"Dialog ini dirakam semalam...dialog di antara en  bobo dan sani.."
  Suasana sunyi malam itu, hujan baru sahaja  memulakan rentaknya, rintikan yang amat perlahan. Kulihat sani masih lagi  dihadapan komputernya, keyboard ditekan pantas, sesekali matanya di sisipkan  kepada temannya en bobo yang sedang berpeluk tubuh disebelahnya. Dia mengumil  sedikit, ada sedikit rasa meluat kelihatan diwajahnya dengan reaksi en bobo yang  begitu bersahaja..
  "apa saja kau ni, malam kan dah larut, pergi tidur  la"
  Sani cuba memulakan perbualan protes, tanda  menunjukkan dia tidak senang dengan perbuatan bersahaja en bobo.Tiada jawapan  atau reaksi.En bobo masih lagi berpeluh tubuh dan bermain muka selambanya.Tiba  tiba mulutnya terbuka .....menguap rupanya, dan terus bersuara.
  "apa yang kau cakapkan ini, bagaimana aku boleh  tidur kalau kau masih lagi disini, bertemankan komputer busuk kau ni, sudahlah,  kau ingat dengan melakukan perkara ini semuanya akan selesai..kau akan dapat  melupakan dia..lupakan.." en bobo terus membalas, nampaknya dia juga tidaklah  begitu berpuas hati.
  Aku lihat en bobo menekapkan matanya tepat pada  sani, ada pertemuan empat mata disitu.
  "aku runsing sekarang ni" kata sani  lagi
  "runsing..hmm itulah kau sengaja mencari pasal,  sengaja menjemput kerunsingan.. tengoklah sekarang apa yang dah jadi pada kau,  masih lagi terperangkap disini, bertemankan komputer busuk kau."
  "aku tidak seperti kau, bersahaja, mudah dalam  setiap perkara yang kau lakukan..aku tak mahu dapat hasil seperti kau  sekarang..kosong.."
  "kosong..itu hanya pendapat kau, sekurang kurangnya  aku mencuba.." suara en bobo semakin keras, benar benar keras.
  "aku tak mahu kisah lama berulang, beberapa kisah  lalu yang aku lalui..semuanya disebabkan kau..terlalu bereaksi..kau tahu tak  bagi aku didunia ini kita cuma diberi 2 pilihan. Biar sesukar mana pun kita  perlu memilih salah satu darinya. Samada kita belajar mencintai orang  yang mencintai diri kita atau  berharap dicintai orang yang kita cintai.  "
  "itu kisah dahulu..klasik.."
  "klasik..atas ukuran masa mana kau ambil untuk  klasifikasi klasik...sepurnama...setahun.."
  en bobo terdiam seketika, ada kerutan di dahinya,  entahlah apa yang difikirkan . terasa begitu besar kata kata yang patut  dikeluarkan dari kerongkongnya, bagaikan ada batu yang tersekat di  situ.
  "ianya sesuatu yang komplek, subjektif..mana  mungkin kau akan dapat menaksirkan perkara itu. bukankah kau kata dulu dirimu  jahil dalam perihal ini."
  "aku cuma bersimpati dengan dirimu, kau sendiri  tahu bukan nanti hasilnya masih sama..kosong"
  "kosong..kosong ......kosong..itu sahaja yang kau  tahu, itulah yang aku katakan tadi kau jahil..kekosongan itu punya nikmat,  punyai nilai estetikanya yang tersendiri..penuh keindahan..aku rasa kau  juga setuju dengan itu, kerna kau juga turut merasanya."
  "huh..rasa..rasa yang cuma seketika cuma  sekelumit..kepedihannya yang lebih ketara.."
  "bukankah kita kebal.."
  "kekebalan itu dahulu..kini aku bukan lagi sekebal  dahulu..tembok2 yang aku bina kini tidak setebal dahulu..aku kini lemah..sangat  lemah."
  "kalau begitu..biarlah aku seorang sahaja yang  menanggungnya..kerna aku percaya, menyayangi seseorang itu bukanlah satu  kekesalan atau penyiksaan..kerna aku rasa bahagia bila berbuat demikian..dan aku  ingin sekali merasa kebahagian itu selagi ada wujudnya ia..aku rela dibakar,  atau diseksa untuk merasainya, kerna bukan kah ini perjalanan memikat cahaya  kita..perjalanan yang dahulunya kita janji untuk lakukannya bersama  sama."
  en bobo menghentikan dialognya. diluar hujan makin  menggila.en bobo mula bergerak perlahan meninggalkan ruang perbualan itu,  meninggalkan sani keseorangan bertemankan komputernya.
  Hujan diluar menggandakan lagi rintikan, ada  diselang selikan dengan dentuman, terus menggila. Dan dalam deras rintikan hujan  itu, aku lihat en bobo meneruskan perjalanannya, tanpa menoleh lagi kebelakang  dan membiarkan rintikan hujan itu membasahkan dirinya yang sudah  basah...
No comments:
Post a Comment