“Saya kena kahwin hujung bulan ni”,
“Hello...Sue”, tanya Wan Adli bila tiada sebarang reaksi dari Suraya.
“Err... ye”, jawabnya perlahan.
“Dengar tak apa saya cakap tadi?”, dia diam. Tiba-tiba perasaannya diselubungi rasa sedih yang teramat sangat.
“Kenapa tiba-tiba je?”,
“Saya tak tau, semalam balik kampung mak dah bagi tarikh. Bapa saudara pulak dah siapkan semua termasuklah kad jemputan. Saya tak boleh menolak lagi. Pihak perempuan nak percepatkan”,
“Elok la tu...awak pun dah lama bertangguh”,
“Tapi saya tak suka sebab hak saya di ketepikan. Saya tak ada hak menentukan waktu bila saya harus kahwin. Saya kan pernah cakap dengan awak bila perancangan saya nak kahwin. Saya baru je bekerja, tak prepair apa-apa pun. Balik-balik je terus dapat arahan. Hati mana yang tak terkejut. Family saya pulak tak seorang pun berbincang dengan saya pasal ni”,
“Tunang awak?’,
“Dia pun sikit tak bagi tahu saya pasal semua nih. Bila saya tanya dia diam saja. Mak bapak dia yang nak cepatkan semua nih. Kalau ikutkan hati saya, saya tak nak kahwin”,
“Tak baik macam tu. Itu kan jodoh awak”,
“Saya tau ini jodoh saya tapi sebenarnya siapa yang nak kahwin. Saya ke dia orang yang nak kahwin?”,
“Awak yang nak kahwin”.
“Ok kalau betul saya yang nak kahwin kenapa tak berbincang dengan saya. Dia orang tak faham keadaan saya sekarang ni. Kerja pun tak confirm lagi dah nak cuti panjang. Seboleh-bolehnya saya tak nak buat macam ni. Saya nak kerja saya disini tetap dahulu baru boleh buat perkara lain. Saya ajak berbincang pun dia orang tak mahu”,
“Awak..tak baik awak fikir macam ni. Mungkin family awak buat macam tu bersebab. Ikutkan aje apa yang mak awak nak”, talian jadi sepi.
“Kenapa saya tak jumpa awak dulu sebelum dia?”, hatinya tersentak mendengar kata-kata Wan Adli . Dia cuba kawal perasaannya sendiri.
“Tak baik menyesali benda yang dah berlaku”, dia cuba menyedarkan lelaki itu. Terdengar suara Wan Adli mengeluh.
“Saya terkilan”, giliran dia pula mengeluh.
“Terkilan kenapa?”, Wan Adli kehairanan.
“Terkilan sebab dapat kawan dengan awak cukup 3 bulan saja tak sempat nak tackle awak”, Talian sepi seketika. Wan Adli diam. Tiada ayat yang dapat dikatakan untuk membalas kata-kata Suraya.
“Eloo awak...saya gurau je lah. Emm.. bila nak lansung?’,
“31hb, nanti saya bagi kad untuk awak pada Iwan ye. Next week saya dah start cuti tau. Jangan merindu kat saya pulak”,
“Sapa pulak yang nak rindu kat awak. Mana boleh rindu kat laki orang”,
“Sapa kata tak boleh?”,
“Saya yang kata”, ujarnya sambil ketawa seolah cuba menyembunyikan perasaan sebak yang mula memenuhi jiwanya.
“Awak aje yang kata tapi saya kata boleh. Awak janji dengan saya, walaupun saya dah berkeluarga awak masih kawan saya lagi kan”, , dia sekadar menganggukkan kepalanya.
“Janji dengan saya”, pinta Wan Adli.
“Janji”, lemah suaranya melafazkan ayat tersebut. Walaupun baru sekejap tadi dia bertekad dalam hati takkan menghubungi Wan Adli lagi.
“Tadi awak kata ada benda nak cerita dengan saya?”,
“Err takde apa lah. Saya dah terlupa”, Wan Adli ketawa.
“Dah macam mak nenek awak ni, itu belum kahwin lagi. Agaknya kalau dah kahwin suami ke mana pun awak tak ingat. Pakwe awak apa khabar?”,
“Biasa je”, fikirannya mula melayang-layang.
“Awak besok jangan jadi macam saya tau. Jangan tunang lama-lama sangat . Awak bila lagi?’,
“Bila apa?”,
“Alahai awak ni tengah berangan ye. Saya tanya bila lagi nak lansung?’,
“Ntah..”, Suraya diam. Hajat hatinya nak bercerita sesuatu dengan Wan Adli tentang dirinya tapi bila mendengarkan berita dari Wan Adli niat itu cepat-cepat dimatikan.
“Kalau ada masalah boleh cerita dengan saya. Saya ni kan kawan awak”,
“Takde apa lah...saya ok je ni”,
“Sure?”,
“Yup...emm besok-besok tak boleh la saya call awak lagi nanti wife awak tahu mati la saya”,
“Boleh la..wife saya ok la”,
“Ye ke?’,
“Iyee...”, kedengaran tawa di hujung talian.
“Wife orang mana?”,
“Johor. ..kenapa la awak bukan orang Johor”,
“Kalau saya orang Johor kenapa?’,
“Kalau awak orang Johor dah tentunya saya kahwin dengan awak”, Suraya ketawa mengekeh. Hilang semua beban dikepalanya bila mendengar lelaki itu ketawa. Dia lupa dengan kesedihannya ....dia lupa dengan kata-kata Zairi.
Dari tengah line dia memerhatikan Wan Adli yang tekun membetulkan mesin. Mesin yang terletak di tengah-tengah line itu menjadi penghalang antara production dengan SMT. Dah tiga minggu Wan Adli selamat menjadi suami orang , rambut pun dah potong bertambah smart...al maklumlah orang jadi raja sehari. Dan selama tiga minggu itu juga tiada khabar dari Wan Adli untuknya. Mungkin dia sibuk? . Direnungnya handphone ditangan. Di dailnya nombor Wan Adli. Talian bersambung belum pun beberapa saat dipicit semula butang cancel. Hajatnya ketika itu nak saja dia menelefon Wan Adli bertanyakan khabar. Tapi untuk apa? Sebagai kawan mungkin atau aku merindui dia?. Suraya mengetap bibir.
“Kau tak keluar makan Sue?”, Suraya tersentak. Cepat-cepat dimasukkan handphone ke dalam poket.. Aina curi pandang ke dalam SMT. Terlihat kelibat Wan Adli di sebalik mesin.
“Takkan merindu kot?”, digelengkan kepalanya.
“Hak orang”, suaranya mendatar, sedikit perlahan.
“Elee...cakap je la kau rindu kat dia”,
“Sekadar kawan apa salahnya”,
“Kawan takpe jangan lebih dari tu”, ujarnya Aina cuba memperingatkan temannya itu.
“Kalau lebih kenapa?”, dia cuba bertanya . Ada sedikit kenakalan yang timbul dikepalanya untuk menduga Aina.
“Kau gila ke dia kan laki orang”, wajah Aina sedikit berubah.
“Sebab aku gila la aku tak kisah”, Aina terdiam. Biar betul minah ni?.
“Aku gurau je la”, Suraya ketawa.
“Ingatkan betul-betul. Kau jangan Sue....kalau kau buat macam tu menempah bala namanya”,
“Aku waras lagi la”,
“Dia tak call kau ke?”, Suraya geleng. Aku nak buang dia dari hati aku. Aku tak nak ganggu masjid yang baru dibina. Walaupun dia sendiri kata boleh lagi berkawan tapi aku tak nak. Sebab aku takut dari kawan tu la boleh jadi macam-macam yang tak pernah ada di fikirkan.
“Aku ada benda nak tunjuk kat kau”, sekeping sampul besar bertulis Urusan Seri Paduka Baginda di serahkan pada Aina.
“Bila nak resign?”,
“Bulan depan”,
“Sunyi la macam ni”,
“Aku pergi tak jauh la setakat Kuala Lumpur je. Hari cuti kita boleh jumpa, itu pun kalau kau sudi nak jumpa aku al maklumlah orang nak jadi raja sehari”,
“Kau sempat datang tak rumah aku nanti?”,
“Sempat, kau jangan risau aku mesti datang punya”, Aina senyum. Digenggamnya jemari Suraya.
“Zairi tahu kau nak berhenti”, Suraya angguk, wajahnya sedikit berubah.
“Kau dengan dia ok kan?”, Suraya angguk lagi. Kalau ikutkan hatinya nak saja diberitahu Aina tentang hubungannya dengan Zairi yang sudah retak menanti belah hanya gara-gara dia ramai kawan. Nak saja diceritakan bagaimana syarat-syarat yang diletakkan dek Zairi untuk dia mengekalkan hubungan itu.
“Dia sekarang dimana?....Sue”, Aina goncang bahu Suraya.
“Emm...errr...Perak mungkin”, Aina geleng kepala.
“Aku tahu la kau nak berhenti tapi jangan la berangan awal sangat” Suraya senyum.
“Wan Adli tahu pasal ni?”,
“Buat apa nak bagi tahu dia?”,
“Sebagai kawan”, ujar Aina
“Bagi la tahu. Besok-besok dia cari kau pulak”,
“Buat apa nak cari, aku ni kan ke cuma kawan je..lain la kalau aku ni makwe dia”,
“Sikit hari besok jadi makwe la”,
“Gila!”, Aina ketawa mengekeh.
“Iwan”, Suraya hulur salam. Iwan terpinga.
“Aku ingat kau main-main Sue”,
“Aku serius ni, kalau main-main buat apa aku datang jumpa kau sekarang ni. Kau tengok tu”, Suraya muncung ke arah Aina.
“Dah merah biji mata”, Suraya senyum. Iwan juga turut senyum.
“Wan Adli macam mana?”,
“Apa kena mengena dengan dia pulak?”,
“Dia tahu pasal ni?”, Suraya senyum. Kenapa nama lelaki itu yang disebut. Apa kena mengena dia dalam hidup aku.
“Dia cuma kawan, kalau dia tak tahu pun tak ada masalah”,
“Emm elok la tu kalau kau dah cakap macam tu. Dulu aku risau juga tengok kau orang berdua”,
“Risau apasal pulak?”, Iwan geleng kepala sambil tangannya mengulur sesuatu.
“Aku lupa nak bagi, dia suruh kau tengok”, Sebuah album gambar sebesar fail kini berada ditangannya. Ditolak pintu keluar dan duduk di satu sudut, satu persatu gambar perkahwinan Wan Adli diselak. Hatinya sebak...entah kenapa itu yang dirasa. Tangannya terhenti pada sekeping gambar. Bunyi telefon mengejutkan dirinya.
“Hello assalamualaikum”, pantas dia menyapa.
“Waalaikumsalam...hi awak, lama tak dengar cerita”,
“Baik. Apa khabar pengantin baru”,
“Biasa je”, terdengar suara halus Wan Adli ketawa jelas menunjukkan dia bahagia.
“Iwan ada bagi awak album tak?”,
“Ada, saya tengah tengok ni .Er.. saya ambil satu ye nak buat kenangan”,
“Ambil lah...nak bagi orangnya dah tak boleh”, Wan Adli ketawa lagi.
“Macam mana hidup berteman. Seronok?’,
“Tu la...awak besok kahwin la cepat-cepat baru awak tahu cam mana rasa hidup berteman ni”,
“Err awak...hari ni saya..”,
“Eh! Awak nanti kita sambung cerita boleh tak. Ada mesin rosak la...bye”, talian sudahpun diputuskan. Handphone digenggam ke dada. Hajatnya hendak memberitahu lelaki itu yang dia akan berhenti kerja mati di situ. Dia sibuk....dipujuknya hati yang semakin dilanda pilu.
"
Thursday, July 29, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment