Kaunter semakin sesak. Setiap kali bunyi berdenting pasti skrin nombor itu dipandang, 621. Dia mengeluh, kertas kecil didalam tangan digenggam kuat. Nombor aku 640. Berapa lama lagi aku nak tunggu ni?. Jam tangan dikerling sekilas. Dah pukul 12.30, dalam setengah jam lagi pasti kakitangan Jabatan itu akan keluar makan tenghari. Suhu sejuk diruang menunggu itu mencengkam tubuhnya. Rasa macam nak buang air pulak. Nombor di skrin dipandang lagi, 626. Lambat lagi ni. Sempat agaknya aku nak pergi membuang. Dah rasa macam tak tahan ni.
“Aduhs! Tak nampak orang ke?”, suara kasar itu seakan marah pada dirinya.
“Sorry encik”, cepat-cepat dia memohon maaf sambil tangannya kelam kabut dicapai kertas yang bertaburan. Lelaki yang dilanggar tadi memegang dahi. Dihulur kertas pada lelaki tersebut dan tanpa memandang lelaki itu berlalu.
“Sombong!”, Suraya menjuihkan bibir. Tiba-tiba kakinya terpijak sesuatu. Pas pekerja mamat tadi. Nasib baik tak patah. Matanya meliar mencari lelaki tadi. Rasa terkucil yang ditahan tadi hilang. Bagi pas ni dulu la baru gi ladies. Nun disebelah pengawal keselamatan lelaki itu berbual sesuatu.
“Sorry encik ni pas awak tercicir”, Lelaki itu menoleh.
“Faizal!”, terpacul nama itu keluar dari bibirnya.
“Sue!”, lelaki itu turut tergamam. Mereka berjabat tangan.
“Kau buat apa kat sini?”, ditunjuk cebisan kertas kecil yang dipegang. Faizal toleh pada skrin nombor.
“Kejap lagi lunch. Mesti kaunter ditutup. Kau nak tunggu ke?”,
“Aku kena tunggu juga. Malam ni nak kerja. Nak datang lagi sekali tak kuasa la aku”, Faizal tersengih. Suraya dihadapanya masih seperti yang dikenali dua tahun lalu. Mereka berkenalan ketika sama-sama menghadiri perkelahan yang di adakan oleh kelab remaja.
“Lama tak jumpa kau. Kau dah kahwin ke belum?”,
“Kau ni tak ada soalan lain ke nak tanya. Belum la kau tu camne pulak?”.
“Sama la. Aku tunggu kau”, Suraya ketawa.
“Eh! Jom . Kejap lagi kaunter tutup. Dari kau duduk sini tunggu tak tentu arah ni lagi baik kau temankan aku makan”
“Ok jom kau belanja”,
“Ok no hal”, Mereka beriringan keluar dari pejabat yang kian berkurangan pengunjung.
“So sekarang ni kau tengah menunggu la ni. Aku doakan kau dapat”, Teh o ais disedut berkali-kali.
“Insya-allah kalau ada rezeki aku”,
“Fuh! Fuh! Kalau dapat kau pulak belanja aku”,
“Tak ada hal punya”, Suraya sengih. Diteruskan suapan nasi kedalam mulut tanpa sedar mata Faizal asyik memerhatikan wajahnya. Faizal tersenyum sendiri. Gilanya aku menyimpan perasaan pada orang yang tak pernah tahu.
“Pakwe kau mana?”, Suraya geleng kepala.
“Takkan muka lawa macam ni tak ada pakwe. Tak percaya la aku”,
“Ada tapi jauhhhhh!!”, Suraya mengangkat tangan menggayakan jauhnya. Faizal juih bibir.
“Bila nak kahwin?”,tanyanya lagi.
“Entah lah”, Suraya diam. Fikirannya kosong bila ditanya soalan itu.
“Bermasalah ke?”. Suraya geleng kepala. Kemudian tunduk makan semula. Faizal kerut dahi. Tentu ada sesuatu yang membebankan perasaan gadis dihadapannya.
“Kalau kau anggap aku masih sebagai kawan kau. Tak salah kalau kita berkongsi masalah”,
“Tak ada apalah. Kau bila nak kahwin?”,
“La kan dah cakap tadi aku tunggu kau la”, Suraya ketawa, merah padam mukanya menahan malu
“Aku tunggu kau dalam tiga tahun lagi. Kalau kau single aku masuk pinang kau”,
“Mengarut la kau ni. Perempuan lain kan ramai lagi. Mana tau kau jumpa cantik macam Erra Fazira pulak”,
“Cantik tu tolak tepi yang penting hati”, Suraya jelir lidah.
Suraya senyum. Itu dua tahun yang lalu ketika dia mengenali Faizal. Faizal memang suka bergurau. Kadang-kadang gurauan Faizal menyentuh perasaan. Masih seriuskah dia seperti dulu?. Atau dia main-main saja?. Kalau dia serius pun takkan dia nak orang macam aku. Taste dia bukan orang macam aku. Ye la siapa la aku ni gelap lepas tu lembap pulak. Eh! Apa kena dengan aku ni. Takkan aku syok pulak kat Faizal tuh. Mana aku nak letakkan Zairi tu. Suraya sengih. Emm... minta-minta dapat la kerja yang aku apply tu... Amin.
“Saya dah apply kerja tempat lain”,
“Kat mana?”, Zairi seakan terkejut dengan kata-kata Suraya.
“Tengok la kalau dapat akan dihantar kat mana”,
“Awak tak bagi tahu saya pun. Tiba-tiba je nak tukar kerja. Kenapa tempat lama dah tak seronok. Buat apa susah-susahkan diri cari kerja lain. Duduk aje kat situ kan senang”
“Habis tu yang awak buat keputusan berhenti kerja tu ada bincang dengan saya”,
“Saya lelaki kerja mana-mana pun tak ada masalah tapi awak tu perempuan. Kerja tempat baru akan jumpa orang baru?”,
“Habis tu apa masalahnya. Saya buat ni untuk kesenangan hidup saya sendiri”,
“Dah la tu kita cerita hal lain”, rokok yang ada ditangan disedut untuk kali terakhir.
“Hal apa?”,
“Hal kita”, suara lelaki itu perlahan.
“Hal kita...awak saja pandai bercakap tapi tak pernah buat. Saya ni dah macam rasa boring pun ada”,
“Boring? Sejak bila pulak awak pandai boring dengan saya ke awak dah ada seseorang yang lagi baik dari saya”, Suraya menoleh pada Zairi. Dahinya berkerut.
“Budak yang jadi kawan awak tu, mungkin dia lebih baik dari saya”,
“Dia tak ada kena mengena dengan saya”,
“Tak ada kena mengena tapi mesranya semacam”, Suraya memandang semula muka Zairi. Seingat aku tak pernah aku berdating dengan siapa-siapa. Kalau setakat keluar makan dengan bebudak kilang tu takkan Zairi nak marah. Zairi sendiri kenal dengan dia orang.
“Awak dengan saya sekarang ni selalu berjauhan,so apa pun saya boleh buat untuk perhatikan awak”,
“Awak tak percayakan saya?”, sedikit kemarahan terbit dihati Suraya.
“Kalau tak ada kesilapan saya takkan meragui awak”, Suraya tergaman. Apa yang di maksudkan Zairi?. Kisahnya bersama Zairul dah lama berlalu. Takkan itu yang masih Zairi ragui?.
Tut! Tut! Mata Suraya melirik pada skrin telefon. Wan Adli!.
“Hello..ye..ermm tengah jalan-jalan. Sibuk sekarang ni...ok bye! ”, Zairi hanya memerhatikan Suraya bergerak sedikit jauh darinya.
“Siapa?”, Zairi menyoalnya.
“Kawan”, jawabnya sepatah. Dia malas hendak melayan kerenah Zairi.
“Lelaki ke perempuan?”, Suraya diam membisu. Tak dipedulikan soalan Zairi. Tangannya licah memilih buku-buku cerita yang ingin dibeli.
“Saya tanya lelaki ke perempuan?’. Zairi mula mendesak.
“Kenapa awak banyak soal ni. Dulu awak tak pernah tanya pun”, Suraya sedikit bingung dengan soalan Zairi. Dulu lelaki ini tak pernah menyentuh soal dengan siapa dia berkawan tapi malam ini sikap Zairi sedikit berubah.
“Lelaki ke perempuan?”, tanya Zairi lagi. Kali ini suaranya sedikit meninggi.
“Lelaki..kenapa?”,
“Bagi saya telefon awak”, ditariknya beg tangan yang sedang dipegang dek Suraya. Cepat-cepat Suraya mengambil telefon bimbit dari dalam beg.
“Nak buat apa?”, Zairi merampas telefon dari tangan Suraya dan terus berlalu. Suraya kaget. Apa yang Zairi nak lakukan?. Di ekori langkah Zairi dan ketika itu juga telefon Suraya berbunyi. Belum sempat Suraya mengambil telefon Zairi pantas menjawab. Sambil itu mata Zairi merenung tepat ke wajah Suraya.
“Berapa ramai jantan yang awak kawan”,
“What?’, Suraya tergamam dengan kata-kata Zairi.
“Awak dah gatal sangat ke habis semua jantan awak nak layan. Patut la sekarang ni tak keluar dengan saya pun tak kisah, rupanya ramai jantan yang menunggu awak di luar tu”,
“Awak kenapa ni..awak cakap baik-baik sikit, awak ingat saya ni apa, Mereka tu semua
kawan-kawan saya awak tau tak..awak nak buat apa tu bagi balik telefon saya”, Suraya
cuba merampas telefon dari Zairi. Zairi berjalan pantas meninggalkan Suraya dalam pada masa itu juga Zairi mengeluarkan telefonnya pula dan mendail nombor yang tertera dalam telefon Suraya. Ya Allah janganlah dia terjumpa nombor Wan Adli. Dihadapan Suraya jelas wajah Zairi sedang bertengkar dengan seseorang. Fikiran Suraya berkecamuk, entah siapa lah yang Zairi telefon tu. Telinganya dah tak dapat menahan setiap maki hamun yang Zairi keluarkan pada telefonnya. Suraya sebak..hatinya sakit
melihat perlakuan Zairi. Kenapa begitu sekali Zairi menuduh dirinya. Selama ini Zairi tak pernah bertindak sebegitu. Sangkaannya bila tidak kerap keluar bersama Zairi, tak kerap menelefon, Zairi faham yang dia tak mahu mengganggu tugas Zairi tapi rupanya sangkaan Zairi pada dirinya salah. Salah apa aku berkawan dengan lelaki?. Suraya gumam, dia hanya mampu melihat Zairi bercakap ditelefon sesekali mendengar suara lelaki itu menyumpah.
“Sama ada awak tinggalkan kawan-kawan awak ataupun saya tinggalkan awak”,
“Apa maksud awak ni. Awakkan kenal dengan kawan-kawan saya tu bukannya saya bercinta dengan dia orang”, dia cuba menenangkan Zairi.
“Itu la masalahnya sekarang. Mula-mula kawan lepas tu bercinta la”,
“Awak terlalu cepat prasangka buruk. Awak ingat saya ni siapa boleh cepat sangat jatuh cinta pada orang lain”,
“Pantai pun boleh berubah ini kan pulak manusia”, Suraya tepuk dahi. Ini memang dah kes cemburu buta.
“Ya Allah itu kan kawan-kawan awak juga. Kenapa nak cemburu teruk sangat ni”,
“Saya tak tahan dengan perangai awak Suraya. Selama ni apa yang saya buat tak cukup ke untuk awak, sampai awak nak berkawan dengan orang lain. Saya bagi kata putus pada awak. Pilih kawan awak atau saya?”. Suraya diam. Betul ke apa yang didengar sekarang ini?.
Thursday, July 29, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment