Thursday, July 29, 2010

Yg Ku Mahu pt14

Ada email..jarinya menekan tetikus untuk membuka mail box. Senyum terbit dibibirnya. Email dari Faizal. Berjela juga email yang dihantar. Macam-macam yang diceritakan dek lelaki itu. Mesti dia sedang bahagia di sana. Dipandang kalendar di atas meja. Sebulan dah berlalu, entah apa la yang dibuat dek Faizal sekarang. Rindunya pada lelaki itu semakin meluah. Kalau diikutkan hatinya nak saja ditaip apa yang ada dalam hatinya semoga Faizal faham akan rindu yang ditanggung sekarang ini. Tapi dapatkah Faizal menerima kenyataan bahawa aku sudah jatuh cinta pada dia yang menganggap aku hanya seorang sahabat?.
“Sue ada tetamu nak jumpa?”. Terjengul kepala Najwa dari balik pintu...

Dia kerling jam didinding. Sekarang hampir waktu rehat. Selalunya waktu-waktu begini customer jarang datang berurusan.
“Sekarangkan waktu lunch?”
“Aku tau la tapi orang ni nak jumpa sangat dengan kau”,
“Siapa?”,
“Manalah aku tau tapikan Sue dia handsome tau”.
“Kau ni Najwa mata keranjang”, Najwa ketawa mengekeh.
“Cepat Sue kalau lambat karang orang lain cekup melepas kau”,
“Ok kejap lagi aku keluar”,
Suraya bergegas keluar dari bilik. Najwa yang berada di meja mengenyitkan mata dan muncung ke arah bilik menunggu. Matanya terarah pada seorang lelaki yang sedang berdiri ditepi tingkap. Perlahan dihampiri lelaki itu.
“Zairul!”, Zairul tersengih. Suraya tersenyum lalu di pelawanya lelaki itu duduk
“Macam mana awak tau office saya?”,
“La.. kan awak ada cerita itu hari”,
“Ha’ah saya lupa”, Suraya sengih tersenyum malu.
“Kebetulan saya ada urusan dengan bank kat depan tu, saya nampak office awak so saja datang nak tanya khabar. Emm..awak dah makan ke belum?”
“Belum”, Hajat hatinya memang tak mahu makan tenghari. Seleranya sejak kebelakangan ini semakin kurang.
“Jom saya belanja. Lagipun nak waktu lunch ni”,
“Emm..ok tunggu kejap saya masuk ambil handbag”, Suraya berlalu meninggalkan bilik menunggu. Mata Zairul mengekori langkah Suraya yang hilang dari pandangannya. Zairul senyum sendiri. Dia bukan datang kesini atas urusan kerja. Memang sengaja dia ke sini, mencari orang yang dulu pernah disayangi. Nasib baik Suraya bukan jenis banyak bersoal. Dah berpunya ke dia?.
“Kak Yati bila masuk kerja?”, Dipeluknya wanita 40 an tersebut.
“Hari khamis akak dah ada kat Malaysia ni. Saja cuti panjang sikit nak rehat”,
“Alhamdulillah Kak Yati selamat semua ye..eh Kak Yati pulak, Hajah Yati”, Kak Yati ketawa mengekeh. Dikeluarkan sebuah kotak dari dalam beg kertas.
“Ini je yang dapat akak carikan untuk Sue”,
“La kenapa susah-susah saya tak minta pun”,
“Akak ikhlas nak bagi, cantik tak?”, Kotak itu dibuka. Sehelai kain sutera biru berbunga emas diletakkan atas meja.
“Terima kasih kak..cantik kain ni mesti mahalkan?”, Kain tersebut di acukan kebadan. Matanya terpandang sesuatu dalam kotak. Ditariknya sehelai lagi kain warna biru kosong yang cuma terdapat sulaman kecil berwarna emas di sekeliling kain. Suraya pandang wajah Kak Yati. Dahinya berkerut.
“Kain tu sesuai kalau buat baju melayu untuk Faizal”, wanita ini bersuara seakan faham apa yang difikirkan dek Suraya.
“Kak Yati ni memang la kenapa sampai dua akak belikan?”
“Akak cuma berhajat, akak nak kain ni Sue buat baju nikah besok bole?”,
“Tapi kak..”,
“Tak ada tapi-tapi lagipun akak rasa Sue belum beli baju nikah lagikan. Ni akak dah belikan tak payah la Sue susah payah mencari. Boleh terus pergi tempah je”,
Suraya diam tak terdaya dirinya nak meningkah kata-kata wanita tersebut. Dia tahu Kak Yati memang terlalu mengharap semuanya jadi kenyataan. Hatinya yang tadi gembira sebak tiba-tiba. Dipaksa bibirnya tersenyum.
“Sue makin kurus sikit Kak Yati tengok?”,
“Saja diet”,
“Diet apa kalau body dah lawa macam ni. Nak tinggal tulang je ke?”,
“Orang diet poket la kak”, Kak Yati ketawa.
“Faizal mana?”, ujar Kak Yati seraya merenung wajah gadis di hadapannya. Mata Suraya masih lagi pada kain sutera biru.
“Dia kena hantar ke London untuk program kerja Malaysia”,
“Berapa lama?”,
“Setahun”, jawabnya perlahan.
“Patut la Sue kurus je akak tengok rupanya buah hati jauh”, Kak Yati cuba mengusik.
“Takde la kak, dia jauh pun bukan saya tak boleh makan”,
“Memang la boleh makan tapi ini kurus sebab merindu”, ujarnya sambil ketawa.
“Pandai-pandai je Kak Yati ni”, Suraya senyum kelat. Kalau aku merindu begini teruk pun sia-sia saja Faizal tak pernah tahu.

Semua peserta diarahkan pergi kebilik masing-masing. Suraya mengangkat besar sebesar peti kayu itu. Lenguh tangannya mengheret beg beroda itu. Dilemparkan badan keatas katil. Matanya berat, kalau ikutkan hatinya nak saja dia tidur untuk menghilangkan letih. Dicapai kertas merah jambu yang diberi dek penjaga kaunter pendaftaran tadi. Teliti matanya membaca aturcara yang akan berlangsung selama lima hari mereka disini. Dipandang sekilas jam ditangan. Lepas ni peserta disuruh berkumpul di dewan makan untuk acara pembukaan dan suai kenal. Ada lagi 45 minit untuk dia merehatkan diri. Dibeleknya kunci bilik yang berkilat. Nasibnya baik kerana ditempatkan satu bilik dengan Najwa. Kalau dengan orang lain mesti leceh sikit, nak bersuai kenal dulu baru boleh serasi. Kalau dapat yang jenis tak kisah, ok la juga tapi kalau dapat yang kureng sikit..ish! tak payah fikirla aku kan dpt Najwa..hehehhe. Emm..mana pulak si budak Najwa ni tak sampai-sampai. Semalam sebelum bertolak dia sempat menghubungi Najwa supaya bertolak awal. Kesiangan lagi agaknya minah tu kot. Suraya pejam mata beberapa saat sebelum memandang jarum jam di dinding. Alamak! Ada lagi setengah jam je nak bersiap. Bingkas dia melompat dari katil dan terus masuk kedalam bilik mandi.

Kakinya melangkah ke dewan. Dibetulkan sedikit baju kurung johor warna kuning yang dipakainya. Terasa semua mata memandang ke arahnya. Suraya garu kepala. Aku nak kemana nih, seorang pun aku tak kenal. Najwa ni pun satu tak nampak lagi batang hidung dia. Dihayun kakinya mencari tempat duduk yang telah disediakan. Nun kerusi merah paling hujung berhadapan dengan pentas menjadi pilihan. Sementera menunggu majlis bermula diselaknya buku-buku kecil dan juga lampiran yang disertakan dalam fail program. Tiba-tiba ada tangan menyentuh bahunya. Suraya sedikit terkejut. Wajah Najwa yang merah padam menghiasi pandangannya.
“Aku ingat kau tak datang”,
“Datang!”,
Najwa mengambil tempat duduk disebelahnya. Diletakkan beg tangan di atas meja sambil tangannya mengeluarkan sehelai tisu untuk mengesat peluh. Suraya pandang sekeliling.
“Mana beg kau?”,
“Ada kat luar tak sempat nak bawa masuk bilik. Eh! Kau sama bilik dengan aku kan?”,
“Ha’ah...kenapa kau lambat?”,
“Aku sesat la. Aku lupa bawa peta, aku main hentam je la jalan. Aku cuma ingat nama tempat ni je. Tanya orang ramai yang tak tau”,
“Apasal kau tak telefon aku?”,
“Ha..tu la yang aku rasa nak marah sangat hari ni. Dah la lupa bawa peta lepas tu bateri telefon aku plak habis. Memang bernasib malang betul aku hari ni”,
“Tu la aku ajak jalan sama kau tak nak. Sekarang padan la muka. Big bos kat depan tu tak marah pulak kat kau?”.
“Elee..cuba la dia nak marah aku. Kat office aku tak nak buat air minum dia besok”, Najwa juih bibir. Suraya ketawa mengekeh. Terbayang dimatanya wajah Shahril big bos mereka. Najwa dan Shahril memang selalu bertekak di pejabat walaupun hanya kerana soal air minum. Sehingga staff mengelarkan mereka anjing dan kucing, pantang berjumpa ada saja benda yang nak digaduhkan. Dan kerana gelaran itu juga akhirnya Najwa dan Shahril bercinta.
“Sue kau nak tau tak?”,
“Apa bendanya?”,
“Walaupun hari ni aku bernasib malang tapi aku rasa aku bertuah jugak”,
“Emm..ada la halnya kau nih. Apa yang kau jumpa?”,
“Kalau aku cakap kau mesti terkejut. Masa aku sesat tadi ada seorang mamat tu baik hati tolong tunjukkan aku jalan sampai depan pintu pagar hotel nih. Patut la dia hantar aku sampai kesini rupanya dia pun sama masuk program ni jugak”,
“Ok then?”,
“Kau ni macam tak berminat je dengan cerita aku ni. Kau nak tau tak sapa mamat tu?”,
“Bagi la tahu kalau kau rasa nak bagi tahu”, Najwa juih bibir. Geramnya dia melihat respon Suraya yang seperti tidak berminat.
“Kau ingat tak mamat handsome yang pernah datang office kita jumpa kau dulu tu”.
“Yang mana, aku rasa kalau kau semuanya kau kata handsome”,
“La..aku tau la mata aku ni gatal sikit. Alahai mamat yang kawan kau tu ler. Siapa nama dia aku dah lupa pulak...err Rul...Rul kot lebih kurang macam tu la kau pernah sebut depan aku”, Suraya tersentak. Takkan Zairul kot?.
“Zairul?”, dia cuba meneka.
“Haa...Zairul, dia la yang tolong aku tadi”,
“Apa dia buat kat sini?”, ada sedikit kehairanan pada wajahnya. Seribu pertanyaan bermain dikepalanya. Kenapa Zairul berada di sini sedangkan dulu dia tak pernah berminat untuk menceburi bidang pengurusan ini.
“Tak tau la aku tapi aku rasa dia salah seorang Lembaga Pengarah program ni kot sebab masa dia sampai tadi semua staf kat kaunter tu bersalam dengan dia lepas tu si Shahril yang masa tu ada kat situ pandang aku semacam je. Dah ler lepas daftar tadi Shahril mengekor aku, aku pun nak explain la baik-baik dengan dia. Aku ingat dia nak marah aku tapi rupanya si Zairul tu dah cerita awal-awal dengan dia”,
“Emm..” Suraya cuma diam.
“Kau ni kan buang masa je la aku cerita dengan kau. Asyik emm-emm je”,
“La...habis tu aku nak cakap macam mana pulak. Nak buat muka terkejut macam ni”,
Suraya membuat aksi mengurut dada sambil menggigit jari. Konon-konon terkejut. Najwa menjiuh bibir. Suraya ketawa mengekeh. Ketawa mereka terhenti bila tuan pengerusi majlis mula bersuara untuk memulakan majlis pembukaan program. Semua mata memandang ke atas pentas bila satu persatu nama ahli lembaga pengarah disebut dan mereka dijemout naik ke atas pentas untuk majlis pembukaan. Matanya hanya mengekori langkah seorang lelaki yang cukup dikenali sedang berjalan naik ke pentas.
“Ha..kan ke aku dah cakap dia lembaga pengarah”, Najwa berbisik ditelinganya.
Lidahnya kelu bila Zairul memandang tepat kewajahnya. Kebetulan Tempat duduknya betul-betul berhadapan dengan pentas. Dia kaget bila Zairul tersenyum kepadanya. Senyum yang tak ubah seperti empat tahun dulu. Senyum yang sama semasa Zairul datang menemuinya dipejabat sebulan yang lalu. Senyum yang dulu pernah mejadi teman tidurnya. Kenapa kita mesti bertemu lagi?.

Matanya memerhatikan Najwa yang sedang bermain bola pantai bersama beberapa lagi orang peserta program yang lain. Sesekali dia menjerit menyebut nama Najwa dan Shahril. Geram hatinya kerana tak dapat menyertai Najwa dan Shahril bermain. Last minute namanya ditolak kerana telah cukup ahli. Nak tak nak terpaksa la duduk ditepi. Diambilnya kasut untuk dijadikan alas punggung. Sesekali angin laut mengerbangkan rambutnya. Dia tarik nafas dalam-dalam sambil menyedut udara pantai yang anginnya kian kuat memukul badai. Matanya menyorot ketengah laut...apa yang Faizal buat sekarang?. Dia senyum sendiri..kenapa tiba-tiba aku teringatkan dia?.
“Seorang je?”, Suraya tersentak.
Zairul menanggalkan kasut dan turut duduk disisinya.
“Ada nampak saya macam berdua ke?”, Zairul tersengih.
Suraya asyik melihat sepasang burung laut yang bertenggek di atas batuan. Sepasang burung yang mesra, mungkin pasangan kekasih kot. Dia gelak sendiri. Ditolehnya pada Zairul di sebelah. Lelaki itu rupanya turut melihat burung tersebut. Matanya memandang semula kearah burung yang mesra itu. Mereka mematuk sesama sendiri, bukan bergaduh tetapi patukkan itu nampak mesra seperti sedang bergurau senda. Tiba-tiba datang seekor burung lain mendekati mereka. Burung yang baru mendekati sepasang burung tadi terbang semula keudara. Tidak lama kemudian salah seekor dari mereka turut terbang keudara .Tinggallah seekor lagi yang hanya mampu memandang kelangit. Kemudian dipatuknya batuan itu berkali-kali. Mungkin kecewa agaknya. Dia membuat penilaian sendiri.
“Berangan ke?”, tegur Zairul bila Suraya membisu tanpa suara.
“Berfikir”,
Zairul ketawa mengekeh. Ada saja alasan gadis ini untuk menjawab setiap pertanyaannya.
“Fikir apa?”, tanyanya lagi.
“Fikir macam mana kalau saya yang jadi burung tu?”,
“Emm..awak rasa apa yang burung tu rasa?”,
“Kecewa agaknya sebab temannya tinggalkan dia sendirian”,
“Mana awak tahu itu teman dia?”,
“Saya buat penilaian sendiri. Awak pun tengok juga kan. Apa yang awak rasa?”,
“Saya rasa mungkin burung tu tak sesuai dengan temannya. Itu sebab dia ikut burung yang seekor lagi”,
“Tapi dia orang dah mesra kenapa sanggup tinggalkan juga?”,
“Dari situlah kena ada kesetian dan kesempurnaan. Agaknya sebab temannya sempurna tapi tak setia. Mana tahu kot dulu-dulu temannya pernah tak setia”,
Suraya ketap bibir. Sempurna tapi tak setia. Adakah aku bersama Zairi dulu sebegitu?. Tapi aku setia tetap juga tak bersama akhirnya.
“Tapi setia juga tak cukup kalau tak ada kejujuran dan kepercayaan”, Zairul menyambung.
“Kalau jujur pun tak guna juga bila sentiasa ada prasangka buruk”,
Zairul menoleh pada gadis disebelahnya. Dia terkejut dengan kata-kata Suraya.
“Kenapa macam tu?”, dahinya berkerut.
“Terlalu jujur tu namanya bodoh. Bila dah bodoh orang akan pijak kepala. Bila bercinta tak jamin seratus peratus yang kita akan hidup bersama. Itu sebabnya jangan terlalu jujur dan jangan terlalu percaya pada lelaki ni”,
“Tak semua lelaki macam tu”,
“Saya bercakap dari pengalaman”,
Zairul diam. Dia tahu gadis itu kecewa atau mungkin sekarang juga sedang kecewa. Suasana sepi seketika.
“Tak sangka kita bertemu lagi”, Zairul bersuara memecah kesunyian.
“Dan tak sangka juga awak orang besar dalam syarikat ini”, Suraya menyambung. Zairul ketawa.
“Sejak bila pua awak menceburkan diri dalam bidang ni. Dah tak main bola lagi ke?”.
‘Emm..ingat lagi awak, saya main bola lagi ke tidak”,
“Ingat..tak akan lupa”,
Pasir yang terlekat pada jari kaki dikuis dengan ranting kayu. Sesekali dipandang ke arah padang. Permainan dihentikan untuk separuh masa pertama. Matanya mencari Najwa. Nun dihujung padang berdekatan dengan payung tempat teduhan, Najwa mesra disisi Shahril. Najwa melambai kearahnya. Suraya turut melambai dan tersenyum. Zairul cuma diam memerhati.
“Saya dah tak aktif main bola sepak. Sejak terputus hubungan dengan awak”,
“Terputus hubungan?”, dahinya berkerut. Terputus atau kau yang memutuskan?. Malangnya persoalan itu cuma terluah dalam hati.
“Ayah syorkan saya ambil alih tugasnya. Kebetulan kesihatan ayah tak berapa baik. Jadi saya fikir, apa salahnya saya mencuba bidang lain. Dan akhirnya saya di sini”,
“Masa kita jumpa seminggu yang lepas. Awak tak cerita pun semua ni dengan saya”,
“Awalnya memang saya nak bercerita dengan awak. Cuma menunggu masa yang sesuai. Tapi tak sempat nak cerita awak dah tau. Saya tak sangka awak pun ada dalam program ni”,
“Awak terlupa ke Encik Zairul saya salah seorang kakitangan anak syarikat gabungan ni”, Zairul ketawa.
“Bola sepak awak tinggalkan begitu saja ke?”,
“Bola sepak tu kesukaan saya. Tak boleh hilang dari hidup saya. Saya masih aktif tapi tak seperti dulu. Cuma sekarang saya terlibat untuk kelab syarikat sahaja. Saya pun dah tua, tak pantas macam dulu”,
“Tua pun tapi masih jadi rebutan”, usik Suraya menambah.
Zairul cuma tersenyum sambil mengeleng kepala. Sejak hari pertama program bermula nama Zairul menjadi sebutan dibibir peserta perempuan. Najwa juga hampir setiap hari menyebut nama Zairul. Kata Najwa, aku beruntung sebab Zairul cuma beri perhatian pada aku dan bukan pada gadis lain. Gadis lain bersusah payah memancing perhatian Zairul sedangkan aku tanpa di pinta Zairul datang menjalin persahabatan sekaligus menjadi sahabat rapatku disini. Kata-kata Najwa disimpan dalam hati. Tahukah Najwa suatu waktu dulu Zairul lah lelaki pertama yang dia inginkan.
“Deli kata awak dah bertunang, betul ke?”, Suraya cuma menganggukan kepalanya.
“Pilihan hati sendiri atau paksaan?”, Suraya tersentak. Kenapa Zairul bertanya begitu?.
“Maksud awak?”, Zairul hanya tersenyum sambil mengeleng kepala.
“Saya mengikut setiap perkembangan awak Sue. Sebelum kita ditemukan dek Deli. Saya tahu awak berada di sini. Saya tahu apa yang berlaku pada awak cuma saya belum berpeluang bertemu dengan awak”,
“Kenapa awak mencari saya?”,
“Sebagai kawan. Setiap hari saya berdoa saya dipertemukan semula dengan awak. Dan at last Tuhan perkenankan doa saya. Kita bertemu di rumah Deli, adik ipar awak”, Suraya mengetap bibir. Kenapa baru sekarang kau muncul dalam hidup aku?. Kenapa tidak dulu sewaktu aku belum terikat dengan Faizal?.
“Awak tak jawab soalan saya”,
“Kenapa tanya soalan macam tu?”.
Dikerlingnya pada Zairul di sebelah. Zairul sedang mengelus rambut yang jatuh didahi. Rambut lelaki itu panjang separas bahu menjadikan dia tidak seperti lelaki berumur 28 tahun. Sekilas dipandang lelaki itu, bertambah tampan dikaca matanya. Patutlah dia jadi igauan.
“Sewaktu saya bertugas di Sabah. Saya bertemu dengan kawan baik awak”, Dahi Suraya berkerut. Siapa pula kawan aku yang duduk kat Sabah. Anak matanya bersinar.
“Kak Laila!”, terpacul nama itu dari bibirnya. Zairul hanya tersenyum.
“Apa yang awak tahu darinya?”,
“Semua”, Suraya terdiam.
Semua?. Kenapa Kak Laila menceritakan semuanya pada Zairul. Adakah tentang pertunangannya bersama Faizal cuma atas satu perjanjian?. Adakah tentang hubungannya yang berkesudahan dengan air mata kerana Wan Adli?.
“Saya tahu pertunangan awak bukan pilihan hati awak. Awak tak menyesalkan apa yang terjadi esok?”,
“Saya dah fikir akibatnya. Saya sanggup tanggung risiko”,
“Awak masih macam dulu. Berani hadapi cabaran. Sejak bila awak begini?”,
“Sejak awak meninggalkan saya”, Zairul menoleh kearahnya. Terdengar satu keluhan keluar dari bibir lelaki itu.
“Saya buat kerana nak bahagiakan awak”,
“Saya bahagia sekarang”,
“Betul-betul bahagia?’,
Ditelan air liur yang terasa pahit dikerongkongnya. Persoalan Zairul menjerut lehernya. Persoalan mati begitu saja. Bahagiakah aku?. Menaruh kasih pada Faizal sedangkan lelaki itu cuma menganggap aku seorang sahabat dan tidak tahu apa yang aku rasai sekarang. Bahagiakah aku?. Jika mak dan Puan Zarina mengetahui hakikat perhubungan ini. Bahagiakah aku?. Jika ramai hati yang akan aku sakiti jika kenyataan ini diketahui nanti.

Pintu bilik itu ditolak perlahan. Sekilas matanya terpandangkan seseorang. Macam kenal?. Getus hati Suraya. Najwa yang berada dimeja memandang wajahnya dengan dahi berkerut seribu. Dihampiri Najwa yang turut sama memandang kearah gadis tersebut.
“Kalau tak silap aku, itu budak bank depan office kita tu kan?”,
“Ha’ah..Sherina”,
“Apa dia buat kat sini?”. Najwa jungkit bahu.
Gadis yang bernama Sherina itu memandang sekilas kearah Suraya dan Najwa. Gadis itu tersenyum. Suraya dan Najwa turut tersenyum. Seketika Sherina hilang kebilik Tuan Rahman, Ketua Pengarah Syarikat mereka. Shahril yang turut berada disitu menghampiri Suraya dan Najwa.
“Hei..kalau tak silap aku itu budak bank depan office kita tu kan?”, Shahril pula menyoal dengan soalan yang sama. Suraya dan Najwa terhanguk-angguk kepala.
“Apa di buat kat sini, dia kerja sini ke?”, serentak Suraya dan Najwa mengelengkan kepala. Shahril cebik bibir. Malas dia nak melayan karenah dua gadis dihadapannya sekarang.
“Baik aku pergi tanya sendiri”, belum pun sempat Shahril bergerak, telefon Najwa berbunyi.
“Hello..ye Tuan, dia ada kat sini...ok...ye”, Gagang diletakkan.
“Tuan Rahman panggil awak masuk dalam”, Suraya dan Shahril memandang sesama sendiri.
“Awak la sayang oi”, panjang muncung Najwa mengarah pada Shahril. Shahril tersengih menahan malu sedangkan Suraya ketawa mengekeh.
“Lain kali kau orang ni buat la satu panggilan khas. Tak la aku pun terkeliru jugak”,
“Dia ni Sue depan orang dia malu nak panggilan nama khas dia” Najwa cebik bibir.
“Apa nama khasnya?”. Suraya cuba menyungkil.
“Awak jangan cakap”, Shahril tuding jari telunjuk ke arah Najwa.
“Apa salahnya Sue bukan orang lain”,
“Kalau macam tu saya boleh panggil awak nama tu depan kawan-kawan saya jugak”,
“Mana boleh kawan-kawan awak bukan kawan saya. Sue ni dah tentunya kawan awak dengan saya”, Suraya garu kepala. Dah mula nak bertekak budak berdua nih.
“Ok..sekarang ni dia panggil kau sapa?”,
“Mama..papa”, Shahril dan Najwa menjawab serentak. Suraya ketawa mengekeh.
Najwa tersengih. Shahril pula tersenyum malu. Belum sempat Suraya membuka mulut, Shahril dah menghilangkan diri menuju ke bilik Tuan Rahman. Dipandangnya wajah Najwa yang merah padam.
“Perancangan awal tu kan bagus untuk masa depan”,
“Pandai la kau Sue. Kau dengan Faizal macam mana?”, Suraya tersenyum. Apa Faizal buat sekarang. Tengah tidur ke?. Sihat ke dia?.

“Sarah dah selamat jadi isteri orang. Fazli nama suaminya”,
“Ooo..alhamdulillah. Antara dia dengan aku, siapa yang paling handsome. Mesti aku kan?”,
“Perasan betul kau ni”, Faizal ketawa mengekeh.
“Mak kau pun sibuk kat sini macam dia pula yang nak terima menantu”,
“Aik..mak aku pun besok-besok jadi mak kau jugak kan”, Suraya terkedu. Lidahnya tiba-tiba kelu.
“Kenapa diam. Salah ke apa yang aku cakap tu?”,
“Bukan, aku tengah berfikir”,
“Fikir apa?”,
“Kita sering terlupa bahawa kita cuma boleh membina angan dan impian. Yang menentukan adalah Dia”. Faizal diam.
“Come on Sue..antara kau dengan aku kita dah terikat dengan satu perjanjian. Kalau kau dah jumpa seseorang ,habis sahaja kerja aku di sini. Aku akan lepaskan kau”,
“Bukan macam tu Zal. Kau tak pernah terfikir ke kalau apa yang kita tak pernah sangka, itu yang jadi kenyataan. Kau terima?”,
“Entahlah Sue..aku belum fikir semua tu. Kalau kau..kau terima?”,
Aku terima...ungkapannya hanya dalam hati. Suaranya hilang ditengah angin. Setitis air jatuh ke pipi mengejutkannya dari khayalan. Diusap pipinya perlahan. Gerimis di tengah hari. Gerimis mengingatkan dirinya dengan seseorang. Wajah Wan Adli menghiasi layar mata. Dia senyum, ditelannya senyum itu dalam-dalam. Kenapa kau biarkan aku sendiri?.

No comments: