Thursday, July 29, 2010

Yg Ku Mahu pt9

"Kertas besar berwarna putih dihadapannya dipandang kosong. Fikirannya bukan lagi pada kertas pelan tersebut tapi pada pertemuannya dengan Zairi semalam.
“Apa keputusan awak?”, Zairi berkata setelah lama dibiarkan Suraya mendiamkan diri.
“Saya nak kita putuskan perhubungan ni”, Zairi sedikit tersentak. Tak disangka Suraya akan membuat keputusan sedemikian.
“Saya masih boleh terima awak kalau awak ubah perangai awak tu, saya tak suka tengok awak berkawan ramai sangat”,
“Tapi sebelum kita berkawan pun awak dah tau yang saya ramai kawan kan?”,
“Ok itu dulu tapi sekarang ni dah lain. Sakit hati saya ni tengok awak buat perangai macam ni. Mula-mula memang la kawan lepas tu tak tahu apa jadi”,
“Awak suka sangat buruk sangka dengan saya",
“Kalau bukan sebab awak dengan Zairul dulu..saya masih boleh percaya kan awak sekarang ni”, pantas dia memandang Zairi bila lelaki itu menyebut nama yang dah hampir hilang dari kamus hidupnya.
“Itu cerita yang dah bertahun lepas. Sekarang saya dah sedar apa silap saya. Apa yang awak nak saya buat sampai awak tak boleh percayakan saya”,
“Saya nak awak tinggalkan semua kawan-kawan awak”,
“Mana boleh..awak ingat saya ni tunggul kayu ke?”, suaranya sedikit tegas.
“Awak pilih antara dua. Sama ada kawan awak atau saya. Kalau pilih saya dengan syarat, awak tak boleh kawan dengan siapa-siapa pun”,
“No way..saya takkan tinggalkan kawan-kawan saya”. Suraya masih lagi dengan pendiriannya.
“Tiga tahun bersama awak. Sikit pun kepercayaan saya tak ada untuk awak Suraya. Semua tu sebab perangai awak sendiri”, Suraya tersentak. Tiga tahun..bermakna setiap apa yg dikorban untuk Zairi selama tiga tahun itu sia-sia sahaja.
“Dulu Zairul sekarang Faizal pulak. Entah-entah keputusan ni pun Faizal yang suruh awak buat”,
“Faizal tak ada kena mengena dalam hal ni. Dia tak tahu menahu lansung”,
“Kenapa awak bela sangat dia tu. Awak suka kat dia ke?”,
“Memang..memang saya sukakan dia”, suaranya separuh menjerit. Sakit benar hatinya mendengar tuduhan melulu Zairi.

Puas hatinya meluahkan apa yang dirasakan sekarang. Mukanya Zairi yang tadi merah padam kini berubah wajah.
“Saya dah agak ini yang akan jadi”. Suasasana hening seketika. Suraya kerut dahi. Betul ke apa yang dikatakan tadi. Dicubit pipinya berkali-kali. Betul ke aku sukakan Faizal?.
“Zairi maafkan saya”,
“Dah la Suraya, cakap saja apa yang awak katakan tu betul. Saya dan lama sangka semua ni mesti jadi juga. Dari dulu lagi saya simpan syak pada awak. Perangai awak tak akan berubah Suraya, tetap macam dulu..pentingkan kawan dari saya sendiri”,
“Kenapa awak sangka buruk dengan saya. Tak cukup ke apa yang saya buat untuk awak tu menandakan yang saya sayangkan awak lebih dari kawan-kawan saya sendiri”
Zairi ketawa mengekeh.
“Semua tu tak cukup. Saya nak bukti?”,
“Bukti apa?”, Zairi tersengih. Segera di dekati Suraya. Tanggannya menarik Suraya dekat kedadanya. Suraya tergamam. Fikirannya buntu seketika.
“Awak nak buat apa ni?”, dia mula meronta. Tapi genggaman tangan Zairi semakin kuat.
“Saya cuma nak awak buktikan”,
“Bukti apa?”, dia mula gugup. Zairi hanya tersengih. Dia tahu apa yang bermain difikiran lelaki itu sekarang. Fikirannya mula resah. Bermacam-macam yang terbayang dimatanya sekarang.
“Lepaskan saya la”, dia mula menjerit. Dia mula mahu menangis.
“Diam..kalau betul awak sayangkan saya. Buktikan sekarang”,
“Ini bukan cara untuk bukti awak tu. Tak cukup ke apa yang saya buat selama ni ha?”,
“Sebab tak cukup la saya nak awak buktikan sekarang”,
“Cara awak ni salah tau tak?”, Dipukulnya dada Zairi. Tetapi lelaki itu tetap memeluknya kuat. Suraya meronta keras.
“Habis tu cara awak selama ni tak salah. Kalau dengan Faizal awak boleh bagi dia pegang tangan kenapa dengan saya awak tak boleh bagi apa yang awak ada”, Pang! Satu tamparan hinggap dipipi Zairi. Tubuhnya mengigil. Ditolaknya Zairi sekuat hati. Zairi terkedu. Dia berundur setapak jauh dari Zairi, takut kalau-kalau lelaki itu bertindak semula.
“Memang pergaulan saya bebas tapi saya tak semurah yang awak pandang”, Suaranya meninggi. Badannya semakin mengigil bila Zairi merenungnya. Diundur lagi setapak kebelakang. Lelaki itu diam kaku.
“Selama ini saya hormatkan awak Zairi. Saya pertahankan apa yang saya ada hanya untuk awak sebab saya cuma nak hidup bersama awak. Tapi saya tak sangka pandangan awak pada saya terlalu rendah. Awak hancurkan rasa hormat saya pada awak”, sebutir air matanya gugur.
“Tiga tahun saya menunggu awak melamar saya tapi apa yang saya dapat. Alasan dan macam-macam alasan.”, Kalimatnya terhenti seketika. Ditarik nafasnya dalam-dalam. Zairi masih lagi berteleku disitu.
“Saya tunggu awak. Saya sabarkan hati, saya pekakkan telinga bila mak dan saudara mara menyindir saya. Saya tabahkan hati bila saya sering dibandingkan dengan adik saya. Saya bela awak bila mak asyik bertanya. Saya sabar lagi bila awak buat keputusan untuk berhenti kerja secara mendadak tanpa fikir masa depan awak sendiri. Saya tak pernah fikir yang bukan-bukan bila awak terpaksa kerja jauh dari saya. Saya tak halang apa yang awak buat sebab antara saya dengan awak..kita tak ada hubungan yang kekal”, Satu keluhan keluar dari bibirnya.
“Saya berkawan dengan lelaki lain tapi saya tahu apa bezanya kawan dengan kekasih.", Ayatnya terhenti di situ. Matanya mula bergenang.
“Saya melupakan Zairul hanya kerana nak hidup bersama awak”, Dikesatnya mata dengan hujung jari. Kenangan bersama Zairul datang menerpa di ingatannya. Zairi menghampirinya. Digenggamnya tangan Suraya. Kesal datang bertimpa-timpa dihatinya. Cepat-cepat ditepisnya tangan Zairi. Dia tak mahu lelaki itu menyentuh dirinya lagi. Dia tak mahu lelaki yang penuh syak wasangka itu mendekatinya.
“Maafkan saya Suraya. Saya masih sayangkan awak”,
“Hati saya dah terlalu sakit. Hormat saya pada awak dah hilang Zairi. Rasanya tak guna ada rasa sayang tapi kepercayaan tak pernah ada dalam hati awak”,
“Maafkan apa yang saya dah buat tadi. Saya terlalu ikut perasaan. Awak lupakan apa yang saya dah cakap tadi”, Suraya tersengih. Digeleng kepalanya berkali-kali.
“Selalunya apa yang terluah itu adalah datang dari kata hati yang benar”, dia bersuara perlahan. Zairi tepuk dahi. Fikirannya buntu sekarang. Dia tak tahu bagaimana mahu mengubat semula hati Suraya yang dah disakiti.
“Saya betul-betul tak berniat. Kalau awak nak saya boleh terima awak dan saya akan datang pinang awak bulan depan”,
“Tak payah la awak terima saya hanya kerana nak memujuk hati saya ni. Tak perlu datang meminang kalau secara terpaksa. Tak perlu buat apa-apa kalau dalam hati awak masih ada lagi prasangka buruk pada saya”.
“Ok saya boleh lupakan apa yang awak buat. Saya minta maaf dan saya nak awak terima saya semula”. Suraya diam. Diketap bibirnya kuat. Dipandangnya wajah Zairi.
“Lepaskanlah saya!”, sayu suaranya meminta.
“Saya tak boleh buat macam tu. Saya masih sayangkan awak”. Zairi masih lagi berusaha memujuk gadis itu mengubah keputusan yang dah dibuat.
“Tolonglah saya Zairi. Lepaskan lah saya..saya dah tak sanggup hidup dalam sia-sia. Awak pernah cakap..buatlah keputusan mengikut kata hatikan?”, Zairi angguk kepala.
“Ini keputusan hati saya..lepaskan saya”,
“Awak tak menyesal?”. Tanya Zairi seakan tidak percaya dengan keputusan muktamad Suraya.
“Saya lagi menyesal kalau hidup berpura-pura menanti awak yang tak pernah jadi kenyataan. Maafkan saya ”, perlahan suaranya hilang dibawa angin malam.
Bunyi telefon melenyapkan khayalannya.
“Hello..emm Aina apa hal?”,
“Kau demam ke Sue?”, suara temannya itu seakan cemas.
“Takdelah selsema je sikit. Ada hal penting ke?’, Suraya melirik jam di dinding. Pukul 12 malam.
“Ala..tanya khabar tak kan tak boleh. Macam mana tempat kerja baru ok?’,
“So far ok je. Baru je tak ada apa yang aku tau”,
“Kau tukar nombor ni sikit pun tak cakap dengan aku. Ni pun aku minta dengan Kak Laila.” Suara Aina seakan merajuk. Dia tersenyum sendiri.
“Aku tak sempat nak call kau. Ni kan dah dapat kira ok lah tu. Apa cerita sekarang?”,
“Biasa je tak ada yang menarik. Cuma sunyi je la tak ada geng nak menyakat lagi”, Suraya ketawa. Dia tahu yang dimaksudkan dek Aina adalah dirinya.
“Wan Adli apa khabar?’, tiba-tiba nama lelaki itu terkeluar dari bibirnya.
“Biasa je. Kau ingat lagi kat dia ye, aku ingatkan kau dah lupa”, kedengaran suara Aina ketawa di hujung talian. Suraya mengeluh. Entah lah Aina. Kemana aku pergi hanya nama dia yang aku ingat. Susah sangat aku nak kikis namanya dari hati aku nih.
“Dia dah dapat baby boy” tambah Aina lagi.
“Ok la tu...aku selalu doakan dia bahagia”, Talian sunyi seketika.
“Kalau kau nak aku bagi nombor baru ni pada dia”,
“Tak payah la, dia pun dah lupa aku kot”,
“Itu kau yang cakap bukan dia. Nanti aku bagi yek”, Aina seakan memujuk.
“Suka kau la tapi seboleh-bolehnya jangan bagi. Aku tak nak mengganggu hidup dia”. Senyum terbit dibibir Aina. Dia tahu Suraya masih lagi mahu menghubungi Wan Adli.
“Sebagai kawan apa salahnya”, ujarnya seakan memujuk Suraya.
“Itu aku tahu tapi apa jadi kalau bini dia tahu. Kita sama-sama perempuan, aku tau macam mana perasaan bini dia tahu kalau suaminya kawan dengan perempuan lain”,
“Takkan bini dia tak faham lansung erti kawan tu”, Suraya diam.
“Zairi apa cerita?”,
“Entah”, jawabnya sepatah.
“Kau ni menjawab macam orang tak tahu apa-apa je. Ada something yang tak elok ke?’,
“Takde la aku ok je. Baby apa khabar?”, dia cuba mengubah topik. Harap-harap Aina tak lagi bertanyakan soal Zairi.
“Sihat macam mak dia juga”, Aina ketawa halus. Suraya senyum, Aina sekarang sedang hamil 6 bulan. Beruntungnya menjadi Aina, membina hidup dengan orang yang paling disayangi.
“Dah la Aina, aku nak tidur ni besok nak kerja. Kau shif pagi ke besok?’,
“Malam la”, perlahan suara Aina tetapi ketawanya masih kedengaran.
“Ok la bye”, Suraya letak telefon. Diluruskan tubuh di atas tilam. Matanya tak mampu lelap. Sekilas matanya memandang pada album yang terletak di bawah meja tulis.
Ditarik album itu keluar dan diletak atas ribaanya. Gambar Wan Adli dicari...wajah itu direnung dalam. Apa yang dia buat sekarang?. Kenapa aku tak pernah lupakan namanya?.

Wan Adli menoleh kanan dan kiri, sesekali dipanjangkan lehernya ke kawasan production. Mana dia?. Takkan cuti kot..dia ketap bibir. Dah lama dia tidak melihat wajah Suraya. Puas dia berjalan serata line tapi tetap tidak ada. Sesekali dia curi pandang pada Aina. Tapi budak Aina tu berjalan berseorangan je, kalau ada pun dengan teman lain tapi bukan Suraya. dIA mengeluh...nak di telefon nombor yang di dail tidak ada dalam perkhidmatan. Kemana dia menghilang?. Kali terakhir Suraya menelefonnya sewaktu baru lepas berkahwin. Selepas itu senyap tanpa khabar. Selepas berkahwin sepatutnya dia berasa bahagia tapi entah kenapa hatinya tak tenteram. Hidupnya terasa sunyi. Setiap kali datang kerja terasa seperti suasana kelam. Semacam ada perasaan lain yang datang. Dia mula merasa kehilangan sesuatu. Puas difikirkan apa yang dia kehilangan dan akhirnya baru dia tahu dia kehilangan sesuatu yang baru disayangi....
“Iwan..lama tak nampak kawan kau tu?’, Tegur Wan Adli. Memang dia sengaja lalu disitu untuk bertemu Iwan.
“Kawan mana?”, soal Iwan kehairanan.
“Suraya.”, laju nama itu disebut.
“Ooo...dia dah berhenti la”, jawab Iwan bersahaja. Dia tersentak.
“Dah lama ke?”, soalnya lagi inginkan kepastian.
“Dah tiga empat bulan pun. Dia tak bagi tau kau ke?”, dia menggelengkan kepala. Entah kenapa hatinya tiba-tiba dilanda pilu yang hebat sangat.
“Dia kerja kat KL sekarang ni. Ntah aku pun dah lama tak dengar khabar dia”, Panjang lebar Iwan bercerita.
“Tak pe la...ok aku blah”, Iwan angguk matanya mengekori langkah Wan Adli. Aina yang duduk dihujung line memerhatikan Wan Adli berjalan meninggalkan kawasan production.
Aina berlari ke arah Iwan.
“Apa hal tu?”, tegur Aina sambil menghampiri Iwan. Matanya masih lagi mengekori langkah lesu Wan Adli.
“Dia tanya pasal Suraya. Aku cakap je la Sue dah berhenti. Tapi aku hairan sikit la. Memula tadi aku tengok muka dia elok je. Lepas je aku cakap Sue dah berhenti terus air muka dia berubah macam orang sedih. Kau rasa kenapa arr?”,
“Kau tanya aku mana la aku tau”, Iwan menjawab sambil menjuihkan bibir.

Direnungnya board yang sedang diproses dalam mesin. Sampai hati Suraya tak bagi tahu aku hal ni. Apa salah aku?.
“31hb, nanti saya bagi kad untuk awak pada Iwan ye. Next week saya dah start cuti tau. Jangan merindu kat saya pulak”,
“Sapa pulak yang nak rindu kat awak. Mana boleh rindu kat laki orang”,
“Sapa kata tak boleh?”,
“Saya yang kata”,
“Awak aje yang kata tapi saya kata boleh. Awak janji dengan saya, walaupun saya dah berkeluarga awak masih kawan saya kan. Janji dengan saya”,
“Janji”. Wan Adli mengesat matanya. Sebutir air mata luruh tanpa dia sedar. Tergiang-giang ditelinganya bagaimana suara Suraya bila diberitahu berita perkahwinannya. Bagaimana lemahnya suara gadis itu bila disuruh berjanji. Patutlah setiap kali kakinya melangkah ke tempat kerja terasa suasana suram. Tidak ada lagi mata yang suka mencuri pandang. Tak ada lagi salam yang hari-hari disampaikan padanya. Tak ada lagi penyampai sms setia untuk telefonnya. Kenapa aku berperasaan begini sedangkan aku sudah beristeri. Adakah aku sudah jatuh cinta pada Suraya...entahlah yang aku tau, saat ini aku merindui suaranya.

Aina berpatah semula bila ternampak kelibat Wan Adli. Hajatnya untuk ke wire house dibatalkan . Lama dia memerhatikan lelaki itu. Sebentar tadi baru dia nampak Wan Adli termenung, sesekali lelaki itu memandang ke kewasan production kemudian mengesat mata. Menangis ke?. Tapi menangis kenapa?.Aina mula berkira-kira. Hatinya tak keruan. Nak bagi ke tak?. Tanpa sedar dia sudah menghampiri Wan Adli.

No comments: