Tuesday, February 21, 2006

Resah dan Luka

Dalam kedinginan malam, fikiranku dilayangkan pada persoalan dan pencarian jawapan yang belum lagi ternota. Semalam aku menjalankan solat sunat istikharah dua rakaat selepas selesai solat isyak, memohon agar diberikan petunjuk perihal jiwa ku yang teruk dikacau. Resah, gelisah terusan bermain dalam fikiranku. Jika aku mengatakan ya pada N* bermakna duniaku kini bertanggungjawab, jika “ya berlapik” , aku masih lagi punya peluang, aku sendiri tidak tahu apakah jawapan yang perlu kuberikan..petunjuk oh petunjuk datanglah padaku..

Harian kerjaku seperti biasa, tiada apa yang aku rasa perlu untuk dicatatkan dalam bingkisan terpinggir ini, cukuplah jika aku katakan membuat demo untuk VOIP sistem, dan sedikit diskusi..

Hubunganku dengannya hari ini agak baik, aku memberikan beberapa cerpen yang aku koleksikan dalam penceritaan terbaik bagi diriku kepadanya. Karya Joe_Kidd “Aku Dia dan Semalam” dan cerpen tulisan Siti Hajar Mohd Zaki “Jalan Bukit Tidak Berbulan”. Nampaknya dia sibuk menghabiskan bacaan pemberianku, moga hubungan kami akan bertambah baik, dan moga hatinya berjaya aku robek...oppsss tawan..


Ada darah ..tiada luka..
Ada kasih...tiada cinta..
Ada rasa...tiada percaya..
Ada aku...tiada dia

Dan aku terluka...

Monday, February 20, 2006

Kesunyian dengan berteman

Kesihatan ibu dikampung semakin merunsingkan jiwaku, memanglah beberapa hari yang lepas aku ada bertanyakan khabar kesihatan ibuku dikampung. Biarpun jawapan yang aku perolehi dikatakan baik tapi aku masih lagi resah. Entahlah, makin banyak teka teki yang bermain dalam jiwaku. Aku merasa benar benar sunyi biarpun ada teman disekeliling...sunyi, benar benar sunyi..

Hari sabtu tadi, aku dan N* keluar menonton wayang di KLCC, tengok cerita seram dari Thailand “Ghost of Mae Nak”, sambungan dari cerita Nang Nak. Aku sempat terlelap di dalam panggung ketika menonton cerita itu. Tidak begitu seram kukira, aku keluar hanyalah untuk menemankan N*, Setelah begitu lama aku tidak keluar dengannya. Kini perasaanku terhadapnya kurasakan makin pudar, bagai tiada perasaan lagi. Entahlah mengapa ianya hadir padaku, aku tidak menyangka, permainan perasaan yang aku wujudkan dengannya telah digoyahkan dengan rentak cabang yang aku sendiri wujudkan..
Ternyata ianya membawa padah pada diriku..

Ya Allah berikanlah hambamu ini pertunjuk..jika benar dialah pasangan ku di dunia ini dan di akhirat kau permudahkanlah hubungan kami ini...Aminnn

Wednesday, February 15, 2006

Bobohizan yang merah

Hubungan email antara kami semakin menceriakan, dia sering membalas emailku dengan cerita2 yang akan membuatkan diriku ceria..
Serabut yang menghuni modula oblangata ku sedikit demi sedikit terurai dengan membaca email email darinya. Sememangnya benar, sejak aku mula berutus email dengannya hari hari yg aku lalui makin bersemangat..semakin teruja..

Hari ni cik bobohizan memberitahu ku..dia telah memalukan dirinya dengan lawak yang dibuatnya pada salah seorang rakan pejabatku. Lawak kategori spastik juga jika diikutkan dari perkiraanku..patutlah katanya dia merah..ha ha ha nasib baik tak basah...

....
Pagi...ada sedikit kejutan..aku menerima panggilan dr salah seorg rakan. Ada tangisan kedengaran ditelinga, membuatkan aku terdiam seketika, untuk memberikan laluan pada kata-katanya..
Tekanan kerja rupenye...tak sangka sampai boleh jd begitu....keciannye..

Monday, February 06, 2006

Febuari yang basah..

Minggu lepas aku dikejutkan dengan berita tentang ibuku yang diserang penyakit darah tinggi. Terus dirinya lumpuh separuh anggota badan. Bahagian kiri ibuku telah lumpuh, dan kini dia hanya dapat berbaring sahaja. Menurut kata doktor paras darah ibuku terlalu tinggi hingga mencecah 250. Terlalu jauh dari kadar yang sepatutnya.

Kakakku yang berada di Kulim kini terpaksa menjaga ibuku, mujurlah dia tidak bekerja, seorang suri rumah sepenuh masa.Tapi entahlah sampai bila dia akan sanggupp menjaga ibuku, takut akan menjadi isu kepada suaminya nanti, kerna keluarganya bukanlah datang orang yang senang. Kami sekeluarga kena menyokongnya dengan sepenuh hati. Takut kes seperti Tok Wan ku, anak anak nya mula berkira kira untukmelarikan diri. Itu dalam Tok Wan ku dapat berjalan dan bergerak. Kalau tak macam mana lah agaknya. Setiap hari pasti ibuku perlu dimandikan, nak buang air besar, air kecil pula macamana. Entahlah semakin banayk yang merunsingkan kepalaku.

Aku mula terfikirkan masalah ayah ku pula yang akan terpaksa tinggal berseoranga buat masa ini. Mana mungkin ini patut berlaku pada saat begini. Ayah tinggal seorang sekarang. Ayah perlu di ajak untuk tinggal bersama salah seorang anaknya. Satu ujian yang getir mula meniti dalam keluarga kami..

Keluargaku perlu membincangkan perkara ini dengan sebaiknya. Kini ujian getir untuk keluarga makin di rasa. Dimana tahap kasih sayang anak anak kepada kedua orang tua mula teruji. Semuanya akan dipertunjukkan. Nyatalah orang luar takkan membantu, walaupun anak menantu..

Ya Tuhan..berikanlah hamba mu ini sedikit kekuatan,,yaaa rabbal alaminn..

Friday, January 13, 2006

Aku Yang Basah

Aku yang basah
Dalam kebasahan..
Menjalar dalam diriku, mencari cari..
Di mana airnya untuk kuteguk..
Bagi menghilangkan dahagaku ini..


Dalam kebasahan..
Aku mencari dimana kunci dirinya..
Untuk kubukakan segala pintu resah..
Yang terkunci dalam jiwa kosongnya..

Dalam kebasahan..
Pencarianku terhenti dalam rintikan hujan..
Menghanyutkan kunci keresahan..
Dalam deras aliran airnya..

Dalam kebasahan..
Aku merintih..
Aku menangis..
Bersama aliran hujan yang membasahkan..
Diriku yang sudah basah..