Tuesday, November 22, 2005

Entah

Hari ini aku kembali menulis kembali dalam blog yang aku daftarkan di sini.Entahlah sudah berapa hari aku tinggalkannya menyepi sendirian.Aku sendiri pun tak pasti, malas rasanya hendak membilang hari hari penyepiannku dari dunia blog ini. Dan hari ini aku rasa terdetik untuk kembali mencoret dalam blog yang aku samakan sebagai bingkisan terpinggir.

Minggu lepas hari khamis dan jumaat aku ke Damansara untuk menghadiri kursus Asterisk. Consultant yang mengajar didatangkan dari Australia khas untuk kami. Di hadirkan dalam kelas kira kira 10 orang.Ada peserta dari singapore, Thailand dan selebihnya dari sini. Kelas Asterisk itu adalah yang pertama dalam sejarah, dilakukan di Asia, dimana tidak pernah lagi dilakukan sebarang kelas untuk perkara ini di Asia, diulang di Asia, dan kami telah membuat sejarah untuknya...sedikit kekaguman untuk diri sendiri dan terima kasih Trisystems.

Hari Sabtu, tidak banyak yang dapat kulakukan, paginya cuma dipenuhi dengan membasuh baju dan menonton TV, petang pula aku ke Bandar Tun Razak untuk bertemu MAM. Buat salinan untuk anime Naruto dan Full Metal Alchemist, puas.
Petang itu hujan sampai ke malam so aku terpaksa bermalam di sana. Awal pagi ahad aku kembali ke Shah Alam. rehatkan badan dan tidur...

Hari Isnin bermula kembali, pagi bertemu en Othman untuk ceritakan pengisian kursus kepadanya. Dia tertarik dengan custumization yang dilakukan oleh Gary Taylor tu (pengajar Asterisk masa kursus) sebab dia hanya install apa yang perlu sahaja ke dalam Asterisk server, jadi kestabilan sistem akan lebih.Dan aku berjaya memasukkan driver untuk wildcard TDM400P pada span ke dua, setelah seminggu aku mencubanya, balik kursus baru menjadi. Mungkin juga kerana Asterisk@home tu sudahpun di upgrade ke version 1.5, yang sepatutnya lebih stabil dari version 1.1, yang aku gunakan sebelum ini.

ok...wassalam

No comments: