Thursday, July 29, 2010

Yg Ku Mahu pt10

"Bebutang key boards ditekan. Kertas kerja perlu disiapkan sebelum petang. Matanya tepat memandang skrin komputer. Matanya pedih...sesekali dikerling teman disebelah. Semua sedang tekun membuat kerja. Tut! Tut! Suraya tersentak. Cepat-cepat dicapai handphone.
“Hello!”, pantas suaranya menyapa si pemanggil.
“Suraya”, Suraya diam. Suara yang asing menyentuh telinganya.
“Siapa?’, soalnya kehairanan.
“Takkan dah lupa saya. Ye la orang dah jadi orang KL sekarang mana nak ingat kawan lama lagi”, Suraya bingung.
“Kawan saya yang mana satu?”, soalnya lagi dengan seribu persoalan bermain difikiran.
“Kawan lama awak”, dahi Suraya berkerut.
“Saya tahu tapi siapa nama?’, Suara itu senyap seketika. Suraya garu kepala.
“Saya kekasih lama awak takkan dah lupa”, Suraya ketawa. Buat lawak pulak mamat ni. Suara dihujung talian juga turut ketawa. Suraya tergamam. Dia kenal dengan suara itu. Suara yang dah hampir setahun tak didengar.
“er....awak...awak.....?”, Talian sepi seketika.
“Kenapa ni, tergagap-gagap pulak. Saya la ni Wan Adli...awak dah lupa ke?”, Suraya geleng kepala. Dia tak pernah lupa dengan nama itu. Suraya senyum kegembiraan.
“Bukan..tapi macam mana awak dapat nombor phone saya ni?”, Suraya bertanya lagi seolah tidak percaya yang suara itu adalah suara yang memang dia nantikan.
“Awak terkejut ke?’, Wan Adli bertanya.
“Bukan terkejut tapi gembira sangat”, Wan Adli ketawa. Hilang segala rindunya bila mendengar suara gadis itu.

Bertemu dan berpisah dah menjadi adat hidup manusia. Aku bertemu Wan Adli kemudian berpisah dan akhirnya bertemu semula. Macam mana la rupa dia sekarang?. Suraya senyum sendiri. Tapi betul ke tindakan aku berjumpa suami orang. Tahu dek isterinya nanti macam mana, tak kena naya aku besok. Proton wira itu meluncur masuk kedalam perkarangan kompleks sukan negara. Kebetulan dia baru selesai menjalani kursus di sekitar Kuala Lumpur, Wan Adli menghubunginya untuk bertemu. Sebagai seorang kawan apa salahnya..ujar Suraya dalam hati sendiri. Nun WHG 7221, proton iswara aeroback hijau berada dibawah pohon berdekatan dengan sebuah bangku kayu. Suraya meletakkan keretanya bersebelahan dengan proton iswara hijau berkenaan. Tu pun dia...Suraya tersenyum bila melihat Wan Adli sudah sedia menanti diluar keretanya. Dicapai payung yang sedia ada dalam kereta. Perlahan dihampiri Wan Adli yang turut memegang payung.

“Assalamualaikum”, Wan Adli terlebih dahulu menyapanya.
“Waalaikumsalam...lama tunggu?”, Suraya mula gugup. Pertama kali dia berhadapan dengan Wan Adli yang selama ini cuma mendengar suara sahaja. Dia masih tak berubah, desis Suraya dalam hati.
“Lama pun tak apa janji awak sampai juga”, Suraya ketawa. Dia tidak begitu arif dengan kawasan bandaraya ini.Terbayang dimatanya bagaimana tadi berkali-kali Wan Adli menelefonnya semata-mata untuk menunjukkan arah jalan sehingga telefon lelaki itu kehabisan bateri.
“Saya tak arif jalan kat sini, sorry sampai bateri awak kong”,
“It’s ok saya lupa nak charge semalam. Apa pun kita bertemu juga kan”,
“Emmm..”,
“Nampaknya gerimis yang meraikan pertemuan kita ni”, Suraya merenung kedada langit. Setitis gerimis mengenai matanya.

“Ini lah Suraya yang saya cuma kenal suara je”, Suraya tunduk. Nasi yang disuap terasa susah untuk ditelan. Berdepan dengan lelaki itu dan bercakap di telefon banyak perbezaannya. Kalau diberi pilihan dia lebih rela bercakap ditelefon berjam-jam lamanya berbanding duduk dihadapan lelaki itu seperti sekarang ni. Lidahnya kelu, dadanya jadi gemuruh dan lebih gemuruh bila matanya bertembung dengan mata Wan Adli. Ya Tuhan kenapa dengan aku ni. Cool beb!. Kenapa gabra sangat ni?.
“Suara awak dah tertinggal dalam kereta ke?”, Suraya ketawa. Dia malu dengan Wan Adli. Segala tingkah lakunya kini jadi perhatian Wan Adli. Kalau dalam telefon boleh la dia kecohkan suasana. Tapi di sini dia jadi kaku.
“Dah lama saya tak dengar ketawa tu”, Suraya senyum, Cuma itu yang mampu dia lakukan sekarang ini. Senyum dan terus tersenyum. Nasi yang disuap tadi telah habis ditelan. Dikumpulkan segala kekuatannya untuk berbicara dengan Wan Adli. Dia tak mahu Wan Adli tahu yang dirinya sekarang dalam kegugupan yang amat sangat.
“Family apa khabar?”, Suraya mula membuka bicara.
“Fine..awak?”, bulat mata Wan Adli memandang wajahnya.
“Fine macam yang awak tengok sekarang ni. Wife awak tahu ke pasal ni?”,
“Dia ada kat kampung. Pakwe awak apa khabar?”, Serta merta wajah Suraya berubah. Pakwe?.
“Emm...ok agaknya”, Suraya sengih. Dilarikan wajahnya melihat suasana gerai yang semakin sibuk. Wan Adli diam. Dia tahu gadis itu menyembunyikan sesuatu darinya.
“Hadiah yang saya bagi tu macam mana?”. Pantas Suraya mengubah topik perbualan. Risau pula kalau-kalau Wan Adli berterus-terusnya bertanyakan perkara itu.
“Cantik..thanks. Isteri tanya saya jawab kekasih lama yang bagi”, Suraya terdiam. Biar betul dia ni. Wan Adli ketawa. Hadiah pemberian Suraya jam antik kayu yang berukir kini tergantung dibilik tidurnya. Bila direnung jam tersebut hanya suara gadis itu bermain ditelinganya.
“Pasal gambar tu minta maaf sebab saya curi sekeping”, Dia tunduk merenung air dalam gelas yang hampir tinggal setengah.
“Tak apa..curi gambar tu tak parah sangat macam yang saya rasa sekarang”, Suraya ketawa. Dia tak faham maksud kata-kata Wan Adli.
“Awak masih macam dulu”, Wan Adli senyum. Kalau inilah gadis yang menghantui hidupnya dulu. Ternyata dia sudah banyak kali bertemu dengan Suraya. Tapi sayang waktu itu dia belum mengenali siapa Suraya.
“Kalau tak silap saya, awak la yang tangan melecur masa repair board dulu kan?”,Suraya angguk. Geli hatinya mengingati peristiwa dulu.
“Kenapa tak pernah nak tegur saya?”, tanya Wan Adli seolah menduga.
“Saya malu..ye la siapa la saya ni sesuai ke nak berkawan dengan awak”, ujarnya.
“Kenapa tak..saya bukan anak raja sampai awak nak rasa macam tu”,
“Ok cerita lama, at last awak kenal saya juga kan”, Wan Adli angguk kepala. Bertahun kau menyeksa aku denga suara mu. Setahun aku merinduimu.
“Nak tanya la, macam mana awak boleh kenal saya?”, giliran dirinya pula menyoal.
“Ooo...pasal sms sampai awak tereject board tu ke?”, Mereka ketawa bersama.
“Saya cari sendiri, tanya orang dan akhirnya saya jumpa jugak. Betul juga tekaan saya”,
“Kenapa la susah-susah nak cari?”,
“Kena cari sebab awak selalu menggangu saya”,
“Bila masa saya ganggu awak?”, sedikit kehairanan timbul difikirannya.
“Ganggu...awak ganggu tidur saya, tiap malam saya terbayangkan awak”, Suraya telan liur. Aku tak salah dengar ke sekarang ni. Kalau sekadar ganggu tidur apa maknanya tu. Aina...tolong aku!.

“Dah lama mak tak nampak Zairi. Kamu kawan dengan dia lagi ke?”, Suraya cuma diam. Dibiarkan soalan ibunya, Rafeah berlalu tanpa jawapan. Cili dalam lesung ditumbuk lumat. Kemudian Suraya bangun mengambil garam. Rafeah cuma memerhatikan tingkah laku Suraya. Dibiarkan anak gadisnya itu membuat kerja memasak.
“Semalam Along telefon, dia nak hantar Dalila dan Lia ke sini ”,
“Bila?”, soalnya.
“Besok”, Suraya bungkam. Digigit bibirnya. Dalila dan Lia dua orang anak sedaranya yang masih kecil. Besok..pasti dia bertembung dengan Razuan.
“Along datang seorang je”, Rafeah bersuara seperti tahu apa yag Suraya fikirkan.
“Abang Long?”, tanyanya lagi.
“Entahlah..Sejak pasal kamu dulu tu, dia tak mahu datang sini kalau kamu ada”, Rafeah mengeluh. Suraya bangun mencapai periuk. Dipasang api dapur dan mula memanaskan minyak. Elok sangatlah tak datang. Kalau datang pun menyakitkan mata hati aku je.
“Besok makcik Zaimah nak datang. Dia nak tengok kamu katanya. Kamu jangan kemana-mana besok tau”, Asap berkepul keluar dari kuali bila Suraya mula menumis bawang. Sekali lagi kata-kata Rafeah dibiarkan tanpa jawapan.
“Sue boleh mak tanya sikit?”, Suraya masih diam.
“Betul ke apa abang Long kamu kata....kamu dengan Zairi tu”,
“Orang cuma boleh cakap apa saja mak. Janji orang tahu apa yang orang buat”,
“Zairi mana?”, Suara Rafeah tengelam dengan bunyi letupan minyak ikan yang di goreng.

Dia berguling ke kanan kemudian ke kiri. Terasa panas, diputar kelajuan kipas pada arah 4. Seperti mahu terbang barang dalam bilik kecil itu. Dipandangnya kipas yang berputar laju.
“Kalau kamu tak kisah mak nak terima Kamarul”. Persoalan Rafeah membuatkan dia terhenti menyuap nasi ke dalam mulut.
“Orang belum terdesak nak kahwin”, ujarnya bersahaja.
“Mak tak tahu apa yang jadi antara kamu dengan Zairi tu. Tapi apa yang emak nampak kamu dengan Zairi dah semakin jauh. Apa salahnya terima Kamarul”,
“Kamarul tu bukan pilihan orang”,
“Kamu nak yang macam mana atau kamu dah ada pilihan lain?”, Suraya diam. Suapan nasi yang terakhir terbiar begitu saja. Tekaknya dah tak mampu menerima sebarang makanan.
“Mak minta tempoh dengan Makcik Zaimah kamu 5 bulan untuk bagi keputusan. Terpulang la pada kamu sendiri”,
Suraya garu kepala, perlahan-lahan wajah Zairul menghiasi layar matanya. Zairul..kalau bukan kerana dulu pasti kita dah bersatu sekarang. Lima bulan tempoh yang diberi terlalu singkat. Kenapalah Makcik Zaimah tu mendesak sangat?. Takkan Kamarul tak ada pilihan hati sendiri?. Aku kena berbincang dengan Kamarul tapi macam mana nak jumpa dia. Suraya tepuk dahi..Kamarul sekarang berada di New York kerana belajar. Nak bagi tahu Zairi..tak mungkin. Aku tak nak dia tahu yang aku ni tak pandai nak menghadapi masalah seorang diri. Sedangkan jalan ini yang aku pilih, aku kena hadapi sendiri.

“Assalamualaikum Kak Yati”, Disapanya wanita berusia 30 an sebaik masuk kedalam pejabat. Wanita itu adalah penyambut tetamu dipejabat ini dan wanita ini lah orang pertama yang dia kenal sewaktu hari pertama lapor diri.
“Waalaikumsalam...awal Sue hari ni”,
“Biasa je”, Suraya tersengih.
“Faizal pun datang awal hari ni. Dah berjanji ke?”, Suraya senyum. Dahinya berkerut. Bila masa pulak aku berjanji dengan mamat tu. Sesudah mencatatkan kedatangan terus Dia masuk kedalam bilik. Sewaktu melintasi bilik Faizal, dia terhenti seketika. Apa pulak mimpi mamat ni datang awal?. Diketuk pintu besar itu perlahan. Suara garau dari dalam mengarahkannya masuk.
“Hai morning”, senyum berbunga dibibirnya.
“Emm..morning”, lelaki itu menjawab perlahan, suaranya seakan tidak bermaya.
“Mimpi apa kau datang awal hari ni?”, dikerlingnya wajah Faizal yang sedikit serabut.
“Saja..eh! nanti break fast dengan aku ye”, Suraya mengerut dahi. Dia dah berjanji untuk pergi bersarapan dengan Najwa semalam. Ah! Tak pe nanti boleh bagi tau Najwa. Budak Najwa tu pun belum sampai lagi.
“Ok tapi kau belanja aku”, Suraya sengih. Faizal angguk.
“Kenapa monyok je?”,
“Nothing”, Suraya jungkit bahu. Terus dia berlalu meninggalkan Faizal keseorangan.

Dah setengah hari tapi satu teguran dari Faizal untuknya belum ada. Selalunya lelaki itu akan bergurau dengannya sebelum memulakan kerja. Suraya kehairanan. Telefon berdering. Ditekannya interkom.
“Sue masuk kebilik sekejap”, Suraya senyum. Pasti ada sesuatu yang ingin dikatakan dek lelaki itu. Pintu besar itu diketuk. Suara garau Faizal mengarahkan masuk. Suraya senyum duduk dihadapan Faizal. Wajah lelaki itu penuh kegelisahan. Rambut yang berserabut seperti orang bangun dari tidur.
“Mak aku suruh aku kahwin”,
“Ha! elok la tu. Dah memang kau layak kahwin sekarang. Siapa budak yang malang tu? Zulaika?”, Dia main sekap jarang. Faizal angguk kepala.
“Tahniah. Bila nak langsung?”. Lelaki itu membisu seribu bahasa. Dimain-mainkan pen dibibirnya.
“Kau ni nak kahwin happy la sikit ni tak macam orang hilang bini je”,
“Aku tak nak kahwin dengan Zulaika”.
“Apa kau cakap?”, sekali lagi Suraya bertanya. Wajah di hadapannya agak serius.
“Aku tak nak kahwin dengan Zulaika..faham?”, Suraya mengerut dahi.
“Kalau dah ada calon lain bagi je la tahu mak kau”, ujarnya memberi cadangan.
“Aku dah cerita tapi mak aku tak faham. Dia ingat aku dengan Zulaika tu bercinta. Aku anggap dia macam adik aku je. Kau sendiri tahu kan”, Suraya angguk.
“Zulaika tahu pasal ni?”,
“Emm..aku dah bincang dengan dia”,
“Habis tu apa dia kata?”.
“Dia tak kisah. Dia boleh terima aku”,
“Ha..lagi la ok kau boleh kenalkan pilihan hati kau. Zulaika boleh bincang dengan mak kau pasal ni. So what is your problem now?”,
“Masalah problemnya aku tak nak kahwin dengan siapa-siapa ok. Aku dah cakap mak aku tak paham . Dia bebel aku ada la. Lepas tu dia bagi aku masa. Kalau aku ada calon sendiri dia boleh cancel hal Zulaika tu. Tapi kau tau je la kan aku mana ada special girl friend”, Suraya angguk kepala mengiyakan kata-kata Faizal.
“Berapa lama masa mak kau bagi?”, kali ini fikirannya pula berserabut. Dia pasti masalahnya dengan Faizal seakan sama.
“Lima bulan. Tolong la aku tengah tension ni”, Suraya garu kepala yang tak gatal
“Masalah kita sama”, Suraya mengeluh. Faizal yang dari tadi mengomel terhenti memandang Suraya.
“Your problem?”, Suraya angguk kepala. Faizal yang tadinya tersandar lesu seakan cergas semula bila mendengar kata-kata Suraya.
“Mak aku dah tahu pasal aku dengan Zairi tu. Dia nak jodohkan aku dengan Kamarul”,
“Habis tu kau dah bincang dengan Kamarul?”,
“Nak bincang macam mana dia kat over sea sekarang ni”,
“Berapa lama mak kau bagi masa?”,
“Lima bulan”, Faizal tepuk dahi manakala Suraya pula mengigit jari. Masing-masing dilema permasalahan yang menyeksa diri. Masing-masing mahu lari dari kongkongan perjodohan orang tua.

“Kau rasa betul ke apa yang kita buat ni. Aku rasa macam gila je”, Dipandangnya wajah Faizal saat mereka sedang memilih cincin.
“Kau nak kahwin dengan Kamarul?”, Faizal menyoalnya. Cepat-cepat Suraya menggelengkan kepala. Tak sanggup rasanya nak bayangkan berkahwin dengan orang yang tak dicintai.
“Kalau tak nak aku rasa ini je jalan paling elok.Kau terlepas dari Kamarul dan aku terlepas dari Zulaika”, Suraya tepuk dahi. Cadangan Faizal untuk memperkenalkan dirinya sebagai calon isteri menjerut lehernya. Begitu juga dengan dirinya, dia akan memperkenalkan Faizal sebagai calon suami. Mereka akan mengikat tali pertunangan dan selepas dua tahun pertunangan itu akan diputuskan. Masing-masing akan membawa hala hidup sendiri.
“Benda macam ni jangan buat main Faizal”, dia cuba menyedarkan Faizal.
“Kau nak tolong ke tak?”, Suraya terdiam, perasaan serba salah memenuhi jiwanya.
“Ok..kita buat perjanjian”, Suraya telan liur. Dia takut apa yang dilakukan sekarang akan ditimpa musibah dikemudian hari. Menyakitkan hati ramai pihak. Menipu semua orang. Suraya mengeluh. Faizal memang betul-betul gila!.

No comments: