Wednesday, August 09, 2006

Sesuatu Yang Terindah - Part 12


Aku masih lagi bermain dengan api..dan sekarang aku rasa ianya begitu sukar untuk dipadam..entahlah adakah kerana aku tidak mahu memadamkannya atau hujan itu yang tidak mahu turun di daerah ini.

SYT 12---hayatilah..


Sesuatu yang terindah - Part 12

kurenung wajah rizal. dia memaksa diri untuk senyum. namun, aku tahu dia cuba menyembunyikan perasaannya yang sebenar. dia seakan tidak mahu berjumpa dengan hazwan. entahlah kenapa. aku sendiri tidak tahu jawapannya. tapi... sekurang-kurangnya, setuju juga dia untuk menyertai aku dan hazwan petang itu. itupun, setelah beberapa kali didesak oleh aku. dia nampak runsing apabila aku menyatakan hasrat hazwan untuk berjumpa dengannya malam semalam. dia rasa tergugat kut. setelah puas aku yakinkan dia, akhirnya dia mengalah. mengalah demi aku...

mungkinkah dia beranggapan hazwan mahu merampas aku daripada dia? ahh..rizal.. sesungguhnya hazwan tidak akan berbuat begitu. aku kenal benar akan sikapnya. dia tidak akan membuat perkara yang akan menyakitkan hati aku. dia akan selalu cuba untuk membuat aku gembira. percayalah...


kelihatan hazwan melambai kearahku sebaik sahaja kami melangkah kedalam restoran tersebut. dia memilih tempat yang agak tersorok. disatu sudut dihujung restoran. kalau hazwan tidak melambaikan tangannya tadi, mana mungkin kami menyedari kelibatnya. yelah, hujung2 minggu begini ramai anak-anak muda mengambil peluang untuk keluar bersama teman-teman mereka. merehatkan minda yang dah 5hari menatap buku dan tak lupa juga kepada mereka yang saja ingin melepak. begitu juga kepada pasangan muda yang sedang memadu kasih. kalau hari persekolahan, shopping complex agak lengang. menjelang waktu petang barulah agak sibuk. aku tahu cuz aku pun pernah jadi student jugak. hujung minggu nie lah masa untuk bergembira. iye tak?

aku melangkah manuju kearah hazwan.

'' so..itulah hazwan?'' tanya rizal. dan aku cuma mengangguk.

'' hye..lama tak jumpa kan? '' hazwan menghulurkan tangannya.

'' siapa suruh sombong sangat..'' aku menyambut salamnya.

'' oh yaa.. hazwan, this is rizal.. and rizal, this is hazwan.. '' ujurku lagi.

'' saya hazwan.. nice to meet you..''

'' rizal.. '' dua insan itu bersalaman.

aku merenung wajah hazwan. rambutnya sudah dipotong pendek. dia nampak agak muda, mengingatkan aku kepada saat pertama aku mengenalinya sewaktu mula-mula melangkah ke sekolah menengah kebangsaan bandaraya. kulitnya cerah sedikit berbanding dulu. mungkin sebab dia sudah jarang bersukan. dulu, dia merupakan atlit sekolah dalam acara larian jarak jauh. dia juga aktif dalam bola sepak.

rizal dan hazwan mempunyai persamaan. kedua-duanya minat bersukan. dan itulah yang menarik perhatianku.. aku memang suka lelaki yang aktif. nampak cergas dan macho bila bermain.. tapi..romantik dan tegas dalam bercinta... aku tak minat dengan lelaki pasif.. karang, kalau aku kena ganggu dek penjahat.. sape nak tolong aku? hehehe... itu bagi aku lah.. tak tahulah pulak pendapat korang..

aku renung lagi kat hazwan. matanya meliar melihat ke kawasan luar restoran. sesekali dia menoleh jam ditangannya.

'' wan...are you waiting for someone?'' aku turut mengalihkan pendangan keluar restoran.

'' yups... haaaaa...itupun dia! " hazwan melambaikan tangannya. aku pun tidak pasti kepada siapa kerana terlalu ramai manusia diluar sana.

seorang gadis menghampiri meja yang sedang kami duduki. gadis berbaju kurung biru itu tersenyum manis.

'' sorry abang...lambat sikit la.. '' dia menghampiri hazwan.

' siapa perempuan nie? kenapa dia panggil hazwan abang? setahu aku dia nie bukan adik hazwan.. ' aku tertanya-tanya dalam hati.

'' takper.. diaorang pun baru sampai.. '' senyuman terukir dibibir hazwan.

'' ermm..let me introduce you to my girl.. ini ayu.. ayu, ini fia and nie her boy.. rizal.. '' pandangan matanya kini beralih pada aku dan rizal.

gadis itu tersenyum.. tangannya dihulur... aku menyambut salam tersebut.. begitu juga rizal.. aku sedikit terusik bila hazwan memperkenalkan gadis itu sebagai teman wanitanya.. api cemburu marak tiba-tiba.. rizal memandang aku penuh makna.. adakah dia menyedari perubahan wajahku? lantas, aku senyum.. senyum yang dibuat-buat..

petang itu banyak cerita yang dikongsi bersama. rizal dan hazwanlah yang meriuhkan suasana. mereka rancak bercerita sambil bergelak ketawa. dari cerita zaman sekolah, pengalaman masing2, kereta, sukan, sehinggalah ke topik bola sepak. aku pun hairan dengan perubahan mendadak yang ditunjukkan oleh rizal. semalam dia agak keberatan untuk menerima pelawaan aku.

aku pun takut kalau-kalau pertemuan ini menimbulkan masalah. manalah tahu tiba2 mereka saling bertumbuk kerana tak puas hati. lelaki nie sukar untuk dijangka. silap sikit, tunggang langgang restoran nie dibuatnya. tapi hari nie, jelas terbukti bahawa jangkaanku malam tadi tidak benar sama sekali. malah, mereka nampak serasi, seperti dah lama kenal pulak lagaknya. pelik! aku pulak hanya bercakap bila ditanya.. waktu-waktu lain, aku banyak mendiamkan diri. aku menyibukkan diri dengan menghabiskan ayam kfc didalam pinggan.

aku mulai bosan. nak ikut bercerita, tak ada mood pulak. sesekali aku menjeling gadis yang bernama ayu itu. memang ayu..sesuai sekali dengan namanya.. raut wajahnya persis gadis indonesia. kulitnya putih dan berambut ikal mayang yang dibiarkan lepas bebas. manis dan sesuai sekali bila mengenakan kaju kurung berwarna biru.. tapi, kalau dia pakai baju kurung pink..lagi lawa..

ayu juga rancak bercerita. sesekali berpaut mesra pada lengan hazwan dan hazwan membalasnya dengan lirikan manja. ahhh..gatal.!! entah kenapa hati ini benci kepada ayu dan hazwan. mereka seolah-olah sengaja mahu menaikkan amarahku. mereka sengaja bermesra-mesraan. nak buat aku cemburu la tue. sakit mata aku melihat adegan mesra-mesraan yang ditunjukkan oleh pasangan itu. namun, hati ini lagi sakit! lagi sakit tau tak!

' ahhh..aku takkan cemburu la. aku ada rizal.. dan aku akan tunjukkan betapa rizal lagi baik dari hazwan! ' diam-diam aku mengatur strategi.

'' sayang... '' aku mengerutkan dahi sambil memaut lengan rizal.. serta merta perbualannya dengan hazwan terhenti.

'' kenapa? '' rizal nampak binggung. dia memandangku penuh curiga.

'' sakit perut.. '' aku buat muka. seolah-olah menanggung sakit yang teramat sangat. rizal tiba2 cemas..
dan aku menyembamkan muka kedadanya sambil menekan-nekan perutku. sengaja mahukan perhatian darinya.

'' huhh..mari kita bawa dia ke klinik.. '' hazwan memberi arahan. dia juga kelihatan cemas.. begitu juga ayu.

'' tak nak gi klinik.. nak balik.. '' aku bersuara lemah..

'' sayang..pegi klinik dulu.. lepas tue, rizal hantar balik.. '' rizal memujukku.. dia menyentuh pipiku mesra. jelas menunjukkan betapa dia mengambil berat akan diriku. betapa dia sayang akan diriku. dalam hati aku tersenyum puas. padan muka hazwan!

aku pantas mengeleng...

'' sayang..janganlah macam nie.. kita pegi klinik... okey? '' dia masih lagi memujukku. hazwan hanya jadi pemerhati. tanpa riak cemburu diwajahnya.
' ahh...dia nie hati batu ker? tak berperasaan langsung! ' bentak hatiku.

'' tak nak... nak balik.. pleasee.. '' rayuku dengan manja..

'' yelah sayang... tapi sampai rumah mesti makan ubat tau.. '' akhirnya rizal mengalah.. dia dah mals nak memujuk barangkali.. aku mengangguk.

'' sorry.. we have to go.. '' ucapnya pada hazwan dan ayu.

'' takper.. kami pun dah nak balik nie..'' jawab hazwan perlahan. giliran rizal pulak mengangguk.

rizal berdiri dan memapah aku. aku sengaja memaut pinggang rizal.. tanpa dipinta lengan rizal memaut bahuku.. perlahan-lahan aku melangkah..
dapat kulihat, hazwan dan ayu mengekori di belakang.. kepalaku kulentokkan sedikit kebadan rizal.. biar hazwan cemburu!

'' sayang.. larat ke nak jalan? '' rizal masih lagi menunjukkan rasa bimbangnya. aku cuma mengangguk sambil tersenyum kelat.

rizal membukakan pintu kereta dan aku masuk didalamnya. pintu ditutup. rizal nampaknya bercakap-cakap dengan hazwan. aku cuba mendengar percakapan mereka tapi gagal. aku cuma nampak hazwan dan ayu menganggukkan kepala mereka sambil tersenyum. akhirnya, hazwan dan ayu menaiki kereta yang sama denganku.

aku pura-pura memejamkan mata. sakit hati masih terasa. entahlah..kenapa aku patut berperasaan begini? bodoh bukan?

mataku kututup rapat. seolah-olah sedang tidur. rizal menghidupkan enjin.. sebelum memulakan pemanduannya, dia menyelimutkan aku dengan jaketnya yang kebetulan berada didalam kereta. perlahan-lahan kereta yang kami naiki bergerak.. selepas itu, terasa pipiku diusap mesra. hatiku tersentuh.. rizal baik dengan aku. kenapa aku pulak buat hal? aku terus memejamkan mata. namun, tanpa mereka sedari.. telingaku mendengar setiap kata yang mereka bincangkan.. diam-diam air mataku mengalir..

'' sayang... '' terasa pipiku disentuh. perlahan-lahan aku membuka mata.

'' kita dah sampai dah.. perut tue masih sakit lagi? '' rizal tersenyum memandangku.

' ahh..aku terlelap rupannya. hazwan dan ayu turun kat mana? rizal hantar mereka balikkah? ' aku termanggu-manggu seketika.

rizal membukakan pintu kereta yang betul-betul berhenti dihadapan rumahku. kelihatan wajah ayah tersembul dimuka pintu. tanpa dipinta, rizal memapahku masuk kedalam rumah.

'' takper...fisya boleh jalan sendiri..'' aku senyum. penuh kepura-puraan.

aku melangkah menuju kedalam bilik. rizal sempat bercakap dengan ayah diruang tamu. aku tidak berminat mahu mengetahui butir bicara mereka. aku mahu tidur. menenangkan fikiranku yang kusut ini. setibanya didalam bilik, aku terus merebahkan badan diatas tilam. lantas mataku kupejam erat.

'' rizal kata fia sakit perut..'' mak tiba-tiba muncul dimuka pintu bilikku.

'' takder ape2 mak.. period pain..nanti fia makanlah ubat.. erm...rizal dah balik? '' aku buat cerita...

'' owh.. dia dah balik dah..'' kata emak.

'' ermm...mak...tolong kuncikan pintu tue ya. fia nak berehat. '' pintaku.

'' haaa..yelah.. '' jawabnya. pintu sekali lagi tertutup rapat. aku mengeluh sendirian diatas tilam.

' hazwan dah ada orang lain. tapi, kenapa aku nak cemburu pulak? kan aku pun ada orang lain. aku yang buat keputusan nie. aku ada rizal dan aku yang pilih dia. kenapa sekarang aku nak pertikaikan cinta aku pada rizal? ahh...biarlah hazwan ada ayu.. '

aku masih lagi terganggu dengan peristiwa tadi. apa yang aku nak sebenarnya? ahhh...aku pun tak tahu. jelasnya, aku cemburu bila hazwan menyayangi orang lain sepertimana dia menyayangi aku suatu masa dahulu. alah,rizal pun apa kurangnya? kan rizal sayang aku jugak. malah,lagi hebat dari apa yang hazwan pernah berikan. tapi...bukan itu yang aku mahu.

kadangkala, aku rasa diriku bodoh dalam soal cinta. aku sendiri tidak faham akan kehendak hati ini. setiap butir bicara hazwan dan rizal dikereta sebentar tadi menganggu mindaku. hmm..walau apapun kemahuanku.. aku cuma mengharapkan satu. kebahagiaan dan kegembiraan yang pasti..

'' hazwan...aku nak ucapkan terima kasih sebab jaga fisya selama ketiadaan aku. aku dengar banyak cerita tentang awak daripada mulut fisya. '' ucap rizal sungguh-sungguh.

'' nak ucap terima kasih ape pulak nie? aku tak jaga dia sangat pun. dia yang pandai jaga diri sendiri. nampak jer manja tapi dia taklah selemah yang kita nampak rizal.. '' balas hazwan. serius benar bunyinya.

'' aku tahu.. tapi, aku tetap nak ucapkan terima kasih pada kau. satu lagi, aku nak minta maaf.. ''

'' maaf...? untuk apa? " hazwan semestinya hairan. begitu jugak dengan aku. untuk apa rizal meminta maaf?

'' sebelum nie aku berprasangka buruk terhadap kau.. aku sangka kau nak jumpa aku sebab nak cari kelemahan aku. lepas tue, kau bolehlah ambil fisya semula. ternyata, aku salah. aku tahu kau takkan buat macam tue. maafkan aku. and now, aku rasa we can be such a close friend. can we? ''

aku sendiri tidak menyangka rizal akan meminta maaf dengan hazwan hari ini. aku tahu rizal memang berterus terang orangnya. dia lebih suka meluahkan perasaannya secara bersemuka daripada bercakap dibelakang. katanya...hanya manusia pengecut sahaja yang suka bercakap dibelakang. dan aku sependapat dengan rizal dalam hal nie.

'' aku faham perasaan kau rizal. you love her so much. tak hairanlah kau berfikiran macam tue. kalau aku berada ditempat kau, mungkin aku juga menyimpan perasaan yang sama. don't worry... aku tak ambil hati pun. and yes. aku bangga jadi kawan kau. aku suka dengan sikap berterus terang kau tu. ''

'' thanks.. hmm..aku harap kau gembira dengan ayu. she is such a nice girl. sesuai sangat dengan kau.. '' puji rizal.

'' ehh..kenapa tiba2 masuk topik ayu pulak nie? '' ayu ketawa manja. rizal dan hazwan turut ketawa kecil.

'' i will rizal. and you, please take good care of fisya. she is such a nice girl too.. walaupun, kadang-kadang pening jugak kepala nak layan karenah dia.. ''

'' aku tahu. dia nie manja sangat. tapi, manusia berubah kan? mungkin itu sifatnya yang dulu, sekarang aku dah macam tak faham dia sangat.. hmm...any tips my fren? ''

'' jangan sia-siakan dia rizal. dia paling tak suka bila diabaikan, dia nakkan perhatian kita selalu. bila dia nakkan sesuatu, dia akan bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya. lagi, jangan sesekali tipu dia. dia boleh marah sampai berbulan kalau ditipu. dia akan selalu mahu menang dalam apa2 hal, tapi sesekali biarkan dia kalah. sebenarnya dia nak seseorang yang tegas pendiriannya. dia tak suka bila dia menang sesuatu dengan mudah. dia nie tak suka marah. tapi..bila dia marah, boleh runtuh dunia nie. tapi yang aku risau, dia suka memendam rasa. kita takkan tahu apa isi hatinya yang sebenar. time dia marah sajalah semua rasa hati dia terluah. sebab itulah kadang-kadang aku selalu buat dia sakit hati.. '' hazwan ketawa kecil.

'' dia nakal sangat rizal. dia pun suka buat kita sakit hati. suka sangat melawan cakap. tapi jangan ambil kisah sangat, dia tak bermaksud macam tue. dia sekadar mahu menguji. biasalahkan, perempuan. diaorang ada macam-macam cara nak korek rahsia isi hati kita. seperti yang kau sedia maklum, dia sangat setia. bila dia jatuh cinta, dia akan cuba mempertahan cinta tue. dia jugak sangat cemburu rizal. dia suka fikir yang bukan-bukan. tugas kau, terangkan pada dia hal yang sebanar. selagi dia tak tau hal sebenarnya, selagi itulah kau akan nampak muncung itik dia tue. '' hazwan ketawa lagi.

wahhh...gembira betul dia bocorkan rahsia aku ek? aku sedikit geram. tapi...setitis demi setitis air mata ini gugur.. serta merta aku terkenangkan kisah2 aku dan dia sewaktu zaman persekolahan dulu. manis sungguh pengalaman tue. ahhh...rupa-rupanya sejauh itu hazwan memahami aku.. hazwan baik.. sangat baik terhadap aku.. dia kenal sanagt perangai aku, sedangkan aku sendiri tidak pernah mengenali dia sedalam itu... tiba-tiba aku menyesal pilih rizal.. boleh ker aku berubah fikiran waktu nie? argghhhh..!!

'' huuh...nampaknya, kau lebih kenal dia daripada aku hazwan.. '' keluh rizal.

'' i guess u know her before me. and 4 sure you know her better.. right..? '' rizal membisu.. tiada sebutir kata yang terpancul dari mulutnya.

'' take your time rizal.. aku harap kau jagalah dia baik-baik.. ''

'' aku cuba hazwan... aku tak nak kehilangan dia sekali lagi.. "

saat itu kurasa semakin menjauh.. jauh sekali sehinggakan aku tak mampu melihat, mendengar dan merasa apa2 pun.. jauh meninggalkan alam nyata ke alam mimpi..

---------------------------------end part 12-----------------------------------------

No comments: