Aku sedikit runsing dan bingung, aku merasakan dia bagaikan seperti mahu benar benar mendekatiku, sedangkan aku sedang cuba untuk tidak begitu mendekatinya. Aku ingin mengikut kata Peje,
"Jangan ko, Sani bahaya tu, kang tak pasal-pasal." katanya sambil menunjukkan gaya yang aku benar benar tidak suka.
Entahlah, mungkin cukuplah sekadar kawan kukira, jika untuk lebih dari itu aku juga tidak pasti sebenarnya..benar benar bingung...
sebingung fisha dalam cite SYT ni..
Sesuatu yang terindah - Part 10
'' wan...kenapa nak lari dari fia? kenapa wan? fia buat salah ker wan? '' hazwan langsung tidak mahu memandang wajahku...
'' macam mana fia dapat alamat wan? '' serius benar wajahnya... langsung tidak tersentuh melihat aku yang sedang merayu dihadapannya...
'' kenapa wan buat fia macam nie...?? kalau iya pun wan marahkan fia...bencikan fia... jangan buat fia macam nie.. ''aku sudah tidak peduli ada mata yang memerhatikan kami berbual... hazwan cuma mengeluh tanpa mahu berkata apa...
'' abang...adik nak keluar kejap.. '' jerit adik perempuannya yang kukira sebaya dengan adikku yang keempat... mungkin dia sedar aku dan hazwan memerlukan privacy..
'' pegi mana? '' hazwan keluar kemuka pintu meninggalkan aku di ruang tamu...
'' perpustakaan.. adik ikut abang ejoy...'' jeritnya lagi...
'' haaa...jangan balik lewat sangat... ejoy...kau pun jangan nak merayau lagi...!!'' lantang suara hazwan mengingatkan adik2nya.. ' wahh...sangat menampakkan bahawa dia seorang abang yang bertanggungjawab,tegas dan agak serius... jauh sekali dengan hazwan yang aku kenal kat sekolah... bising dan suka bergurau.. mungkin itulah karekternya apabila berada dirumah... menjadi contoh dan pelindung kepada adik2nya...' fikirku..
setahu aku hazwan anak sulung dari 4 beradik.. seorang adik lelaki dan dua orang adik perempuan... adiknya yang bernama ejoy tue adik hazwan yang kedua, dua tahun lebih muda daripadanya..manakala adik perempuannya tadi semestinya adiknya yang ketiga kerana adik bongsunya baru berusia 11 tahun... hmm...berpengetahuan jugak aku tentang family hazwan nie ek..hehehe... cuma orang tuannya yang aku tak tahu menahu sangat... yang hazwan pernah ceritakan kat aku, ayahnya memiliki sebuah kilang perabot warisan nenek moyang mereka... sambil itu keluarga mereka membuka beberapa buah kedai runcit.. ibunya pula seorang suri rumah sepenuh masa... jika ada masa terluang, dia akan kekedai sekadar untuk memerhatikan keadaan kedai yang dikendalikan sendiri oleh saudara mara mereka iaitu pakcik dan makcik hazwan sendiri.. mataku sempat melirik keadaan rumahnya yang kemas itu... kelihatan gambar mereka sekeluarga tergantung indah didinding... jelas tergambar kegembiraan disetiap wajah dalam gambar tersebut.. cukup jelas untuk membuktikan bahawa keluarga ini memang sebuah keluarga yang bahagia...
'' nak minum? '' mendatar suara hazwan... aku pantas mengeleng... aku datang bukan nak minum2... aku datang membawa persoalan...
''hmmm..'' dia kemudian duduk dihadapanku...
'' macam mana fia dapat alamat rumah wan? '' soalan tadi diulangnya.... aku tidak menjawab...dia mengeluh...
'' fia nak apa? kenapa cari wan? '' matanya memandang tepat kearah mataku menyebabkan aku tunduk memandang lantai...ahhh...kenapa mesti aku takut dengan renungan itu! aku tak salah!
'' kenapa wan mengelakkan diri dari fia? apa salah fia? kenapa wan buat fia macam nie? '' aku menjawabnya dengan soalan yang bertubi2..tiada jawapan...
'' wan marahkan fia? '' aku menyoal lagi.. kali ini dia berdiri dan mengambil tempat disebelah aku..dia memandang aku dengan pandangan yang redup.. membuatkan hati aku menyedari satu rasa yang penuh makna...
'' wan tak pernah marahkan fia...'' ucapnya perlahan...
'' kenapa tak reply sms...kenapa tak nak cakap bila fia call...kenapa sengaja tutup hp? '' aku memandangnya dengan pandangan kosong..
'' sebab wan sayangkan fia..'' aku mengerutkan dahi.. apa kaitannya sayang dengan tindakannya melarikan diri daripada aku...?kalau dia sayang aku, dia takkan buat aku macam nie..!!
'' kenapa fia datang jumpa wan nie? '' dia mengajukan soalan setelah tiada sebarang ayat yang keluar dari mulutku...
'' sebab wan tak cari fia..fia carilah wan...''
'' kenapa? ada hal penting? '' aku pantas menjeling... ' takkan aku tidak boleh jumpa dia? takkan bila ada hal penting sahaja baru aku boleh datang jumpa dia? nie kira penting lah nie...rizal muncul semula tau tak.. dia nak kembali kepada aku... menyesal aku datang kalau aku tahu begitulah sikap yang bakal kau tunjukkan..'akhirnya, aku biarkan soalan itu tidak berjawab..
'' wan kecik hati pada fia sebab bangkitkan soal rizal hari tue kan? '' aku menduga..
'' mungkin...'' ahh..dia pulak nak berteka-teki dengan aku... aku teragak-agak untuk memberitahunya akan kemunculan rizal beberapa hari lalu.. namun,tiada apa yang mampu aku lakukan selain berterus terang akan keadaan itu.. itulah sebab utama aku datang kemari... takkan aku nak lepas tangan macam tu sahaja... itu lagi merumitkan keadaan..
'' hmm...errr....fia nak bincang sesuatu ngan wan...''
'' wan tahu...dia muncul semula kan? '' bijak sekali dia membaca fikiranku...entah dari mana dia mewarisi bakat tue..aku diam... perlahan2 aku mengangguk..
'' itulah yang paling wan takutkan...'' jelas kelihatan ada kekecewaan diwajah itu..
'' fia tak tahu nak buat apa...''
'' buatlah keputusan yang terbaik..''
'' macam mana fia tahu yang itu pilihan terbaik? ''
'' ikutlah kata hati fia...''
'' kalau hati nie dapat memikirkan jawapannya..dah lama fia buat keputusan.. '' aku mengetap bibir..
'' keputusannya ada..cuma perlukan kekuatan untuk melaksanakannya..'' satu persatu dia membidas persoalan dimindaku..
'' sebab itu fia datang sini..untuk...''
'' supaya fia dapat tengok wan kecewa..'' pantas dia memotong bait kata yang ingin aku sampaikan..
'' fia taknak sesiapa kecewa...'' ungkapku penuh sayu...
'' mustahil...pasti ada yang bakal kecewa... sebijak manapun keputusan fia.. kesudahannya tetap sama.. salah seorang undur diri..''ianya betul2 mengamit perasaanku... memaksa aku membuat keputusan.. itulah yang paling kubenci... aku tidak dapat fikirkan apa yang terbaik buat masa ini..mungkinkah aku perlu lebih waktu untuk memikirkannya.. tapi sampai bila? setahun lagi? dua tahun? atau selama-lamanya...
'' mungkin fia yang patut undur diri.. biar semua orang kecewa..''
'' fia pasti nak buat macamtue? ''aku menghela nafas panjang sambil mengeleng beberapa kali...
'' kalau tak pasti, pilihlah satu daripadanya...''ahhhh...dia benar2 menguji kesabaranku... masakan dia mahu aku membuat keputusan saat ini juga... dia langsung tidak mahu memahami hati ini... betapa sukarnya aku untuk memecahkan kebuntuan dihati..... kekalutan fikiranku menyebabkan aku semakin terdesak... hampir2 aku menangis namun kutahan jua...
'' tapi....fia tak nak kehilangan keduanya...''
dia menarik tanganku dan meletakkannya dalam genggamannya..'' tapi fia juga tidak boleh memiliki keduannya...''
'' kenapa? '' soalan bodoh itu keluar dari mulut aku... sejak bila pula aku jadi sebodoh ini...??dia tersenyum lebar... menyedari soalanku itu tidak logik untuk dijawab..
'' wan tak rela dimadu...'' senyuman pertama yang kulihat setelah hampir 2 bulan tidak bertemu..aku ketawa kecil.. ternyata soalanku sebentar tadi mampu menceriakan suasana...
'' fia sayangkan wan...''
'' fia sayangkan dia jugak kan? '' bingung aku dibuatnya.. aku cuma berharap dia mengiyakan kata2 aku sebentar tadi..
'' tapi... ''
'' wan tak kisah fia nak pilih siapa pun.. kan wan dah cakap hari tue.. wan akan biarkan fia memilih... wan akan tunaikan janji tue..'' suara itu meresap diruang hatiku...aku sedih tiba2... mengenangkan segala kenangan manis antara aku dan dia... jauh disudut hati..aku tahu siapa pilihan hatiku.. namun aku tiada kekuatan untuk mengakuinya.. aku harapkan sesuatu dalam pertemuan ini... harapkan dia dapat membantuku mengubah fikiran? mungkin juga begitu...
'' fia serba salah...''
'' wan pun serba salah... '' bisiknya ditelingaku..
'' jadi..nak buat macam mana ni? '' gengaman tangannya manjadi semakin erat...
'' fia nak wan undur diri? ''
'' tak nak...! '' pantas soalan itu berjawab...dia agak terkejut.. sejenak dia terdiam dan kemudiannya mengeluh.. aku sendiri terkejut kenapa mulut ini spontan mengeluarkan kata2 itu...
'' jujur...wan rasa fia akan pilih dia..'' dia meneka..
'' kalau benarlah apa yang wan rasa... wan kecewa tak? '' aku masih mahu bertanya sedangkan aku tahu jawapannya... tapi..aku mahu dia sendiri menuturkannya dihadapan aku... aku mahu tahu isi hatinya...
'' sangat kecewa.. tapi wan akan gembira... kerana kegembiraan wan hanyalah untuk melihat fia bahagia... ''
'' kalau fia tak bahagia? ''
'' macam mana fia tahu fia tak gembira kalau tak cuba? '' tenang dia membidas segala kata2ku...
'' fia takut untuk mencuba...''
'' ikutlah kata hati fia.. jangan buat sesuatu kerana terpaksa... wan tidak mahu fia bebankan perasaan fia hanya kerana mahu menjaga hati orang lain... ini lumrah fia... dalam percintaan..biasalah ada yang happy and ada yang tak..ada yang bahagia and ada yang kecewa.. tapi makna cinta bukan hanya itu...cinta itu pengorbanan...cinta itu persahabatan..cinta itu adalah kasih sayang yang ikhlas...cinta itu tidak semestinya memiliki..kadangkala melepaskan sesuatu demi kebaikan juga adalah cinta... wan akan relakan kalau fia pilih dia.. wan takkan sesekali marahkan fia...apatahlagi menbenci fia... kebahagiaan fia adalah matlamat hidup wan...''
aku termanggu2... dia pandai bermain kata.. menyebabkan aku kadangkala kehilangan kata..mungkin itu sudah cukup untukku meyakini bahawa dia tahu siapa yang akan kupilih...dan dia merelakan pilihanku... tapi..aku sendiri tidak mahu melepaskan dia pergi... hati ini tidak sesekali merelakannya...namun,kata2 hazwan ada benarnya.. aku tidak boleh memiliki keduanya...
'' kenapa wan tak pujuk fia untuk pilih wan? kenapa wan seperti mahu fia memilih dia? '' itu sememangnya menjadi persoalanku sejak tadi..
'' entahlah fia... mungkin wan rasa wan tak dapat jaga fia sebaiknya..''
'' macam mana wan tahu wan tidak dapat jaga fia kalau wan sendiri taknak mencuba? '' aku memulangkan paku buah keras...padan muka dia..
'' fia...i have my own reason kenapa wan buat keputusan nie...semua keputusan wan ada sebabnya...''
'' i have my reason too..'' aku tidak mahu beralah...
'' ishhh...fia nie memang tak bagi can pada wan untuk menang kan? ada2 saja akalnya...'' jawapannya mematikan ayatku... aku tahu dia sudah tidak mahu untuk terus beralah denganku... tapi aku akan terus berkata2... sampai hatiku puas...
'' haaaa....kalau semua itu bersebab... fia nak tahu...apa sebab wan larikan diri dari fia? '' soalan itu menuntut jwapan.. entah kenapa seringkali muncul soalan2 kurang bernas dari aku hari ini..
'' fia tahu tak...wan sangat rindukan fia selama nie... wan nak sangat tengok wajah puteri wan nie... tapi..sejak nama tue muncul dari mulut fia.. wan serba salah.. wan takut kehilangan fia... sebab itu wan ambil masa nie untuk berfikir sedalamnya... fikir apa yang terbaik untuk wan... and apa yang terbaik untuk fia... dan wan rasakan..letting you go is the best... sayangnya..hati ini kadangkala menyakitkan tuan punya diri... jauh disudut hati wan tak sanggup melepaskan fia pergi.. namun wan yakin... fia akan bahagia dengan dia..percayalah...''
bersusah payah aku mahu selami hatinya.. namun aku seringkali gagal.. dia pandai menyembunyikannya.. riak wajahnya kadangkala kulihat tidak berperasaan.. tapi cuma dia sahaja yang tahu akan kelodak yang melanda jiwanya... dan aku hanya mampu mengagak.... entah betul entah tidak...dia menarik aku kedalam dakapannya.. aku hanya merelakan...' kalaulah rizal nampak semua nie.. mesti timbul masalah lain...'
'' wan cakap macam tue buatkan fia macam nak ubah fikiran... '' ucapku perlahan...
'' wan dah tahu..fia mesti pilih dia.. jangan ubah pendirian hanya dengan sedikit kata2 manis...'' ayatku tadi menjerat diriku sendiri..aku mendongak dan memandangnya..
'' maafkan fia... ''
'' tak payah minta maaf... wan sudah fikir akan akibatnya sejak dulu lagi... im ready..kalau wan tak sedia untuk semua nie,wan takkan buat keputusan untuk menyayangi fia... kerana wan tahu suatu hari nanti fia tetap akan pergi dari hidup wan.. tapi fia...walauapapun yang terjadi..wan tetap ada untuk fia....''
'' kalau wan tahu macam nie akhirnya? kenapa wan tetap mahu menyayangi fia? ''
'' bcoz loving you is the most beautiful moment in my life...wan tak rugi kerana mencintai fia selama nie...malah wan rasa beruntung dan bahagia kerana fia membenarkan cinta wan singgah dihati fia.. walaupun bukan untuk selamanya..''
'' tapi wan tetap ada dihati fia...dan takkan ada sesiapa dapat mengantikannya...selamanya...'' itu janjiku kepada insan itu...
'' mesti rizal cemburu bila dia tahu semua nie...'' tiba2 nama itu disebutnya... bukankah dia tidak suka akan nama itu?
'' seharusnya dia berterima kasih sebab wan mahu lepaskan fia demi untuk dia...''
'' entahlah...kita tak berhak untuk mengadili semua nie...''
'' fia cintakan dia sepenuhnya wan... tapi fia juga meyayangi wan... masing2 ada tempat dihati fia... yang nie adil kan? ''
'' ahhh...wan pulak cemburu bila fia cakap macam tue...'' aku meleraikan pelukannya... lantas kurenung wajah itu sedalamnya..entah kenapa aku dapat merasakan ada getar disuara itu... ada air dihujung matanya.. hazwan menangis? ahhh...air mata seorang lelaki adalah bukti yang pasti... bahawa dihatinya tersembunyi luka yang amat dalam... dan luka itu bukan kerana sesiapa tetapi luka itu disebabkan oleh aku...
'' wan... '' dia menyentuh bibirku... dia mahu aku tidak meneruskan kata2... namun aku melarikan jari-jemarinya..
'' wan...terima kasih ya sebab cintakan fia sedalam itu... dan fia minta maaf kerana tidak mampu membalasnya...''
'' kasih fia diterima... kalau wan mati saat nie jugak pun..wan tak menyesal fia... kerana wan sudah ada tempat dihati fia...''aku senyum...entah kenapa hati ini berat untuk melepaskannya...
'' wan tetap ada dengan fia kan? ''
'' selama-lamanya...'' aku menerik nafas lega... tatkala itu..bayangan rizal menganggu fikiranku... bermulalah episod kedua kisah aku dan dia... dan disini..berakhirlah kisah aku dan hazwan...
'' oficially...we are now friends... '' ayat itu kedengaran dari mulutnya... dia menjarakkan dirinya daripada aku...aku terpaku... sanggupkah aku menerima kenyataan ini?
aku menarik lengannya menyebabkan dia terdorong kepadaku.. dalam masa beberapa saat sahaja bibirku telah bertaup kemas dibibirnya..perlahan-lahan kelopak mataku kubuka.. dia tersentak dengan tindakanku yang tidak disangka2 itu.. dia tergamam memandang anak mataku yang redup memandangnya.dia hilang reaksi serta merta.. aku tersedar akan kesilapanku itu.. dan dengan pantas aku menolak tubuhnya ketepi...aku menangis saat itu juga..
'' fia? '' mungkin dia terkejut dengan perubahan gadis dihadapannya itu.. dia mendakapku..
'' fia sayang nak lepaskan wan...'' sedaya upaya aku menahan esakan yang semakin menjadi...
'' syhhhh...'' dia mengangkat daguku dan menyapu airmata dipipi aku...aku dapat melihat betapa terharunya dia dengan pengakuanku sebentar tadi...
'' fia tak dapat lakukannya wan... fia tak mahu...fia tak mahu lepaskan wan...'' aku tetap mahu bersuara... aku benar2 tidak mahu kehilangannya... aku benar2 tidak sanggup...
'' take ur time sayang... '' aku mengeleng beberapa kali...
'' fia tak nak...fia tak nak...''
biar dia tahu betapa degilnya gadis dihadapannya ini... itulah yang patut aku pamerkan... aku sejujurnya tidak sanggup menghadapi hidup ini tanpa dia..aku tidak tahu kenapa perasaan ini tiba2 berubah sedemikian rupa.. bagaimanakah dengan rizal? ahhh..aku tak tahu.. tapi, aku mahukan dia jugak....!!!!!
'' fia...jangan macam nie..'' dia memujukku...
'' tak nak...tak nak...'' aku berdegil...
'' fia...dahlah tue...fikirkan kebahagiaan yang bakal fia kecapi bersama rizal... '' pujukannya langsung tidak kuendahkan... aku menyembamkan mukaku di dadanya...
'' fia tak nak... fia tak suka macam nie... fia betul2 tak suka...!! ''
perlahan2 tubuhku dipeluknya erat..aku membalas pelukan itu.. entah kenapa aku tidak mahu melepaskannya walau dengan apa cara sekalipun... aku taknak dia jadi sahabatku...aku mahukan belaian dan kasih sayangnya macam dulu...
hazwan menerkam anak mataku tajam... sekali lagi bibir kami bertemu.. kali ini aku pulak kehilangan punca.. dia tidak melepaskan diriku yg berada dalam dakapannya..aku mulai was2 dengan apa yang berlaku.. hazwan memaparkan wajah simpati... dadaku mula berdegup kencang..
'' wan....!!! '' aku bersuara tegas namun tubuhku kaku disitu...
dia tidak bersuara hanya renungan tajam yang dihadiahkannya padaku.. gementarku dapat dilihat melalui ekspresi wajahku... bibirnya hinggap dibahuku lembut... deru nafasnya semakin kuat ditelingaku. tanpa disangka bibirnya mendarat dibibirku deras.. tangannya merayap disekitar pehaku...
' fia..fia buat apa nie? nak biarkan sahaja...? lepaskan diri fia...!! ' ada suara halus menyedarkan aku.. aku cuba menolak tubuh itu sekuat hati...
'' wan..lepaskan fia..!! wan nak buat apa nie..!! '' aku serta merta jadi takut...
'prraap!'dia terhenti sebentar apabila pipinya ditampar oleh aku... dia menarik nafas beberapa kali...
'' wann..sedarlah..... bawak mengucap wan... '' hampir tidak kedengaran suaraku...kedua-dua kami kaku..mulut kami terkunci...cuma kali ini dia mendengus kasar beberapa kali... ternyata 2 insan ini sedar akan kesilapan masing2...
'' assalamualaikum... abang..tolong mak angkat barang2 nie...'' suara nyaring itu menyebabkan hazwan kaget sebentar.. aku turut terkejut..dalam masa yang sama aku lega kerana kemunculan ibu hazwan menyelamatkan aku dan hazwan dari terus hanyut sebentar tadi.. walaupun keduanya telah tersedar,namun syaitan tetap ada memujuk hamba allah yang sedang berdua ini. kali ini kami terselamat... entah apa yg akan terjadi jikalau... ahhh..aku tidak mahu memikirkannya...
'' astagfirullahallaziim!!! maafkan wan...'' dia menolak dirinya jauh sedikit daripada diriku..aku masih lagi membisu... antara terkejut dan tidak percaya...
'' owh..ada tetamu rupanya..'' wajah ibunya tersembul dimuka pintu...hazwan bingkas bangun dan menolong ibunya mengangkat barang2 ke dapur...
'' makcik.." terketar2 aku tunduk mencium tangannya... sedaya upaya aku mempamerkan wajah selamba... seperti tidak ada apa2 yang berlaku...
'' siapa namanya nie? '' tanyanya sambil tersenyum.
'' fia makcik..'' jawabku pendek.
'' haaa..duduklah dulu. makcik nak kedapur kejap..'' aku sekadar mengangguk... kedengaran dua suara sedang berbual.. sesekali kedengaran namaku disebut... aku berdebar2... adakah mak dia terlihat adegan tadi?
'' mak wan ajak makan malam sekali...'' tiba2 sahaja hazwan muncul dibalik pintu dengan membawa segelas minuman..
'' tak payahlah...fia nak balik... '' ungkapku pantas.. tidak sanggup rasanya mahu menatap wajah itu lama2..dia mengeluh.... dan aku sudahpun berdiri menuju kedapur...
'' makcik...fia minta maaf sebab tak dapat makan malam sekali... fia kerja malam nie... lain kali fia datang lagi...'' aku buat cerita... tangan itu kusalam dan kukucup sekali lagi..
'' baiklah...hati2 ya nak.. '' pesannya dengan semyuman kelat..
'' maafkan fia ya...fia betul2 tak dapat makan malam disini..'' senyuman tawar tadi mengamit perasaan bersalahku.. namun menatap wajah hazwan tambah merunsingkan.. terutama selepas adegan tadi berlaku tanpa dipinta...
'' takperlah nak....jalan baik2 ya..'' dia mengingatkan aku...
''abang....hantar kawan abang nie kat perhentian bas sana...'' laungnya dari dapur...
'' haaa...yelah...'' lemah suara hazwan menjawab...
perjalan ke perhentian bas terasa amat jauh... padahal, nak sampai kerumahnya tadi rasa dekat jerk... aku mempercepatkan langkah..
'' fiaa....tunggulah..'' hazwan melaung namaku...aku meneruskan langkah..sedikitpun tidak mempedulikan laungannya..
'' ahhh... lepas..!! '' aku separuh menejrit apabila terasa bahuku disentuh...
'' fia...wan minta maaf... '' ' wan tak salah..fia yang mulakan semua tue..fia malu wan..malu sangat..kenapa fia boleh buat macam tue..fia bodoh kan? fia bodoh sangat! ' namun kata2 itu hanya terbit didalam hati dan tak mampu aku luahkan...
'' just leave me alone...!! fia nak tenangkan diri... '' aku mendengus kasar... namun, itu makna hati aku yg sebenar.. hipokritnya aku..
aku berlari meninggalkannya dan segera memboloskan diri kedalam bas yang kebetulan berhenti untuk menurunkan penumpangnya... aku sudah tidak peduli walaupun bas yang kunaiki sebenarnya tak sampai ke destinasi yang aku ingin tujui... yang aku tahu,aku mahu lari dari hazwan...itu sahaja..
' wan..maaf yaa... aku masih terkejut dengan peristiwa tadi...dan aku tidak bersedia untuk membincangkannya... aku sedar akulah punca wan hilang kawalan diri sebentar tadi.... aku yang bersalah wan.... aku..!!! aku malu... maafkan aku sekali lagi wan...'
tanpa disedari aku menampar2 pipi sendiri...tidak kupeduli berpuluh2 pasang mata sedang memerhatikan aku yang seperti hilang akal itu...
-----------------------------end part 10-------------------------
Monday, August 07, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment