Thursday, October 27, 2005

Internet Telephony Gateway


Hari ni aku nak cite pasal ITG.Gateway yang digunakan untuk membuat komunikasi VoIP.
Di sini aku menggunakan jenama Planet untuk ITG ni, walaupun bagiku ianya tidaklah begitu memuaskan hati aku, tapi dari segi setting dan configuration dia lebih senang berbanding dari menggunakan IPPBX Asterisk.Cuma apabila kita menggunakan IPPBX Asterisk, penggunaan akan lebih flexible, reliable dan stable.
Configuration Planet ITG lebih mudah dan standard, especially bila menggunakan Fix IP.

1.set IP
2.set Dial Plan
3.set DNS

Dah bleh buat call, very simple.

Nak detail nanti aku update lagi, sebab tengah sibuk untuk raya, lagipun mood bekerja aku dah bertukar ke mood mengacau dodol, walaupun aku bukanlah rajin sangat nak berbuat begitu.

Perjalanan balik ke kampung cuti nanti pasti mencabar.Tiket bas aku tak cari
pun, ingatkan boleh tumpang abang ku.Tengok tengok dah ada orang lain yang mencelah
abis aku, terpaksalah menggunakan kaedah "titik 9" untuk balik nanti.
Argkhhh....pasti penat.

"Lagu lagu raya makin rancak bermain di corong corong radio.Hatiku tersentuh, ada rasa
yang cuba mengisi jiwa ini.Ada rasa kemenangan dan kebahagian..."

No comments: