Thursday, August 03, 2006

Sesuatu Yang Terindah - Part 9

Semalam saje je aku tak beremail dengan terus dia merajuk..hu hu hu, tapi dengan gentlemannye aku pujuk dia..then pagi tadi sekali lagi dia merengek nak beremail dengan aku..ok lah sayang abang hantar le jap lagi..k..

sambungannnn...

Sesuatu yang terindah - Part 9
fisya berdiri dihadapan perhentian teksi.. kelibat rizal tidak kelihatan walaupun dia telah menelefonnya hampir 20minit yang lalu... dia melirik jam ditangannya.. sudah hampir 11.30malam.. nasib baik esok dia offday... kalau tak..sudah tentu dia tidak akan tega menjadi penunggu setia disitu..selang beberapa minit kelihatan rizal menghampirinya dengan memakai baju lengan panjang bertopi yang hampir menutupi seluruh kepalanya... perlahan2 dia menghampiri.. aku membuka mata luas2..
' kalau tak tengok betul2..rizal nie nampak macam pencuri pulak...siap tutup2 muka lagi...nampak macam perompak pun ade..tengok lagi sekali,macam artis yg takut diserbu peminat.. eleh..macamlah ade peminat fanatik yg terkejar2 kat dia..' gelihati aku melihat gelagatnya..
'' ehhh..kenapa nie? macam hantu bungkus jerk..'' aku cuba menahan gelak...
'' susah payah aku keluar tau...sepatutnya kami kena stay dalam bilik.. esok kan ada perlawanan kat padang stadium likas...'' ucapnya sambil menarik tanganku..
'' kita pegi minum dulu..'' aku mengekori dibelakangnya.. terasa sebal jugak ditarik sebegini rupa.. ' ehhh..janganlah tarik2..macamlah aku nie budak kecil.. aku takkan hilang punya...' namun kata2 itu cuma disuarakan dalam hatiku...
'' haaa...apa yang fisya cuba nak cakap tadi? '' dia membuka bicara..
'' esok game kul bape? '' aku sengaja mahu menukar topik perbualan...
'' game kul 8 malam...tapi pagi tue ada latihan terakhir...kul 9 pagi..'' langkahnya semakin laju... ' eehhh...dia kejar ape lak nie... bukannya kedai minum tue lari pun..' ngomelku dalam hati..
'' tak kena marah ker keluar nie? karang kantoi pulak..'' aku menyuarakan rasa risauku... karang tak pasal2 dia dikenakan tindakan disiplin.. dahlah yang curi2 keluar nie adalah captain pasukan... tak berdisiplin langsung...
'' tak punya.. aku dah pakat ngan member2... sure tak kantoi punya...hey..nie rizal lah..'' jawabnya megah... 'ahh..sejak bila dia jadi sebegini angkuh?'
'' owhh... '' tapi hanya itu yang terucap olehku..
'' how are you in the pass 2 years? '' soalan yang memang aku tidak nanti2kan..dia tidak tahukah aku sangat merinduinya? tidakkah dia sedar meninggalakn aku tanpa berita akan memudarkan kepercayaanku pada dia? lupakah dia akan sifatku yang sememangnya mengharap seseorang untuk sentiasa berada disisi aku?
'' well..everything seem to be allright..i guess...'' dia merenungku tajam..jawapan yang mungkin tidak memuaskan hatinya...
'' apa yang kita harapkan tidak semestinya berlaku...tapi nak buat macam mana... life must go on...'' sekali lagi aku menyuaran sesuatu yang mungkin menagih pengertiannya.
'' do you miss me? '' soalnya perlahan...
'' dulu...but now i think i can live without missing you..'' bohong! aku sentiasa merinduimu.... aku selalu mengharapkan kau kembali....
'' i miss you badly in the pass two years... rizal hampa kerana fisya tak pernah merindui rizal..'' keluhnya.. dia mengeluarkan sekotak rokok dunhill.. menyalakannya.. dan kemudian menyedutnya dalam2...
'' ehemmm....'' aku berdehem... dia dah lupa ker aku pantang bila orang merokok depan aku...
'' opss...sorry...'' ternyata dia sudah lupa..dia pantas berdiri...
'' fisya duduk dulu...rizal pesankan minuman... nak minum apa? '' aku mendongak..memerhatikannya sambil mengecilkan mata... ingat lagikah dia akan minuman kegemaranku?
'' milo ice? '' ucapnya ragu2... aku tersenyum mengangguk... ' ingat jugak rupanya...apa lagi yang dia ingat tentang aku ek? ' aku tertanya2 dalam hati...
'' nak makan? '' dia bertanya lagi.. kali ini aku mengeleng....malas nak bersuara..
'' huuuhhhhh... '' kedengaran dia mengeluh...
setiap butir kata yang keluar dari mulut rizal hampir tak terdengar olehku... suasana yang tadinya tenang dan aman bertukar gamat dengan gelagat sekumpulan anak remaja yang sedang minum dimeja sebelah...
'' awek semalam memang cun giler ar... ''
'' kau bawak dia g mana joy ? patutlah semalam kau hilang tiba2..''
'' kau nie mat...haa..apa lagi... aku heret bawak balik rumah laa...'' lelaki itu ketawa terbahak2...
'' untung kau joy...dahlah seksi...tak jual mahal pulak tue...'' lelaki yang berbaju hitam dangan jeans yang terkoyak disebelah lutut kanan itu pulak menyampuk...
'' cun memang cun han...tapi tak guna... dah kena pakai...'' ucapnya sambil menghisap sisa rokok ditangannya..
'' alah...tak kisahlah.. dah offer depan mata... makan jerk la... hahaha...'' jejaka yang bernama han memukul perlahan bahu temannya.. mereka serentak ketawa...
'' pompuan sekarang mana ada yang tak rosak...'' seorang lagi menyampuk..
'' yelah...muka2 nie jugak yang rosakkan.. betul tak joy? '' sekali lagi mereka tertawa..
'' ehh...jap.. awek aku fon.... yang nie kena jaga betul2... aset penting..'' ucapnya bangga...
aku pekakkan telinga...kurang senang dengan topik yang mereka bincangkan.. murah sangatkah maruah perempuan zaman sekarang.??mudah benar perempuan zaman sekarang mempercayai seseorang yang bergelar lelaki... suasana bertukar senyap seketika.. aku dapat rasakan bahawa kumpulan tadi cuba merenung kearah aku...' gatal...miang...lelaki tak guna...sial...' aku menyumpah dalam hati... rizal memandangku penuh erti sambil menghabiskan sisa minumannya... mata itu juga melirik kepada kumpulan jejaka dimeja sebelah...
'' fisya...jom.. rizal hantar balik...'' mungkin juga rizal menyedari ketidakselesaan aku saat itu...
aku pantas berdiri...lalu berjalan mendahului rizal....meninggalakan dia sendirian membayar harga minuman kepada uncle pelayan..tanpa kusedari rizal sudah berada disebelahku... lalu, kami berjalan beriringan.. namun kedua2 mulut terkunci..
'' esok kerja? '' tanyanya..
'' offday.. kenapa? '' aku dapat merasakan ada sebab soalan itu diutarakan...
'' nak tengok rizal main esok? '' matanya mengerling kearah aku yang masih teragak2 membuat keputusan...adakah dia mengharap aku ada disitu?
'' ermm..taknak laa.. tapi..good luck yaa..'' aku tersenyum manis...dia mengeluh....
'' thanks...'' ucapnya penuh nada kecewa...
aku memperlahankan langkah..
'' depan tue rumah sewa fisya...'' aku menunjukkan arah dimana terletaknya rumah sewaku bersama rakan2 ku yang lain..harapanku agar rumah sewaku berada lagi jauh dari ini... tidak puas rasanya aku mendengar suara dan menatap wajahnya...aku seperti tidak mahu mengakhiri perbualan ini...walaupun hanya sebuah perbualan kosong...
'' boleh kita duduk disini sebentar? '' tanyanya.. tapi dia sendiri sudah duduk diperhentian bas yang lengang itu...
'' ahhh..dah duduk pun... buat apa tanya lagi? '' komenku sambil mengambil tempat disebelahnya.. dia hanya ketawa kecil..
'' fisya dah ada org lain? ''jantungku berdebar2... aku nak cakap ape? nak bagitau pasal hazwan ker? nie yang aku lemah nie....aku tak boleh tahan dalam bab bohong-membohong nie..
'' maksud rizal? '' aku pura2 tidak faham...
'' dah ada orang lain ke yang gantikan tempat rizal dalam hati fisya? '' tuturnya lembut...
'' takder yang dapat gantikan tempat rizal... and takkan ada..'' aku menjawab penuh makna.. disebalik itu aku sembunyikan hakikat sebenar bahawa hatiku kini terisi kasih sayang untuk orang lain selain dia... tetapi kasih itu tidak sehebat dan seteguh kasih yang pernah hadir untuknya.. perasaan itu hadir lantaran sebuah cinta yang ketandusan kasih sayang... tersiram dengan harapan dan cinta yang dihulurkan oleh seseorang yang amat memahami...
'' fisya tak sunyi? ''
'' rizal tak sunyi? '' aku menanyakan soalan yang sama...
'' fisya rasa jawapannya sama dengan jawapan yang bakal rizal kemukakan...'' dia terdiam...memikirkan jawapannya atau memikirkan soalan seterusnya?
'' kenapa rizal tak cari fisya? '' aku merenungnya. menagih jawapan yang boleh memuaskan hatiku...
'' cari...rizal fon kat umah tapi adik fisya kata fisya dah tinggal kat hostel... tak tahu lagi camner nak hubungi fisya..''
' ahhh..jawapan yang tak logik... dia boleh tinggalkan no telefonnya kepada adik aku... atau tulis surat... bukan dia tidak tahu alamat aku... dia juga boleh datang ke sekolah aku... bukannya susah pun... memang dia tak der hati nak cari aku...' pintasku dalam hati..aku tersenyum sinis..jawapannya menghampakan aku...
'' kenapa fisya tak cari rizal? '' dia bertanya soalan yang sama kepadaku... soalan yang aku tunggu2...
'' siapa kata fisya tak cari? fisya hantar sms tapi satu pun tak berbalas... fisya telefon tapi tak pernah diangkat...rupa2nya dah tukar no fon... fisya call rumah datuk rizal..tapi dia kata rizal xder...pegi pakistan lah...kerja kat bandar lah... pastue,fisya tanya kawan2 rizal... macam2 jawapan yang fisya dengar... sampai ada yang kata rizal dah ade orang lain... fisya dah tak tahu nak percaya yang mana.. sampaikan rizal sambung study pun fisya tak pernah tahu.... macam2 fisya dah buat... rizal yang macam sengaja melarikan diri... rizal yang sengaja tak nak cari fisya... fisya letih... letih menunggu berita dari rizal... sesekali fisya harap rizal cari fisya... namun fisya hampa... akhirnya..fisya mengalah... fisya tak nak cari rizal lagi... biar jodoh saja pertemukan kita semula... '' segala yang terbuku aku luahkan...dia diam mendengar setiap butir kata yang aku ucapkan...
akhirnya dia menceritakan segala-galanya ada aku.. dia pernah mengikuti pakciknya ke pakistan...dia pernah bekerja sebelum menyambung pelajarannya... nyata,maklumat yang aku dapat semuanya benar... tapi dia menafikan dia ada perempuan lain... katanya semua itu hanya gosip semata2... dia juga meluahkan rasa hatinya semasa ketiadaanku hampir 2 tahun itu... rasa rindunya...rasa cintanya... namun semua itu tidak menguatkan keyakinanku.. masih ada ragu yang bertandang... lelaki...boleh ker percaya sangat??
'' aku cuma mahukan kau fisya..hati aku tidak pernah terbuka untuk orang lain..i love you..only you ... mungkin juga silap rizal sebab tidak sungguh2 untuk mencari fisya...itu rizal akui... rizal tak tahu macam mana nak jelaskan semua yang dah berlaku... keadaannya berbeza fisya...tapi berilah rizal peluang untuk menyambung semula kisah kita yang dulu... please...'' luahnya sungguh2...
' patutkah aku mempercayainya? mungkin dia berbohong? ' curigaku tetap ada...sejenak itu aku terfikir bahawa aku tidak perlu menyalahkan dia seratus peratus dalam hal ini... aku tidak tahu situasi dia ketika itu.. aku juga tidak berhak untuk menentukan tindakannya saat itu adalah benar atau salah... aku juga tidak mahu menyalahkan dia atas segala kedukaan aku selama ini...cuma aku hampa...perginya dari hidup aku membuatkan jiwa aku merana seorang diri.. terkapai2 mencari cinta yang mampu buat aku bahagia...aku percaya semua ini ada sebabnya... mungkin pertemuan kedua ini memberi satu kelainan dalam perhubungan kami... mungkin keduanya lebih matang dalam menempuhi alam kedewasaan...
bila aku jelajahi hati ini sedalam2nya... cinta aku cuma hadir untuk insan bernama rizal... sedikitpun tidak pernah kurang... cuma ianya terkunci jauh didalam dan menanti untuk dilepaskan.. diri ini mandambakan belaian dan kasih sayang... dan hazwan hadir mengisi keperluan itu... aku tidak mampu menolaknya.. kerana hati ini terlalu rindukan erti sebuah kebahagiaan... diri ini mahuakn perhatian dan bukannya pengabaian... diri ini kosong...hati ini kesepian...
kini..bukan aku mahu melupakan segala rasa sayangku pada hazwan...bukan juga mahu melupakannya disebabkan kehadiran rizal... dalam hati aku sayangku terhadap hazwan tetap ada...cuma tidak cukup untuk mengatasi cinta aku pada rizal yang selama ini terkubur..
sesungguhnya, aku cuma insan biasa... yang cuba untuk mencari yang terbaik untuk diriku sendiri... kadangkala memerlukan aku untuk memilih jalan hidup aku sendiri..aku tidak perlu takut untuk memilih.. kerana setiap jalan yang kupilih punya kebaikan dan keburukan... segalanya sudah ditetapkan begitu...sekarang aku cuma perlu menentukan jalan hidup aku... jalan yang membawa aku kealam lain yang aku sendiri tak tahu akan kesannya pada masa depanku..dan kini..dihadapanku... seseorang yang menuntut aku untuk memilih antara jalan2 yang ada... hatiku meronta2 ingin memberitahu perihal hazwan kepada rizal.. namun belum tiba masanya... aku belum bersedia...
'' kita masih 'couple' kan? '' ada nada mengharap dalam pertanyaan itu..
'' can you plz give me some time to think about it? rizal muncul tibe2 tau..fisya tak ready lagi nak beri apa2 jawapan... '' aku melontarkan pandanganku jauh2..
'' fikir apa lagi? fisya ragu2 ngan rizal ker? atau fisya marahkan rizal sebab abaikan fisya selama nie? apa yang menghalang fisya daripada memberi kata putus malam nie?'' bertubi-tubi soalan yang diajukan kepada aku... namun aku tiada jawapan yang kuberi untuk kesemua soalan itu...
'' rizal tak rasa ker terlalu cepat rizal kemukakan soal ini? baru petang tadi kita jumpa...rizal dah persoalkan semua nie... '' rasa tidak puas hatiku terpamer jua..
'' sorry...i just dont wanna loose you once again...'' perlahan suara itu menampar cuping telingaku.. ahh..tidak mahu kehilangan konon...!
'' rizal.. nie soal hati dan perasaan.. fisya tak boleh ambil ringan semua nie... fisya kena buat keputusan yang sebaiknya untuk diri fisya.. takkan rizal nak fisya buat keputusan terburu2?? '' kuharap jawapan itu memuaskan hatinya..
'' tapi... ''
'' tapi apa lagi? hormatilah permintaan fisya...plzz..'' rayuku..
'' bila fisya nak bagi jawapan? esok? lusa? rizal dah tak sanggup tunggu lama2... ''
'' sampai fisya bersedia menjawab soalan tue.. kalau fisya boleh bersabar dalam 2 tahun nie... fisya nak rizal bersabar.. just for a few week... ok? '' terasa ada tangan menyentuh bahuku... mendorong aku untuk berpusing dan berhadapan dengannya...
'' jangan fikir lama2 ya...'' dan aku tersenyum tatkala melihat lagaknya yang keanak-anakan itu... dia turut tersenyum...
'' kalau betul2 rizal sayang fisya..sampai bila2 pun rizal akan tunggu kan? '' dugaku..
'' tak..rizal takkan sanggup tunggu selama itu... nanti orang lain datang membawa rombongan utk meminang fisya... kempunanlah rizal nak beristerikan fisya..''aku ketawa... ' sampai begitu sekali dia fikir... kalau aku taknak...tak jadi jugak... '
'' kenapa ketawa? '' tanyanya...
'' lucu... ''
'' ape yang lucu..? ''aku mengangkat bahu...
'' hmm..jomlah balik...dah lewat nie..haa..karang rizal pulak tak bangun pagi esok... ''
'' okey..'' balasku singkat..
dia mengekoriku ke bangunan yang aku maksudkan sebentar tadi...
'' bahaya jugak tempat nie..gelap...'' tanpa aku sedari dia mengenggam erat jari-jemariku...
aku mengiyakan kata2 rizal sebentar tadi.. walaupun kawasan ini terletak ditengah2 bandar,namun kau perlu melalui lorong belakang kedai untuk sampai ke rumah sewaku yang berada ditingkat 2... mujurlah tangga yang membawa aku kerumah sewa terletak berhadapan dengan bahagian belakang sebuah restoran 24jam... ada jugak kelihatan makcik2 yang sibuk membasuh sayuran, peralatan dapur dan pinggan mangkuk.. kadang2 mereka menegur aku yang hampir setiap hari melalui lorong tersebut... aku pulak dengan ramah membalas teguran itu...yelah..tak salah pun... sekurang2nya kalau ada apa2 yang berlaku..aku boleh memecut laju meminta pertolongan daripada makcik2 tersebut... kan?
'' ermm..sampai sini sajalah.. rumah sewa fisya ni xder lif... fisya tinggal kat tingkat 5...'' aku sengaja mengusiknya...dia mendongak keatas... macam nak tak nak jerk hantar aku bila dengar aku sebut tingkat 5.. aku dapat mengagak, mesti dia letih sangat and tak larat menaiki tangga setinggi itu.. aku sekadar tersenyum...
'' tingkat 5 pun tingkat 5 lah...'' ucapnya dengan nada terpaksa..
'' kalau tak larat takper.. fisya naik sendiri.. takder ape2 lah.. tak ade perompak atau perogol pun kat tangga nie..'' aku masih lagi mempermainkannya.. padan muka dia..
'' ehhh...siapa kata tak larat... tingkat 10 pun boleh...'' cepat2 dia memotong percakapanku... aku sengih...
aku memulakan langkah... satu persatu anak tangga kudaki... dia mendahului dihadapan... ' wah...laju betul dia naik... mesti tak sabar2 nak sampai atas...'
'' rizal...pelan2lah... fisya letih nie... '' aku merungut dibelakangnya.. yelah...memang aku betul2 letih.. tak larat aku nak ikut pergerakan dia yg pantas tue..
dia mengeluh..lantas tanganku dicapainya... aku menurut saja.. bila lagi nak dera dia kan? lagipun dah lama tak dera dia macam nie... langkahnya bertukar perlahan bila dia terpaksa menarik beban dibelakangnya iaitu aku...aku ketawa dalam hati...sedikitpun tidak mahu kasihan akan jejeka dihadapannya.. yelah...esok dia ada game.. sesuka hati jerk aku mendera dia...setibannya di tingkat dua aku melepaskan gengaman tangannya... dia menoleh...
'' tak larat ker? nak rizal dukung? '' tanyanya serius...
'' boleh jugak...penat sangat nie...'' aku buat muka letih...letih yang teramat sangat.. hahaha...pandainya aku...
'' meh sini...'' dia menundukkan badannya... aku ketawa... wahhh..biar betul dia nak dukung aku...
'' ehhhh...dia ketawa pulak...'' liriknya...
aku menekan loceng pintu... lalu cuba membuka pintu dihadapanku... dia cuma memerhati penuh curiga.. sebentar kemudian pintu dihadapanku terkuak...muncullah sekujur tubuh yang hanya dibaluti kain sarung dan t-shirt... apabila terlihat kelibat rizal..dia menyembunyikan tubuhnya disebalik pintu..malu la tue...
'' napa lewat balik fia? tu siapa? '' anne menjuihkan bibir kearah rizal yang sedang mengaru2 kepalanya...
'' hmmm...fia singgah minum kejap..'' aku cuma menjawab soalan pertamanya dan memberi isyarat supaya anne meninggalkan aku berbicara dengan rizal...
anne cuma mengangguk... jelas dia curiga dengan kelakuanku sebentar tadi.. mesti dia hairan kenapa aku bersikap sedemikian... mesti dia fikir aku curang pada hazwan... ahhhh...nanti sahaja aku jelaskan padanya....asalkan dia tak bagitau hazwan yang bukan2 dahlah...
'' sebenarnya...fisya tinggal kat sini.. bukan tingkat 5... '' aku cuba menahan gelak...
'' fisya nie nakallah...mati2 rizal ingat kita kena naik tingkat 5...kalau betullah tingkat 5 tadi..boleh semput nafas nie tau..tak payah exercise pagi besok..malam nie dah cukup...'' dia menaham geram... aku sudah terkekeh2 ketawa...
'' hmmm...kenapa member tadi panggil fia? nama baru ker? '' tanyanya teragak2...
'' tue kan nama fisya jugak... biarlah..diaorang dah biasa panggil ngan nama tue..'' serentak itu aku menangkap suara2 sumbang yang sedang berbisik2 dibelakangku... aku memandang mengunakan anak mata... 'hisshhh...budak2 nie mengintip aku rupannya... haaa....awas korang... aku makan satu2 karang...'
'' sorry ya...fisya gurau jerk tadi...'' ucapku perlahan...
'' okaylah....fisya nak masuk... baliklah...dah lewat sangat nie...'' mataku memandang jam di tangan.. hampir pukul 2... ahh..cepatnya masa berlalu...
'' fisya rehatlah...good nite..'' pandangan matanya yang redup mangamit perasaanku..
'' you too... '' aku cuba memendekkan perbualan.. yalah...beruk2 kat belakang aku sure pasang telinga...
perlahan dia menuruni anak tangga... aku cuma memerhati... sedang aku mahu menutup pintu..dia muncul tiba2... dia memegang jari-jemariku lantas mengucupnya..
'' sleep tight...mimpikan rizal ya..'' bibirnya beralih ke cuping telingaku...
aku terkedu...pipiku terasa panas... dan dia berlari2 anak menuruni tangga sambil tersenyum memandangku yang seperti hilang punca..
'' siapa lelaki tue? ''
'' romantiknya....siap cium2 tangan lagi.. haaa..pipi fia pun dah jadi pink...hahaha... ''
'' boyfriend baru ker? hensem... ''
'' yelah...siapa lelaki tue? fia kenal kat mana? ''
'' dah lama ke fia kenal? kami tak tahu pun..''
sebaik sahaja pintu kututup... anne, judey dan mimie melemparkan soalan bertubi2 kepada aku... aku mengeluh panjang.... rasa macam nak cekik2 jer budak bertiga nie.. kalau iya pun nak tanya sabar la sikit.. nie macam wartawan hiburan..aku tak sempat pun duduk...tak sempat nak rehat...tak sempat pun nak tarik nafas... dah diserbu macam nie...
'' aku nak mandi dulu... lepas nie aku story laa... tak sabar2..'' rungutku sambil memasamkan muka...mereka tersengih2...tak berperasaan langsung aku tengok... huhhh....tak nampak ker aku tengah letih nie...
'' yelah2... haaa..pegi ar mandi.. cepat2 sikit..tak sabar nie nak dengar berita terkini..'' sedap jerk mulut judey nie... eee...geramnya...aku stapler karang...aku melangkah perlahan menuju kebilik... terkedek2 budak2 tue ikut aku kat belakang... eee..ape lagi yang diaorang nak nie?
'' laaa...yang ikut fia nie nape? nak ikut mandi sekali ker? '' aku menoleh kearah mereka yang tersengih2 macam kerang busuk..
'' nak pastikan fia pegi mandi.... '' anne menjawab nakal...
'' eeeee....fia telan korang satu2 baru padan muka... pegi ar duduk kat ruang tamu tue... tengok tv... fia tak lari laa.. '' mereka memuncungkan bibir... kali ini mereka menurut kata2 aku seperti budak kecik yang menerima arahan.. aku mengeleng beberapa kali... betul2 macam perangai budak kecik... tapi..aku pun macam tue jugak.. dua kali lima... hehheheee...
malam itu aku menceritakan semua kisah aku dan rizal... bagaimana kami bertemu..terpisah..dan bertemu semula... rancangan tv yang ditayangkan langsung tidak menarik perhatian mereka... mereka khusyuk mendengar ceritaku yang berjela-jela tanpa henti... macam2 ragam yang boleh dilihat... ada yg mengaru kepala.. ada yang mulut terlopong... ada yang serius... ada yang dah terlentok diatas sofa...anne kelihatan menguap beberapa kali... begitu jugak mimie... nampak sangat mereka mengantuk... namun,mereka gagahi jugak membuka mata untuk mendengar setiap butir bicaraku...
aku sendiri sudah menguap 3 or 4 kali sejak tadi, namun mulutku masih tak nak berhenti bercakap... cuma judey yang mendengar penuh minat... matanya segar bugar mendengar aku bercerita... wahhh...respect betul aku ngan minah nie...tetapi akhirnya, 4 dara pingitan tadi tertidur diruang tamu ditemani tv yang menjadi penonton setia mereka...
--------------------end part 9------------------------------

No comments: