Wednesday, August 02, 2006

Sesuatu Yang Terindah - Part 8

Malam tadi kami berbual lagi, kemudian aku teringatkan kata kata dari peje..Ada juga benarnya. membuatkan aku kembali berfikir...aku kena berfikir dan aku kira aku perlu pergi ke pilihanku yang pertama..Tapi satu lagi kekejaman mungkin akan berlaku..

SYT lagiiii..

Sesuatu yang terindah - Part 8
sudah hampir 3 minggu aku bekerja sebagai front office assistance disebuah hotel di ibu kota. aku diberi tempoh percubaan selama 3 bulan. hmm..best jugak kerja nie. agak mencabar sebab aku kena communicate ngan ramai orang. tak kira tua, muda, orang cina, india, australia, korea dan macam2 lagi. alah..mana ade kerja yang senang kan? waktu kerjanya pulak singkat jerk.. shift pagi kul 8 pagi until 3 petang, shift petang lak kul 3 petang until 11 malam and shift malam kul 11 malam until 7 pagi keesokan harinya. nampaknya aku dah jumpa pekerjaan yang sesuai ngan aku. and for sure, kali nie aku takkan lari lagi...hehehe...
aku agak bernasib baik kerana dapat menyesuaikan diri dengan cepat dengan keadaan kerja and persekitarannya. baru tiga hari diberi latihan, aku dah boleh buat kerja sendiri tanpa perlu diberi pengawasan maksima. ketua aku pun puji ngan cara kerja aku. aku cuma senyum jerk. yelah, karang diaorang cakap aku mengada2 pulak.
lagi, aku dapat ramai kawan baru. dua orang daripadanya, pelatih macam aku dan beberapa pelajar praktikal dari salah sebuah institusi di indonesia. dapat jugak kenal ngan mat and minah indon tue..hehheh.. pekerja2 senior pun banyak bantu aku dalam membuat kerja. bolehlah dikatakan hari2 aku belajar benda baru. seronok..
'' amacam kerja? '' anne melabuhkan punggungnya kat kerusi.
'' penat la..penat berdiri..dahlah pakai high heal...rasa nak tercabut tumit aku tau..!! '' aku merungut.
'' alah..mana ade keja yang tak penat. kalau ade, aku dah apply dulu...'' anne senyum. aku sekadar mengangguk.
'' anne...judey dan mimie pegi mana? '' tanyaku sambil menghirup jus orange yang kubeli sebantar tadi.
'' mimie kan kerja shift petang hari nie. anne pulak keluar ngan eddy. hari nie dia tak g kerja. kurang sihat kot...'' jawab anne. tangannya ligat menekan butang handphone. ishhh...sms ngan pakwe la tue.
'' kau pulak, tak kerja? '' aku bertanya lagi. tanpa menoleh dia menjawab..
'' aku kan offday sayang oiii...buat apa nak g kerja? bukan kena tambah gaji pun.'' dan aku hanya tersenyum. dalam kepenatan.
'' kau takder plan ape2 ke pas nie?'' anne memandang aku yang dah terjelepuk diatas sofa..
'' plan ape lak? aku penat ar.. nak rehat.. '' ngomelku.
'' slalunya rajin kau kuar ngan hazwan. dah lama tak nampak dia. dia apa khabar? kalau iya pun sibuk, tengok2kanlah kau kat sini... '' ucapnya lagi. tetapi kali ini wajahnya agak serius.
'' hmmm..dia sihat. wan ade call aku tadi. ajak aku kuar makan malam. tapi hari nie aku betul2 tak larat nak kuar..'' aku bohong kat anne.
sebenarnya sejak hari tu hazwan dah jarang fon aku. bila aku telefon dia pulak. asyik ade pompuan yang jawab. dia cakap gini...'' you have reach the mailbox of 0172354677.. plase leave your message after this tone.. tuutt...''
aku hampa. segalanya bermula kerana kemunculan bayangan yang kuanggap rizal itu. ahhh...takkan aku akan kehilangan hazwan sebagaimana aku kehilangan rizal? keduanya pergi tanpa mahu menjelaskan apakah salah aku. aku tahu aku kadangkala bersikap kebudak-budakan. mungkin belum masanya aku mencurahkan kasih sayang dan menerima kasih sayang seseorang yang bergelar lelaki. tetapi tidak dapat dinafikan bahawa aku merinduinya setiap saat. aku menanti panggilannya setiap detik. aku menunggu dia membalas mesej2 yang aku tinggalkan buatnya. sehingga kini dia menyepi. adakah dia merinduiku sebagaimana aku merinduinya?
aku tak dapat menjawabnya. hanya hazwan dan tuhan saja yang tahu...
'' fia... tak solat asar ker? dah nak masuk maghrib nie.'' suara anne mengejutkan aku. aku memandang sekeliling. laaa..aku tertidur kat sofa nie rupannya.
'' aku cuti laa...'' aku menjawab malas.
'' kalau iya pun tak baik tidur time2 senja begini..'' ngomel anne dari arah dapur.. aku senyum sendiri.
sebenarnya.. anne, judey dan mimie bukanlah seagama dengan aku. mereka semua beragama kristian. namun,mereka menghormati agama aku. sebagaimana aku jugak menghormati agama meraka. kadangkala,mereka yang mengingatkan aku untuk bersolat sekirannya aku lalai. aku juga faham sedikit-sebanyak akan agama mereka itu. nyata,perbezaan agama bukanlah faktor yang menghalang persahabatan kami. kami boleh bertoleransi dan hormat-menghormati antara satu sama lain. kami tidak pernah kisah akan perbezaan agama, status, kaum dan yang sewaktu dengannya.
bagi kami, erti persahabatan nie tidak boleh dinilai. tidak boleh dibezakan hanya kerana bangsa atau agama kami yang berbeza. manusia semuannya sama biarpun pegangannya adalah berbeza.ahh..topik nie sensitif. dan aku pun tak tahu nak cakap ape lagi. takut menyinggung mana2 pihak lak.di mata aku, aku sedar aku tidak layak mengadili semua itu. biarlah...itu urusan manusia dengan tuhan.
------------------------------------------------------------------------------------------------
aku membelek2 rekod para penginap hotel hari itu. hmmm...ramai gak. dalam 75% bilik sudah ditempah. waktu shift tengah hari begini memang tak sibuk kalau nak dibandingkan dengan shift pagi. kerja aku cuma menguruskan para penginap yang check-in, menyediakan rekod untuk para penempah bilik, memungut deposit, dan tugas2 lain seperti menerima tempahan dari telefon atau internet, menguruskan tempahan bilik daripada agen2 pelancongan, membantu menyediakan pakej2 pelancongan kepada para penginap hotel, membantu dalam urusan check-out, dan sebagainya. kalau nak cerita sampai esok pun tak habis lagi. yelah, macam2 kerja yang kena buat. kalau time bz, memang bz sangat. nak keluar makan pun fikir dua kali bab keja tak siap lagi. kalau time free pulak, tersangatlah free sampai aku rasa macam nak duduk jadi bos jerk kat situ.
bercakap tentang bos. aku benci sangat ngan manager bahagian aku. pekerja2 senior kat situ dah bagi warning kat aku awal2. bos tue agak cerewet orangnya. semua yang dia suruh mesti kita buat. yang itu aku boleh terima. tapi yang aku tak suka tue adalah perangainya. dahlah tua bangka..miang tak tentu pasal.. my senior staff pesan ngan aku.. kalau bos cakap benda2 yang tak elok kat aku, diaorang suruh aku buat bodoh jerk. jangan dilayan kata mereka. karang tak pasal2 makin mengada2 lak bos tue.
tapi diaorg jugak kata jangan sombong sangat, karang dia complain kat pihak atasan bahawa kita nie kononnya tak mesra ngan orang. mesti ade problem bila nak communicate ngan guest hotel. yelah, kan kerja bahagian customer service macam nie kena ramah and pandai bergaul. kena tahu pasal personal grooming, kena nampak kemas and feminin selalu, kena ini, kena itu... aduhh...macam2 hal.
'' fia...tolong key-in reservation nie boleh tak? aku nak rekod tempahan daripada malaysia airlines nie..
'' zainal menghulurkan file tersebut.. aku hanya mengangguk..
'' group nie seramai 33 orang.. from uitm kota kinabalu... senarai nama and senarai pembahagian bilik ade kat page terakhir.. haaa..urgent tau! mereka akan check-in malam nie..dalam kul 7.. ade ape2 just tanya aku..'' seperti tadi aku mengangguk..
'' ok..'' jawabku ringkas..
dengan tekun,satu persatu nama penginap aku masukkan kedalam komputer... hmmm...wakil bola sepak uitm rupanya... aku membaca maklumat yang tertera didalam file tersebut..
''eh...ade team bola sepak check-in la petang nie.. sure hensem2 kan? '' fiona tersenyum kambing...ade2 saja fiona nie...pantang dengar ade group org muda yg check-in, mulalah dia menggatal... aku report kat pakwe dia baru padan muka...
'' kau nie fiona..pantang jumpa lelaki hensem...semua kau nak... macamlah diaorg nak kat kau.. '' perli aku..
'' alah...biarlah diaorg tak nak.. tapi aku nak.... hehhehhe...'' dia masih lagi berdiri disebelahku meneliti nama2 para jejaka yang dikatakannya hensem tadi.. belum jumpa dia dah buat kesimpulan sendiri.. bayangkan kalau yg check-in tue semuanya x hensem... putih matalah kau fiona...
'' dahlah tue.. aku nak buat kerja nie... '' aku masih lagi sibuk menekan keyboard komputer... sebenarnya aku malas mahu melayan budak seekor nie... tak habis2 ngan jejaka hensem...jejaka macho...jejaka inilah..itulah...naik pening aku...dahlah kerja berlambak... mati aku kalau bos tiba2 keluar... mesti dia dok menyindir.. ' pekerja dibayar gaji bukan untuk bersembang tapi untk kerja... '
'' aku pun nak kerja la nie..'' dia memuncungkan bibirnya... kecewa barangkali bila aku langsung tidak melayannya...
'' fiona sayang... kerja operator kat dalam.. jawab panggilan telefon...'' aku mencuit hidungnya... dia ketawa geli..
'' yelah2.. aku gi kerja la nie fisya sayang...'' dia terkekeh2 ketawa...
'' saje jerk nak ganggu cik fisya yang tak suka diganggu bila dia buat kerja...'' dia berlalu sambil mencuit pinggangku..hampir saja aku melatah saat itu... sengaja dia usik aku ek.. macamlah dia tak tahu aku nie pantang disentuh secara tiba2...
'' fionaaa.......'' ucapku geram...dan fiona hanya ketawa sambil menjelirkan lidahnya... aku yang tidak tahan melihatnya gelagatnya turut ketawa kecil...
sebentar kemudian hatiku terusik dengan satu nama yang cukup aku kenali... 'ahhh...aku silap kot?' aku melihatnya sekali lagi..akmal rizal bin muhammad rizam... sebijik macam nama rizal...bin nya pun sebijik macam nama bapak rizal... ahh...adakah dia rizal yang kurindui selama ini...?? nama jer sama kot...alaih2 orang lain....fikirku..tapi hati nuraniku jelas merasakan bahawa org itu adalah rizal...satu2 nya rizal yg aku cintai... yelah,dia pun main bola sepak... takkan banyak sengat kebetulannya...?aku benar2 tidak dapat membayangkan bagaimanakah reaksiku bila rizal betul2 muncul dihadapanku.. jika benarlah org itu adalah rizal..kenapa saat ini baru dia muncul? kemana dia disaat2 aku benar2 memerlukannya disisi aku? kenapa sekarang? kenapa??
-------------------------------------------------------------------------------------------
dalam kesibukan melayani karenah mereka check-in,aku sempat melirik kepada wajah2 yg sibuk mununggu untuk mengambil kunci bilik dihadapanku...dengan hati yang berdebar aku tercari2 kelibat rizal.. ternyata wajah itu tiada dalam kelompok pelajar tersebut... justeru,aku menyimpulkan bahawa nama itu secara kebetulan adalah sama dengan nama rizal... ramalanku bertambah jelas apabila nama akmal rizal disebut untuk mengambil kunci, yang muncul bukan rizal..tetapi seorang jejaka lain yang tak kurang tampannya... tapi rizal 10 kali lebih tampan darinya..heheh...setelah selesai urusan check-in...kumpulan itu beredar untuk naik kebilik masing2...huhhh...aku melepaskan nafas lega... kalaulah rizal betul2 muncul..sure aku pengsan saat ini jugak...
'' cik...nak minta kunci pendua boleh tak? bilik 709..akmal rizal muhammad rizam...'' serta merta tanganku yang tadinya sibuk memasukkan data kedalam komputer terhenti mendengar suara itu... suara yang amat aku kenali... dengan tiba2 jantungku berdegup pantas...aku gugup... perlahan2 aku mendongak...melihat siapakah gerangan manusia dihadapanku ini...
'' rizal..!!!! '' hampir2 aku berteriak saat itu... ternyata dia rizal... rizal yang aku kenali... aku tak slah orang.. ternyata hatiku masih dapat mengesan aura rizal.. tapi mujurlah aku tak pengsan betul2.. karang kecoh pulak satu hotel.. staf pengsan bila ternampak kekasihnya... or mungkin juga bekas kekasihnya..
'' fisya.. ehh..fisya kerja kat sini ker? '' dia juga nampaknya terkejut dengan pertemuan hari itu... aku sekadar mengangguk.. tak tergambar perasaan aku saat ini.. aku meneliti jejaka dihadapanku ini...dia masih seperti dulu..masih handsome dan menarik...cuma rambutnya makin panjang dan badannya berisi sedikit...kulitnya sedikit gelap berbanding dulu..
'' dah lama ker keja kat sini? '' dia meletakkan begnya dibawah dan kini berdiri betul2 dihadapan kaunter check-in..
'' dah nak dekat setengah tahun dah.. rizal apa khabar? lama tak dengar cite... '' sedaya upaya aku menahan rasa rindu dihati...aku tidak mahu menyimpan apa2 perasaan mengharap pada dia kini... manalah tahu dia sudah mempunyai pengantiku...perempuan hari itu barangkali... oleh itu,cukuplah aku ,melayannya sebagai seorang sahabat.... cukup sekadar sahabat...
'' im good..and you? hmm...tak yah jawab... dah tahu dah... makin tembam nampak... dah ade org jaga ker? '' satu pancingan barangkali...untuk mengetahui adakah aku sudah berpunya atau belum... aku mengeleng...
'' well...what do you think? percaya tak kalau aku cakap takder? and you..makin berisi...sure ade org jaga..'' aku memulangkan paku buah keras....sebenarnya aku mahu tahu akan status dirinya..
'' wei...dok mengorat nampak!'' satu suara menganggu konsentrasiku... ciss...ganggu jerk... aku baru nak pancing2 rahsia rizal..
'' hoi...sampai hati kauorg tinggalkan aku...penat tau aku angkat bola2 nie...ape nie captain jadi kuli...'' rizal menoleh kearah kumpulan jejeka tadi.. sure rakan2 sepasukan dia... mereka tidak menjawab sebaliknya ketawa..
'' nway...kenalkan ini fisya.. my girlfriend...'' pengakuan itu membuat aku hampir pengsan... apakah maksudnya mengakui aku sebagai teman wanitanya?
'' wowww....what a surprise...selama nie tak pernah tahupun yang kau ade makwe iz...jangan nak buat cerita pulak.. mentang2lah depan tue awek cun... suka hati kau jerk cakap tu mawe kau...'' rakannya itu bagaikan tidak percaya....
'' hahahaha...perasan lah tue...'' seorang lagi rakannya melirik tajam kearahku..
'' aik..tak percaya pulak.. meh aku buktikan... nama penuh dia fisya nurafia binti imran...no kad pengnalan, 850715125070....adik beradik ade 5 org and dia anak kedua...dulu,sekolah kat smkt kk..betul tak? '' kali ini pandangannya beralih kepada aku..
' hisshhhh...sejak bila dia hafal no kad pengenalan aku nie? biar btol..!! mengerunkan...' bisik hati aku..aku sekadar mengangguk kerana semua itu memeng benar... takkan aku tak mengakui hakikat itu pulak...
'' haaaa...kan aku dah kata dia makwe aku....percaya tak? '' dia berkata bangga...
aik..anggukanku tadi bukan untuk mengakui aku nie makwe dia..aku sekadar mengiyakan fakta yang diucapkannya sebentar tadi...namun aku tidak berani memalukan dia dihadapan rakannya yang seramai 4 orang itu...rakan2nya memandang aku... meminta pengakuan aku sekali lagi barangkali... aku senyum kemudian mengangguk... macam burung belatuk pulak lagaknya... bukan tak nak cakap tapi saja jerk taknak keluarkan suara aku yang tak merdu nie..hehe..
'' well....?? '' rizal mengangkat kening...
'' yelah2.. kau menang..'' rakan2nya tadi mengalah jua...sambil itu serentak mereka berlalu keluar dari hotel tersebut..
'' nak gi mana tue? '' jerit rizal...
'' nak kuar beli makanan jap...laparrr...'' salah seorang daripadanya menjawab... dan rizal cuma mengangkat tangannya...
'' apa maksud rizal cakap macam tue tadi? '' soalku serius...
'' what? mengaku yang fisya nie my girlfriend? '' matanya merenung aku dengan penuh tanda tanya...
'' yess...'' ringkas jawapanku...
'' sejak bila kita declare putus? takder kan? '' memang aku sudah dapat mengagak jawapan itu keluar dari mulutnya...
'' but where are you for the pass 2 years? tak pernah pun cari fisya kan? adakah ini yang..''
''ehemmmmm....'' ayatku terhenti mendengar suara orang berdehem..aku berpaling.... ' alamak!! bos... matilah aku...matilah aku....' ucapku dalam hati..
'' cik...boleh inform kat saya bila time kami dinner malam nie? and venuenya kat mana? juga...meeting room yang kami tempah...''menyedari situasi itu rizal menyoalku dengan satu soalan yang agak formal...sesuai dengan tugasku sebagai front office assistant...
'' dinner malam nie kul 8 until 11 at our cofeehouse right there...dan your meeting room is at 2nd floor...bilik number 201...''jawabku sambil melirik kepada bos yang berdiri dihadapan kaunter... jawapanku pun agak kelam kabut.. ade ke patut aku jawab bahasa melayu..pastue campur2 english pulak.. rizal pulak tersenyum-senyum.. mesti dia lucu mendengar kata2 aku sebantar tadi...tak profesional langsung... ahhhh...peduli la...yang penting aku selamat...bos masih memerhati..sebentar kemudian dia berlalu dengan pandangan yang amat menakutkan aku... seraya itu aku melepaskan satu keluhan panjang....
'' fisya tengah kerja nie..can we talk again latter..'' pintaku pada rizal...
'' ahhh..dia kan dah pergi..''
'' rizal...tak nampak ker ade cctv kat belakang... maybe bos sedang tengok aku dari dalam... plz laa...'' aku separuh merayu...
'' habis kerja kul berapa? '' soalnya..
'' sebelas... '' dia mengangguk... pantas tangannya mengambil pen dan secebis kertas dari begnya... tangannya ligat mencatat sesuatu pada kertas berwarna kuning itu..
'' nah...'' dihulurkan kertas tersebut kepada aku... dia menjinjit begnya dan segera berlalu..
'' rizal...thanks sebab berlakon untuk fisya tadi...'' aku senyum kepadanya..
'' its nothing my dear..sekarang rizal nak naik ke bilik number 709 '' ucapnya menyindir sambil memboloskan dirinya kedalam lif... aku membulatkan mata.. geram!
aku merenung kertas yang dihulur sebentar tadi... diatasnya tertulis nombor telefon.. sudah tentu no handphone barunya.. owhh..patutlah no handphone lamanya langsung tak dapat dihubungi... dibawah nombor telefon itu tercatat sesuatu namun kurang jelas... hisshh...tulisan macam budak tadika... susah giler aku nak baca.. kuamati huruf itu satu persatu dengan teliti...
' kalau dah habis kerja,call me... and very happy to see you again.. i miss you badly..'
sekembalinya rizal menambah beban dihati aku... sekaligus memaksa aku untuk membuat keputusan yang seadilnya..dan sepanjang aku bekerja hari itu, aku tidak dapat menumpukan 100% perhatian pada pekerjaan aku... tadi aku melihat dia dan rakan sepasukannya turun untuk menikmati dinner.. pandangan matanya amat merimaskan aku.. bukannya apa.. aku cuma tak menyangka dia muncul membawa harapan setelah mengabaikan aku hampir dua tahun... serentak itu dia mengembalikan satu rasa yang pernah aku alami seketika dulu disaat2 aku dan dia masih memadu kasih.. hampir aku terlupa akan kewujudan hazwan dalam hidup aku...siapa hazwan dalam hidup aku ketika ini.. dan siapakah yang benar2 bertakhta dihati gadis yang bernama fisya nurafia binti imran..
antara dua insan yang banyak memberi kesan kepada hidup aku... akmal rizal bin muhammad rizam ataupun mohammad hazwan kamarulzaman...aku buntu... perlukah aku memilih? ahhh..kalau aku nak kedua-duanya tak boleh ker? hahaha...mengada-ngada la pulak..' membuat keputusan yang paling sukar untuk seorang perempuan adalah untuk memilih diantara lelaki yang mencintainya dan lelaki yang dicintainya..'dan itulah yang berlaku pada aku saat ini...
--------------------------------end part 8------------------

No comments: