Thursday, July 29, 2010

Yg Ku Mahu pt16

Majlis bertandang kerumah Shahril meriah sekali. Sesekali dikesat peluh yang terbit pada hidung Najwa. Najwa manis berbaju kebaya pendek pucuk pisang. Sehelai tisu di ambil dan dikesat peluh didahinya pula. Suraya tarik nafas panjang. Kalau bukan kerana dipaksa dia tak mahu menjadi pengapit Najwa. Semua rakan-rakan yang lain mengelak bila ditugaskan untuk mengiringi Najwa kerana mak andam yang sepatutnya mengiringi Najwa terpaksa pergi kemajlis yang lain. Sesekali dia mengipas diri sendiri.

“Orang lain yang bersanding aku pula yang gementar lebih”, Gerutu Suraya dalam hati.
“Aku tengok kau dengan Zairul tu sepadan. Aku suka tengok kau berdua Sue”, Suraya juih bibir ketika dia berjalan mengiringi Najwa. Memang sungguh tak disangka Zairul turut hadir sama. Dan lebih tak disangka masing-masing menjadi pengapit.
“Kau orang ni berjanji ke nak pakai baju sama?”

sempat Najwa berbisik ditelingannya sambil ketawa. Suraya terdiam dan matanya kini memandang terus kehadapan. Sah! Memang semuanya diluar jangkaan. Suraya berbaju kurung kuning dan Zairul juga berbaju melayu kuning Cuma bezanya Zairul mengenakan seluar slack hitam. Mungkin dia juga seperti aku, terpaksa menjadi pengapit.

Selepas majlis tepung tawar pengantin di arah untuk bergambar. Suraya menjauhkan sedikit dirinya kerana memberi peluang jurugambar naik ke pelamin untuk memberi arahan pada mempelai. Sesekali Suraya tersenyum bila melihat mulut Najwa mengomel sesuatu. Mesti ada yang tak senang dihati Najwa. Suraya ketawa sendiri. Seksanya menjadi raja sehari. Nama sahaja raja sehari tapi diarah itu ini. Kalau aku yang kahwin cukup la setakat bernikah, taubat aku tak mahu bersanding sebegini. Menjadi pengapit pun dah separuh gila kepenatan inikan pula menjadi mempelai. Suraya senyum lagi dan senyumnya terhenti tiba-tiba bila matanya bertembung dengan mata Zairul yang rupanya dari tadi memerhatikan dirinya. Terasa mukanya panas menahan malu. Zairul tersenyum. Dadanya mula gemuruh, senyuman Zairul tak ubah seperti Wan Adli. Tiba-tiba tangannya ditarik. Rupanya Najwa menarik dirinya untuk bergambar bersama. Mereka bergaya seperti yang diarahkan dek jurugambar. Najwa dan Suraya ketawa bila ada keadaan yang melucukan hati mereka.
“Pengapit tak nak ambil gambar?”, Abang jurugambar bersuara.
“Ha’ah Sue, Zairul..ambilah boleh aku simpan buat kenangan”, Suraya mengeleng. Zairul turut mengeleng. Shahril yang berada di sisi Zairul menariknya ke atas pelamin.
“Tolong Najwa aku tak nak. Malu la”, berkali-kali dia cuba meleraikan tangan Najwa yang masih menariknya ke hadapan pelamin.
“Rilkes la Sue, satu snap saja..please!”, Suraya terdiam bila kakinya sudah berada di sisi Zairul. Zairul cuma tegak berdiri, sesekali lelaki itu mengusap kepalanya seperti orang kebuntuan. Lelaki itu juga gelisah sepertinya.
“Macam ni, abang pegang bahu dia sikit. Boleh tak?”, Si jurugambar memberi arahan. Suraya teragak-agak mengangguk kepala. Jurugambar yang berada di hadapan mereka mula mengambil posisi.
“Rapat sikit”, Suraya tersentak bila Zairul memegang bahunya.
“Saya pegang awak ye”, Suraya angguk. Najwa dan Shahril cuma tersenyum memandang.
“Okey sedia..senyum”, Suraya senyum. Terasa bibirnya kaku untuk tersenyum. Bahang tengah hari terasa semakin panas. Terasa peluh mengalir didadanya. Hatinya kian bergelodak, angin kipas yang terarah padanya tak mampu menenangkan jiwanya sekarang. Dia gementar bukan kerana malu bergambar dihadapan orang ramai tetapi gementar bila tanpa pengetahuan orang lain Zairul mengenggam erat jemarinya. Kegelisahan mula memenuhi hatinya bila mereka di arah untuk bergambar bukan sekali snap tetapi dua dan tiga. Najwa..kenapa la kau tak halang semua ni?.

Lelaki dihadapannya itu dipandang penuh minat. Dari rambutnya, matanya dan bibirnya yang petah berkata-kata. Cara percakapan Zairul yang penuh teratur boleh menarik minat siapa yang mendengar. Baju lengan panjang yang kemas berwarna biru, digandingan pula dengan tali leher berwarna kuning terang. Gabungan warna yang menjadi warna kesukaan Suraya. Sesekali matanya mengikut gerak tangan Zairul yang bergerak menunjuk sesuatu pada skrin sambil memberikan penerangan pada ahli mesyuarat. Selesai mesyuarat Zairul mempelawa dirinya untuk makan malam bersama. Sejak peristiwa di majlis perkahwinan Najwa, Zairul semakin rapat dengannya lebih-lebih lagi dia sekarang dibawah kawalan Zairul yang mengantikan tempat Faizal sehingga lelaki itu pulang bertugas semula disini.
“Sue sudi tak menjadi teman saya seperti dulu?”, Suraya kerut dahi. Dia hairan dengan pertanyaan Zairul.
“Kita kan memang berkawan”,
“Ada bezanya berkawan dulu dengan sekarang. Sekarang awak dah tak macam dulu”, Suraya senyum. Apa yang dikatakan dek Zairul memeningkan kepalanya.
“Kita kawan macam dulu?”, tanya Zairul lagi dengan permintaan yang sama.
“Kita kan memang berkawan”, ujarnya sambil ketawa.
“Saya nak macam dulu”,Suraya geleng kepala. Geli hatinya memdengar permintaan Zairul. Apa bezanya dulu dengan sekarang. Mereka tetap lagi sebagai kawan. Seperti dulu jugak, berkawan dan terus berkawan.
“Kita kawan macam dulu?”, Sekali lagi Zairul bersuara.
“Ok..macam dulu”, Suraya ketawa kecil, kasihan dia melihat Zairul yang seakan merayu padanya.
“Betul ni?”, Suraya angguk. Zairul disebelahnya tersenyum riang. Sesekali dia curi pandang pada Zairul yang sedang memandu. Tak dapat dinafikan hatinya kembali menyukai lelaki itu. Kehadirannya sedikit sebanyak membuat dia lupa dengan Faizal. Biarlah Faizal dengan cara hidupnya. Mungkin sekarang Faizal bahagia dengan temannya. Untuk apa aku berfikir lagi sedangkan Faizal tak pernah tahu apa yang aku rasa. Tapi wajarkah aku menyukai Zairul?. Bagaimana dengan cinta aku pada Wan Adli?. Bagaimana janji aku yang hanya mahu Wan Adli seorang dalam hati ini?.


“Cantik bunga tu, untuk siapa tu Kak Yati?”,
“Bunga cantik mestilah untuk orang yang cantik”, Suraya senyum malu. Dia tertarik dengan jambangan liliy putih yang sedang dihias oleh Kak Yati. Dihayun kakinya masuk kedalam bilik. Lincah tangannya menekan key board. Satu keluhan keluar dari bibirnya. Sudah tiada lagi email dari Faizal. Lelaki itu menyepi sejak dua minggu yang lalu. Dah lupakah dia pada aku?. Hatinya tiba-tiba sebak. Argh! Kenapalah aku mesti berperasaan begini?. Bukankah dia cuma kawan. Kalau dia bahagia sekarang kat sana, aku juga harus bahagia di sini. Lamunannya hilang bila pintu bilik dibuka.
“Maaf, Kak Yati lupa nak ketuk pintu”,
“Tak apa”,
Kak Yati senyum. Jambangan bunga lily putih diletakkan di atas meja Suraya. Suraya kehairanan.
“Untk siapa bunga ni?”,
“Untuk orang cantik macam Sue. Bunga ni untuk Sue”,
“Tapi saya tak minta”,
“Orang yang bagi. Terima saja lah”,
“Siapa?”,
“Zairul. Semalam dia minta Kak Yati carikan lily putih. Katanya Sue suka sangat dengan lily putih. Ni Kak Yati dah siapkan”,
“Apa lagi yang dia cakap?”,
“Tu je. Sue rasa ada benda lain ke yang dia nak cakap?”,
“Takde lah”, Suraya geleng kepala. Digaru kepalanya yang tak gatal. Terasa malu pula bila bertanya begitu. Kak Yati tersenyum lebar lantas dihulurkan sekeping kad kecil pada Suraya. Kad itu dibaca dan senyum terukir dibibir.
“Kak Yati rasa Zairul tu dah suka pada Sue. Dia tak tahu ke yang Sue dah bertunang?”,
“Tahu”, Kak Yati diam.
“Hati-hati bermain cinta Sue. Bila begini memang banyak dugaannya”, Suraya ketawa.
“Kenapa Kak Yati cakap macam tu. Saya dengan dia memang dah lama berkawan cuma sekarang je baru bertemu semula. Kak Yati jangan risau la saya sedar siapa saya ni”, pantas Kak Yati menggelengkan kepala menidakkan kata-kata Suraya.
“Kak Yati cuma ingatkan saja. Tapi tak apa Kak Yati dah doakan depan Kaabah moga Sue dengan Faizal selamat ke jinjang pelamin”, Suraya tersenyum tawar.
“Untuk apa doa itu kalau Faizal sekarang dah temui pilihan hatinya Kak Yati”, Suraya meluah dalam hati. Dia diam dan yang nyata Kak Yati tak dapat mendengar apa yang dikatakan. Kak Yati membelek lily putih itu buat kali terakhir.
“Kak Yati keluar dulu”,
“Kak Yati..”, Wanita itu terhenti dimuka pintu.
“Terima kasih..”, Wanita itu senyum dan hilang dari balik pintu.
“Terima kasih kerana doakan saya bersama Faizal”, bibirnya bersuara menyambung ayat. Luahan yang halus dan tak dapat didengar dek Kak Yati. Hanya hati dan telinganya saja yang memahami. Ditariknya laci kedua. Kotak baldu merah itu dikeluarkan. Matanya berkelip memandang cincin berlian bermata satu yang bersinar indah.
“Kalau kau dah ada teman baru, janji masih kawan dengan aku lagi kan?”,
“Ok aku janji, kita tetap kawan”,
“Promise?”, Suraya bertanya lagi.
“Promise”, lantang suara Faizal mematri perjanjian.
“Aku takut Zal..aku takut kehilangan kau”,
“Hei kenapa ni. Kau dengar apa aku nak cakap. Apa pun yang terjadi kau tak akan kehilangan aku. Itu janji aku pada kau Sue”,
Suraya menahan sebak . Entah kenapa sedih tiba-tiba datang menyerbu hatinya. Janji itu seakan tinggal janji. Dimana kau sekarang Faizal?. Adakah aku terus hilang dari ingatanmu hanya kerana setelah bertemu dengan orang yang kau inginkan?.

“Puan Vilma, mana perginya orang dalam bilik ni?”.
“You means Sherina ke?”, Suraya angguk. Dah beberapa hari dia tak melihat bayang Sherina. Kemana dia pergi?.
“You tak tahu ke Sue, dia dah dihantar ke London untuk sama-sama ikut program kerja tu”,
“Bila dia pergi?”,
“Emm..three week ago. Masa tu you tengah kursus”,
“Ooo..thanks Vilma”, Wanita singh itu senyum meleret. Najwa masih dalam bercuti terpaksa lah dia keluar makan berseorangan. Dah tiga minggu Sherina di sana. Sedikit pun aku tak tahu pasal ni. Disandarkan badannya ke atas sofa.
“I tak nak apa-apa, cuma I nak you jaga diri you baik-baik Suraya. I akan ambik balik barang yang sepatutnya jadi hak I” .
Suara Sherina bergema ditelinganya. Kali terakhir Faizal menghantar khabar dua minggu lalu. Mungkin ke waktu Faizal menelefonnya, waktu itu Sherina telah berada disana?. Mungkin ke gadis yang Faizal maksudkan adalah Sherina?. Tak mungkin sebab Faizal dah berjanji tak akan memilih Sherina. Tapi siapa tahu orang macam Sherina akan buat apa saja asalkan dia dapat apa yang dia mahu.
“Cik Suraya ada panggilan, line 3”,
“Thanks Mimi”, Butang ditekan. Sesekali tangannya menyusun pensil yang bertaburan di atas meja.
“Can i speak Miss Suraya?”,
“Yes..Suraya speaking”,
“Sorry kalau menganggu. Ada sesuatu yang saya nak bincangkan dengan Cik Suraya. Boleh kita bertemu?”,
“Siapa disana?”,
“Emm Najiha here. Boleh kita bertemu?.
“Untuk apa?”,
“Personal. Ada perkara yang perlu saya bincang dengan Suraya. Lagi elok kalau kita bertemu dari bercakap dalam telefon ni”, Suraya ketap bibir. Hatinya mula berkira-kira. Hari ini kebetulan dia tiada apointment dengan mana-mana client. Zairul pula out station ke Johor.
“Ok boleh..dimana?”, Dicatat sesuatu pada kertas.

Pelayan tetamu yang cantik berkebaya batik itu berjalan dihadapannya. Diekori langkah gadis itu. Sampai disebuah meja dia dipersila dengan hormat. Gadis bersanggul itu bangun menghulur salam.
“Najiha, you can call me Jiha”
“Suraya, Sue” Salam bersambut. Gadis dihadapannya nampak cantik dengan baju kot sendat dan berseluar slack hitam. Rambutnya yang hitam berkilat itu nampak kemas bila dibuat sanggul. Nampak seperti orang yang profesional. Mata Najiha yang cantik dengan mekap yang nipis menyerlahkan lagi wajahnya yang sudah sedia cantik. Suraya cuma tersenyum. Dilirik pada dirinya yang cuma berkebaya. Dengan rambut lepas separah dada. Dia lebih senang berkebaya dari memakai skrit atau kot sendat seperti Najiha sekarang. Kalau nak dibandingkan Najiha dengan aku sekarang. Mesti saham Najiha lebih tinggi dari aku. No wonder la dah memang orang cantik. Suraya membuat kiraannya sendiri.
“Sue dah lama kenal dengan Zairul?”,
“Baru lagi. Actually kenal tu dah lama cuma baru sekarang je nak rapat”, Najiha angguk sambil sesekali menyedut fresh orange yang cuma tingal setengah di dalam gelas.
“Rapatnya baru lagi la. Rapat macam mana tu?”,
“Sebagai kawan tak lebih dari itu”,
“Sebagai kawan bukan sebagai kekasih?”. Suraya tersentak. Dahinya berkerut. Najiha dihadapannya cuma tersengih.
“Kenapa tak mengaku yang Sue bercinta dengan dia?”.
“Kenapa nak mengaku kalau hubungan ini cuma atas dasar kawan”,
“Betul kawan?”,
“Yes”, jawabnya sepatah.
“Boleh Sue bersumpah dengan saya yang Sue dan dia cuma kawan?”.
“Saya tak suka bermain sumpah”,
Gadis dihadapannya itu tersenyum seperti mengejek. Dia mula merasakan ada sesuatu yang tak menyenangkan hatinya. Gadis dihadapannya mempersoalkan hubungannya dengan Zairul. Pasti ada sesuatu pada Zairul yang dia tak tau.
“Kenapa Jiha tanya saya macam tu?”,
“Zairul sekarang di JB kan?”, Suraya angguk.
“Jiha minta maaf pada Sue kalau cakap Jiha tadi buat Sue marah”,
“Tak, saya tak marah. Jiha tanya begitu mesti ada sebabnya kan?”, Najiha menguis rerambut yang bermain didahi. Kemudian disedut minuman yang hampir tinggal suku gelas.
“Jiha cuma nak pastikan antara Sue dengan abang cuma sebagai kawan”, Suraya diam. Najiha membahasakan Zairul dengan panggilan abang. Tentu antara mereka sudah mengenali antara satu sama lain.
“Memang saya dengan dia cuma kawan”.
“Jiha cuma nak tahu sahaja. Apa betul ke yang kawan-kawan Jiha kata abang ada hubungan dengan perempuan lain. Awalnya Jiha tak ambil peduli tapi makin hari perhatian abang pada Jiha dah semakin kurang”,
“Dah lama ke kenal Zairul?”,
“Dah dua tahun Sue. Dua tahun kami membina hubungan. Dua tahun Jiha berusaha pupuk kasih sayang dalam hati abang. Tapi tak sangka begini jadinya”,
“Jiha tentu sayangkan Zairul”,
“Dua tahun jangan kata sayang. Jiha sanggup buat apa saja untuk abang”,
Lidah Suraya kelu. Ada sesuatu yang bergelodak dalam hatinya sekarang.
“Saya dengan Zairul rapat pun kerana kerja. Kalau bukan kerja rasanya kami tak rapat sebegini”,
“Tapi sekarang abang selalu bersama Sue kan?”, Direnungnya mata Najiha.
“Kami bersama pada waktu kerja”, Suraya telan liur. Mampukah gadis dihadapannya percaya dengan apa yang dia katakan. Hakikatnya masa yang ada kini sering terisi bersama Zairul. Kemana saja bersama Zairul.
“Patutlah sekarang abang kurang bersama Jiha. Pantang Jiha buat silap sikit mesti abang melenting tak tentu pasal. Dulu abang tak macam ni. Kalau marah pun cuma sehari tapi sekarang marah pada Jiha makan sampai dua tiga hari. Rupanya abang dah ada pendamping yang baru”,
“Kenapa Jiha cakap macam tu. Mungkin Zairul tension dengan kerjanya?”,
“Abang dah tak peduli dengan Jiha. Mesti sekarang ni abang senang bersama Sue kan. Kami dah bertahun bersama Sue. Kami dah bina kasih sayang kami dua tahun. Dah banyak susah senang yang kami tempuh. Ketawa bersama, menangis bersama. Tiba-tiba bila Sue datang, kemesraan tu dah tak ada”,
Suraya kaget. Dia tahu sangat apa yang dimaksudkan dengan Najiha. Dari kata-kata Najiha semacam menuduh dia punca perhubungan itu menjadi renggang. Memang aku ke yang menjadi punca semua ini berlaku?.
“Jiha tak perlu risau. Saya dengan Zairul cuma kawan saja”,
“ Itu kata Sue tapi apa kata abang. Lagipun dari kawan pun mungkin boleh bercinta kan?”, Suraya tarik nafas panjang.
“Saya belum bercinta dengan Zairul. Lagipun saya dah bertunang”,
“Kalau Sue dah bertunang kenapa nak rapat lagi dengan abang?”,
“Kan saya dah kata kami rapat cuma sebagai kawan sekerja. Tak lebih dari itu”,
“Betul Sue tak ada cinta untuk abang?”, Suraya mengeluh. Bagaimana lagi harus dikatakan pada Najiha. Biarlah aku menipu diri sendiri sekalipun aku sanggup, asalkan gadis dihadapan ini tidak kecewa kerana aku.
“Kami sepatutnya dah bertunang tapi tiba-tiba abang minta tangguhkan. Katanya dia banyak kerja sekarang ni. Dulu abang tak macam ni ,abang anak yang ikut kata mak bapak. Bila Jiha tanya atau ajak keluar alasannya sibuk. Rupa-rupanya abang banyak habiskan masa dengan Sue”,
“Kenapa Jiha nak risau lagi. Kan saya tunangan orang. Zairul tak akan ambil tunangan orang. Saya kenal Zairul orang yang macam mana”,
“Dulu abang pernah cakap dia sayangkan seorang gadis yang dia kenali empat tahun dulu. Abang susah sangat nak lupakan perempuan tu. Itu sebab Jiha berusaha bina kasih sayang dalam hati abang. Jiha cuba buat abang lupakan perempuan tu. Akhirnya Jiha berjaya tapi tak sangka begini pula jadinya. Awalnya Jiha ingat perempuan tu yang rampas kasih sayang abang dari Jiha. Jiha salah. Rupanya Suraya yang datang dalam hubungan kami”,
Suraya menelan setiap kata yang diluahkan dek Najiha. Ditarik nafasnya dalam-dalam untuk yang entah keberapa kali. Telinganya semakin geli untuk mendengar rintihan Najiha. Berkali-kali hanya luahan yang sama dikeluarkan dek mulut comel itu. Dia dah tak mampu mendengar lagi. Kalau boleh dia mahu menutup telinganya sekarang. Kalau lah Najiha tahu perempuan yang Zairul kenali empat tahun dulu adalah dirinya. Pasti semakin berjela rintihan yang keluar dari mulut Najiha. Dan mungkin akan timbul benci dalam hati gadis itu pada dirinya.
“Zairul tak macam tu. Saya tahu Zairul tak macam tu”, Suraya bersuara perlahan.
“Jiha cuba la berbincang dengan Zairul”,
“Jiha dah cuba tapi abang selalu mengelak”,
“Bagi la dia masa. Jangan paksa dia”,
“Jiha tak memaksa cuma Jiha nak tahu siapa yang ada dalam hati abang sekarang ni. Jiha tak nak cinta Jiha dipermainkan”,
“Kalau kena caranya mesti Zairul boleh berbincang pasal ni. Jiha slow talk dengan dia. Saya tahu Zairul tak macam tu”, Najiha diam.
“Nampaknya Sue lebih memahami abang dari Jiha sendiri. Bila dah dengar pengakuan Sue, hati Jiha dah kurang sikit tekanan. Kalau tak makan pun tak lalu. Emm.. Sue, selama Sue berkawan tak ada ke rasa sayang sikit pun untuk abang sebab Sue kan rapat dengan abang?”,
“Ya Allah Jiha. Dah berapa kali saya kata saya tunangan orang. Apa yang tunang saya rasa bila dia tahu saya lebih sayangkan orang lain dari dia”.
“Mesti dia kecewa macam mana yang Jiha kecewa sekarang”,
“Ok kalau Jiha dah faham. Tak perlu Jiha risau lagi pasal ni. Pedulikan apa orang lain kata yang penting Jiha dah tahu saya dengan Zairul macam mana”. Najiha senyum. Barulah terbit senyuman dibibir gadis tersebut.
“Sue tolong nasihatkan abang untuk Jiha. Sebab Jiha rasa mesti abang dengar cakap Sue”,
“Saya cuba”, perlahan dia berjanji.
“Sue janji tak akan jatuh cinta pada abang. Jiha sayangkan abang”,
“Selagi hati saya milik tunang saya, selagi tu Zairul hanya kawan dalam hidup saya”,
“Kalau abang sukakan Sue boleh Sue jauhkan diri dari abang?”, Suraya angguk perlahan.

Aku akan cuba Najiha. Aku akan jauhkan diri dari Zairul hanya kerana tak mahu kau kecewa. Antara aku dengan Zairul, cinta belum bersemi. Andai putus ditengah jalan pun lukanya pasti tak dalam. Sayang yang baru bersemi untuknya ini akan aku buang jauh-jauh. Suraya mengeluh. Tak pernah disangka orang yang dia semakin sayangi kini adalah hak orang lain. Hak yang tak sepatutnya jadi miliknya. Siapa yang patut disalahkan?. Zairul atau diri aku sendiri?.
“Janji dengan Jiha. Jauhkan diri Sue dari abang demi hidup Jiha”,
Kata-kata Najiha tergia di telinga.
“Zairul..andai ku tahu begini jadinya..demi Tuhan aku tak akan jatuh sayang padamu”, Air matanya bergenang memenuhi kelopak mata. Diseka kelopak mata dari menumpahi mutiara jernih itu. Tapi makin dihalang semakin banyak mutiara jernih yang keluar membasahi pipi. Akhirnya dibiarkan mutiara itu mengalir membawa kesedihan yang berkumpul di hati. Akhirnya dibiarkan jiwanya merintih menangisi kasih sayang yang tidak mampu menjadi miliknya.
"

No comments: