Sunday, October 23, 2005

Jiwa Kacau

Jumaat 22/10/2005

"Jiwa Kacau"
Hari ini jiwa aku sedikit kacau, pagi pagi lagi aku dikejutkan oleh panggilan dari abang Iqbal bertanyakan aku pasal sistem muzium tu.Disebabkan hari ni aku akan ke KL untuk selesaikan proses tukar nama pada geran skuter tu jadi aku bersetuju untuk ke pejabat dia untuk settlekan masalah mengenai sistem tu.

Hari ni JPJ Setapak dikunjungi ramai orang, semuanya sama macam aku juga la, disebabkan Selangor cuti maka habislah semua pejabat-pejabat kerajaan yang buka, maknanya pejabat-pejabat di KL la yang akan menjadi mangsa, sebab dekat.
Semuanya settle elok pukul 12:30, terus ke masjid Kampung Pasir untuk solat Jumaat.Lepas selesai solat, aku bergerak pula ke Selayang bagi menyelesaikan masalah pada sistem myMuzium.

Di pejabat Abang Iqbal sekarang ada 2 orang staff baru, nampaknya bisnes Abang Iqbal makin maju, dah boleh gajikan dua orang pekerja. Seorang tu graduan dari MMU, habis dilenjankan oleh Iqbal, semua dia buat dari "networking and cabling", PABX, multimedia, PC repair, semua dia buat.Kesian, but it good for him, graduan yang baru je mula mencari pengalaman.

Settlekan masalah sistem dalam 10 minit sahaja..budak tu tak tahu password untuk ODBC dan troubleshoot component bila component tu tak jalan.Simple je, untuk ODBC masukkan username dan password di "Advanced", manakala untuk aktifkan component tu, perlu start stop the component or the services.Alamak campur aduk la pulak bahasa.Lantaklah ini blog aku, kut suka la..Lagipun susah nak cari perkataan yang sesuai untuk menerangkan benda ni.

Selesai je, balik ke Shah Alam, dalam perjalanan singgah dulu di Bangsar, cari buku "Jiwa Kacau", buku yang direkemenkan oleh si Azhan Akmal tu.Entah best ke tak? kita tengok..

Dan ternyata aku rasa berbaloi duit RM20 yang aku gunakan untuk mendapatkan buku ni, bila beberapa penulis buku tu dapat menyampaikan sesuatu yang aku rasakan ada sedikit kelainan..hmmm sejarah katanya..ha ha ha aku sedikit terhibur...

2 comments:

Anonymous said...

Buku Jiwa Kacau menghiburkan?

Kalau sudi marilah review buku itu di sini http://www.jurnal.biz/forum/viewtopic.php?p=63722#63722

Terima kasih.
Basri.
http://jiwakacau.blogdrive.com

AhmadPutra said...

en Basri ke tu?? cam tak caye je..ha hah