Thursday, July 29, 2010

Yg Ku Mahu pt15

Dia nampak Sherina berdiri di depan biliknya tadi. Kemudian gadis itu hilang entah kemana. Suraya jungkit bahu, malas nak mengambil tahu hal gadis yang hanya dikenali nama sahaja, Dia baru sahaja keluar dari bilik Ketua Pengarah atas urusan rasmi. Dia tahu Sherina adalah staf baru dipejabat ini.
“Lama I tunggu you”, Suraya tersentak. Dia berpaling kebelakang. Sherina duduk di sofa sambil tangannya memegang sebuah buku. Bila masa perempuan ini masuk bilik aku?.

“Kenapa you masuk bilik I?”,
Pintu bilik ditutup. Sherina senyum. Gadis itu bangun menghampiri kabinet hiasan . Dibeleknya satu persatu gambar yang menghiasi bilik. Seketika di mengampiri meja pulak. Kini gambar kecil di atas meja menjadi tatapannya.
“Cantik”, Suraya ketap bibir. Gambar yang dipegang dek Sherina adalah gambarnya bersama Faizal waktu hari pertunangan. Sherina masih membelek gambar tersebut. Dia mula tak senang dengan kehadiran gadis yang tak diundang ini.
“Kenapa you masuk bilik I padahal you tau I tak ada?”,
“Saja nak cuci mata. Lagipun bilik you ni pun dikira pejabat jugakkan. Bukannya ada hitam putih bilik ini you yang punya”, Suraya diam. Ada sesuatu yang dirasa tidak kena pada Sherina. Sherina melirik ke arahnya.
“Selama ni I sangka you dengan Faizal cuma kawan baik. Tak sangka pula kawan baik boleh jadi tunangan. Pelik kan?’,
“Apa yang nak dipelikkan. Adik angkat dan abang angkat pun boleh berkahwin”,
“I pelik sebab Faizal kata dia tak pernah ada rasa cinta pada you tapi dia boleh pulak meminang you”, Suraya sengih. Dia tahu ada sesuatu yang tak disenangi oleh Sherina pada hubungannya dengan Faizal.
“Kalau dah jodoh tak kemana”, Suraya bersuara perlahan. Sherina perpaling menghadapnya. Ada sedikit kemarahan diwajah Sherina.
“You merampas dia dari I Suraya”, Suraya tersentak.
“I tak pernah rampas sesiapa”, tenang suaranya membalas tuduhan Sherina.
“Dari dulu lagi I rasa you memang berniat nak merampas dia dari I. You paksa dia datang meminang you sebab you nak lepaskan diri dari dikahwinkan dengan orang lain. Betul kan?”,
“Cerita dari mana yang you dengar ni?”,
“Ah!..kalau takde angin masakan pokok boleh bergoyang cik Suraya”, Suraya telan liur. Selama ini yang tahu mengenai pertunangan ini hanya Kak Laila, Zairul dan Wan Adli.
“Sangkaan you salah”,
“Apa yang betulnya. I tak sangka gadis macam you boleh buat keputusan macam tu sebab pentingkan diri sendiri. Nampak saja baik tapi hati..”, Sherina tersengih sinis.
Suraya tunduk. Mukanya terasa panas. Berita apa yang dibawa dek perempuan ini?.Dugaan apa pulak yang akan dia hadapi?. Ya Allah kau berilah aku kesabaran.
“Faizal tak pernah cintakan you dan you tak akan kahwin dengan dia kan”,
“Kalau di takdirkan kami bercinta. Cinta itu akan hadir juga”,
“Sebelum cinta tu hadir I akan pastikan Faizal tak ada rasa cinta pada you. Lagipun kalau you dah cintakan dia kenapa nak berdamping lagi dengan lelaki lain. Memang la you ni jenis perempuan tak cukup satu”,
“Shut up Sherina..you!”, Ayatnya terhenti disitu.
“Kenapa diam. Betul ke sangkaan I tu. You buat hubungan sulit dibelakang Faizal”,
“Cakap la apa yang you nak cakap. Cuma I dengan Faizal saja yang tahu”, Sherina ketawa.
“Apa yang you nak dari I”, Sherina mundar mandir dihadapannya.
“I tak nak apa-apa, cuma I nak you jaga diri you baik-baik Suraya. I akan ambik balik barang yang sepatutnya jadi hak I”,
Sherina berlalu keluar dari biliknya. Pintu bilik dihempas kuat. Cepat-cepat Suraya berlari mengunci pintu. Dia terduduk di sofa. Ditekup muka dengan telapak tangan. Bagaimana Sherina boleh tahu mengenai pertunangannya dengan Faizal?. Hubungan sulit apa yang dia dah lakukan?. Zairul?. Fikirannya berpusing. Sesekali direnung gambarnya bersama Faizal di atas meja. Faizal..kenapa begini jadinya?

Sampul surat berwarna merah jambu itu direnung, bibirnya mengukir senyum.
“Dari siapa tu Sue?”,
“Err..kawan”, Pantas dibawanya masuk beg kedalam bilik. Kad kecil berwarna merah jambu itu dibelek sekali lagi. Perlahan dikoyakkan sampul merah jambu itu. Haruman kad menusuk hidungnya. Kad ucapan selamat hari jadi itu direnung dalam. Pantas dia menoleh pada kalander. Suraya tepuk dahi. Dia sendiri lupa hari ini adalah hari jadinya. Serangkap ayat yang ditulis dibaca perlahan. Ada sesuatu yang masuk kedalam jiwanya. Tapi tiada nama pengirimnya.
“Sue ada panggilan”, Suara mak melaung dari luar mengejutkan dirinya. Cepat-cepat dia keluar menuju ke meja telefon.
“Hello”
“Sue saya ni..awak sibuk ke sekarang?”,
“Tak, kenapa..awak kenapa ni Zairul?”, Suraya cemas. Suara Zairul yang tenggelam timbul itu merunsingkan dirinya.
“Saya ada masalah ni. Boleh tak awak datang ke sini sekarang?”,
“Kat mana tu?”,
“Datang sekarang tau, kat pantai”.
Talian terputus. Dahinya berkerut seribu. Kenapa dengan Zairul ni?. Isk! Ada masalah ke?. Dia bingkas masuk kedalam bilik. Dicapainya beg tangan dan berlari menuju ke kereta.
“Kemana Sue?”, Rafeah kehairanan melihat anak gadisnya yang kelam kabut berlari.
“Orang jumpa kawan sekejap mak. Hal penting ni”,
Rafeah mengeleng kepala. Nasi yang baru dihidangkan tadi ditutup dengan tudung saji. Kemana saja budak Suraya ni. Dah malam pun masih ada hal penting.

Kereta di letakkan di tepi jalan. Matanya mencari Zairul. Mana dia?. Ditekan digit nombor telefon Zairul.
“Awak kat mana, saya dah sampai ni?”, Suara Zairul hilang ditelan bunyi ombak.
“Hello..hello awak”, Dia tengok telefon berkali-kali. Talian belum diputuskan.
“Saya kat sini”, Hampir terlompat Suraya bila mendengar suara lelaki yang hampir dengan telinganya.
“Zairul...awak nak suruh saya mati terkejut ke?”, Lelaki itu ketawa mengekeh. Dapat dilihat wajah Suraya yang tadinya cemas bertukar pucat.
“Main-mainkan orang ye”, Tanpa sedar dicubitnya bahu lelaki itu berkali.
“Adui..sakit la, ada keturunan ketam rupanya dia ni”, Suraya jelir lidah.
“Nak lagi ke?”, ujarnya sambil menghampiri Zairul. Lelaki itu sedikit menjauh.
“Nak”, Zairul senyum mengejek.
Suraya angkat kening. Zairul menjauhkan diri tetapi mulutnya masih lagi ketawa. Suraya senyum sendiri. Sesekali di pandang keadaan sekitar pantai. Zairul dihadapannya seperti biasa tiada cacat celanya. Apa masalahnya tadi?.
“Awak ok ke Zairul?”,
“Ok kenapa?”.
“Yang awak call tadi kenapa? Bunyi macam orang ada masalah teruk je”, Zairul sengih. “Syhh..jangan cakap apa-apa tau”, Ditariknya tangan Suraya menuju sebuah meja. Sampai di meja Suraya di suruh duduk disitu.
“Tunggu jangan lari tau”, Suraya angguk menurut perintah. Zairul hilang ditelan kegelapan malam. Lampu jalan menerangi keadaan sekitar. Beberapa kumpulan anak muda yang duduk berhampiran sibuk sesama sendiri. Ada yang bermain gitar dan bernyanyi. Ada juga yang berbual. Ditumpangkan dagu di atas meja. Kemana Zairul ni tinggalkan aku seorang macam ni?.

“Selamat hari jadi Suraya”,
Dia menoleh bila suara itu datang dari arah belakang. Serentak itu berkumandang lagu selamat hari jadi yang dinyanyi oleh sekumpulan anak muda sambil di iringi petikan gitar. Bibirnya kelu. Zairul dihapannya kini memegang sebiji kek kecil dengan dua batang lilin yang sedang menyala. Sekilas dipandang pada kumpulan anak muda yang melepak tadi. Mereka tidak lagi disitu tetapi dihadapannya kini, berdiri bersama Zairul sambil menyanyi.
“Tiup lah”, Suraya gugup.
Terketar-ketar bibirnya menghembus lilin yang menyala. Dadanya sebak. Lilin dihembus perlahan. Disambut pisau kecil yang dihulurkan dek Zairul. Kumpulan anak muda tadi bertepuk tangan. Mereka bergilir-gilir bersalaman dengan Suraya sambil mengucapkan selamat. Zairul memotong separuh dari kek kecil itu dan dihulurkan pada kumpulan anak muda tadi. Mereka bercakap seketika dan kemudian bersalaman dengan Zairul. Suraya hanya memerhati. Entah apa yang dibualkan dia sendiri tak tahu. Beberapa anak muda tersebut melambai ke arahnya. Suraya hanya mampu tersenyum. Kini Zairul ada dihadapannya. Lelaki itu sedang memotong kek dan sepotong kek dimasukkan kedalam mulut. Zairul sengih bila melihat Suraya dari tadi asyik memandangnya.
“Makan lah, kenapa diam je kek ni tak sedap ke?. Sorry la saya tak pandai pilih kek”, Suraya diam. Zairul terhenti menyuap. Gadis dihadapannya kini tajam merenung wajahnya.
“Saya ada buat silap ke?. Kalau awak tak suka saya buat macam ni, saya minta maaf”, Suraya masih diam. Zairul garu kepalanya yang tak gatal.
“Sue?”, Suasana sepi seketika. Tiba-tiba Suraya senyum sambil mengeleng kepala. Geli hatinya melihat Zairul yang tak senang duduk. Zairul kehairanan.
“Kenapa buat macam ni, malu saya”,
“Ha..ada pun suara. Saya ingat awak dah bisu tadi sebab marahkan saya”, Suraya masih lagi ketawa.
“Any way thanks, nasib baik la suprise awak ni tak buat saya pengsan”,
“Perkara kecil je ni”,
“Kecil pun tapi kenangan berharga”, Zairul sengih.
“Ha..ada dapat kad?”,
“Kad apa?”, soalnya hairan.
“Kad merah jambu la”,
“Awak ke yang bagi?”,
“Tak la..Zairul Rahim yang bagi”, bersahaja lelaki itu menjawab. Suraya ketawa mengekeh. Di ambil secalit krim kek dan di sapu pada pipi Zairul.
“Ini satu sebab mengejutkan saya dengan kad merah jambu tu dan ini ucapan terima kasih saya untuk awak sebab awak berjaya buat saya risaukan awak hari ni”, Zairul mengesat kedua-dua belah pipinya. Suraya ketawa mengekeh dan tanpa sedar Zairul pula mencalit sedikit krim kek ke hidung.
“Itu hadiah dari saya sebab awak dah berjaya gembirakan hidup saya seperti dulu”, Suraya terhenti ketawa. Dileraikan jemarinya dari genggaman Zairul.
“Seperti dulu?”, Diulangi ayat itu.
‘Yup..seperti dulu”, Suraya gigit bibir.
“Maksud awak?”,
“Dulu apa saja keputusan saya ikut telunjuk keluarga saya. Tapi sekarang dah lain, saya dah jumpa semula sinar hidup saya yang hilang”,
“Elok la kalau macam tu. Semoga awak lebih bersemangat sekarang ni. Selalunya setiap kejayaan seorang lelaki tu mesti dibelakangnya ada wanitakan?”, Zairul sengih.
“Siapa agaknya?”,
Zairul cuma diam. Sisa kek disuap perlahan kedalam mulut. Sesekali digelengkan kepalanya. Tak tahu ke Suraya wanita yang dimaksudkan adalah dia. Dia sedar atau dia memang tak tahu. Sue..Sue..masihkan kau menerima aku seperti dulu?.

Rafeah cuma memerhati dari celah tingkap. Jelas dimatanya gelagat Suraya dan lelaki itu lakukan, menunjukkan mereka bukanlah kenalan baru. Mereka mesra seperti telah lama kenal antara satu sama lain.
“Aku bukan apa Feah. Aku dah tengok dengan mata aku sendiri. Anak kau Suraya tu dah bertunang tapi masih berkepit dengan jantan lain. Mentang-mentang tunangnya tak ada di sini. Dia boleh buat apa yang dia suka”,
“Nantilah saya tanyakan dengan Suraya sendiri”,
“Jangan ditanya, budak sekarang tak macam kita dulu Feah, sekali jerkah dah mengaku terus. Budak sekarang otak dah geliga, nanti kita diputar belitnya”, Rafeah cuma mendiamkan diri. Kedatangan mak saudaranya petang tadi membuatkan jiwanya tak tenteram.
“Sebelum besan kau si Zarina tu dapat tau. Elok la kau buat apa yang patut. Aku bukan apa sebagai mak saudara aku tak nak anak buah aku tu tercemar”,
Dilabuhkan punggungnya ke atas sofa. Suraya sudah masuk kedalam rumah.
“Kamu kemana tadi Sue?”. Langkah anak gadisnya terhenti.
“Orang jumpa kawan mak”, Dikuis rambut yang jatuh kedahi. Dia tak menyangka yang Rafeah masih berada diruang tamu. Wajah Rafeah dilihat berlainan, wajah yang sedikit tegang.
“Jumpa kawan apa sampai lupa nak makan?”,
“Ada hal sikit”,
“Hal apanya malam-malam buta ni. Tak boleh tunggu pagi besok ke?”,
“Mak..”, Suraya menghampiri sofa yang diduduki dek Rafeah.
“Orang tahu apa yang mak nak cakap. Tapi percayalah cakap orang mak, antara orang dengan Faizal masih macam dulu. Budak tu cuma kawan sekerja orang je”, Terdengar keluhan dari mulut Rafeah.
“Mak tak terdaya nak menahan mulut orang Sue. Lebih-lebih lagi Mak Long kau tu. Habis dijajanya nama kau ke hulu ke hilir. Pedih telinga ni. Kalau arwah bapa kau masih ada..”,
“Mak, orang janji tak akan buat perkara yang boleh burukkan nama mak. Selagi iman tu teguh lagi dalam hati ni. Orang tau salah silapnya mak”,
“Dah la tu Sue, kau dah makan?”,
“Dah, dengan kawan tadi”,
“Siapa budak yang kau kawan tu?’,
“Ha..kalau ada masa nanti orang jemput dia datang kerumah ni. Boleh?’, Rafeah angguk. Diusapnya rambut anak gadis ketiganya itu. Selepas Sarah berkahwin dia tinggal seorang diri. Suraya buat keputusan untuk menetap dengannya. Sofia pula berada di utara bersama keluarganya. Seha?.
“Petang tadi Kak Long kamu telefon rumah ni. Dia nak datang hari minggu ni”,
“Abang Long?”,
“Kalau Kak Long kamu datang nanti. Kita dengar la apa keputusan dia”, Suraya angguk kepala. Dikepalanya terbayang wajah Seha yang mungkin semakin kurus. Wajah Razwan yang menyeringa saat memarahi dirinya dulu dan bibirnya tersenyum bila memikirkan dua orang anak gadis Seha yang semakin membesar.

Matanya pejam celik memandang siling. Hendak tidur tapi mata tak mengantuk. Matanya memandang pada jam loceng. Jarum jam dah menunjukkan jam 12 tengah malam. Dicapainya album gambar. Sesekali bibirnya mengukir senyum. Senyumannya terhenti bila telefon berbunyi. Dicapainya handphone. Dahinya berkerut melihat nombor yang tertera pada skrin handphone. Nombor kat mana ni tak pernah tengok lansung?.
“Assalamualaikum”,
“Waalaikumsalam”, Suraya menjawab perlahan. Suara itu seperti pernah didengar.
“Sue...kau dah tidur ke?”.
“Siapa ni?”, dahinya berkerut memikirkan siapakah geranganya si pemanggil.
“La aku la Faizal, mentang-mentang aku jauh langsung kau lupa kat aku ye”,
“Hey...kau kat mana ni?”, hatinya sedikit riang.
“Laa..kat sini la”,
“Sini tu kat mana?”, soalnya lagi seakan tidak percaya dapat berbual dengan Faizal.
“Ya Allah mak cik ni..aku kat sini la London”, Suraya ketawa. Hatinya bukan kepalang gembira bila mendengar suara yang dirindui.
“Kau dah tidur ke?”,
“Memang aku nak tidur tapi tak mengantuk. Sekarang ni kat sana jam berapa?”,
“Sini baru pukul 5 petang. Kat sana mesti dah tengah malam kan?”,
“Ha’ah dah pukul 12 malam”, Talian sepi seketika.
“Kau apa khabar Sue?”,
“Baik. Kau?”,
“Baik macam dulu juga. Apa perkembangan terbaru kawan pejabat kita?”,
“Shahril nak kahwin hujung bulan ni dengan Najwa”,
“Really?”, Faizal ketawa.
“Kahwin juga dia orang tu kan, tak sangka langsung”,
“Tu la jodoh namanya. Rugi kau tak dapat tengok”,
“Aku tak kisah Sue..kan aku dah kata aku cuma terkilan kalau tak dapat tengok kau yang bersanding”, Suraya diam.
“Family apa khabar?”,
“Semuanya baik. Khabar terbaru Kak Long aku dalam proses cerai dengan suami dia. Aku harap lepas ni Kak Long aku dapat jalani hidup dia tanpa gangguan lagi. Family kau pun semuanya aku tengok ok”.
“Kau?”,
“Aku?”, Suraya tuding jari ke badan sendiri.
“Emm..kau dah jumpa?”, Suraya geleng kepala. Kenapa soalan itu yang kau tanya. Kenapa kau tak tanya apa perasaan aku sekarang. Aku rindu Faizal. Rindu aku yang kau tak pernah tahu. Kau pulak macam mana?. Adakah perasaan kau juga sama seperti aku sekarang?
“Belum lagi Zal. Asyik tanya aku je..kau tu dah jumpa ke belum?”.
“Aku dah jumpa. Insya Allah kalau tak ada aral, harap-harap dapat la”, Suraya terdiam. Hatinya tiba-tiba jadi sebak.
“Minah saleh ke?”,
“Tak la orang melayu kita juga. Kau jangan risau la Sue, kan aku dah cakap dulu aku nak cari yang serupa macam kau”,
“Yang serupa seperti aku hanya aku Zal”, Kata-kata itu terluah dalam hati Suraya. Hatinya yang berbunga tadi tiba-tiba kelam. Angannya untuk menyayangi lelaki itu jatuh pecah berderai. Matanya kabur. Dikesatnya dengan hujung jari.
“Aku doakan tercapai hajat kau tu”.
“Aku pun doakan kau cepat-cepat jumpa. Boleh la kita kenal sama lain kan”, Suraya angguk. Mereka berbual seketika. Diletakkan handphone di atas meja. Nafas ditarik dalam-dalam. Kemudian dilepaskan perlahan-lahan. Untuk apa mengeluh?. Tak guna kalau asyik mengeluh. Andai Faizal dah jumpa apa yang dihajati kenapa aku perlu bersedih?. Kenapa aku perlu memikirkan hal dia sedangkan dia sedikit pun tak pernah tahu apa yang aku rasakan. Dah la Suraya...jangan dipaksa cinta yang orang lain tak tahu. Terima lah kenyataan yang Faizal bukan diciptakan untuk bercinta dengan mu...Suraya pejam mata rapat-rapat. Pergilah kau kesedihan jauh-jauh dari hatiku.

No comments: