Tuesday, August 08, 2006

Sesuatu Yang Terindah - Part 11


Aku yang sedang bermain api...

Ini diambil dari DJW dan diedit sedikit..

Hidup kita ini, dibina oleh penantian dan harapan. Banyak perkara hadir di luar aturan kita, tidak mampu kita kawal. Kadang-kadang nasib datang sengaja menguji kita. Dan kemudian, setelah puas melihat kita terkejut ia akan ketawa, meninggalkan kita terkial-kial.
Kita akan terus berusaha dan menanti dalam kebasahan sebuah rindu yang tidak berpenghujung!

Menonton tarian terutamanya Zapin yang pada pandangan mata kasar aku paling sesuai mewakili konsep tarian Melayu. Zapin punya ciri-ciri yang istimewa, tidak terlalu gemalai, tegap digayakan, unik, serta kadang lucu bila sekumpulan kanak-kanak menarikannya. Cukup menghiburkan.

Hidup kita bukankah tidak ubah seperti tarian? Kita berusaha mempelajarinya, mengejar ilmunya bila kita berminat. Asyik padanya untuk sekian waktu dan tiba waktunya bila muzik berhenti, persembahan kita telah sampai ke penghujungnya. Kita tidak pernah sedar ia telah sampai kepenghujungnya pun!



Sesuatu yang terindah - Part 11
aku...aku telah memulakan semula perhubungan aku dan rizal. sudah hampir 5 bulan kami cuba untuk memperbaiki perhubungan kami yang lalu..kini rizallah tempat aku bergantung harap, tempat aku mencurahkan segala-galanya.. ternyata keputusan aku untuk menjalinkan semula perhubungan ini tidak membuatkan aku menyesal. saat ini dia telahpun membuktikan kepada aku bahawa cintanya terhadap aku masih seperti dulu... tidak pernah berkurang, malah bertambah dari sehari ke sehari.

selain itu, yang nyata sekali, aku semakin berubah. suasana baru banyak mengajar dan menyedarkan aku akan erti kehidupan sebenar . jelasnya,aku sendiri merasakan bahawa aku sudah mula dapat membiasakan diri dengan kehidupan seorang dewasa yang penuh cabaran. aku tambah matang, aku sudah pandai berdikari, aku sudah boleh berdiri sendiri tanpa bantuan sepenuhnya daripada ahli keluarga aku. aku sudah bersedia fizikal dan mental untuk melangkah jauh kehadapan.
perjalan hidup ini penuh dengan warna warni. kadangkala manis bertukar pahit,senang menjadi susah. namun, semuanya menyedarkan aku bahawa realiti hidup tidaklah semudah yang kusangka. sebelum ini aku mengenal dunia dari kaca mata aku sendiri.. tetapi berhadapan dengan dunia yang lebih luas menyedarkan aku tentang realiti kehidupan sebenar yang tidak ubah seperti sebuah pentas, dan pelakonnya adalah manusia sendiri. ada yang sudah jelas baik-buruknya, dan tak kurang juga yang masih bersembunyi dan bersifat kepura-puraan untuk mengaburi mata org lain. hidup ini umpama permainan... semuannya bergantung kepada usaha dan nasib.. takder sesiapa yang akan tentukan hala tuju hidup kita melainkan kita sendiri... betul tak?hmmm...tidak sia2 aku meninggalkan rumah ke kota untuk menimba pengalaman. benarlah kata orang.. manusia berubah dan belajar melalui pengalaman masa lampau.
hazwan...sesungguhnya nama itu tidak pernah luput dari kotak fikiran aku. dia masih wujud dalam diri aku. namun, semuanya kukunci jauh didalam hati. kebahagian yang datang ini adalah berkat cinta hazwan yang begitu agung. bagi aku, dia amat memahami erti sebenar sebuah cinta dan erti sebuah persahabatan sejati.peristiwa itulah kali terakhir aku menatap wajah hazwan..juga kali terakhir aku mendengar suaranya. bukannya aku tidak mahu hubungi dia, tapi aku sendiri tidak mempunyai kekuatan untuk berhadapan dengan insan itu. sesekali, aku amat mengaharapkan dia menghubungi aku terlebih dahulu. namun, sebagaimana juga aku.. mungkin dia juga sedang menanti panggilanku. yang nyata, antara aku dan dia masing2 sepi tanpa khabar. masih ingatkah dia akan diriku? mungkinkah hatinya hancur kerana aku? adakah dia masih merinduiku? atau dia sudah lupakan aku buat selamanya? begitu banyak persoalan yang ingin aku tanyakan padanya. tentang keadaan dirinya, dan yang penting sekali.. aku mahu tahu akan isi hatinya.
seringkali, hati ini merindui kehadirannya. biarpun bukan sebagai kekasih, tapi sebagai seorang teman. jujurnya, dialah satu-satunya insan yang mampu buat aku tersenyum dikala aku dilanda kesedihan yang amat sangat. bukannya rizal tidak mampu. cuma...kesannya amat berbeza dihati aku. rizal adalah seorang yang senang untuk mempamerkan dan meluahkan perasaannya melalui kata-kata, tetapi hazwan menunjukkan perasaannya melalui caranya yang tersendiri.. dia seringkali menimbulkan teka-teki dihati aku... rizal lebih bertindak sebagai penyokong aku tetapi hazwan bertindak sebagai pendengar dan penasihat.rizal boleh menjadi seorang kekasih yang baik tetapi hazwan boleh menjadi sahabat yang baik.
ahhh..berbezakah seorang kekasih dengan seorang sahabat? kenapa aku harus sentiasa membeza-bezakan mereka? bukankah semua manusia itu berbeza? masing2 punya kelebihan dan kekurangan masing2..entahlah...aku sendiri tidak pasti kenapa aku seringkali membezakan 2 insan itu walaupun aku sedar aku tidak layak untuk membuat perbandingan itu.aku tahu aku tak patut buat macam tue. tapi, nak buat macam mana? aku suka dan bahagia dengan cara aku. ' wan..aku akan kotakan janji aku wan...kau tetap ada dihati aku... selama-lamanya...'
rizal...keperibadiannya membuatkan aku yakin akan dirinya. kasih sayang yang diberi saling tak tumpah seperti seorang suami yang mengasihi isterinya. bezanya, kami masih belum terikat dengan apa2 hubungan yang sah. oleh itu masih terdapat jurang atau batas2 pergaulan yang perlu kami patuhi. dan aku takkan pernah lupakan batas2 tersebut. namun, caranya menyayangi aku, caranya merindui aku, caranya menghargai aku, caranya memanjakan aku, malah kesemua cara-caranya membuatkan aku bahagia sekali. aku dapat merasakan aku telah melakukan sesuatu yang betul dengan memberinya peluang kedua. jauh didalam hati, aku berbangga kerana dia tidak sedikitpun mempersia-siakan peluang yang kuberi.
aku juga telah menceritakan segala kisah aku semasa ketiadaannya. kisah aku dan hazwan, kisah anne, judey dan mimie, dan segala kisah aku yang aku rasa dia patut tahu.. yelah, lagi baik dia dengar semua tue dari mulut aku sendiri. kalau dengar dari mulut orang lain, mesti ade jerk yang ditokok tambah. mulanya, dia tampak cemburu bila nama hazwan kusebut sebagai seseorang yang aku sayangi, tapi kini sudah bergelar sahabatku yang teristimewa. lama jugak aku mengambil masa untuk meyakinkan cinta aku pada dia. akhirnya, dia akur dengan keadaan. dia sedar kehadiran hazwan dalam hidup aku adalah disebabkan dia sendiri. so, dia tak lagi salahkan sesiapa. katanya, yang berlalu biarlah berlalu... nampak macam dia dah terima hakikat tue, tapi sebenarnya aku tahu... cemburunya tetap ada.
kali ini juga, perhubungan kami telah maju setapak lagi kehadapan. semua ini kerana rizal sendiri telah memberanikan diri untuk berjumpa dengan ibu bapa aku dan berterus terang tentang perhubungan kami. semua ini katanya untuk mengelakkan daripada fitnah manusia memandangkan dia selalu melawatku dirumah sewa. mak dan ayah memuji keperibadiannya yang berani berterus terang dan amat menghormati pandangan, teguran dan nasihat orang yang lebih dewasa daripadanya. aku tambah bahagia apabila mak dan ayah merestui perhubungan kami. mereka berpendapat rizal seorang yang amat bertanggungjawab dan pandai mengambil hati orang tua. dan aku sendiri tidak dapat menyangkal akan kenyataan itu. amat sukar untuk aku membayangkan kehidupan akan datang yang bakal aku lalui tanpa dia disisi. saat ini, aku akui, aku tidak mahu kehilangannya buat kali kedua...
'' papa....berkenan betul mama dengan budak rizal tue... baik orangnya kan? '' aku yang berada didapur curi2 dengar perbualan mak dan ayah...
'' dahlah...dari tadi tak habis2 puji budak tue... papa tahu dia budak baik dan boleh diharap... tapi fia tue muda lagi...sekolah pun tak habis lagi... haaa...tak boleh dibiarkan sangat budak berdua tue... karang jadi perkara yang tak elok... '' dengan panjang lebar ayah menjawab..
'' ishhh..papa nie... mama tahu la fia nak sekolah lagi... mama tak cakap ape pun... mama hanya ckp yg budak tue baik.. itu jerk..'' mak buat muka dihadapan ayah...
'' yelah tue... tapi mama dah fikirkan hal lain kan? nak kawinkan fia tue ker? awal lagi la mama oii... haaa..yang penting sekarang ade jugak yang tengok2kan fia kat bandar tue... '' pintas ayah. mak dah buat muka masam....
'' kalau ada jodoh apa salahnya... kan baik budaknya tue... '' tinggi benar harapan mak terhadap aku dan rizal.. itu aku tak hairan sebab dialah lelaki pertama yang kubawa berjumpa dengan mereka...
'' hisshhh...tak habis-habis nak memuji. haaa..suruh jerk la keluarga budak tue datang meminang.. '' ayah menjeling mak..
'' papa yang sensitif sangat... mama cakap lain..lain pulak papa jawab.. '' tambah mak lagi...
'' apa yang lain? kan betul papa jawab tue...'' ayah pulak menjeling mak. mak terdiam beberapa saat... kemudian mulutnya bersuara lagi..
'' mama tengok fia dah makin berubah. dah matang skit. tak lagi berperangai kebudak-budakan sangat.. kan papa? ''
'' perubahan yang baik..takperlah. takkan itupun nak bimbang? mama nie... time dia kecik nak bimbang, time dia besar nak bimbang lagi... '' ayah membelek2 surat khabar dihadapannya. nampak jer macam membaca. tapi, mata tue curi-curi jeling kat mak. hehe..
'' ehh..kita cakap sikit. dia dah menjawab panjang lebar. '' nampak sangat mak tak puas hati. haaa..kalau mak dah merajuk... mati la ayah nak pujuk..
'' alah, sekurang2nya papa tak buat muka masam macam mama tue. padanlah anak2 keras kepala. ikut perangai mamanya. '' selamba jerk ayah manjawab. ada2 saja ayah nie. mesti mak tambah geram.
'' haaa...malas la nak cakap ngan papa nie! '' kan betul. mak dah merajuk...mak meninggalkan ayah dengan muka masamnya dan naik kebilik. ayah cuma tersenyum dan mengeleng beberapa kali.tidak lama kemudian ayah meletakkan surat khabar yang dibacanya tadi lalu mengikut jejak mak keatas. haaaa...nak pujuk mak la tue.yelah..ayah takkan biarkan mak merajuk lama2. hehehehe..
---------------------------------------------------------------------
'' kringgggg...kringgggg...'' bunyi telefon diruang tamu menganggu tidurku. lama..namun tiada siapa yang mempedulikan deringan itu.aku mengeluh... 'mana semua orang pergi nie? takkan tak dengar bunyi telefon tue...' aku merungut dalam hati..aku berlari-lari anak mendapatkan telefon yang masih berdering itu.
'' hello...assalamualaikum. '' aku memberi salam. namun... 'tuuuuuuuttt..' hanya bunyi itu yang kedengaran.' mesti orang tue dah bosan tunggu.' aku membuat andaikan. 'ahh..kalau penting sure dia call balik..'
selepas beberapa ketika, aku menyedari sesuatu yang ganjil dirumah itu. sunyi sangat... waaaa...mana pergi semua orang?? takkan keluar tak ajak aku.. ' hisshhh..bencinya! ' aku mendengus kasar. dengan pantas aku mendail no telefon bimbit emak.
'' assalamualaikum... mak kat mana nie? ''
'' waalaikumsalam... kat rumah pakcik kamu la. kan ada kenduri hari nie. '' suara mak sayup-sayup kedengaran.
'' kenapa mak tak ajak fia? '' aku buat suara merajuk.
'' laaa...mak dah kejut pagi tadi. kan fia kata tak nak ikut. ''
'' ehh...bila masa pulak fia cakap fia tak nak ikut? '' aku memuncungkan bibir.
'' pagi tadi kan mak dah kejutkan fia. fia sendiri cakap kat mak yang fia taknak ikut. kata nak berehat kat rumah. takkan mak nak paksa lak. haa...kitaorg balik lewat sikit tau. kalau nak masak, jgn lupa tengok-tengokkan api tue.. '' mak mengingatkan aku.
'' yelah...yelah... kim salam kat pakcik dan makcik. bye mak... assalamaualaikum. ''
'' insya allah, nanti mak sampaikan... waalaikumsalam.. ''
talian diputuskan. aku mengaru-garu kepala yang tidak gatal. tak sedar pulak aku cakap ngan mak pagi tadi. aku melirik jam ditepi dinding.dah 10 pagi rupanya. inilah padahnya tidur macam kayu balak. tapi nak buat macam mana. aku tidur lewat malam semalam.mungkin aku tengah mamai pagi tadi. sampai tak teringat aku cakap macamtue kat mak. ahhh...menyesal pun takder guna.
sebotol juice mangga aku keluarkan dari peti ais...serentak itu juga sebungkus makanan ringan sempat kusambar dari kabinet dapur. ' haaa..baik aku bersantai depan tv..bukan selalu dapat melepak begini...esok2 dah nak kerja...takder peluang langsung nak bersenang-lenang macam nie...' aku menghirup jus mangga sambil mengunyah keropok dan melabuhkan punggung diatas sofa. opss! aku tak gosok gigi lagilah. mandi pun belum. ahh..lantaklah. bukannya ada orang lain kat rumah nie. aku sorang jerk. hehehe...beberapa keping cd yang kupinjam dari mimie semalam kukeluarkan daripada beg plastik... setelah lama membelek-belek cd tersebut, aku memilih untuk menonton sebuah filem orang putih yang bertajuk ' a cinderela story ' lakonan hillary duff dan michael chad muray...'' mesti romantik cerita nie.. '' aku tersenyum sendiri.
'' krrriiinggg...kringggg... '' ' laa...sape lagi yang call nie? kacau daun betullah. baru jerk aku nak lepak. ' rungutku dalam hati. dengan malas aku bangun dan menjawab pangilan tersebut.
'' hello.. '' dengan malas aku memulakan bicara..
'' assalamualaikum.. '' ucap suara itu. aku tersindir.
'' waalaikumsalam.. nak cakap dengan siapa? '' salam itu kujawab. berdosa tau kalau tak jawab salam..
'' dengan yang sedang bercakap nie lah.. '' aku mengerutkan dahi beberapa kali. cuba untuk mengecam suara siapakah yang berada dihujung talian. garau semacam. sebijik macam suara penculik yang mahu menuntut wang tebusan. alah, yang macam dalam wayang tue!
'' awak nie siapa? ''
'' laa..sampai hati awak. dahlah saya ditinggalkan tanpa pesan. sekarang, awk lupakan saya pulak. kesian saya tau..'' suara itu seakan-akan merajuk. sekali lagi aku cuba mengecam suara itu. namun aku gagal. suara itu terlalu asing bagiku.
'' kalau saya lupa. awak tolonglah ingatkan.. ''
'' aik..kata nak simpan dalam hati selamanya. baru berapa bulan dah lupakan saya. '' mataku terbuka luas. sedikit sebanyak aku dapat mengagak siapakah gerangan jejaka itu.
'' wan..! '' aku separuh menjerit. kedengaran tawa kecil dihujung talian.
'' haaa..tadi kata tak kenal. ''
'' kenapa suara wan lain macam nie? '' aku muskyil. suaranya agak berbeza. dulu, aku dapat mengecam suaranya dengan pantas. satu patah perkataan saja sudah cukup untuk aku mengenali tuan punya suara tersebut. tapi...
'' wan baru sembuh dari demam la. batuk dan selesema nie jerk belum sembuh sepenuhnya. fia sihat tak? '' wan menjelaskan. hmm..patutlah aku tak cam suara dia.
'' hmmm..suara wan dah macam suara katak. pasal tue fia tak kenal.. fia alhamdulillah. sihat.. '' aku ketawa mesra. rindu rasanya bergurau senda dengan jejaka seorang ni.
'' rizal ? '' ada getar bila dia menyebut nama itu.
'' dia pun sihat.. apa kes wan call fia nie? tiba-tiba jerk.. '' aku menjawab lambat-lambat. kemudian, aku sengaja menukar topik. tidak mahu nama rizal menjadi jurang untuk kami berbicara seperti dulu.
'' wan nak jumpa fia.. boleh tak? '' permintaannya mengejutkan aku. namun, sedikit sebanyak aku sememangnya mengharapkan agar kami dapat bertemu. banyak cerita yang ingin aku kongsikan padanya. dan banyak perkara yang ingin kudengar darinya. terlalu banyak...
'' kenapa nak jumpa? wan rindu fia ek? '' aku ketawa kecil. dalam hati aku harap dia mengiyakannya.
'' tak.. saja jer nak jumpa. dah lama tak sembang dengan fia.. '' laju jer dia menjawab.
'' owh...tengoklah nanti.. '' ucapku lirih. agak kecewa dengan kata-katanya sebentar tadi..
'' kenapa? fia tak sudi ker? atau takut rizal marah? '' dia menduga..
'' sudi..tapi fia kena minta kebenaran dengan rizal dulu. nanti, timbul salah faham lak. '' perlahan aku menjawab..
'' ajak rizal sekali.. wan nak kenal jugak dengan pilihan hati fia tue.. '' aku tersentak.. wan nak jumpa rizal? kenapa? hatiku tertanya-tanya. biar betul hazwan nie. sebenarnya, aku mengharap satu pertemuan. cuma aku dan dia. tiada orang lain. kenapa tiba-tiba nak ajak rizal pulak?
'' errr... '' aku tidak dapat memberi kata putus. mahu saja aku berterus terang bahawa aku hanya mahukan pertemuan aku dan dia. tanpa rizal. tapi, aku malu. nanti apa pulak hazwan fikir. then, apa pulak kata rizal. sudah tentu dia tak akan izinkan kami keluar berdua.
'' eermm...nak wan sendiri ajak rizal tue ker? ''
'' ehhh..takper! nanti fia cakap kat dia. bila wan nak jumpa? kat mana? '' aku pantas menolak. aku tidak dapat membayangkan bagaimana reaksi rizal bila hazwan sendiri yang mengajaknya. mesti rizal marah! lebih-lebih lagi yang mengajaknya ialah bekas teman lelaki gadis yang disayanginya. tak sanggup aku nak bayangkan.
'' sabtu nie... 4 petang... kat kfc centre point.. boleh tak? atau fia kerja time tue? '' aku mengira-ngira dalam hati. hari nie hari khamis. maknanya ada 2 hari lagi.
'' boleh.. kebetulan fia cuti sekarang nie. hari isnin baru start kerja balik. tapi..fia kena tanya rizal dulu. '' jelasku.
'' take your time.. nanti fia confirmkan dengan wan. juz call my number. fia tahu kan nombor fon wan? atau orang tue dah hilangkan nombor fon wan... '' aku tersindir dengan kata-kata itu. eleh..mentang-mentanglah aku dah tak pernah call dia sejak hari tue, dia cakap aku lupa nombor dia pulak. bukan lupa cik abang oiii... cuma aku pura-pura tak ingat. atau yang lebih jelasnya... sengaja buat-buat lupa..
'' tak hilang lah! '' aku mendengus geram..
'' ehh..marah ke? wan dapat bayangkan..mesti muncung fia dah panjang macam muncung itik. dah boleh buat penyangkut baju. tak payah beli. jimat belanja. '' dia mengusikku. usikan yang aku rindui. disusuli dengan gelak tawa. yang juga aku rindui.
'' wahh..sukanya dia. eeeee...geram! '' aku megetap bibir menahan geram.. ada-ada sajalah hazwan nie. tak berubah langsung. pantang ada peluang, mulalah dia nak mengusik.
'' oklah...wan gurau jer. dah lama tak gurau dengan fia. sometimes, i miss that moment so much. '' dia mengeluh. aku terdiam. berbunga-bunga jugak perasaan ini bila dia mengakui bahawa dia masih merinduiku. ' aku pun macam tue jugak wan. tapi, apakan daya... aku dah pilih rizal. aku cuma nak kau tahu.. falling love with you is my favourite memories.. ' hatiku berbicara.
'' i know wan.. erm..nanti fia call wan balik ek. fia nak confirmkan dengan rizal dulu. '' aku memendekkan perbualan. takut perasaan sayang aku pada dia yang cuba kupadam membara kembali.
'' great... see you this saturday.. assalamualaikum.. ''
'' waalaikumsalam... ''
aku terduduk ditepi tangga. macam mana aku nak cakap dengan rizal nie? nak ker rizal pegi? aku mula membayangkan wajah rizal apabila aku suarakan hasrat hazwan itu. jawapannya cuma satu. bezanya, adakah jawapan itu positif atau negatif.hmmm...walau apapun katanya kelak, aku akan terima. kalau tak tanya, mana nak tahu jawapannya kan?
--------------------------------end part 11-----------------------------------------

No comments: