompat gembira. Lain macam pulak Wan Adli hari ni. Lantak kau orang lah!.


Wan Adli!...Suraya senyum. Tiga hari yang lalu Iwan sampaikan khabar yang Wan Adli mengirim salam. Saat itu hatinya berbunga indah. Kalau boleh mahu dipeluk sahaja Iwan. Kesungguhannya tak pernah gagal. Akhirnya kau mengalah juga Wan Adli. Suraya memberanikan diri menyuruh Iwan meminta nombor telefon Wan Adli dan hasilnya nombor telefon Wan Adli berada dalam genggaman. Ditekan-tekannya punat handphone. Dibelek nombor telefon Wan Adli. Patut ke aku telefon dia?. Nanti apa pulak Wan Adli kata tentang dirinya. Nanti dikata aku ni hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Itu pepatah lama, zaman sekarang zaman perigi mencari timba. Tapi sebagai anak gadis melayu pepatah tu masih berguna lagi. Digaru kepalanya, hatinya mula berkira-kira. Kalau setakat nak berkawan apa salahnya. Janji tak salah guna niat. Tanpa disedari jarinya menekan punat hijau menandakan nombor di dail. Dalam debar dia menunggu talian di angkat.
“Hello!”, satu suara garau menerjah ke gegendang telinganya. Suraya tergamam. Suara yang begitu asing untuk halwa telinganya.
“Assalamualaikum....Wan Adli!”,
“Waalaikumsalam..Wan Adli bercakap. Siapa tu?”, Suraya telan liur. Apa yang aku nak cakap ni. Suraya garu kepala yang tidak gatal.
“Apa khabar?. Emmm saya budak yang selalu kirim salam dengan awak tu”, Suara dihujung talian senyap seketika. Mungkin Wan Adli tengah berfikir.
“Oooo....ini la dia tuan punya salam tu ye. Apa khabar?. Selalu sampai salam baru ni dapat dengar suara”.
“Baik!..emmm minta maaf kalau saya mengganggu malam-malam begini”,
“Eh! Takde masalah langsung. Aku pun memang tunggu kau telefon. Nak juga dengar suara orang yang tak pernah give up kirim salam kat aku”,
Aku!. Suraya terkedu. Wan Adli menggunakan bahasa ‘aku kau’. Aik! Dia ni macam orang kurang ajar je. Tak tahu nak bersopan santun ke?.
“Tengah buat apa?”, tanya Suraya berbasi-basi.
“Saja lepak-lepak dengan member. Emm....kau budak yang mana satu ye”.
“Saya budak production ”,
“Bole tanya sikit tak. Kenapa nak kawan dengan aku?”, Suraya diam. Bila soalan itu yang di tanya dia akan mati akal untuk menjawab. Apa yang perlu dikata. Aku minat kat dia..isk! gila ke hape aku nih. Emm...muka dia handsome tu sebab aku nak kawan.
Isk! Lagi la gila....ermmmmm.
“Actually awak punya muka ada iras-iras orang yang rapat dengan saya dulu”,
“Ooo...takkan sebab itu je kot”.
“Yup..itu je tak ada niat lain. Tapi saya memang ikhlas nak kawan. Kalau awak tak sudi tak apa”,
“Eh! Sudi la. Selalunya yang aku tau la. Kalau orang beriya-iya nak berkawan tentu ada niat yang tertentu”,
“Terpulang pada awak nak mentafsir tapi niat saya memang begitu dan tak lebih dari itu” Suraya terasa panas. Kalau tak sudi nak kawan dengan aku cakap je tak payah nak tanya-tanya macam tu. Boleh buat aku sakit hati mendengar je. Macam mana la Iwan boleh kawan dengan orang macam ni.
“Emm ok la. Dah malam ni mesti awak nak tidur, lain kali kita boleh borak lagi. Tapi saya nak tanya satu soalan boleh?”,
“Boleh tak salah pun”,
“Ok..awak memang biasa guna bahasa ‘aku kau’ dengan semua orang ke?”,
“Ha’ah..semua orang aku guna macam tu tak kisah la laki ke pompuan ke”,
“Ooo gitu. Saya pun tak kisah bahasa apa awak nak guna dengan saya, saya tetap akan guna ‘saya awak’. Pada saya kalau guna saya awak tu nampak sikit yang kita ni berbahasa. Orang yang mendengar pun sejuk je. Ok ye Wan Adli...kita jumpa lagi. Assalamualaikum”, Suraya letak gagang. Ambik kau! Suraya senyum. Betul ke apa aku cakap dengan dia tadi. Arghh! Tak kisah la janji aku puas hati.

No comments: