Thursday, July 29, 2010

Yg Ku Mahu pt13

Beg besar diletakkan pada kaunter pemeriksaan. Seketika kemudian Faizal kembali ke arah mereka. Ada beberapa lagi orang lain yang juga menyertai program kerja tersebut. Suraya hanya memerhati gelagat manusia dalam ruang legar tersebut. Jam di tangan dah menunjukkan pukul 9.30 malam. Ada masa lagi setengah jam Faizal akan bertolak. Ditoleh ke arah mak. Faizal masih disitu sedang berbual dengan maknya dan Puan Zarina. Dia duduk berteleku merenung lantai. Tabahkan hati aku ini menerima kehilangan Faizal.
“Berangan ye?”, Suraya tersentak bila Faizal berada disisinya.

“Tak la aku tengah tengok orang”,
“Buat apa la tengok orang. Tengok aku kan ke lagi baik”,
“Kau buat apa, hari-hari aku dah tengok”, Suraya jelir lidah. Pantas pipinya dicubit dek Faizal. Dia mengaduh sambil mengusap pipinya yang menjadi mangsa cubitan tiap kali mereka bergurau.
“Nanti jangan lupa hantar khabar kat aku ye”,
Faizal angkat tangan dan diletakkan kedada tanda janji.
“Kalau dah jumpa orang kat sana jangan lupa kat aku pulak”,
“Tak boleh lupa punya”,
Kalau sekarang ni boleh la cakap kau macam tu. Besok-besok dah jumpa terus aku dilupakan. Adakah di akan berjumpa seseorang disana nanti?. Dapat ke aku terima hakikat perempuan lain akan mendampinginya?.
“Nanti kau tak sempat la nak tengok Sarah bersanding”,
“Tak apa..aku cuma terkilan kalau tak dapat tengok kau yang bersanding”, Suraya ketawa.
“Aku nak bersanding dengan siapa. Calon pun tak ada”,
“Carilah...”, Suraya terdiam. Faizal di sisinya cuma tersenyum.
Tahukah lelaki ni bahawa namanya sudah mula bertapak di hati aku?. Mereka tersentak bila pengumumam penerbangan ke London akan berlepas tidak lama lagi. Beberapa orang yang menyertai program sudah berlalu ke balai berlepas. Faizal berlari ke arah Puan Zarina. Dipeluknya Puan Zarina dan kemudian giliran Rafeah pula dipeluk. Air matanya bergenang. Betapa sayangnya wanita itu kepada Faizal. Macam mana reaksi mereka besok bila tahu akan hakikat perhubungan ini?. Faizal dah terpacul dihadapannya. Lelaki itu tersenyum. Digagahi bibirnya untuk tersenyum sedangkan dihatinya perasaan pilu semakin mencucuk hati. Tangan Faizal dicium perlahan. Sekilas matanya melirik pada Puan Zarina dan mak yang sedang memerhati gelegat mereka.
“Jaga diri baik-baik. Nanti aku balik, aku nak jumpa kau dulu tau”, Suraya angguk, tangan Faizal erat mengengam jemarinya.
“Janji dengan aku..kita cari sama-sama”, Suraya memaksa senyum di bibir.
“Aku tunggu kau balik Zal”, Faizal sengih tanpa mengerti maksud kata-kata gadis itu. Dicuitnya hidung Suraya. Kemudian berjalan menuju ke pintu berlepas. Dari kejauhan Faizal melambai ke arah mereka. Kelibat Faizal sudah hilang dimatanya. Lelaki itu telah pergi dan tak akan kembali lagi. Sekali lagi orang yang disayang hilang dari pandangan. Terasa diri keseorangan. Jiwanya mula menangis.
“Janji dengan aku kita cari sama-sama”, tergia kata-kata Faizal di telinganya. Kata-kata yang diucapkan berkali-kali.
“Aku akan mencari tapi untuk bertahta di hati ni mungkin tidak”, dia berkata sendiri. Jauh disudut hatinya dia mengakui nama Faizal semakin terpahat.
“Kalau Tuhan dah anugerahkan perasaan itu, awak tak boleh lari”.
Tergia pula kata-kata Wan Adli satu tika dulu. Waktu itu dia cuma ketawa bila Wan Adli mengucapkannya. Mungkin waktu itu cintanya hanya untuk Wan Adli. Tapi kini dia sedar Tuhan sudah menganugerahkan dia perasaan itu. Walau dihalang sekalipun..hatinya tak mampu mengelak bahawasanya dia semakin menyayangi Faizal.
Tapi lelaki itu tak pernah tahu dan mungkin juga tidak akan tahu. Antara mereka sudah terikat dengan satu janji.
“Kau lah sahabat aku dunia dan akhirat”,
Air matanya menitis. Cepat-cepat dikesat matanya. Kemudian menoleh pada kerusi disebelah. Mujur mak dah tidur. Dikuatkan sedikit radio yang dipasang.
Adakah aku ini akan menjadi sahabat dunia dan akhirat kau Faizal?. Tahukah kau apa yang aku rasa sekarang ni?. Adakah aku hanya sahabat?. Digelengkan kepalanya. Dia cuba tidak mahu memikirkan perkara yang belum tentu terjadi. Ditariknya nafas dalam-dalam.
“Aku akan tunggu kau balik Faizal, walaupun cuma sebagai sahabat”, dia senyum sendiri tapi kemudian wajahnya berubah. Bermacam-macam perkara yang bermain difikirannya sekarang. Bagaimana perasaan aku?. Mampu ke aku menipu diri sendiri?. Wajah Wan Adli dan Zairul datang bersilih ganti di matanya. Dia tak mahu kehilangan Faizal. Air matanya menitis lagi dan kini tak dapat dibendung. Dibiarkan mutira itu luluh membasahi pipi. Sendunya tenggelam dalam alunan bunyi radio yang kuat berkumandang.

Beg di bawa masuk kedalam bilik. Ramai orang dirumahnya sedang membuat kerja. Suasasana dibelakang rumah gamat dengan bunyi kaum wanita gelak ketawa. Lagi tiga hari Sarah bakal jadi isteri orang. Di pandang sekilas pelamin ketika melintas untuk masuk kedalam bilik. Suraya senyum sendiri. Kalau lah antara aku dengan Zairul dulu tak terjadi apa-apa, mungkin hari ini akulah permaisuri di sini. Satu keluhan keluar dari bibirnya. Kakinya melangkah menuju ke arah dapur. Dia perlu solat dahulu sebelum habis waktu. Bibirnya hanya menguntum senyum bila bertembung dengan kaum-kaum ibu yang memenuhi ruang dapur. Sesekali dia disapa dek kaum ibu tersebut. Sebahagian besar yang datang adalah orang kampung berdekatan. Sewaktu menuju ke dalam bilik langkahnya terhenti bila melihat pintu bilik utama terkuak sedikit . Kelihatan mak sedang menyusun bunga telur yang akan dijadikan cenderahati untuk tetamu. Terdapat bunga telur yang warna biru dan merah jambu. Setahu dirinya Sarah menyukai warna merah jambu.
“Berapa banyak ni mak?”,
“ Ada la dua ribu tapi mak saja beli lebih”,
“Elok la beli lebih nanti takut tak cukup pulak”,
“Bukan sebab tak cukup tapi mak beli terus untuk kamu punya sekali. Besok-besok tak perlu beli lagi. Betul tak?”, Suraya terdiam.
“Lambat lagi mak”,
“Lambat pun kena sedia dari sekarang jugak. Tak la kelam kabut besok. Kamu suka warna birukan?”, Suraya diam lagi. Dia tersentak bila bahunya disentuh seseorang. Pantas di toleh, Puan Zarina tersenyum. Disambut tangan wanita itu dan diciumnya.
“Bila makcik sampai?”,
“Dari pagi tadi. Kamu je yang tak perasan makcik masa masuk bilik air tadi”, Suraya sengih. Macammana nak perasan sebab terlalu ramai kaun ibu yang memenuhi ruang dapur tadi. Aku sendiri tak berapa dengan dia orang.
“Kat rumah makcik pun dah ada yang siap. Faizal suka warna kuning. Biru dengan kuning kalau digabungkan tentu berserikan.”,
Mak cuma tersenyum sambil tangannya lincah menyusuh perkakas hantaran dan bunga telur.
“Benda semua ni memang kena buat awal-awal Sue. Macam mak kamu ni dah ada pengalaman sambut menantu tapi macam makcik baru kali pertama, lagi la kelam kabut. Nak harapkan Faizal belikan semua tu. Sampai tahun depan pun dia tak buat. Orang muda sekarang lagi pentingkan kerja dari sibuk buat persiapan ni. Nak-nak pulak orang lelaki. Tak macam tu Kak Feah?”,
Mak sengih dan mereka ketawa berdua. Suraya senyum dan meminta izin berlalu kedalam bilik. Disarung telekung dan bersedia menunaikan solat. Ketika tangannya menadah doa tanpa sedar air matanya mengalir mengenangkan perbualan tadi. Mereka terlalu mengharap agar aku bersatu dengan Faizal. Tapi tahukan mak dan Puan Zarina perhubungan ini terjalin hanya kerana satu perjanjian?.

Wira diberhentikan betul-betul dihadapan pagar rumah tersebut. Diseluk beg tangan mengambil sehelai kertas. Sekilas dipandang nombor rumah yang tertera.
“Ni la rumahnya kot”,
Suraya keluar dari kereta. Semalam Sarah telefon menyuruh dia mengambil pakaian nikah di rumah ini. Tak ada orang ke senyap je. Pintu berukir itu diketuk berkali-kali. Pintu terkuak.
“Kak Sue..tunggu kejap ye”, Suraya senyum.
Fazli bakal adik iparnya mendail telefon dan bercakap dengan seseorang. Dipandang persekitaran rumah bujang tersebut. Sebuah kereta berhenti diluar kawasan rumah.
“Housemate Deli agaknya”, dia membuat tanggapan sendiri. Fazli yang berada didalam rumah berlari keluar.
“Haa kata nak hantar pukul 1 ni dah dekat pukul 4. Kau ni betul-betul buat aku risau je”,
Suraya cuma tersenyum bila Fazli bersuara agak kuat pada pemandu kereta tersebut. Fazli bercakap sesuatu dengan lelaki berkenaan. Kemudian lelaki itu keluar dari perut kereta. Suraya tersentak. Macam kenal?. Matanya bertembung dengan lelaki tersebut. Cepat-cepat di alihkan pandangan pada mini akarium yang terletak di luar rumah. Seketika Fazli datang menghampirinya.
“Kak sorry la saya belum ambil lagi baju tu sebab kedai tu tutup semalam.
“Habis tu macam mana?”,
“Emm macam ni la. Akak pergi rumah tuan kedai tu nanti saya bagi duitnya”,
“Kau tak pergi sama?”,
“Saya kena balik petang ni juga sebab mak dah marah-marah tadi. Lepas tu kena ambil borang kat Perak. Sebab tu saya minta tolong akak ambil baju tu”,
“Ok la tapi rumahnya kat mana?”,
“Sepupu saya boleh tunjukkan. Mari saya kenalkan sepupu saya”, Fazli dah berlalu menuju ke arah lelaki tersebut.
Suraya melangkah perlahan. Semakin dekat dengan lelaki itu hatinya semakin kuat berdegup. Dia kenal dengan wajah itu. Sangkaan yang bermain dihatinya tadi kian terlerai. Saat lelaki itu tersenyum, hatinya tiba-tiba jadi sebak. Zairul....

No comments: