Tuesday, November 08, 2005

DamnSmallLinux

Damn Small Linux, kini banyak digunakan sebagai operating system untuk Linux bagi yang meletakkan saiz sebagai pilihan utama.Dengan kapasiti cuma 250M pengguna dapat mengoperasikannya walaupun dengan hanya menggunakan thumb drive.
Untuk maklumat lebih lanjut bolehlah guna link ni.

http://www.damnsmalllinux.org/usb-qemu.html

Untuk hari ini, seperti semalam tak banyak yang aku lakukan mungkin kerana mood aku tidaklah begitu baik.Mujurlah bos tak masuk lagi.
Ku just nak siapkan appraisal form, then try run this DSL, tengok adakah asterisk boleh beroperasi diplatformnya.Harap harap boleh, kalau tak terpaksalah aku customize lagi CentOS tu.

ada sajak lagi...

Nor....cintakah ini..

TAMAN ATNIC
Seindah pelangi..
Seindah irama dipagi hari..
Aku akan menari...
Bersama suara suara hati..

Aku bernyanyi...
Aku meniti hari hari sebegini..
Menelan segala pahit di hati..
Agar madu itu bersemi lagi..

Dan salju semalam menderu lagi..
Memupuk halus pada kulitku..
Menyejukkan pada jiwa ini..
Untuk kenangan indah bersamamu..

Hulurkan aku kasih itu..
Hulurkan aku sayang itu..
Untuk kucurahkan pada kecintaanmu..
Untuk kesiramkan pada kerinduanmu..

Dan semusim ini terusan berbunga..
Menghiasi senyuman kita..
Menjadi sebuah taman atnic..
Yang kita akan terusan menjaganya..

No comments: