Monday, February 06, 2006

Febuari yang basah..

Minggu lepas aku dikejutkan dengan berita tentang ibuku yang diserang penyakit darah tinggi. Terus dirinya lumpuh separuh anggota badan. Bahagian kiri ibuku telah lumpuh, dan kini dia hanya dapat berbaring sahaja. Menurut kata doktor paras darah ibuku terlalu tinggi hingga mencecah 250. Terlalu jauh dari kadar yang sepatutnya.

Kakakku yang berada di Kulim kini terpaksa menjaga ibuku, mujurlah dia tidak bekerja, seorang suri rumah sepenuh masa.Tapi entahlah sampai bila dia akan sanggupp menjaga ibuku, takut akan menjadi isu kepada suaminya nanti, kerna keluarganya bukanlah datang orang yang senang. Kami sekeluarga kena menyokongnya dengan sepenuh hati. Takut kes seperti Tok Wan ku, anak anak nya mula berkira kira untukmelarikan diri. Itu dalam Tok Wan ku dapat berjalan dan bergerak. Kalau tak macam mana lah agaknya. Setiap hari pasti ibuku perlu dimandikan, nak buang air besar, air kecil pula macamana. Entahlah semakin banayk yang merunsingkan kepalaku.

Aku mula terfikirkan masalah ayah ku pula yang akan terpaksa tinggal berseoranga buat masa ini. Mana mungkin ini patut berlaku pada saat begini. Ayah tinggal seorang sekarang. Ayah perlu di ajak untuk tinggal bersama salah seorang anaknya. Satu ujian yang getir mula meniti dalam keluarga kami..

Keluargaku perlu membincangkan perkara ini dengan sebaiknya. Kini ujian getir untuk keluarga makin di rasa. Dimana tahap kasih sayang anak anak kepada kedua orang tua mula teruji. Semuanya akan dipertunjukkan. Nyatalah orang luar takkan membantu, walaupun anak menantu..

Ya Tuhan..berikanlah hamba mu ini sedikit kekuatan,,yaaa rabbal alaminn..

No comments: