Wednesday, August 16, 2006
Sesuatu Yang Terindah - Part 15
He he he..malam ni ada dating dengan dia..
gumbiranyaaaa...dapat lepaskan kerinduan yg terbuku di dada ini..
Sesuatu yang terindah - Part 15
'' ahh..kata nak jumpa kul 5 petang..! "
aku mendengus geram.. sudah berkali-kali nombor telefon rizal kudail tapi langsung tiada jawapan.. janji nak jumpa..dia lupa ker? dah dekat 3 jam aku terpacak kat depan bus stand nie.. ahhh..sakit hati aku! sekali lagi no telefon rizal kudail..
'' arghh...! '' aku tambah geram bila telefon bimbit aku kehabisan bateri.. lupa nak cas la malam semalam..
kakiku mula melangkah apabila terlihat sebuah pondok telefon disebarang jalan.. ahh..kalau kali nie dia tak jawab jugak.. aku balik!
tapi...belum sempat aku melangkah keseberang jalan.. pandanganku berpinar-pinar disertai bunyi dentuman yang agak kuat...
------------------------------------------------------------
'' adik..tepi sikit.. '' satu suara menyapa dibelakang.. perlahan aku menolak kerusi roda ketepi..
aku menoleh kearah tasik yang terbentang luas dihadapanku.. cantik..tapi tetap tidak dapat menceriakan hatiku..
air mataku menitis tiba-tiba.. peristiwa lalu kembali menerpa diingatan...
saat itu seluruh semangatku bagai direntap.. air mata tak berhenti-henti mengalir..
'' makkkk.... '' aku meronta sekuat hati... namun badanku terasa kebas..
'' sabar nak.. '' lirih suara mak..
'' mak.. makkk... cakaplah mak... fia tak lumpuh! fia tak lumpuh! '' aku berteriak.. cuba bergerak namun payah sekali....
mak sudah mula menangis.. ayah sunggul dimuka pintu.. wajah kakak dan adik-adikku kurenung satu persatu.. semuanya diam.. diam tanpa kata..
'' sabar nak..sabar.. '' ayah membelai rambutku..
sukar untuk aku menerima kenyataan... aku lumpuh! tidakkk...tidakkk...!!!!
berkali-kali aku menampar-nampar diri.. mengharapkan agar aku terjaga dari mimpi ngeri ini...
'' fia tak nak! fia tak nak jumpa sesiapa! fia nak mati!! fia nak mati!! ''
itulah kata-kata yang sering aku ucapkan apabila ada orang ingin melawatku dihospital.. sehinggakan doktor terpaksa menyuntik ubat penenang kapada aku..
begitulah aku...begitulah aku cuba untuk lari dari kenyataan.. aku...aku...aku malu.. aku cacat! aku nak mati!
namun, sesi terapi dan kaunseling sedikit sebanyak membantu aku mengharungi hidup.. sokongan, dorongan dan penerimaan keluarga dan rakan-rakan membuat semangat aku pulih sedikit demi sedikit.. ramai lagi yang lebih kasihan dari aku.. aku beruntung kerana masih diberi peluang untuk bernafas dibumi allah ini..
walau bagaimanapun, aku mungkin telah berubah sepenuhnya.. berubah menjadi pendiam dan pasif.. aku tahu kakak sangat sedih apabila aku langsung tidak mahu keluar dari bilik semasa hari persandingannya.. maafkan fia kak.. mak risau..begitu juga ayah.. bukannya sengaja mahu menyembunyikan diri.. tapi...aku malu!
dan sekali lagi, aku gagal mempertahankan cinta.. orang kata..cinta itu tidak melihat kepada paras rupa, harta, atau darjat.. cinta itu dari hati..cinta tidak melihat kekurangan..cinta adalah keindahan.. ahhh...dusta! manusia bercinta kerana kepentingan.. kepentingan semata-mata!
rizal...berita pertunangannya sampai juga dipengetahuanku.. dengan rela hati aku melepaskan dia pergi kerana aku tahu...aku takkan mampu membahagiakan dia..
beberapa bulan lagi dia akan melansungkan perkahwinannya.. dengan siapa? aku tak tahu..dan aku tak ingin ambil tahu.. kad undangan perkahwinannya langsung tidak kubaca.. yang aku tahu, aku hanya nak dia bahagia.. itu sahaja.. biarpun sebenarnya, hati ini terguris dengan dalam..
kini, sudah 6 tahun berlalu.. tasik ini menjadi temanku yang setia.. setiap petang aku bersiar-siar disini... menikmati keindahan alam yang indah.. aku gembira..
namun, sekali sekala air mata ini tumpah juga.. tumpah mengenangkan nasib diri.. namun siapa aku untuk menolak takdir ilahi? siapa aku untuk menyalahkan takdir?
aku tahu..hidup nie taklah sempurna.. dan hari ini aku menjadi salah satu daripada ketidaksempurnaan itu..
ya allah..aku terima dugaanmu dengan tabah..
aku ingin meneruskan hidup ini dengan sebaik-baiknya.. aku tidak patut menyesali nasib.. semua ini ada hikmah disebaliknya.. aku perlu bangkit..
setelah sekian lama mencuba, aku sudah mampu mengembalikan sifat asalku yang manja dan periang... dan mak adalah orang yang paling gembira setiap kali senyuman terukir dibibirku.. hatiku sayu melihat senyuman mak.. mak..fia akan bahagiakan mak dan ayah walaupun fia cacat.. fia sayang mak dan ayah.. fia nak mak dan ayah gembira.. itulah janjiku pada diri sendiri..
untuk mengisi masa lapang, aku mulai berjinak-jinak dengan bidang penulisan.. bermula dengan puisi, aku mulai menulis cerpen.. walaupun tidak sebaik para penulis popular yang lain, aku senang dan gembira bertemankan typewriter dan komputer.. sekurang-kurangnya aku tidak kesunyian dan keseorangan.. dan insya allah..aku akan menghasilkan novel aku yang pertama..
'' assalamualaikum.. '' sapaan itu mengejutkan aku...
'' waalaikumsalam.. '' jawabku.. aku mengerakkan kerusi roda ke tepi sedikit..
'' ehh..takper.. saya bukannya nak lalu.. saya nak sembang dengan saudari.. itupun kalau diberi keizinan.. '' ujurnya sambil tersenyum..
aku mengerutkan dahi.. lambat-lambat aku menganggukan kepala..
'' boleh..apa salahnya.. ''
'' tengok apa kat tasik nie? tiap-tiap petang kesini.. saudari tak bosan ker? '' tanyanya..
' huh..macam mana dia tahu tiap-tiap petang aku ada kat sini? ' hatiku diselubungi persoalan.. ' dia pun hari-hari datang sini ker? '
'' saja nak rehatkan minda.. tempat nie best.. tak bosan pun.. '' aku senyum..
'' owh..ok.. erm..saya hairi iskandar.. nama samaran pendekar.. ''
'' kenapa panggil pendekar pulak? tak ada rupa pendekar pun...haha.. '' aku ketawa..
'' sebab saya suka tengok filem dulu-dulu..terutamanya filem pendekar bujang lapok.. '' ujurnya sambil menolak kerusi roda aku ketepi sebuah bangku lalu duduk disitu..
aku biarkan sahaja.. yelah, kesian jugak dia berdiri dari tadi..
'' jadi..awak nie pendekar bujang lapok la ye? '' jawabku dengan ketawa yang masih bersisa..
dia tersenyum... '' saya memang bujang.. tapi tak lapok lagi tau.. masih hensem dan macho.. ''
'' perasan.. '' ucapku sambil menarik muka..
'' nama saudari siapa? '' tanyanya.. aku ketawa lagi..
'' aik..tanya nama pun ketawa ker? '' dia menaikan kening.. memandangku penuh tanda tanya..
'' kenapa bahaskan saya sebagai saudari? '' tanyaku.. tujuannya supaya dia sedar akan sebab aku kelucuan sebentar tadi..
'' ermm..maaflah... saya tak kenal saudari lagi.. tak tahu nak panggil apa.. awak ker? you ker? cik ker? sebab tue saya panggil saudari.. lagi manis kan? sesuai dengan saudari yang manis nie..'' tersipu-sipu dia menjawab..
'' owh.. '' ucap aku sambil mengangguk.. '' tak payahlah ber'saudari' dengan saya..rasa janggal pulak..panggil fisya jer.. boleh? ''
'' okey.. "
'' tapi saya tak nak panggil awak pendekar.. nak panggil hairi boleh? ''
dan kali ini dia pulak mengangguk.. ''tapi..bukankah nama saudari fia..? ''
'' tahu dari mana? '' aku tertanya-tanya.. mungkin dia terdengar nama aku dipanggil dimana-mana..
yelah, dah hari2 kat sini.. mestilah ramai yang kenal aku..
kadang-kadang aku sembang dengan pakcik mad yang selalu kutip tin alluminium ditepi tasik, makcik inah yang jual buah digerai hujung sana ataupun adik amin dan abangnya izfan yang selalu kesini tiap-tiap petang.. mungkin sebab aku cacat.. maka, ramailah yang bersimpati dan sudi teman aku kat sini..
takperlah, ada juga baiknya.. tak jugak aku sunyi..
'' saya tanya nenek kebayan.. dia yang bagitahu saudari bohong.. ''
'' ahh..nak bagi alasan ar tue.. hmm..sebenarnya nama penuh saya fisya nurafia.. tapi panggil apa-apa pun boleh.. ''
'' owh..jadi nie saudari 'apa-apa' lah nie? '' giliran dia pulak ketawa.. aku mencebikkan bibir..
'' maksud saya..nak panggil fia ker..fisya ker..nur ker.. saya tak kisah.. bukan nama saya 'apa-apa' '' jawabku dengan muncung yang panjang...
'' ok..ok.. tapi,saya nak panggil fia jugak.. boleh tak? '' aku mengangguk sambil tersenyum...
'' asyik angguk jer dari tadi.. bila nak geleng2 pulak? ''
ditergah rasa lucu..aku ketawa lagi...dia turut ketawa kecil..
'' saudari..er..fia.. nampak cantik kalau ketawa macam nie.. tak macam mula-mula hairi nampak dulu.. diam jerk.. '' mataku direnungnya..
membuatkan aku tertunduk malu.. dah lama tak bertentang mata dengan insan bergelar lelaki..
'' jadi..selalu intip fia la nie? '' aku bertanya tanpa memandang kepadanya.. aku lebih senang memerhati gelagat anak muda dihujung sana yang sedang bermain skateboard.. terlompat-lompat dan melakukan aksi yang agak merbahaya.. dahlah tak pakai pelindung kepala.. karang cedera pulak..
'' hairi tak intip fia pun.. hairi skodeng jerk.. hahaha.. '' jelasnya disusuli gelak tawa yang membuat muncung aku tambah memanjang..
'' samalah tue.. jahat! '' ngomelku..
'' hairi tak jahat.. nakal jerk.. tapi, fia tue lagi jahat tau! '' aku mencebikkan bibir.. yelah, tiba-tiba ku pulak dikatakan jahat..!
'' aik..merajuk ker? sorrylah.. sebanarnya fia tak jahat.. kalau jahat..dah lama polis tangkap.. '' guraunya sambil terkekeh ketawa.. aku membulatkan mata.. geram!
aku mendiamkan diri.. entahlah..aku langsung tidak mempunyai akal untuk memintas segala kata-katanya.. hairan jugak..dulu kan aku teror sangat bab-bab lawan cakap orang nie.. alih-alih..aku pulak terdiam tanpa kata...
'' okalah...tukar topik pulak.. umur fia berapa? '' dia memulakan bicara..
'' erm..hairi agak berapa? '' aku berteka-teki..
'' 12 tahun kot...sebab kuat merajuk..! '' sekali lagi aku geram dengan jawapan nakalnya.. seperti biasa, tanpa dapat dikawal.. satu cubitan singgah di lengannya..
'' aduhh...rupanya ada bakat lain ek.. bakat merajuk dan bakat mencubit.. '' ujurnya nakal..
'' haaa..nak lagi ker? fia tanya betul2.. hairi main-main pulak.. '' suara aku sekan merajuk..
'' fia yang main-main.. hairi tanya umur... fia suruh pulak teka2.. '' jawapan yang tepat! aku pulak yang disalahkan..
'' oklah...umur fia 26.. hairi? ''
'' 5 tahun older than that.. fia tak terfikir ke nak kahwin? ''
aku terlopong.. kahwin? layakkah aku untuk mempunyai seorang suami? diri sendiri pun perlukan penjagaan..macam mana aku nak jalankan tanggungjawab aku untuk menjaga suami..pelik hairi nie.. dah nampak aku macam nie..nak tanya lagi..
perkahwinan itu perkongsian hidup.. isteri bertanggungjawab terhadap suami dan begitu juga sebaliknya.. tugas isteri ialah menjaga keperluan suami dari segi zahir dan batin.. selain itu, isteri bertindak sebagai pendidik kepada anak-anak kelak.. aku? tak mungkin dapat menjalankan tanggungjawab itu dengan sebaiknya.. oleh itu, aku tidak pernah pun berfikir untuk berkahwin.. aku tak mampu.. aku takkan mampu..
'' siapalah yang nak kat fia.. tengoklah..fia nie akan menyusahkan suami jerk.. apa gunanya kan? '' lirih suara aku menjawab..
'' hey..janganlah cakap macamtue.. bunyinya macam orang berputus asa jerk.. kan ramai pasangan yang kurang upaya berkahwin dan mampu berbahagia.. fia saja yang berfikiran negatif.. kalau ada yang nak macam mana? ''
aku tergelak kecil.. '' kalau ada org yang nak? hmm..orang tue mungkin buta ataupun kurang waras.. ''
'' kalau hairilah yang fia katakan buta atau kurang waras tue macam mana? '' serius benar bunyinya.. aku terdiam seketika..
'' huh...maksud hairi? ''
'' fisya nurafia.. sudikah saudari menjadi isteri hairi yang sah? ''
'' hairi..janganlah berguarau hal-hal macam nie.. fia...... ''
'' it's not a joke miss fia... hairi serius.. ''
'' errr...tapi....kenapa mesti fia? fia cacat hairi.. tak layak untuk dijadikan isteri.. ramai lagi yang hairi boleh pilih..lagipun, takkan dalam masa sejam nie.. hairi boleh ajak fia kahwin.. perkahwinan nie bukan main-main.. perkahwinan nie perkongsian seumur hidup.. fikirlah baik-baik hairi... '' aku gugup..
'' manusia boleh jatuh cinta dalam masa sesaat... memahami seseorang dalam masa seminit.. so, macam-macam boleh berlaku dalam masa sejam cik fia..
one more thing.. cinta itu buta fia.. ia tak melihat paras rupa.. tidak peduli akan kekurangan.. cinta itu rasa.. lahir dari hati yang ikhlas untuk mencintai dan dicintai..
sesungguhnya, wanita yang mendapat tempat disyurga allah.. ialah wanita yang telah menunaikan tanggungjawabnya kepada allah, ibubapa dan juga suami..
percayalah fia.. hairi cintakan fia kerana apa yang fia miliki.. i love you for what you are.. ''
'' tapi..... ''
'' malam nie buatlah solat istikarah.. kalau wajah hairi hadir.. pakailah cincin nie.. kalau tidak..terimalah ia sebagai tanda persahabatan kita..
esok hairi akan datang pada waktu yang sama untuk jumpa fia.. kalau fia datang dengan memakai cincin tue.. maknanya fia setuju.. dan sebaliknya...
meet you again tommorow miss fia.. assalamualaikum... '' ucapnya sambil berlalu pergi..
kotak berwarna merah yang diletakkan ditapak tanganku kubuka..
sebentuk cincin emas.. haaa..dia tak bohong rupanya... betul ker dia nak kahwin dengan aku? gila... manusia sekarang memang sudah gila..!!
diam-diam cincin itu kusarungkan dijari manisku.. aneh...muat pulak cincin nie.. maacm dia tahu-tahu jerk saiz jari aku.. nie kebetulan atau.... hmm..entahlah..
aku? nak ker aku terima hairi tue? gila..dia memang gila.. aku nak kahwin? ahhh..tak mungin... aku tak bersedia lagi.. aku takut!
tapi.. aku pun nak juga merasai kehidupan berumah tangga.. selama ini aku memang inginkan sebiuah keluarga aku sendiri.. kini peluang telah ada... tapi..ikhlaskah dia? kenapa dia pilih aku yang cacat nie? boleh percaya ker kata-kata dia tadi..? tapi kan.. cinta boleh dipupuk kan? cinta boleh bercambah selepas kahwin kan? kan aku jugak yang selalu cakap macam tue..
apa perasaan aku pada hairi? hmm..aku akui dia memang baik.. aku sukakan gaya dan perwatakannya.. tapi, aku baru kenal dia sejam.. sejam tak cukup untuk aku kenal hati budinya.. tapi... ahhh..entahlah... ya allah..bantulah hambamu ini ya allah.. berilah aku petunjuk..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment