Thursday, August 10, 2006

Sesuatu Yang Terindah - Part 13


Aku masih lagi bermain api..dan malam tadi permainan api yang aku lakukan terasa begitu indah pula. Tidak pernah orang memberikan nalurinya sebegitu.. Tapi api itu masih belum tercetus letupan yang selayaknya..

SYT...13


Sesuatu yang terindah - Part 13

'' aku bodoh kan? '' wajah anne,mimie dan judey kurenung satu persatu.

'' memang bodoh pun! fia sedar tak.. dulu, hazwan korbankan cinta dia demi kebahagiaan fia.. dia lepaskan fia kepada rizal. fia tahu tak, hazwan kecewa. kecewa sangat! kenapa fia tak pernah nak hargai pengorbanan dia? selama nie dia berusaha untuk menerima hakikat bahawa fia dah ada orang lain. sekarang nie, dia baru nak mulakan kehidupan baru. dia dah pilih jalan hidup dia. takkan fia nak terhegeh-hegeh balik ngan dia? fia nak rosakkan hubungan dia dan ayu? nak dera perasaan hazwan lagi? kalau kau benar2 sayangkan hazwan. lepaskan dia. biar dia dengan kehidupan dia sendiri! rizal kan pilihan fia! kenapa tak terima saja rizal tue seadanya? dia pun baik dan ikhlas kat fia.. soal perasaan nie fia jangan buat main2.. tak puas nak sakitkan hati hazwan, fia nak sakitkan hati rizal pulak? kalau fia dipermainkan apa fia rasa? fia nie hanya pentingkan diri sendiri..!! '' marah anne sambil berlalu ke bilik.


aku tertampar dengan kata2 anne.. inilah kali pertama aku melihat dia marah sebegitu rupa.. setiap butir bicaranya sebentar tadi meresap jauh kedalam hati.. menyucuk-nyucuk dan melukakan hati lantas menghasilkan kesakitan yang amat sangat.. buat sekelian kalinya aku merasakan diri ini amat bodoh. benar kata anne..aku memang bodoh.!! mentingkan diri sendiri..!! aku tak pernah fikirkan perasaan hazwan...dan juga perasaan rizal..

rizal nie siapa dalam hidup aku? tidak ada apa yang kurang dalam dirinya. kenapa aku masih tidak puas hati? apa yang aku nak sebenarnya?
nak lukakan hati rizal? tak! aku tak nak..!

mungkin beginilah sifat manusia.. tidak pernah puas dengan apa yang mereka miliki.. sehingga ada pepatah yang berbunyi ' bagi betis, nak peha.. '
adakah aku tergolong dalam manusia begitu? tidak mahu bersyukur malah mahukan sesuatu yang lebih..

aku tamak..tamakkan perhatian dari insan bergelar lelaki..tamakkan kasih sayang..!! bukan aku tak sedar semua tue.. aku sememangnya tahu..aku sedar.. cuma, aku tak mahu mengakuinya. aku sukakan perhatian.
kalau boleh,aku nak semua orang sayangkan aku..

'' fia sayangkan siapa sebenarnya nie? cuba fia bagitau kitaorang..''

'' aku sayangkan rizal... tapi,aku tak nak hazwan ada orang lain. sejak dia ada ayu, dia langsung tak nak ambil tahu pasal aku. aku tak suka. aku nak perhatian dia macam dulu.. '' aku menghela nafas panjang.

'' aku tak faham la dengan kau nie fia... aku betul-betul tak faham.. kalau fia betul-betul sayangkan rizal, fia takkan simpan perasaan pada orang lain. nampaknya, fia tak serius sayangkan rizal. tak pernah wujud keikhlasan dalam hati fia. fia ikutkan kehendak hati semata-mata. kalau betul fia layak untuk berkasih. buktikan fia. kalau fia tak dapat lakukannya.. ternyata, fia tak bersedia untuk cinta. masih mentah.. '' ujur mimie sambil mengeleng-gelengkan kepalanya. dia juga terus berlalu meninggalkan aku dan menuju ke dapur..

aku diam. pandanganku beralih ke luar. hujan turun renyai-renyai.. suasana nyaman menerpa apabila sesekali angin bertiup membawa sekali titis-titis air memukul tingkap dan menerbangkan langsir yang sedikit terbuka.. kibasan langsir berwarna putih itu menarik perhatianku. kalau dimedan perang, putih bermakna mengaku kalah.. langsir putih itu menjadi petanda bahawa aku sepatutnya mengalah. sepertimana aku kalah dengan keadaan sebelum ini.

'' fia cemburu? '' duga judey. matanya juga sempat menoleh keluar. memerhatikan keadaan atau nak tahu aku pandang apa?

aku mengangguk.

'' fia sayang hazwan? ''

aku mengangguk.

'' fia sayang rizal? ''

aku mengangguk lagi..

'' antara rizal dan hazwan... fia pilih siapa? ''

kali ini aku angkat bahu...

'' kenapa nie fia.. fia macam sengaja permainkan diaorang. fia dah pilih rizal dan hazwan pun dah pilih ayu. kenapa nak rosakkan keadaan fia? kan keputusan nie fia yang buat? '' judey merenung tepat kearah mataku. pandangan matanya yang sayu menyebabkan aku tunduk memandang lantai..

'' aku sedar.. tapi.. ''

'' fia..terimalah hakikat bahawa korang dah pilih jalan hidup masing-masing.. tak payah disesali pilihan fia tue.. suatu hari nanti, mungkin fia gembira kerana buat keputusan nie.. jangan permainkan hati orang lain fia.. tak mustahil fia jugak akan dipermainkan suatu hari nanti... time tue baru fia sedar bagaimana sakit dan pedih bila depermainkan... '' seperti jugak mimie dan anne, dia berlalu meninggalkan aku keseorangan..

aku mengeluh.. kenapa diaorang tak nak faham perasaan aku? hakikatnya, diaorang takkan faham sebab yang mengalaminya aku.. bukan orang lain..
hati aku...dan hanya aku yang tahu.. aku tak bermaksud nak permainkan sesiapa.. dan aku dah cuba untuk tidak melukakan hati sesiapa.. tapi, apa yang aku mampu nak buat? mungkin ini kelemahan aku.. aku tak fikir panjang sebelum buat keputusan..

salah atau tidak keputusan yang aku buat hanya akan terjawab suatu masa nanti..
pilihan kita hari ini menentukan jalan hidup kita dimasa akan datang.. akan datang.. dan bukan sekarang... tapi...
ah..lupakanlah! aku sendiri pun tak tahu apa yang bermain dalam fikiran aku sekarang nie.. dan aku pasti.. korang pun takkan faham isi hati aku yang sebenar...

' aku akan cuba lupakan kau wan.. demi kebahagiaan wan jugak.. biarlah wan bahagia dengan ayu.. aku tahu ayu boleh jaga wan dan tak akan buat wan kecewa sebagaimana yang aku dah lakukan.. entahlah wan..aku cakap macam nie pun antara mahu tak mahu.. '

apa perasaan korang bila lelaki yang dulunya sayang kat kita tiba-tiba dah ada orang lain? mesti cemburu kan? tapi...salah aku jugak.. mungkin aku tergesa-gesa buat keputusan terima rizal hari tue.. tak fikir panjang apa kebaikan dan keburukan tindakan aku nie..

aku mungkin tidak menyintai hazwan sebagaimana aku mencintai rizal.. tapi..cinta kan boleh dipupuk.. kalau hari nie kita benci someone..esok mungkin kita jatuh cinta padanya... dan tak mustahil kalau hari nie kita cintakan someone.. esok kita benci dia pulak.. apapun, aku akan terus mencintai rizal sebagaimana aku mencintainya selama ini.. dan hazwan... aku akan terus mencintai kenangan manis kita berdua.. kerana kaulah aku tewas sekali lagi dengan cinta....

----------------------------------------------------------

suasana ditepi pantai petang itu sangat damai dan menenangkan.. aku memaut lengan rizal dengan mesra... mata bertentang mata...dan dia sempat menghadiahkan satu senyuman yang paling manis buatku.. aku bahagia.. sangat bahagia...

jari jemarinya tersusun kemas mengenggam jari jemariku.. setiap langkah disepanjang pantai itu meninggalkan kesan tapak kaki sepasang kekasih yang rancak bercerita..tanpa perlu berkata..tanpa perlu bersuara.. senyap dan sunyi.. tetapi dalam hati masing-masing, pasangan itu saling bertukar rasa.. berkomunikasi tanpa nada..
namun sudah cukup jelas.. apabila bersama orang yang kita cintai.. mulut tak perlu bersuara..biarkan hati yang bicara...

entah tiba-tiba kami sudah berada di sebuah bangku.. aku duduk dihadapannya.. merenung wajahnya yang redup.. seredup awan yang menutupi bumi..
seperti juga tadi..masing-masing membisu.. dan akhirnya aku membuka kata...

' rizal sayang fisya tak? ' aku bertanya...sekadar mahu menduga..

' sayang.. fisya saja yang tak sayangkan rizal.. '

' siapa kata fisya tak sayang.. ' aku geli hati melihat rajuknya..

' rizal yang cakap.. ' ada nada sedih dalam suara itu..

' alala..merajuk pulak dia.. fisya sayang sangat kat rizal tau...sayang sangat.. ' aku senyum.. lantas, tangannya kuraih..

' tapi...macam mana dengan dia? fisya sayang dia jugak kan! lebih dari fisya sayangkan rizal kan...! ' rizal mengarahkan jari telunjuknya kearah laut..

aku pantas mengalihkan pandangan kearah laut yang ditunjukkan oleh rizal sebentar tadi.. suasana tiba-tiba menjadi kelam dan gelap.. tapi aku dapat melihat wajah hazwan yang tersenyum manis kepadaku.. dia menghulurkan tangannya meminta aku untuk pergi kepadanya... aku senyum..

bagai ada kuasa yang menarikku.. aku ingin menyambut tangannya.. tapi semakin aku cuba untuk mengapainya.. dia semakin menjauh... jauh..dan makin jauh...
serentak dengan itu...tanganku direntap kasar dari belakang... wajah rizal menerpa.. jelas ada perbezaan dengan wajah itu... aku cuba melepaskan genggamannya namun aku gagal.. aku jadi takut.. senyumannya berbeza sekali.. pandangan matanya membuat aku kaku dan resah.. kenapa nie?

' kan rizal dah kata... fisya tipu rizal..!! fisya tak sayang rizal..!! ' genggaman tangannya semakin kuat... malah, semakin kuat aku meronta minta dilepaskan.. badanku terasa semakin lemah dan kelemasan..

' fisya sayang rizal.. tapi jangan macam nie.. sakit.. ' aku merayu..

renungannya buat aku semakin berdebar.. aku dapat rasakan suasana semakin panas dan badanku mulai berpeluh..
kepalaku terasa pening... terasa bagai dilambung-lambung menyebabkan perutku terasa bagai nak muntah.. aku memandang laut sekali lagi.. mencari wajah hazwan..

'' wan.. tolong fia..!! '' aku mulai menangis.. genggaman tangan rizal semakin kuat mencengkam lenganku.. sakit!

kulihat hazwan hanya memerhati dengan pandangan yang sayu... tetapi kali ini dia tidak lagi menghulurkan tangannya...

' fia.. ' ucapnya perlahan..

'' wan...tolong fia..!!. '' aku masih lagi mengharap..

dia tidak peduli.. malah dia semakin menjauh dariku.. dia melangkah perlahan menuju ke sebuah kapal layar besar yang berlabuh ditepi laut.. macam kapal lanun dalam filem ' pirates of the carribean ' ... kapal itu bergerak perlahan-lahan... dia sempai melambaikan tangannya kepadaku.. akhirnya, nun jauh disana hanya layarnya sahaja yang kelihatan... dan dalam sekelip mata kapal itu hilang dari pandangan mataku...

'' wan...!! ''

aku cuma mampu melihat dengan deraian air mata.. kakiku berat untuk melangkah... tiada suara yang mampu dilafazkan.. namun hati ini meraung dan menangis sekuat hati.. lenganku yang dicengkam kasar oleh rizal sebentar tadi beransur-ansur dilepaskan... yang aku tahu...aku mahu berlari meninggalkan dia namun aku merasakan diri ini tidak bermaya langsung...

'' rizal.. sakit... '' aku mengadu...


ku renung wajah rizal.. wajahnya kali ini tenang dan redup seperti tadi.. tiada lagi renungan tajam dan menakutkan... namun,kesan genggaman tadi masih terasa... aku kesal kerana disakiti sedemikian rupa.. aku mengharapkan sentuhan mesranya tetapi bukan itu yang kuperoleh.. tapi kemana hazwan? kenapa dia tak tolong aku?
kenapa dia langung tak kesiankan aku? rizal..kenapa...

'' rizal..... '' nama itu kusebut...mengharapkan dia memelukku, memujuk dan mendamaikan hatiku...

'' rizal.... '' sekali lagi nama itu terbit dibibirku..

'' sayang.. ''

perlahan suara itu kedengaran dicuping telingaku... halus dan membuai perasaan... saat itu aku terasa ada tangan yang mengelus jari jemariku dengan lembut.. aku membuka mata perlahan-lahan.. ada satu benda berpusing-pusing... membuatkan aku pening seketika.. aku pejam mata lantas membukanya kembali..

wajah pertama yang kulihat adalah wajah rizal.. ya..tenang dan redup seperti tadi.. ehh..aku kat mana nie.. bukankah aku kat pantai.. ehh..ini macam bilik aku..!! bukan macam..ini memang bilik aku.. tapi..tadi..?? aku meraba kepalaku yang sedikit pening.. sehalai kain basah melekat didahiku..

'' kenapa nie? '' aku teragak-agak untuk bersuara apabila judey dan anne turut berada disitu..

' rasanya malam tadi aku dah kunci pintu... kenapa tiba-tiba semua ada kat sini? ehhh...sekarang nie jam berapa? aku kan kerja shift pagi hari nie... '
aku cuba bangun... namun segera dihalang oleh rizal...

'' nak pegi mana nie? '' tanyanya dengan wajah yang berkerut...

'' kerja..shift pagi.. sekarang pukul berapa? '' mataku meliar mencari jam meja..

'' hisshhh...fisya kan demam nie.. takkan nak pegi kerja jugak.. sekarang nie dah petang sayang... dah pukul 4.. '' penjelasan rizal buat aku kaku sebentar...

' biar betul? lamanya aku tidur... aku demam ker? aku meraba dahi dan tengkukku.. memang panas.. tapi kenapa aku tak rasa apa-apa? cuma badan nie lenguh dan lemah... semalam..?? ohh yaa...mimpi.. aku mimpi... malam semalam aku mimpi... mimpi aneh... sangat aneh.. apakah maksudnya? '

'' tak payah risau pasal kerja.. doktor dah bagi cuti 3 hari... anne pun dah inform yang fisya sakit kat supervisor fisya tengah hari tadi.. dia kirim salam.. dia suruh fia rehat..bila dah betul-betul sembuh baru datang kerja.. lagipun sekarang tak bz sangat..x banyak kerja.. haaa..sekarang fisya rehat ya.. doktor cakap kena banyak berehat lepas bagi suntikan tadi.. nanti rizal belikan makanan ya.. '' rizal mengelus rambutku... dan aku cuma mengangguk..

'' anne, judey.. aku turun kejap ya.. korang ada nek pesan apa2 tak? '' tanya rizal kepada judey dan anne...

'' ermm...belikan nasi bungkus untuk kitaorang jelah... '' pinta anne.. judey menganggukan kepalanya..

'' hmm...'' balas rizal sambil berlalu...

anne dan judey meraba dahiku..

'' erm..dah kurang panasnya... malam tadi kami dah cuak tau tak.. dahlah pintu berkunci.. fia pulak meracau-racau kat dalam.. sebab tue subuh-subuh lagi aku dah call rizal.. aku dah tak tahu nak buat apa... rizal jer yang ada kat kepala aku.. '' serius benar anne bercerita..

'' sampai jer rizal, terus dia pecahkan pintu bilik fia.. badan fia panas sangat time tue.. terus dia angkat fia pegi klinik.. nasib baik ada rizal fia.. kitaorang tak tahu nak buat apa kalau dia tak tolong.. '' judey pulak menyampuk..

kedua-duannya bercerita dengan seriusnya membuatkan aku bagai nak gelak.. kalau iya pun..tak payahlah sampai serius sangat muka tue.. aku bukannya sakit tenat pun.. demam jer.. tapi..thanks my fren and my dear rizal too.. for your care and love..

--------------------------------end part 13---------------------------------------

No comments: